2
DARAH YANG KELUAR SEBELUM DAN SEMASA BERSALIN (Nifas) (Nifas) (Nifas) (Nifas) Ta’rif Nifas : Menurut bahasa Arab: Nifas ialah beranak. Menurut Syara’: Nifas ialah darah yang keluar selepas beranak (bersalin). 1 Perbincangan di sini ialah hukum darah yang keluar sebelum keluar anak (bersalin). Ulama’ berbeza pendapat mengenai masalah ini; PENDAPAT PERTAMA PENDAPAT PERTAMA PENDAPAT PERTAMA PENDAPAT PERTAMA : : : : Asy-Syafi’iyyah berpendapat bahawa darah yang keluar ketika sakit hendak bersalin atau darah yang keluar bersama dengan keluarnya anak tidak dianggap sebagai darah nifas kerana ia mendahului anak ketika keluar, bahkan darah tersebut dianggap sebagai darah fasad, (darah rosak atau darah kotor). Oleh kerana itu wajib ke atasnya bersembahyang ketika 1 Al- Fiqhul Manhaji, m/s:107. sakit hendak bersalin walaupun dia melihat darah keluar. Jika dia tidak mampu bersembahyang maka dia wajib mengqada’kannya 2 . PENDAPAT KEDUA : Ulama’ mazhab Hanbali, Ishak, Ibrahim An-Nakha’ii dan para ulama’ Madinah sependapat mengatakan bahawa, darah yang keluar sehari atau dua hari sebelum bersalin adalah darah NIFAS. Dalam situasi ini mereka tidak perlu melaksanakan ibadat sembahyang lagi jika darah tersebut keluar berterusan sehingga anak dilahirkan. Pandangan ini dipersetujui oleh Ulama’ Mazhab Maliki, akan tetapi mereka berpendapat bahawa darah yang keluar itu adalah HAID bukan nifas 3 . PANDANGAN BEBERAPA ORANG ULAMA’ KONTEMPORARI Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan (Anggota Ulama' Besar Arab Saudi) berpendapat bahawa 2 Dr.Musthafa Al-Khin, ‘Ali Assyarbaji, Dr Musthafa Al-Bugha: Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imami Al- Syaafi’e. 3 Yahya Abdul Rahman Al-Khatib: Ahkaamul Mar atil Hamil fi Ssyari’atil Islamiyyah. darah yang dilihat keluar sebelum bersalin, adalah isyarat atau petanda seseorang perempuan yang hamil itu akan melahirkan anak. Maka darah berkenaan adalah darah NIFAS. 4 Prof. Dr. Soleh bin Ghanim As- Sadlaan (Universiti Imam Muhammad bin Saud, Riyadh) pula berpendapat bahawa darah yang keluar bersama air ketuban adalah NIFAS. Cantuman darah dan air ketuban yang keluar bersama itu menunjukkan bahawa proses NIFAS telah bermula. Bagi perempuan hamil yang berada dalam keadaan ini tidak diwajibkan bersembahyang lagi. Kefardhuan solat lima waktu ke atas mereka telah gugur. Adapun darah dan sebagainya yang keluar sebelum air ketuban, semuanya tidak dianggap NIFAS kerana nifas tidak bermula sebelum itu. 5 Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Dr. Salman Al-Audah. 6 4 Dr Soleh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan: Tanbihaat ‘ala Ahkamin Tukhtassu bil Mu’minaat. 5 http://www.islamtoday.net/qprint.cfm ? = 73048 6 Lihat: Syarh Bulugh Al-Maram, 3/ 1325.

DARAH YANG KELUAR SEBELUM DAN SEMASA BERSALIN · PDF file... Nifas ialah darah yang keluar selepas beranak (bersalin). 1 ... sebagai darah fasad, (darah rosak atau darah kotor)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DARAH YANG KELUAR SEBELUM DAN SEMASA BERSALIN · PDF file... Nifas ialah darah yang keluar selepas beranak (bersalin). 1 ... sebagai darah fasad, (darah rosak atau darah kotor)

� DARAH YANG KELUAR

SEBELUM DAN SEMASA BERSALIN

(Nifas)(Nifas)(Nifas)(Nifas)

Ta’rif Nifas :

Menurut bahasa Arab: Nifas ialah

beranak.

Menurut Syara’: Nifas ialah darah

yang keluar selepas beranak (bersalin). 1

Perbincangan di sini ialah hukum

darah yang keluar sebelum keluar anak

(bersalin). Ulama’ berbeza pendapat

mengenai masalah ini;

PENDAPAT PERTAMAPENDAPAT PERTAMAPENDAPAT PERTAMAPENDAPAT PERTAMA ::::

Asy-Syafi’iyyah berpendapat bahawa

darah yang keluar ketika sakit hendak

bersalin atau darah yang keluar bersama

dengan keluarnya anak tidak dianggap

sebagai darah nifas kerana ia mendahului

anak ketika keluar, bahkan darah tersebut

dianggap sebagai darah fasad, (darah

rosak atau darah kotor). Oleh kerana itu

wajib ke atasnya bersembahyang ketika

1Al- Fiqhul Manhaji, m/s:107.

sakit hendak bersalin walaupun dia

melihat darah keluar. Jika dia tidak

mampu bersembahyang maka dia wajib

mengqada’kannya2.

