28

Dari Meja Pengarang - nadi.ingresscorp.com.mynadi.ingresscorp.com.my/Nadi_upload/Nadi Ingress Edisi 4 Final.pdf · strategi bagi menghasilkan keuntungan syarikat supaya kita terus

Embed Size (px)

Citation preview

Dari Meja Pengarang

Sidang PengarangKetua Pengarang

Ramli bin Napiah

PengarangMuhamad Azmi bin Muhamad Nor

Penolong Pengarang

Mohamed Diah bin Baharun

Sidang Pengarang

Rosyatimi binti AbdullahRosli bin Ishak

Mohd. Fadli bin Che MeNizaiham binti Mohd. Nor

Mat Ali bin MohamedKhyrun Anuar bin Zainol

Mohd. Azhar bin TaibAhmad Jeffridin bin Jaais (ITSB)

Abdul Aziz bin Mohd. Yunus (ICB)Siti Nurbaya binti Shahrir (MDSB)

Charan Hamdanee (IAV)Rosidi bin Hasan (PT. IMV)

Hidzir bin Abdullah (ITC)

Jurufoto dan EdaranMohd. Fadli bin Che Me

Penerbit

Ingress Corporation BerhadLot 1M, 1st Floor, No. 2, Tasik Ampang, Jalan Hulu Klang,

68000 Ampang, Selangor.Tel: 03-4252 9696 Faks: 03-4252 9393Laman Web: www.ingresscorp.com.my

Rekabentuk dan Urus CetakTriknight Communications Sdn. Bhd.

36-3, Jalan 24/70A, Off Jalan Bukit Kiara, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2300 1051 / 1052 Faks: 03-2300 1062E-mail: [email protected]

Isi Kandungan

Dari Meja PengarangA s s a l a m u a l a i k u m w a r a h m a t u l l a h i wabarakatuh.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian itu hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga Baginda dan para sahabat.

Al-Hamdulil lah, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dan kehendak-Nya kita diberi peluang untuk bersua kembali di dalam Majalah Nadi Ingress Edisi Keempat. Sebagai pembuka kata, marilah kita sekali lagi memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita masih lagi dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam dan merasai nikmat kebahagiaan, keamanan dan kesejahteraan untuk terus membuktikan pengabdian kita kepada Yang Maha Esa.

Justeru itu, sebagai seorang Muslim yang benar-benar patuh kepada ajaran Allah, maka hendaklah kita pertingkatkan ilmu dan amal ke

2 Dari Meja Pengarang

3-4 Amanat Naib Pengerusi Eksekutif 5 Berita Korporat Ingress Group • LetterofInstruction(Door-in-White, KelisaProject) •SupplyofPartsand/orToolings toMitsubishi • “AnalystBriefing”KaliKetiga

6 BeritaKualiti • InfoQCC • PelancaranSistemKualitiISO/TS 16949:2002

7-9 Berita“Subsidiaries” • LawatandariTNKdanSeatIndustries (M)SdnBhd • LawatanPenghuluMukimRantau Panjang • LawtanPelajarProgramMekanikal UiTM • KobayashiAudit • LawatandariKatayamaKogyo Co.,Ltd. • DelegasiBankPembangunan (M)Berhad • PelancaranProgramPersijilan5’S diIngressTechnologiesSdn.Bhd. • TaklimatPengarahUrusanITSB • KenduriDoaSelamatProjekTTPC PerlisdanLawatankeTapakProjek RawangBukitSentosa • Kursus“EnhancingEffective SupervisorySkillsTowardsthe NextCentury” • AktivitiLawatandariRumahke RumahKakitanganMultiDiscovery Group

10-11 PersonalitiNadiIngress • PeringkatEksekutif • PeringkatBukanEksekutif

arah mencari keredhaan Allah s.w.t samada untuk tujuan duniawi mahupun ukhrawi sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang menghendaki dunia, maka hendaklah dia mempunyai ilmu, sesiapa yang menghendaki akhirat, maka hendaklah dia mempunyai ilmu, dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia juga mempunyai ilmu.”

Saudara saudari warga Ingress yang dikasihi sekalian,

Tanpa kita sedari, kita telahpun hampir kepada suku tahun kedua bagi tahun kewangan 2003/2004 dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang kurang memberansangkan. Persoalan yang timbul sekarang, sejauh manakah sumbangan kita kepada syarikat di dalam memastikan agar prestasi kewangan syarikat berada di tahap yang memuaskan? Adakah kita benar-benar menyelami usaha-usaha syarikat ke arah pencapaian sasaran kos penjimatan sebenar? Marilah kita sama-

sama menginsafi bahawa tanpa sokongan padu daripada kita semua, semua usaha murni yang telah digariskan oleh syarikat untuk mencapai sasaran penjimatan tidak akan terlaksana. Bersederhanalah di dalam semua perkara yang dilakukan samada yang bersangkut-paut dengan persekitaran kerja mahupun perihal peribadi dan keluarga sebagaimana saranan Rasulullah s.a.w:

“ S e b a i k - b a i k p e r k a r a i t u a d a l a h kesederhanaan”.

Saudara saudari warga Ingress yang dikasihi sekalian,

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar syarikat Ingress yang kita sayangi ini mampu untuk terus berdaya saing di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t, Insya-Allah.

Sekian daripada Meja Pengarang.

Wassalam.

12-15 Jendela“Oversea” • PT.IngressMalindoVentures • MajlisPelancaranISO14001diIAV • PemeriksaanKesihatanTahunan • LawatandaripadaPengurusBesar, PembangunanSumberManusia KumpulankeIAV • ProgramCeramahAgama

16-17 Fokus • ProjekERP

17-19 BeritaHRD • Kursus“CreativeProblemSolvingin ManufacturingApplications” • KursusKeselamatanMemandu Forklift • Kursus“EmergencyPatientCare”

19 BeritaKeselamatan&Kesihatan Pekerjaan • FaedahdidalamAktaKeselamatan SosialPekerja

20-21 KelabKakitangan • KejohananPingPongTertutupITSB • PerlumbahanKeretaKawalan Jauh(F1) • ProgramRekreasiKelabStamping bersamaKumpulanSokongan • ProgramSukanekaKeluargaIngress OperasiNilai

22-24 Nostalgia • SelamatPengantinBaru • CahayaMata

25 CandidCamera 26-27 Karya 28 SudutAgama

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w., keluarga Baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam yang berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Saudara saudari warga Ingress yang dikasihi,

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala limpahan rahmat dan rahim-Nya kepada kita semua. Marilah kita sama-sama terus memanjatkan doa kepada-Nya semoga kita dan seluruh umat Islam di dunia ini selamat dari segala bencana kejahatan musuh-musuh Islam.

Peperangan yang berlaku di Iraq dan pencerobohan kuasa besar Amerika dan sekutunya telah memberi kesan yang cukup besar kepada seluruh umat Islam. Setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya. Apa yang berlaku di Iraq itu tidak lain dan tidak bukan adalah suatu perancangan jahat pihak barat untuk menghancurkan umat Islam. Jika kita merujuk kepada sejarah silam, kita akan dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku ke atas umat Islam muktakhir ini. Kenyataannya semua itu adalah berpunca dari pertembungan di antara tamadun Islam dan Barat.

Baghdad, ibu kota Iraq yang pada suatu ketika dahulu terkenal sebagai sebuah kota yang penuh dengan perompak dan pengganas, telah muncul sebagai pusat tamadun Islam yang unggul. Ia telah bertukar menjadi sebuah kota yang masyhur dan terkenal sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan peradaban manusia. Kejayaan kerajaan Islam dalam pemerintahan dan kurniaan Allah dengan kekayaan hasil minyak di bumi Arab khususnya di Iraq telah menimbulkan rasa iri hati yang teramat sangat di kalangan musuh-musuh Islam, sehingga mereka berhasrat dan bercita-cita untuk menguasainya. Kita sebagai umat Islam wajib menyedari hakikat ini dan bertindak mempertahankan syariat Allah.

Peperangan yang berlaku memberi kesan secara langsung kepada ekonomi dunia. Negara kita, Malaysia tidak terkecuali dalam permasalahan ini. Perlaksanaan persefahaman Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) secara langsung juga menghimpit ekonomi negara kita. Para pengguna tempatan meramalkan kejatuhan harga kereta yang mendadak akan berlaku selepas AFTA dan ini menyebabkan permintaan pasaran kereta di Malaysia telah mula menurun.

Ingress juga akan turut mengalami penurunan hasil jualan komponen kereta yang dihasilkan. Namun begitu kita bersyukur kepada Allah kerana syarikat Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) di Thailand menunjukkan peningkatan jualan yang memberangsangkan.

Saudara dan saudari yang dikasihi,

Bagi menghadapi tekanan pasaran yang tidak menentu, suka saya mengingatkan supaya kita semua berhemah dalam berbelanja, samada perbelanjaan syarikat mahupun perbelanjaan keluarga masing-masing. Pembaziran tidak boleh berlaku di dalam pengurusan perbelanjaan kita masing-masing. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya, orang-orang yang membazir itu adalah bersahabat dengan syaitan”

Saya menyeru kepada seluruh warga Ingress agar kita semua bersungguh-sungguh di dalam setiap usaha yang kita lakukan. Hanya dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan (istiqamah) dapat memastikan kita mencapai kejayaan. Selain itu, saya berharap agar kita semua tidak sekali-kali lupa untuk berdoa kepada Allah s.w.t. agar segala usaha yang kita jalankan diberkati dan membuahkan hasil atau rezeki yang halal. Setelah kita berjaya memperolehi rezeki yang halal, kita mestilah menggunakannya atau menyalurkannya ke jalan yang benar. Tidak ada ertinya, sekiranya kita bertungkus-lumus mencari rezeki yang halal tetapi dibelanjakan pula ke jalan yang salah.

Saudara saudari warga Ingress yang budiman,

Kita hendaklah meletakkan keutamaan yang betul di antara kepentingan mencari ilmu dengan mencari harta. Mencari ilmu hendaklah diutamakan dan gunakanlah harta yang ada untuk kita mendapat ilmu yang bermanfaat. Perlu diingat bahawa, walau sebanyak mana sekalipun harta yang kita miliki, tanpa ilmu, harta itu tidak bermanfaat bahkan kita juga tidak akan selamat. Kemungkinan kita akan menggunakan harta itu ke jalan yang salah atau kita diperdaya dengan tipu muslihat sehingga kehilangan segala harta yang dimiliki.

Ilmu dapat membantu kita menjayakan usaha untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan yang kita hasilkan. Ilmu juga dapat membantu kita menjayakan usaha pengurangkan kos atau penjimatan perbelanjaan syarikat. Perancangan strategi bagi menghasilkan keuntungan syarikat

supaya kita terus berdaya saing di dalam pasaran juga perlu kepada ilmu. Benarlah sepertimana pesanan Rasulullah s.a.w bahawa darjat orang yang berilmu itu lebih tinggi daripada orang yang tidak berilmu.

