93
SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF A1. Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali. ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Lahab Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. 8. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya. 9. Ada Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

contoh Simpulan Bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

simpulan bahasa sekolah rendah

Citation preview

Page 1: contoh Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘A’

1. Abang Angkat

Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang

mengakuinya.

Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar

Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.

Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung

Maksud: Abang yang seibu sebapa.

Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin

Maksud: Telah musnah sama sekali.

ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh

tentera Tatar.

5. Abu Jahal

Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa

kes rompakan.

6. Abu Lahab

Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu Nawas

Maksud: Orang yang suka berhelah.

Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal

Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.

Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada Angin

Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

Page 2: contoh Simpulan Bahasa

10. Ada Bakat

Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada Can

Maksud: Ada peluang.

Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada

Umair.

12. Ada Gaya

Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.

Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

13. Ada Hati

Maksud: Keinginan.

Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari

nanti.

14. Ada Jalan

Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu

dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada

Maksud: Ada sesuatu.

Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

16. Adat Balai

Maksud: Adat dalam istana raja.

Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik Angkat

Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.

Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar

Maksud: Adik kepada isteri atau suami.

Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung

Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.

Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

Page 3: contoh Simpulan Bahasa

20. Adu Buku = Beradu Buku

Maksud: Bertinju.

Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba

Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat:

Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung

seberang.

22. Adu Kening = Beradu Kening

Maksud: Berhadap-hadapan muka.

Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan

Maksud: Beradu kekuatan.

Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib

Maksud: Mencari rezeki.

Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang

pekerjaan.

25. Adu Untung

Maksud: Mencari rezeki.

26. Air Mandi

Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.

Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana

itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air Muka

Maksud: a) Wajah b) Maruah

Contoh Ayat:

a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.

b) “Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai,” kata Imad kepada Husin.

28. Air Pasang

Maksud: Paras air laut yang meningkat.

Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

Page 4: contoh Simpulan Bahasa

29. Air Sembilan

Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.

Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air Setaman

Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.

Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

31. Air Surut

Maksud: Paras air laut yang turun.

Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam

Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal Belut

Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

34. Akal Kancil

Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal Sejengkal

Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.

Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang

lain.

36. Alas Cakap

Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan

yang akan diperkatakan.

37. Alas Kata

Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

38. Alas Perut

Maksud: Makan sedikit.

Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

Page 5: contoh Simpulan Bahasa

39. Alih Akal = Beralih Akal

Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.

Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin

Maksud: Berpindah tempat tinggal.

Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka

Maksud: Menyamar.

Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing

Maksud: Pura-pura baik.

Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam

kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran Masa

Maksud: Perubahan masa.

Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran

masa kini.

44. Aliran Masyarakat

Maksud: Kehendak masyarakat.

Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil Abu

Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.

Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil Ada

Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.

Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu

Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin

Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.

Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

48. Ambil Bahagian

Maksud: Menyertai.

Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Page 6: contoh Simpulan Bahasa

49. Ambil Berat

Maksud: Beri perhatian.

Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan

Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang

lumayan.

51. Ambil Hati

Maksud: Berasa tersinggung.

Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.

52. Ambil Ibarat

Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.

Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil Ingatan

Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.

Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka

Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.

Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia

disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah

Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu

Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak Adam

Maksud: Umat manusia.

Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak

diambil.

58. Anak Air

Maksud: Sungai kecil.

Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

Page 7: contoh Simpulan Bahasa

59. Anak Angkat

Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak Baju

Maksud: Baju dalam.

Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

61. Anak Buah

Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.

Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji

ke Makkah.

Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

62. Anak bukit

Maksud: Bukit kecil.

Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak Didik

Maksud: Orang di bawah jagaan kita.

Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

64. Anak Emas

Maksud: Orang yang sangat disayangi.

Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak Gahara

Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.

Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

66. Anak Haram

Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.

Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

67. Anak Jantan

Maksud: Lelaki yang berani.

Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah

keluarganya.

68. Anak Kandung

Maksud: Anak sendiri.

Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

Page 8: contoh Simpulan Bahasa

69. Anak Kapal

Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

70. Anak Negeri

Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.

Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.

71. Anak Perahu

Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

72. Anak Piatu

Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.

Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak Pungut

Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal

Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.

Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

75. Anak Tut

Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis

Maksud: Kehairanan.

Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.

77. Angkat Bahu

Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.

Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu.

78. Angkat Diri

Maksud: Sombong.

Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim

kepada Khalid.

79. Angkat Kaki

Maksud: Pergi meninggalkan.

Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

Page 9: contoh Simpulan Bahasa

80. Angkat Kening

Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata

Maksud: Menentang sesuatu tindakan.

Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat Muka

Maksud: Dimanja-manjakan.

Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat Nama

Maksud: Terkenal.

Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat Senjata

Maksud: Berperang.

Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.

85. Angkat Suara

Maksud: Meninggikan suara.

Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.

86. Angkat Sumpah

Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing Hitam

Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.

Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di

situ.

88. Anjing Kurap

Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.

Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.

89. Api Peperangan

Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.

Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api

peperangan.

Page 10: contoh Simpulan Bahasa

90. Api Percintaan

Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.

Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di Dahi

Maksud: Mendapat malu.

Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening

Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka

Mendapat malu.

94. Asam Garam

Maksud: Pengalaman.

Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas Angin

Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.

Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas Nama

Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.

Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar:

Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:

Maksud: Orang yang berani.

Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah

membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:

Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).

Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya

menjaringkan gol.

Page 11: contoh Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘B’

1. Babi Buta = Membabi Buta

Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.

Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

2. Bahasa Ibunda

Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.

Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar

Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.

Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.

4. Bahasa Pasar

Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.

Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.

5. Baik Budi

Maksud: Baik hati.

Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.

6. Baik Hati

Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

7. Baik Sangka

Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.

Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.

8. Balas Budi = Membalas Budi

Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.

9. Balas Guna

Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik Gagang = Berbalik Gagang

Maksud: Berpihak kepada musuh.

Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan

rahsia syarikatnya.

Page 12: contoh Simpulan Bahasa

11. Balik Hati = Berbalik Hati

Maksud: Berubah pendirian.

Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.

12. Bangkai Bernyawa

Maksud: Orang yang tidak berguna.

Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan

Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.

Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

14. Banting Tulang = Membanting Tulang

Maksud: Bekerja bermati-matian.

Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

15. Banyak Akal

Maksud: Banyak helah.

Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

16. Banyak Cakap

Maksud: Orang yang suka berleter.

Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.

17. Banyak Mulut

Maksud: Orang yang suka berleter.

18. Bapa Angkat

Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.

Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.

19. Bapa Kandung

Maksud: Bapa sebenar.

Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.

20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut

Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.

Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

21. Batu Api

Maksud: Orang yang suka menghasut.

Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

Page 13: contoh Simpulan Bahasa

22. Batu Loncatan

Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar.

Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam

perusahaan makanan.

23. Bau-Bau Bacang

Maksud: Persaudaraan yang jauh.

Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

24. Bawa Alamat

Maksud: Memberi tanda.

Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

25. Bawa Diri = Membawa Diri

26. Bawa Hati

Maksud: Merajuk.

Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang.

27. Bawa Hidup

Maksud: Merantau mencari penghidupan.

Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal.

28. Bawa Mati

Maksud: Menyebabkan mati.

Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.

29. Bawa Mulut

Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.

Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.

30. Bawa Nasib

Maksud: Merantau mencari penghidupan.

31. Bawa Nyawa

Maksud: Menyelamatkan diri.

Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.

32. Bawa Sial = Membawa Sial

Maksud: Mendatangkan malang.

Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah.

Page 14: contoh Simpulan Bahasa

33. Bawa Tempurung

Maksud: Minta sedekah.

Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.

34. Bawa Tuah = Membawa Tuah

Maksud: Mendatangkan keuntungan.

Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya.

35. Bawah Angin

Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.

Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.

36. Bawah Bendera

Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.

Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris.

37. Bawah Tanah

Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.

Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah.

38. Bayang Kata = Dibayang Kata

Maksud: Dikias.

Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.

39. Bayar Nyawa

Maksud: Mengorbankan diri.

Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya daripada

bekas suaminya.

40. Bekas Tangan

Maksud: Sesuatu yang diusahakan.

Contoh Ayat: “Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah,” kata Pak Mail memuji menantunya.

41. Belah Bumi = Membelah Bumi

Maksud: Bunyi yang sangat kuat.

Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya.

42. Belah Hati = Berbelah Hati

Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.

Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik.

Page 15: contoh Simpulan Bahasa

43. Belahan Hati

Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya.

44. Belahan Jiwa

Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

45. Belahan Nyawa

Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

46. Belakang Hari

Maksud: Kemudian hari.

Contoh Ayat: “Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang belakang hari,” nasihat

ayah kepada abang.

47. Bendera Putih

Maksud: Mengaku kalah.

Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan

kerajaan Melaka yang hebat itu.

48. Bengkak Perut

Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.

Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah.

49. Berat Lalat

Maksud: Pura-pura berani.

Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada waktu malam.

50. Berani Mati

Maksud: Tidak takut mati.

Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air tercinta.

51. Berat Bibir

Maksud: Orang yang pendiam.

Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur.

52. Berat Hati

Maksud: Kurang senang.

Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri.

Page 16: contoh Simpulan Bahasa

53. Berat Kaki

Maksud: Malas.

Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya.

54. Berat Lidah

Maksud: Tidak dapat berkata-kata.

Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

55. Berat Mata

Maksud: Mengantuk.

Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata.

56. Berat Mulut

Maksud: Orang yang pendiam.

57. Berat Sebelah

Maksud: Tidak adil.

Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.

58. Berat Tangan

Maksud: Pemalas.

Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur.

59. Berat Tulang

Maksud: Pemalas.

60. Beri Jalan

Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat: “Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini,” kata ibu kepada abang.

61. Beri Muka

Maksud: Memanjakan.

Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas.

62. Berita Hangat

Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan.

Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik menjadi berita hangat

dalam semua akhbar tempatan.

63. Besar Cakap

Maksud: Orang yang suka bercakap sombong.

Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta.

Page 17: contoh Simpulan Bahasa

64. Besar Hati = Berbesar Hati

Maksud: Gembira.

Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya.

65. Besar Kepala

Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil.

Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya.

66. Besar Mulut

Maksud: Suka bercakap besar.

Contoh Ayat: “Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa,” kata kakak.

67. Besar Perut

Maksud: Hamil.

Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut.

68. Betul Bendul

Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.

Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-mainkannya.

69. Biang Keladi

Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.

Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini.

70. Bidan Tarik

Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.

Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir.

71. Bidan Terjun

Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.

72. Bintang Gelap

Maksud: Bernasib malang.

Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang

dialaminya dalam kemalangan tempoh hari.

73. Bintang Hati

Maksud: Orang kesayangan kekasih.

Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara.

Page 18: contoh Simpulan Bahasa

74. Bintang Terang

Maksud: Nasib baik.

Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik.

75. Bongkar Sauh

76. Bongkok Sabut

Maksud: Bongkok sedikit.

Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.

77. Bongkok Udang

Maksud: Terlalu bongkok kerana tua.

Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya.

78. Buah Bibir

Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia.

79. Buah Cakap

Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

80. Buah Fikiran

Maksud: Pendapat.

Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira.

81. Buah Hati

Maksud: Orang kesayangan kekasih.

82.Buah Helah

Maksud: Mencari helah.

83. Buah Kalam

Maksud: Hasil tulisan atau karya.

Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama.

84. Buah Mulut

Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

85. Buah Pena

Maksud: Hasil tulisan atau karya.

Page 19: contoh Simpulan Bahasa

86. Buah Tangan

Maksud: Hadiah.

Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital.

87. Bual Kosong

Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting.

Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah.

88. Buang Adat

Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi.

Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama.

89. Buang Air Besar

Maksud: Berak.

Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.

90. Buang Air Kecil

Maksud: Kencing.

Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil.

91. Buang Anak = Membuang Anak

Maksud: Menggugurkan anak.

Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan.

92. Buang Arang Di Muka

Maksud: Menghilangkan malu.

Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di kampung itu bagi

membuang arang di mukanya.

93. Buang Diri = Membuang Diri

Maksud: Merantau.

Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang.

94. Buang Lelah

Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan.

Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat buang lelah.

95. Buang Malu

Maksud: Menghilangkan malu.

Page 20: contoh Simpulan Bahasa

96. Buang Muka = Membuang Muka

Maksud: Tidak suka.

Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya.

97. Buang Negeri = Dibuang Negeri

Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri.

Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi

gelap.

98. Buang Sauh

Maksud: Berlabuh.

Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti.

99. Buang Sial

Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.

Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial.

