Upload
ajiie2000
View
277
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
CORAK PERBELANJAAN WANG PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN
TINGGI NEGARA (PTPTN): KAJIAN KES DI UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA (UiTM) ZON UTARA (KAMPUS BUKIT MERTAJAM, KAMPUS
SUNGAI PETANI DAN KAMPUS ARAU)
DISEDIAKAN OLEH:
NORMALA ISMAIL
NOOR SALIZA ZAINAL
SOFIAH MOLEK LOPE AMAN SHAH
MAZNAH WAN OMAR
MAC 2003
COPYRIGHT @ UiTM
Tarikh
Nombor Fail Projek
13 Januari 2002
1 0 0 - U i T M ( H E A 9 - 9 )
Puan Normala Ismail
Pensyarah Ekonomi
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Kedah
Kampus Sungai Petani
Puan,
CADANGAN PROJEK PENYELIDIKAN
Merujuk kepada perkara di atas dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal
Penyelidikan yang telah mengadakan mesyuarat pada 13 Januari 2002 telah bersetuju
untuk meluluskan projek penyelidikan kumpulan puan yang bertajuk 'Corak
Perbelanjaan Wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN):
Kajian Kes Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Zon Utara (Kampus Bukit
Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau' dengan beberapa pindaan atau
penambahan. Projek ini akan dijalankan secara kumpulan dan puan dengan ini
bertanggungjawab sebagai Ketua Projek. Tempoh penyelidikan yang diluluskan adalah
selama satu tahun mulai 15 Januari 2002 hingga 14 Januari 2003. Peruntukan
penyelidikan yang diluluskan adalah berjumlah RJV17,255.70.
ii
COPYRIGHT @ UiTM
Sehubungan dengan itu, puan bolehlah menghubungi Koordinator Unit Penyelidikan Dan
Perundingan untuk urusan selanjutnya.
Yang Benar,
ZAUYAH ABD. RAZAK
Pemangku Pengarah Kampus
Merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Kedah
Kampus Sungai Petani
111
COPYRIGHT @ UiTM
Tarikh
Nombor Fail Projek
15 Januari 2002
1 0 0 - U i T M ( H E A 9 - 9 )
Puan Zauyah Abd. Razak
Pemangku Pengarah Kampus
Merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Kedah
Kampus Sungai Petani
Puan,
MENERIMA TAWARAN CADANGAN PROJEK PENYELIDIKAN
Merujuk kepada perkara di atas dimaklumkan bahawa saya bersama dengan ahli - ahli
kumpulan yang lain dengan sukacitanya bersetuju untuk menerima tawaran Cadangan
Projek Penyelidikan seperti yang dikemukakan oleh pihak puan bertarikh 13 Januari
2002. Kami juga berjanji akan cuba menyelesaikan penyelidikan tersebut mengikut tarikh
dan tempoh yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
iv
COPYRIGHT @ UiTM
Yang Benar,
NORM ALA ISMAIL
Ketua Projek Penyelidikan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Kedah
Kampus Sungai Petani
v
COPYRIGHT @ UiTM
Tarikh
Nombor Fail Projek
31 Mac 2003
1 0 0 - U i T M ( H E A 9 - 9 )
Ketua Biro Penyelidikan Dan Perundingan (BRC)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Puan,
LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN CORAK PERBELANJAAN WANG
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (PTPTN): KAJIAN
KES DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) ZON UTARA (KAMPUS
BUKIT MERTAJAM, KAMPUS SUNGAI PETANI DAN KAMPUS ARAU)
Merujuk kepada perkara di atas, bersama - sama ini disertakan tiga (3) naskah Laporan
.Akhir Penyelidikan bertajuk 'Corak Perbelanjaan Wang Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): Kajian Kes Di Universiti Teknologi MARA
(UiTM) Zon Utara (Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani Dan Kampus
Arau) ' oleh Kumpulan Penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan
Kedah untuk makluman pihak puan.
