11
1 DASAR AMALAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM: TUMPUAN KEPADA ORGANISASI Oleh; Razaleigh Muhamat @ Kawangit  Abstrak  Ruang lingkup pengurusan hal ehwal Islam yang besar menyukarkan sebahagian organisasi untuk mengenalpasti kepentingan pengurusan tersebut untuk dijadikan budaya kerja. Kertas kerja ini cuba mengenalpasti beberapa intipati dan tujahan  pengurusan hal ehwal Islam ini dan beberapa nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada perlaksanaan menyeluruh di dalam sesebuah organisasi Latarberlakang Di dalam amalan dan praktis pengurusan hal ehwal Islam di dalam kehidupan manusia, terdapat  beberapa dasar dan intipati yang menjadi tujahan penting untuk ditonjolkan, antaranya adalah; 1. Amalan nilai-nilai murni. Menurut Rokeach (1973), amalan dan praktis nilai-nilai murni adalah berfungsi sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya di dalam sesuatu isu sosial atau moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi satu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia  patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkahlaku sendiri serta orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa amalan nilai-nilai menyediakan satu piawai yang asas dan kekal (konsisten) supaya dapat membantu individu dalam pemikiran dan perlakuannya. Imam al-Ghazali di dalam bukunya  Ihya’ Ulumuddin telah menggariskan beberapa kefungsian amalan nilai murni di dalam kehidupan. Antaranya amalan nialai-nilai ini akan menjadikan seseorang itu sentiasa berpegang dengan prinsip-prinsip agama yang kukuh. Lantaran itu, dua faedah didapati pertama; individu yang mengamalkannya akan sentiasa dipandang mulia dan keduanya; terjalinnya hubungan antara seseorang dengan seseorang atas dasar kasih sayang yang akrab. Perkara asas yang ingin disimpulkan oleh al-Ghazali ialah

Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 1/11

1

DASAR AMALAN PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM: TUMPUAN KEPADA

ORGANISASI

Oleh;

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

 Abstrak Ruang lingkup pengurusan hal ehwal Islam yang besar menyukarkan sebahagian

organisasi untuk mengenalpasti kepentingan pengurusan tersebut untuk dijadikan

budaya kerja. Kertas kerja ini cuba mengenalpasti beberapa intipati dan tujahan

 pengurusan hal ehwal Islam ini dan beberapa nilai-nilai murni yang menjadi teraskepada perlaksanaan menyeluruh di dalam sesebuah organisasi

Latarberlakang

Di dalam amalan dan praktis pengurusan hal ehwal Islam di dalam kehidupan manusia, terdapat

 beberapa dasar dan intipati yang menjadi tujahan penting untuk ditonjolkan, antaranya adalah;

1. Amalan nilai-nilai murni.

Menurut Rokeach (1973), amalan dan praktis nilai-nilai murni adalah berfungsi sebagai ukuran

yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya di dalam sesuatu isu sosial atau moral.

Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi satu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia

 patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkahlaku sendiri serta

orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa amalan nilai-nilai menyediakan satu piawai yang

asas dan kekal (konsisten) supaya dapat membantu individu dalam pemikiran dan perlakuannya.

Imam al-Ghazali di dalam bukunya  Ihya’ Ulumuddin  telah menggariskan beberapa

kefungsian amalan nilai murni di dalam kehidupan. Antaranya amalan nialai-nilai ini akan

menjadikan seseorang itu sentiasa berpegang dengan prinsip-prinsip agama yang kukuh.

Lantaran itu, dua faedah didapati pertama; individu yang mengamalkannya akan sentiasa

dipandang mulia dan keduanya; terjalinnya hubungan antara seseorang dengan seseorang atas

dasar kasih sayang yang akrab. Perkara asas yang ingin disimpulkan oleh al-Ghazali ialah

Page 2: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 2/11

2

dengan amalan nilai-nilai murni ini dapat menjaga dua hubungan, iaitu hubungan keagamaan dan

hubungan interpersonal.