100. Buang Tabiat

Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.

101. Buang ubat

Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.

Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena.

102. Buat Akal

Maksud: Mencari helah.

Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah.

103. Buat Bodoh

Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.

Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan

rumahnya.

104. Buat Jahat = Berbuat Jahat

Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan.

Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu.

105. Buat Perkara

Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.

Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara.

Page 21: contoh Simpulan Bahasa

106. Buaya Darat

Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan.

Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya.

107. Bujur Sirih

Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.

Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang sutera putih.

108. Buka Langkah Seribu

Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.

Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat.

109. Buka Mata

Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.

Contoh Ayat:

a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya.

b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata.

110. Buka Mulut

Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan.

Contoh Ayat:

a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang.

b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.

111. Buka Pintu

Maksud: Memberi peluang.

Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan

mereka.

112. Buka Tanah = Membuka Tanah

Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar.

Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit.

113. Buka Telinga

Maksud: Mendengar baik-baik.

Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama bertugas di syarikat itu.

114. Buka Tembelang

Maksud: Membocorkan rahsia.

Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing

Kurupaya.

Page 22: contoh Simpulan Bahasa

115.Buku Lima

Maksud: Penumbuk.

Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran.

116. Bulan Kesiangan

Maksud: Berwajah pucat.

Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.

117. Bulan Madu

Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.

Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi.

118. Bulan penuh

Maksud: Cantik.

Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.

119. Bulat Fikiran

Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.

Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri.

120. Bulat Kata

Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan

tapak sekolah agama.

121. Bunga Bangsa

Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.

Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.

122. Bunga Bibir

Maksud: Kata-kata yang manis.

Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya.

123. Bunga Dedap

Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.

Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran

tetangga.

124. Buru Hutang = Diburu Hutang

Maksud: Terdesak kerana berhutang.

Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi.

Page 23: contoh Simpulan Bahasa

125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu

Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.

Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya.

126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat

Maksud: Berusaha mencari pangkat.

Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang menyalahi undang-

undang.

127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran

Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.

Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan.

128. Buruk Hati

Maksud: Orang yang jahat.

Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya.

129. Buruk Laku

Maksud: Kelakuan tidak senonoh.

Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat.

130. Buruk Makan

Maksud: Pelahap.

Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja.

131. Buruk Mulut

Maksud: Percakapan yang kasar.

Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia

bercakap dengan lemah lembut.

132. Buruk Perut

Maksud: Kuat makan.

Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.

133. Buruk sSngka

Maksud: Menaruh curiga.

Contoh Ayat: “Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik,” kata Fairuz kepada

Azri.

134. Buruk Selera

Maksud: Makan apa sahaja.

Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang.

Page 24: contoh Simpulan Bahasa

135. Buruk Siku

Maksud: Meminta barang yang telah diberikan.

Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya.

136. Busuk Budi

Maksud: Perangai yang jahat.

Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya.

137. Busuk Hati

Maksud: Orang yang berhati jahat.

Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.

138. Busung Dada

Maksud: Sombong.

Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu.

139. Buta Ayam = Rabun Ayam

Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.

Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam.

140. Buta Hati

Maksud: Bersikap kejam.

Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu.

141. Buta Huruf

Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.

Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.

142. Buta Kayu

Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.

143. Buta Malam

Maksud: Rabun pada waktu malam.

Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam.

144. Buta Perut

Maksud: Tidak bertimbang rasa.

Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang malang.

145. Buta Warna

Maksud: Tidak dapat membezakan warna.

Page 25: contoh Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program “Memandu Kapal Terbang” ialah peserta tidak buta

warna.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘C’

1. Cabut Nyawa

Maksud: Membunuh.

Contoh Ayat: “Janganlah kau cabut nyawaku,” pinta Rashidah.

2. Cacing Gila

Maksud: Meronta-ronta.

Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila.

3. Cacing Kepanasan

Maksud: Gelisah.

Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis.

4. Cacing Naik Ke Mata

Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.

Contoh Ayat: “Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata,” kata Tuk Penghulu.

5. Cahaya Mata

Maksud: Anak.

Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.

6. Cakap Angin

Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.

Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.

7. Cakap Besar

Maksud: Meninggi diri.

Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

8. Cakap Mulut

Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.

Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.

9. Cakap Tinggi

Maksud: Meninggi diri.

Page 26: contoh Simpulan Bahasa

10. Cakar Awan = Pencakar Awan

Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

11. Cakar Ayam

Maksud: Tulisan yang buruk.

Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar Langit = Pencakar Langit

Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

13. Campur Cakap

Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

Contoh Ayat: “Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya,” kata ayah.

14. Campur Mulut

Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

15. Campur Tangan

Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

16. Cangkul Angin

Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.

Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.

17. Cari Akal = Mencari Akal

Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-

anaknya.

18. Cari Bala

Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

19. Cari Fasal

Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.

20. Cari Fikiran

Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Page 27: contoh Simpulan Bahasa

21. Cari Ikhtiar

Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

22. Cari jalan

Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

23. Cari Makan

Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.

Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah

pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari Muka

Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.

Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

25. Cari Nama = Mencari Nama

Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.

Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

26. Cari Rezeki

Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.

27. Cari Salah

Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.

Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu.

28. Cari Seteru

Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

29. Cari Susah

Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu

Maksud: Sampai ke paras bahu.

Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu.

31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi

Maksud: Jejak ke bumi.

Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.

Page 28: contoh Simpulan Bahasa

32. Cepat Lidah

Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.

Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.

33. Cepat Mulut

Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.

Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya.

34. Cepat Tangan

Maksud: Orang yang suka mencuri.

Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.

35. Cerai Hidup

Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.

Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih

Maksud: Putus percintaan.

Contoh Ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota.

37. Cerai Mata = Bercerai Mata

Maksud: Berpisah.

Contoh Ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis.

38. Cerai Mati = Bercerai Mati

Maksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Contoh Ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan

raya.

39. Cerai Susu = Bercerai Susu

Maksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu.

Contoh Ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu.

40. Cerita Burung

Maksud: Berita yang tidak berasas.

Contoh Ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung

belaka.

41. Cermin Bangkai = Bercermin Bangkai

Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian.

Contoh Ayat: Lebih baik mati daripada hidup bercermin bangkai.

Page 29: contoh Simpulan Bahasa

42. Cuci Mata

Maksud:

a) Melihat pemandangan yang cantik.

b) Melihat perempuan yang cantik-cantik.

Contoh Ayat:

a) Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di

sekitarnya.

b) Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan

rumahnya.

43. Cuci Perut

Maksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.

Contoh Ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan.

44. Cuci Tangan

Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

Contoh Ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy.

45. Cucur Keringat

Maksud: Bekerja keras.

Contoh Ayat: Nasir terpaksa cucur keringat untuk mengisi perut anaknya yang lima orang itu.

46. Cucur Peluh

Maksud: Bekerja keras.

47. Cupak Hanyut

Maksud: Lenggang yang lembut.

Contoh Ayat: Gaya berjalan Mak Long bagai cupak hanyut.

48. Curi Hati = Mencuri Hati

Maksud: Memikat hati.

Contoh Ayat: Tingkah laku Ayu yang lemah lembut telah mencuri hati Hasyim.

49. Curi Tulang

Maksud: Pemalas.

Contoh Ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan berbual-bual di serambi.

Page 30: contoh Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘D’

1. Dabik Dada = Mendabik Dada

Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.

Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

2. Dagang Piatu

Maksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.

Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.

3. Daki Dunia

Maksud: Harta dunia.

Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.

4. Dakwat Tumpah

Maksud: Rambut yang hitam lebat.

Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang.

5. Dalam Kekeringan

Maksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.

Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk

membaiki kereta saya yang rosak.

6. Dalam Tangan

Maksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.

Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk

menjadi naib juara sudah dalam tangan.

7. Dapat Hati

Maksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas.

Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian.

8. Dapat Khabar = Mendapat Khabar

Maksud: Menerima berita.

Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom.

9. Dapat Malu = Mendapat Malu

Maksud: Menanggung malu.

Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah.

Page 31: contoh Simpulan Bahasa

10. Dapat Nama = Mendapat Nama

Maksud: Menjadi terkenal.

Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen.

11. Dapat Terpijak

Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

Contoh Ayat: Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000.

12. Darah Daru Setampuk Pinang

Maksud: Masih muda.

Contoh Ayat: Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di

perbatasan.

13. Darah Daging

Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya.

14. Darah Gemuruh

Maksud: Mudah gugup.

Contoh Ayat: Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.

15. Darah Manis

Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.

Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila

melakukan sesuatu kerja.

16. Darah Panas

Maksud: Cepat marah.

Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.

17. Darah Putih

Maksud: Keturunan bangsawan.

Contoh Ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin.

18. Datuk Nenek

Maksud: Leluhur.

Contoh Ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.

19. Delima Merekah

Maksud: Warna bibir yang cantik.

Contoh Ayat: Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman.

Page 32: contoh Simpulan Bahasa

20. Depan Hidung = Di Depan Hidung

Maksud: Terlalu dekat.

Contoh Ayat: Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum.

21. Detak Hati

Maksud: Perasaan, kata hati.

Contoh Ayat: Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup.

22. Detik Jantung

Maksud: Bunyi degup jantung.

Contoh Ayat: Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya.

23. Diam Diri = Berdiam Diri

Maksud: Tidak berkata-kata.

Contoh Ayat: Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu.

24. Diam Penggali

Maksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.

Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali.

25. Diam-Diam Lepu

Maksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.

Contoh Ayat: Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu.

26. Diam-Diam Ubi

Maksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin.

Contoh Ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.

27. Dingin Hati

Maksud: Tidak riang.

Contoh Ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada lagi.

28. Dingin Kepala

Maksud: Berfikiran tenang dan waras.

Contoh Ayat: Membuat sesuatu keputusan, biarlah ketika dingin kepala.

29. Dingin Tangan

Maksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya.

Contoh Ayat: Puan Lim dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanamnya menjadi belaka.

30. Duduk Perut

Maksud: Hamil.

Page 33: contoh Simpulan Bahasa

31. Duit Kopi

Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

Contoh Ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.

32. Durian Runtuh

Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘E’

1. Ekor Belangkas

Maksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.

Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.

2. Ekor Lipas

Maksud: Rambut pada lubang tengkuk.

Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.

3. Ekor Mata

Maksud: Sudut mata.

Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.

4. Ekor Pulau

Maksud: Hujung pulau.

Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur.

5. Elok Budi

Maksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.

Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh.

6. Emas Putih

Maksud: Campuran emas berwarna putih.

Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beribu-ribu ringgit.

7. Emas Tempawan

Maksud: Orang yang dikasihi.

Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

Page 34: contoh Simpulan Bahasa

8. Embun Betina

Maksud: Titis embun yang kecil-kecil.

Contoh Ayat: Embun betina yang turun mendinginkan lagi suasana malam itu.

9. Embun Jantan

Maksud: Titis embun yang besar-besar.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘F’

1. Faham Kiri = Berfahaman Kiri

Maksud: Berfikiran politik yang radikal.

Contoh Ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.

2. Fajar Menyingsing

Maksud: Awal pagi.

Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘G’

1.Gadai Bergolok = Bergadai Bergolok

Maksud: Berbelanja sehingga berhabis.

Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.

2. Gadai Nyawa = Bergadai Nyawa

Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.

Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.

3. Gadis Sunti

Maksud: Anak perempuan yang belum baligh.

Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.

4. Gaji Buta

Maksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan

gaji buta sahaja.

Page 35: contoh Simpulan Bahasa

5. Gaji Pokok

Maksud: Gaji tanpa bayaran yang lain.

Contoh Ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.

6. Gambaran Hidup

Maksud: Teladan.

Contoh Ayat: Kita patut menjadikan kejadian tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup.

7. Ganti Tikar

Maksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.

Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anak-anaknya amat

manja dengan adik iparnya itu.

8. Garam Hidup

Maksud: Pengalaman.

Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.

9. Gatal Mulut

Maksud: Suka bercerita keburukan orang.

Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut.

10. Gatal Tangan

Maksud: Suka membuat yang bukan-bukan.

Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga

habis bunga Mak Busu dirosakkan.

11. Gelap Buta

Maksud: Sangat gelap.

Contoh Ayat: “Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini,”

nasihat Pak Mat kepada anaknya.

12. Gelap Fikiran

Maksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.

Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.

13. Gelap Hati

Maksud: Sukar memahami pelajaran.

Contoh Ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus.

14. Gelap Mata

Maksud:

A) Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.

Page 36: contoh Simpulan Bahasa

B) Pitam.

Contoh Ayat: Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu

kerana gelap mata.

