Upload
zaini-md-saad
View
538
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
refleksi
Citation preview
SOALAN REFLEKSI
Apakah perubahan yang berlaku selepas tindakan diambil?
Apakah perasaan saya terhadap tindakan yang diambil?
Apakah kesimpulan daripada tindakan ini?
Apakah pengajaran drp pelaksanaan tindakan ini?
Apakah tindakan susulannya?
5.5 Refleksi Kajian.
Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor
markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat
bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada
tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi memerlukan
masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga
melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan
penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak didengari daripada nmurid-murid
saya.
Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya
melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah yang
diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu
melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara yang
betul untuk membina ayat dengan baik. Saya juga telah dapat membaiki kelemahan saya
dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.6 Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.
Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid
semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid mahir
sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan
menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B. Ini
kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik.
Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada
murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk
memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai oleh
rakan-rakan saya nanti.
5.5 Refleksi keseluruhan:
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang
menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian
murid telah meningkat selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan
prestasi yang amat baik.
Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus
Pencapaian Ujian pra Ujian pos
Lulus 23 (76.6 %) 30 (100 %)
Gagal 7 (33.4 %)
Jumlah 30 (100 %) 30 (100 %)
Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra. Manakala
dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian murid dalam
penguasaan penggunaan imbuhan .
Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran
semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang
dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman
berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan
imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah
mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi
pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk difahami oleh murid.
6.0 Cadangan kajian seterusnya.
Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai
penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya bercadang
meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang kerana murid sudah
menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya
akan menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan struktur ayat menggunakan kaedah imlak.
Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-
guru yang mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan menggunakan
pelbagai media seperti audio–visual yang menarik dan berkesan.
AMALAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar )
1. Isu/perkara yang difokuskan : Pemerhatian terhadap guru yang menggunakan
teknik dan kaedah pengajaran dalam mata pelajaran bahasa melayu.
2. Analisis isu/perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan : Antara kekuatan yang saya dapat semasa menjalankan tugasan ini
ialah mendapat kerjasama yang baik daripada Guru Besar SK Raja Abdullah iaitu
Tuan Haji Hasbullah bin Ismail kerana memberi kebenaran kepada saya untuk
memerhati kelas bahasa melayu sepanjang tempoh saya berada di sekolah tersebut.
Saya berasa sangat bertuah kerana mendapat kerjasama daripada guru kelas
bahasa melayu tahun 5 Intan.
2.2 Kelemahan : Tugasan kali ini tidak mempunyai banyak kelemahan seperti
tugasan-tugasan sebelum ini. Saya hanya perlu memerhati guru bahasa melayu
mengajar dan menulis laporan mengenai kaedah yang digunakan sepanjang tempoh
pengajaran.
3. Cadangan penambahbaikan : Guru perlu menggunakan teknik dan kaedah yang
lebih berkesan untuk mengajar.
Refleksi Seni Dalam Pendidikan.
Sebelum.
Kekuatan.
Sebelum melaksanakan kerja kurusus ini saya mendapati beberapa kekuatan yang
telah saya perolehi. Antara kekuatan tersebut ialah saya mendapati bahawa maklumat
maklumat mengenai kerja kursus ini banyak dan mudah didapati sama ada di pusat
sumber, buku dan juga internet. Selain itu, saya juga dapat menjalankan kerja kurusus
ini bersama kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli yang sangat memberi
kerjasama dan komitmen yang penuh dan bersungguh-sungguh. Selain, segala
pembincangan kumpulan berjalan dengan lancar. Malah, idea-idea untuk membuat
persembahan keluar membuak-buak sehingga la kata putus kami sebagai satu
kumpulan untuk melakukan persembahan bertemakan kisah dogeng. Daripada idea
asal, kami membina bersama-sama jalan cerita sehingga jalan cerita menjadi menarik
dan hebat. Sesungguhnya saya bersyukur dapat bekerjasama dalam kumpulan yang
hebat ini.
Kelemahan.
