Dasar Awam Dan ETP-GTP

Embed Size (px)

DESCRIPTION

UKM

Citation preview

32

A.Apakah yang dimaksudkan dengan dasar awam dan mengapakah ia penting untuk dikaji

1.0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan kaum merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik. Melalui perpaduan kaum yang kukuh tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju. Penjajahan telah membentuk kaum-kaum yang berbeza bukan sahaja dari segi kebudayaan, agama, peringkat sosioekonomi malah membahagikan tempat tinggal mengikut kelompok kaum tersebut. Aspek-aspek ini boleh menjadi penghalang untuk mencapai perpaduan. Jadi dasar adalah satu nilai yang perlu dicapai, dan amalan yang perlu dilakukan bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum di Malaysia.

Menurut NatraNadea (2010), dasar-dasar kerajaan adalah untuk mencorakkan kehidupan rakyat sesebuah negara. Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikannya sendiri kerana dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa. Sebagai sebuah negara kecil yang dibahagikan kepada dua wilayah iaitu Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Malaysia adalah merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan, menganuti pelbagai fahaman agama dan mempraktikkan pelbagai budaya dan konteks sebuah negara persekutuan. Dasar merupakan suatu yang penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara. Dasar merupakan rangka dalam pelaksanaan rancangan kerajaan dan berbentuk pelan tindakan yang dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara.Di Malaysia khususnya, telah wujud pelbagai bentuk dan fungsi dasar awam yang telah diasaskan oleh badan-badan yang tertentu. Yang mana tujuan utama pembentukan dasar awam ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam sistem pentadbiran di Malaysia di samping untuk mengatasi masalah yang timbul ekoran daripada kelemahan dalam pentadbiran awam. Dasar awam merupakan suatu garis panduan yang menjadi keperluan dalam segala aspek yang berkaitan dengan pentadbiran di Malaysia. Dasar awam juga merupakan suatu kerangka, panduan, pelan, strategi dan petunjuk yang digunakan untuk merangka bagi menterjemahkan wawasan politik kerajaan kepada program dan tindakan untuk mencapai hasil yang diingini.

Selain itu, menurut Easton (1957), dasar negara adalah merupakan garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang. Walau bagaimanapun, minat seseorang terhadap perkara ini berbeza. Ada yang terlibat dalam penggubalan dasar dan ada yang berfungsi sebagai pelaksana. Tujuan dasar-dasar negara adalah bagi membantu negara mencapai matlamat keselamatan negara. Selain itu, kepentingan perpaduan dan kestabilan negara adalah bagi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi rakyat juga masyarakat. Oleh itu, perpaduan negara akan menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan penduduk negara ini seterusnya akan menjadi faktor penting kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Menurut George A. Krause & Kenneth J. Meier (2003), seorang sarjana pentadbiran awam iaitu Appleby (1952) mengatakan inti pati pentadbiran awam adalah membuat polisi atau dasar. Hal ini kerana setiap tindak tanduk kerajaan adalah berdasarkan polisi awam. Hal ini boleh dijelaskan berdasarkan polisi awam merupakan syarat utama di dalam semua bentuk pengurusan dan pentadbiran. Dengan kata lain, segala kerja dan program yang hendak dilaksanakan mesti berlandaskan polisi awam yang telah ditetapkan dan yang telah dibentuk.

Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikannya sendiri kerana dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Matlamat untuk menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu-padu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil dengan mempunyai keunikan tersendiri. Menurut Johns Hopkins Institute, (2014), pembangunan adalah sesuatu yang abstrak dan terlalu luas untuk dibincangkan. Dalam konteks negara, aspek pembangunan akan melihat beberapa perkara yang penting. Oleh itu Malaysia perlu mempunyai dasar yang bukan sahaja dapat menggembleng sumber-sumber tetapi boleh mengurangkan jurang perbezaan antara kaum bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasionalSecara keseluruhannya, dalam penulisan esei ini akan diperjelaskan mengenai konsep dan kepentingan dasar awam. Konsep dan kepentingan dasar awam ini akan dibincangkan dan diperjelaskan satu persatu oleh penulis bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai konsep dan kepentingan sebenar dasar awam ini.