Sekian, terima kasih.
vi
COPYRIGHT @ UiTM
Yang Benar,
NORM ALA ISMAIL
Ketua Projek Penyelidikan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Kedah
Kampus Sungai Petani
COPYRIGHT @ UiTM
KUMPULAN PENYELIDIK
N O R M A L A ISMAIL
K E T U A PROJEK PENYELIDIKAN
^ ^ ^ ^ ^ T a n d a t a n g a n
N O O R S A U Z A ZAJNAL
AHLI PROJEK PENYELIDIKAN
Tandatangan
SOFIAH MOLEK LOPE AMAN SHAH
AHLI PROJEK PENYELIDIKAN
Tandatangan
MAZNAH WAN OMAR
AHLI PROJEK PENYELIDIKAN
Tandatangan
V l l l
COPYRIGHT @ UiTM
PENGHARGAAN
Setinggi - tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan Projek Penyelidikan
ini disiapkan dengan sempurna.
Di antaranya:
P r o f Madya Dr. Zaliha Haji Hussin
(Pengarah Kampus UiTM Cawangan Kedah)
Puan Zauyah Abd. Razak
(Timbalan Pengarah Kampus Bahagian HEA UiTM Cawangan Kedah)
Encik Zakarya Ahmad
(Ketua Program DIB UiTM Cawangan Kedah)
Encik Hayazi Harun
(Pembantu Am Rendah Bahagian HEA UiTM Cawangan Kedah)
Semua Pelajar - Pelajar UiTM Zon Utara (Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai
Petani Dan Kampus Arau)
COPYRIGHT @ UiTM
ISI K A N D U N G A N
Daftar IHustrasi xiii
Abstrak xv
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan 1
1.2 Objektif Penyelidikan 3
1.3 Definisi Terma 4
1.4 Penyataan Masalah 8
1.5 Skop Kajian • 8
1.6 Rekabentuk Teori 9
1.7 Hipotesis Kajian 10
1.8 Organisasi Kajian 12
2.0 Kajian Literatur
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kajian Literatur 15
3.0 Metodologi Penyelidikan
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Penyelidikan 23
3.3 Kaedah Penyelidikan 24
4.0 Hasil Penyelidikan
4.1 Pengenalan 35
4.2 Data Deskriptif 35
4.3 Analisis Faktor 44
x
COPYRIGHT @ UiTM
4.4 Teknik Kebolehpercayaan
4.5 Ujian Hipotesis
5.0 Kesimpulan Dan Cadangan
5.1 Pengenalan
5.2 Kesimpulan
5.3 Limitasi
5.4 Cadangan
5.5 Penutup
Bibliografi
Lampiran
Tempoh Kaji Selidik
COPYRIGHT @ UiTM
DAFTAR ILLUSTRASI
Senarai Rajah
Rajah 1.1
Rajah 3.1
Senarai Jadual
Jadual 3.1
Jadual 3.2
Jadual 4.1
Jadual 4.2
Jadual 4.3
Jadual 4.4
Jadual 4.5
Jadual 4.6
Jadual 4.7
Jadual 4.8
Jadual 4.9
Jadual 4.10
Jadual 4.11
Model Rekabentuk Teori Corak Perbelanjaan Wang PTPTN
Model Rekabentuk Persampelan Corak Perbelanjaan Wang
PTPTN
Agihan Persampelan Pelajar Mengikut Program Pengajian Kini
Struktur Soal Selidik
Jantina Responden
Umur Responden
Kampus Cawangan UiTM
Program Pengajian
Himpunan Purata Gred Keseluruhan (FfPGK) Terkini
Lokasi Tempat Tinggal Tetap Keluarga
Jumlah Pendapatan Bulanan Keluarga
Jumlah Peruntukan Wang PTPTN Untuk Perbelanjaan Akademik
Wajib
Jumlah Peruntukan Wang PTPTN Untuk Perbelanjaan Akademik
Tidak Wajib
Jumlah Perbelanjaan Persendirian Wang PTPTN Yang Dirancang
Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Dirancang
COPYRIGHT @ UiTM
Jadual 4.12 Jumlah Perbelanjaan Persendirian Wang PTPTN Yang Tidak
Dirancang
Jadual 4.13 Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Tidak
Dirancang
Jadual 4.14 Barlett's Test Of Spherity Dan Keiser - Meyer - Olkin (KMO)
Jadual 4.15 Principal Axis Factoring (PAF)
Jadual 4.16 Total Variance Explained Kaedah Principal Axis Factoring (PAF)
Jadual 4.17 Rotated Factor Matrix Kaedah Principal Axis Factoring (PAF)
Jadual 4.18 Perbezaan Jantina Dan Lokasi Tempat Tinggal Dengan Jumlah
Keseluruhan Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Dirancang