15. Gelap Pemandangan

Maksud: Pitam.

16. Gelap Wang = Menggelapkan Wang

Maksud: Menggunakan wang yang bukan hak.

Contoh Ayat: Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis.

17. Gelegar Buluh

Maksud: Bercakap besar tetapi kosong.

Contoh Ayat: Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh

daripada tindakan sebenarnya.

18. Geli Hati

Maksud: Rasa lucu hendak tertawa.

Contoh Ayat: Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu.

19. Gelora Hati

Maksud: Perasaan yang tidak tenang.

Contoh Ayat: Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir.

20. Gelora Semangat

Maksud: Perasaan berkobar-kobar.

Contoh Ayat: Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini.

21. Gencatan Senjata

Maksud: Memberhentikan peperangan.

Contoh Ayat: Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

22. Gendang Paha = Bergendang Paha

Maksud: Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.

Contoh Ayat: Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara.

23. Gerak Badan

Maksud: Bersenam.

Contoh Ayat: Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera

tersebut.

Page 37: contoh Simpulan Bahasa

24. Gerak Hati

Maksud: Perasaan.

Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.

25. Gerak Jalan

Maksud: Latihan berjalan sebagai satu pasukan.

Contoh Ayat: Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu.

26. Gerakan Gelap

Maksud: Gerakan tidak sah yang dirahsiakan.

Contoh Ayat: Pasukan polis yakin bahawa penyeludupan itu dilakukan oleh gerakan gelap yang bergiat di

bahagian sempadan.

27. Gigi Air

Maksud: Tepi air laut.

Contoh Ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.

28. Gigi Hutan

Maksud: Tepi hutan.

Contoh Ayat: Arsyad mencari kerbaunya yang hilang hingga ke gigi hutan.

29. Gila Angau

Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

Contoh Ayat: Jasiman gila angau kepada Jeha.

30. Gila Babi

Maksud: Penyakit sawan babi.

Contoh Ayat: Apabila penyakit gila babinya menyerang, kelam-kabut kami dibuatnya.

31. Gila Bayang

Maksud: Cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai.

Contoh Ayat: “Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang,” nasihat Zakir

kepada Daud.

32. Gila Bayang-Bayang

Maksud: Berhajatkan sesuatu yang mustahil.

Contoh Ayat: Usah gila bayang-bayang, bersyukurlah pada apa yang telah diperoleh.

33. Gila Harta

Maksud: Sentiasa mementingkan harta kekayaan.

Contoh Ayat: Ibunya gila harta, pinangan orang miskin tidak akan diterima.

Page 38: contoh Simpulan Bahasa

34. Gila Isim

Maksud: Gila kerana tersalah menuntut ilmu batin.

Contoh Ayat: Kasim gila isim sekembalinya daripada menuntut ilmu di Indonesia.

35. Gila Judi

Maksud: Orang yang suka bermain judi.

Contoh Ayat: Tabiat gila judi akan menyebabkan orang menjadi papa.

36. Gila Kuasa

Maksud: Sangat ingin mendapat kuasa.

Contoh Ayat: Temenggung yang gila kuasa itu sanggup memfitnah Raja Tengah.

37. Gila Pangkat

Maksud: Sentiasa ingin mendapat pangkat.

Contoh Ayat: Dia bekerja keras bukan kerana gila pangkat tetapi ingin meningkatkan prestasi cemerlang

jabatannya.

38. Gila Perempuan

Maksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.

Contoh Ayat: Dia memang gila perempuan sampai lupa akan anak isteri di rumah.

39.Gila Talak

Maksud: Teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.

Contoh Ayat: Pak Leh gila talak setelah bercerai dengan Mak Leha.

40. Gila Urat

Maksud: Sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.

Contoh Ayat: Hamid gila urat akan Asma sehingga sanggup mengekori Asma ke mana sahaja dia pergi.

41. Gila-Gila Air

Maksud: Kurang sihat ingatan (fikiran).

Contoh Ayat: Dia gila-gila air kerana ingatannya kadang-kadang tidak menentu.

42. Gila-Gila Bahasa

Maksud: Kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).

Contoh Ayat: Apabila dia mula gila-gila bahasa, orang sukar untuk mempercayai cakapnya.

43. Golok Kayu

Maksud: Orang bodoh yang berlagak pandai.

Contoh Ayat: Dia seperti golok kayu, kononnya dia tahu segala-galanya tentang perkembangan politik negara.

Page 39: contoh Simpulan Bahasa

44. Gulung Tikar

Maksud: Muflis.

Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa

gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting Hati

Maksud: Melukai perasaan.

Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya.

46. Gunung Hati = Menggunung Hati

Maksud: Tersangat ingin.

Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi.

47. Gunung Payung

Maksud: Orang kesayangan.

Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.

48. Gunung Runtuh

Maksud: Bunyi bergemuruh.

Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘H’

1. Habis Akal

Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.

Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti

pada tahun depan.

2. Habis Bulan

Maksud: Hujung bulan.

Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

3. Habis Jadi Abu

Maksud: Musnah.

Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis Jodoh

Maksud: Bercerai.

Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

Page 40: contoh Simpulan Bahasa

5. Habis Modal

Maksud:

A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.

B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.

Contoh Ayat:

A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.

B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa

Maksud:

A) Mati.

B) Menebus dengan nyawa.

Contoh Ayat:

A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.

B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

7. Habis Perkara

Maksud: Selesai.

Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.

8. Habis Tahun

Maksud: Penghujung tahun.

Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa Mata

Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.

Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa

mata para penonton.

10. Halwa Telinga

Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.

Contoh Ayat: Rancangan “Senandung Malam” yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga

apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa Tangan

Maksud: Tidak mendapat apa-apa.

Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.

12. Hancur Hati

Maksud: Sangat sedih.

Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

Page 41: contoh Simpulan Bahasa

13. Hangat Hati

Maksud: Sangat marah.

Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

14. Hangat-Hangat Kuku

Maksud: Suam-suam.

Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi Ayam

Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.

Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi

ayam.

16. Hangus Hati

Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah.

17. Harga Diri

Maksud: Maruah.

Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.

18. Harga Mati

Maksud: Harga tetap.

Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.

19. Harga Pokok

Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.

Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang

menjadikan harganya bertambah mahal.

20. Hati Batu

Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah

dilarang oleh ibunya.

21. Hati Berlian = Berhati Berlian

Maksud: Sangat baik hati.

Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri.

22. Hati Kecil

Maksud: Perasaan dalam batin.

Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

Page 42: contoh Simpulan Bahasa

23. Hati Muda

Maksud: Rasa muda dalam hati.

Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.

24. Hati Nurani

Maksud:

A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.

B) Perasaan hati yang murni.

Contoh Ayat:

A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.

B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

25. Hati Tawajuh

Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.

Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

26. Hati Terbuka

Maksud: Ikhlas.

Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

27. Hati Tungau = Berhati Tungau

Maksud: Penakut.

Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.

28. Hati Waja

Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

29. Hentam Kromo

Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.

Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.

30. Hidung Belang

Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.

31. Hidung Tinggi

Maksud: Orang yang sombong.

Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.

Page 43: contoh Simpulan Bahasa

32. Hidup Terbuang

Maksud: Tersia-sia diri.

Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.

33. Hilang Akal

Maksud: Gila.

Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati

Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.

Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata

jangan hilang di hati pula.

35. Hilang Harapan

Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.

Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah

dalam kebakaran itu.

36. Hilang Ingatan

Maksud: Gila.

37. Hilang Lenyap

Maksud: Hilang tanpa berita.

Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.

38. Hilang Nyawa

Maksud: Mati.

Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.

39.Hilang Semangat

Maksud: Terkejut.

Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

40. Hilang-Hilang Timbul

Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.

Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-

pelakon lain.

41. Hilir Mudik

Maksud: Berjalan ke sana ke mari.

Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu.

Page 44: contoh Simpulan Bahasa

42. Hina Budi

Maksud: Berkelakuan buruk.

Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak.

43. Hisap Darah

Maksud: Memeras atau menindas orang.

Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.

44. Hisap Jari

Maksud: Kecewa.

Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini,

menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

45. Hujung Pangkal

Maksud: Asal mula.

Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng

kepada Ah Siew.

46. Hukum Alam

Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.

Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam.

47. Hukum Allah

Maksud: Takdir Tuhan.

Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.

48. Hutang Darah

Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.

Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.

49. Hutang Lapuk

Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.

Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

50. Hutang Nyawa

Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.

Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh

hari.

Page 45: contoh Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘I’

1. Ibu Angkat

Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.

Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

2. Ibu Ayam

Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.

Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu Kandung

Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.

Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

4. Ibu Keladi

Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.

Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

5. Ibu Pertiwi

Maksud: Tanah tempat kelahiran.

Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat Diri

Maksud: Terlalu berat.

Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk

bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat Hati

Maksud: Menawan.

Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat Janji

Maksud: Membuat perjanjian.

Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat Kata

Maksud: Menggubah kata.

Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.

10. Ikat Perut

Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.

Page 46: contoh Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di

laut.

11. Intan Baiduri

Maksud: Orang yang dikasihi.

12. Iri Hati

Maksud: Dengki.

Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi Dada

Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

14. Isi Hati

Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi Perut

Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi Rumah

Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.

Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘J’

1. Jadi Abu Arang

Maksud: Barang yang telah rosak.

Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.

2. Jadi Bapa Kuda

Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.

Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.

3. Jadi Bumi Langit

Maksud: Orang yang sangat diharapkan.

Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

Page 47: contoh Simpulan Bahasa

4. Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran

Maksud: Masalah yang harus difikirkan.

Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah.

5. Jadi Umang-Umang

Maksud: Suka menggunakan hak orang lain.

Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.

6. Jaga Hati = Menjaga Hati

Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.

Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.

7. Jaga Mulut

Maksud: Berhati-hati bila bercakap.

Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.

8. Jalan Belakang

Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah.

Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

9. Jalan Buntu

Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.

Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini

masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

10. Jalan Damai

Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.

Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing

telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.

11. Jalan Fikiran

Maksud: Cara berfikir.

Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.

12. Jalan Kaki

Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.

Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

13. Jalan Tengah

Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.

Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.

Page 48: contoh Simpulan Bahasa

14. Jarum Halus

Maksud: Tipu muslihat.

Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang

simpanannya kepada Amin.

15. Jatuh Air Muka

Maksud: Menjadi malu.

Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

16. Jatuh Bangun

Maksud: Maju mundur.

Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

17. Jatuh Cinta

Maksud: Menaruh cinta (kasih).

Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

18. Jatuh Dari Langit

Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

19. Jatuh Harga Diri

Maksud: Jatuh maruah.

Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah

menyebabkan jatuh harga dirinya.

20. Jatuh Hati

Maksud: Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh Melarat

Maksud: Menjadi miskin.

Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami

kerugian.

22. Jatuh Nama

Maksud: Menanggung malu.

23. Jatuh Sakit

Maksud: Mendapat sakit.

Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.

24. Jatuh Semangat

Maksud: Hilang keberanian.

Page 49: contoh Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh

musuh.

25. Jejak Bahu

Maksud: Sampai ke paras bahu.

26. Jejak Bara

Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.

Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.

27. Jejak Keruh

Maksud: Perbuatan yang kurang baik.

Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak keruh.

28. Jejak Langkah

Maksud: Mencontohi.

Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit.

29. Jejak Orang Tua

Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.

Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka menolong orang.

30. Jinak-Jinak Lalat

Maksud: Persahabatan yang tidak mesra.

Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy.

31. Jinak-Jinak Merpati

Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak.

Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.

32. Juling Air

Maksud: Juling sedikit.

Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.

33. Juling Itik

Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.

Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.

Page 50: contoh Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘K’

1. Kacang Hantu

Maksud: Orang jahat.

Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu

setiap gadis yang lalu di situ.

2. Kaki Arak

Maksud: Orang yang suka minum arak.

Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.

3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam

Maksud: Tidak memakai kasut.

Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

4. Kaki Bangku

Maksud: Tidak pandai bermain bola.

Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

5. Kaki Botol

Maksud: Orang yang suka minum arak.

6. Kaki Buli

Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.

Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

7. Kaki Gaduh

Maksud: Orang yang suka bergaduh.

Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

8. Kaki Gunung

Maksud: Di bahagian permulaan gunung.

Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.

9. Kaki Hutan

Maksud: Tepi hutan.

10. Kaki Judi

Maksud: Orang yang suka bermain judi.

Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

Page 51: contoh Simpulan Bahasa

11. Kaki Langit

Maksud: Langit di bahagian bawah.

Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

12. Kaki Lima

Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.

Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti.