2.0 KONSEP DASAR AWAMDasar awam adalah yang mengenai tindakan-tindakan kerajaan. Ia dikaitkan dengan disiplin sains politik serta kebolehan disiplin akademik tersebut dalam menghuraikan , menganalisiskan dan menerangkan dasar awam itu. Dasar awam juga boleh dikatakan dengan langkah kerajaan untuk memilih membuat atau memilih tidak membuat sesuatu.Secara umumnya, perkataan dasar merujuk kepada tingkah laku beberapa actor (pelaku) tertentu dalam pembuatan dasar awam yang rasmi seperti agensi-agensi kerajaan atau badan perundangan dalam lingkungan aktiviti tertentu misalnya seperti pengangkutan awam, kemudahan pendidikan dan perlindungan pengguna. Dasar awam juga merujuk kepada keputusan kerajaan dalam memilih hendak membuat ataupun tidak sesuatu perkara. Anderson (2000: 1) menjelaskan bahawa dasar awam dari segi pelaksanaan dan perkembangannya yang secara sistematik berkaitan dengan pengetahuan terhadap tingkah laku politik dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan. Namun demikian, dasar awam secara saintifiknya membentuk pemahaman asas kita dalam proses pembuatan dasar awam yang dikatakan sebagai proses politik sama ada mempunyai matlamat yang baik atau betul. Menurut William N. Dunn (1994: 15) mengatakan proses pembuatan dasar awam merupakan sesuatu siri aktiviti yang bersifat intelektual yang melibatkan proses politik.Suatu ungkapan luas diberikan oleh Robert Eyestone (1971: 18) mengenai dasar awam ialah hubungan di antara unit-unit kerajaan dengan persekitarannya. Definisi yang diberikan oleh Eyestone ini cukup luas yang mungkin akan menyebabkan tidak pasti maksud yang sebenar kerana ia boleh merangkumi segala aspek dalam kehidupan daripada perkara yang kecil sehinggalah kepada perkara yang besar. Sebagai contoh, bidang pendidikan di Malaysia. Sasaran kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu semua rakyat Malaysia akan berpeluang mendapat pendidikan secara formal dan mengatasi masalah buta huruf tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Semua rakyat berhak mendapatkan pendidikan di Negara ini tanpa diskriminasi atau dianaktirikan (MalikeBrahim).Thomas R. Dye (1978: 1) mendefinisikan dasar awam sebagai apa-apa sahaja pilihan kerajaan untuk membuat sesuatu atau tidak. Daripada definisi yang dikemukakan oleh Dye, beliau tidak menjelaskan secara tepat apa yang dipilih atau diputuskan oleh kerajaan untuk dibuat atau dilaksanakan berbanding dengan perkara yang diputuskan oleh kerajaan untuk tidak dilaksanakan. Apa yang difahamkan adalah berkaitan dengan proses pembuatan keputusan secara rasional yang mengambil kira kepentingan banyak pihak dalam sesebuah negara. Jika dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, apa yang diputuskan oleh kerajaan untuk dilaksanakan seperti berkaitan dengan perpaduan kaum, keharmonian dan sebagainya merupakan keputusan kerajaan untuk melaksanakannya. Sebaliknya, keputusan kerajaan untuk tidak mengambil sebarang tindakan atau berdiam diri kerana berkaitan dengan sensitiviti sesuatu kaum dan agama yang boleh mencetuskan pertelagahan, perbalahan, rusuhan dan sebagainya juga dianggap sebagai dasar awam. Menurut Ahmad Atory (1992), takrifan yang diberikan oleh Dye mempunyai dua maksud. Pertama, apa juga langkah atau tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan sesuatu perkara seperti mengekalkan ketenteraman awam di seluruh Malaysia. Bagi tujuan tersebut, kerajaan telah memperketat beberapa peraturan dan undang-undang seperti mengharamkan sebarang perbincangan isu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum melalui penguatkuasaan Akta Hasutan 1948 (pindaan 1971). Tindakan ini bertujuan untuk meredakan dan seterusnya mengatasi konflik perkauman yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum seperti yang telah berlaku di Malaysia pada 13 Mei 1969 dahulu. Kedua, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa terhadap sesuatu perkara. Situasi ini berlaku apabila pihak kerajaan memutuskan untuk mengelak daripada membuat sebarang keputusan, atau tidak mengambil apa-apa tindakan atau dasar tertentu berhubung dengan sesuatu perkara. Jadi, keputusan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan dan melaksanakan sesuatu boleh juga ditakrifkan sebagai dasar awam. Dalam situasi begini, Dye (1978: 3) menyifatkan keputusan kerajaan itu sebagai non-decision atau keputusan untuk tidak membuat keputusan. Contohnya, apabila timbul suatu isu yang berkaitan dengan kepentingan umum, kerajaan mengambil sikap berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan isu tersebut. Keputusan kerajaan untuk berdiam diri ini dapat disifatkan sebagai suatu dasar awam.Mengikut Prof. Richard Rose (1969), beliau menjelaskan dasar awam merupakan satu siri aktiviti atau kegiatan yang berpanjangan sama ada sedikit atau banyak yang melibatkan keputusan yang konkrit walaupun kesannya berbeza dengan keputusan