Upload
aminamd
View
37
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
TUGASAN B
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK NO. TELEFONAMINUDIN BIN MD NUH D 20102042791 0197599390
PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI13 EL-A131PJJ
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI
TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2013
0
PEMARKAHAN
DUA AKTIVITI BERDASARKAN TEKS KARYA AGUNG MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SUBJEK BAHASA MELAYU
KANDUNGAN
TUGASAN B
BIL ITEM MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 1
2.0 Aktiviti Penerapan 1 1 - 4
3.0 Aktiviti Penerapan 2 5 - 6
4.0 Rumusan 6
5.0 Bibliografi 7
6.0 Lampiran 8 - 9
1
1.0 Pengenalan
Dalam sistem pendidikan di negara kita, bahasa Melayu adalah subjek wajib yang
perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid sekolah rendah. Penyerapan bahan sastera
adalah pelengkap bagi mempelajari kemahiran bahasa. Selain daripada itu, penyerapan
bahan sastera juga sebagai pelengkap kepada kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Teks sastera yang digunakan dapat menyuburkan daya penghayatan murid-murid
berkaitan dengan keindahan bahasa Melayu disamping memberi keseronokan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Antara genre-ganre yang sesuai diserapkan ke dalam subjek
bahasa Melayu ialah puisi moden dan puisi tradisional; prosa yang terdiri daripada prosa
tradisional dan moden; dan teks drama.
Bahasa Melayu adalah wahana penting dalam pendidikan kebangsaan. Ia sesuai
dengan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat, bahasa komunikasi, bahasa
ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat. Ia meliputi penguasaan dan
penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu, cekap berbahasa dan berkomunikasi
serta memahami bahasa Melayu bagi mengungkapkan ilmu dalam kehidupan harian.
Mengajar bahasa berpaksi pada pegangan iaitu sastera dapat memberikan
pengaruh besar kepada cara manusia berfikir berkaitan dengan hidup dan kehidupan,
membezakan antara perbuatan jahat dengan buruk serta mengenal perbuatan benar dengan
salah
2.0 Akiviti Penerapan 1
2.1 Permainan Bahasa – Kad Situasi
2.2 Pengelolaan Permainan Bahasa
Menyediakan pelajar atau kumpulan tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan
aktiviti adalah satu faktor yang sangat perlu bagi menentukan keberkesanan sesuatu
permainan bahasa.Aspek pengurusan bilik darjah mestilah dirancang terlebih
dahulu dengan baik. Selain daripada itu, pelajar itu sendiri perlu tahu dan faham apa
yang harus dilakukan. Dalam aktiviti permainan bahasa pelajar boleh dibahagikan
kepada pasangan, kumpulan kecil yang mengandungi tiga atau empat orang ahli atau
1
aktiviti yang melibatkan keseluruhan kelas. Aktiviti berpasangan atau kumpulan
diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat bekerjasama, iaitu tolong-
menolong dalam suasana harmoni bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dapat
mempererat perhubungan dalam kalangan pelajar,di samping mereka harus menggunakan
kecerdasan mental dan kecergasan fizikal bagi mencapai matlamat permainan.
2.3 Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya empat
hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah mencukupi. Bilangan ahli dalam
satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan
pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan pelajar kepada
banyak kumpulan.Keadaan ini mungkin kurang selesa terutama jika saiz bilik darjah
agakkecil. Walau bagaimanapun jika keadaan tidak dapat dielakkan permainan tersebut boleh
digantikan dengan jenis permainan bahasa yang dilakukan di luar bilik darjah
2.4 Secara Berpasangan
Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan
penyertaan pelajar. Permainan berbahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak
peluang latihan mendengar dan bertutur.Biasanya permainan secara berpasangan tidak
banyak meninbulkan masalah jika dibandingkan permainan secara kumpulan.Guru lebih
mudah mengawal pasangan pelajar dengan bergerak dari satu pasangan ke satu pasangan
yang lain.
