7
UJIAN AKHIR TAHUN SEJARAH TAHUN 4 Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak. Jawab semua soalan. NAMA :_____________________________________ ______________ TAHUN :_____________________________________ _____________ ANGKA GILIRAN :__________________________________________________ Jawab semua soalan. 1

Contoh Soalan Ujian Sejarah Tahun 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh je

Citation preview

UJIAN AKHIR TAHUNSEJARAH TAHUN 4

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak. Jawab semua soalan.

NAMA :___________________________________________________TAHUN :__________________________________________________ANGKA GILIRAN :__________________________________________________

Jawab semua soalan.

1. X merupakan tinggalan haiwan atau tumbuhan dari zaman lampau. Apakah yang dimaksudkan dengan X?

A. tulang haiwanB. fosilC. hasil minyakD. harta karun

2. Sejauh manakah anda menilai kepentingan disebalik mempelajari sejarah?

A. Mendapat pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku.B. Membolehkan kita membebaskan diri daripada ancaman penjajah.C. Mengelakkan daripada masalah kemiskinan.D. Memupuk semangat tolong-menolong.

3. Senarai berikut menunjukkan amalan beradab.

Bercakap dengan sopan Tidak meninggikan suara Apakah adab tersebut?A. Semasa makanB. Ketika berbual.C. Sebelum keluar rumah.D. Sewaktu lalu di depan ibu bapa.

4. Ibu dan ayah merupakan orang yang patut kita hormati dalam kehidupan seharian. Mengapakah amalan ini harus dipraktikkan?

A. Mereka yang melahirkan dan membesarkan kita.B. Orang sentiasa rapat dengan kitaC. Sebuah tuntutan agama untuk menjaga keharmonian dalam institusi kekeluargaan.D. Supaya tidak berlaku gejala sosial dalam masyarakat kini.

5. Gambar 1 menunjukkan lencana sesebuah sekolah.

Gambar 1 Apakah makna simbol pada lencana sekolah tersebut?A. Keharmonian.B. Ilmu pengetahuan.C. Semangat kesukanan.D. Taat setia kepada negara.

6. Berikut merupakan salah satu identiti yang terdapat pada sesebuah sekolah yang terdapat di negara kita.USAHA TANGGA KEJAYAAN

Anda sebagai seorang pelajar sekolah, perkara tersebut arus ada pada diri kerana:A. Sebagai salah satu cara untuk membentuk identiti sendiri.B. Membolehkan guru menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada muridC. Untuk mengurangkan sifat pemalas pada diri murid.D. Supaya tidak mudah mengalah dan kecewa apabila gagal melakukan sesuatu.

7. Jika Zarina tinggal di Pulau Tioman, bapanya mungkin bekerja sebagai

A. nelayanB. pengurus hotelC. penanam tehD. penyelia kilang

8. Tokoh tempatan diangkat dan dikenang sebagai insan yang banyak memberi sumbangan dan jasa kepada masyarakat. Hal ini disebabkan oleh:

i. Pemimpin setempat menyatukan masyarakat dengan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan rumah terbuka.ii. Terdapat pemimpin atau tokoh yang berjasa dalam pelbagai bidang seperti agama, sukan, politik, dan pendidikan.iii. Pemimpin yang menggunakan peruntukan untuk membina pusat membeli belah untuk memajukan kawasan kampung.iv. Seorang yang sering menimbulkan isu perkauman.

A. i, ii dan iiiB. i, ii dan ivC. i dan iiD. i dan iv

9. Senarai berikut menunjukkan negara yang menjadi jiran Malaysia:

Thailand Malaysia Negara diatas terletak di dalam Benua:A. AsiaB. AfrikaC. EropahD. Antartika

10. Jika anda seorang yang prihatin terhadap pencemaran yang berlaku, apakah tindakan yang menunjukkan cara anda untuk menjaga alam sekitar?