yang diambil. Takrifan beliau lebih bermakna kerana ia menekankan dengan anggapan bahawa dasar awam sebagai satu bentuk atau siri tindakan yang berterusan. Tindakan itu pula merupakan keputusan untuk melakukan sesuatu.Sementara Carl Friedrich (1963: 79) seorang ahli sains politik mendefinisikan dasar awam ialah; a proposed of action of a person, group, or government within a given environment obstacles and opportunities which the policy was propose to utilize and overcome in an effort to reach a goal or realize an objective or a purposeIni dapat ditakrifkan dasar awam sebagai satu haluan tindakan, di mana dasar diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu matlamat atau tujuan. Walaupun matlamat dan tujuan kerajaan sukar diketahui, tetapi secara idealnya dasar awam melibatkan perakuan tindakan. Hal ini kerana, Friedrich telah merumuskan bahawa dasar awam seharusnya dilihat sebagai apa yang sebenarnya dilakukan oleh kerajaan, tetapi bukannya apa yang dicadangkan untuk diambil tindakan mengenai sesuatu perkara. Dasar awam merupakan suatu tindakan yang bertujuan untuk memenuhi sesuatu antara kehendak dan keperluan rakyat serta mencapai hasrat pemerintah. Walau bagaimanapun, dasar awam seharusnya memperlihatkan apa yang sebenarnya yang telah dilakukan oleh kerajaan dan bukannya apa yang dicadangkan sebagai satu tindakan ke atas sesuatu perkara atau isu yang timbul dalam sesebuah masyarakat. Menurut Anderson (2000: 4) mencadangkan konsep dasar awam sebagai satu siri tindakan yang bertujuan (mempunyai matlamat dan sasaran) atau sekumpulan actor-aktor (pelaku yang pembuat dasar) atau sekumpulan actor-aktor dalam menangani masalah atau perkara yang timbul atau wujud dalam masyarakat. Merujuk kepada kenyataan ini, ia memfokuskan kepada apa yang sebenarnya berlaku sama ada dari sudut positif atau negatif dan bukannya apa yang hanya dicadangkan atau dicita-citakan. Ia juga membezakan sesuatu dasar itu daripada satu keputusan yang pada asasnya merupakan pilihan-pilihan tertentu yang dibuat daripada pelbagai alternatif yang ada oleh kerajaan atau agensi-agensinya. Dasar awam dalam bentuk positif dibuat berasakan kepada undang-undang dan ia berautoriti. Ini membawa maksud setiap anggota masyarakat menerima dasar itu sebagai usaha yang abash (ada legitimasi), di mana mereka yang mematuhi atau menerimanya seperti sanggup membayar cukai, memandu dengan ada lesen memandu, tidak melakukan kesalahan jenayah dan sebahagiannya kerana takut didenda dan dihukum penjara. Mereka yang enggan mematuhi dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan akan dikenakan tindakan tertentu seperti denda, hukuman dan penjara. Dengan erti kata lain, dasar ini dikatakan berautoriti kerana ia mempunyai kuasa paksaan yang sah ke atas setiap anggota masyarakat dan ini merupakan ciri istimewa dasar awam. Ini amat jelas disebutkan oleh Easton (1965: 212) iaitu dasar awam adalah berautoriti dalam sistem politik.Menurut Easton (1965) mengatakan individu-individu yang terlibat dalam urusan sistem politik sebagai mempunyai tanggungjawab terhadap perkara tersebut dan mengambil tindakan yang dipersetujui bersama setiap masa, di mana mereka bertindak dalam had peranan mereka sendiri. Autoriti ini merujuk kepada kuasa para eksekutif, raja-raja, ahli-ahli perundangan , kehakiman, pentadbiran dan lain-lain. Mereka merupakan golongan yang terlibat secara langsung dalam kegiatan harian sistem politik. Kuasa golongan ini diiktiraf selagi mereka bertindak dalam batas-batas yang dibenarkan berdasarkan peranan masing-masing. Secara ringkasnya, dasar awamboleh dikatakan sebagai suatu tindakan dan keputusan yang dibuat oleh pegawai-pegawai dan agensi-agensi kerajaan. Oleh itu, semua dasar yang berasal dari kerajaan harus dianggap sebagai dasar awam. Secara rumusannya dasar awam merupakan tindakan yang berorientasikan matlamat atau tujuan. Dalam sistem politik medan dasar awam tidak digubal tanpa apa-apa sebab dan tujuan. Ia melibatkan haluan atau bentuk tindakan oleh kakitangan kerajaan. Misalnya, dasar awam tidak hanya melibatkan keputusan atau meluluskan undang-undang mengenai sesuatu perkara, tetapi juga keputusan untuk melaksana dan menguatkuasakannya. Dasar awam juga merujuk kepada ada yang sebenarnya berlaku yang dilakukan dan bukan yang diinginkan atau cuba untuk dilakukan. Sebagai contoh, jika Parlimen meluluskan undang-undang bahawa setiap rakyat perlu membayar sejumlah wang sebagai cukai, tetapi tidak ada sebarang tindakan untuk menguatkuasakannya, maka dasar itu tidak dapat dilakukan atau dilaksanakan sepenuhnya. Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti pencegahan jenayah, rasuah, pecah amanah dan sebagainya walaupun pihak kerajaan menguatkuasa undang-undang berkaitan dengan perkara-perkara ini, tetapi jika tiada sebarang tindakan komprehensif diambil, ia tidak akan memberikan apa-apa makna (MalikeBrahim 2008).