Jadual 4.19 Perbezaan Jantina Dan Lokasi Tempat Tinggal Dengan Jumlah
Keseluruhan Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Tidak Dirancang
Jadual 4.20 Keputusan Analisis Varians (ANOVA) Bagi Jumlah Keseluruhan
Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Dirancang
Jadual 4.21 Ujian Post Hoc Program Pengajian Dengan Jumlah Keseluruhan
Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Dirancang
Jadual 4.22 Ujian Post Hoc Bahagian Pengajian Kini Dengan Jumlah
Keseluruhan Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Dirancang
Jadual 4.23 Ujian Post Hoc Kampus Cawangan UiTM Dengan Jumlah
Keseluruhan Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Dirancang
Jadual 4.24 Keputusan Analisis Varians (ANOVA) Bagi Jumlah Keseluruhan
Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Tidak Dirancang
COPYRIGHT @ UiTM
Jadual 4.25
Jadual 4.26
Jadual 4.27
Jadual 4.28
Jadual 4.29
Jadual 4.30
Jadual 4.31
Jadual 4.32
Jadual 4.33
Jadual 4.34
Jadual 4.35
Senarai Lampiran
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Ujian Post Hoc Program Pengajian Dengan Jumlah Keseluruhan
Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Tidak Dirancang
Ujian Post Hoc Bahagian Pengajian Kini Dengan Jumlah
Keseluruhan Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Tidak Dirancang
Ujian Post Hoc Kampus Cawangan UiTM Dengan Jumlah
Keseluruhan Perbelanjaan Wang PTPTN Yang Tidak Dirancang
Model Regresi JKPR
Keputusan Analisis Varians (ANOVA) JKPR
Koefisien-- Koefisien JKPR
Pembolehubah Dikeluarkan (Excluded Variables) JKPR
Model Regresi JKPDR
Keputusan Analisis Varians (ANOVA) JKPDR
Koefisien - Koefisien JKPDR
Pembolehubah Dikeluarkan (Excluded Variables) JKPDR
Borang Soal Selidik
Analisis Faktor
Analisis Kebolehpercayaan
Analisis Regresi Pelajar Merancang Perbelanjaan Wang PTPTN
Analisis Regresi Pelajar Tidak Merancang Perbelanjaan Wang
PTPTN
xiv
COPYRIGHT @ UiTM
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenai pasti secara empirik corak perbelanjaan wang
PTPTN di kalangan para pelajar di UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus
Sungai Petani dan Kampus Arau. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian lapangan
berdasarkan kepada kajian keratan rentas. Kajian ini menggunakan analisis regresi
ekonometrik, teknik deskriptif, ujian - t dan analisis varians berasaskan kaedah Statistical
Package For Social Sciences (SPSS). Penyelidikan mengkategorikan perbelanjaan wang
P T P T N pelajar kepada dua -kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak
merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk akademik wajib, akademik
tidak wajib dan perbelanjaan persendirian. Hasil analisis berganda mendapati bahawa
perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah
keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN pelajar merancang dan tidak merancang. Hasil
analisis varians pula menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi
pelajar merancang dan tidak merancang berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus
cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Adalah diharapkan
hasil penyelidikan ini dapat membantu pihak pengurusan UiTM Zon Utara merangka
pelan tindakan yang bersesuaian serta membina kesedaran di kalangan para pelajar
terhadap penggunaan wang PTPTN.