13. Kaki Perempuan

Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

14. Kaki Rambu

Maksud: Orang yang suka merayau.

Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak

lagi menjadi kaki rambu.

15. Kaki Seribu

Maksud: Cabut lari.

16. Kaki Umpat

Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.

Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.

17. Kaki Wayang

Maksud: Orang yang suka menonton wayang.

Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu.

18. Kaku Lidah

Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.

Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah.

19. Kambing Hitam

Maksud: Orang yang dipersalahkan.

Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.

20. Kampung Halaman

Maksud: Kampung tempat dilahirkan.

Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya.

21. Kata Dua

Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak

Page 52: contoh Simpulan Bahasa

lain yang terlibat dalam perundingan.

Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata Hati

Maksud: Perasaan.

23. Kata Pujangga

Maksud: Perkataan orang bijak pandai.

Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada

orang muda.

24. Kata Putus

Maksud: Ketentuan yang terakhir.

Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.

25. Kaya Anak

Maksud: Banyak anak.

Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.

26. Kaya Hati

Maksud: Pemurah.

Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma.

27. Kaya Hutang

Maksud: Orang yang banyak hutang.

Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli baju berjenama.

28. Kecil Hati

Maksud: Berasa tersinggung.

29. Kecut Hati

Maksud: Takut.

Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya.

30. Kelas Kambing

Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.

Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang.

31. Keliling Pinggang

Maksud: Sangat banyak.

Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.

Page 53: contoh Simpulan Bahasa

32. Ke Luar Negeri

Maksud: Pergi ke negeri lain.

Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

33. Kembang Hati

Maksud: Gembira.

Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh.

34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap

Maksud: Meluaskan usaha.

Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula.

35. Kena Tangan

Maksud: Dipukul.

Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di

kampung itu.

36. Kepala Angin

Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

37. Kepala Batu

Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

38. Kepala Berat

Maksud: Bodoh.

Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat.

39. Kepala Berita

Maksud: Tajuk sesuatu berita.

Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di hampir semua

akhbar tempatan terbitan hari ini.

40. Kepala Dingin

Maksud: Penyabar.

Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.

41. Kepala Dua

Maksud: Orang yang tidak setia.

Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada

syarikat lawan.

Page 54: contoh Simpulan Bahasa

42. Kepala Kain

Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.

Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.

43. Kepala Udang

Maksud: Bodoh.

44. Kera Sumbang

Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.

Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang

pemalu.

45. Kerang Busuk

Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.

Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

46. Keras Hati

Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

47. Keras kepala

Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

48. Keras Lidah

Maksud: Tidak pandai bercakap.

Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir.

49. Keras Mulut

Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.

Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang

lain.

50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan

Maksud: Memutuskan perhubungan.

Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan

pembahagian harta pusaka.

51. Kering Darah

Maksud: Terkejut.

52. Kering Hati

Maksud: Tiada rasa belas kasihan.

Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang kering hati.

Page 55: contoh Simpulan Bahasa

53. Keringat Dingin

Maksud: Takut.

54. Kerja Tangan

Maksud: Pertukangan tangan.

Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.

55. Ketam Batu

Maksud: Sangat kedekut.

Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam

batu.

56. Ketawa Raja

Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.

Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.

57. Khabar Angin

Maksud: Berita yang belum sah.

Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

58. Khabar Burung

Maksud: Berita yang belum sah.

59. Kucing Bertanduk

Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya.

60. Kucing Kurap

Maksud: Orang yang tidak berguna.

61. Kuku Besi

Maksud: Memerintah dengan kejam.

Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh rakyat.

62. Kuku Kambing

Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.

Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi.

63. Kunci Diri = Mengunci Diri

Maksud: Mengurung diri.

Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.

Page 56: contoh Simpulan Bahasa

64. Kunci Hati

Maksud: Rahsia.

Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.

65. Kunci Mulut

Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.

Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.

66. Kurang Adab

Maksud: Tidak sopan.

Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya.

67. Kurang Adat

Maksud: Tidak sopan.

68. Kurang Ajar

Maksud: Tidak sopan.

69. Kurang Akal

Maksud: Tidak pandai.

Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.

70. Kurang Asam

Maksud: Tidak sopan.

71. Kurang Bahasa

Maksud: Tidak halus budi bahasanya.

Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang kuat dan

menggunakan bahasa yang kasar.

72. Kurang Fikir

Maksud: Tidak berhati-hati.

Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian.

73. Kurang Hati

Maksud: Tidak berminat.

Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk melakukannya.

74. Kurang Iman

Maksud: Mudah terpedaya.

Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk

mengedar dadah.

Page 57: contoh Simpulan Bahasa

75. Kurang Ingat

Maksud: Pelupa.

Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.

76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi

Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.

Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini.

77. Kusut Fikiran

Maksud: Susah hati.

Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.

78. Kutu Embun

Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.

Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.

79. Kutu Jalan

Maksud: Orang yang suka merayau.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘L’

1. Langit Hijau

Maksud: Sangat jauh.

Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau.

2. Langkah Baik

Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik.

Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan

antara Zarina dan Amran.

3. Langkah Bendul

Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.

Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.

4. Langkah Kanan

Maksud: Bernasib baik; bertuah.

Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang

menikmati buah durian.

Page 58: contoh Simpulan Bahasa

5. Langkah Kiri

Maksud: Malang.

Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.

6. Langkah seribu

Maksud: Cabut lari.

Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.

7. Langkah Sumbang

Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.

Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya

semasa bersilat tadi.

8. Lapang Dada

Maksud: Perasaan lega.

Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke

universiti.

9. Lapang Hati

Maksud: Perasaan lega.

10. Lapik Perut

Maksud: Makan Sedikit.

11. Lari Semangat

Maksud: Terkejut.

12. Laut Lepas

Maksud: Tengah laut.

Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

13. Lebai Malang

Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.

Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.

14. Lembut Gigi Daripada Lidah

Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.

Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.

15. Lembut Hati

Maksud: Penyayang.

Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.

Page 59: contoh Simpulan Bahasa

16. Lena Ayam

Maksud: Belum tidur betul.

Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.

17. Lepas Angan-Angan

Maksud: Membuat sesuatu yang diingini.

Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk membeli kereta baru.

18. Lepas Diri

Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.

Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu.

19. Lepas Tangan

Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

20. Lidah Bercabang

Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.

Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

21. Lidah Biawak

Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.

22. Lidah Keras

Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.

Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.

23. Lidah Panjang

Maksud: Suka menghasut.

Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.

24. Lidah Tak Bertulang

Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.

Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang.

25. Lintah Darat

Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.

26. Lipas Kudung

Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.

Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya

seperti lipas kudung.

Page 60: contoh Simpulan Bahasa

27. Lubuk Akal Lautan Budi

Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.

Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan

kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi.

28. Lubuk Akal lautan ilmu

Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.

29. Lubuk Hati

Maksud: Dalam hati.

Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka.

30. Luka Hati

Maksud: Pilu.

Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah membohonginya.

31. Lupa Daratan

Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.

Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.

32. Lurus Akal

Maksud: Jujur.

Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-

baiknya.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘M’

1. Mabuk Darah

Maksud:

A) Pening kerana melihat darah yang banyak.

B) Pengsan kerana terlalu banyak mengeluarkan darah.

C) Mengamuk seolah-olah hilang ingatan kerana melihat darah.

Contoh Ayat:

A) Salmi mabuk darah apabila melihat keadaan adiknya.

B) Salman mabuk darah kerana luka di dadanya mengeluarkan banyak darah.

C) Tentera itu mabuk darah lalu melepaskan tembakan rambang.

2. Mabuk Gunung

Maksud: Mabuk ketika berada di tempat yang tinggi.

Contoh Ayat: Rahmah mabuk gunung semasa mendaki Gunung Kinabalu.

Page 61: contoh Simpulan Bahasa

3. Mabuk Kecubung

Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

4. Mabuk Kepayang

Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

5. Mabuk Laut

Maksud: Pening dan muntah semasa belayar.

Contoh Ayat: Si Tanggang telah seminggu mabuk laut dan terlantar di geladak kapal.

6. Mabuk Selasih

Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

7. Mahkota Hati

Maksud: Orang kesayangan; kekasih.

8. Mahkota Negeri

Contoh Ayat: Raja Nazrin telah ditabalkan menjadi mahkota negeri Perak Darul Ridzuan.

9. Main Mata = Bermain Mata

Maksud: Memberikan isyarat dengan mata.

Contoh Ayat: Pemuda itu bermain mata untuk mendapatkan perhatian daripada Kak Leha.

10. Makan Angin

Maksud: Berehat atau bersiar-siar.

Contoh Ayat: Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Kota Bharu.

11. Makan Angkat

Maksud: Orang yang suka dipuji.

Contoh Ayat: Pembantu rumah saya makan angkat, kalau dipuji semakin rajin dia bekerja.

12. Makan Beradap

Maksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).

Contoh Ayat: Mak Andak menemankan pengantin semasa makan beradap.

13. Makan Berdamai

Maksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).

14. Makan Besar

Maksud: Mengadakan jamuan.

Contoh Ayat: Jemputlah ke rumah kerana ada makan besar petang ini.

Page 62: contoh Simpulan Bahasa

15. Makan Budi = Termakan Budi

Maksud: Menerima pertolongan orang.

Contoh Ayat: Akibat termakan budi pak ciknya, Zali dipaksa berkahwin dengan sepupunya.

16. Makan Bunga

Maksud: Mengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan.

Contoh Ayat: Ceti itu makan bunga dengan mengenakan kadar faedah 20% daripada jumlah wang yang

dipinjam.

17. Makan Darah

Maksud: Sesuatu yang dijual dengan harga yang sangat mahal.

Contoh Ayat: Penjaja di kampung itu makan darah kerana kain yang dijualnya sangat mahal berbanding dengan

harga di bandar.

18. Makan Diri

Maksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.

Contoh Ayat: Semenjak ditinggalkan oleh suaminya, dia makan diri sehingga menjadi kurus kering.

19. Makan Duit

Maksud: Mengambil wang secara haram; rasuah.

Contoh Ayat: Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang.

20. Makan Gaji

Maksud: Bekerja untuk mendapatkan upah.

Contoh Ayat: Hasrom bekerja makan gaji dengan abangnya.

21. Makan Garam

Maksud: Mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.

Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua kerana mereka telah lama makan garam.

22. Makan Hati

Maksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.

23. Makan Kawan

Maksud: Mencelakakan kawan sendiri.

Contoh Ayat: Jabir makan kawan sendiri apabila dia memfitnah Jamil.

24. Makan Suap

Maksud: Mengambil wang secara haram; rasuah.

Page 63: contoh Simpulan Bahasa

25. Makan Sumpah

Maksud: Mendapat kesusahan setelah mengingkari sumpah.

Contoh Ayat: Akibat dimakan sumpah, hidupnya menjadi miskin dan melarat.

26. Makan Tanggung

Maksud: Hidup di bawah jagaan orang lain.

Contoh Ayat: Rasida makan tanggung di rumah ibu saudaranya.

27. Malu-Malu Bahasa

Maksud: Berasa segan.

Contoh Ayat: Semasa bersua muka dengan pemuda itu, Zainab malu-malu bahasa.

28. Malu-Malu Kucing

Maksud: Pura-pura malu.

Contoh Ayat: Roslan malu-malu kucing apabila bersua muka dengan Rokiah.

29. Mandi Biar Basah

Maksud: Kalau membuat sesuatu kerja biar bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat: Kalau kau mahu menjadi petani yang berjaya, bekerjalah bersungguh-sungguh, bak kata orang

kalau mandi biar basah, nasihat Adi kepada Rahman.

30. Mandi Bunga

Maksud: Mandi air perahan limau dan bunga-bungaan dengan tujuan tertentu.

Contoh Ayat: Dia mandi bunga setelah sembuh daripada penyakitnya.

31. Mandi Darah

Maksud: Berlumuran darah.

Contoh Ayat: Perajurit itu mandi darah kerana cedera terkena tembakan musuh.

32. Mandi Embun

Maksud: Membiarkan diri dibasahi embun.

Contoh Ayat: Kami bermandi embun kerana berkawal di tapak perkhemahan sehingga dinihari.

33. Mandi Kerbau

Maksud: Mandi yang tidak bersih.

Contoh Ayat: Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.

34. Mandi Keringat = Bermandi Keringat

Maksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga.

Contoh Ayat: Penduduk di kampung itu bermandi keringat untuk membina sebuah sekolah agama.

Page 64: contoh Simpulan Bahasa

35. Mandi Ombak = Bermandi Ombak

Maksud: Basah kena ombak.