2.5 Secara Individu.
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini lazimnya
dilakukan untuk pelajar yang pintar serta telah dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh
guru dalam sesuatu masa yang telah ditetapkan. Dalam permainan pelajar berfikir secara
bersendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Jika masalah itu tidak dapat
diselesaikan pelajar boleh merujuk kepada guru unruk mendapatkan panduan.
2.6 Contoh permainan yang akan saya jalankan berdasarkan tajuk pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan petikan –sinopsis karya Ranjau Sepanjang Jalan
2.6.1 Prosedur permainan (langkah).
2
1. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi
6 orang ahli lelaki dan perempuan.
2. Guru mengedarkan 6 keping kad situasi kepada setiap kumpulan. (Kesemua soalan
yang diberi adalah berdasarkan sinopsis Novel Ranjau Sepanjang Jalan seperti dalam
lampiran 1)
3. Pemain-pemain duduk di sekeliling sebuah meja dengan kad-kad situasi yang
diterbalikkan dalam satu baris ditengah-tengah meja tersebut. Kad-kad itu hendaklah
diletakkan dalam satu urutan iaitu dari 1 hingga 5.
4. Mereka dikehendaki memalingkan kad situasi yang pertama, dan mengemukankan
cadangan apa yang harus dilakukan, Cadangan hendaklah diterima oleh semua ahli
dalam kumpulan tersebut.
5. Seorang murid akan mencatatkan resolusi/jawapan yang telah dibuat bersama-sama.
6. Apabila semua ahli telah setuju mereka harus memalingkan pula kad situasi yang
kedua dan seterusnya dan melakukan perkara yang sama seperti sebelumnya.
7. Permainan akan ditamatkan setelah masalah/soalan keenam-enam kad situasi berjaya
dijawab.
8. Setelah kesemua kumpulan dapat menyiapkan tugasan masing-masing, ketua
kumpulan akan membacakan jawapan di hadapan kelas.
2.6.2 Penggunaan Kad situasi
Kad 1
Sekiranya kamu adalah Lahuma, Jeha dan Sanah, bagaimanakah kamu hendak mengatasi
masalah ketam-ketam yang merosakkan tanaman padi . Cadangkan satu cara untuk mengatasi
masalah tersebut.
Kad 2
Sawah padi anda sering ditenggelami air sungai yang melimpah hingga menenggelami
bendang Sekiranya dibiarkan pokok padi akan rosak. Bagaimanakah caranya untuk anda
mengatasi masalah itu ?
Kad 3
Sekiranya musim kemarau, sawah padi anda akan kering. Jika dibiarkan pokok-pokok padi
akan mati. Bagaimana cara untuk anda mengatasi perkara tersebut?
3
Kad 4
Sekiranya hari hujan kamu sekeluarga tidak dapat turun ke bendang. Apakah yang boleh
dibuat di rumah untuk menambahkan sumber pendapatan selain daripada hasil padi?
Kad 5
Senaraikan lima pengajaran/nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan
2.6.3 Akiviti Permainan Bahasa- 2
2.6.3.1 Permainan Bahasa – Kad Teka Silang Kata.
Permainan ini dijalankan selepas aktiviti permainan kad situasi selesai. Tempoh yang
diambil untuk melaksanakan permainan ini adalah singkat. Tujuannya adalah untuk menguji
pemahaman murid tentang pengajaran dan nilai murni yang terdapat dalam petikan. Selepas
berakhir aktiviti ini guru bolehlah membuat kesimpulan tentang pengajaran dan pembelajaran
pada hari itu)
2.6.3.2 Prosedur permainan (langkah).
o Guru membahagikan murid kepada kumpulan berpasangan.
o Guru mengedarkan sekeping kad teka silang kata kepada setiap kumpulan. (Kesemua
soalan yang diberi adalah berdasarkan nilai murni yang terdapat dalam sinopsis Novel
Ranjau Sepanjang Jalan seperti dalam lampiran 1)
o Pelajar duduk di tempat masing-masing mengikut pasangan.