Kelemahan yang dapat saya kesan sebelum melakukan kerja kursus ini ialah masalah
masa. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan kerja kurusus saya dihantar lewat
sehari. Tambahan pula, pada waktu yang masa, saya dikehendaki untuk menyiapkan
satu video montaj bagi perhimpunan bulanan Bulan Kemerdekaan yang diuruskan oleh
Jabatan Pengajian Sosial. Selain itu, masalah masa saya sendiri yang tidak diaturkan
dengan sebaik baiknya juga merupakan kelemahan yang ada dalam diri saya.
Semasa.
Kekuatan.
Antara kekuatan yang dapat saya perolehi semasa menjalankan kerja kursus ini ialah
kesemua perancangan yang dirancang oleh saya berjalan seperti yang dirancang.
Selain itu, kesemua prop, bahan dan segala persediaan termasuk muzik sudah pun
disediakan. Kelebihan yang paling kuat ialah kerjasama daripada ahli kumpulan sendiri
yang banyak menyokong dan membantu semasa kerja kursus danpementasan
dijalankan. Jalan cerita yang mudah difahami, menarik dan dapat menerapkan ketiga-
tiga unsur iaitu unsur muzik, pergerakkan dan seni visual merupakan kekuatan kami
semasa pementasan dijalankan. Unsur muzik dapat diterapkan dalam muzik latar
seperti suara ketawa, suasana di dalam hutan dengan kicauan burung dan juga muzik
semasa penutup. Unsur pergerakkan dapat dilihat dalam keseluruhan jalan cerita.
Setiap watak mempunyai jenis pergerakkan yang tersendiri. Nadim, seorang yang ceria
sentiasa bergerak pantas dan riang. Nenek kebayan yang bergerak perlahan dan
bergetar-getar. Orang jerami yang bergerak perlahan dan keras. Ahli sihir jahat yang
‘terbang’ menggunakan batang penyapu dan juga pari-pari yang bergerak riang dan
melayang-layang.
Kelemahan.
Kelemahan yang ketara semasa pementasan dijalankan ialah masalah masa. Pada hari
yang sama, kami dikehendaki menduduki ujian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Jadi kami banyak memfokuskan masa untuk mengulang kaji pelajaran pada malam
tersebut. Kami hanya berlatih sejam sebelum pementasan. Walaupun tanpa skrip, kami
masih tetap meneruskan perancangan seperti biasa. Selain itu, pementasan yang lewat
bermula menyebabkan kumpulan kami menjadi huru hara apabila diberitahu bahawa
dewan akan ditutup pada pukul 5. Setelah berkemas, kami diberitahu pula bahawa kami
dibenarkan meneruskan pementasan di dewan. Dalam keadaan kelam kabut, kami
meneruskan juga persembahan kami. Ada juga ahli kumpulan kami yang kehilangan
prop kerana pada masa itu keadaan sangat bersepah.
Selepas.
Melalui proses P&P yang telah dijalankan, terdapat banyak sumbangan terhadap
profesion keguruaan di dalam diri saya. Antaranya ialah memupuk minat dan
tanggungjawab yang lebih mendalam terhadap profesion ini. Sememangnya saya
sangat menyukai kanak-kanak dan apabila menjalankan pementasan seperti ini, saya
dapat memahami dengan lebih rapat mengenai sikap keanakkan-anakkan mereka.
Saya berasa mula mengenali diri mereka dan berbangga kerana dapat memberikan
ilmu yang akan digunakan oleh mereka sepanjang hayat mereka. Harapan saya cuma
dapat menjadi guru yang baik dan mampu menjadi contoh kepada kanak-kanak
khususnya. Kanak-kanak umpama permata negara yang sangat berharga kerana
merekalah yang akan menentukan hala tuju negara kita pada masa depan kelak.
Selain itu, kerja kursus ini juga boleh membantu saya dalam mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan saya selepas kerja kursus ini dijalankan. Ini boleh membantu
saya memperbaiki kelemahan diri dari masa ke masa dan menguatkan lagi kekuatan
saya dalam profesion ini. Dengan kemahiran membuat reflektif ini, membolehkan saya
belajar dari pengalaman dan tidak akan mengulang kesalahan yang sama. Menurut
Han (1995), reflektif merupakan satu proses berterusan yg menilai secara kritikal,
beretika & memperhalusi lagi latihan pengajaran dengan mengambil kira faktor‐faktor
personal, pendidikan,aspek sosial & etika pengajaran dan persekolahan.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari kekuatan kawan-kawan lain yang tidak
ada pada diri saya dalam bidang pendidikan. Bagi saya,walaupun kita digelar pendidik,
ini tidak bermaksud kita perlu berhenti belajar. Proses pembelajaran seharusnya
berlaku seumur hidup dan untuk menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang, saya
harus terus mempelajari ilmu-ilmu yang ada di sekeliling saya walaupun hanya pada
kawan-kawan. Malah penulisan reflektif seperti ini sangat bagus bukan hanya untuk diri
sendiri malah untuk orang lain juga supaya dapat bersama sama memperbaiki diri
masing-masing dan meningkatkan kemahiran dalam bidang yang sama.