2. Etika keperibadian mulia.

Etika keperibadian mulia ialah penonjolan sifat, perangai dan perwatakan mulia. Perkara ini

mula-mula dibincangkan oleh Aristotle (384-322 S.M) dengan menggunakan perkataan 'virtues' .

Di dalam dunia Arab perbincangannya menggunakan perkataan 'Fadhilah'   atau 'Muruwwah'.

Sifat, perangai dan perwatakan ini adalah merangkumi perlakuan keadilan, kemurahan hati,

keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan penting di dalam

moral. Kehidupan manusia sentiasa dilingkungi oleh sifat dan perwatakan tersebut samada dalam

 bentuk individu atau interpersonal. Sifat dan perwatakan ini sekaligus menjadi ukuran terhadap

amalan moral seseorang selain daripada amalan nilai-nilai murni. Oleh itu, tidak keterlaluan jika

dikatakan orang yang mempunyai sifat dan perwatakan yang berlawanan dianggap sebagai

manusia yang tidak mempunyai keperibadian mulia atau tidak beretika.

Etika keperibadian mulia memerlukan asuhan dan didikan yang sempurna. Ini kerana

 pada asasnya manusia dilahirkan serba boleh di dalam perlakuannya. Ini bermakna di samping

mempunyai etika keperibadian mulia, manusia juga mempunyai etika yang berlawanannya

dengan keperibadian mulia tersebut. Oleh itu, kecenderungan untuk tidak beretika juga adalah

salah satu dari sifat semulajadi manusia. Tempat bekerja atau organisasi tempat kerja adalah

contoh etika keperibadian mulia ini.

3. Kemoralan sosial.

Iaitu etika yang berkaitan perlakuan manusia di dalam masyarakat sekeliling tempat hidupnya.

Perlakuan ini asalnya dinyatakan di dalam bentuk percakapan dan akhirnya dibuktikan melalui

 perbuatannya. Contohnya, etnik Jawa umpamanya berpegang kepada peraturan tradisi bahawa

sesuatu permintaan tidak boleh terus ditolak dengan jawapan 'Mboten'   (tidak), jawapan yang

lebih baik dan tepat ialah 'Engggih'   (ya) dan jika permintaan itu terpaksa ditolak, alasannya

dinyatakan dengan penuh sopan dan tertib. Perlakuan bergini dianggap sebagai sesuatu yang

Page 3: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 3/11

3

 biasa pada masyarakat timur dengan alasan tidak mahu mengecilkan hati masyarakat sekeliling.

Tatakromo ini adalah sebagai satu bentuk kemoralan sosial.

Tetapi kemoralan sosial ini perlu mengambil kira beberapa perkara. Antaranya ialah

sensitiviti masyarakat, sensitiviti agama, sensitiviti individu dan keupayaan mengenalpasti

sesuatu permintaan tersebut samada boleh dicapai atau tidak. Perlakuan ini juga mestilah

mengambil kira permintaan tersebut samada ianya bersifat mendatangkan faedah bersama atau

sebaliknya. Praktis perlakuan ini sebenarnya telah memenuhi amalan etika interpersonal.

4. Insan bermoral.

Insan bermoral lebih kepada dasar pembentukan keperibadian atau sahsiah mulia sekalipun tidak

melibatkan individu atau masyarakat. Ini bermakna, individu itu sepatutnya berfikir tentang

kebaikan insan bermoral berbanding dengan insan yang tidak bermoral. Selepas itu individu

tesebut seharusnya menjadikan insan bermoral ini sebagai prinsip dalam mengatur hidupnya.

Contohnya, individu yang mengamalkan nilai jujur dan amanah di dalam pekerjaan sehariannya,

maka nilai-nilai tersebut akan sentiasa terserlah walaupun individu tersebut bekerja tanpa

 pemantauan ataupun dengan pemantauan yang minimum.