xv
COPYRIGHT @ UiTM
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Para sarjana mengkategorikan golongan pelajar sebagai golongan akhir remaja yang
berumur di antara 18 sehingga 21 tahun. Golongan ini mewakili 4 0 % daripada 22 juta
penduduk di negara ini. Mereka merupakan golongan yang bakal mengganti dan mengisi
pekerjaan yang ditinggalkan oleh golongan tua. Para pelajar ini juga merupakan golongan
terpenting sebagai bakal pemimpin masa depan negara. Peranan mereka menjadi semakin
penting apabila Malaysia kini sedang menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020
dan perlu menyediakan tenaga kerja mahir yang mencukupi bagi mengisi kekosongan
yang bakal ditinggalkan. Justeru itu, golongan pelajar ini perlulah dilengkapi dengan
ilmu, kemahiran dan disiplin yang tinggi agar tenaga mereka dapat dimanfaatkan
sepenuhnya untuk masa depan negara.
Malaysia memerlukan sekurang - kurangnya tiga puluh buah universiti yang diiktiraf
antarabangsa dan sehingga kini, Malaysia hanya mempunyai sebelas buah universiti
awam dan lima ratus tiga puluh lima buah kolej swasta. Peningkatan yang mendadak ini
menyebabkan keperluan kewangan terhadap pelajaran juga turut bertambah. Sehubungan
dengan ini, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara
(PTPTN) di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara.
1
COPYRIGHT @ UiTM
P T P T N telah ditubuhkan melalui Akta 566 dan ianya mula berkuatkuasa pada 1 Julai
1997. Perbadanan ini bertanggungjawab mentadbir dan mengendalikan Tabung
Pendidikan bagi memberi pinjaman kepada pelajar yang layak mengikuti kursus di
Institut Pengajian Tinggi Awam (1PTA) dan pelajar Bumiputera di Institut Pendidikan
Tinggi Swasta (IPTS). Tabung Pendidikan ini mula beroperasi pada 1 November 1997
dan jumlah pinjaman yang diberikan meliputi yuran pengajian dan sara hidup.
Bagi memastikan Tabung Pinjaman dapat beroperasi dengan berkesan, Kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah RM625.30 juta untuk tiga tahun pertama (1997 - 1999), iaitu
RM98.60 juta bagi tahun 1997, RM205.30 juta bagi tahun 1998 dan RM321.30 juta bagi
tahun 1999. Setelah mengambilkira jumlah pelajar yang diluluskan permohonan mereka
pada tahun 2001, jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat kemudahan daripada skim
pinjaman wang PTPTN ialah seramai 276,000 orang. Setakat ini hampir RM2.90 billion
telah digunakan untuk membiayai pinjaman pelajar dalam tempoh tersebut termasuklah
sebanyak RM467 juta pada tahun 2001 (Utusan Malaysia, 7 Ogos 2001).
Justeru itu, pinjaman wang PTPTN yang diberikan oleh Kerajaan ini seharusnya
dibelanjakan secara bijak menurut peruntukan Akta dan bukan untuk tujuan
sembarangan. Pinjaman wang PTPTN yang disalahgunakan ini sebenarnya telah
mengugat corak perbelanjaan para pelajar. Keadaan ini memerlukan para pelajar supaya
lebih bijak merancang perbelanjaan yang mereka perolehi terutamanya wang PTPTN
selain daripada lain - lain punca pendapatan seperti bantuan biasiswa mahupun
pemberian ibu bapa. Oleh itu, jika sekiranya tidak terdapat sebarang cadangan yang
COPYRIGHT @ UiTM
munasabah dapat dikemukakan oleh mana - mana pihak, sudah tentu situasi ini boleh
menjejaskan kualiti kehidupan pelajar. Secara tidak langsung juga pencapaian akademik
mereka turut terjejas. Hasil penemuan yang diperolehi daripada penyelidikan ini bolehlah
digunakan oleh semua pihak sama ada pengurusan, para akademik dan para pelajar
sebagai suatu pendekatan bagi membendung permasalahan di atas.