Contoh Ayat: Nelayan itu sudah biasa bermandi ombak.

36. Mandi Peluh

Maksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga.

37. Masin Lidah

Maksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran.

Contoh Ayat: Atikah menjadi guru dan masin lidah Mak Long yang selalu memanggilnya „cikgu‟.

38. Masin Mulut

Maksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran.

39. Masuk Ajar

Maksud: Mendengar nasihat.

Contoh Ayat: Jamilah cepat masuk ajar apabila kelakuannya ditegur oleh guru.

40. Masuk Akal

Maksud: Dapat diterima akal.

Contoh Ayat: Berita yang disampaikan itu masuk akal kerana ada kesahihannya.

41. Masuk Angin Keluar Asap

Maksud: Tidak mencapai apa yang dikehendaki.

Contoh Ayat: Samad diisytiharkan bankrap akibat perniagaannya yang masuk angin keluar asap.

42. Masuk Angin

Maksud: Sakit kerana kesejukan atau sebagainya.

Contoh Ayat: Perutnya masuk angin kerana tidak makan semalaman.

43. Masuk Bakul Sampah

Maksud: Ditolak.

Contoh Ayat: Rayuan penduduk kampung untuk membina jambatan baru telah masuk bakul sampah.

44. Masuk Buku

Maksud: Dicatatkan ke dalam buku.

Contoh Ayat: Segala hutang-piutangnya masuk buku.

45. Masuk Daun

Maksud: Memperoleh peluang yang baik.

Contoh Ayat: Nampaknya perniagaan kita sudah masuk daun dan kita bakal menjadi orang kaya.

Page 65: contoh Simpulan Bahasa

46. Mat Jenin

Maksud: Orang yang suka berangan-angan.

Contoh Ayat: Berusahalah kalau mahu berjaya dan jangan menjadi seperti Mat Jenin.

47. Mata Air

Maksud:

A) Orang kesayangan; kekasih.

B) Tempat air keluar dari tanah.

Contoh Ayat: Mata air yang terdapat di lereng bukit itu digali untuk dijadikan telaga.

48. Mata Duitan

Maksud: Orang yang tamakkan wang.

Contoh Ayat: Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang

yang lebih.

49. Mata Hati

Maksud: Perasaan dalam hati.

Contoh Ayat: Walaupun dia buta tetapi mata hatinya celik.

50. Mata Keranjang

Maksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.

51. Mata Lembu

Maksud: Telur yang digoreng bulat-bulat.

Contoh Ayat: Saya makan nasi lemak berlaukkan telur mata lembu.

52. Mata Petai

Maksud: Tidak dapat melihat dengan betul.

Contoh Ayat: Oleh sebab Halim mata petai permohonannya untuk menjadi tentera ditolak.

53. Mata Telinga

Maksud: Kakitangan yang diharapkan.

Contoh Ayat: Semua penduduk kampung itu menjadi mata telinga pihak polis untuk menangani masalah

penyeludupan.

54. Mati Akal

Maksud: Buntu fikiran.

Contoh Ayat: Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang

dihadapinya.

Page 66: contoh Simpulan Bahasa

55. Mati Angin

Tidak berkuasa.

Contoh Ayat: Pihak polis mati angin kerana penyeludup itu telah lari ke negara jiran.

56. Mati Ayam

Maksud: Mati dengan sia-sia.

Contoh Ayat: Semenjak rakannya mati ayam dalam perlumbaan haram itu, dia tidak lagi bergaul dengan budak-

budak nakal.

57. Mati Balik Hidup

Maksud: Selamat setelah mengalami bahaya besar.

Contoh Ayat: Saya rasa seperti mati balik hidup kerana terselamat setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan

tersebut.

58. Mati Beragan

Maksud: Kelihatan seperti mati tetapi sebenarnya masih hidup.

Contoh Ayat: Pak Ali mati beragan semenjak kematian isteri yang amat disayanginya.

59. Mati Katak

Maksud: Mati dengan sia-sia.

60. Mati Kutu

Maksud: Tidak melawan.

Contoh Ayat: Dia mati kutu apabila dimarahi oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.

61. Minta Diri

Maksud: Memohon diizinkan pergi.

Contoh Ayat: Razif minta diri dari majlis itu kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat di pejabatnya.

62. Minta Jalan

Maksud: Meminta diberi jalan untuk lalu.

Contoh Ayat: Kami terpaksa minta jalan untuk berjumpa pasangan pengantin yang diraikan kerana dewan itu

telah penuh sesak dengan para jemputan.

63. Minta Nyawa

Maksud: Memohon supaya tidak dibunuh; meminta belas ihsan.

Contoh Ayat: Pencuri itu minta nyawa daripada ahli rukun tetangga yang menangkapnya ketika sedang

memecah masuk rumah Pak Jamal.

64. Muka Baru

Maksud: Orang atau pemain yang baru melibatkan diri dalam sesuatu bidang.

Page 67: contoh Simpulan Bahasa

Contoh Ayat: Hadiah utama peraduan mengarang cerpen anjuran akhbar tempatan telah dimenangi oleh penulis

muka baru.

65. Muka Dua

Maksud: Tidak jujur.

Contoh Ayat: Hamzah bermuka dua kerana sekejap dia menyokong kita dan sekejap dia menyokong pihak

lawan.

66. Muka Lama

Maksud: Orang atau pemain lama yang sudah berpenglaman.

Contoh Ayat: Azean Irdawaty muka lama dalam bidang lakonan.

67. Muka Laut

Maksud: Permukaan laut.

Contoh Ayat: Serambi rumah Zaki berhadapan dengan muka laut.

68. Muka Manis

Maksud: Menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum.

Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka manis kepada tetamu yang hadir.

69. Muka Masam

Maksud: Menunjukkan muka yang muram atau benci.

Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka masam seolah-olah dia sedang menghadapi masalah.

70. Muka Papan

Maksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran.

Contoh Ayat: Dia memang muka papan kerana sering meminta duit daripada isterinya.

71. Muka Tebal

Maksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran.

72. Muka Tembok

Maksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran.

73. Mulut Bisa

Maksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.

Contoh Ayat: Akibat mulut bisa Mak Limah, jiran tetangga memulaukannya.

74. Mulut Gatal

Maksud: Suka bercakap apa sahaja.

Contoh Ayat: Idham dikatakan mulut gatal kerana suka bercerita hal yang tidak senonoh.

Page 68: contoh Simpulan Bahasa

75. Mulut Kotor

Maksud: Suka bercakap apa sahaja.

76. Mulut Manis

Maksud: Lemah lembut dan baik tutur katanya.

Contoh Ayat: Fatima bukan sahaja jelita tetapi bermulut manis.

77. Mulut Murai

Maksud: Orang yang suka bercakap banyak.

Contoh Ayat: Akibat mulut murai Kak Timah, rumah tangganya porak-peranda.

78. Mulut Tajam

Maksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.

79. Mulut Tempayan

Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.

80. Murah Hati

Maksud: Pemurah.

81. Murah Mulut

Maksud: Ramah.

Contoh Ayat: Jiran yang baru pindah itu murah mulut.

82. Murah Rezeki

Maksud: Mudah memperoleh rezeki.

Contoh Ayat: Murah rezeki ayah kali ini kerana dia telah memenangi peraduan teka kata yang dianjurkan oleh

sebuah syarikat penerbangan.

83. Murah Tangan

Maksud: Pemurah.

84. Musuh Dalam Selimut

Maksud: Musuh yang sangat dekat atau yang berada dalam lingkungan sendiri.

Contoh Ayat: Rupa-rupanya Kim Seng adalah musuh dalam selimut pasukan tentera. Dia telah memberitahu

semua rancangan kerajaan kepada pihak musuh.

Page 69: contoh Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘N’

1.Naik Angin

Maksud: Terlalu marah.

Contoh Ayat: Dia naik angin apabila kawan-kawan mengusiknya.

2. Naik Darah

Maksud: Terlalu marah.

3. Naik Geram

Maksud: Menyampah.

Contoh Ayat: Naik geram saya melihat tingkah lakunya yang mengada-ada itu.

4. Naik Kepala

Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas

Contoh Ayat: Anak manja itu naik kepala apabila ayahnya ada di rumah.

5. Naik Minyak

Maksud: Menjadi marah dan mengganas.

Contoh Ayat: Semasa Ali naik minyak, semua barang-barang yang ada di dalam rumahnya dibaling dan

dipecahkannya.

6. Naik Pitam

Maksud: Pening.

Contoh Ayat: Nenek naik pitam dan hampir pengsan kerana cuaca terlalu panas.

7. Naik Saksi

Maksud: Menjadi saksi.

Contoh Ayat: Datuk Ali naik saksi dalam perbicaraan itu.

8. Naik Semangat

Maksud: Bertambah berani.

Contoh Ayat: Dali naik semangat apabila lawannya jatuh setelah ditumbuknya.

9. Nama Baik

Maksud: Maruah.

Contoh Ayat: Nama baik keluarga hendaklah dijaga, walau di mana pun kita berada.

10. Nasi Damai

Maksud: Nasi yang dihidangkan kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu. Contoh Ayat: Pengantin

baru dihidangkan nasi damai selepas mereka bersanding.

Page 70: contoh Simpulan Bahasa

11. Nujum Pak Belalang

Maksud: Tukang tilik palsu.

Contoh Ayat: Usah percaya cakapnya, dia sebenarnya Nujum Pak Belalang.

12. Nyawa-Nyawa Ikan

Maksud: Hampir mati.

Contoh Ayat: Burung itu nyawa-nyawa ikan semasa ditemui Ali.

13. Nyiur Gading

Maksud: Pokok kelapa kuning.

Contoh Ayat: Halaman rumahnya dihiasi dengan pokok nyiur gading.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘O’

1.Oleh-Oleh

Maksud: Hadiah.

Contoh Ayat: Ibu membawa beberapa helai kain batik dan pasu berukir sebagai oleh-oleh dari Indonesia.

2. Omong Kosong

Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.

3. Orang Asing

Maksud: Orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.

Contoh Ayat: Orang asing yang tinggal di negeri ini diberikan layanan yang baik.

4. Orang Asli

Maksud: Penduduk asal sesebuah negeri.

Contoh Ayat: Kebajikan orang asli di negara ini dikendalikan oleh Jabatan Orang Asli.

5. Orang Atasan

Maksud: Orang yang berpangkat tinggi; pembesar.

Contoh Ayat: Majlis itu akan dihadiri oleh orang atasan sahaja.

6. Orang Berada

Maksud: Orang yang berharta.

Contoh Ayat: Jamiah orang berada dan disegani di kampung ini.

7. Orang Besar

Maksud: Orang yang berpangkat tinggi; pembesar.

Page 71: contoh Simpulan Bahasa

8. Orang Biasa

Maksud: Rakyat biasa.

Contoh Ayat: Walaupun Tengku Kamal kerabat diraja dia tidak kekok bergaul dengan orang biasa.

9. Orang Buangan

Maksud: Orang yang dihukum buang negeri.

Contoh Ayat: Dia menjadi orang buangan dan tidak dibenarkan balik ke negerinya untuk jangka masa sepuluh

tahun.

10. Orang Buruan

Maksud: Orang yang dicari kerana kesalahan jenayah.

Contoh Ayat: Pihak polis berjaya menangkap orang buruan itu ketika mereka cuba melarikan diri ke negara

jiran.

11. Orang Dagang

Maksud: Orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.

12. Orang Dalam

Maksud: Orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan.

Contoh Ayat: Orang dalam disyaki terlibat dalam kecurian itu.

13. Orang Dapur

Maksud: Orang perempuan.

Contoh Ayat: Hidangan ini disediakan oleh orang dapur saya, kata ayah kepada tetamu yang datang.

14. Orang Darat

Maksud: Penduduk asal sesebuah negeri.

15. Orang Gaji

Maksud: Pembantu rumah.

Contoh Ayat: Orang gaji saya berasal dari Filipina.

16. Orang Galang

Maksud: Orang yang menjadi pelindung kepada orang lain.

Contoh Ayat: Ahmad sedia menjadi orang galang demi keselamatan majikannya.

17. Orang Halus

Maksud: Roh, jin atau orang bunian.

Contoh Ayat: Seorang bomoh telah dipanggil untuk menghalau orang halus yang dikatakan telah mengganggu

penduduk kampung.

