17
Pendekatan Dalam Penulisan | 27 UNIT 3 PENDEKATAN DALAM PENULISAN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Mengenal pasti jenis-jenis pendekatan dalam penulisan 2. Menghuraikan model epistemik dan pecahan-pecahan 3. Menghuraikan konsep penulisan kewartawanan. Pengenalan ecara umum terdapat beberapa pendekatan dalam penulisan.Pendekatan-pendekatan ini bertujuan memberi arah dan garis panduan yang khusus kepada penulis dan instruktor, bagaimana cara terbaik sesuatu penulisan itu dapat dihasilkan. Antara pendekatan penulisan yang perlu anda ketahui adalah seperti berikut: Rajah 1: Jenis-Jenis Pendekatan Dalam Penulisan S Pendekatan Penulisan Eklektika Retorika Proses Model Metafizik Pengalaman Pemerian Pemujukan Pendedahan Penghujahan Penceritaan Penerangan Kewartawanan TAJMAHAL Piramid Songsang Kewartawanan Baharu

D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 27

UNIT 3

PENDEKATAN DALAM PENULISAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Mengenal pasti jenis-jenis pendekatan dalam penulisan

2. Menghuraikan model epistemik dan pecahan-pecahan

3. Menghuraikan konsep penulisan kewartawanan.

Pengenalan

ecara umum terdapat beberapa pendekatan dalam penulisan.Pendekatan-pendekatan ini

bertujuan memberi arah dan garis panduan yang khusus kepada penulis dan instruktor,

bagaimana cara terbaik sesuatu penulisan itu dapat dihasilkan. Antara pendekatan penulisan yang

perlu anda ketahui adalah seperti berikut:

Rajah 1: Jenis-Jenis Pendekatan Dalam Penulisan

S

Pendekatan Penulisan

Eklektika Retorika

Proses

Model

Metafizik

Pengalaman

Pemerian

Pemujukan

Pendedahan

Penghujahan

Penceritaan

Penerangan

Kewartawanan

TAJMAHAL

Piramid Songsang

Kewartawanan

Baharu

Page 2: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 28

Pendekatan Retorika

Pendekatan retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting sesuatu penulisan.

Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak kepada input-input bahasa,

pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logikal serta kemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemua

elemen ini dirangkumkan dalam perenggan-perenggan penulisan. Kesannya, pembaca akan dapat

memahami dan menghayati apa yang hendak disampaikan oleh penulis sekali gus memberikan kesan

yang mendalam terhadap emosi dan tindakan pembaca. Terdapat pelbagai pendekatan retorika yang

boleh diaplikasikan tergantung kepada bentuk penulisan, motif penulis dan khalayak pembacanya.

Secara umumnya, pendekatan retorika terbahagi kepada enam jenis, iaitu:

Pemerian

Penulisan pemerian sering diaplikasi dalam pelbagai genre penulisan. Dalam penulisan jenis ini,

tujuan penulis adalah untuk menggambarkan sesuatu. Misalnya, penulis ingin memberikan gambaran

kepada pembaca tentang sesuatu pemandangan, kejadian, benda atau seseorang watak. Penulisan

yang menggunakan mod ini memerlukan kemahiran menggambarkan sesuatu perkara secara

terperinci menggunakan imej dan seumpamanya sama ada warna, bentuk, bunyi, bau, rasa dan lain-

lain yang menyentuh pancaindera manusia. Tujuan penulis adalah bagi membolehkan pembaca

merasai sendiri apa-apa yang telah penulis lihat atau alami.

Selain itu, retorika pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada

khalayak seperti perlukisan. Dalam pendekatan ini, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan

pemerhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan,

perasaan, suasana, latar dan sebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan

jelas. Penghasil wacana ini hanya memerihalkan sesuatu objek atau perkara sebagaimana kewujudan

sebenarnya, iaitu tidak memasukkan emosi, imaginasi, atau pandangannya dalam wacana yang

dihasilkan. Daripada segi penerimaan wacana pula, pembaca seolah-olah dapat melihat ciri-ciri objek

yang digambarkan. Untuk menghasilkan karangan dengan retorika ini, penghasil wacana boleh

memberikan gambaran secara realistik. Gambaran secara realistik bermaksud menggambarkan

sesuatu dengan berdasarkan fakta-fakta yang konkrit. Contoh pemerian yang memberi gambaran

realistik dapat dilihat dalam wacana berikut:

Desa Resort terletak di Pantai Desaru yang menghadap Laut China

Selatan. Pusat peranginan ini meliputi kawasan seluas 25 ekar dan

menempatkan 793 unit suite yang mengandung satu hingga empat

bilik. Setiap suite itu dilengkapi dengan peralatan seperti telefon IDD,

peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, peti televisyen, meja makan dan

peti simpanan keselamatan.