Saudara saudari sekalian,

Kembali kepada operasi Syarikat, Insya-Allah kita di IAV sedang berusaha untuk mendapatkan projek bagi model Honda bagi pengeluaran tahun 2005. Manakala di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) pula, pembinaan kilang kedua sedang giat diusahakan, di mana kilang kedua ini akan menjalankan pengeluaran pintu untuk model Perodua Kelisa. Selain itu, Syarikat juga telah membeli dua unit bangunan kilang (berkembar) untuk projek Ingress Malindo Ventures (PT. IMV) di Indonesia. Projek di Indonesia akan menghasilkan produk untuk Syarikat Suzuki di mana pengeluaran pertama akan dijalankan pada bulan Mac 2004. Insya-Allah sedikit masa lagi kita difahamkan akan mendapat projek-projek baru bagi Ingress Operasi Nilai.

Kesemua projek di atas memerlukan modal pelaburan yang besar. Sehubungan itu, pihak pengurusan Ingress telah memutuskan untuk melepaskan beberapa kepentingan dalam anak-anak Syarikat kepada pihak yang berminat bagi mengimbangi keperluan modal tersebut.

Kita juga bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana sehingga kini, kaunter pasaran saham kita di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) masih mendapat sambutan daripada para pelabur dan difahamkan kaunter Ingress merupakan salah satu daripada kaunter yang aktif di dalam pasaran saham. Perkembangan ini sedikit sebanyak membantu kita untuk terus berdaya saing.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara saudari warga Ingress sekalian di atas segala sokongan dan kerjasama yang saudara saudari berikan dalam membangunkan Syarikat yang kita sayangi ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati segala usaha dan amal bakti yang telah kita curahkan bersama-sama. Marilah kita sama-sama bersyukur atas segala limpahan rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

S e k i a n w a b i l l a h i t a u f i q w a l h i d a y a h , w a s s a l a m u ’ a l a i k u m w a r a h m a t u l l a h i wabarakatuh.

Ilmu dan Kepentingannya di dalam Kehidupan

Amanat Naib Pengerusi Eksekutif

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. All praise is only for Allah, Lord of the universe. Peace and salutation for our beloved Prophet Muhammad s.a.w., his family, companions and all the muslim that strive to uplift the words of Allah in this world

Beloved members of Ingress,

First and foremost, let us together register our gratitude to Allah s.w.t for all the blessings and compassions confer upon all of us. Let us continuously offer our prayers to Allah for our safety and the safety of all muslims from the calamity of the enemies of Islam.

The war in Iraq and the American and her allies has given a great impact to all muslims. Every happening has it’s own wisdom. What happened in Iraq is non other than the western conspiracy to destroy the muslims. If we were to refer to history, we’ll understand as to the real reasons to all the happenings in the muslim world lately. It is actually a result of confrontation between the civilisation of Islam and the West.

Baghdad, the capital of Iraq, at one time was known to be the city of robbers and terrorist had transformed into the centre of Islamic civilisation. It became a famous city for the advancement of knowledge and human civilisation. The success of the Khalifate in governing and the blessings of Allah to the Arab world in the form of oils has aroused a deep feelings of jealousy among the enemies of Islam which lead them to colonisation and imperialisme. We, as muslims should realise this fact and struggle to defend Islam.

The war that took place has given a direct impact to the world economy. Our country is not an exception. The introduction of AFTA, Asean Free Trade Agreement also give a direct impact to our economy. Domestic consumers are predicting a big drop in the price of cars after AFTA and hence the fall in demand for new cars has started. Ingress will also be facing reduction in the sales of car components that we manufacture. However, we are thankful to Allah that Ingress Autoventures

Co., Ltd. (IAV), Thailand is showing encouraging improvement in sales.

Beloved brothers and sisters,

To face the unstable market condition, I would to remind all of us to be more prudent in our expenditure irrespective whether it’s expenditure for the company or for our families. Wastage shouldn’t happen in our financial management. Prophet s.a.w. said (the meaning is) :

“Verily the spendthrift is the friend of syaitan”

I would like to urge all members of Ingress to be serious in all our endeavours. Only with seriousness and continuous efforts we’ll achieve success. I would also hope that we continuously prays to Allah for all our efforts to be blessed with success and rezeki that are halal. After we have been blessed with rezeki that are halal, we must also spend them or channel them in the right way. It is pointless to struggle for rezeki that are halal if we were to spend them in the unhalal way.

Brothers and sisters of Ingress,

We have to put our priority right between seeking material wealth and knowledge. Seeking knowledge must be made a priority and our wealth must be used for useful knowledge. We must remember that without knowledge, wealth will not useful and in fact we will not be safe. There are possibilities that we will be using it in the wrong way or we will be deceived by it until we lost all our wealth.

Knowledge can help us to materialise our efforts to improve our products quality or services rendered. Knowledge can also help us in cost down efforts. Strategic planning for profit making and to be competitive in the market also requires knowledge. It is true as what the Prophet had reminded us that the position of the knowledgeable man is higher than the ignorance.

Brothers and sisters,

Coming back to our operation, Insya-Allah, our colleagues is putting their efforts to secure projects for the Honda model to be marketed in 2005. At Ingress Technologies Sdn. Bhd., the building of the second factory is in progress. This second factory will be producing doors for the Perodua Kelisa model. Beside that, we also have purchased two factory units for our Ingress Malindo Ventures (PT. IMV) in Indonesia. The Indonesian project will be producing for Suzuki with the first production targetted for March 2004. Insya-Allah, Nilai Operation will also be getting new projects.

All the above mentioned projects requires a lot of investment. In relation to that, the Management of Ingress has decided to relinquish some of it’s interest in subsidiary companies to interested parties for the necessary capitals.

We are also thankful to Allah that our counter is getting good respond from investors and we were made to understand that it is among the active counter in KLSE. This development helps us to remain competitive.

Lastly, I’m taking this opportunity to extend my gratitude to all my brothers and sisters in Ingress for the support and cooperation rendered in developing our beloved Company. May Allah bless all our efforts and good deeds that we had rendered together. Let us together extend our gratitude for all the blessings and rezeki bestowed upon us.

Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Berita Korporat

Ingress is pleased to announce that its 70% subsidiary, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) has, on 13th March 2003, received a Letter of Instruction (LOI) to supply Kelisa door-in-white (Products) from Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. (PMSB).

The LOI confirms a general acceptance by PMSB for the supply of the Products by ITSB commencing July 2004 at approximately 4,000 cars sets per month with an estimated annual revenue of RM 25.0 million.

The Group is expected to incur an investment of approximately RM 28.0 million.

With the receipt of LOI, ITSB shall proceed with the manufacturing of the prototype in respect of the Products.

Subsequent announcement on the official appointment will be made upon receipt by ITSB of a formal Letter of Appointment as Part Supplier from PMSB.

Letter of

Instruction (Door-in-white, Kelisa Project)

Supply of Parts and / or Toolings to MitsubishiFurther to the announcement made on 9th September 2002, Ingress is pleased to announce that its 73.7% Thailand subsidiary, Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) has, on 7th March 2003, received a Letter of Intents to Purchase and Service (LOI) from MMC Sittipol., Ltd. (MSC) of Thailand. This LOI spoilt out the intention of MSC to procure mouldings parts for MSC P-Car (Pick Up Car) new model, in addition to the supply of Door Sash by IAV to MSC as announced on 9th September 2002.

The volume of supply is estimated to be 600,000 car sets for a five year period (120,000 car sets per annum). Delivery is expected to commence in mid 2005.With the receipt of the LOI, IAV shall proceed

“Analyst Briefing” Kali Ketiga“Analyst Briefing” Kali Ketiga telah diadakan pada hari Isnin, 31 Mac 2003 bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengahari di PNB Darby Park, Ampang, Selangor. Program ini dihadiri oleh semua barisan pengurusan kanan Kumpulan Syarikat Ingress yang terdiri daripada Timbalan Pengurus Besar ke atas seramai 15 orang. Program ini bertambah meriah dengan penyertaan 96 orang Para Penganalisa dari pelbagai syarikat seperti broker saham, bank-bank dan lain-lain.

Program ini adalah acara tahunan yang diadakan selama dua kali setahun sejurus selepas pengumuman suku tahun kedua dan keempat diputuskan. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan sedikit penerangan mengenai pelaburan syarikat Ingress dan strategi-strategi korporat. Selain itu, prestasi kewangan syarikat bagi tahun kewangan 2002/2003 juga turut diperbincangkan.

with the design and development activities on the toolings.

Subsequent announcement will be made on the details of the investment and sales upon conclusion of Parts Purchase Agreement.

Sebahagiandaripadaparapenganalisayanghadir. RuangpameranprodukkeluaranKumpulanSyarikatIngress.

Tn.HjRameliMusaketikamengampaikanucapan.

GiliranYMUngkuFaridRahmanpulamenyampaikanucapannya.

Berita Kualiti

Info QCCLANGKAh-LANGKAh DI DALAM MENyELESAIKAN MASALAh

Langkah 4: Menentukan Nilai Sasaran

Nilai sasaran boleh ditentukan apabila keadaan (masalah) sebenar difahami melalui fakta yang dikumpulkan. Setiap kumpulan mestilah membuat analisa yang mendalam supaya faktor-faktor yang menghalang tercapainya matlamat sasaran difahami dengan jelas. Analisa yang menghubungkait antara “sebab” dan “kesan” boleh dilakukan seperti di bawah:

• Kumpulkan data kekerapan masalah • Membentuk Rajah Pareto• Membuat Analisa terperinci mengenai masalah utama (“SWOT” Analysis = Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Halangan)• Tentukan nilai sasaran berdasarkan fakta

Langkah 3: Menentukan Matlamat Projek

Apakah tema/projek yang ditentukan, perbincangan untuk mengenalpasti masalah perlulah diperbincangkan berdasarkan kepada:

• Data sementara yang dikutip• Data hubungkait yang diperiksa• Pemahaman keadaan yang sebenar

Berdasarkan kepada data yang telah diperolehi, setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran pencapaian dari segi:

• Nilai sasaran• Jarak masa projek

Nota:-Nilai sasaran juga boleh ditentukan berdasarkan ketetapan dari polisi syarikat atau polisi tahunan jabatan. Contohnya, pengurangan kos pengeluaran tahunan sebanyak 20%, mesin rosak 15%, rungutan pelanggan 25% dan lain-lain.

(Bersambung)

pelancaran ke arah mendapatkan persijilan sistem kualiti ISO/TS 16949:2002. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan, Tn. Hj. Ramli Napiah. Perlancaran ini telah disempurnakan dengan penyerahan papan tanda “Ke Arah Persijilan ISO/TS 16949:2002 kepada ketua-ketua Jabatan sebagai titik permulaan persijilan sistem kualiti ISO/TS 16949:2002.

Persijilan sistem kualiti ISO/TS 16949:2002 ini merupakan satu persediaan awal terhadap pembatalan sistem kualiti ISO 9002:1994 dan QS-9000 yang akan dibatalkan pada 16 Disember 2003 dan 16 Disember 2006.

IESB dan IPSB telah mensasarkan untuk memperolehi persijilan sistem kualiti ISO/TS 16949:2002 pada bulan Disember 2003. Adalah diharapkan agar sasaran untuk memperolehi sistem ISO/TS 16949:2002 akan tercapai pada bulan Disember ini.

Tn.Hj.RamlibinNapiahmenerangkansecararingkas

mengenaiISO/TS16949:2002.

SalahseorangdaripadaKetuaJabatanmenerimapapantanda“KeArahPersijilanISO/TS16949:2002.”