Seterusnya ialah, penulisan reflektif dan proses P&P yang dijalankan dapat
menguatkan lagi teori-teori, pendekatan, strategi dan kaedah serta aktiviti yang akan
digunakan dalam kelas kelak. Mungkin saya tidak begitu mahir dalam menggunakan
teknik lakonan, mungkin pada teknik-teknik lain saya lebih menguasainya seperti teknik
kegemaran saya, teknik menerapkan unsur seni visual. Saya juga dapat
mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah mengajar yang boleh digunakan di dalam kelas
kerana setiap murid-murid adalah berbeza dan perbezaan individu juga akan
mempengaruhi kaedah mengajar oleh guru (Ramlah,2003). Sebagai contoh, mungkin
selepas ini saya boleh menggunakan kaedah lain seperti menyanyi atau menerapkan
unsur seni. Dengan kepelbagaian kaedah, murid dapat belajar dengan cepat.
Di samping itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan
terutamanya dalam bidang pendagogi. Selepas mempelajari Seni Dalam Pendidikan,
saya dapat meningkatkan lagi ilmu pendagogi saya. Antaranya seperti mengenai
keadaan kelas yag kondusif. Keadaan kelas yang kondusif merupakan salah satu
elemen yang sangat penting kerana akan mempengaruhi suasana pembelajaran.
Semestinya suasana pembelajaran pasti akan terganggu jika keadaan kelas tidak
kondusif dan murid-murid berasa tidak selesa untuk menerima ilmu.
REFLEKSI (THINAGARAN A/L KONASAIGARAN)
Saya telah mendapat pelbagai faedah yang baru setelah menyiapakn kerja
tugasan ini. Tugasan yang diberi kepada saya ialah untuk menyediakan satu rancangan
pengajaran harian (RPH) yang merangkumi aspek atau elemen yang telah dikuliahkan
oleh pensyarah saya iaitu aspek kemahiran bahasa dari segi kemahiran membaca dan
bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran lisan. Apabila membuat tugasan ini saya
dapat memepelajari sesuatu baru. Sesuatu baru yang saya maksudkan ialah KBSR dan
KSSR. Sebenarnya RPH bagi KBSR adalah berlainan sedikit dengan KSSR yang mana
pembelajaran secara holistik dan dijalankan dalam bentuk pentaksiran berasaskan
sekolah di peringkat sekolah rendah.
Selain itu, saya juga belajar cara baru untuk membuat “BIG BOOK” ini
memandang ia merupakan pengalaman pertama saya dalam membuat alat bantu
mengajar yang sedemikian. Saya memang tertarik dan suka dengan Bahan bantu
mengajar saya kerana ia secara tidak langsung memberi keyakinan dan kesungguhan
kepada saya untuk terus mengajar dan mendidik anak bangsa kelak. Selain itu, saya
juga belajar cara untuk bekerjasama dengan rakan kumpulan saya iaitu Wan harith dan
kami berdua saling melaksanakan tugasan ini secara bersama. Kami juga saling
memahami antara satu sama lain di mana pengagihan kerja telah dibuat sejak awal lagi
sebelum memulakan tugasan RPH ini.
Tambahan pula, apabila saya membuat rujukan daripada pelbagai sumber, saya
dapat tahu tentang kemahiran bahasa dengan lebih terperinci . Ia juga menambahkan
pengatahuan saya terhadap topik-topik dalam kemahiran bahasa yang sedang
dipelajari dalam semester ini. Selain itu, rujukan-rujukan yang saya lakukan itu sedikit
sebanyak mengajar saya untuk menulis penulisan ilmiah dengan lebih berkesan apabila
melihat pelbagai tesis dan jurnal yang dimuat naik ke dalam internet. Saya memang
berasa bangga menjalankan tugasan ini dan tiada apa yang saya rugi apabila membuat
tgasan ini sedangkan ia lebih banyak mengajar saya perkara-perkara yang baru yang
tidak saya ketahui sebelum ini. Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah yang saya sayngi Pn. Rahmah dan Tuan.Hj. Zainal kerana
membimbing saya sehingga tugasan ini selesai.