Page 3: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 29

Selain bentuk prosa, retorika pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi. Contoh pemerian

dalam bentuk ini diperlihatkan dalam Hikayat Malim Deman seperti ungkapan berikut:

Alamat Hari Nak Siang

Tengah malam sudah terlampau Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga

Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur

Embun jantan rintik-rintik Kuang berbunyi jauh ke tengah

Sering lanting riang di rimba Melenguh lembu di padang

Bersambut menguak kerbau di kandang Berkokok mandung

Merak mengigal, Fajar sadik menyinsing naik

Kicak-kicau bunyi murai Taptibau melambung tinggi

Menguku balam di hujung bendul Terdengut puyuh panjang bunyinya

Puntung sejengkal tinggal sejari Itulah alamat hari nak siang

Pemujukan

Retorika pemujukan dikenali juga sebagai retorika pengaruhan. Hal ini demikian kerana dalam retorika

ini, penulis berusaha untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan

pembaca. Untuk mempengaruhi khalayak, retorika pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa

dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan kebaikan dan keburukan. Hal ini

dilakukan supaya orang yang dipujuk akur pada saranan yang dikemukakan dan seterusnya bertindak

mengikut kemahuan pihak yang melakukan pemujukan. Salah satu ciri dalam retorika pemujukan

ialah penulis akan memainkan emosi pembaca.

Dengan memanipulasi emosi khalayak, penulis berharap pendirian penerima akan berubah

lalu bertindak mengikut kehendak penulis. Antara perasaan yang sering dieksploitasi oleh penulis

termasuklah perasaan takut, belas kasihan, rasa bersalah, megah, malu dan sayang. Sebagai contoh,

ungkapan “Berasa malu kerana jerawat? Gunakan krim XYZ!. Iklan ini mengeksploitasi perasaan malu

dan takut khalayak.

Page 4: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 30

Retorika jenis ini juga kerap menggunakan kata penguat, iaitu lebih, paling, sangat, amat,

sungguh, sekali, serba dan sebagainya. Dalam iklan misalnya, teknik retorika digunakan untuk

mempropaganda kebaikan dan keistimewaan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Sehubungan

dengan itu, kata-kata menawan seperti ‘menjimatkan’, ‘mempersonakan’, ‘memudahkan’,

‘menyerikan,’ ‘terkini,’ ‘termasyhur,’ ‘berkualiti,’ ‘istimewa,’ ‘jelita,’ ‘segak,’ ‘tampan’ dan sebagainya

sering digunakan. Selain iklan, retorika pemujukan turut digunakan dalam perhubungan awam dan

pembentukan imej ahli politik. Dalam kempen pilihan raya, misalnya retorika pemujukan digunakan

dengan meluas untuk mempengaruhi pengundi supaya mereka memilih calon parti tertentu.

Pendedahan

Penulisan jenis ini dikenali juga sebagai retorika eksposisi. Hal ini demikian kerana tujuan retorika ini

adalah untuk memberi pemahaman kepada khalayak. Sehubungan dengan itu, sesuatu topik perlu

dihurai, disingkap, dipapar dan ditunjukkan dengan jelas dan terperinci supaya khalayak memahami

topik yang diperkatakan. Untuk memastikan khalayak memahami sesuatu topik, retorika ini memberi

maklumat sebanyak yang mungkin kepada khalayak.

Dalam retorika pendedahan, pengarang berusaha memindahkan ideanya kepada khalayak

secara berkesan. Biasanya idea yang menggunakan retorika ini berkaitan dengan definisi, konsep,

istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses dan dasar tertentu. Tujuannya adalah bagi

mendedahkan sesuatu perkara, pendapat, idea, maklumat atau pandangan melalui penerangan, iaitu

menganalisis fakta-fakta secara objektif dan membuat penilaian yang logik berdasarkan bukti-bukti

sebagai sokongan bagi pendedahan yang dibuat.

Dalam penulisan, wacana yang banyak menggunakan retorika jenis ini ialah kertas kerja, tesis,

latihan ilmiah, jurnal, serta buku-buku akademik dan rujukan. Untuk menghasilkan wacana ini, retorika

pendedahan kerap menggunakan teknik penyampaian idea secara pentakrifan, pencerakinan,

penggolongan dan percontohan. Penulisan yang menggunakan mod ini memerlukan kemahiran

kognitif atau kebolehan intelek daripada pihak penulisnya. Terdapat tiga prinsip utama dalam retorika

pendedahan, iaitu:

i. pengarang mesti pakar dalam subjek yang diperkatakan

ii. khalayak tidak faham akan subjek

iii. subjek yang dibicarakan tidak kontroversi, iaitu tidak akan mencetuskan perbezaan

pendapat yang ketara.

Seperti retorika pemerian, retorika pendedahan juga bersifat objektif, tepat dan jelas, iaitu

pengarang menjelaskan sesuatu topik tanpa memasukkan emosi dan pandangan peribadi.

Page 5: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 31

Penghujahan

Retorika penghujahan juga tergolong dalam kelompok retorika pengaruhan. Hal yang membezakan

retorika pemujukan dengan retorika penghujahan ialah retorika pemujukan mempengaruhi khalayak

dengan memanipulasi emosi sedangkan retorika penghujahan menggunakan bukti dan alasan yang

kukuh untuk meyakinkan khalayak. Oleh sebab itulah retorika penghujahan turut dikenal sebagai

pemujukan rasional atau intelek.