Pelancaran Sistem Kualiti

ISO/TS 16949:2002Sistem kualiti ISO/TS 16949:2002 merupakan satu lagi versi sistem kualiti yang diperkenalkan khas untuk industri otomotif. Berbeza dengan sistem kualiti QS 9000 yang diperkenal dan diiktiraf oleh tiga pembuat kereta Amerika iaitu DaimlerChrysler, Ford dan General Motors, sistem kualiti ISO/TS 16949:2002 diiktiraf oleh seluruh persatuan pengilang-pengilang otomotif.

Ini adalah disebabkan oleh sistem Kualiti ISO/TS 16949:2002 diasaskan oleh “International Automotive Task Force” (IATF) yang dianggotai oleh persatuan-persatuan industri otomotif seperti tiga pembuat kereta Amerika (DaimlerChysler, Ford dan General Motors), ANFIA (Italy), CCFA (Perancis), SMMT (United Kingdom), VDA (German) dan JAMA (Jepun). Seperti sistem kualiti QS-9000 yang menggunakan asas-asas elemen dari ISO 9002:1994 sebagai keperluan yang perlu dipenuhi, sistem kualiti ISO/TS 16949:2002 pula menggunakan seksyen di dalam ISO 9001:2000 sebagai asas kualiti sistemnya.

Justeru itu, pada 12 Mei 2003 yang lalu, Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) dan Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) telah membuat satu �

Berita Subsidiaries

Lawatan dari TNK dan Seat Industries (M) Sdn. Bhd.Pada 14 Mac 2003, seramai tiga orang wakil dari TNK dan SIM telah melawat Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB). Lawatan ini merupakan kunjungan daripada wakil PVD mereka dalam rangkaian membuat penilaian untuk mencari sumber-sumber bagi membuat peralatan ke atas projek baru mereka.

Perwakilan ini terdiri daripada En. Anuar bin Abd Ani (Pengurus Besar), En. Bachtiar Affendy bin Aripin (Eksekutif PDL) dan Pn. Normaziah binti Bagat (Eksekutif “Purchasing”) dari SIM, manakala dari TNK, Jepun pula diwakili oleh Mr. Taizo Goto, Pengurus Besar (“Overseas Business Division”).

Lawatan Penghulu Mukim Rantau Panjang

LawatankeBahagianPerkilangan.

Pada 12 Mac 2003, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah dikunjungi oleh rombongan Penghulu Mukim Rantau Panjang, Kelantan. Seramai 45 orang penghulu dan perwakilan dari Mukim Rantau Panjang, Kelantan telah berkunjung ke ITSB untuk melihat sendiri operasi perkilangan ITSB. Selain itu, rombongan ini juga mahu melihat dan mengetahui rahsia kejayaan syarikat yang diterajui oleh bumiputera ini.

LawatankeBahagianPerkilangan.

Lawatan Pelajar Program Mekanikal UiTMSeramai 44 orang pelajar dari Program Mekanikal Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dengan diiringi oleh seorang pensyarah program telah melawat Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) pada 14 Mac 2003.

Rombongan ini diadakan untuk melihat operasi perkilangan di ITSB dengan lebih mendalam. Setelah mengikuti sessi penerangan korporat, rombongan ini dibawa mengikuti “Plant Tour” oleh En. Syarifuddin bin Mohamad, Eksekutif PE.

Rombongan berangkat pulang pada jam 12.10 tengahari setelah tiga jam berada di ITSB.

BergambarkenangandihadapanBangunanITSB.

Pada 13 Mei 2003, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah dikunjungi oleh dua orang wakil dari Katayama Kogyo Co., Ltd. (Katayama), Jepun. Lawatan ini adalah susulan dari lawatan Katayama ke Perodua untuk “Kick Off Meeting” di antara Katayama dan Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) dengan Perodua.

Katayama diwakili oleh Mr. Koji Seo dan Mr. Naoto Fujishiro manakala wakil dari IPSB pula diwakili oleh Tn. Hj. Jamaludin bin Maarof, Pengurus Besar dan Tn. Hj. Ahmad Shafie bin Kusni, Pengurus Kanan. Di dalam lawatan ini, ITSB telah membuat penerangan syarikat dan lawatan ke bahagian perkilangan.

Lawatan dari Katayama Kogyo Co., Ltd.

BergambarkenangandihadapanBangunanITSB.

Ternyata, rombongan ini merasa kagum di atas kejayaan yang telah diperolehi oleh Ingress samada dari segi teknologi, kemajuan, penerapan nilai-nilai murni dan juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Pengurus QC PSMB (Perodua), Mr. Kobayashi telah membuat satu audit ke atas bahagian perkilangan di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) pada 6 Mac 2003 bagi menilai sistem, cara penilaian dan pengawalan kualiti barangan di ITSB.

Audit yang bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang ini banyak memberi kesan ke atas teknik dan cara pengawalan kualiti. Sepanjang audit ini berlangsung, banyak teguran dan pandangan untuk penambahbaikan telah diutarakan oleh Mr. Koyabashi kepada ITSB.

Kobayashi Audit

Delegasi Bank Pembangunan (M) BerhadSatu lawatan rasmi dari Bank Pembangunan (M) Berhad (BPMB), Kuala Lumpur yang diketuai oleh En. Fazrul Rahman bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), BPMB telah diadakan pada 7 Mei 2003 di Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB).

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menilai permintaan ITSB di dalam membuat permohonan pinjaman bagi pembiayaan projek X 690 (Door) iaitu kereta Kelisa.

Sessi lawatan dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Urusan ITSB, Tn. Hj. Ab. Rahim bin Husain. Seterusnya giliran En. Hamidi bin Maulod, Pengurus Besar ITSB pula memberikan penerangan ringkas mengenai ITSB. Program berakhir dengan lawatan ke Bahagian Perkilangan ITSB.

BergambarkenangandihadapanbangunanITSB.

Taklimat Pengarah Urusan ITSBTaklimat oleh Pengarah Urusan, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah diadakan pada 13 Mei 2003 di surau ITSB bagi menggantikan sessi Taklimat Naib Pengerusi Eksekutif, Ingress Corporation Berhad (ICB), Tn. Hj. Rameli bin Musa.

Program bermula pada jam 4.30 petang dengan ucapan permulaan oleh En. Hamidi bin Maulod, Pengurus Besar ITSB. Beliau menyentuh mengenai kepentingan mencari ilmu dan menggunakan pelbagai kaedah di dalam menyelesaikan masalah. Beliau turut menyarankan agar setiap warga ITSB sentiasa mengamalkan budaya belajar dan mengajar.

Seterusnya Tn. Hj. Ab. Rahim bin Husain, Pengarah Urusan ITSB pula menyampaikan ucapan. Beliau pada ucapannya menyarankan agar setiap warga ITSB menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh dan tauladan di dalam setiap aspek kehidupan. Beliau juga turut menyarankan agar setiap warga ITSB sentiasa mencari ilmu dan mengamalkan ilmu yang diperolehi agar sentiasa beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Warga ITSB juga diminta untuk menjadikan sifat jujur dan ikhlas sebagai amalan di dalam kehidupan seharian. Beliau juga tidak ketinggalan menyentuh mengenai perkembangan syarikat Ingress secara keseluruhannya termasuk ITSB.

Program berakhir pada jam 6.30 petang.

Kakitangantekunmendengartaklimat.

Pelancaran Program Persijilan 5’S di Ingress Technologies Sdn. Bhd.Pada 27 Mei 2003 yang lalu, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Ke Arah Persijilan 5’S peringkat ITSB yang berlangsung d Surau ITSB. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ab. Rahim bin Husain, Pengarah Urusan ITSB.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan penjelasan mengenai 5’S kepada semua kakitangan ITSB sebelum aktiviti 5’S dijalankan. Ia merupakan langkah awal ke arah mendapatkan pengiktirafan daripada Perbadanan Produktiviti Negara (NPC). Pengiktirafan ini adalah perlu bagi menjadikan ITSB sebagai salah sebuah syarikat yang mengamalkan budaya 5’S secara berdaftar.

Di dalam program ini, pelbagai aktivit i telah dirancang dan akan dijalankan bagi memantapkan lagi proses pembudayaan amalan 5’S di ITSB. Pembudayaan amalan 5’S ini adalah perlu bagi memastikan semua kakitangan dapat menjadikan amalan 5’S ini sebagai salah

Tayangan“slide”mengenaiamalan5’SdiIESB.

Taklimatringkasmengenai5’S.

satu dari budaya kerja mereka. Satu sessi video mengenai “Amalan 5’S” di Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) turut dipersembahkan kepada semua kakitangan.

Semoga impian ITSB untuk menjadi salah sebuah syarikat 5’S berdaftar akan terlaksana jua.

Banner“KeArahPersijilan5’S”untukmaklumansemuakakitanganITSB.

Berita Subsidiaries

Kenduri Doa Selamat Projek TTPC Perlis dan Lawatan ke Tapak Projek Rawang Bukit SentosaMajlis Kenduri Doa Selamat Projek TECHNOLOGY Tenaga Perlis Consortium Sdn. Bhd. (TTPC) dan Lawatan ke Tapak Projek Rawang Bukit Sentosa telah diadakan pada 26 Februari 2003 bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Sg. Choh, Rawang, Selangor dengan penglibatan semua kakitangan Kumpulan Multi Discovery.

Objektif utama projek ini diadakan adalah untuk melahirkan tanda kesyukuran di atas berakhirnya projek TTPC dan doa selamat untuk projek Rawang Bukit Sentosa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pekerja di ibu pejabat dan pekerja tapak. Program ini juga dapat memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada pekerja mengenai suasana sebenar bekerja di tapak dan stor. Sebagai acara selingan, Jamuan Hari Raya Aidiladha juga turut diraikan.

Semua kakitangan mula bertolak dari pejabat di Subang Permai ke Rawang pada pukul 10.00 pagi. Majlis bermula dengan bacaan doa pada jam 11.00 pagi. Seterusnya, Tn. Hj. Mohd. Shaari Omar pula memulakan ucapan alu-aluan beliau.

Kemuncak program adalah dengan penyampaian Ucapan Perdana oleh En. Halim bin Abdul Samad selaku Pengurus Besar, Jabatan Pengurusan Projek. Bagi melengkapkan lagi acara, satu persembahan “Project Performance Review TTPC” telah disampaikan oleh En. Jaffry bin Masat selaku Pengurus Projek. Kakitangan juga dipersembahkan dengan gambar-gambar sepanjang projek dijalankan selama dua tahun. Berita suka dan duka sepanjang mengendalikan projek turut dikongsi bersama bagi menimbulkan pengajaran dan iktibar kepada semua kakitangan.

Cenderamata turut disampaikan kepada semua kakitangan yang terlibat secara langsung di dalam projek ini iaitu kakitangan di tapak projek dan di Jabatan Projek. Pada pukul 12.30 tengahari, semua kakitangan menikmati juadah makan tengahari. Selepas semua kakitangan mendirikan

Solat Zohor, mereka dibawa melawat ke stor projek bagi projek yang sedang berjalan untuk Rawang Bukit Sentosa. Kakitangan juga turut diterangkan mengenai bahan-bahan dan peralatan yang digunakan untuk menyiapkan keseluruhan projek OTL.