o Mereka dikehendaki mencari 6 nilai murni yang terdapat dalam kad teka silang kata
berdasarkan pembayang yang diberi.
o Seorang murid akan mencatatkan jawapan yang telah diperoleh dalam ruangan
jawapan yang telah disediakan.
o Permainan akan ditamatkan setelah keenam-enam jawapan diperoleh
o Setelah kesemua kumpulan dapat menyiapkan tugasan masing-masing, ketua
kumpulan akan membacakan jawapan di hadapan kelas.
2.6.4 Penggunaan Kad Teka Silang Kata
Arahan: Cari 6 perkataan yang dikehendaki secara melintang dan membujur. Kemudian
bulatkan perkataan tersebut dan tuliskan perkataan tersebut dalam ruangan yang disediakan.
4
(Contoh Kad Teka Silang Kata – seperti dalam lampiran 2)
3.0 Akiviti Penerapan 2
3.1 Pengajaran dan pembelajaran melalui teknik Teater Bercerita
Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan seorang murid yang membaca skrip
cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak
badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan cerita itu
seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting
berdasarkan aktiviti yang dijalankan Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita (murid)
dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan
pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
3.2 Objektif Teater Bercerita
i. Melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan
mengarang.
ii. Menambah perbendaharaan kata murid.
iii. Memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa
iv. Mengasah bakat lakonan murid
v. Memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid
vi. Berhibur sambil belajar (Didik Hibur)
3.3 Langkah-langkah mengajar Teater Bercerita.
i. Guru perlu menyediakan skrip terlebih dahulu. (lihat lampiran 1).
ii. Pencerita diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu sebelum aktiviti
berlangsung.
i. Atur kedududukan murid dalam bentuk separuh bulatan.
ii. Pencerita duduk disebelah kiri penonton dan membaca cerita
iii. Apabila pencerita menyebut nama watak murid yang telah ditentukan, watak tersebut
keluar melakonkan aksi seperti yang di bacakan dalam cerita dan duduk semula di
tempat asal apabila selesai melakonkan situasi yang di baca oleh pencerita
iv. Aktiviti di teruskan sehingga selesai cerita.
v. Guru membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa.
vi. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
dalam cerita tersebut.
5
( Antara watak-watak yang terlibat ialah Lahuma,Jeha dan Sanah. Watak-watak
tambahan seperti pokok padi, ular, burung, belalang, ketam. Selain daripada itu
watak seperti banjir dan kemarau boleh juga diketengahkan. Semua watak akan
melakonkan watak secara spontan tanpa skrip. Hanya pencerita sahaja yang
membaca skrip. )
3.4 Selepas aktiviti pembelajaran teater bercerita selesai, guru boleh membuat
aktiviti pengembangan idea improvasi yang digantikan
Watak-watak dalam petikan boleh digantikan seperti menggantikan watak Lahuma dan Jeha
digantikan dengan watak baru yang difikirkan lebih cerdik.
Antara contoh cerita atau watak cerita diterbalikkan adalah seperti berikut:
i. Bagaimanakah sekiranya Lahuma tidak bergantung sepenuhnya kepada hasi tanaman
padi?
ii- Lahuma dan isteri sangat rajin bekerja. Mereka bekerja siang dan malam.
Bagaimanakah sekiranya pasangan itu seorang yang pemalas?
iii- Sekiranya Lahuma tidak mati, bagaimanakah nasib Jeha?
4.0 Rumusan
Sebagai kesimpulannya, penerapan nilai kesusasteraan Melayu dalam subjek bahasa
Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin, dan beretika
tinggi. Elemen kesusteraan Melayu ini penting kepada pelajar, bukan setakat menghafal
cerita, malah karya-karya kesusteraan kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya,
pengalaman, etik dan pelbagai lagi. Bahkan, didapati di dalamnya terangkum dunia keilmuan
kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun
sesuatu bangsa, termasuk budaya dan evolusi masyarakatnya. Dengan demikian tidaklah lagi
timbul masalah atau perkara yang mengelirukan guru dan pelajar kerana hakikatnya,
pengajaran dan pembelajaran yang diselitkan elemen nilai kesusteraan dapat memperlengkap
pengetahuan lebih mendalam lagi.