Penulisan jenis ini lebih menekankan kepada usaha untuk mempengaruhi sikap dan pendapat

pembaca. Setelah membaca gaya penulisan penghujahan atau argumentatif, penulis mengharapkan

pembaca dapat menerima segala yang disampaikan. Oleh itu, dalam penulisan jenis ini penulis akan

mengemukakan contoh, alasan serta bukti yang kukuh dan meyakinkan sehingga pembaca dapat

menerima dengan baik segala yang disampaikan.

Penulisan yang menggunakan mod ini bertujuan untuk membahaskan sesuatu perkara, tajuk,

isu, tema, teori, supaya pembaca menerima pendapat penulis. Untuk mempengaruhi pembaca,

penulis biasanya menggunakan fakta-fakta atau alasan yang logik dan bukan melalui tarikan-tarikan

emosi dan generalisasi. Kejayaan wacana dalam mod ini bergantung kuat pada kepandaian penulis

mengatur hujah-hujahnya dengan menggunakan kaedah logik sebab dan akibat.

Terdapat tiga unsur penting dalam retorika penghujahan, iaitu kenyataan tesis, premis dan

khalayak. Kenyataan tesis merupakan pendapat dan boleh dibahaskan. Pendapat mesti dibezakan

dengan fakta, kerana fakta merupakan suatu kenyataan yang benar sedangkan pendapat cuma suatu

pemikiran, andaian atau kemungkinan.

Premis ialah bukti atau alasan yang dikemukakan untuk menyokong sesuatu tesis. Bukti ini

boleh terdiri daripada fakta yang konkrit, pendapat pakar, contoh, kes, data-data dan statistik yang

sesuai atau alasan yang munasabah. Khalayak pula merujuk kepada penerima wacana yang perlu

diyakinkan supaya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan.

Tujuan retorika penghujahan adalah untuk meyakinkan khalayak dengan bukti yang logik,

iaitu bukti yang berasaskan penaakulan yang betul dan tepat. Dalam hal ini, pengarang tidak boleh

menegakkan sesuatu hujah bersandarkan emosi atau pendapat peribadi. Bukti yang dikemukakan

mesti bersifat objektif, tepat dan jelas. Retorika penghujahan sering digunakan dalam perbahasan,

perbicaraan, forum, penulisan tesis, disertasi, kertas kerja, jurnal, rencana dan artikel. Contoh

wacana yang menggunakan retorika penghujahan seperti berikut:

Page 6: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 32

Kaum lelaki perlu menggalakkan dan memberikan laluan kepada kaum wanita untuk melibatkan diri dalam bidang politik demi faedah masyarakat dan negara ini. Hal ini penting kerana bidang politik melibatkan pentadbiran masyarakat. Jadi, tentu tidak ada salahnya kalau kaum wanita yang juga merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat turut menceburkan diri dalam bidang politik. Apatah lagi kaum wanita di negara kita merupakan golongan yang agak besar bilangannya. Penglibatan dan penyertaan mereka sudah tentu dapat memelihara kepentingan masyarakat khususnya kaum yang sejenis dengan mereka, daripada menjadi mangsa penindasan dan ketidakadilan.

Penceritaan

Retorika penceritaan bermaksud menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri

peristiwa berkaitan dalam satu plot yang logik. Retorika ini digunakan dalam penulisan cerpen, novel,

autobiografi, biografi, lipur lara, hikayat dan sebagainya. Penulisan penceritaan terbentuk daripada

bahagian permulaan, perkembangan, cerita, konflik dan peleraian sehingga terhasil satu kesatuan.

Retorika ini mengandung empat prinsip yang bertalian, iaitu kesatuan, pertatutan, penekanan dan

gaya bahasa yang menarik.

Kesatuan dalam penceritaan berkaitan dengan tema, iaitu aspek yang mewujudkan kesatuan

fikiran dalam sesuatu cerita. Pertautan pula berkaitan dengan plot atau jalinan cerita, iaitu terdapat

kesinambungan idea dalam cerita tersebut. Seterusnya penekanan dalam penceritaan merujuk

kepada pemilihan dan penyusunan peristiwa yang dapat menarik minat khalayak. Dalam hal ini, cerita

yang diselitkan dengan unsur saspens, klimaks dan kadar gerak penceritaan peristiwa-peristiwa yang

pantas akan menimbulkan keseronokan kepada khalayak.

Misalnya dalam retorika penceritaan berpola naratif, penulis cuba menceritakan sesuatu

kejadian sehingga pembaca seolah-olah mengalami sendiri peristiwa tersebut. Unsur utama dalam

penulisan berpola naratif ialah perbuatan atau tindakan yang dilakukan berlaku dalam satu kesatuan

waktu. Antara jenis penulisan yang menggunakan pola ini ialah rencana. Penulisan berpola naratif

boleh dikategorikan kepada dua, iaitu pola naratif ekspositoris dan pola naratif sugestif. Naratif

ekspositoris ialah pola penulisan naratif yang menceritakan kejadian yang benar-benar terjadi atau

memang wujud dalam kehidupan nyata sedangkan naratif sugestif lebih menekankan kepada

imaginasi penulis.