Agenda terakhir adalah lawatan ke tapak Projek Rawang Bukit Sentosa yang terletak kira-kira 10 km dari stor projek. Kakitangan diterangkan mengenai bagaimana menara didirikan. Kesimpulannya, lawatan ini memberi pendedahan

Aktiviti Lawatan dari Rumah ke Rumah bagi kakitangan Kumpulan Multi Discovery merupakan acara bulanan yang diadakan setiap minggu ketiga secara bergilir-gilir dan kehadiran semua kakitangan adalah diwajibkan. Tuan rumah adalah terdiri daripada kalangan Eksekutif Kanan, Penolong Pengurus dan Pengurus Kumpulan Multi Discovery.

Aktiviti terkini adalah kunjungan ke rumah En. Farizal bin Zainuddin, Pengurus Jabatan Kewangan yang terletak di Bukit Jelutong, Shah

Kursus “Enhancing Effective Supervisory Skills Towards the Next Century” Pada 3 dan 4 April 2003, satu kursus yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyelia projek menyelia pekerja-pekerja bawahan secara efektif dan efisyen telah diadakan di Pejabat Multi Discovery Sdn. Bhd., Shah Alam dengan penglibatan semua Penyelia tapak projek bagi semua projek Multi Discovery Sdn. Bhd. dan Ramusa Engineering Sdn. Bhd. serta wakil dari Jabatan Projek, Jabatan Perakaunan dan Jabatan Sumber Manusia.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Mr. Chan Wang Tak dari Cosmopolitan Business Agencies Co. (CBA), yang mempunyai Diploma di dalam Bidang Pengurusan Sumber Manusia dan berpengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang ini sejak tahun 1973.

Setiap peserta didedahkan mengenai kepentingan kitaran fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan. Para peserta juga diingatkan bahawa penyelia diibaratkan seperti seorang pengurus di tapak projek. Mereka terlibat dengan kerja penghasilan

secara langsung dan berpengetahuan mengenai operasi secara mendalam.

Pelbagai cadangan dan tips diberikan kepada para peserta. Antaranya adalah seperti cara-cara membangunkan diri, cara-cara untuk memotivasikan pekerja bawahan, pengurusan masa serta cara kemahiran menangani tingkah laku berbeza antara pekerja.

Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan markah berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Ini memberikan peluang kepada setiap peserta untuk terlibat secara langsung di dalam kursus ini. Kumpulan terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan Dinamik.

Adalah diharapkan agar kursus ini dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai fungsi sebagai seorang penyelia yang efektif ke arah peningkatan produktiviti seterusnya mencapai objektif syarikat.

Aktiviti Lawatan dari Rumah ke Rumah Kakitangan Multi Discovery Group

Alam. Jamuan makan diadakan dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Semua tetamu dihidangkan dengan nasi lemak, sambal ayam dan sambal sotong serta pencuci mulut.

Sesungguhnya aktiviti ini memberi peluang kepada semua kakitangan dan ahli keluarga berkenalan dengan lebih rapat lagi serta boleh bertukar-tukar fikiran mengenai isu-isu semasa.

Berita Subsidiaries

kepada kakitangan di ibu pejabat mengenai kerja-kerja di tapak projek dan meningkatkan pengetahuan mengenai barang-barang yang digunakan untuk mendirikan pencawang elektrik. Ia secara tidak langsung mengeratkan hubungan di antara kakitangan ibu pejabat dan kakitangan di tapak projek.

�0

Personaliti

Pertemuan dengan Isteri

Mula berkenalan dengan isteri ketika bekerja di Sabha Group. Pertemuan yang diatur oleh rakan sekerja ketika itu telah membuahkan benih cinta dan kemudiannya kata disusun, langkah diatur menuju ke jinjang pelamin.

Pendidikan Awal hingga Tertinggi

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Takir pada tahun 1974 hingga tahun 1979. Setelah tamat sekolah rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Apabila beliau lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mendapat tempat di tingkatan enam, Sekolah Menengah Padang Midin, Kuala Terengganu.

Setelah lulus peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan cemerlang, beliau ditawarkan peluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kedoktoran Veterinar, di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia). Walau bagaimanapun, pengajian di universiti berkenaan tidak dapat ditamatkan disebabkan beberapa masalah yang melanda beliau ketika itu.

Latar Belakang Keluarga / Perjalanan Hidup

Beliau berasal dari keluarga yang sederhana. Bapa beliau mencari rezeki dengan membawa bot penambang dari Kuala Terengganu ke Seberang Takir, manakala ibu beliau bekerja kampung. Dengan sumber kewangan yang terhad, ibu bapa beliau bekerja keras untuk membesarkan dan memberi pelajaran secukupnya kepada anak-anak.

Pengalaman Kerja

Beliau memulakan langkah di alam pekerjaan bersama Sabha Group, setelah berhenti dari universiti. Di sana, beliau banyak mempelajari ilmu-ilmu kemanusiaan seperti “Human Psychology” dan Kaunseling. Setelah hampir satu tahun setengah di sana, beliau ditawarkan untuk berkhidmat di Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) pada tahun 1993, yang ketika itu terletak di Bangi, sebagai “Store Supervisor”. Tiga tahun kemudian, beliau telah ditukarkan ke jawatan “Production Supervisor” di IESB. Pada tahun 1997, atas kebolehan dan pengalaman yang ditunjukkan, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai “Production Executive” di syarikat yang sama.

Pada tahun 1998, beliau telah ditukarkan ke Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) di Bukit Beruntung, Rawang sebagai “PPC Executive”. Dua tahun kemudian, sekali lagi beliau ditukarkan ke Jabatan Pengeluaran sebagai “Stamping Executive”. Baru-baru ini, beliau telah ditukarkan ke bahagian “Safety & Health” bagi mengisi kekosongan jawatan “Safety Officer”.

Sepanjang kerjaya beliau di Ingress, banyak kejayaan yang telah dicapai. Antaranya pada tahun 1994, kumpulan QCC yang dianggotai beliau telah berjaya menjadi juara di Konvensyen QCC Ingress. Pasukan

Peringkat Eksekutif

Nama

Kamal bin AbdullahBilangan adik-beradik

13 orangTarikh Lahir

29 April 1967Tempat Lahir

Kg. Seberang Takir,

pimpinan beliau dari ITSB, telah berjaya menjadi juara Kategori “Manufacturing” di Konvensyen QCC Kebangsaan pada tahun 2002.

Prinsip / Falsafah Hidup

Beliau berpegang kepada prinsip “Sekali gagal bukan bererti gagal seumur hidup”. Kegagalan menamatkan pengajian di universiti telah dijadikan cabaran untuk membuktikan bahawa dengan usaha yang bersungguh-sungguh, Insya-Allah akan membawa kejayaan. “Kerja ini perlu ikhlas. Apabila berbuat sesuatu, haraplah kepada pembalasan dari Allah SWT, bukan dari manusia”, tambah beliau.

Kata-kata Dorongan dan Nasihat untuk Kakitangan Ingress

Beliau yang pada awalnya tiada pengalaman dan pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan bidang pengeluaran, menyatakan bahawa walaupun tanpa pengetahuan dan pengalaman, sekiranya pengurusan sumber manusia dapat dijalankan dengan baik, nescaya “production line” dapat dijalankan dengan lebih baik. Beliau yang menekankan pada usaha meningkatkan motivasi pekerja telah mengadakan banyak program luar kerja, seperti aktiviti percutian bersama kakitangan, dan sebagainya. Sekiranya aspek ini dijaga, Insya-Allah kakitangan akan bekerja dengan lebih baik dan ikhlas dan ini telah dibuktikan oleh beliau.

Tambah beliau lagi, sebagai kakitangan, taat kepada ketua adalah amat perlu, selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Sikap proaktif juga amat perlu sekiranya kakitangan ingin meningkatkan pencapaian diri, dengan cuba untuk membuat sesuatu kerja atau projek tanpa terlalu bergantung pada ketua. Untuk maju, kakitangan harus tidak terlalu meminta itu dan ini dari Syarikat, selagi pencapaian atau target masih belum tercapai. Ini adalah perlu kerana ia dapat membuktikan samada kakitangan mampu untuk bersama Syarikat dalam meningkatkan daya saing atau hanya sekadar sebagai pengikut yang tidak menyumbang kepada pembangunan Syarikat.

Beliau juga menyarankan kepada semua kakitangan agar mengambil peluang semasa bekerja di Ingress untuk memajukan diri dan meningkatkan kesedaran agama masing-masing. Adalah merugikan sekiranya kakitangan gagal memanfaatkan peluang yang ada untuk meningkatkan diri, walaupun Syarikat banyak memberikan peluang dan ruang.

BIoDATA

KualaTerengganu, Terengganu Darul ImanNama Isteri

Wan Mur

��

Personaliti

Pertemuan dengan Isteri

Pertemuan pertama beliau dengan isteri ialah pada tahun 1984 ketika pulang ke kampung setelah ayahnya bersara dari Polis. Setelah menjalinkan persahabatan selama lebih kurang sembilan tahun, beliau mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dan al-Hamdulillah, dua tahun selepas itu, beliau selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Devi Puspasary binti Parman.

Pendidikan Awal hingga Tertinggi

Beliau telah menjejaki alam persekolahan di Sekolah Rendah Methodist, Kelang Selangor dari tahun 1974 hingga 1979. Setelah tamat persekolahan peringkat rendah, beliau mengambung pengajian di Sekolah Menengah Methodist Kelang, Selangor mulai tahun 1980 hingga 1984.

Pengalaman Kerja

Setelah tamat alam persekolahan, beliau mula melibatkan diri di dalam kerja-kerja kontrak bermula pada tahun 1986 sehingga 1989. Selepas itu, beliau cuba menceburkan diri pula di dalam bidang yang berkaitan dengan Loji Air sehingga 1991. Beliau hanya berkhidmat di sana selama dua tahun dan selepas itu beliau cuba beralih arah ke Okumetra pula sehingga tahun 1992.

Bermula dari bulan November 1992, beliau memulakan

Peringkat Bukan Eksekutif

Nama

Mohd. Zafree bin AdnanBilangan adik-beradik

Anak keempat dari empat orang adik-beradikTarikh Lahir

9 Februari 1967Tempat Lahir

Dengkil, SelangorNama Isteri

Devi Puspasary binti Parman

B IoDATA

kerjayanya sebagai Operator di Ingress Engineering Sdn. Bhd. Seterusnya, pada 1hb. Februari, 1994, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Fitter di Jabatan Penyelenggaraan, Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB). Pada bulan Oktober 1994, beliau terpilih untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan beliau setelah diberi peluang untuk menjalani Latihan Teknikal di Katayama Kogyo Co., Ltd. Jepun selama dua bulan.

Pada 1 Julai 1996, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai “Engineering Assistant” di Jabatan Penyelenggaraan, IPSB. Setahun dua bulan selepas itu, iaitu pada 1 September 1997, beliau telah dinaikkan pangkat sekali lagi sebagai Penyelia di jabatan dan syarikat yang sama sehingga kini.

Prinsip / Falsafah Hidup

Bersederhanalah di dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Kata-kata Dorongan dan Nasihat untuk Kakitangan Ingress

Buatlah yang terbaik untuk manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama.