Motivasi diri yang tinggi adalah asas kepada perlakuan insan bermoral ini. Oleh itu,

seringkali dilihat mereka yang tidak mempunyai prinsip diri gagal di dalam mencapai sesuatu

matlamat atau cita-cita. Ini kerana kejayaan itu datangnya daripada amalan prinsip atau amalan

moral peribadi yang bersungguh-sungguh.

Praktis nilai dalam pengurusan hal ehwal Islam

Terdapat beberapa nilai yang cuba diterapkan oleh pengurusan hal ehwal Islam ini jika disentuh

daripada sudut etika kerja Islam. Legitimasinya, tanpa nilai-nilai tertentu di dalam etika kerja

tidak akan bermakna sesuatu tindakan atau pekerjaan itu. Oleh yang demikian, maka Islam telah

mencadangkan etika kerja Islam yang mengandungi satu rangkaian nilai-nilai murni terutama

yang terkandung di dalam pengurusan hal ehwal Islam. Rumusan mengenai nilai-nilai yang

Page 4: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 4/11

4

terkandung di dalam pengurusan hal ehwal Islam yang berkaitan dengan etika kerja Islam

termasuklah;

1.   Mas'uliah dalam tindakan dan pekerjaan.

 Mas'uliah  adalah perkataan Arab yang membawa maksud konsep sikap dan amalan

 pertanggungjawaban di dalam etika kerja Islam. Di dalam konsep  Mas'uliah  ini setiap pekerja

mestilah mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam setiap tindakan pekerjaannya dan

 Mas'uliahnya yang utama ialah kepada penciptanya. Konsep  Mas'uliah  dalam pengertian

 pengurusan hal ehwal Islam  ini jelas seperti maksud di dalam firman Allah s.w.t yang

 bermaksud:

"Barangsiapa melakukan kebaikan, meskipun seberat zarah timbangannya, akan

dilihatkan balasan kebaikan itu, Barangsiapa melakukan kejahatan, meskipun

 sebesar zarah timbangannya, akan diperlihatkan balasan kejahatannya itu"  

(129:7-8)

Di dalam memahami konsep  Mas'uliah di dalam pengurusan hal ehwal Islam ini, secara

umumnya dapat dibahagikan kepada beberapa kategori berikut;

i)  Mas'uliah  peribadi - menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap kerja yang selari

dengan kehendak Syariah semata-mata kerana amanah yang datang daripada ketua dan yang

lebih penting ialah untuk menunaikan amanah kerja kerana Tuhan.

ii)  Mas'uliah  kepimpinan - Menanamkan sikap kepimpinan di dalam tindakan yang

dilakukan. Ini kerana setiap orang itu tanpa mengira kerjayanya adalah seorang pemimpin. Sifat

kepimpinan ini direalisasikan dengan tindakan-tindakan yang baik dan boleh dijadikan teladan

kepada orang lain.

Page 5: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 5/11

5

iii)  Mas'uliah  pekerja - Menanamkan sikap bertanggungjawab melakukan sesuatu tindakan

 berdasarkan kepada peranan yang telah diberikan. Di dalam perkara ini kepatuhan kepada arahan

adalah menjadi ukuran kepada sesuatu tindakan yang dilakukan.

iv)  Mas'uliah  organisasi - Organisasi yang baik adalah sebuah organisasi yang beroperasi

 berdasarkan kepada 'Maqasid Syariah' iaitu meletakkan batasan Syariah sebagai undang-

undangnya dan yang lebih penting ialah organisasi mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap

apa yang dipanggil 'Dharuriyyah' pada seseorang pekerja, iaitu lima perkara agama, nyawa, akal,

keturunan dan harta.