3.0 KEPENTINGAN DASAR AWAM UNTUK DIKAJIMenurut Peter dan Danielle (2006) pernyataan pertama konsep sains dasar merupakan tanda aras bidang penyelidikan adalah relevan kepada dunia politik dan sosial. Sains dasar telah menyebabkan bidang dasar awam telah memberi ruang untuk diterokai ilmu tersebut sejak tahun 1951 lagi. Oleh itu, masalah dunia telah menjadi semakin kompleks, maka orientasi berpusat perlu diberi tumpuan, seperti cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah yang menekan masyarakat dan sesebuah kerajaan (Frank et al. 2007). Dasar awam sebagai bidang sains dasar mempunyai kepentingan dalam menghadapi masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan kerajaan seiring perkembangan semasa mengikut zaman.Dasar awam merupakan sebagai sains dasar yang telah berevolusi dari zaman ke zaman. Pendekatan sains dasar terdapat daripada bidang-bidang sains sosial seperti sains politik, pentadbiran awam, komunikasi, psikologi, perundangan, dan sosiologi (Frank et al. 2007). Sebagai contoh, peristiwa politik yang penting dalam membangunkan sains dasar seperti Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah mengabung bidang sains sosial seperti ekonomi, sains politik, penyelidikan operasi, psikologi dan lain-lain untuk peperangan. Hal ini menyebabkan wujudnya bidang sains dasar (dasar awam) dalam menentukan hala tuju kerajaan dalam suatu masalah.Ekonomi, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, perumahan, alam sekitar, tenaga, pekerjaan. Hampir setiap aspek kehidupan harian dipengaruhi oleh keputusan dasar awam di semua peringkat aktiviti kerajaan. Yang membuat keputusan dasar yang penting, dalam apa cara dan berdasarkan apa keterangan atau kriteria adalah isuisu penting, terutama kerana masalah awam berkembang semakin kompleks, saling berkaitan, global, dan pelbagai generasi. Cabarancabaran ini menuntut analisis yang ketat, keupayaan untuk mempertimbangkan pilihan dasar pelbagai dan sering samasama menarik, dan pemahaman yang halus strategi yang diperlukan untuk menjadikan pilihan dasar ke dalam kesan (http://www.northeastern.edu/policyschool/. 24 April 2015).3.1Dasar awam dan sains sosialSemasa zaman pencerahan idea pembangunan ilmu sosial giat berkembang untuk menjadi kukuh. Revolusi Amerika dan Perancis kemuncak pembangunan dan aplikasi skala besar teori sosial dan politik moden (Wagner, 2001). Revolusi telah membawa situasi sosial dalam keadaan baik untuk ilmu sosial sehingga membawa kepada penciptaan sains sosial. Dasar awam mempunyai kaitan yang kuat dengan sains sosial di mana pemahaman sosial dan politik dunia membawa kepada kewujudan bidang sains dasar terutama dasar awam.Apabila dasar awam dikaitkan dengan sains sosial terdapat banyak kepentingan dalam mengkaji dasar awam. Menurut Peter Wagner (2003) akar tradisional teoritikal dalam sains sosial juga terdapat permasalahan politik (dasar awam) dan terdapat beberapa pendekatan. Sesetengah ahli teori berpendapat bahawa lokasi sosial menentukan orientasi dan tindakan