Nabi s.a.w bersabda:

“Aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang sholeh, apa yang belum kelihatan oleh mata dan didengar oleh telinga dan juga tidak timbul dalam hati manusia untuk menghayatinya.” - Riwayat Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bersegeralah kepada amal yang sholeh kerana akan berlaku fitnah seperti pada waktu malam yang gelap gelita, yang mana seseorang itu beriman pada waktu pagi dan kafir pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan akan kafir pada waktu paginya, menjualkan agamanya dengan benda keduniaan.” - Sahih Muslim

��

PT. Ingress Malindo VenturesINDONESIA merupakan destinasi kedua selepas Thailand yang menjadi pilihan Kumpulan Syarikat Ingress bagi mengembangkan sayap perniagaan di dalam bidang pembuatan komponen otomotif. Penubuhannya adalah sejajar dengan misi Kumpulan Syarikat Ingress yang ingin berketrampilan sebagai pembuat komponen otomotif yang unggul di rantau ASEAN dan seterusnya berjangkauan Global.

PT. Ingress Malindo Ventures atau PT. IMV diwujudkan bagi mengambil peranan untuk meneruskan kesinambungan Kumpulan Syarikat Ingress di Indonesia. Lokasi PT. IMV terletak di Jababeka Industrial Estate, Cikarang, Bekasi Indonesia. Jarak dari Pusat Bandar Jakarta adalah lebih kurang 70 km dan jika dirujuk di dalam peta Indonesia, ia terletak di bahagian Jawa Barat berdekatan dengan Selat Sunda yang memisahkan antara Pulau Jawa dan Sumatera. Kumpulan Syarikat Ingress telah melabur dengan membeli dua buah bangunan siap bagi kilang PT. IMV dan juga sebidang tanah bagi kerja-kerja pembangunan masa hadapan.

PT. IMV telah terpilih sebagai salah satu daripada pembekal kepada SUZUKI untuk “ASEAN PROJECT VEHICLE” atau APV. PT. IMV yang akan membekal bingkai pintu kepada projek ini pada bulan Julai 2004. PT. IMV juga akan berperanan sebagai pembekal produk “moulding” kepada Mitsubishi pada November 2003.

“OJEK” dan “ANGKOT” adalah nama yang tidak asing bagi penduduk di sini, kerana ia mendominasi jalan-jalan di sekitar daerah di seluruh Indonesia sebagai pengangkutan awam. Penggunaannya amat penting bagi pergerakan dari satu destinasi ke destinasi lain dan boleh didapati di mana jua. Selain itu, kadar tambangnya yang murah sesuai dengan jumlah penduduknya sekitar 220 juta orang. “ANGKOT” atau Angkutan Kota adalah sejenis Van Mini yang

boleh memuatkan lapan orang penumpang dalam sesuatu masa dan begitu penting dan popular digunakan oleh penduduk yang berpendapatan rendah. Ini menunjukkan betapa besarnya pasaran Domestik Indonesia dan ia memberi potensi yang cerah kepada kumpulan Ingress untuk meneruskan misinya.

Di samping itu juga, jalan-jalan di sekitar bandar khususnya Jakarta dimonopoli oleh “KIJANG”, “KUDA” dan “PANTHER”. Ia bukan binatang tetapi merupakan jenama kereta. “KIJANG” adalah jenama kereta keluaran Toyota atau di Malaysia dikenali sebagai “UNSER”, manakala “KUDA” pula adalah jenama buatan Mitsubishi. Kesemua kenderaan ini adalah jenis “MPV” atau kenderaan pelbagai guna. Kenderaan ini popular kerana ia boleh memuatkan ramai orang khususnya bagi yang berkeluarga dan ini merujuk kembali kepada jumlah penduduknya yang ramai. Penyataan ini menunjukkan betapa setianya syarikat-syarikat pembuat kereta Jepun yang unggul menanam modal di sini walaupun Indonesia pernah mengalami kegawatan yang serius semasa krisis ekonomi pada tahun 1997. Mereka masih

bertapak sehingga sekarang dan ia akan memberi peluang kepada Ingress dari segi pasaran.

Kumpulan Perintis dilancarkan bagi merealisasikan matlamat ini yang dianggotai oleh En. Nosri bin Hamzah sebagai Pengurus Projek dan dibantu oleh seorang Pengurus Kewangan. Bagi kerja-kerja kejuruteraan pula, ia diamanahkan kepada dua orang Jurutera yang arif di bidang “Moulding” dan “Sash”. Konsep “Teamwork”, “Discipline” dan “Communication” (TDC) menjadi pembimbing dalam apa jua ranjau yang akan ditempuhi oleh kumpulan perintis ini. Kumpulan ini juga bakal mengembangkan budaya kerja Ingress dan seterusnya menerapkan teknologi pembuatan komponen otomotif kepada rakyat pribumi Indonesia.

Konsep pengeluaran yang bakal dijalankan di PT. IMV adalah semua bahan separa siap akan datang dari Kilang Ingress di Nilai seperti “Roll Forming Bar Material”, “Stamping Part” dan “Bar Material Moulding”. Pemasangan bingkai sepenuhnya akan dibuat di Kilang PT. IMV di Jababeka Industrial Estate. Kerjasama antara Ingress Malaysia dan PT. IMV adalah amat penting bagi melancarkan proses ini berpandukan kepada indeks “Quality”, “Cost”, “Delivery”, “Safety” dan “Morale” (QCDSM).

Wawasan PT. IMV adalah untuk meneruskan misi kumpulan Ingress untuk menjadi pengeluar komponen otomotif terkemuka di rantau Asean dan berjangkauan global dengan memperkukuhkan teknologi sedia ada “KNOW-HOW” dan melahirkan idea-idea kreatif dari pembangunan sumber manusia seterusnya memperkukuhkan jati diri sebagai syarikat pribumi atau bumiputera dengan nilai-nilai budaya kerja murni berlandaskan Islam. PT. IMV juga akan bergerak berpandukan pengalaman Ingress Nilai di Malaysia dan IAV di Thailand sebagai “BENCHMARK” bagi menjadikan ia sebuah syarikat yang berdaya saing dan produk dibekalkan dapat memberikan kepuasan sepenuhnya kepada para pelanggan.

SebahagiandaripadaperintisprojekPTIMV.

BangunanPT.IngressMalindoVentures.

Jendela “oversea”

JL Industri Selatan 6A, Block GG 7A/B Kawasan Industrial Jababeka-Cikarang

Desa Pasirsari, Cikarang Selatan

17854 Bekasi, Indonesia

��

Jendela “oversea”

Rabu, 2 April 2003, Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) telah melancarkan Penganugerahan Sijil ISO 14001 di Kilang Lama IAV, Kawasan Perindustrian Pluak-Daeng, Rayong Thailand.

Pada tahun 1999 yang lalu, IAV telah menerima Sijil QS 9000. Sejajar dengan perkembangan teknologi, IAV berusaha gigih untuk memastikan agar matlamat untuk mencapai Persijilan ISO 14001 ini berjaya direalisasikan. Kejayaan meraih penganugerahan ini merupakan hadiah kejayaan kepada semua kakitangan IAV.

Tn. Hj. Rameli Musa, Naib Pengerusi Eksekutif Ingress Corporation Berhad (ICB) dan Tn. Hj. Ramli Napiah, Pengarah Eksekutif Kumpulan turut menyertai Majlis Pelancaran ini. Tn. Hj. Rameli Musa pada ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam pencapaian anugerah ini. Salah satu daripada petikan penting yang boleh dikongsi bersama adalah “Our Culture is Quality”.

Sebagai mengakhiri ucapan, Tn. Hj. Rameli Musa menyarankan agar semua kakitangan berusaha gigih untuk menghasilkan produk yang berkualiti yang boleh dibanggakan oleh semua pihak.

Majlis Pelancaran

ISO 14001 di IAV

��

��

Jendela “oversea”

Lawatan

daripada

Pengurus Besar,

Pembangunan

Sumber

Manusia

Kumpulan

ke IAV

Isnin, 26 Mei 2003 dan Selasa, 27 Mei 2003, Jabatan Perjawatan dan Pentadbiran (P & A), Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) telah menguruskan program Pemeriksaan Kesihatan Tahunan di Kilang Lama IAV. Aktiviti

ini dikendalikan oleh Khun Yoothapong Sacha untuk semua kakitangan IAV. Pemeriksaan yang terbabit termasuklah pemeriksaan darah, jantung, paru-paru, mata dan telinga.

Pemeriksaan Kesihatan Tahunan

Sabtu, 3 Mei 2003 merupakan kunjungan rasmi Pengurus Besar, Tn. Haji Ramlee bin Ismail ke Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV), Thailand. Ia merupakan kunjungan pertama beliau ke sana setelah menyertai Kumpulan Syarikat Ingress.

Sepanjang lawatan beliau ke IAV, beliau telah mengadakan sessi perbincangan dengan Jabatan Perjawatan dan Pentadbiran (P & A), khususnya bersama-sama dengan Mr. Surin Wungcharoen, Mr. Adul Suden dan Mr. Syed Ishak bin Syed Ibrahim. Beliau merasa bangga di atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua kakitangan P & A dan beliau mencadangkan agar semua kakitangan P & A menjaga kebajikan semua kakitangan. “Kita hendaklah menjaga kebajikan semua kakitangan sebagaimana kita menjaga kebajikan diri kita sendiri dan lakukan yang terbaik untuk semua kakitangan”: tegas beliau.

Beliau turut menjemput kakitangan P & A melawat Malaysia sekiranya diberi peluang.

��

Jendela “oversea”

Khamis, 27 Mac 2003, satu program Ceramah Agama telah diadakan yang bertujuan untuk memperbaiki akhlak kakitangan Ingress Autoventures Co., Ltd. (IAV) yang mengakui percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Pada program Ceramah Agama kali ini, pihak pengurusan IAV telah menjemput Mr. Pramote Samadee (Sheikh Ridha Ahmad Samadee) dari Al-Aqidah Al-Islamiah.

Bagi Ceramah Agama untuk bulan seterusnya, pihak pengurusan IAV telah menjemput Dr. Charan Maluleem, Pensyarah dari Universiti Tammasatr dengan judul Ceramah “Muslim World”.

Adalah diharapkan agar program Ceramah Agama ini boleh memberikan manfaat kepada semua kakitangan IAV untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Program Ceramah Agama

INGRESS AUTOVENTURES CO., LTD.

INGRESS AUTOVENTURES CO., LTD.

INGRESS AUTOVENTURES CO., LTD.

INGRESS AUTOVENTURES CO., LTD.

��

Projek ERP adalah perlaksanaan sistem perancangan sumber perniagaan (Enterprise Resource Planning System) yang melibatkan semua anak syarikat Kumpulan Syarikat Ingress secara berperingkat-peringkat bermula dengan Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB).

Pelbagai jenama perisian ERP ditawarkan di pasaran seperti my.SAP.com, Oracle, Peoplesoft dan sebagainya. Penilaian telah dibuat ke atas beberapa jenama dan keputusannya, my.SAP.com telah terpilih untuk dilaksanakan di Kumpulan Syarikat Ingress.