2.   Al-Wala'  dalam pekerjaan.

Pada dasarnya konsep al-Wala'   dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam  ialah sifat

kepatuhan, ketaatan dan keakuran di dalam melakukan sesuatu tindakan di dalam sesebuah

organisasi atau di dalam melakukan pekerjaan yang melibatkan hubungan dua hala. Kepatuhan

ini bukan sahaja dari skop hubungan manusia dengan manusia sahaja seperti hubungan pekerja

dengan majikannya tetapi melangkaui sifat-sifat dalaman seperti mengutamakan kepatuhan

kepada Tuhan dan juga termasuklah konsep al-Wala'   disini ialah kepatuhan di dalam bentuk-

 bentuk dokumentasi seperti undang-undang, peraturan-peraturan, etika-etika dan seumpamanya.

Suatu perkara yang menarik berkaitan konsep al-Wala'   terutama di dalam pengertian

 pengurusan hal ehwal Islam  ini ialah maksud yang tersirat di sebaliknya. Ramai ilmuan Islam

mengaitkan konsep al-Wala'   ini dengan nilai-nilai kasih sayang, tolong menolong, bantu

membantu, bekerjasama dan mencari persefahaman di dalam tindakan untuk menghasilkan

 permuafakatan. Perbicaraan cendikiawan Islam tentang perkara ini berkemungkinan dilihat dari

sudut kesan perlaksanaan konsep al-Wala'   ini di dalam organisasi atau masyarakat, iaitu apabila

dilaksanakan maka akan terhasillah nilai-nilai yang dinyatakan tersebut.

Walaupun begitu, terdapat beberapa tegahan dan larangan perlaksanaan konsep al-Wala'  

ini terutama di dalam pengertian pengurusan hal ehwal Islam di dalam pekerjaan. Secara

umumnya, tegahan dan larangan tersebut boleh dilihat dari maksud ayat al-Quran di bawah:

Page 6: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 6/11

6

i) "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang yang tidak beriman

 sebagai teman rapat (memberi al-Wala') dengan meninggalkan orang-orang yang

beriman. Sesiapa yang melakukan (larangan) yang sedemikian, maka tiadalah ia

(mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak

menjaga diri daripada sesuatu yang bahaya yang dditakuti dari pihak mereka (golongan

orang yang tidak beriman itu). Allah telah memerintahkan supaya kamu beringat-ingat

terhadap kekuasaaan diriNya. Kepada Allah juga tempat kembali" (3:28)

ii) "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang

bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang diberi al-Wala'). Mereka tidak

akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Telah pun nyata

(tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka dan apa yang disembunyikan

oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu

keterangan-keterangan itu, jika kamu memahaminya"  (3:118)

iii) "Sampaikanlah khabar berita kepada orang yang berpura-pura bahawa sesungguhnya

disediakan untuk mereka seksaan yang tidak terperi sakitnya (orang yang berpura-pura

ialah orang yang mengambil orang yang tidak beriman untuk di beri al-Wala'). Tidaklah

 patut orang yang berpura-pura ini mencari kekuatan dan kemuliaan dengan menjadikan

orang-orang yang tidak beriman ini di beri al-Wala'. Sesungguhnya kekuatan dan

kemuliaan itu semuanya milik Allah" (4:144)

3.   Ahsan dalam pengurusan.

Konsep  Ahsan  secara umumnya ialah menanamkan sifat-sifat terbaik dalam semua aspek

kehidupan. Jika dilihat dari sudut pekerjaan,  Ahsan dimaksudkan sebagai melakukan tindakan-

tindakan yang terbaik dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Perbincangan yang lebih detil

 berkaitan konsep  Ahsan  ini dari sudut etika pekerjaan ialah menekankan strategi, taktik dan

metod dalam setiap tindakan yang dilakukan berdasarkan kepada aplikasi keilmuan dan

kemahiran semasa dan sejagat. (Osman Ayub, 1988: 4)

