3
[BattYusoff’s©] Page 1 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis kerana sudi menawarkan giliran kepada saya. Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, para hakim yang adil dan saksama, dif-dif jemputan serta sidang dewan yang saya hormati. Kalam bicara kalam pujangga, Hujah pendeta bijak pintar, Medan berhujah membawa citra, Deligasi pencadang tak pernah gentar. Hadirin yang dihormati sekalian, Menelusuri kata-kata, kasihnya ibu berkorban nyawa,kasihnya saudara masa berada dan syurga itu di bawah telapak kaki ibu mengajarkan kita betapa sentuhan seseorang ibu terhadap anaknya amatlah tinggi nilainya, tinggi sehingga tiada nilai ukur bandingnya. Berdasarkan wadah yang istimewa itu, saya tegap berdiri di sini menyokong tajuk bicara kita pada pagi ini, iaitu “Dalam Usaha Menangani Masalah Keruntuhan Moral Remaja, Wanita Hendaklah Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa”. Sebagai pendahulu kepada semua pendeta dari barisan pencadang, saya mengambil tanggungjawab untuk memperhalus dan memperjelas akan maksud tersurat dan tersirat tentang frasa utama yang membina tajuk pendebatan pada kali ini. Menangani keruntuhan moral remaja ialah perihal bertindak dan berusaha menangani masalah kebejatan akhlak muda-mudi agar mereka dapat kembali ke landasan yang benar. Wanita pula menunjukkan kepada golongan atau gender perempuan yang menjalankan fungsi ibu. Manakala menjadi suri rumah sepenuh masa pula boleh ditakrifkan sebagai seseorang wanita yang menjadi ibu dalam rumah tangga yang dapat menjaga anak-anak dan mengawasi mereka sepanjang masa. Kesimpulannya, tajuk perbahasan pada hari ini bermaksud para wanita yang sudah memiliki status sebagai isteri adalah dicadangkan agar tinggal dan berkhidmat sepenuh masa di rumah dalam usaha menangani kerenah dan kebejatan moral golongan remaja masa kini. Rakan-rakan barisan pembakang, Sekarang izinkan saya berpindah ke medan berhujah dengan hujah saya yang pertama, iaitu seseorang ibu itu dapat mempertahankan nilai dan prinsip ibu yang sejati apabila beliau sedia berbaktisebagai suri rumah sejati. Sejak dahulu lahi, kemuliaan kaum wanita sudah terserlah apabila mereka dapat menampilkan cirri-ciri keibuan yang mutlak. Ciri-ciri tersebut adalah seperti menguruskan rumah tangga, mendidik anak-anak dan menjadi teman kepada suami sama ada dalam keadaan susah atau senang. Lantas dengan komitmen tinggi para isterilah maka terbentuk gagasan

Dalam Usaha Menangani Masalah Keruntuhan Moral Remaja, Wanita Hendaklah Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perbahasan

Citation preview

Page 1: Dalam Usaha Menangani Masalah Keruntuhan Moral Remaja, Wanita Hendaklah Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

[ B a t t Y u s o f f ’ s © ]

Page 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis kerana sudi

menawarkan giliran kepada saya. Yang Berbahagia Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak, para hakim yang adil dan saksama, dif-dif jemputan serta sidang dewan yang saya hormati.

Kalam bicara kalam pujangga, Hujah pendeta bijak pintar, Medan berhujah membawa citra, Deligasi pencadang tak pernah gentar.

Hadirin yang dihormati sekalian, Menelusuri kata-kata, kasihnya ibu berkorban nyawa,kasihnya saudara masa berada dan syurga itu di bawah telapak kaki ibu mengajarkan kita betapa sentuhan seseorang ibu terhadap anaknya amatlah tinggi nilainya, tinggi sehingga tiada nilai ukur bandingnya. Berdasarkan wadah yang istimewa itu, saya tegap berdiri di sini menyokong tajuk bicara kita pada pagi ini, iaitu “Dalam Usaha Menangani Masalah Keruntuhan Moral Remaja, Wanita Hendaklah Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa”. Sebagai pendahulu kepada semua pendeta dari barisan pencadang, saya mengambil tanggungjawab untuk memperhalus dan memperjelas akan maksud tersurat dan tersirat tentang frasa utama yang membina tajuk pendebatan pada kali ini. Menangani keruntuhan moral remaja ialah perihal bertindak dan berusaha menangani masalah kebejatan akhlak muda-mudi agar mereka dapat kembali ke landasan yang benar. Wanita pula menunjukkan kepada golongan atau gender perempuan yang menjalankan fungsi ibu. Manakala menjadi suri rumah sepenuh masa pula boleh ditakrifkan sebagai seseorang wanita yang menjadi ibu dalam rumah tangga yang dapat menjaga anak-anak dan mengawasi mereka sepanjang masa. Kesimpulannya, tajuk perbahasan pada hari ini bermaksud para wanita yang sudah memiliki status sebagai isteri adalah dicadangkan agar tinggal dan berkhidmat sepenuh masa di rumah dalam usaha menangani kerenah dan kebejatan moral golongan remaja masa kini. Rakan-rakan barisan pembakang, Sekarang izinkan saya berpindah ke medan berhujah dengan hujah saya yang pertama, iaitu seseorang ibu itu dapat mempertahankan nilai dan prinsip ibu yang sejati apabila beliau sedia berbaktisebagai suri rumah sejati. Sejak dahulu lahi, kemuliaan kaum wanita sudah terserlah apabila mereka dapat menampilkan cirri-ciri keibuan yang mutlak. Ciri-ciri tersebut adalah seperti menguruskan rumah tangga, mendidik anak-anak dan menjadi teman kepada suami sama ada dalam keadaan susah atau senang. Lantas dengan komitmen tinggi para isterilah maka terbentuk gagasan