Penglibatan Kakitangan Secara Menyeluruh

Secara umumnya, semua kakitangan Ingress terlibat di dalam perlaksanaan projek ini. Pada bulan Ogos 2002 yang lalu, Ahli Lembaga Pengarah Ingress Corporation Berhad (ICB) di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarahnya telah meluluskan secara prinsip untuk melaksanakan projek ini di Kumpulan Syarikat Ingress tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Pengarah bagi setiap subsidiari.

Jawatankuasa Pandu Teknologi Maklumat (Information Technology Steering Committee) telah meluluskan penubuhan Team ERP yang telah diberi mandat untuk melaksanakan projek ini yang diketuai oleh En. Hillmee bin Lockman sebagai Pengurus Besar Projek dan En. Shanizuan bin Sharif sebagai Pengurus Projek dan “Production Planning Consultant” (PP) dengan dibantu oleh 10 orang ahli Team ERP yang lain.

Jemputan tender telah dikeluarkan kepada enam buah syarikat dan Kirium Solutions Sdn. Bhd. telah terpilih sebagai syarikat pembekal Khidmat Nasihat untuk melaksanakan projek ini. Lesen professional my. SAP.com dibekalkan terus oleh SAP Malaysia Sdn. Bhd.

“Milestone” Projek ERP

Projek ini telah bermula di peringkat kumpulan pada bulan Ogos 2002. Seramai empat orang ahli Team ERP telah dihantar untuk menjalani kursus pengiktirafan “SAP Solution Consultant” dan kesemuanya telah berjaya mendapat pegiktirafan sebagai “Certified SAP Solution Consultant”.

Pada peringkat permulaan, projek ini hanya melibatkan lima modul iaitu “Financial”, “Controlling”, “Material Management”, “Production Planning” dan “Sales and Distribution”. Modul-modul yang lain seperti “Human Resource” dan “Plant Maintenance & Project System” (untuk Power Engineering & Railway Electrification sahaja) akan dilaksanakan pada peringkat yang lain.

Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan projek ini ialah “Acelerated SAP” (ASAP yang terbahagi kepada lima fasa iaitu: Fasa 1: “Project Preparation”; Fasa 2: “Business Blueprint”; Fasa 3: Realisation; Fasa 4: “Final Preparation”; dan Fasa 5: “Go Live and Monitoring”).

Fasa Pertama, “Project Preparation” telahpun dilaksanakan pada 25 November 2002.

Fasa Kedua, “Business Blueprint”, masa yang diambil untuk merangka projek ke atas setiap subsidiary adalah selama 38 hari bermula dari 2 Disember 2002 sehingga 10 Januari 2003 dengan pecahan seperti berikut:

Fokus

Projek ERP

Syarikat Mula Tamat

1. Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) 02/12/2002 03/12/2002

2. Ingress Corporation Berhad (ICB) 13/12/2002 13/12/2002

3. Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) 17/12/2002 31/12/2002 Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB) Talent Synergy Sdn. Bhd. (TSSB) Ingress Research Sdn. Bhd (IRSB)

4. Multi Discovery Sdn. Bhd. (MDSB) 19/12/2002 20/12/2002 Ramusa Engineering Sdn. Bhd. (RESB) Matrix Power Services Sdn. Bhd. (MPSSB)

5. Ingress Autoventures Co., Ltd. 06/01/2003 10/01/2003

Fasa Ketiga, “Realisation” ke atas ITSB telahpun siap dilaksanakan pada 21 April 2003.

Fasa Keempat, “Final Preparation” ke atas ITSB juga telah dilaksanakan pada 18 Mei 2003.

Fasa Kelima, “Go Live & Monitoring” untuk ITSB pula bermula pada tarikh “Go Live” iaitu 19 Mei 2003.

Secara keseluruhannya, projek ini dijangka siap pada penghujung tahun 2004.

objektif Projek

Antara objektif utama projek ini dilaksanakan adalah seperti berikut:• Penjimatan kos dan peningkatan produktiviti. • Maklumat operasi dan kewangan boleh dicapai dengan cepat, telus dan tepat.• Kawalan yang lebih baik terhadap kos pengeluaran dan tahap penyimpanan stok.• Maklumat operasi boleh dicapai di mana-mana terminal SAP di dalam jaringan komputer Kumpulan Syarikat Ingress.• Penyeragaman.

Kelebihan Projek ERP

Sebagai sebuah syarikat yang sudah bersaing di rantau ASEAN dan mempunyai jangkauan global, Kumpulan Syarikat Ingress perlu mempunyai satu sistem teknologi maklumat yang mampu memberi sokongan kepadanya untuk berdaya saing di peringkat rantau ASEAN dan global.

Sistem my.SAP.com ini memang telah banyak digunakan di syarikat-syarikat gergasi di dunia seperti BMW AG (Germany), PROTON Berhad (Malaysia), Tenaga Nasional Berhad (Malaysia), Mitsubishi Sittipol Corporation (Thailand) dan Witzenmann Group of Germany. Ia menawarkan fleksibiliti operasi kepada Kumpulan Syarikat Ingress bagi menghadapi cabaran-cabaran

SebahagiandaripadaKakitanganITSByangmenyokongperlaksanaansistemmy.SAP.com

��

baru.halangan dan Cabaran

Secara lumrahnya setiap pembaharuan yang dilakukan pasti tidak dapat lari dari berhadapan dengan halangan dan cabaran. Begitu juga dengan perlaksanaan Projek ERP ini yang terpaksa berhadapan dengan halangan dan cabaran seperti berikut:• Jadual ketat operasi anak syarikat yang bercanggah dengan jadual

projek.• Tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari beberapa jabatan dan individu.• Masalah logistik dan birokrasi.• Masalah untuk meyakinkan sesetengah individu bahawa sistem yang dilaksanakan ini adalah lebih baik dari sistem manual yang sedia ada.• Sambutan yang kurang menggalakkan terhadap latihan yang disediakan kerana lebih mementingkan operasi semasa.• Kurangnya disiplin semasa menggunakan sistem dengan tidak mengikut prosedur yang betul.• Fenomena enggan menerima perubahan (“Resistance to Change”) ke atas sebahagian besar kakitangan dan mereka menjadi golongan “laggard” untuk menerima sesuatu pembaharuan.

harapan kepada Semua Kakitangan

Sesungguhnya kesemua objektif yang telah ditetapkan ini boleh dicapai sekiranya perlaksanaan projek ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua pihak di Kumpulan Syarikat Ingress. Semua kakitangan mestilah berfikiran positif dan bersikap terbuka di dalam menerima perubahan yang perlu dilakukan demi memastikan agar semua objektif yang telah ditetapkan berjaya direalisasikan.

Berita HRD

Kursus “Creative Problem Solving in Manufacturing Applications”Kursus “Creative Problem Solving in Manufacturing Applications” telah diadakan pada 8 dan 9 Mei 2003 bertempat di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Bandar Baru Bangi. Kursus ini dihadiri oleh Penyelia, Eksekutif, Pengurus dan Timbalan Pengurus Besar dari Ingress Operasi Nilai dan Ingress Technology Centre (ITC).

Kursus ini dikendalikan oleh En. Akhbar Ali bin Abdul Razak dan Accelerated Learning Consultancy setelah disesuaikan mengikut keperluan pihak Ingress selepas beberapa siri perbincangan bersama Perunding dan Pengurus Besar Perkilangan Ingress Engineering Sdn. Bhd. (IESB) dan Ingress Precision Sdn. Bhd. (IPSB). Metodologi yang digunakan adalah melalui penekanan teknik-teknik Penyelesaian Masalah dan perlaksanaan Sessi Bengkel bagi menggalakkan para peserta mengadaptasi ilmu yang telah diperolehi ke atas permasalahan yang berlaku di tempat kerja samada di pejabat mahupun kawasan perkilangan.

Antara objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang faktor-faktor penghalang kepada proses pemikiran kreatif. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan lapan langkah kreatif di dalam proses penyelesaian masalah samada secara individu mahupun berkumpulan. Ia menghubung-kaitkan proses Penyelesaian Masalah secara Kreatif ini kepada aplikasi perkilangan seperti “8-Dimension Team Problem Solving” dan Proses FMEA.

Adalah diharapkan agar semua peserta kursus dapat mengaplikasikan teknik-teknik Penyelesaian Masalah Secara Kreatif dan Sistematik di dalam sebarang masalah yang dihadapi khususnya di Bahagian Perkilangan.

AktivitiLatihanDalamKumpulan.

��

Ketikapelancaranmy.SAP.comdiITSB.

Persiapanterakhirdibuatbagimemastikankeberkesanannya.

��

Berita hRD

Kursus Keselamatan Memandu ForkliftPada 10 Mei 2003, satu kursus yang berkenaan dengan cara-cara pemanduan forklift secara selamat telah diadakan di Ingress Operasi Nilai dengan penglibatan Operator, Leader dan Penyelia yang terlibat secara langsung di dalam pengendaliannya bermula dari jam 9.00 pagi

Penerangan terperinci sebelum latihan praktikaldijalankan.

Salah seorang daripada peserta sedang menjalanilatihanpraktikal.

Gambarkenanganbersamajurulatih.

Kursus “Emergency Patient Care”

LatihanpraktikalditunjukkanolehsalahseorangFasilitator.

sehingga 5.00 petang.

Kursus ini dikendalikan oleh En. Khairol Afandi bin Mosmin dari Anugerah HRM Consultant Sdn. Bhd. dengan objektif untuk memberikan pendedahan kepada semua peserta mengenai teknik-teknik pengendalian forklift secara selamat. Selain itu, kursus ini juga dapat menambahkan pengetahuan sedia ada peserta

mengenai penyelenggaraan forklift mengikut standard seperti yang tercatat di dalam manual operasi forklift.

Setiap peserta mengikuti kursus ini secara teori dan amali. Pada sebelah pagi, latihan teori disampaikan kepada semua peserta yang merangkumi tiga modul. Modul pertama ialah mengenai kewajipan dan tanggungjawab Majikan dan Pekerja mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Modul kedua pula ialah mengenai prinsip-prinsip keselamatan dan pencegahan kemalangan di dalam pengendalian forklift. Manakala modul ketiga lebih memberi

Latihan berbentuk teori disampaikan oleh Ketua Fasilitator sendiri iaitu Dr. Rayney Azmi bin Ali manakala latihan berbentuk praktikal turut dibantu oleh enam orang Fasilitator yang lain.

Semasa latihan amali dijalankan, setiap peserta kursus diajar mengenai teknik-teknik dan kemahiran-kemahiran “First Aid” dan CPR yang betul dan dikehendaki membuat latihan amali yang akan diberi pemarkahan berdasarkan kepada penilaian yang dibuat. Di akhir kursus, semua peserta diberi ujian bertulis berdasarkan kepada kurikulum dari American Heart Association sebagai penilaian untuk melayakkan penerimaan Kad ID.

Semoga kursus ini dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli ERT

di dalam persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

penekanan mengenai pemeriksaan harian forklift.Latihan amali pula dijalankan pada sebelah petang yang merangkumi perkara-perkara seperti fungsi-fungsi jentera, “safe working load” dan konsep “load center”, operasi forklift yang produktif, teknik memandu, perkara boleh dan tidak boleh dilakukan semasa mengendalikan forklift dan penyusunan kargo berpallet.

