DARURAT

  • View
    7.979

  • Download
    7

Embed Size (px)

Text of DARURAT

1.0 PENDAHULUAN Definisi darurat mengikut Kamus Dewan boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yang berlaku secara tiba-tiba atau dengan tidak disangka-sangka) seperti bahaya, kekurangan makanan dan lain-lain. Selain itu, darurat juga membawa maksud keadaan yang serba sulit seperti mencetuskan huru-hara, tidak aman, dan sebagainya yang disebabkan oleh ancaman musuh dalam peperangan dan lain-lain. Konsep darurat ini adalah sah dan diiktiraf dalam semua negara dan sistem undang-undang. Undang-undang darurat pula boleh dijelaskan sebagai undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan ketika berlaku darurat sahaja. Selain daripada negara Malaysia, antara negara-negara lain yang menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan darurat dalam perlembagaan mereka ialah India, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Walaupun negara tersebut tidak mempunyai perlembagaan bertulis, tetapi terdapat suatu akta iaitu Akta Parlimen yang memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku sesuatu situasi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman dalam negara dan darurat juga boleh diisytiharkan sekiranya kejadian-kejadian yang buruk dijangka berlaku. Hal ini bermaskud, pengisytiharan darurat tidak semestinya menunggu sesuatu kejadian berlaku yang boleh mengancam keselamatan dalam negara kerana ianya boleh diisytiharkan terlebih dahulu. Di Malaysia, perisytiharan darurat hanya dibawah kebenaran atau diisytiharkan oleh Yang di-Pertua Agong (YDPA), iaitu Ketua Negara Malaysia. Dalam konteks Malaysia, beberapa perisytiharan darurat telah dibuat dalam negara setelah dikenal pasti mengancam keselamatan negara. Perisytiharan darurat yang pertama telah dibuat pada tahun 1948 ketika negara sedang berhadapan dengan ancaman komunis dan pada waktu ini, negara masih lagi ditadbir oleh pihak Inggeris. Perisytiharan darurat pertama ini telah di tarik balik kemudiannya pada tahun 19601. Selain itu, perisytiharan darurat yang seterusnya pula dibuat pada tahun 1964 apabila Malaysia berhadapan dengan konfrontasi dari Republik Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Sukarno. Perisytiharan darurat yang ketiga pula diisytiharkan pada tahun 1966 yang hanya melibatkan Negeri Sarawak.1

Abdul Aziz Abdul Aziz Bari, 2008. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 191 dan 192.

1

Perisytiharan ini dibuat bagi menyelesaikan konflik politik di negeri tersebut ekoran daripada krisis politik yang melibatkan Ketua Menteri pada waktu itu iaitu, Datuk Stephen Kalong Ningkan yang dikatakan tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri tersebut. Pengisytiharan darurat yang terakhir dibuat ialah pada tahun 1977 di negeri Kelantan kerana krisis politik dan ketidaktentuan yang timbul dalam kerajaan negeri. Masalah poiltik yang berlaku di Kelantan adalah sama dengan krisis politik yang melanda Sarawak pada tahun 1966. Seterusnya, akan dibincangkan dengan lebih jelas mengenai beberapa peristiwa darurat yang pernah berlaku di Malaysia.

2.0 ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT Selepas beberapa bulan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, negara menghadapi suatu ancaman besar iaitu ancaman komunis sehingga menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat bagi keselamatan negara. Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1930 yang kuasanya diletakkan di bawah kuasa Pan Pacific Trade Union Secretariat di Shanghai. Walaupun PKM tidak berkembang dengan begitu pesat, parti ini dapat bergerak dalam dua aktiviti penting iaitu pertama, melalui rusuhan-rusuhan kaum atau golongan buruh pada tahun 1936 dan 1937. Selain itu, Parti Komunis Malaya ini juga telah berjaya mempergunakan kemelesetan ekonomi dunia ke atas kaum buruh di Malaya dengan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa untuk menganjurkan mogok. Tunjuk perasaan terbesar yang pernah diadakan adalah pada bulan Mac 1937 di Batu Arang dan pihak British telah menahan mereka yang terlibat dengan kegiatan PKM atau sekutunya. Parti Komunis Malaya telah merancang untuk menguasai seluruh Tanah Melayu melalui tiga peringkat. Peringkat yang pertama ialah, menubuhkan kawasan bebas di bahagian terpencil Tanah Melayu yang akan dijadikan sebagai pusat pangkalan untuk menjalankan latihan dan memperkukuhkan kekuatan gerila. PKM telah melatih askaraskar mereka dengan cara menanam makanan sendiri dan mengatur langkah-langkah strategik yang lain. Selain itu, PKM juga memaksa pegawai-pegawai kerajaan dan peladang-peladang serta pelombong Eropah meninggalkan tempat mereka di luar bandar dan menetap di bandar-bandar besar dengan cara melancarkan serangan yang terus2