Page 7: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 7/11

7

Konsep Ahsan diaplikasikan di dalam dunia moden ini dengan apa yang disebut sebagai

 profesionalisme di dalam pekerjaan. Terdapat beberapa perbezaan khusus perlaksanaan  Ahsan 

ini dengan apa yang difahami melalui konsep profesionalisme. Paling utama ialah  Ahsan  di

dalam pengurusan hal ehwal Islam merangkumi sifat dalaman dan luaran, iaitu jika disentuh dari

sudut dalaman, perbicaraannya adalah menyentuh tentang nilai-nilai kejujuran dan keikhlasan

dalam tindakan untuk Tuhan dan manusia, manakala di sudut luaran pula ialah personalia Islam

atau akhlak Islam yang berdasarkan kepada ilmu dan kemahiran. Ukuran konsep profesionalisme

 pula hanya dilihat dari sudut luaran semata-mata iaitu, seseorang itu mestilah bertindak mengikut

keilmuan dan kemahirannya. Keilmuan dan kemahiran pada kebiasaannya ditandakan dengan

 jawatan yang dipegang.

Perlaksanaan  Ahsan  di dalam pengurusan hal ehwal Islam dapat dicapai melalui

 penumpuan tiga cara berikut;

i)  Ahsan al-Jasd   - iaitu dengan menanamkan dan melaksanakan personalia Islam seiring

dengan keilmuan dan kemahiran seseorang. Perkara ini menuntut seseorang itu walaupun

mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran yang sejagat untuk mengetahui konsep-konsep

 perlaksanaan akhlak Islam.

ii)  Ahsan al-Akl   - iaitu menjaga kesihatan akal fikiran daripada unsur-unsur negatif seperti

hasad dengki, cemburu, mengutamakan diri sendiri dan lain-lain lagi. Ini kerana seseorang yang

mempunyai sifat-sifat begitu pada kebiasaannya akan menterjemahkannya di dalam tindakan.

Maka akan wujudlah selepas itu etika kerja yang mempunyai unsur-unsur negatif.

iii)  Ahsan al-Roh  - iaitu satu fenomena yang tidak dapat difahami oleh orang lain kecuali

yang empunya diri. Roh yang sentiasa mahukan kebaikan dalam tindakan dan mahu sentiasa

memperbaiki tindakan dan pekerjaannya adalah sesuai untuk diterapkan konsep Ahsan ini.

Page 8: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 8/11

8

4.  Menjaga kualiti kerja dalam pengurusan hal ehwal Islam.

Secara konvensionalnya nilai kualiti dapat difahami melalui ungkapan berikut: Quality is the

degree to which a product or service conforms to a set of predetermined standards related to the

characteristics that determine its value in the market place and its performance of the function

 for which it is designed" (Wan Azmi Ramli, 1994: 255)

Pada dasarnya perlaksanaan nilai kualiti mestilah mempunyai beberapa prasyarat utama,

antaranya mestilah mempunyai ‘standard’ atau piwaian yang khusus sebagai ukuran, mempunyai

ciri-ciri menepati piawaian dan sejauhmana ciri-ciri tertentu tersebut menepati piawaian. Ukuran

kepada kualiti jika diterjemahkan di dalam tindakan dalam pekerjaan bermaksud, sejauhmana

tindakan-tindakan yang dilakukan menepati ukuran piawaian yang telah ditetapkan. Di dalam

 perkara ini kualiti tindakan di dalam pengurusan hal ehwal Islam adalah menepati untuk diukur

kerana mempunyai prasyarat utama. Ruanglingkup pengurusan hal ehwal Islam sendiri sebagai

‘standard’ atau ukuran piawaian, tindakan-tindakan dalam lingkungan maksud pengurusan

sebagai ciri untuk diukur.

Kecemerlangan di dalam Islam tidak diukur dari segi pertimbangan utilitarian yang hanya

dilihat melalui penilaian manfaat berbanding kos semata-mata tetapi ia tertakluk kepada

keredhaan Tuhan. Oleh itu, ibadah adalah satu bidang yang berkait terus dengan mendapat

keredhaan Tuhan ini dan perkara yang kedua ialah tindakan dan pekerjaan seseorang yang

mengikut landasan yang dibenarkan juga menuju kepada keredhaan Tuhan. Oleh yang demikian,

maka memperelokkan tindakan atau dengan erti kata yang lain mempunyai ‘standard’ penilaian

di dalam tindakan dan pekerjaan adalah perlu dan menjadi wajib kepada orang-orang Islam.