Refleksi Kajian
Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan , kita dapat membuat kesimpulan
bahawa sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang dihadapi di sekolah dapat
diselesaikan walaupun tidak seratus peratus berjaya. Kerjasama semua pihak seperti ibu
bapa , penjaga , guru-guru , pihak sekolah dan diri pelajar itu sendiri akan membuahkan
hasil yang baik . Walau bagaimanapun, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada
usaha keras yang berterusan dan juga menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri
seseorang yang bernama guru.
Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan 3 yang telah dijalankan, masih
terdapat seramai 8 orang murid linus bagi kelas Tahun 1 Pesona ini yang mewakili 70.37%
daripada jumlah keseluruhan murid. Peratusan ini belum mencapai sasaran yang telah
ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia iaitu selepas saringan 3 dijalankan adalah
diharapkan mencapai 90% daripada keseluruhan murid. Walau bagaimanapun, jika
dibandingkan dengan pencapaian murid selepas saringan 1, hanya mencapai 25.93%
sahaja daripada keseluruhan murid termasuk dalam kumpulan Perdana. Dengan kajian
tindakan yang telah dijalankan ini, telah meningkatkan peratusan murid Perdana ke satu
tahap yang boleh dibanggakan. Berdasarkan analisa SWOT, masih terdapat beberapa
ancaman yang menghalang pencapaian seratus peratus Perdana.
7.0 Kajian Untuk Kajian Seterusnya.
Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan kajian yang
seterusnya.Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi lebih awal lagi. Oleh itu
masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan yang lebih baik apabila sesuatu
program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan sesuatu program atau aktiviti juga akan
dapat dipantau dengan lebih telus. Di samping itu beberapa kekangan lain seperti
kemudahan pembelajaran untuk murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan ,
peruntukan masa yang lebih perlu diberikan kepada murid-murid linus dan linus tegar dan
kerjasama semua pihak adalah diperlukan. Dalam hal ini, peranan guru pemulihan juga
perlu dipertingkatkan bagi membantu murid-murid linus tegar.Di sekolah saya ( di
cawangan Langkap), tiada kuota guru pemulihan.
Mengurangkan Tingkah Laku Hiperaktif Murid ADHD Dengan Kaedah Terapi Aroma
Oleh Georgiana ak MuniIPG Kampus Ilmu KhasPISMP Ambilan Januari 2010Pendidikan Khas Masalah PembelajaranHAK CIPTA TERPELIHARA
Refleksi ditakrifkan sebagai satu proses merenung, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan (Hanipah dalam Mook Soon Sang, 2009 ). Guru menulis refleksi ke atas amalan diri sendiri dan murid-murid dari mula sehingga tamat proses pengajaran. Akhirnya, penilaian dilakukan pada hari berkenaan (Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud, 2011). Kesimpulannya, amalan membuat refleksi membolehkan guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan selepas mengajar di dalam bilik darjah. Seterusnya, penambahbaikan dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dimantapkan.
Menyedari peri pentingnya hal ini, pengkaji telah membuat refleksi
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran semasa menjalani praktikum.
Pada fasa pertama, pengkaji diberikan tanggungjawab untuk mengajar
subjek Matematik bagi kelas K 7. Kelas tersebut berada pada kedudukan
yang paling hujung. Sepanjang sebulan tempoh mengajar, pengkaji telah
berhadapan dengan masalah tingkah laku hiperaktif yang dilakukan oleh
seorang murid Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). Dia adalah
salah seorang murid yang ditempatkan dalam kelas K 7.