1.2 OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Tujuan penyelidikan ini ialah untuk melihat bagaimanakah corak perbelanjaan wang
P T P T N di samping mengenai pasti sejauh manakah tahap kesedaran dan keberkesanan
penggunaannya di kalangan para pelajar yang menerima peruntukan wang PTPTN
tersebut. Penyelidikan ini diharap dapat membantu pihak pengurusan di UiTM Zon Utara
meliputi Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau mengenai
pasti faktor - faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan wang PTPTN di kalangan
pelajar dan seterusnya dapat merangka pelan tindakan yang bersesuaian melalui dapatan
kajian. Diharap menerusi penyelidikan ini juga, para pelajar dapat membina kesedaran di
kalangan mereka supaya dapat menggunakan wang PTPTN dengan lebih efektif
berdasarkan kepada matlamat penubuhannya yang sebenar selain daripada mewujudkan
budaya perbelanjaan berhemah seiring dengan budaya menabung dan saranan dasar jimat
yang dirancangkan oleh pihak Kerajaan.
COPYRIGHT @ UiTM
1.3 DEFINIS1TERMA
1.3.1 Corak Perbelanjaan
Corak perbelanjaan merujuk kepada bentuk peruntukan wang untuk sesuatu jangka
waktu. Contohnya, peruntukan wang untuk membeli - belah atau anggaran berbelanja
nafkah sara hidup.
Bagi tujuan penyelidikan ini, corak perbelanjaan yang dimaksudkan meliputi
perbelanjaan akademik dan perbelanjaan persendirian. Perbelanjaan akademik terdiri
daripada perbelanjaan akademik wajib dan tidak wajib. Contoh perbelanjaan akademik
wajib adalah pembayaran yuran pengajian program (termasuk yuran pendaftaran, yuran
pengajian dan lain - lain yuran yang berkaitan), buku teks wajib dan lain - lain peralatan
wajib. Manakala, perbelanjaan akademik tidak wajib pula terdiri daripada pembelian
buku tulis atau kertas nota, alatan tulis, fotostat dan binding serta penggunaan komputer
(sama ada sewa atau cetak).
Perbelanjaan persendirian pula merujuk kepada perbelanjaan bukan akademik terdiri
daripada pembelian makanan dan minuman, rokok, pakaian, kasut, perapian diri (seperti
sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi, bedak, perapi rambut dan lain - lain), alat - alat
kosmetik (seperti alat solek, salun kecantikan, gunting rambut dan lain - lain), kesihatan
(seperti ubat - ubatan, makanan dan minuman kesihatan, vitamin dan lain - lain), hiburan
(seperti konsert, menonton wayang gambar, melancong dan lain - lain), pengangkutan
(seperti motorsikal, teksi, kereta, bas dan lain - lain), peralatan sukan, telekomunikasi
4
COPYRIGHT @ UiTM
(seperti talipon bimbit dan lain - lain), tabungan (untuk peribadi), wang saraan (seperti
keluarga, adik - beradik dan lain - lain) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan lain.
1.3.2 Wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
Wang didefinisikan sebagai alat atau medium perantaraan untuk mendapatkan sesuatu
barang dan perkhidmatan. Bagi tujuan penyelidikan ini, wang dirujuk sebagai wang
PTPTN. P T P T N telah ditubuhkan di bawah Akta Tabung Pendidikan Tinggi Negara
(Akta 566) dan ianya mula beroperasi pada 1 November 1997. Matlamat utama
penubuhannya adalah untuk- menguruskan pinjaman pelajaran bagi para pelajar IPTA dan
IPTS di samping memperkenalkan dan menguruskan skim simpanan pelajar serta
menguruskan dana bagi meningkatkan keupayaan kewangan Perbadanan. Misi PTPTN
adalah meningkatkan keupayaan pembiayaan pelajaran ke tahap maksima.
