7
UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI RINGKASAN UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI Kawasan Operasi ·Kawasan Operasi Koperasi ialah Negeri Selangor kecuali Daerah ulu Selangor Fungsi ·!ungsi u"a#a Koperasi ialah Pengguna Aktiviti ·#ewu$u%kan pasara&a' pasar #ini' kan"in sekolah' res"oran' ke%ai (uku %an lain- ·#en$alankan ak"i*i"i per"anian seper"i "ana#an' pen"ernakan' perikanan' (io"ekn in%us"ri asas "ani+ ·#en$alankan ak"i*i"i ke(a$ikan anggo"a' pen%i%ikan %an perniagaan ·#e#(eli' #en$ual' #e#in%ah hak #ilik' #en%irikan' #en&ewa' #encagar' #e#a$ak' #enga%ai %an #e#iliki har"a alih %an har"a "ak alih+ ·#ela(ur wang (erle(ihan %ala# perkara &ang %i(enarkan+ ·#enga%akan su(si%iari %engan kelulusan Suruhan$a&a+ ·#en&er"ai usahasa#a %an #en$a%i anggo"a kepa%a koperasi-koperasi lain+ ·#enga%akan ak"i*i"i lain &ang (er,ae%ah %engan kelulusan #es&uara" agung) Kea!akan "en#a$i Angg%ta ·Keanggo"aan Koperasi ini "er(uka kepa%a #ana-#ana in%i*i%u &ang #en$a%i waris #u"lak' iai"u anak kepa%a pasangan Allah&arha# a$i A(%ul ohi% .in a$i oh% Ar /No) KP0 12341556 %an Allah&arha#ah a$$ah a$enah .in"i Saari /No) KP0 12341546 pasangan kepa%a waris #u"lak "erse(u"' ke"urunan #ereka' pasangan kepa%a ke"uru #ereka %an sau%ara-#ara kepa%a pasangan ke"urunan #ereka+ ·warganegara ala&sia+ ·"elah #encapai u#ur lapan (elas "ahun+ · (er#as"au"in a"au #e#pun&ai har"anah a"au (eker$a %ala# kawasan operasi Kopera %an · (ukan seorang &ang "erha%apn&a #asih (erkua"kuasa sua"u sa(i"an (agi kesalahan (oleh %a,"ar' a"au (ankrap &ang (elu# %ilepaskan' a"au pernah %i(uang %aripa%a keanggo"aan #ana-#ana koperasi %ala# "e#poh sa"u "ahun) Fi "asuk ·se"iap per#ohonan un"uk #en$a%i anggo"a hen%aklah %iser"akan %engan !i #asuk se(an&ak R 71)11 "%$a S!er ·se"iap anggo"a hen%aklah #elanggan R 711)11 s&er se(agai su#(angan #ini#u# %an hen%aklah %i$elaskan %ala# "e#poh 5 (ulan %ari "arikh peneri#aann&a se(agai angg &a'un Kewangan ·"ahun kewangan Koperasi ini (er#ula pa%a sa"u hari(ulan Sep"e#(er %an (erakhir "iga puluh sa"u hari(ulan Ogos se"iap "ahun)

Contoh Undang2 Koperasi Keluarga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh sebagai panduan bersama