Page 72: contoh Simpulan Bahasa

18. Orang Harapan

Maksud: Orang yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas.

Contoh Ayat: Sarjan Haris menjadi orang harapan dalam misi yang berbahaya itu.

19. Orang Kanan

Maksud: Orang yang diharapkan.

Contoh Ayat: Haliza menjadi orang kanan di syarikat itu setelah Pengurus Besarnya meletakkan jawatannya

secara tiba-tiba.

20. Orang Tua-Tua

Maksud: Orang bijak dan berpengalaman.

Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua-tua kerana mereka lebih berpengalaman dalam hidup.

21. Orang Upahan

Maksud: Orang yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik.

Contoh Ayat: Jaiman menjadi orang upahan dalam kes pembunuhan itu.

22. Otak Beku

Maksud: Bodoh.

Contoh Ayat: Ajarlah dia secara berperingkat-peringkat kerana dia otak beku.

23. Otak Cair

Maksud: Pandai.

Contoh Ayat: Habsah otak cair dan dia dapat menjawab semua soalan dengan tepat.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘P’

1.Pacat Kenyang

Maksud: Pulang segera sesudah makan.

Contoh Ayat: Rafeah seperti pacat kenyang kerana setelah dia makan segera hendak pulang.

2. Padang Jarak Padang Tekukur

Maksud: Musnah.

Contoh Ayat: Mengikut legenda, Pulau Langkawi telah disumpah menjadi padang jarak padang tekukur selama

tujuh keturunan.

3. Pak Sanggup

Maksud: Orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan.

Contoh Ayat: Rahmat menjadi pak sanggup dengan mengahwini Aishah demi menjaga nama baik gadis itu.

Page 73: contoh Simpulan Bahasa

4. Pak Turut

Maksud: Orang yang mengikut sahaja.

Contoh Ayat: Sikap Hamdan yang pak turut menyebabkan dia terjebak dalam sindiket penyeludupan.

5. Paku Belanda

Maksud: Harga tetap.

Contoh Ayat: Barang-barang di situ semuanya paku belanda dan tidak boleh ditawar lagi.

6. Paling Hati = Berpaling Hati

Maksud: Tidak setia.

Contoh Ayat: Akibat tidak menepati janji, para penyokongnya telah berpaling hati.

7. Paling Tadah

Maksud: Tidak setia.

8. Panas Rezeki

Maksud: Sukar mendapat rezeki.

Contoh Ayat: Zahari panas rezeki dan sudah tiga bulan dia menganggur.

9. Panjang Akal

Maksud: Cerdik.

Contoh Ayat: Walaupun miskin tetapi dia panjang akal. Akhirnya dia berjaya menjadi seorang jutawan.

10. Panjang Ekor

Maksud: Berani berbuat jahat.

Contoh Ayat: Dia memang panjang ekor kerana murid lain ke sekolah tetapi dia berjalan-jalan di pasar raya.

11. Panjang Fikiran

Maksud: Cerdik.

12. Panjang Lidah

Maksud: Suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap.

Contoh Ayat: Jangan panjang lidah nanti terjadi pergaduhan di kalangan teman-teman sekerja.

13. Panjang Tangan

Maksud: Orang yang suka mencuri.

14. Pasang Badan

Maksud: Berhias diri untuk memikat.

Contoh Ayat: Beberapa bulan selepas kematian isterinya, Pak Mail mula pasang badan.

Page 74: contoh Simpulan Bahasa

15. Pasang Kaki

Maksud: Mengadakan pengintip.

Contoh Ayat: Pihak berkuasa terpaksa pasang kaki di pelabuhan-pelabuhan untuk membanteras kegiatan

penyeludupan.

16. Pasang Mata

Maksud: Memerhatikan baik-baik; waspada.

Contoh Ayat: Pengawal keselamatan itu terpaksa pasang mata kerana barang kemas yang dipamerkan mahal-

mahal belaka.

17. Pasang Telinga

Maksud: Mengintip atau mencuri dengar perbualan.

Contoh Ayat: Ah Mun pasang telinga semasa abangnya berbual di telefon.

18. Pasar Gelap

Maksud: Tempat jual beli yang tidak sah.

Contoh Ayat: Peniaga pasar gelap itu telah ditangkap kerana menjual barangan curi.

19. Patah Arang = Berpatah Arang

Maksud: Perselisihan yang tidak dapat didamaikan lagi.

Contoh Ayat: Sulaiman telah berpatah arang dengan keluarga Salimah setelah pinangannya ditolak.

20. Patah Hati

Maksud: Kecewa.

Contoh Ayat: Sudin tidak patah hati walaupun telah dua kali gagal dalam pertandingan itu.

21. Patah Kandar

Maksud: Sesuatu yang bertambah sukar; hilang tempat bergantung.

Contoh Ayat: Hidup Salmi patah kandar sejak suaminya tidak bekerja.

22. Patah Lagu

Maksud: Getaran suara apabila menyanyi.

Contoh Ayat: Dendangan lagu Siti Nurhaliza menarik perhatian saya. Patah lagunya sungguh mengasyikkan.

23. Patah Lidah

Maksud: Tidak dapat berkata-kata dengan lancar.

Contoh Ayat: Semasa perdebatan itu saya seperti patah lidah apabila hendak mengemukakan pendapat.

24. Patah Perang

Maksud: Kalah perang.

Contoh Ayat: Dalam pertempuran di sempadan Thailand, pihak komunis telah patah perang dengan tentera

Malaysia.

Page 75: contoh Simpulan Bahasa

25. Patah Semangat

Maksud: Hilang kemahuan untuk berusaha.

Contoh Ayat: Setelah berumah tangga Mas Anizan patah semangat untuk bergiat dalam bidang seni.

26. Patung Bernyawa

Maksud: Hidup yang tidak mempunyai cita-cita.

Contoh Ayat: Keadaannya bagai patung bernyawa selepas ditinggalkan Rosli.

27. Pecah Amanah

Maksud: Melanggar amanah.

Contoh Ayat: Saidin dituduh pecah amanah apabila dia didapati menggunakan duit daripada tabung kebajikan

untuk perbelanjaan peribadinya.

28. Pecah Khabar

Maksud: Tersiar berita.

Contoh Ayat: Telah pecah khabar bahawa Puteri Nila Kesuma masih hidup.

29. Pedih Hati

Maksud: Pilu.

Contoh Ayat: Pedih hati Azimah mendengar kata-kata tuan rumah yang menghinanya.

30. Pekak Badak

Maksud: Pura-pura tidak mendengar.

Contoh Ayat: Sukar menasihati Si Kasim kerana dia pekak badak.

31. Pekak Batu

Maksud: Pura-pura tidak mendengar.

32. Peluk Lutut = Berpeluk Lutut

Maksud: Tidak bekerja.

Contoh Ayat: Dia hanya berpeluk lutut dan berehat di rumah sementara isterinya sibuk bekerja.

33. Peluk Tangan = Berpeluk Tangan

Maksud: Tidak bekerja.

34. Peluk Tubuh

Maksud: Tidak bekerja.

35. Pembasuh Mulut

Maksud: Manisan yang dihidangkan selepas makan.

Contoh Ayat: Dia makan pengat pisang sebagai pembasuh mulut selepas makan tengah hari.

Page 76: contoh Simpulan Bahasa

36. Pendekar Kata

Maksud: Orang yang pandai berpidato.

Contoh Ayat: Para penonton terpesona mendengar ucapan pendekar kata itu.

37. Pendekar Lidah

Maksud: Orang yang pandai berpidato.

38. Pendekar pena

Maksud: Orang yang pandai menulis rencana di surat khabar.

Contoh Ayat: Ruangan „Lidah Pengarang‟ di akhbar-akhbar biasanya dikendalikan oleh pendekar pena.

39. Pendekar Sambal

Maksud: Pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan.

Contoh Ayat: Pendekar sambal itu lari lintang-pukang apabila dikejar anjing.

40. Pening-Pening Lalat

Maksud: Berasa pening sedikit.

Contoh Ayat: Ibu pening-pening lalat semasa memandu menaiki Bukit Fraser.

41. Perang Dingin

Maksud: Bergaduh atau berperang secara takut-menakuti (menggertak); perang secara senyap-senyap.

Contoh Ayat: Masalah kewangan adalah punca utama terjadinya perang dingin antara pasangan suami isteri.

42. Perang Gerila

Maksud: Perang secara bersembunyi.

Contoh Ayat: Selama tiga tahun rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan akibat berlakunya perang gerila

antara pihak tentera dengan para pemberontak.

43. Perang Mulut

Maksud: Bertengkar.

Contoh Ayat: Daun pokok rambutan menjadi punca perang mulut antara Mak Siput dan Mak Siti.

44. Perang Pena

Maksud: Pertengkaran melalui tulisan di akhbar.

Contoh Ayat: Perang pena antara parti-parti politik di negara kita sering berlaku di akhbar-akhbar.

45. Perang Saudara

Maksud: Perang antara orang sebangsa.

Contoh Ayat: Perang saudara yang berlaku di Afghanistan menyebabkan kerugian besar kepada negara itu.

Page 77: contoh Simpulan Bahasa

46. Perang Terbuka

Maksud: Perang secara besar-besaran.

Contoh Ayat: Perang terbuka antara Iraq dan Iran menyebabkan banyak nyawa terkorban.

47. Peras Otak = Memeras Otak

Maksud: Belajar bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat: Farid memeras otak untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

48. Peras Tenaga Orang = Memeras Tenaga Orang

Maksud: Membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya.

Contoh Ayat: Dia memeras tenaga orang untuk mengerjakan ladangnya tetapi upah yang diberikan terlalu

sedikit.

49. Peras tenaga

Maksud: Bekerja bermati-matian.

50. Perigi Buta

Maksud: Perigi yang tidak berair.

Contoh Ayat: Perigi buta itu dijadikan tempat membuang sampah.

51. Perut Kapal

Maksud: Bahagian kapal yang di tengah-tengah.

Contoh Ayat: Perut kapal itu sangat luas dan boleh mengisi banyak barang.

52. Perut Kosong

Maksud: Lapar.

Contoh Ayat: Ibu melarang kami pergi ke sekolah dengan perut kosong.

53. Perut laut

Maksud: Bahagian laut yang dalam.

Contoh Ayat: Di perut laut terdapat pelbagai khazanah semula jadi.

54. Pilih Bulu = Memilih Bulu

Maksud: Memandang kedudukan, bangsa dan keturunan.

Contoh Ayat: Walaupun berjawatan tinggi, Roslan tidak memilih bulu untuk berkawan.

55. Pilih Kasih

Maksud: Berat sebelah.

Contoh Ayat: Ketika membesarkan anak-anaknya ayah tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih.

Page 78: contoh Simpulan Bahasa

56. Pindah Tangan = Berpindah Tangan

Maksud: Bertukar milik.

Contoh Ayat: Tanah di hujung kampung itu telah berpindah tangan kepada Ah Chong.

57. Pinggang Kerengga

Maksud: Ramping.

Contoh Ayat: Wanita yang berpinggang kerengga sesuai memakai baju kebaya pendek.

58. Pintu Rezeki

Maksud: Jalan untuk mendapat rezeki.

Contoh Ayat: Pintu rezeki penduduk di sini terbuka apabila kilang kain itu memulakan operasinya.

59. Pintu Terbuka

Maksud: Sedia menerima tetamu.

Contoh Ayat: Salamah, seorang wakil rakyat yang mengamalkan sikap pintu terbuka sebab itulah rumahnya

sering didatangi tetamu.

60. Pisau Cukur

Maksud: Perempuan yang suka mengikis kekayaan lelaki.

Contoh Ayat: Jangan dekati perempuan pisau cukur itu nanti habis semua wang kamu dikikisnya.

61. Potong Jalan

Maksud: Mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat sesuatu tidak berpeluang.

Contoh Ayat: Aku yang sepatutnya mendapat gerai berniaga di situ tetapi Si Bujal telah potong jalan.

62. Putera Mahkota

Maksud: Anak raja yang bakal naik takhta.

Contoh Ayat: Putera sulung Raja Di Hilir telah ditabal menjadi putera mahkota negeri Pinang Sebatang setelah

kemangkatan sultannya.

63. Puteri Lilin

Maksud: Orang yang tidak tahan lasak atau panas.