Penulisan naratif ekspositoris lebih menekankan kepada usaha menambahkan pengetahuan

pembaca melalui maklumat yang disampaikan. Terdapat dua bentuk naratif ekspositoris, iaitu yang

bersifat umum dan yang bersifat khusus. Dalam naratif ekspositoris yang bersifat umum, penekanan

diberikan terhadap penyampaian maklumat tentang melaksanakan suatu proses yang umum. Proses

tersebut pula dapat dilakukan secara berulang-ulang sama ada dilakukan oleh seorang ataupun oleh

orang lain.

Page 7: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 33

Sebaliknya, dalam naratif ekspositoris yang bersifat khusus, segala peristiwa yang diceritakan

hanya berlaku sekali. Peristiwa tersebut tidak akan dapat diulang kembali kerana ia merupakan

pengalaman atau kejadian yang berlaku dalam satu waktu sahaja. Matlamat utama penulisan naratif

sugestif adalah untuk memberi makna kepada sesuatu kejadian atau peristiwa, sehingga kejadian

tersebut dianggap sebagai satu pengalaman. Untuk mencapai matlamat tersebut, daya khayal atau

imaginasi pembaca amat diperlukan ketika membaca karya naratif sugestif. Berikut contoh penulisan

menggunakan retorika jenis ini.

Tengahari ini, kota Cairo seakan membara. Matahari berpijar di tengah petala

langit. Seumpama lidah api yang menjulur dan menjilat-jilat bumi. Tanah dan pasir

seakan menguapkan bau neraka. Hembusan angin Sahara disertai debu yang

bergulung-gulung menambahkan panas udara yang semakin tinggi dari detik ke

detik. Penduduknya, banyak yang berlindung dalam flat, yang ada dalam

apartmen-apartmen berbentuk kiub dengan pintu, jendela dan tirai tertutup rapat.

Penerangan

Retorika penerangan bertujuan untuk memberi maklumat kepada pembaca. Oleh hal yang demikian,

retorika ini dikatakan bersifat informatif. Retorika jenis ini mengutamakan bahasa formal yang tepat,

jelas dan bernas supaya orang yang diberi penerangan mengetahui dan memahami maklumat yang

disampaikan. Maklumat boleh disampaikan secara lisan melalui media cetak, elektronik, Internet dan

buku panduan. Antara maklumat yang sering disampaikan dengan menggunakan retorika penerangan

termasuklah maklumat tentang cara memasak, memasang mesin, menggendalikan peralatan

komputer. Contoh retorika penerangan seperti berikut:

Contoh 1

Teknik Menggunakan Tetingkap

1. Klik butang minimum dalam bar tajuk tetingkap untuk mengendalikannya menjadi butang

pada Taskbar.

2. Klik butang maksimum dalam bar tajuk tetingkap untuk membesarkannya memenuhi

bahagian dalam rangkuman tetingkap atau keseluruhan skrin.

3. Klik butang kembali ke asal (restore) dalam bar tajuk tetingkap untuk mengembalikan

tetingkap kepada saiz sebelumnya.

4. Klik butang tutup dalam bar tajuk tetingkap untuk menutup tetingkap dan menyingkirkan

butang daripada taskbar.

Page 8: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 34

Contoh 2

Japanese Encephalitis (JE) merupakkan sejenis penyakit berjangkit yang

disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk Culex. Virus inimembiak

dalam tubuh khinzir yang bertindak sebagai perumah. Setelah menghisap darah

khinzir, nyamuk cetina Culex virus JE ini bersama-sama. Apabila nyamuk ini

menggigit manusia, virus ini akan masuk ke dalam saluran saraf otak yang

akhirnya menyebabkan keradangan (inflamasi) pada bahagian otak (encephalitis).

Pendekatan Ekletika

Dalam pendekatan eklektika pula, terdapat empat kaedah yang boleh digunakan dalam penulisan

sama ada yang bercorak ilmiah, semi ilmiah atau penulisan popular, iaitu:

Pendekatan Proses

Pendekatan ini memberi kebebasan kepada penulis untuk menggarap hasil penulisannya. Objektif

pendekatan ini adalah memperbaiki mana-mana aspek atau bahagian penulisannya. Ia

menitikberatkan proses pembaikan sesebuah penulisan secara berterusan. Ini menggambarkan

bahawa dalam situasi menulis, penulis boleh bereksperimen dengan segala bentuk maklumat dan

fakta.

Pendekatan Model

Pendekatan ini menitikberatkan proses imitasi (peniruan) semula jadi, iaitu penulis berusaha untuk

memahami, menghayati gaya dan kaedah penulis lain.Ia agak memakan masa, namun pendekatan ini

mengajak penulis membaca dan membuat kajian akan karya-karya penulis lain dan kemudian meniru

gaya dan kaedah penulisannya. Akhirnya tanpa disedari, menurut pendekatan ini, penulis dengan

sendirinya akan dapat menguasai gaya dan kaedah menulis yang berkesan.

Pendekatan Metafizika

Pendekatan metafizika bersangkut paut dengan minat, kesungguhan dan motivasi diri secara bebas

untuk menghasilkan karya penulisan yang bermutu. Fenomena alam merupakan aspek yang boleh

dijadikan subjek penelitian dan kajian penulis, misalnya isu pencemaran alam sekitar, gejala sosial,

bencana alam dan gobalisasi. Ia secara tidak langsung dapat menanamkan nilai kemanusiaan yang

tinggi kepada penulis. Daripadanya penulis akan terpanggil untuk menggambarkan fenomena alam

tersebut.

