6
KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 DAPATAN KAJIAN 8.1 Konsep Migrasi Penduduk Migrasi ialah proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan penetapan secara tetap atau buat sementara waktu seperti pergerakan seorang pekerja dari luar Bandar yang berpindah ke sebuah bandar dan menetap secara tetap.Selain itu,migrasi dalaman berlaku apabila terdapat faktor-faktor penolakan di sesuatu kawasan seperti kekurangan peluang pekerjaan,kekurangan tanah,kekurangan sosial dan kekurangan kemudahan asas.Ini menyebabkan penduduk berpindah ke sesuatu kawasanyang terdapat faktor-faktor penarik seperti banyak peluang pekerjaan,perkhidmatan sosial yang lebih banyak,banyak kemudahan awam dan peluang pendidikan yang tinggi. 8.2 Pola Migrasi Penduduk di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur Disebabkan Taman Setiawangsa ini berada di kawasan bandar,maka pola migrasi penduduk ialah dari luar bandar ke bandar dan dari bandar ke bandar.Migrasi dari luar bandar ke bandar berlaku apabila seseorang itu hendak berpindah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan yang ada di kawasan bandar.Migrasi bandar ke bandar berlaku apabila seseorang itu berpindah ada tujuan hendak mencari tempat tinggal yang baru atau mencari pekerjaan lebih baik daripada pekerjaan yang ada padanya.Selain itu,migrasi ini juga berlaku disebabkan seseorang itu ingin melanjutkan pelajaran. 8.3 Faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur.Antaranya ialah mengikut keluarga,terdapat peluang pekerjaan yang lebih

DAPATAN KAJIAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DAPATAN KAJIAN

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

DAPATAN KAJIAN8.1 Konsep Migrasi Penduduk

Migrasi ialah proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan penetapan secara tetap atau buat sementara waktu seperti pergerakan seorang pekerja dari luar Bandar yang berpindah ke sebuah bandar dan menetap secara tetap.Selain itu,migrasi dalaman berlaku apabila terdapat faktor-faktor penolakan di sesuatu kawasan seperti kekurangan peluang pekerjaan,kekurangan tanah,kekurangan sosial dan kekurangan kemudahan asas.Ini menyebabkan penduduk berpindah ke sesuatu kawasanyang terdapat faktor-faktor penarik seperti banyak peluang pekerjaan,perkhidmatan sosial yang lebih banyak,banyak kemudahan awam dan peluang pendidikan yang tinggi.

8.2 Pola Migrasi Penduduk di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur

Disebabkan Taman Setiawangsa ini berada di kawasan bandar,maka pola migrasi penduduk ialah dari luar bandar ke bandar dan dari bandar ke bandar.Migrasi dari luar bandar ke bandar berlaku apabila seseorang itu hendak berpindah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan yang ada di kawasan bandar.Migrasi bandar ke bandar berlaku apabila seseorang itu berpindah ada tujuan hendak mencari tempat tinggal yang baru atau mencari pekerjaan lebih baik daripada pekerjaan yang ada padanya.Selain itu,migrasi ini juga berlaku disebabkan seseorang itu ingin melanjutkan pelajaran.

8.3 Faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur.Antaranya ialah mengikut keluarga,terdapat peluang pekerjaan yang lebih cerah di kawasan migrasi tersebut,terdapat lebih banyak kemudahan asas dan bagi meningkatkan taraf hidup.

Hubungan kekeluargaan yang ada didapati sering dijadikan sebagai batu loncatan dikalangan penduduk baru untuk berhijrah ke kawasan Taman Setiawangsa ini. Penghijrahan kaum keluarga terdahulu seolah-olah membentuk satu rangkaian yang memudahkan kedatangan penghijrah lain.Tambahan pula terdapat sebilangan penduduk yang telah mempunyai kaum keluarga mereka menetap di sini.Contoh lain bagi faktor mengikut keluarga ialah seorang anak yang bermigrasi ke Taman Setiawangsa ini kerana ibu bapanya berpindah ke sini.Selain itu,terdapat juga ibu bapa yang bermigrasi ke Taman Setiawangsa kerana mengikut anaknya yang berpindah ke sini.

Faktor ekonomi merupakan faktor utama yang meyumbang kepada berlakunya proses migrasi ini. Kedudukan ekonomi yang mantap dan kukuh menyebabkan wujudnya banyak peluang pekerjaan, sekaligus membuka peluang kepada penduduk di kawasan lain termasuk juga golongan pendatang yang datang khususnya untuk mencari rezeki di kawasan Taman

Page 2: DAPATAN KAJIAN

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

Setiawangsa.Peluang pekerjaan juga wujud bagaikan "cendawan selepas hujan" disebabkan bilangan penduduk Taman Setiawangsa semakin bertambah.Ini membuka peluang bagi penduduk di sini untuk mencari rezeki seperti membuka kedai makan,kedai runcit,pasar mini dan lain-lain.Selain itu,terdapat juga penduduk yang bermigrasi ke Taman Setiawangsa disebabkan terdapat tawaran pekerjaan yang lebih cerah.

Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur.Terdapat hypermarket seperti pasaraya Giant,Medan Selera Taman Setiawangsa,Taman Setiawangsa Sport Complex,dan lain-lain.Selain itu terdapat juga perkhidmatan dobi,kedai menggunting rambut,klink kesihatan,klinik pergigian,bank,sekolah,kedai membaiki kenderaan,dan perkhidmatan lain yang semestinya menjadi antara faktor utama migrasi penduduk di Taman Setiawangsa.Kemudahan asas

lain yang terdapat di Taman Setiawangsa juga termasuk jalan raya dan lebuh raya yang dapat menghubungkan kawasan Taman Setiawangsa dengan kawasan lain seperti Ampang,Gombak,Kuala Lumpur,Kepong,dan Subang Jaya melalui lebuh raya DUKE,Lebuh Raya Bertingkat AKLEH,dan Lebuh Raya MRR2.Pengangkutan awam yang terdapat pula ialah bas,sistem transit aliran ringan(LRT) dan teksi.Terdapat juga masjid dan surau untuk kegunaan penduduk muslim di sini seperti Masjid Mu’adz bin Jabal dan surau As-Syakirin.Di samping itu,turut tersedia di kawasan Taman Setiawangsa ialah sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan penduduk di Taman Setiawangsa,Dewan Komuniti Taman Setiawangsa dan beberapa buah taman permainan untuk penduduk Taman Setiawangsa beriadah.

Bagi negara Malaysia khususnya, kemakmuran ekonomi seringkali dijadikan alasan untuk menjelaskan mengapa negara ini menarik perhatian ramai rakyat Indonesia dan Bangladesh malah termasuk juga negara-negara yang mengalami taraf ekonomi yang gawat.Sejak berlakunya kegawatan ekonomi di rantau Asia ini yang menyebabkan jatuhnya nilai mata wang negara-negara dunia ketiga, dengan secara tidak langsung harga-harga barangan di pasaran meningkat dengan mendadak, maka ini juga merupakan salah satu faktor migrasi berlaku. Taraf kehidupan semakin tinggi jadi sebagai alternatifnya penduduk di kawasan lain terpaksa mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga masing-masing, memandangkan taraf ekonomi di kawasan mereka yang rendah maka wujudlah migrasi ke kawasan-kawasan yang menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada mereka. Contahnya di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur yang dapat meningkatkat taraf hidup mereka.Bilangan penduduk yang ramai dengan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang di kawasan asal mereka, menyebabkan golongan ini terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu jalan yang paling mudah ialah merebut kesempatan yang ada di kawasan Taman Setiawangsa yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan tempat saya tinggal mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.

Page 3: DAPATAN KAJIAN

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur

Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya  sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :

8.4.1 Kesan Positif

Migrasi dalaman penduduk di Taman Setiawangsa,Kuala Lumpur sedikit sebanyak member kesan kepada kawasan tersebut.Kesan positifnya adalah pertambahan penduduk di kawasan Taman Setiawangsa dan terdapat golongan masyarakat majmuk di kawasan tersebut

Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kawasan Taman Setiawangsa telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di Taman Setiawangsa masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni  oleh penduduk.

Selain itu,migrasi dalaman penduduk di Taman Setiawangsa juga menjadi punca mengapa Taman Setiawangsa mempunyai golongan masyarakat majmuk yang ramai.Penduduk di Taman Setiawangsa terdiri daripada bangsa Melayu,Cina dan India.Ini dapat meningkatkan lagi semangat patriotisme dan bersatu-padu di kalangan penduduk.

8.4.2 Kesan Negatif

Walaubagaimanapun,terdapat juga kesan negatif yang berlaku akibat migrasi penduduk di Taman Setiawangsa.Masalah sosial, persaingan pekerjaan dengan peduduk tempatan dan masalah perumahan ataupun setinggan adalah antara kesan negatif akibat migrasi dalaman penduduk.

Masalah sosial ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh para pemaju di Taman Setiawangsa untuk bekerja dalam sektor pembuatan bangunan. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan Taman Setiawangsa. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kawasan Taman Setiawangsa.

Kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk Taman Setiawangsa. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

Disamping itu,bilangan migrasi penduduk di Taman Setiawangsa yang semakin bertambah juga mengakibatkan masalah perumahan.Jumlah penduduk yang semakin bertambah mengakibatkan munculnya kawasan setinggan bagi menampung jumlah penduduk.Kawasan setinggan ini bukan sahaja akan mencacatkan pandangan dan menyakitkan mata,ia juga mengakibatkan pertambahan pendatang asing tanpa izin ke kawasan Taman Setiawangsa.Ini kerana kos hidup di kawasan setinggan yang rendah amatlah sesuai bagi para pendatang asing yang mahu menetap di Taman Setiawangsa.

Page 4: DAPATAN KAJIAN

KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3

Saya berharap walau pun penduduk di taman Setiawangsa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran kawasan juga perlu dipelihara. Penduduk Taman Setiawangsa perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kawasan sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan taman Setiawangsa daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana Taman Setiawangsa masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

Bagi memastikan keadaan Taman Setiawangsa ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakan boleh diambil. Antaranya ialah dengan memujudkan rukun tetangga,menambahkan lagi peluang pekerjaan dan memperbanyakkan kawasan perumahan baru di Taman Setiawangsa.

Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di Taman Setiawangsa untuk memastikan kawasan perumahan sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk Taman Setiawangsa bagi memastikan keadaan persekitaran sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

Bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan juga bagi mengelakkan persaingan antara penduduk baru dan penduduk tempatan dalam merebut peluang pekerjaan.

Masalah perumahan dan setinggan dapat dikurangkan sekiranya kerajaan dan para pemaju di Taman Setiawangsa membina rumah kos rendah ataupun rumah percuma seperti Projek Perumahan Rakyat Tempatan.Selain itu,bagi menghapuskan masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing tanpa izin apabila mereka menetap di kawasan setinggan adalah dengan mengadakan lebih banyak pemeriksaan di kawasan-kawasan setinggan di Taman Setiawangsa.Pihak Imigresen seharusnya melakukan pemeriksaan yang lebih kerap di kawasan-kawasan setinggan tersebut.

Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa Taman Setiawangsa ini merupakan tempat tinggal bagi kita.Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kawasan ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk Taman Setiawangsa.