Contoh Ayat: Engkau ni seperti puteri lilin, berpanas sekejap pun sudah merungut, kata ayah kepada kakak.

64. Putih Hati

Maksud: Ikhlas dan jujur.

Contoh Ayat: Semenjak kecil Arief telah dididik dengan sikap putih hati.

65. Putih Mata

Maksud: Terlepas peluang.

Contoh Ayat: Nadiera berputih mata untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kelewatannya menghantar

borang permohonan.

Page 79: contoh Simpulan Bahasa

66. Putih Tapak Kaki

Maksud: Lari sekuat-kuatnya.

Contoh Ayat: Putih tapak kakinya ketika melarikan diri apabia dikejar oleh anjing liar itu.

67. Putih Tulang = Berputih Tulang

Maksud: Mati.

Contoh Ayat: Daripada menanggung malu kerana negara dijajah orang, baiklah berputih tulang di medan perang.

68. Putus Akal

Maksud: Buntu fikiran.

69. Putus Arang = Berputus Arang

Maksud: Persahabatan yang putus sama sekali.

Contoh Ayat: Peristiwa itu menjadikan mereka berputus arang.

70. Putus Kata

Maksud: Mendapat kata sepakat.

Contoh Ayat: Kedua-dua keluarga telah putus kata untuk melangsungkan perkahwinan antara Sabarudin dengan

Sabariah pada bulan Ogos tahun ini.

71. Putus Rezeki

Maksud: Hilang mata pencarian.

Contoh Ayat: Pencemaran minyak di pantai ini menyebabkan nelayan di sini putus rezeki.

72. Putus Ubat

Maksud: Upacara menamatkan ubat selepas sembuh.

Contoh Ayat: Keluarga Jehan mengadakan kenduri putus ubat setelah Jehan sembuh daripada sakitnya.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘R’

1.Rabun Ayam

Maksud: Tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.

Contoh Ayat: Ishak rabun ayam, sebab itulah dia tidak keluar pada waktu malam.

2. Rabun Senja

Maksud: Tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.

3. Raja Bola

Maksud: Pemain bola yang handal.

Contoh Ayat: Mokhtar Dahari pernah menjadi raja bola pasukan Selangor.

Page 80: contoh Simpulan Bahasa

4. Raja Sehari

Maksud: Pengantin.

Contoh Ayat: Saya akan menjadi raja sehari dua hari lagi.

5. Rambang Mata

Maksud: Tidak tahu mana yang hendak dipilih.

Contoh Ayat: Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.

6. Rangkai Hati

Maksud: Orang kesayangan; Kekasih.

7. Retak Tangan

Maksud: Nasib.

Contoh Ayat: Sudah retak tangan Kim Moi yang kehilangan ibu bapa pada usia yang begitu muda.

8. Rezeki Harimau

Maksud: Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.

Contoh Ayat: Tetamu yang datang ke majlis keraian itu dihidangkan dengan juadah bak rezeki harimau.

9. Rezeki Mahal

Maksud: Sukar mendapat rezeki.

10. Rezeki Murah

Maksud: Selalu mendapat keuntungan.

Contoh Ayat: Rahman rezeki murah kerana baru dua hari di bandar dia telah mendapat pekerjaan tetap.

11. Ringan Kaki

Maksud: Suka melawat atau berkunjung.

Contoh Ayat: Aku suka berkawan dengan Anis kerana dia ringan kaki dan mudah diajak berbincang.

12. Ringan Kepala

Maksud: Mudah memahami.

Contoh Ayat: Izyan memang bijak dan ringan kepala. Semua formula yang diajar oleh guru dapat difahaminya.

13. Ringan Mulut

Maksud: Peramah dan fasih.

Contoh Ayat: Izati seorang gadis yang ringan mulut dan berbudi bahasa, sebab itulah dia disenangi oleh rakan-

rakannya.

14. Ringan Tangan

Maksud: Suka menolong.

Contoh Ayat: Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia rajin dan ringan tangan.

Page 81: contoh Simpulan Bahasa

15. Ringan Tulang Berat Perut

Maksud: Orang yang rajin bekerja dan memperoleh kesenangan.

Contoh Ayat: Hasil usahanya yang ringan tulang berat perut dia hidup senang di waktu tua.

16. Ringan Tulang

Maksud: Suka menolong.

17. Rosak Hati

Maksud: Menderita.

Contoh Ayat: Rosak hati Zaiton kerana ditinggalkan suaminya.

18. Rosak Nama

Maksud: Mendapat malu.

19. Rusuh Hati

Maksud: Gelisah.

Contoh Ayat: Tuan Puteri Lelasari berasa rusuh hati kerana ayahandanya pergi berperang.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘S’

1. Sagu Hati

Maksud: Wang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi.

Contoh Ayat: Sagu hati akan diberikan kepada semua penghuni setinggan apabila rumah mereka dirobohkan.

2. Sakit Akal

Maksud: Gila.

3. Sakit Angau

Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.

4. Sakit Hati

Maksud: Marah kerana ditipu atau dihina.

Contoh Ayat: Sakit hati saya apabila mendapat tahu dia telah menipu saya.

5. Sakit Otak

Maksud: Gila.

6. Salah Cakap

Maksud: Maklumat yang disampaikan tidak tepat.

Contoh Ayat: Jangan cepat percaya pada cerita Salmi kerana dia selalu salah cakap.

Page 82: contoh Simpulan Bahasa

7. Salah Jalan = Tersalah Jalan

Maksud: Tersesat.

Contoh Ayat: Kami terlewat untuk menyaksikan persandingan Kamil kerana sewaktu kami hendak ke rumahnya,

kami telah tersalah jalan.

8. Salah Kata = Tersalah Kata

Maksud: Maklumat yang disampaikan tidak tepat.

9. Salah Langkah

Maksud: Memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.

Contoh Ayat: Disebabkan salah langkah hasil keluaran syarikatnya tidak mendapat pasaran yang baik.

10. Salah Mulut

Maksud: Terlajak kata.

Contoh Ayat: Akibat salah mulut, Suzi telah dimarahi oleh ibunya.

11. Salah Urat

Maksud: Terseliuh atau terpelecok.

Contoh Ayat: Dia salah urat semasa mengadakan latihan lompat tinggi semalam.

12. Sampah Dunia

Maksud: Orang yang tidak berguna.

13. Sampah Masyarakat

Maksud: Orang yang tidak berguna.

14. Sampai Ajal

Maksud: Meninggal dunia.

Contoh Ayat: Sekian lama dia menderita sakit dan kini telah sampai ajalnya.

15.Sampai Akal

Maksud: Dapat diterima akal.

16. Sampai Hati

Maksud: Tergamak melakukan sesuatu.

Contoh Ayat: Tidak sampai hati Tuk Ya hendak menembak rusa itu.

17. Saudara Angkat

Maksud:

A) Orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita.

B) Seseorang yang diakui sebagai saudara sendiri.

Contoh Ayat:

Page 83: contoh Simpulan Bahasa

A) Jamil menjadi saudara angkat saya semenjak dia masih kecil.

B) Semenjak Jamil tinggal bersama kami setelah kematian orang tuanya, kami menganggapnya sebagai saudara

angkat kami.

18. Saudara Anjing

Maksud: Adik-beradik seibu berlainan ayah.

Contoh Ayat: Setelah ibunya berkahwin lain, Mariah memperoleh seorang saudara anjing bernama Mariana.

19. Saudara Baru

Maksud: Orang yang baru memeluk agama Islam.

Contoh Ayat: Salmiah Abdullah merupakan saudara baru dan kita perlu membimbingnya mendalami ilmu

agama.

20. Saudara Dekat

Maksud: Saudara-mara yang masih dekat pertaliannya.

Contoh Ayat: Kami saudara dekat kerana ibu kami adik-beradik.

21. Saudara Jauh

Maksud: Persaudaraan yang jauh.

22. Saudara Kandung

Maksud: Saudara seibu sebapa.

Contoh Ayat: Ibu terpaksa menyerahkan saudara kandung saya kepada Mak Piah kerana kesempitan hidup.

23. Saudara Pungut

Maksud: Orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita.

24. Saudara Susu = Saudara Susuan

Maksud: Menjadi saudara atau adik-beradik kerana menyusu daripada perempuan yang sama.

Contoh Ayat: Dia menjadi saudara susuan saya kerana ibu telah menyusuinya sejak dia masih bayi lagi.

25. Sehelai Sepinggang

Maksud: Pakaian yang ada pada tubuh.

Contoh Ayat: Mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang kerana semua harta benda mereka telah musnah.

26. Sejuk Hati

Maksud: Perasaan tenang setelah dinasihat atau dipujuk.

Contoh Ayat: Amir berasa sejuk hati setelah dinasihati oleh bapanya.

27. Sekangkang Kera

Maksud: Kecil.

Contoh Ayat: Hanya tanah sekangkang kera itulah hartanya.

Page 84: contoh Simpulan Bahasa

28. Sekapur Sirih

Maksud: Sekejap.

Contoh Ayat: Dia singgah tidak lama sekadar sekapur sirih sahaja.

29. Senang Cakap

Maksud: Mudah memperkatakan sesuatu tetapi sukar membuatnya.

Contoh Ayat: Kau senang cakap tetapi apabila disuruh, batang hidung kau pun aku tidak nampak, kata Lily

kepada Ahmad.

30. Senang Hati

Maksud: Gembira kerana sesuatu.

Contoh Ayat: Senang hati Mak Tijah kerana anaknya telah lulus dan menjadi seorang doktor yang bertauliah.

31. Sengkang Mata = Bersengkang Mata

Maksud: Tidak tidur semalaman.

Contoh Ayat: Mak Cik Ananti terpaksa bersengkang mata untuk menjaga anaknya yang sakit.

32. Senyum Kambing

Maksud: Senyum mengejek.

Contoh Ayat: Kami hanya senyum kambing apabila melihat gelagat Mona yang mengada-ada itu.

33. Senyum Kucing

Maksud: Senyum yang ada muslihat.

Contoh Ayat: Tali barut Jepun itu senyum kucing apabila memandang Salmah.

34. Senyum Manis

Maksud: Senyum yang menarik.

Contoh Ayat: Suzana tersenyum manis ketika diperkenalkan kepada keluarga bakal mentuanya.

35. Senyum Mesra

Maksud: Senyum yang menunjukkan kemesraan.

Contoh Ayat: Asha tersenyum mesra menyambut kepulangan anaknya.

36. Senyum Raja

Maksud: Senyum yang dibuat-buat.

Contoh Ayat: Dia tidak berkata apa-apa hanya tersenyum raja apabila diminta memberikan pendapat.

37. Senyum Simpul

Maksud: Senyum sedikit.

Contoh Ayat: Salina tersenyum simpul dan tersipu-sipu malu apabila dipuji oleh bakal mentuanya.

Page 85: contoh Simpulan Bahasa

38. Senyum Sumbing

Maksud: Senyum sedikit.

39. Senyum Tawar

Maksud: Senyum yang dibuat-buat ketika berdukacita.

Contoh Ayat: Salmah yang dalam kesedihan hanya tersenyum tawar apabila disapa oleh rakan-rakannya.

40. Senyum-Senyum Siput

Maksud: Senyum sedikit.

41. Sepak Kertas

Maksud: Tidak mempunyai pekerjaan.

Contoh Ayat: Sudah dua bulan saya sepak kertas selepas syarikat tempat saya bekerja ditutup.

42. Separuh Mati

Maksud: Terlalu penat.

Contoh Ayat: Separuh mati Zaharah membersihkan rumah yang telah dua bulan ditinggalkan itu.

43. Seri Muka

Maksud: Cahaya muka.

Contoh Ayat: Seri muka Fadhilah masih kelihatan, maklumlah baru mejadi raja sehari.

44. Seri Panggung

Maksud: Bintang bangsawan.

Contoh Ayat: Mistijah digilai ramai pemuda semenjak menjadi seri panggung.

45. Serkap Jarang

Maksud: Menuduh sembarangan.

Contoh Ayat: Kalau menuduh orang biarlah dengan buktinya jangan pakai serkap jarang sahaja.

46. Setengah Tiang

Maksud: Gila-gila.

Contoh Ayat: Jangan percaya cakapnya kerana dia setengah tiang.

47. Singkat Akal

Maksud: Tidak bijak.