Pendekatan Pengalaman

Pendekatan pengalaman menitikberatkan pengalaman seseorang sebagai tapak ke arah

menghasilkan suatu penulisan yang bermutu .Selain itu, pendekatan ini turut menitikberatkan

Page 9: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 35

kemahiran berbahasa dan pemikiran. Ketiga-tiga unsur ini berkait rapat dan saling melengkapi antara

satu sama lain. Pengalaman akan membolehkan seseorang penulis mengait peristiwa-peristiwa yang

dialaminya dengan fenomena yang berlaku dalam masyarakatnya.

Pengalaman akan menjadikan diri penulis lebih peka dan sensitif terhadap isu-isu yang

berkaitan dengan pengalamannya dan dapat memberi suatu inspirasi dan aspirasi untuknya menulis.

Menerusi kemahiran bahasa yang ada padanya, sesuatu pengalaman itu dapat digambarkan dengan

lebih jelas, padat dan hidup. Manakala pemikiran akan memungkinnya melahirkan idea-idea yang

kreatif dan analitis. Maka jalinan ketiga-tiga elemen ini akan menjadikan penulis lebih matang

berkarya serta mampu untuk memberikan kepuasan kepada khalayak pembaca.

Pendekatan Epistemik

Pendekatan epistemik mendedahkan pembaca bagaimana untuk menghasilkan karangan yang lebih

bersistematik dan mempunyai nilai kesahihan yang boleh dipercayai. Dengan kata lain, pendekatan

epistemik ini berusaha mendekatkan para penulis dengan suatu bentuk penulisan yang bercorak

ilmiah. Dalam pendekatan ini, apa yang diutamakan adalah fakta dan maklumat yang sahih.

Selain itu, pengalaman penulis turut diberi perhatian agar penulisan yang bercorak ilmiah

akan lebih hidup dan bertenaga. Selain itu pendekatan ini juga menggalakkan penulis membuat

penyelidikan. Penyelidikan yang dibuat dapat membantu penulis untuk memberi nilai tambah kepada

maklumat yang sedia ada padanya.

Kelebihan Pendekatan Epistemik

Pendekatan-pendekatan penulisan yang dinyatakan di atas merupakan pendekatan yang lazim

digunakan pelajar atau pengajar dalam proses menghasilkan sesebuah penulisan khususnya

karangan. Walau bagaimana dalam konteks penulisan ilmiah, pendekatan epistemik merupakan

pendekatan terbaik.

Menurut Amaruddin dan Siti Hajar (1977), pendekatan epistemik merupakan pendekatan

yang sesuai untuk melatih pelajar mereka dan merangka satu bentuk karangan seni atau latihan

ilmiah. Berdasarkan huraian ini, pelajar yang dimaksudkan ialah pelajar yang berkeupayaan berfikir

secara matang, kritis dan boleh menangkul serta mengkritik.

Pendekatan ini sesuai digunakan untuk pelajar di sekolah menengah, kolej dan institusi

pengajian tinggi.Pendekatan Epistemik boleh diaplikasikan dalam empat model. Keempat-empat

model tersebut adalah seperti rajah 2 berikut:

Page 10: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 36

Rajah 2: Model Epistemik

Model Sistem

Model sistem amat sesuai digunakan untuk menulis sebuah kertas kerja ilmiah. Melalui model ini,

seseorang penulis hanya perlu membuat rangka kasar berkaitan dengan tajuk yang dipilihnya.

Kemudian penulis memikir dan menyusun idea dan isi mengikut kepentingannya. Idea dan isi ini boleh

dibuat dalam suatu pernyataan tesis. Pernyataan idea ini perlu dimantapkan dengan menambahkan

lagi sub-sub idea yang mengandungi pelbagai contoh, fakta dan bukti untuk memantapkan

keseluruhan daripada pernyataan tesis yang telah dibuat oleh penulis. Walau bagaimanapun, penulis

mestilah membuat rujukan daripada pembacaan atau kajian ringkasnya agar isi yang dipaparkan tidak

mengandungi unsur-unsur bias yang keterlaluan. Model ini amat diminati oleh kebanyakan penulis

khususnya untuk menulis kertas kerja ilmiah. Cuma bezanya dalam penulisan karangan, model ini

mengambil masa untuk disiapkan dan strukturnya mestilah mantap dan berkaitan antara satu dengan

yang lain. Rajah 3 di bawah menunjukkan struktur model sistem.

Rajah 3: Model Sistem

Model Dialektika

Model Dialektika atau model soal jawab seperti mana rajah 4 sesuai untuk menghasilkan kertas kerja

ilmiah. Keseluruhan daripada kandungan teks yang menggunakan model ini lebih mengutamakan

perbincangan dan perbahasan berkaitan dengan pelbagai isu semasa. Menurut Richard (1981),

Model Epistemik

Model Hipotesis

Model Gabungan

Model Dialektika

Model Sistem

Model Sistem

Isi/Idea Isi/Idea Isi/Idea Isi/Idea

Sub isi/Idea Sub isi/idea Sub isi/idea

Page 11: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 37

model dialektika sesuai sekali digunakan untuk membahaskan sesuatu persoalan yang abstrak dan

bersifat falsafah seperti perpaduan, persahabatan, harga diri dan sebagainya. Sesuatu permasalahan

akan dibahaskan dan dipersoalkan dan kemudian penulis akan mencari jawapan terhadap persoalan

yang timbul. Bagi memantapkan lagi soal jawab ini, maklumat boleh diperkukuhkan menerusi kajian

dan penyelidikan yang lebih mendalam.