Peristiwa pertama berlaku ketika pengkaji mula-mula datang ke
sekolah tersebut. Memandangkan itu adalah hari yang pertama, maka
pengkaji tidak mengenali semua murid yang berada di Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI). Murid tersebut telah melarikan diri secara sembunyi ke
kantin sekolah ketika kelas masih berlangsung. Sebenarnya, dia tidak
dibenarkan untuk pergi ke sana walau pun pada waktu rehat. Ini adalah
kerana murid tersebut sangat sukar untuk dikawal tingkah lakunya. Atas
faktor keselamatan, dia hanya dibenarkan untuk makan di dalam bilik darjah
yang dikunci dengan pagar dan gril besi. Malangnya, pengkaji tidak
menyedari perkara yang sedang terjadi. Akibatnya, pengkaji telah dimarahi
oleh pihak sekolah kerana bersikap cuai. Mujurlah perbuatan murid itu dilihat
oleh seorang ibu murid lain yang mengenalinya. Beliau telah bertindak
pantas dengan melaporkan hal tersebut kepada guru-guru PPKI.
Sesungguhnya pengkaji berasa amat terkejut namun tetap bersyukur
kerana tiada apa-apa kejadian buruk yang berlaku. Pembantu Pengurusan
Murid (PPM) telah memaklumkan kepada pengkaji bahawa peristiwa tersebut
sudah berlaku beberapa kali dan mereka berpesan agar lebih berhati-hati
pada masa akan datang.
Selain itu, terdapat beberapa ciri tingkah laku hiperaktif yang lain telah
dicatatkan dalam jurnal mingguan pengkaji yang kedua (20-24 Februari
2012). Misalnya, dia tetap bergerak secara aktif walau pun tidak dibenarkan
oleh pengkaji. Murid tersebut seolah-olah tidak pernah penat dan sangat
bertenaga untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jika
diberikan lembaran kerja pula, dia tidak pernah berjaya menyiapkannya.
Fokusnya hanya sekejap sahaja. Kemudian, murid tersebut kembali
melakukan kerjanya sendiri. Sekiranya dipaksa juga, dia akan menangis dan
mengamuk di bawah meja.
Pada fasa kedua pula, pengkaji telah berada di sebuah sekolah yang
terletak di Kuala Lumpur selama dua bulan. Pengkaji mengajar subjek
Pendidikan Jasmani bagi kelas K 3. Kelas tersebut adalah sebuah kelas yang
sederhana pencapaiannya. Pengkaji telah menjumpai seorang
murid ADHD sekali lagi. Masalah yang pernah dihadapi oleh pengkaji
berulang semula. Berdasarkan jurnal mingguan pengkaji yang kelima (27-31
Ogos 2012), di antara ciri-ciri tingkah laku hiperaktif yang pernah
dilakukannya ialah berjalan dan berlari di dalam bilik darjah, terjun daripada
tingkap dewan dan gemar menggoyang-goyangkan kaki kerusi.
Dia tidak pernah bercakap dengan betul dan hanya mengeluarkan
bunyi-bunyi yang tidak difahami. Pengkaji jarang dapat melibatkan murid
tersebut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana PPM selalu
mengasingkan dia daripada rakan-rakannya yang lain. Di samping itu, dia
juga pernah berlari secara melulu ke arah pagar sekolah ketika waktu
perhimpunan. Pihak sekolah bernasib baik kerana pagar tersebut dijaga oleh
pengawal keselamatan dan tiada kemalangan serius berlaku.
Berdasarkan pengalaman yang telah diperoleh daripada kedua-dua
fasa praktikum tersebut, pengkaji mendapati tingkah laku hiperaktif adalah
sebuah masalah yang boleh mengancam keselamatan murid yang
mengalaminya. Malah, guru juga boleh melupakan niatnya untuk mengajar
selagi masalah tersebut tidak diatasi. Ini adalah kerana tingkah laku
hiperaktif menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai intervensi pernah dilakukan oleh pengkaji untuk
mengurangkan tingkah laku hiperaktif. Menurut Mohd Dahlan (1992, dalam
Mook Soon Sang, 2009), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar (abm)
mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan
murid-murid. Rentetan itu, pengkaji telah menggunakan kad imbasan, lagu,
video dan persembahan slaid. Tindakan ini berjaya mengekalkan tumpuan
murid ADHD untuk sementara sahaja. Tetapi selepas beberapa tempoh
masa, tingkah laku tersebut akan berulang.