(Wan Liz Ozman Wan Omar, 1997: 73)

5.  Menghalang etika kerja Mazmumah.

Apabila di teliti daripada sudut penerapan nilai-nilai di dalam pengurusan hal ehwal Islam ini, ia

menunjukkan kepada perlaksanaan tingkahlaku atau perbuatan manusia yang dianggap ideal dan

 bersifat universal. Ia bersesuaian dengan semua lapisan pekerjaan masyarakat. Nilai-nilai yang

Page 9: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 9/11

9

cuba diterapkan adalah nilai-nilai yang tergolong di dalam ketegori Mahmudah dan menghalang

daripada perlaksanaan tingkahlaku Mazmumah.

Larangan melaksanakan tindakan yang berunsur  Mazmumah walaupun tidak dinyatakan

secara jelas tetapi daripada contoh pemahaman pengurusan hal ehwal Islam yang telah

dinyatakan terdapat beberapa tingkahlaku  Mazmumah  yang dilarang samada yang bersifat

dalaman atau yang bersifat luaran, antaranya;

i)  Riya'   (niat yang tidak baik) - jelas menunjukkan bahawa pengurusan ini meletakkan

kepentingan teologi iaitu niat bekerja kerana Tuhan pada tempat yang utama kemudian barulah

meletakkan kepentingan lain sebagai susulan.  Riya'   adalah unsur dalaman yang tergolong di

dalam tingkahlaku  Mazmumah. Jika difahami dari sudut pekerjaan, ia bermaksud meletakkan

kepentingan lain seperti menunjuk-nunjuk, bekerja kerana bos disebalik tindakan yang baik dan

 positif yang dilakukan dan seumpamanya.

ii) Penipuan - khusus di dalam tingkahlaku dan tindakan yang dilakukan. Ia berkait rapat

dengan konsep kejiwaan. Ini bermaksud ketinggian ilmu dan kemahiran bukan jaminan untuk

menghalang tindakan  Mazmumah  ini. Hanya kepercayaan metafizik sahaja yang dapat

menghalang tingkahlaku ini.

iii) al-Kasal   - iaitu sifat pemalas di dalam melakukan gerak kerja. Pengurusan hal ehwal

Islam secara terang-terangan menghalang daripada berlakunya tindakan al-Kasal   ini dengan

 penekanan unsur-unsur sentiasa memperbaiki diri.

iv) al-Hasad   - di dalam melakukan tindakan yang boleh menjatuhkan orang lain. Sifat

dengki ini akan dapat dilihat melalui tindakan dan tingkahlaku seseorang terutama sekali di

dalam mengejar cita-cita.

v) al-Riswah  - iaitu suatu sifat yang bukan sahaja dihalang di dalam agama tetapi juga di

dalam undang-undang masyarakat. Tindakan rasuah adalah satu tindakan yang boleh

menjatuhkan bukan sahaja maruah diri tetapi juga keteguhan organisasi dan masyarakat.

Page 10: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 10/11

10

Rujukan

Abdullah Nashih Ulwan, Dr.. 1989.  Pedoman Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, Jilid 1,

Klang: Klang Book Centre.Abd. Halim Muhammadi, 1986.  Pengurusan Dalam Islam. Selangor: Persatuan Bekas

Mahasiswa Islam Timur Tengah. 

Abdul Latif Muda (1983).  Pemikiran Islam Menghadapi Cabaran: Suatu Kajian Tentang

 Pemikiran Malek Bennabi. Kula Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdul Rahman Md. Aroff (1999).  Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral . Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

Abdul Ghafar Haji Don & Berhanundin Abdullah, 2002.  Pengurusan Masjid di dalam

 Membentuk Masyarakat Bertakwa. Dlm. Sulaiman Ibrahim, Othman Hj Talib & Anuar

Puteh (Pnyt).  Dakwah Kepada Masyarakat Muslim di Malaysia. Bangi. Jabatan

Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM.