Rajah 4: Model Dialektika

Model Hipotesis

Model hipotesis seperti mana dalam rajah 5 di bawah merupakan model yang amat popular dan

sering digunakan dalam penulisan ilmiah. Ia juga dikenali sebagai model saintifik. Disertasi, tesis,

laporan penyelidikan lazimnya menggunakan model ini untuk menghuraikan dan menggarap

keseluruhan daripada maklumat dan idea yang telah dihimpunkan.Model hipotesis menggunakan

suatu struktur yang bersistematik. Sebelum seseorang penulis dapat menyatakan sesuatu tajuk, maka

terlebih dahulu penulis mestilah dapat mengenal pasti masalah utama yang timbul berkenaan skop

yang hendak ditulis. Sesudah sesuatu masalah telah dapat dikenal pasti, maka penulis akan

mengungkap suatu pernyataan tajuk. Tajuk ini kemudiannya akan dikaji dan diselidiki. Langkah

seterusnya, penulis akan berusaha untuk mengumpulkan sebarang bentuk data dan maklumat

daripada pelbagai sumber. Selain itu, dalam model ini, penulis seharusnya telah ada hipotesis, teori

mahupun hukum yang boleh menerang dan menjelaskan akan fenomena tajuk yang dipilih. Dengan

itu, ia akan lebih memudahkan penulis untuk membuktikan kajian yang dibuat itu.

Selain data dan maklumat dikumpul, ia kemudiannya dianalisa dan penulis akan

mengesahkan sesuatu hipotesis itu diterima atau ditolak. Akhirnya, penulis akan membuat kesimpulan

dan dalam masa yang sama akan memberi cadangan yang membina tentang penyelidikan yang

berkaitan pada masa hadapan.

Rajah 5: Model Hipotesis

Soal Jawab

Mengenal pasti

masalah

Pengumpulan

data daripada

pelbagai sumber

Pengesahan data dan

hipotesis

Pembentukan

hipotesis/teori/model

dan hukum

Kesimpulan dan

penyelesaian

Page 12: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 38

Model Gabungan

Model gabungan seperti mana rajah 6 merupakan kombinasi ketiga-tiga, iaitu model dialektika, model

hipotises dan model sistem. Model gabungan ini amat pragmatik dan amat sesuai digunakan dalam

penulisan jurnal, tesis dan laporan penyelidikan. Kombinasi ketiga-tiga model tersebut jika digarap

dengan baik dan berkesan pasti akan menghasilkan suatu teks penulisan yang bermutu.

Rajah 6: Model Gabungan

Pendekatan Kewartawanan

Pendekatan kewartawanan merupakan satu lagi kaedah yang sering diaplikasi terutama dalam

penulisan popular, misalnya di akhbar, majalah dan siaran-siaran berita dalam media penyiaran.

Kaedah kewartawanan tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam penulisan ilmiah. Hal ini demikian

kerana penulisan jenis ini ditujukan kepada khalayak umum daripada semua lapisan masyarakat

tanpa mengambilkira tahap pendidikan dan pengetahuan. Pendekatan kewartawanan tidak

mengutamakan peraturan penulisan yang ketat. Gaya penulisannya bersifat santai dengan jalinan

bahasa yang ringkas, tepat dan mudah. Terdapat tiga model pendekatan kewartawanan yang asas,

iaitu:

Model TAJMAHAL

Model penulisan TAJMAHAL diperkenalkan oleh Mansor Ahmad Saman (1995) bagi tujuan

memudahkan para pelajar memahami selok belok penulisan. TAJMAHAL adalah akronim daripada

maksud:

T – Tepat, A – Adil, J – Jelas, Mudah, A –terAtur, H – Halusi, A- berAdab dan L – Lancar

Konsep TEPAT dilihat daripada dua sudut, iaitu (1) ketEpatan rakaman maklumat seperti

mana yang didakwa oleh sesuatu punca, dan (2) ketepatan dan kesahihan maklumat. KEADILAN

pula merujuk kepada (1) keadilan watak-watak yang terlibat, (3) keadilan kepada hal yang

dibicarakan, (3) keadilan kepada pembaca dan (4) keadilan kepada penulis sendiri. KEJELASAN

amat penting bagi menentukan maklumat yang diterima oleh pembaca dapat difahami dengan jelas.

Model Gabungan

Model Sistem Model Dialektika Model Hipotesis

Page 13: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 39

Konsep KEMUDAHAN bermaksud kesenangan dalam pemahaman. Dengan kata lain,

kemudahan dalam penulisan memerlukan kejelasan fikiran, kemantapan pengetahuan, kefahaman

dan kemampuan bercerita dalam erti kata yang luas yakni kelancaran penggunaan bahasa. Penulis

bukan sahaja perlu pakar, iaitu dia mestilah tahu dan mampu menceritakan kepada orang lain.