Page 2: Dalam Usaha Menangani Masalah Keruntuhan Moral Remaja, Wanita Hendaklah Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

[ B a t t Y u s o f f ’ s © ]

Page 2

“Rumahku Syurgaku”. Rumah menjadi tempat berlindung, rumah menjadi tempat bermanja dan rumah menjadi nukleus kepada sebuah keluarga yang sejahtera. Di rumah, si ibulah yang menjadi pengemudinya. Anak-anak yang membesar dalam didikan para ibu secara sepenuh masa akan berasa selamat dan pertumbujan mental, fizikal dan sahsiah mereka lebih sempurna. Hal ini yang diungkapkan dalam sebuah lagu: Ibu, ibu, Engkaulah ratu hatiku, Bila kuberduka, Engkau hiburkan selalu... Hujah saya yang berikutnya, seseorang wanita yang menjadi suri rumah sepenuh masa sudah pasti dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada suami dan anak-anak. Hal ini sudah nyata kerana mereka memiliki masa yang cukup. Berbanding dengan para isteri yang bekerja, mampukah tulang empat kerat mereka dikerah untuk menguruskan hal ehwal rumah tangga sedangkan hampir keseluruhan kudrat mereka telah diabadikan di tempat kerja. Akhirnya, yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran,dek mengharapkan untung beribu di dalam genggaman bertabur-urai. Inilah fenomena yang sedang melanda sekelompok besar institusi rumah tangga yang semakin pincang dan goyah sebagai akibat pengemudi rumah tangga sudah tersasar haluan. Sebaliknya, apabila seseorang isteri itu sentiasa berada di rumah, suami tercinta dibelai rindu dan kesayangan dibelai manja justeru wujudlah sebuah keluarga yang berbahagia. Rakan-rakan seperjuangan sekalian, Pengabdian seorang ibu dalam hal ehwal rumah tangga adalah suatu keperluan untuk memenuhi fitnah dan melaksanakan hak asasi yang sewajarnya kepada anak-anak. Sudah menjadi tuntutan rohani, jasmani dan emosi anak-anak sememangnya memerlukan belaian manja daripada seorang ibu. Anak-anak akan berasa diri mereka lebih selamat, terbela, terjaga dan selesa apabila berada di dalam dakapan ibu. Apabila menjelang usia remaja, anak-anak akan mula dirundung masalah emosi dan psikologi. Pada waktu ini ibulah yang menjadi pakar rujuk yang paling penting kepada anak-anak yang dalam keadaan terumbang-ambing dibelenggu masalah apabila ibu tempat mereka bermanja masih terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau mereka terpaksa bersengkang mata kerana bekerja syif malam? Jawapannya adalah mudah; sama ada anak-anak bergaul dengan rakan-rakan atau pergi ke pusat permainan video, atau yang lebih serius lagi apabila anak-anak mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Seandainya hal inilah yang berlaku nescaya tersungkurlah sekuntum bunga bangsa dek bikinan tangan ibu bapa yang tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Sidang hadirin sekalian, “kasihnya bapa berkorban nyawa dan kasihnya ibu membawa bahagia”. Demikianlah sebuah ungkapan yang memberikan pengiktirafan bahawa kasih ibu dan bapa tiada tukut gantinya walaupun dengan seluruh isi alam. Keintiman kasih ibu ialah apabila seseorang ibu itu sentiasa bersama-sama dengan anak-anak, memberikan kasih sayang, mendidik dan menjadi pakar motivasi untuk membina hala tuju anak-anak mengharungi masa depan. Sudah menjadi rukun azali, yang melahirkan ialah ibu, yang memberikan manja juga ibu, maka yang menentukan masa depan yang gemilang kepada anak-

Page 3: Dalam Usaha Menangani Masalah Keruntuhan Moral Remaja, Wanita Hendaklah Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa

[ B a t t Y u s o f f ’ s © ]

Page 3

anak juga ialah ibu. Namun, betahkah seseorang ibu memenuhi segala tuntutan azali tersebut apabila terpaksa meninggalkan anak-anak di pusat-pusat jagaan seawal usia anak berumur 60 hari? Tergamakkah para pembangkang melihat fenomena tersebut? Sepatutnya, anak yang dikendong selama Sembilan bulan sepuluh hari di dalam kandungan dilahirkan ke dunia dengan segala sakit dan sengsara sudah sewajarnya dijaga dan dibelai agar mereka tidak tersasar ke landasan yang salah. Hubaya-hubayalah (lebih2 lagi/mudah-mudahan) saudara, ketika fenomena kebejatan moral dan virus kenakalan remaja sedang gawat mengancam institusi masyarakat, maka ibulah banteng terakhir yang dapat membantu mencegah anak-anak daripada terus terkial-kial dalam kepincangan mencari identity bak laut yang tak bertepi bak kata pantun Melayu : Kasih ibu kasih sejati, Kasih ayanh berkorban jiwa, Jasa ibu membawa ke mati, Rela berkorban jiwa raga. Semoga perjuangan saya yang terpaksa berhenti di sini akan terus dipertahankan oleh rakan-rakan pencadang yang seterusnya. Akhir kata, saya menyokong tajuk perbahasan, iaitu “Dalam Usaha Menangani Masalah Keruntuhan Moral Remaja, Wanita Hendaklah Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa”. Sekian, terima kasih.