Abu Daud, Muhammad Sulaiman Ibn al-Ash'ath. 1952. Sunan Abi Daud . Jilid 2. Misr: Mustafa

al-Babi al-Halabi.

 ____________. 1969. Sunan Abu Daud . Hims: Maktabah Muhammad al-Sayyid.

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. 1988.  Pimpinan al-Rahman Kepada

 Pengertian al-Quran. Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.

 ____________. (1990).  Beberapa Konsep Tentang Nilai-Nilai Islam: Rancangan Penerapan

 Nilai-Nilai Islam Siri 1. Kuala Lumpur: Utusan Princorp Sdn. Bhd.

 ____________. (1996). Cadangan Program Pendekatan Dakwah Kepada Masyarakat Orang

 Asli. Kertas kerja, Mesyuarat Jawatankuasa Pertugas Meneliti Program Pendekatan

Dakwah dikalangan Masyarakat Orang Asli. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Bucaille M. 1978. The Bible, The Quran and Sceience. USA: American Trust Publication.

Al-Bukhari, Abbu Abd Allah Muhammad Ibn Ismail. 1377 H. Sahih al-Bukhari. Misr: Mustafa

al-Babi al-Halabi.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. 1988. Terjemah Hadis Sahih al-Bukhari. Di terjemahkan

oleh Nasharudin Thaha. Jilid 1,2,3 dan 4. Klang: Klang Book Centre.

Al-Bureay, Muhammad, 1992.  Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam.

Terjemahan Abdullah Muhammad Nor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Page 11: Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

8/13/2019 Dasar Amalan Pengurusan Hal Ehwal Islam: Tumpuan Kepada Organisasi

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-amalan-pengurusan-hal-ehwal-islam-tumpuan-kepada-organisasi 11/11

11

Boardman W. 1973. Science and Creation. California: Creation and Science Research Centre.

Brian W. Sherratt and David J. Hawkin, 1972, Gods and Men, a Survey of World Religion,

Glasgow.

Chek Mat. 2000.  Pengurusan kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn

Bhd. Citra Karya. 1994.   Falsafah Nilai Dan Etika Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur:Institut

Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam di dalam Perkhidmatan Awam, tahun 1985.

David G. Bradley. 1963. A Guide to the World's Religion. Prentice-Hall.

Harold Koontz & Heinz Wienrich. 1992.  Management prospects. Terjemahan Rahman Embi.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ho, W.M. 1977.  Asian Values and Modernization. Dalam Seah, C.M. (Ed.). Asian Values and

Modernization. Singapore: Singapore University Press.

Hunter, G. 1966. Southeast Asia: Race, Culture and Nation. London: Oxford University Press.

Ibn Taimiyyah. t.th. al-Aqidah al-Wasitiyyah. Beirut.

 Information Malaysia Year Book . 1995. Kuala lumpur: Berita Publication Sdn. Bhd.

Jaafar Muhammad, 1988.  Asas Pengurusan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Jabatan Perkhidmatan Awam (2001). Pekeliling Perkhidmatan, Bilangan 17, tahun 2001.

Jacques Waardenburg. 1981. Classical Approaches to the Study of Religion, Aims, Methods and

Theories of Research. Paris: Mouton.

James, Hastings. 1987. The Encyclopedia of Religion and Ethics. vol 10. New York.

Johami Abdullah. 1993. Pendidikan Muzik Manusia Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

John Cogley. 1968.  Religion in a Secular Age, the Search for Final Meaning . New York:

Frederick A. Praeger.

Joseph M. Kitagawa. 1969. The History of Religion (Essays on the Problem of Understanding).

Chicago: The University of Chicago Press.

Kenji Iwabuchi. 1990. Ethics: The Japanese Approach. Seminar Etika Pengurusan: Amalan masa

kini dan masa depan. Seminar anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pada

Januari 1997. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.