6
Bibliografi:
Abd. Rahman Hanafiah, 1990. “Kesusasteraan dalam Pembelajaran Bahasa dan
Kesusasteraan Sebagai Mata Pelajaran: satu Perbandingan”. Kertas Kerja yang dibentangkan
dalam Seminar Kebangsaan Kesusasteraan dalam Pendidikan Bahasa Malaysia pada 6 dan 7
Oktober, anjuran Peserta Kursus 14 Minggu, IBKL.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 1997. Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Disertasi untuk ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden,
Universiti Malaya.
Naffi Mat. 2009. Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2003. Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran
Tatabahasa. Tg. Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005c. “Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa Melayu”.
Jurnal Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007. Komsas dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan
Guru. Kuala Lumpur : Icon Region Sdn Bhd
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007. “Pendekatan Pembelajaran Kontekstual dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu”.
Vincentius Santosa & Iin Mensah Mulyani. 2008. 100 Permainan Kretaif untuk Outbond
& Training. Yogjakarta: Penerbit ANDI.
7
Lampiran 1
"Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah "
Itulah pegangan yang tersemat kemas dalam jiwa dan diri anak tani, Lahuma
dan isterinya Jeha. Mereka memiliki 14 relung sawah. Hidup mereka
sepenuhnya bergantung kepada padi. Bagi mereka, hidup dan mati mereka
adalah padi-padi itu, yang mengisi perut mereka sekeluarga, yang
mengenyangkan dan membesarkan anak-anaknya seramai tujuh orang. Tanpa
padi, mereka akan kelaparan. Anak mereka akan kelaparan.
Hidup petani seperti mereka sememangnya beranjau. Ada sahaja ujian dan
masalah mendatang, seolah-olah menghalang padi mereka tumbuh subur dan
masak menguning.
Selain daripada serangan ketam yang beribu, yang memusnahkan batang
anak padi, mereka berhadapan dengan bahaya ular, serangan belalang,
burung tiak, ada masanya mereka berperang dengan bencana alam. Hujan
yang menenggelamkan sawah. Atau mungkin kemarau yang mengeringkan
sawah. Semuanya di tangan Tuhan. Mereka cuma mampu berusaha mencari
penyelesaian. Dan berdoa.
Lahuma lelaki. Kudratnya besar. Sejak dulu Jeha sentiasa membantu
suaminya. Dia tahu sawah dan padi itu sangat bermakna bagi suaminya,
Lahuma.
Ajal maut di tangan Tuhan. Lahuma dijemput menghadap Ilahi. Tinggal Jeha
seorang bersama tujuh orang anak. Yang paling tua, Sanah, baru berusia 16
tahun
Yang pergi tetap pergi. Hidup mesti diteruskan. Jenah mengambil peranan
Lahuma. Berusaha. Bersungguh-sungguh. Sawah mesti dibajak. Padi mesti di
semai, ketam mesti di lawan, semuanya dia harus lakukan. Tanpa Lahuma
8
Lampiran 2
Kad teka silang kata
R T A B A H H K L S
C A H G B C E N A K
F K J A D S S Y C B
G L D I A T A U Y B
T E K U N N E A K H
A D S C G H L T R R
S B E R T U I A B A
D B E R U S A H A U
F W E R A A C N M E
G A C S A B A R R T
1. ___________________________________________________
2. ___________________________________________________
3. ___________________________________________________
4. ___________________________________________________
5. __________________________________________________
6. __________________________________________________
9
PERKATAAN YANG DIKEHENDAKI IALAH NILAI MURNI
10