PENDAPAT KEDUA:

Ulama’ mazhab Hanbali, Ishak,

Ibrahim An-Nakha’ii dan para ulama’

Madinah sependapat mengatakan

bahawa, darah yang keluar sehari atau

dua hari sebelum bersalin adalah darah

NIFAS. Dalam situasi ini mereka tidak

perlu melaksanakan ibadat sembahyang

lagi jika darah tersebut keluar berterusan

sehingga anak dilahirkan.

Pandangan ini dipersetujui oleh

Ulama’ Mazhab Maliki, akan tetapi

mereka berpendapat bahawa darah yang

keluar itu adalah HAID bukan nifas3.

PANDANGAN BEBERAPA ORANG

ULAMA’ KONTEMPORARI

Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan bin

Abdullah Al-Fauzan (Anggota Ulama'

Besar Arab Saudi) berpendapat bahawa

2 Dr.Musthafa Al-Khin, ‘Ali Assyarbaji, Dr Musthafa

Al-Bugha: Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imami Al-

Syaafi’e. 3 Yahya Abdul Rahman Al-Khatib: Ahkaamul Mar atil

Hamil fi Ssyari’atil Islamiyyah.

darah yang dilihat keluar sebelum

bersalin, adalah isyarat atau petanda

seseorang perempuan yang hamil itu

akan melahirkan anak. Maka darah

berkenaan adalah darah NIFAS.4

Prof. Dr. Soleh bin Ghanim As-

Sadlaan (Universiti Imam Muhammad

bin Saud, Riyadh) pula berpendapat

bahawa darah yang keluar bersama air

ketuban adalah NIFAS. Cantuman darah

dan air ketuban yang keluar bersama itu

menunjukkan bahawa proses NIFAS

telah bermula. Bagi perempuan hamil

yang berada dalam keadaan ini tidak

diwajibkan bersembahyang lagi.

Kefardhuan solat lima waktu ke atas

mereka telah gugur.

Adapun darah dan sebagainya yang

keluar sebelum air ketuban, semuanya

tidak dianggap NIFAS kerana nifas tidak

bermula sebelum itu.5

Pendapat ini juga disokong oleh

Syeikh Dr. Salman Al-Audah. 6

4 Dr Soleh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan:

Tanbihaat ‘ala Ahkamin Tukhtassu bil Mu’minaat. 5 http://www.islamtoday.net/qprint.cfm ? = 73048 6 Lihat: Syarh Bulugh Al-Maram, 3/ 1325.

Page 2: DARAH YANG KELUAR SEBELUM DAN SEMASA BERSALIN · PDF file... Nifas ialah darah yang keluar selepas beranak (bersalin). 1 ... sebagai darah fasad, (darah rosak atau darah kotor)

1. Pendapat Pilihan ialah pendapat

yang Pertama, pendapat yang

Mewajibkan Sembahyang bagi wanita

yang hamil meskipun dia sudah mula

berasa kesakitan bersalin dan didapati

darah juga sudah mula keluar dari

rahimnya sebelum bersalin. Pendapat ini

lebih cermat dalam ibadah.

2. Jika rasa sakit bersalin dan aliran

darah yang keluar dirasakan sudah terlalu

kuat, maka ketika itu pendapat yang

mengatakan Tidak Wajib Sembahyang

sesuai diamalkan.

Pendapat ini sangat relevan dengan

kaedah rukhsah atau kelonggaran dan

keringanan Syariah yang tidak

membeban, menyusah dan memberatkan

penganutnya.

Sebagaimana firman Allah :

� ߉ƒÌ�ムª!$# ãΝà6Î/ t� ó¡ãŠø9 $# Ÿωuρ ߉ƒÌ�ムãΝà6Î/ u� ô£ãèø9 $# �

]185: ا����ة [

Maksudnya: {Allah � menghendaki

kemudahan bagimu dan Dia tidak

menghendaki kesukaran bagimu.} [Al-Baqarah:185]

Dan firman-Nya:

� Ÿω ß# Ïk= s3 ムª!$# $²¡ø�tΡ �ωÎ) $yγyè ó™ãρ�

Maksudnya: {Allah tidak

memberatkan seseorang kecuali sekadar

termampu.} [Al-Baqarah: 286].

Dari Abu Hurairah �, Rasulullah �

bersabda:

))������� �� ����� ������� ������� ������ ����� ������� ����(( Maksudnya: “Sesungguhnya agama

itu mudah, tiada siapa yang cuba

memberatkan agama kecuali dia akan

dikalahkan (sehingga dia tidak mampu

lagi melaksanakan-nya)”. [Al-Bukhari: 39].

Disediakan Oleh

Aqyas,

Lajnah Ilmiah,

Dar Taibah, Kelantan, Malaysia

22 May 2007.

((((Siri Siri Siri Siri 1111))))

Permasalahan FiqhPermasalahan FiqhPermasalahan FiqhPermasalahan Fiqh

DARAH YANGDARAH YANGDARAH YANGDARAH YANG

KELUARKELUARKELUARKELUAR

SEBELUMSEBELUMSEBELUMSEBELUM

DANDANDANDAN

SEMASA BERSALINSEMASA BERSALINSEMASA BERSALINSEMASA BERSALIN

Disusun dan diDisusun dan diDisusun dan diDisusun dan dikeluarkankeluarkankeluarkankeluarkan Oleh:Oleh:Oleh:Oleh:

Dar TaibahDar TaibahDar TaibahDar Taibah www.dartaibah.comwww.dartaibah.comwww.dartaibah.comwww.dartaibah.com

� �