A. Menebang pokok tua.B. Menggunakan beg plastik.C. Mengitar semula barangan yang terbuang.D. Menggalakkan pembalakan.

11. Jadual dibawah menunjukkan perubahan sosio ekonomi yang berlaku dalam kehidupan manusia zaman prasejarah.

Zaman Paleolitik Hidup didalam gua Berpindah randah dan memungut hasil hutan

Zaman Mesolitik Tinggal dalam kelompok. Pandai mencipta alat buruan.

Zaman Neolitik Mempunyai ketua dan pembahagian kerja. Ada perdagangan sistem barter.

Zaman Logam Mencipta alat-alat daripada logam. Kehidupan lebih beroganisasi.

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

A. Mereka menemui pelbagai cara untuk membina sebuah perlindungan yang mantap dan teknologi buruan yang lebih canggih.B. Penubuhan struktur organisasi serta pembahagian tugas sebagai perintis kemajuan sesebuah tamadunC. Akibat perubahan iklim duniaD. Hasil daripada kajian, penemuan serta penyesuaian sesebuah masyarakat prasejarah mengikut perubahan zaman.

12. Kewujudan pentas sunda membuktikan bahawa manusia mempunyai ciri-ciri persamaan dari segi fizikal dan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Berikut merupakan faktor-faktor berlakunya persamaan manusia di Kepulauan Melayu.

i. Migrasi pendudukii. Perubahan iklim duniaiii. Wujudnya masyarakat berkelompok dan berorganisasi.iv. Kekurangan hasil hutan dan binatang buruan.

A. i, ii dan iiiB. i, ii dan ivC. i dan iiiD. i dan iv

13. Gambar 2 berikut menunjukkan peralatan manusia zaman Logam

Gambar 2 Apakah kegunaan alat yang digunakan oleh manusia di zaman tersebut?A. Memungut hasil hutan.B. Untuk perlindungan daripada binatang buasC. Untuk berburu binatang.D. Membina tempat perlindungan daripada cuaca panas, sejuk dan hutan

14. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat kerajaan Melayu awal ialah:

A. PerkilanganB. PerlanconganC. PerdaganganD. Perlombongan

15. Selat Melaka merupakan laluan perdagangan yang penting antara China dan India. Yang manakah antara berikut merupakan faktor kepada kepesatan perdagangan kerajaan Melayu Awal yang berdekatan dengan Selat Melaka?

i. Tempat pengumpulan hasil tempatan untuk didagangkanii. Tempat persinggahan para pedagang iii. Pusat penyebaran agama Islamiv. Selat Melaka merupakan selat terpanjang di dunia

A. i, ii dan iii C. i dan iiiB. i, ii dan iv D. i dan iv

16. Apakah keistimewaan Bendahara Melaka yang boleh kita contohi pada zaman kegemilangan Negeri Melaka.

i. Bijaksanaii. Taat setiaiii. Meluaskan kuasaiv. Mementingkan diri sendiri

A. i dan iiB. i dan iiiC. ii dan iiiD. iii dan iv

17. Apakah warisan Kesultanan Melayu Melaka yang kekal sehingga kini?

A. Sistem berajaB. Srategi perangC. Pelabuhan modenD. Pakaian tradisional

18. Bendara Tun Perak telah melantik kapitan bagi pedagang asing. Apakah tugas kapitan?

A. Menjadi pensihat sultanB. Mengetuai pedagang asingC. Menjalinkan hubungan dengan siamD. Menjaga keamanan negeri Melaka

19. Apakah nilai yang dimiliki oleh Hang Tuah sehingga dilantik oleh Sultan Melaka sebagai Laksamana?

i. Gigih dalam melaksanakan tugasanii. Tidak mencuriiii. Mahir ilmu persilataniv. Berpandangan jauh

A. i, ii dan iiiB. i, ii, dan ivC. i dan iiiD. i dan iv

20. Nyatakan tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia mempertahankan kedaulatan negara?

A. Menghapus amalan rasuahB. Sanggup bergadai nyawa demi negaraC. Mengadakan demonstrasi di jalananD. Melukis poster kemerdekaan4