Adalah diharapkan agar kursus ini dapat melatih pekerja-pekerja Ingress yang terlibat di dalam mengendalikan forklift meningkatkan kemahiran dari segi pengendalian forklift yang selamat.

��

Kursus “Emergency Patient Care” telah diadakan pada 30 dan 31 Mei 2003 bertempat di Institut Latihan KWSP, Bandar Baru Bangi. Kursus ini dihadiri oleh ahli-ahli “Emergency Response Team” (ERT) Ingress Operasi Nilai, Ingress Technology Centre (ITC) dan Matrix Power Services Sdn. Bhd. (MPSSB).

Kursus ini adalah kursus persijilan semula (Recertification) sebagaimana yang disyorkan oleh American Heart Association kerana Sijil dan Kad ID sebagai “Adult” dan “Pediatric CPR” dan “Emergency First Aid” hanya sah untuk tempoh dua tahun sahaja. Secara tidak langsung, kursus ini memberi pendedahan semula kepada para peserta mengenai teknik-teknik CPR dan “First Aid” kepada semua peserta. Selain itu, para peserta juga diperkenalkan dengan teknik-teknik terbaru dan terkini dalam CPR dan “First Aid”.

Kursus yang dijalankan selama dua hari ini telah dikendalikan oleh Earthwin Emergency Academy Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Fasilitator, Dr. Rayney Azmi bin Ali dengan menggunakan pendekatan latihan secara teori dan amali.

��

Berita Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Dr.RayneyAzmibinAlisedangmenyampaikantaklimat.LatihanpraktikalditunjukkanolehsalahseorangFasilitator. Pesertakursusmempraktikkanteknikyangdipelajari.

FAEDAh PERUBATAN:

Faedah ini hanyalah untuk mereka yang berdaftar di bawah Skim Insuran Bencana Pekerjaan sahaja. Orang berinsuran yang mendapat bencana pekerjaan berhak mendapatkan faedah layanan dan rawatan doktor daripada mana-mana klinik panel PERKESO atau hospital/klinik kerajaan.

Orang yang terbencana juga boleh boleh menerima rawatan sebagai pesakit luar di sesebuah hospital atau dispensari, klinik atau lain-lain yayasan atau melalui lawatan-lawatan ke rumah orang yang berinsuran.

FAEDAh hILANG UPAyA SEMENTARA:

Orang berinsuran boleh menuntut faedah hilang upaya sementara akibat daripada bencana pekerjaan. Orang yang berkenaan hendaklah terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada doktor bahawa mereka tidak berupaya untuk bekerja buat sementara waktu.

Tempoh cuti sakit yang melayakkan orang terbencana mendapatkan faedah hilang upaya sementara ialah sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangan. Kadar harian yang layak dituntut ialah 80% daripada kadar harian purata anggapan, iaitu minima RM9.00 dan maksima RM52.00 sehari.

FAEDAh hILANG UPAyA KEKAL:

Hilang upaya kekal bermaksud hilang upaya yang berkekalan hingga kurang atau hilang keupayaan mencari nafkah seseorang pekerja yang dia sanggup menjalankan pada masa kemalangan

Faedah di dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerjayang mengakibatkan hilang upaya itu. Takrifan dan taksiran hilang upaya kekal ditentukan oleh Jemaah Doktor yang dilantik oleh PERKESO. Manakala kadar faedah yang akan diperolehi oleh orang yang berinsuran ialah kadar harian 90% daripada gaji harian purata anggapan iaitu minima RM9.00 dan maksima RM58.50 sehari.

ELAUN LAyANAN SENTIASA:

Orang berinsuran yang berhak mendapat pencen ilat atau faedah hilang upaya yang kekal juga boleh mendapat elaun layanan sentiasa yang sama banyaknya dengan kadar 40% daripada kadar pencen atau faedah itu tertakluk kepada had maksima yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa selagi ia tidak berdaya dan sentiasa memerlukan layanan tersendiri oleh seseorang lain. Syarat seseorang itu layak mendapat elaun layanan sentiasa hendaklah ditentukan oleh jemaah doktor yang dilantik oleh PERKESO.

FAEDAh oRANG TANGGUNGAN:

Mana-mana pekerja yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan, maka orang-orang tanggungannya akan mendapat faedah tanggungan dengan kadar 90% daripada gaji harian purata tanggapan tertakluk kepada kadar harian minima RM9.00 dan maksima RM58.50 sehari.

Kadar syer bagi orang tanggungan utama adalah 60% untuk balu/duda dan 40% untuk anak berasaskan kadar harian penuh. Dalam keadaan ketiadaan orang tanggungan utama

maka syer tersebut akan berpindah kepada orang tanggungan sekunder mengikut urutan berikut dengan kadar ibu bapa 40%, datuk atau nenek 40% dan adik-beradik 30%.

Untuk balu, faedah yang diterima adalah seumur hidup atau sehingga berkahwin semula manakala duda pula dengan syarat pendapatannya bertanggung sepenuhnya kepada isterinya pada masa kematiannya. Untuk anak atau adik-beradik tertakluk kepada had umur 21 tahun atau sehingga berkahwin mengikut mana yang lebih awal.

Faedah seterusnya akan dibentangkan pada keluaran akan datang.

��

�0

Kelab Kakitangan Ingress

Kejohanan Ping Pong Tertutup ITSBUnit Sukan, Kelab Kakitangan Ingress (KKI), Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menganjurkan kejohanan Ping Pong Tertutup ITSB bermula pada awal Februari 2003 dan berakhir pada 7 Mac 2003.

Keputusan perlawanan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Kancil (Bahagian Pejabat), diikuti dengan Kumpulan Harimau (Assembly) di tempat kedua, ketiga Kumpulan Ular Sawa (PE/PM) dan keempat Kumpulan Buaya (QA/QC). Johan menerima sebuah piala pusingan, trofi, hamper dan wang tunai berjumlah RM 300.00. Kancil menumpaskan Harimau, 3 - 2.

Kejohanan sukan ITSB ini dijalankan secara liga untuk beberapa jenis sukan mengikut bulan. Pada penghujung Mac dan April, Kejohanan Sepak Takraw Tertutup ITSB pula berlangsung. Semoga kegiatan sukan ini dapat meningkatkan motivasi dan semangat setia kawan di kalangan pekerja.

Pesertabertungkus-lumusmengumpulmatakemenangan.

PasukanKancilbersamapialakemenangan.

Perlumbaan Kereta Kawalan Jauh (F1)

Kelab Kakitangan Ingress, Ingress Technologies Sdn. Bhd. (KKI, ITSB) telah menganjurkan satu siri perlumbaan berprestij F1, Kereta Kawalan Jauh yang julung kalinya di Ingress. Perlumbaan ini mendapat sambutan yang hangat dengan 22 penyertaan dari kakitangan ITSB. Pertandingan ini dianjurkan dengan usahasama En. Sufian bin Mohamad dari Jabatan PVD dan KKI, ITSB.

Yuran penyertaan sebanyak RM 5.00 dikenakan bagi setiap penyertaan. Perlumbaan yang bermula pada jam 5.45 petang ini penuh sesak dengan penonton yang kebanyakannya amat berminat dengan sukan berprestij ini.

Perlumbaan ini telah dimenangi oleh En. Sufian bin Mohamad, tempat kedua oleh En. Mohd. Yusoff bin Mohd Salleh, manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh En. Azlimi bin Ibrahim. Hadiah berupa trofi, wang tunai dan juga hamper disediakan kepada semua pemenang. Pesertadiberipenerangansebelumperlumbaan

bermula.Sebahagiandaripadasenarioperlumbaan.

Program Rekreasi Kelab Stamping bersama Kumpulan SokonganTanggal 1 dan 2 Mac, 2003 yang lalu, Kelab Stamping dengan kerjasama Kelab Kakitangan Ingress (KKI), Ingress Technologies Sdn. Bhd. (ITSB) telah menganjurkan Program Rekreasi Kelab Stamping dan Kumpulan Sokongan bertempat di Taman Rimba, Kem Pulau Pangkor, Perak.

Seramai 50 orang peserta telah mengikuti program selama 2 hari 1 malam ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sukaneka pantai, tarik tali, jogging dan senaman pagi, makan

malam, barbeku dan juga persembahan kreatif kumpulan.

Pada pagi Ahad, 2 Mac 2003, penyampaian hadiah untuk pemenang sukaneka dan juga hadiah Pekerja Stamping Terbaik untuk Separuh Tahun Kedua 2002 disampaikan. Pekerja Terbaik telah dimenangi oleh En. Hapizan bin Abdul Aziz.

PersembahanKumpulan.AktivitiBarbeku.

Keseluruhan program ini berjalan lancar dan ia amat berkesan di dalam meningkatkan motivasi dan kerjasama di antara Kakitangan “Stamping” dan Kumpulan Sokongan.

�0

��

Kelab Kakitangan Ingress

PenyampaianHadiahkepadapekerjaterbaik“ProductionStamping”. Bergambarkenanganberamai-ramai.

Pada 3 Mei 2003 yang lalu, satu Majlis Sukaneka Keluarga Ingress Operasi Nilai telah diadakan di padang Ingress Operasi Nilai. Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Ingress di bawah kelolaan En. Shamratul Nahar bin Mohamad dan dibantu oleh En. Rusli bin Mohamad sebagai penyelaras program. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Ramli bin Napiah, Pengarah Eksekutif Kumpulan yang juga turut serta di dalam kebanyakan acara yang dipertandingkan.

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan di Ingress Operasi Nilai ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan serta keluarga di samping menambahkan lagi keakraban di antara kakitangan dengan majikan.

Secara amnya, acara yang melibatkan semua kakitangan ini dapat menghilangkan sifat rendah diri di kalangan kakitangan. Selain itu, semua kakitangan dan majikan dapat mengenali dengan lebih rapat dan sifat kekeluargaan menjadi lebih akrab serta memberikan kepuasan yang maksima kepada semua pihak yang terlibat.

Program Sukaneka Keluarga Ingress Operasi Nilai

PRO

GR

AM

S

UKAN

EKA

Tn.Hj.RamlibinNapiahketikamenyampaikanucapanperasmian.

Acaraperasmianmajlisdisempurnakandenganpemotonganriben.

Tariktali,antaraacarayangdipertandingkan.

Pesertabertungkus-lumusuntukcubamenggigitepalyangtergantung.

��

��

Nostalgia

1 Nama Khun Attasit (Ershad)

Niyomdecha

Jawatan QC Engineering Executive (Ingress Autoventures Co., Ltd.)

Nama Isteri Khun Ammara Smatcha

Patan

Tarikh Perkahwinan 11 Mac 2003

2 Nama Khun Dustee Sarep

Jawatan PVD & Purchasing Clerk (Ingress Autoventures Co., Ltd.)

Nama Isteri Khun Ku Masnee Etae

Tarikh Perkahwinan 13 April 2003

3 Nama Khun Sarayut (Sareef)

Mameen

Jawatan PE Fitter (Ingress Autoventures Co., Ltd.)

Nama Isteri Khun Chantira (Suaibah) Dame

Tarikh Perkahwinan 10 Mei 2003

4 Nama Khun Sunchai (Abdullah) Wongcharern

Jawatan Roll Forming Operator (Ingress Autoventures Co., Ltd.)