Amaun pinjaman pendidikan yang diberikan kepada setiap pelajar di [PTA yang
mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama ialah di antara RM3,500 hingga RJV1
7,000 setahun bagi pelajar aliran sains dan daripada RM3,000 hingga RM6,500 setahun
bagi pelajar aliran sastera. Manakala, amaun bagi pelajar di peringkat Diploma pula ialah
di antara RM2,500 hingga RMS,000 setahun. Bagi pelajar di IPTS amaunnya ialah di
antara RM8,500 hingga RM20,000 setahun bagi pelajar peringkat Ijazah Pertama aliran
sains dan daripada RM8,000 hingga RM 16,000 setahun bagi peringkat aliran sastera dan
RM3,500 hingga RM5,000 setahun bagi pelajar peringkat Diploma.
5
COPYRIGHT @ UiTM
Pinjaman wang PTPTN ini akan dibayar terus kepada pelajar menerusi waran yang
diagihkan kepada pelajar yang kemudiannya dikreditkan ke dalam akaun bank yang
ditentukan. Pihak bank akan membuat potongan sejumlah amaun bagi menyelesaikan
bayaran yuran pengajian dan lain - lain bayaran yang dikenakan oleh Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) ke atas setiap pelajar. Tertakluk kepada data yang diperolehi, bayaran wang
pinjaman akan dibuat pada minggu pertama selepas pelajar mendaftarkan diri pada
permulaan setiap semester. Pinjaman wang PTPTN ini akan dibayar dua atau tiga kali
setahun.
Bayaran balik pinjaman wang PTPTN ini boleh dibuat secara ansuran bulanan untuk
selama sepuluh hingga dua puluh tahun. Pembayaran balik hendaklah mula dibuat selepas
enam bulan tamat pengajian atau apabila mendapat pekerjaan (mana yang terlebih
dahulu) melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dilantik oleh Kerajaan
sebagai agen pemungut bagi pihak PTPTN. Bayaran balik pinjaman juga boleh dibuat
melalui lain - lain cara yang ianya dipersetujui oleh PTPTN secara sekaligus atau
ansuran sebagaimana yang telah dipersetujui mengikut dalam Surat Perjanjian. Bayaran
balik pinjaman meliputi amaun pinjaman pokok serta kos pentadbiran sebanyak 4%
setahun berdasarkan baki berkurangan setiap bulan.
1.3.3 Tahap Kesedaran Dan Keberkesanan Penggunaan Wang PTPTN
Di samping melihat corak perbelanjaan, penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengenai
pasti tahap kesedaran dan keberkesanan penggunaan wang PTPTN di kalangan para
pelajar yang menerima peruntukan tersebut. Tahap kesedaran di dalam penyelidikan ini
6
COPYRIGHT @ UiTM
merujuk kepada situast sama ada pelajar merancang terlebih dahulu atau tidak sebelum
mereka membelanjakan wang PTPTN yang diterima.
Manakala, keberkesanan penggunaan wang PTPTN pula merujuk kepada persoalan
bagaimanakah corak perbelanjaan di kaiangan para pelajar yang menerima wang PTPTN
tersebut. Corak perbelanjaan di sini meliputi perbelanjaan akademik wajib, akademik
tidak wajib dan perbelanjaan persendirian sama ada merancang atau tidak merancang.
1.3.4 Pelajar
Pelajar didefinisikan sebagai penuntut atau mahasiswa. Bagi tujuan penyelidikan, pelajar
yang dimaksudkan merujuk kepada para pelajar Diploma sepenuh masa pelbagai program
bermula daripada Semester Dua sehingga Semester Enam yang tinggal di dalam kampus
dan menerima bantuan wang P T P T N sahaja. Pelajar - pelajar ini meliputi tiga kampus
cawangan UiTM iaitu Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus
Arau.