Citation preview

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI

RINGKASAN UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASIKawasan Operasi Kawasan Operasi Koperasi ialah Negeri Selangor kecuali Daerah Hulu Selangor Fungsi Fungsi utama Koperasi ialah Pengguna Aktiviti mewujudkan pasaraya, pasar mini, kantin sekolah, restoran, kedai buku dan lain-lain. menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman, penternakan, perikanan, bioteknologi dan industri asas tani; menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan membeli, menjual, memindah hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, mengadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih; melabur wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan; mengadakan subsidiari dengan kelulusan Suruhanjaya; menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung.Kelayakan Menjadi Anggota Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada mana-mana individu yang menjadi waris mutlak, iaitu anak kepada pasangan Allahyarham Haji Abdul Mohid Bin Haji Mohd Aris (No. KP: 0537066) dan Allahyarhamah Hajjah Majenah Binti Saari (No. KP: 0537067), pasangan kepada waris mutlak tersebut, keturunan mereka, pasangan kepada keturunan mereka dan saudara-mara kepada pasangan keturunan mereka; warganegara Malaysia; telah mencapai umur lapan belas tahun; bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun. Fi Masuk setiap permohonan untuk menjadi anggota hendaklah disertakan dengan Fi masuk sebanyak RM10.00 Modal Syer setiap anggota hendaklah melanggan RM100.00 syer sebagai sumbangan minimum dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penerimaannya sebagai anggota.Tahun Kewangan tahun kewangan Koperasi ini bermula pada satu haribulan September dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Ogos setiap tahun.

LAPORAN MESYUARAT AGUNG

MESYUARAT AGUNG PERMULAAN

PERKARA : Mesyuarat Agung Permulaan KoperasiTEMPAT : Galeri Sementa, Batu 4, Jalan Kapar, Klang Selangor Darul EhsanTARIKH : 17hb Oktober 2009MASA : 02:00 petangGaleri Sementa

Hadir dalam mesyuarat Agung Permulaan ini ialah seramai 50 orang bakal anggota, turut hadir ialah Pegawai SKM dari cawangan Klang iaitu En Saiful Azhari dan En Mohamad Hishamuddin Kassim.

Majlis telah dipengerusikan oleh penganjur mesyuarat En Suhaimi Bin Shahmin.

Keputusan dalam mesyuarat adalah seperti dibawah :- Ahli Pengerusi Majlis

1. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat : Mohd Azaly Bin Md Lazim telah dilantik dengan sebulat suara untuk mempengerusikan mesyuarat ini atas cadangan Azhar Bin Ishak yang disokong oleh Mohd Azham Bin Mohd Lazim.

2. Persetujuan Menubuhkan Koperasi : Tujuan Koperasi ini ditubuhkan dan aktiviti-aktiviti yang boleh dikendalikan olehnya telah diterangkan kepada mesyuarat oleh Mohd Azaly Bin Md Lazim. Berikutan itu atas cadangan Zamri Bin Saad yang disokong oleh Saipul Bahri Bin Shahmin bersetuju dengan sebulat suara menubuhkan sebuah kopreasi dengan tanggungan berhad yang dinamakan Koperasi Keluarga Mohid Selangor Berhad.

3. Penerimaan Undang-undang Kecil Koperasi :Undang-undang kecil Koperasi yang dicadangkan untuk dipakai bagi koperasi ini sebagaimana yang telah dikelilingkan kepda bakal-bakal anggota telah diterangkan oleh Mohd Azaly Bin Md Lazim atas cadangan mohd Azham Bin Mohd Lazim yang disokong oleh Azidah Binti Md Lazim, mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima Undang-undang Kecil Koperasi itu dengan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagaimana diperuntukkan didalamnya.

4. Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi : Atas cadangan Saipul Bahri Bin Shahmin yang disokong oleh Mazalan Bin Rajang mesyuarat bersetuju sebulat suara membuat permohonan kepada Suruhanjaya bagi didaftarkan Koperasi ini dan Undang-undang Kecilnya.

5. Membentang dan Meluluskan Belanjawan : Bagi tujuan melicinkan pengurusan dan pentadbiran koperasi ini, atas cadangan Suhaimi Bin Shahmin dan disokong oleh Mazalan Bin Rajang, mesyuarat bersetuju meluluskan belanjawan berjumlah RM200 ribu.

6.Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi : Atas cadangan Saipul Bahri Bin Shahmin yang disokong oleh Badrul Hisham Bin Shahmin, mesyuarat bersetuju meluluskan had maksimum keterhutangan koperasi ini sebanyak RM30 juta.