ATURAN dalam penulisan merujuk kepada susunan yang teratur kepada hubungan dan pertalian

yang waras dan wajar, licin dan lancar di antara idea, hujah, gambaran dan huraian yang

dibentangkan dalam sesuatu penulisan. Susunannnya diatur satu persatu mengikut kewarasan dan

kewajaran aliran perkembangan idea.

Konsep KEHALUSAN bermaksud ketelitian dalam semua hal terutama dari sudut kajian,

proses penulisan dan penyemakan. Ketelitian bukan sahaja perlu dan sangat penting kepada

penulisan, tetapi ia sering berfaedah sebagai punca pencetusan idea-idea baharu. Cetusan idea

baharu yang berpunca daripada kajian lazimnya mempunyai lebih besar kemungkinan nilai

’penerokaan’.

Manakala konsep beradab bermakna penulisan yang baik ialah yang beradab yang

cenderung kepada nilai-nilai ketinggian martabat fitrah manusia. Seseorang penulis harus ikhlas, jujur,

amanah, adil, sabar, kasihan, rendah diri, sopan, cekal, berani, bertanggungjawab dan bijaksana.

Akhir sekali konsep KELANCARAN; bermaksud perkembangan dan huraian idea disusun dengan

teratur dan persembahannya dibuat dengan bahasa yang lancar, indah, menyeronokkan dan

mengasyikkan pembaca.

Rajah 7: Model TAJMAHAL

Model Piramid Songsang

Model Piramid Songsong dikenali juga dengan pendekatan 5W + 1H. Model ini merupakan teknik

penulisan konvesional yang menekankan konsep, iaitu What (apa), Who (siapa), When (bila), Why

(kenapa), Where (di mana) dan How (bagaimana/mengapa). Model penulisan ini menekankan gaya

penulisan ringkas, padat dan tepat. Lazimnya model 5W + 1H sering digunakan dalam penulisan

TAJMAHAL

Tepat

Adil

Jelas

Mudah

terAtur

Halusi

berAdab

Lancar

Page 14: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 40

berita di akhbar. Ringkas, padat dan tepat amat penting dalam gaya penulisan akhbar kerana ruangan

akhbar amat terhad dan penerbit akhbar harus mengutamakan siaran-siaran iklan yang menjana

sumber pendapatan syarikat-syarikat akhbar. Rajah 8 menunjukkan konsep penulisan piramid

songsang yang dipraktiskan dalam penulisan kewartawanan.

Rajah 8: Model Piramid Songsang

Berikut ialah contoh berita yang ditulis menggunakan teknik penulisan piramid songsang.

Berita yang dipaparkan ini mengandungi ciri-ciri 5 W + 1 H.

PAKAR PATOLOGI SAHKAN MANGSA MATI LEMAS

Isi penting dinyatakan pada perenggan-perenggan awal

Perenggan seterusnya menyokong pernyataan pada perenggan awal. Perkaitan sangat penting di sini.

Huraian lanjut, cadangan

dan penutup

GEORGETOWN: Rabu: Dua

mangsa kejadian perahu naga

terbalik di Pantai Macallum, pagi

semalan disahkan mati akibat

lemas.

Pakar Perunding Patologi

Forensik, Datuk Ahmad Ibrahim

berkata, bedah siasat yang

dilakukann mendapati tiada

kecederaan serius sama ada di

dalam atau luar anggota badan

mangsa terbabit

” Hanya terdapat kesan calar pada

badan mangsa,” katanya ketika

ditemui di Rumah Mayat Hospital

Pulau Pinang di sini petang

semalam.

Sementara itu, suasana hiba

menyelubungi kawasan rumah

mayat pada sebelah tengah ahri

apabila ahli keluarga kedua-dua

mangsa mula berkumpul untuk

proses pengecaman mayat.

Mayat pertama, iaitu seorang

guru, Chin Aik Siang, 28, tiba

kira-kira jam 1 tengah hari dan

terus dibawa masuk untuk

bedah siasat. Ia hanya dibawa

keluar pada jam 5.45 petang

kerana menunggu ketibaan

keranda dan kereta mayat.

Turut berada di situ ialah

ibunya, Lee Bee Hong, 59,

bapanya, seorang makcik dan

beberapa ahli keluarga.

Page 15: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 41

Baca dengan teliti serta tandakan ciri-ciri 5 W + 1H yang terdapat dalam laporan berita di bawah:

MARA PERLUAS MRSM BERTERAS KONSEP ULUL AL-BAB

Model Kewartawanan Baharu (New Journalism)

Model kewartawanan baharu (KB) diperkenalkan oleh Tom Wolfe menerusi bukunya The New

Journalism (1973) dan diperkemaskan oleh John Hollowell (1977). Model ini menerapkan penggunaan

dan peminjaman teknik-teknik sastera khususnya novel dan cerpen dalam laporan berita secara

kreatif. Enam ciri utama model kewartawanan baharu ialah latar, dramatik, dialog penuh atau

berkaitan, deskripsi terperinci, sudut padangan, monolog dalaman dan perwatakan pelbagai. Model

kewartawanan baharu ini mempunyai beberapa persamaan dengan model komunikasi retorikal dalam

bidang kesusasteraan yang lebih mementingkan estetik karya berbanding dengan nilai informatifnya.