1.3.5 Pengurusan
Pengurusan merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksana
dan mengawal perjalanan sesebuah organisasi supaya ianya berjalan dengan lancar dan
sistematik. Bagi tujuan penyelidikan ini, pihak pengurusan yang dimaksudkan adalah
terdiri daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Bahagian Kewangan UiTM
Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau.
7
COPYRIGHT @ UiTM
1.4 PENYATAAN MASALAH
Pinjaman wang PTPTN ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada 1 November 1997
dan semenjak itu terdapat pelbagai isu dan permasalahan berkaitan dengannya telah
ditimbulkan. Kebanyakannya melibatkan aspek pengurusan dana, IPT dan prosedur
pinjaman. Namun sehingga kini, tiada isu atau persoalan berkaitan dengan penggunaan
atau corak perbelanjaan wang PTPTN dibangkitkan. Penyelidikan atau tinjauan yang
khusus tentang corak perbelanjaan wang PTPTN di kalangan pelajar IPT belum pernah
dijalankan oleh mana - mana pihak. Justeru itu, penyelidikan ini boleh dianggap perintis
untuk menilai dan menjamin matlamat utama pinjaman wang PTPTN dapat
direalisasikan.
1.5 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan ke atas pelajar - pelajar Diploma sepenuh masa bermula daripada
Semester Dua sehingga Semester Enam yang tinggal di dalam kampus dan menerima
bantuan wang PTPTN sahaja meliputi UiTM Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai
Petani dan Kampus Arau.
Responden adalah terdiri daripada pelajar - pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan
(DBS), Diploma Pengurusan Perbankan (DIB), Diploma Perakaunan (DIA), Diploma
Pentadbiran Awam (DPA) dan Diploma Kejuruteraan (DIE). Soal selidik yang diedarkan
dalam kajian ini adalah terhad kepada 450 orang responden atau 10% daripada populasi
keseluruhan yang berjumlah lebih kurang 4,500 orang pelajar untuk satu semester
pengajian sahaja mulai Semester Mei 2002 sehingga Oktober 2002.
8
COPYRIGHT @ UiTM
1.6 REKABENTUK TEORI
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh kumpulan penyelidik ialah mentakrifkan
masalah penyelidikan dengan sejelas mungkin supaya dapatan kajian dapat memenuhi
objektif penyelidikan. Di dalam penyelidikan ini, kumpulan penyelidik memikirkan
adalah lebih sesuai jika masalah penyelidikan dapat diterangkan menerusi satu carta
aliran yang menjadi model kepada penyelidikan. Melalui carta aliran model ini, beberapa
pembolehubah penting boleh ditakrifkan bersama hubungan mereka dengan lain - lain
komponen.
Rajah 1.1 di bawah membolehkan kumpulan penyelidik mengenai pasti beberapa
pembolehubah tertentu untuk melihat bagaimanakah corak perbelanjaan di samping tahap
kesedaran dan keberkesanan penggunaan wang PTPTN di kalangan para pelajar yang
menerima peruntukan wang tersebut. Corak perbelanjaan wang PTPTN dilabelkan
sebagai pembolehubah bersandar. Ianya meiiputi perbelanjaan akademik dan
perbelanjaan persendirian. Kedua - dua perbelanjaan ini merupakan pembolehubah tidak
bersandar. Komponen perbelanjaan akademik terdiri daripada akademik wajib dan tidak
wajib seperti pembayaran yuran pengajian program dan buku tulis. Manakala, komponen
perbelanjaan persendirian pula adalah terdiri daripada perbelanjaan bukan akademik
sama ada merancang atau tidak merancang.
Rajah I.I di atas juga membolehkan kumpulan penyelidik mengenai pasti lain - lain
pembolehubah yang turut mempengaruhi corak perbelanjaan wang PTPTN pelajar seperti
jantina, program pengajian, bahagian pengajian kini, cawangan kampus UiTM, jumlah
9
COPYRIGHT @ UiTM