7. Meluluskan Perlantikan Panel Juruaudit Luar : Atas cadangan Mazalan Bin Rajang yang disokong oleh Masniwati Binti Shahmin, mesyuarat bersetuju sebulat suara meluluskan satu panel juruaudit luar iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

8. Pemilihan Anggota Lembaga : Mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju memilih nama-nama berikut menganggotai Lembaga Koperasi ini dan memberi kuasa menandatangani permohonan untuk mendaftarkan Koperasi Keluarga Mohid Selangor berhad dan Undang-undang Kecilnya :-- Mohd Amin Bin Ali- Mahmod Khairi Bin Shahmin- Mohamad johari Bin Shahmin- Saipul Bahri Bin Shahmin- Badrulhisham Bin Shahmin- Mohd Azham Bin Mohd Lazim- Mohd Azaly bin Md Lazim- Suhaimi Bin Shahmin- Nor Azita Binti Md Lazim- Zamri Bin Saad- Badrulzaman Bin Shahmin- Azhar Bin Ishak

Barisan Anggota Yang Akan Meneraju Koperasi Keluarga Mohid Selangor Berhad dari kiri Suhaimi Bin Shahmin, Badrul Hisham Bin Shahmin, Azhar Bin Ishak, Mohd Azaly Bin Md Lazim, Mohd Amin Bin Ali, Nor Azita Bt Md Lazim, Mahmod Khairi Bin Shahmin, Mohamad Johari Bin Shahmin, Saipul Bahri Bin Shahmin dan Zamri Bin Saad.

9. Fungsi Koperasi :Fungsi utama Koperasi Keluarga Mohid Selangor Berhad ialah Pengguna. Namun begitu, fungsi dan matlamat utama akan di kembangkan lagi untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.

Koperasi Keluarga Mohid Selangor Berhad juga merancang untuk memasuki arena perniagaan didalam dan luar negara bagi memacu koperasi menjadi kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing dan progresif.Majlis memotong kek sempena perasmian penubuhan Koperasi Keluarga Mohid Selangor Berhad dari kiri Pauziyah Bt Abdul Manap, Ismail Bin Abdul Muid, Asmah Bt Abdul Muit, Shahmin Bin Abd Aziz, Mohd Amin Bin Ali, Jalimah Bt Abd Mohid dan Jaliyah Bt Abdul Muhit.

MISI

Mewujudkan anggota yang berkualiti dan bertanggugjawab.

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang bersesuaian dan pulangan kepada pelaburan dengan adil dan saksama.

Memperkukuhkan dan memantapkan sistem perakaunan dan kewangan bagi meningkatkan pendapatan dan meminima kos perbelanjaan.

Memperkukuhkan aktiviti pelaburan bagi meningkatkan pendapatan dan pulangan.

Mewujudkan sumber manusia yang berkualiti dan berprofessionalisma tinggi dalam suasana pekerjaan yang harmoni.

Menawarkan mutu barangan yang tinggi mengikut citarasa pelanggan dan memberi perkhidmatan yang memuaskan.

Bertanggungjawab kepada pembangunan sosio ekonomi demi kesejahteraan masyarakat.

VISI

Kearah sebuah organisasi yang memperjuangkan ekonomi Keluarga berteraskan Islam , mengutamakan kualiti dan kukuh dalam aspek keanggotaan, kewangan, pelaburan dan sumber manusia.

Momentum keyakinan komitmen berterusan Optimis dengan hala tuju memenuhi harapan Hidup maju berwawasan Iltizam, adil dan beramanah Darah keturunan yang bermaruah

MAKLUMAT KOPERASI

Nama KoperasiNo. Pendaftaran KoperasiTarikh PenubuhanAlamat Berdaftar

No. TelefonNo. FaxEmailLaman WebEquitiBankJumlah AnggotaFungsi UtamaKawasan Operasi: Koperasi Keluarga Mohid Selangor Berhad: B-4-0782: 4 haribulan Februari 2010: No 91A, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja,Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan: 03-33433715: 03-33422715: [email protected]: http://www.mohids.com: 100% Bumiputera: CIMB Islamic: 50 orang: Pengguna: Negeri Selangor Kecuali Daerah Hulu Selangor