Nama Isteri Khun Siriphorn (Qamariah) Chairit

Tarikh Perkahwinan 30 Mac 2003

5 Nama Khun Wea Umar Putih

Jawatan Operator (Ingress Autoventures Co., Ltd.)

Nama Isteri Khun Oranuch (Husna

Samruam) Tarikh Perkahwinan 1 Jun 2003

Selamat Pengantin Baru

1

2

3

5

4

��

��

Nama : Marsya Shafiyah binti Mohd EffendiTarikh Lahir : 19 Mac, 2003Nama Bapa : Mohd Effendi bin Mohd MokhtarJawatan : Eksekutif Perkilangan / PPC Ingress Precision Sdn. Bhd.Nama Ibu : Norlela binti AhmadJawatan : Kerani Jabatan QMS, Ingress Precision Sdn. Bhd.1

2

Nama : Nur Dini Nadhirah binti JoharTarikh Lahir : 28 Januari, 2003Nama Bapa : Johar bin HussinJawatan : Penyelia, Jabatan QC Ingress Precision Sdn. Bhd.Nama Ibu : Nizaiham binti Mohd NorJawatan : Kerani Perjawatan (HRD), Ingress Engineering Sdn. Bhd.

Nama : Zulaikha binti RusmainiTarikh Lahir : 4 Februari, 2003Nama Bapa : Rusmaini bin RusseleJawatan : Kerani Pentadbiran (HRD), Ingress Engineering Sdn. Bhd.Nama Ibu : Wan Suharni binti Sabu

Nama : Muhamad Najib bin AlizaTarikh Lahir : 26 Mac, 2003Nama Bapa : Aliza bin AliasJawatan : Kerani Jabatan PVD, Ingress Precision Sdn. Bhd.Nama Ibu : Norazlina binti Ismail4

Nama : Muhamad Farhan bin Md. JafrryTarikh Lahir : 8 November, 2002Nama Bapa : Md. Jafrry bin MasatJawatan : Pengurus Projek, MDSB Multi Discovery Sdn. Bhd.Nama Ibu : Laili binti Mohd IsaJawatan : Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Ingress Corporation Berhad 5

��

Nostalgia

3

��

Nostalgia

6

Nama : Nurfarah Adlina binti SuhaimiTarikh Lahir : 18 Mac, 2003Nama Bapa : Suhaimi bin Abdul GhaniJawatan : Penyelia Jabatan QC, Ingress Engineering Sdn. Bhd.Nama Ibu : Norafzan binti Sulaiman

Nama : Siti Nurjannah binti ShamsubahariTarikh Lahir : 7 Disember, 2002Nama Bapa : Shamsubahari bin MuhammadJawatan : Juruteknik, “Plant & Maintenance” Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Ibu : Rohaya binti Abdullah

Nama : Nur Aliah Adriana binti IrwanTarikh Lahir : 16 Januari, 2003Nama Bapa : Irwan bin IsmailJawatan : Penolong Penyelia “Stamping”, Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Ibu : Nursyuhada Zalmi binti Md Sood Kerani PE, Ingress Technologies Sdn. Bhd.

8

Nama : Nur Hamizah Najwa binti AzlanTarikh Lahir : 28 Januari, 2003Nama Bapa : Azlan bin Mat Zin Jawatan : Penolong Penyelia PC, Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Ibu : Rumeza binti Daud

10

Nama : ‘Ammar bin Azian Tarikh Lahir : 16 Februari, 2003Nama Ibu : Roswati binti NapiahJawatan : Stenographer MD/GM Ingress Technologies Sdn. Bhd.Nama Bapa : Azian bin Ariffin

��

9

7

��

Candid Camera

Sekarang saya akan tunjukkan

cara-cara untuk mengikat

tali kasut secara profesional.

Amboi! Layan diri nampak. Tolak air dalam troli pun boleh sampai terlelap.

Over pula sedara aku sorang ni yek. Orang lain

elok jer makan, dia mintak disuapkan pulak.

Ishk! Orang lain pun derma darah juga. Sempat lagi tu ambil kesempatan nak tidur.

��

Candid Camera

Mak jauh, ayah pun jauh. Tak apa, asalkan pak we

dekat. (Nurul Iman di wad Hospital Bangkok, Pattaya)

��

Karya

Tolong ingatkan sayaAndai aku terlupa TuhanDalam kelapangan dan kesibukanDalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan sayaJangan jadi anak derhakaMak ayah dilupakan janganUsah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan sayaSupaya ingat pesanan guruBukan sekadar peringatanTapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan sayaDengarlah dan bacalah Al-QuranTika radio penuh hiburanTika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan sayaDi mana Islamnya zahirkuJika aurat didedahkanDisingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan sayaJadilah sahabat yang baikSentiasa memberi peringatanSentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan sayaKalau bercinta biar kerana-NyaDalam memilih utamakan ImanKelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan sayaHidup ini satu kembaraKutiplah mutiara dalam perjalananMoga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan sayaDiri ini milik Yang KuasaKepada-Nya jiwa diserahkanSegala-galanya Dialah tumpuan

Nukilan : jh_kjg

Tolong Ingatkan Saya

Istilah Berkawan

Kawan-kawanKenapa mahu lawanKita kan kawanDulu sama-samaKongsi kopi secawan

Kawan-kawanKenapa mahu lawanOrang lain maju ke depanOrang kita cari jalanJatuhkan kawan

Kawan-kawanKenapa mahu lawanKan ke cukup rezeki TuhanBuat kita ramai-ramai makan

Kawan-kawanBukan nak cari lawanSekadar nak ingatkan temanHati-hati denganGunting dalam lipatan

Kawan-kawanKita sama-sama cari makanBila fikir masa depanJangan tabur pasirDalam periuk kawan

Kawan-kawanCuba dikaji orang tua pesanKawan jadi lawanLawan jadi kawan

Nukilan : ihadz_adam

��

Karya

Istilah Berkawan

��

Di dalam meniti kehidupanMerentasi batasan waktuMenjadi seorang insanyang sempurna dan bahagia

Ketenangan berpunca dari kesabaranMencapai tahap keimananke puncak ketakwaansupaya hidup diredhai Tuhan

Bukan sesuatu yang mudahUntuk mengharungiRanjau yang penuh onak duriNamun kepahitan yang dirasaiPasti memberi kemanisan akhirnya

Kepercayaan hati yang pastiBisa membuat insan tenangDalam mengharungi kehidupanNamun...Ketenangan kadangkala bertukar gelisahSering menyelubungi hati

Oh TuhanTabahkanlah aku dalam menempuh dugaan-MuKerana aku insan yang kerdilLagi lemah...Kuatkan semangatkuKerana aku tidak berupaya menongkah arusTanpa petunjuk dan hidayah-Mu...

Nukilan : Rosalina - ITSB

Bingkisan Sekeping Hati

��

Sudut Agama

Pengakuan beragama Islam bererti kita mesti hidup berlandaskan Islam, baik dari segi keyakinan, ibadah mahupun akhlak. Pengakuan sebagai seorang Muslim menunjukkan bahawa diri, rumah tangga dan ahli keluarga kita mestilah menghayati konsep Islam dengan sebenar-sebenarnya. Ini mewajibkan kita hidup untuk memperjuangkannya. Seluruh jiwa raga dan kemampuan kita haruslah diarahkan untuk memperkuatkan agama dan meluaskan pengaruhnya.

Di dalam dunia ini terdapat tiga kategori manusia iaitu: golongan yang hidup untuk dunia sahaja; golongan yang sesat antara dunia dan akhirat; dan golongan yang menganggap dunia ini adalah ladang tanaman untuk akhirat.

Golongan yang hidup untuk Dunia Sahaja

Golongan ini ialah golongan kebendaan (materialis), samada berdasarkan falsafah mahupun golongan ‘Dahriyyin’. Pandangan “Dahriyyin” ini dijelaskan oleh al-Quran sebagai berikut:

“Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): “Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja, dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan”. (Surah al-An’am: Ayat 29)

Orang-orang Komunis dan rakan-rakan mereka dari golongan sekular atau penganut fahaman “existensialism” juga beranggapan sedemikian. Dalam satu ulasan yang ditulis oleh Joseph Stalin terhadap pendapat seorang falsafah yang mengatakan “alam ini tidak dicipta oleh mana-mana Tuhan atau insan. Ia terjadi dengan sendiri dan akan terus sebagaimana adanya. Ia merupakan obor kehidupan yang terus menyala dan akan padam berdasarkan hukum-hukum yang tertentu”. Lenin menyatakan: “Ini adalah satu analisa yang indah terhadap dialektika materialism”.

Sebenarnya apabila manusia mengingkari wujudnya kehidupan selepas alam nyata, mengingkari adanya hari perhitungan terhadap segenap perilaku maka seluruh cita-cita dan usahanya akan tertumpu hanya untuk merangkul dunia yang fana ini.

Golongan yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat

Mereka ini ialah orang kebanyakan. Aqidah mereka tersasar dari landasan sebenar dan usaha mereka di dunia adalah sia-sia, tanpa rahmat dan redha Ilahi. Namun mereka menyangka yang mereka telah berbuat baik. Aqidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan, walaupun mereka percaya pada Allah dan hari Akhirat. Pada hakikatnya mereka termasuk di dalam golongan yang menganut fahaman kebendaan sekalipun pada zahirnya mereka melakukan sebahagian dari

upacara-upacara kerohanian.

Golongan yang Menganggap Dunia Ini Adalah Ladang Tanaman untuk Menuju Akhirat Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman dan mengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup di dunia ini dibandingkan dengan akhirat, kerana firman Allah s.w.t:

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari mainan dan senda-gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir”. (Surah Al-An’am: Ayat 3)

Lantaran rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat, maka kehidupan dunia tidaklah menghalang dan menyibukkan mereka daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan oleh Allah. Orang-orang yang benar-benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredaan-Nya. Seluruh hidup, rumah tangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah. Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi memuaskan hawa-nafsu dan keinginan syahwat.

Kenyataan ini telah dibuktikan dengan sebahagian besar ciptaan-ciptaan (kemajuan) zaman moden ini dan kebanyakan hasil perahan daya fikiran manusia bertujuan untuk menyogokkan kepada manusia kelazatan dan kerehatan jasmaninya bukan bertujuan untuk membangunkan alam sejagat ini dengan nilai-nilai kebaikan, kedamaian dan ketenangan. Kemajuan dan kecanggihan rekaan teknologi masa kini, semuanya bertujuan memberi kerehatan, kesenangan, dan keselesaan kepada hidup manusia.

Dalam konteks ini walaupun Islam sama sekali tidak melarang mengkaji (menyelidik), mencipta dan menghasilkan sesuatu, namun ia haruslah dilakukan dengan syarat:

1. Dengan kadar yang tidak membawa manusia kepada kemudharatan atau bahaya.

2. Dalam bentuk yang boleh mendatangkan kebaikan dan kebajikan dalam masyarakat. Ertinya, kerja-kerja tersebut harus diperhatikan dari segi penyesuaiannya dengan syara’ dan akhlak.

Oleh itu marilah sama-sama kita berusaha menggolongkan diri kita di dalam golongan yang ketiga ini, dan tidak rugi sekiranya kita meninggalkan segala maksiat yang boleh merosakkan bekalan kita ke akhirat.