Prinsip-prinsip Kewartawanan Baharu

1. Latar

2. Dramatik

3. Dialog

4. Deskripsi

5. Sudut Pandangan

6. Monolog

7. Perwatakan Pelbagai

KOTA BAHRU, Khamis: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperluas sistem pendidkan berteraskan konsep ulul al-bab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu bertujuan melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang pendidikan, malah mempunyai sahsiah yang tinggi untuk dunia dan akhirat.

Beliau berkata, setakat ini sistem pendidikan berteraskan konsep itu sudah diperkenalkan di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu dan MRSM di Gemencheh, Negeri Sembilan.

”Konsep pendidikan ulul al-bab ini lebih merupakan sistem tambah nilai kepada sistem

pendidikan yang sedia ada di MRSM di seluruh negara, bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga memiliki sahsiah diri yang tinggi,” katanya kepada media selepas majlis kesyukuran MRSM Pasir Tumboh yang muncul sebagai MRSM terbaik di seluruh negara dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Idris berkata, sebuah lagi MRSM akan diwujudkan di utara negara, tempatnya belum diputuskan lagi.

Menurutnya, setakat ini Mara mempunyai 42 MRSM seluruh negara, tidak termasuk empat hingga lima buah yang masih dalam pembinaan. Bernama.

Page 16: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 42

Rajah 9: Model Kewartawanan Baharu

Berikut ialah contoh laporan yang menggunakan teknik penulisan Kewartawanan Baharu.

Perhatikan prinsip-prinsip yang digunakan oleh pengarang dalam laporan ini.

PELAYARAN TENGKU IDRIS

ebaik saja mentari pagi 1 Mac 1995 menunjukkan diri, Jugra bergerak meninggalkan Kepulauan

Maldives menuju destinasi seterusnya, iaitu Tjibouti, Afrika. Mengikut kiraan, masa yang

diperlukan untuk sampai ke Tjibouti ialah kira-kira dua minggu. Saya berharap kami dapat sampai ke

sana lebih awal, seperti yang dicapai oleh Jugra dari Acheh ke Maldives tempoh hari.

Walau apa pun sasaran, saya yakin segala-galanya bergantung kepada angin dan cuaca. Pada masa

yang sama saya berdoa semoga segala-galanya berjalan seperti dirancang. Seperti yang saya

katakan, laluan kali ini amat mencabar dan menguji ketahanan fizikal dan mental saya serta anak

kapal. Laut Merah yang bakal kami tempuh bukan calang-calang lautan.

Maklumat yang diperolehi semasa mendarat di Maldives memberi amaran awal kepada saya dan

anak kapal betapa kami harus berhati-hati. Selain daripada ombak ganas, masalah lanun dan pulau-

pulau bahaya juga harus diambil kira. Seboleh-bolehnya saya mengelak daripada melalui laluan

berbahaya tersebut kerana tidak mahu menanggung risiko.

Walaupun saya suka cabaran tetapi saya tidak mahu ambil mudah sesuatu bahaya sekiranya ada

peluang mengelak. Hasil sedikit kerja rumah dan membaca saya dapati Tjibouti adalah sebuah

negara kecil tanah jajahan Perancis. Negara itu kini sedang menuntut kemerdekaan daripada

KB

Latar

Dramatik

Dialog

DeskripsiSudut

Pandangan

Monolog

Perwatakan Pelbagai

S

Page 17: D-Pendekatan Dalam Penulisanyyy

P e n d e k a t a n D a l a m P e n u l i s a n | 43

Perancis. Sama ada berjaya atau tidak tuntutan mereka saya tidak pasti kerana soal politik bukan

hajat utama saya. Yang penting, pelayaran yang sedang saya lakukan ini berjaya mencapai matlamat.

Mengikut pelan asal, saya bercadang singgah di Somalia dan Sudan tetapi peperangan yang

berlaku di kedua-dua negara tersebut menjadi penghalang. Saya tidak mahu mengambil risikonya

kerana memikirkan pelayaran yang masih jauh.

Mengikut catatan, Tjibouti dahulunya adalah tempat persinggahan kapal-kapal dan antara pelabuhan

popular di dunia. Walaupun tidak popular seperti dulu, banyak juga kapal besar yang masih singgah di

sini

Mingguan Malaysia, 29 Disember 1996.

PENILAIAN KENDIRI

1. Huraikan pengertian pendekatan penulisan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan retorika pemerian.

3. Bincangkan beberapa model dalam pendekatan eklektika.

4. Bina karangan berasaskan model Tajmahal.

KATA KUNCI

1. Retorika 4. Kewartawanan Baharu

2. Elektika 5. Model Tajmahal

3. Epistemik 6. Piramid Songsang

Bahan Rujukan

Awang Sariyan. (1992) Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur: Menara Ilmu Sdn Bhd.

____________.( 2006. Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henry Guntur Tarigan. (1986) Menulis sebagai Satu Ketrampilan Berbahasa. Bandung: Penerbit Angkasa.

Md. Sidin Ahmad Ishak (1999) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.