menerus. Langkah ini akan memaksa kerajaan untuk menarik balik tenteranya yang berada di luar bandar. Langkah yang terakhir atau ketiga yang dilakukan oleh PKM ialah dengan melancarkan perjuangan terakhir terhadap kerajaan di bandar-bandar dan pertempuran ini berlaku secara terbuka. Pemberontakan secara besar-besaran telah dilancarkan oleh PKM pada bulan Jun 1948 setelah usaha mereka untuk mengambil alih kuasa melalui perlembagaan gagal. Pemberontakan ini adalah berdasarkan ketetapan yang dibuat dalam Kongres Pemuda Komunis Asia anjuran Komintern yang diadakan di Calcutta pada bulan Februari 1948. Kongers ini telah mengarahkan parti-parti komunis di Asia Tenggara supaya melakukan pemberontakkan bersenjata. Antara dasar-dasar yang diambil oleh PKM dalam memulakan revolusi bersenjata di Tanah Melayu ialah dengan melumpuhkan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu dengan memusnahkan sumber-sumber ekonomi seperti lombong bijih timah dan ladang getah. Selain itu, pihak PKM juga telah menubuhkan wilayah-wilayah bebas yang diletakkan di bawah kuasa PKM dan membentuk pasukan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya yang akan menyatukan wilayah-wilayah bebas2. Parti Komunis Malaya juga telah berjaya mempengaruhi kesatuan kerja dan melancarkan permogokan bagi mencapai cita-cita dan hasrat mereka. Mogok secara besar-besaran telah berlaku di Singapura pada bulan Mei 1948 serta menggunakan militan untuk menyerang pekerja-pekarja lombong dan ladang getah yang dianggap tidak menyokong dan memberi kerjasama kepada perjuangan PKM. Keganasan PKM dapat dilihat apabila pekerja-pekerja getah Singapura telah membakar kilang getah Ben Seng. Selain itu, PKM juga telah melancarkan revolusi bersenjata dengan menggunakan senjata yang telah disembunyikan ketika pendudukan Jepun. Kemudian, pada tahun 1948 Gua Musang telah di tawan oleh Tentera Pembebasan Rakyat Tanah Melayu yang telah ditubuhkan oleh PKM. Namun begitu, hasrat PKM untuk menawan Kajang tidak tercapai apabila dihalau oleh tentera British. Kemuncak keganasan PKM berlaku apabila terjadinya peristiwa pembunuhan di Segamat, Johor yang melibatkan tiga orang pemimpin Kuomintang terbunuh pada 11 Jun2

Sheela Ab Raham, 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 155.

3

1948. Selain itu, peristiwa pembunuhan juga telah berlaku di Sungai Siput, Perak yang melibatkan tiga orang pengurus ladang getah Eropah, pada 15 Jun 1948. Peristiwa pembunuhan ini telah memaksa pengisytiharan darurat terpaksa dilakukan oleh Sir Edwart Gent iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Perak dan Johor pada 18 Jun 1948 dan seluruh semenanjung Tanah Melayu pada 19 Jun 1948. Parti Komunis Malaya telah diharamkan selepas pengisytiharan darurat dilakukan dan mengikut peraturan-peraturan darurat, kerajaan mempunyai kuasa yang tidak terhad untuk menahan orang-orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis tanpa bicara. Undang-undang darurat yang telah diluluskan pada 7 Julai 1948 telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk bertindak seperti mengharamkan parti-parti atau pertubuhan yang berhaluan kiri untuk menghalang mereka daripada terlibat dalam kegiatan komunis. Selain itu, kerajaan juga boleh membuang negeri kepada sesiapa sahaja yang dianggap mengganggu atau merosakkan keamanan negeri dan menjatuhkan hukuman mati ke atas sesiapa yang bersubahat dengan komunis, membawa senjata haram, menakutkan orang ramai dan membantu pihak komunis.

3.0 KONFRONTASI INDONESIA Malaysia menghadapi darurat seterusnya dalam tahun 1964 apabila negara ini berhadapan dengan ancaman konfrontasi dari Republik Indonesia. Keadaan ini berlaku dipermulaan penubuhan negara Malaysia. Penentangan Indonesia terhadap gagasan Malaysia dikenali sebagai konfrontasi yang bermula secara rasmi pada bulan Februari 1963. Konfrontasi ini berlaku disebabkan oleh Indonesia yang tidak berminat terhadap gagasan Malaysia kerana pembentukan negara ini tidak melibatkan wilayah-wilayah milik Indonesia3. Pada peringkat awal konfrontasi yang dilakukan oleh Indonesia melibatkan penentangan dalam bidang ekonomi. Kemudiannya konfrontasi ini juga meliputi ketenteraan, apabila tentera Indonesia menyerang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu. Indonesia telah meningkatkan bantahannya terhadap pembentukan Malaysia selepas kegagalan pemberontakan Parti Rakyat Brunei. Sebelum itu, Indonesia telah terlibat dengan memberi latihan ketenteraan kepada Ahli Parti Rakyat3

Syed Ibrahim, 2009. Malaysia Kita. Selangor: International Law Book Services, hlm. 123.

4

Brunei yang telah memberontak pada 8 Disember 1962. Peristiwa ini telah dijadikan alasan oleh Indonesia untuk menentang penubuhan Malaysia. Selain itu, tindakan Indonesia ini juga diikuti oleh Filipina yang juga tidak bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Hal ini kerana, bagi Filipina, Sabah adalah sebahagian daripada Filipina. Kerajaan Filipina telah membuat tuntutan bagi menuntut Sabah pada tahun 1962 hingga 1963 tetapi tuntutan tersebut telah ditolak oleh pihak British yang pada waktu itu berkuasa di Sabah. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Indonesia dan Filipina tidak mengiktiraf kewujudan Malaysia sehingga menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Indonesia dan Filipina terputus.