Contoh Ayat: Sikap Devi yang singkat akal telah merugikannya apabila dia menjual tanahnya dengan harga yang

murah dan kini tanah itu bernilai berjuta-juta ringgit.

48. Singkat Umur

Maksud: Umur pendek.

Contoh Ayat: Danial singkat umur kerana dia meninggal dunia ketika berumur 30 tahun.

Page 86: contoh Simpulan Bahasa

49. Suara Hati

Maksud: Perasaan.

50. Suara Sumbang = Suara-Suara Sumbang

Maksud: Pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum.

Contoh Ayat: Banyak suara-suara sumbang yang didengari Zaki selepas dia mengambil keputusan untuk

membuka kolam ternakan udang di kampungnya.

51. Suntuk Akal

Maksud: Buntu fikiran.

52. Suntuk fikiran

Maksud: Cetek pengetahuan.

Contoh Ayat: Jika kamu tidak suka membaca buku, kamu akan menjadi suntuk fikiran.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘T’

1.Tahan Hati

Maksud: Cekal.

Contoh Ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.

2. Tahi Air

Maksud: Sampah yang mengapung di atas air.

Contoh Ayat: Kolam itu dipenuhi dengan tahi air yang dibuang oleh penduduk di kawasan sekitar.

3. Tahi Arak

Maksud: Orang yang suka minum arak.

4. Tahi Ketam

Maksud: Sisa kayu yang diketam.

Contoh Ayat: Tahi ketam boleh digunakan untuk menanam pokok orkid.

5. Tahi Lalat

Maksud: Titik atau tumbuhan kecil di kulit.

Contoh Ayat: Mukanya bujur sirih dan bertahi lalat di tepi hidung.

6. Tahi Minyak

Maksud: Cerewet.

Contoh Ayat: Linggam memang tahi minyak, ada sahaja yang tidak kena pada pandangannya.

Page 87: contoh Simpulan Bahasa

7. Tahu Adab

Maksud: Berbudi bahasa.

Contoh Ayat: Dia seorang yang tahu adab dan penghulu memandang tinggi kepadanya.

8. Tahu Ada

Maksud: Mahukan sesuatu itu siap sedia.

Contoh Ayat: Kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu yang dihajati, jangan tahu ada sahaja.

9. Tahu Adat

Maksud: Sopan santun.

Contoh Ayat: Gadis yang tahu adat itu telah dipinang orang.

10. Tahu Bahasa

Maksud: Berbudi bahasa.

11. Tahu Diuntung

Maksud: Sedar akan kedudukan diri.

Contoh Ayat: Husin tahu diuntung akan dirinya kerana itu dia tidak membangga diri.

12. Tajam Akal

Maksud: Pintar.

Contoh Ayat: Kanak-kanak yang tajam akal akan mendapat kemudahan menggunakan komputer secara percuma

selama enam bulan di sekolah itu.

13. Tajam Fikiran

Maksud: Pintar.

14. Tajam Ingatan

Maksud: Tidak pelupa.

Contoh Ayat: Nenek yang berumur seratus tahun itu masih tajam ingatan tentang sejarah hidupnya.

15. Tajam Lidah

Maksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.

16. Tajam Mulut

Maksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.

17. Tajam Pendengaran

Maksud: Lekas dapat mendengar.

Contoh Ayat: Walaupun sudah tua tetapi dia masih tajam pendengaran.

Page 88: contoh Simpulan Bahasa

18. Tajuk Mahkota

Maksud: Orang kesayangan; kekasih.

19. Tali Barut

Maksud: Orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain.

Contoh Ayat: Si Hamzah menjadi tali barut Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

20. Tangan Kanan

Maksud: Orang yang diharapkan.

21. Tangan Kosong

Maksud: Hampa.

Contoh Ayat: Zainab pulang dari bandar dengan tangan kosong kerana dia masih gagal mendapat sebarang

pekerjaan.

22. Tangan Panas

Maksud: Selalu gagal.

Contoh Ayat: Dia tangan panas kerana semua rancangannya tidak menjadi.

23. Tangan Terbuka

Maksud: Suka menolong orang; murah hati.

Contoh Ayat: Kasmini menerima tanggunggjawab membiayai pelajaran anak yatim itu dengan tangan terbuka.

24. Tangkai Hati

Maksud: Orang kesayangan; kekasih.

25. Tangkai Jering

Maksud: Sangat kedekut.

26. Tangkai Kalbu

Maksud: Orang kesayangan; kekasih.

27. Tangkap Basah = Ditangkap Basah

Maksud: Ditangkap ketika melakukan kesalahan.

Contoh Ayat: Jabu ditangkap basah ketika menyeludup beras dari negara jiran.

28. Tangkap Buta

Maksud: Menuduh sembarangan.

Contoh Ayat: Kita perlu menyelidiki dahulu tentang hal yang berlaku. Jangan tangkap buta sahaja, kata Pak

Mail.

Page 89: contoh Simpulan Bahasa

29. Tangkap Muat

Maksud: Membuat sesuatu pekerjaan asalkan siap sahaja.

Contoh Ayat: Jangan tangkap muat sahaja semasa membuat projek itu, Encik Haidir mengingatkan para

pekerjanya.

30. Tangkap Tangan

Maksud: Ditangkap ketika melakukan kesalahan.

31. Tangkap Wap

Maksud: Perbuatan yang sia-sia.

Contoh Ayat: Usahanya seperti tangkap wap kerana tidak mendatangkan sebarang hasil.

32. Tarik Kesimpulan

Maksud: Membuat kesimpulan.

Contoh Ayat: Daripada cerita saksi, kita boleh tarik kesimpulan bahawa dia tidak bersalah.

33. Tarik Langkah Seribu

Maksud: Cabut lari.

34. Tarik Modal = Menarik Modal

Maksud: Membawa masuk modal.

Contoh Ayat: Kerajaan berusaha menarik modal para pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

35. Tarik Muka Dua Belas

Maksud: Bermuka masam.

Contoh Ayat: Seman tarik muka dua belas apabila Abu menuntut hutangnya.

36. Taruh Hati = Menaruh Hati

Maksud: Suka.

Contoh Ayat: Dalam diam-diam Mamat menaruh hati kepada Minah.

37. Taruh Mata

Maksud: Melihat.

Contoh Ayat: Khairul asyik taruh mata kepada Latifah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman

rumahnya.

38. Tawar Hati

Maksud: Sudah hilang kepercayaan.

Contoh Ayat: Sejak kejadian kehilangan wang itu, Zakiah telah tawar hati kepada orang gajinya yang disangka

jujur.

Page 90: contoh Simpulan Bahasa

39. Tegar Hati

Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

40. Telinga Kuali

Maksud: Orang yang tahan hati walaupun dimarahi.

Contoh Ayat: Dia tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri apabila dimarahi kerana dia telinga kuali.

41. Telinga Lintah

Maksud: Lekas dapat mendengar.

42. Telinga Nipis

Maksud: Cepat marah.

43. Teman Hidup

Maksud: Suami atau isteri.

Contoh Ayat: Syamsiah hendak mencari teman hidup yang bertugas sebagai imam masjid.

44. Teman Sejawat

Maksud: Rakan tempat bekerja.

Contoh Ayat: Teman sejawat saya saling memahami masalah kerja masing-masing.

45. Terang Hati

Maksud: Lekas pandai.

Contoh Ayat: Mudah sungguh mengajar Rafeah menganyam tikar kerana dia terang hati.

46. Terang Tanah

Maksud: Waktu hampir-hampir siang.

Contoh Ayat: Sebelum terang tanah lagi Pak Jalal telah pergi ke kebunnya.

47. Tidur Mati

Maksud: Tidur yang sangat nyenyak.

Contoh Ayat: Jamilah tidur mati dan langsung tidak sedar semasa pencuri memasuki rumahnya.

48. Tidur-Tidur Ayam

Maksud: Tidur yang tidak nyenyak.

Contoh Ayat: Rubiah tidur-tidur ayam sahaja kerana menunggu anaknya yang belum balik.

49. Tikam Lidah = Bertikam Lidah

Maksud: Berbantah atau bertengkar.

Contoh Ayat: Ramlah bertikam lidah dengan Hazwani mengenai tugas mereka.

Page 91: contoh Simpulan Bahasa

50. Tin Kosong

Maksud: Orang yang banyak cakap tetapi tidak berilmu.

Contoh Ayat: Janganlah terpengaruh dengan kata-katanya kerana dia tin kosong.

51. Tinggi Hari

Maksud: Waktu matahari sudah tinggi.

Contoh Ayat: Biasakan diri bangun awal dan elakkan bangun di waktu tinggi hari.

52. Tinggi Hati

Maksud: Megah dan sombong.

Contoh Ayat: Banyak orang tidak suka kepada Tumina kerana dia tinggi hati.

53. Tinggi Rezeki

Maksud: Mudah memperoleh rezeki.

54. Titi Buih = Meniti Buih

Maksud: Melakukan pekerjaan yang sangat sukar.

Contoh Ayat: Pekerjaan menyelamatkan mangsa kebakaran dari bangunan yang tinggi sama seperti meniti buih.

55. Titik Peluh

Maksud: Hasil usaha sendiri.

Contoh Ayat: Dia amat menyayangi rumah pusaka yang didudukinya sekarang kerana ia didirikan dengan titik

peluh ayahnya.

56. Tua-Tua Keladi

Maksud: Orang tua yang berperangai buruk.

Contoh Ayat: Dia tua-tua keladi walaupun sudah tua tetapi masih suka mengganggu perempuan.

57. Tua-Tua Kelapa

Maksud: Orang yang semakin tua semakin baik perangainya.

Contoh Ayat: Selepas bersara sikap Encik Salman bagai tua-tua kelapa kerana dia sering membuat kerja-kerja

amal dan kebajikan.

58. Tua-Tua Terung Masam

Maksud: Orang tua yang berperangai muda.

Contoh Ayat: Pak Ali bersikap seperti tua-tua terung masam, walaupun sudah tua dia masih suka ke kelab

dangdut.

59. Tulang Belakang

Maksud: Punca kekuatan.

Contoh Ayat: Pasukan penyunting yang baik menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah itu.

Page 92: contoh Simpulan Bahasa

60. Tulang Hitam

Maksud: Sumsum.

Contoh Ayat: Ketika kami berada di kemuncak Gunung Kinabalu, sejuknya terasa hingga ke tulang hitam.

61. Tulang Itik

Maksud: Orang yang tidak kuat bekerja.

Contoh Ayat: Dia lebih banyak berehat daripada bekerja kerana dia tulang itik.

62. Tulang Kering

Maksud: Tulang dari lutut hingga pergelangan kaki.

Contoh Ayat: Tulang keringnya sakit kerana terpukul kayu hoki.

63. Turun Minyak

Maksud: Menjadi berang atau ganas.

Contoh Ayat: Gajah itu turun minyak dan memusnahkan banyak tanaman penduduk kampung.

64. Turun Takhta

Maksud: Melepaskan jawatan raja.

Contoh Ayat: Baginda dengan rela hati akan turun takhta memandangkan kesihatan baginda yang semakin tidak

memuaskan.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf ‘U’

1.Ubat Hati = Pengubat Hati

Maksud: Penghibur hati.

Contoh Ayat: Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi pengubat hati Mak Tijah.

2. Ubat Jerih

Maksud: Upah.

Contoh Ayat: Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai ubat jerih menyulam baju-

baju itu.

3. Ubat Lelah

Maksud: Upah.

4. Untung Batu

Maksud: Nasib yang buruk.

Contoh Ayat: Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang lanun.

Page 93: contoh Simpulan Bahasa

5. Untung Sabut

Maksud: Nasib yang baik.

Contoh Ayat: Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat menguntungkan.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘W’

1. Wang Duka

Maksud: Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.

Contoh Ayat: Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan pejabat ayahnya setelah

ayahnya meninggal dunia.

2. Wang Hantaran

Maksud: Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.

Contoh Ayat: Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.

3. Wang Kopi

Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

4. Wang Suap

Maksud: Bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.

Contoh Ayat: Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan kerana perkara tersebut

menyalahi undang-undang.

SIMPULAN BAHASA BERMULA DARI HURUF ‘Z’

1. Zaman Bahari

Maksud: Zaman purbakala.

Contoh Ayat: Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman bahari yang mempunyai nilai

sejarah yang tinggi.

2. Zaman Puntung Berasap

Maksud: Zaman kuno.

Contoh Ayat: Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.