Pengkaji juga telah menggunakan kaedah token ekonomi. Mv Laughlin
dan Williams (1988, dalam A. Klimas, 2007) mengatakan bahawa prosedur
paling berkesan untuk memperbaiki tingkah laku adalah dengan
mengaplikasikan token ekonomi. Sistem ini memerlukan murid-murid
mengumpul token untuk ditukar dengan ganjaran yang ditawarkan. Namun,
mereka perlu menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Kaedah ini menunjukkan keberkesanan dengan cepat. Tetapi, murid-
murid belajar kerana adanya habuan sahaja. Seandainya pengkaji tidak
memberikan token, mereka akan mula merajuk dan menangis. Ini
menunjukkan bahawa motivasi yang berjaya diterapkan hanyalah berbentuk
ekstrinsik.
Secara tuntasnya, terdapat pro dan kontra untuk setiap intervensi
yang telah digunakan. Pengkaji harus memikirkan intervensi lain yang lebih
berkesan untuk menangani tingkah laku hiperaktif tersebut.
Refleksi pengajaran dan pembelajaran Komen
Masuk tahun ini, telah 14 tahun saya mengajar di sekolah. Saban tahun, apabila sambutan Hari Guru diadakan, saya akan teringat puisi karangan Uthman Awang berjudul “Guru o Guru” yang dikarang pada tahun 1979. Ungkapan “Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa” cukup mendalam di jiwa saya. Sebenarnya saya tidak ingin menjadi guru biasa. Saya ingin mencari suatu keluarbiasaan pada diri saya sendiri untuk menjadi seorang guru profesional.
Peribahasa Inggeris “Different strokes for diferent folks” mengingatkan saya tentang latar belakang murid yang berbagai tetapi masih boleh diajar(1) melalui pengintegrasian pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Meskipun menyedari hakikat ini, laluan yang saya hadapi bukanlah mudah. Dunia berubah dan perubahan merupakan suatu kemestian. Begitu juga dengan dunia pendidikan. Kemahiran yang diperlukan oleh murid dalam abad 21 ini tidak sama dengan kemahiran yang saya perlukan 20 tahun silam. Untuk menguasai kemahiran abad ke 21 iaitu dengan melewati kemahiran asas atau beyond basic skills(Obama, 2009), murid perlu aktif (Silberman, 1996) untuk membina
ilmu dan kemahiran yang diperlukan (Vygotsky,1918-1924; Bruner, 1966 dan Ausubel 1963). Murid perlu dididik untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (Bloom, 1956; Krathwohl, 2001) serta reflektif (Gibbs, 1988)(2).
Sepanjang tempoh enam bulan yang lalu, saya mengajar mata pelajaran ....... kepada murid kelas ...... Untuk menggalakkan murid agar aktif dan kolaboratif dalam kelas, saya telah mengaplikasikan kaedah kumpulan kecil pembelajaran koperatif. Saya telah memilih beberapa struktur pembelajaran koperatif seperti jigsaw, one stray, ........ (Kagan, 1994; Kagan dan Kagan, 1998) .....Sebenarnya ketika mengaplikasikan teknik tersebut tidak semudah yang disangkakan(3). Banyak masalah yang timbul seperti ....... Setiap kali masalah ..... timbul, saya akan menstrukturkan semula teknik yang berkaitan(4).... Kadangkala saya perlu menstrukturkan semula lebih daripada dua kali.... Saya tertanya-tanya mengapa jadi begitu. Adakah penstrukturan saya ..... atau murid masih belum bersedia dengan kaedah pembelajaran koperatif khususnya apabila saya memperkenalkan struktur yang baru?(5).....
Saya mula bertindak lebih aktif dengan bertanyakan kepada murid-murid(6) saya tentang kaedah yang saya gunakan dan perasaan mereka...... Jadual 1.1 di bawah menunjukkan respons murid terhadap soalan temubual awal yang dijalankan(7).......
Saya juga pernah mendapatkan pandangan daripada ........ Nampaknya saya perlu memberikan lebih masa untuk murid-murid(8) saya menguasai satu struktur sebelum menggunakan struktur yang lain. Bukan itu sahaja, saya juga perlu menyemak bagaimana saya melakukan penstrukturan aktiviti ..... saya perlukan seorang rakan untuk melakukan pemerhatian(9)...... dalam tiga waktu yang berlainan......