manusia. Pertama, dalam teori budaya, dasar awam itu dikaitkan dengan menekankan jarak nilai dan orientasi disebabkan oleh latar belakang yang sama. Sesebuah negara sebagai entiti budaya-linguistik (cultural-linguistic) yang menunjukkan kumpulan rasa identiti manusia seperti budaya antropologi. Dalam mengkaji dasar awam sesuatu budaya yang terdapat dalam sesebuah negara perlu diambil kira dalam membuat keputusan sesuatu dasar, maka teori budaya dalam sains sosial amat penting dalam dasar awam.Kedua, teori berasaskan minat, meletakkan loghat pada persamaan kedudukan struktur sosial dan ia merupakan persamaan yang menarik. Dalam pendekatan ini, membentuk disiplin seperti sosiologi, stratifikasi sosial dan kelas di mana ia adalah kunci memahami kategori minat dan sebagai derivative atau tindakan. Sesebuah negara terdapatnya lapisan masyarakat yang berstruktur dan wujud kelas-kelas lapisan sosial. Oleh itu, dalam menghasilkan keputusan yang memuaskan bagi setiap lapisan masyarakat sesuatu kajian perlu dilakukan sejauh mana tahap stratifikasi, kelas dan lapisan itu wujud bagi menghasilkan dasar awam yang baik.Pendekatan ketiga pula adalah menstabilkan aktiviti manusia muncul secara langsung bertentangan dengan ahli budaya dan pemikiran sosiologi. Dalam teori individualis-rasionalis, pemerintahan penuh diberikan kepada manusia (individu) dan tiada perintah sosial mengekang tindakan mereka. Secara tradisi bahawa bagi mencapai dari ekonomi politik kepada ekonomi neoklasik mesti berdasarkan teori pemilihan rasional. Hal ini boleh dijelaskan dengan maksud seperti seseorang itu mesti berkuasa penuh, dikurniakan dengan rasional mengejar minat dengan membawa kesejahteraan masyarakat. Seterusnya dalam pendekatan sains sosial adalah satu tingkah laku-statik, tiada andaian dibuat tapi sikap dan tingkah laku individu dikira, dirumuskan dan dirawat dengan teknik matematik untuk meneroka peraturan empirikal. Pendekatan ini boleh digabungkan dengan ketiga-tiga pendekatan di atas. Dalam keempat-empat pendekatan untuk kehidupan sosial semua kukuh, dan perbincangan tentang kekuatan dan kelemahan pendekatan tersebut telah lama berlalu. Apa yang penting dalam pemerhatian mengenai penggunaan sains sosial adalah bahawa kesemua telah dibangunkan bukan semata-mata sebagai projek intelektual, tetapi dengan tujuan untuk mengenal pasti dan meningkatkan unsur-unsur kehidupan sosial yang membawa kestabilan ke dunia sosial melalui sains dasar sekaligus dibincangkan dalam membuat keputusan dasar awam. 3.2Dimensi untuk analisis dasar awamDalam bidang dasar awam, pendekatan bukti-maklumat untuk membuat keputusan merupakan pendekatan yang sesuai. Pendekatan tersebut menekankan kepada menilai keberkesanan pilihan yang sedang dipertimbangkan. Begitu juga, banyak kerajaan telah menetapkan untuk menganalisis dasar-dasar dan program-program untuk menentukan "apa yang berjaya" (Florence, 2012).Isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu dasar awam juga perlu dikenal pasti supaya peluang mencapai kejayaan boleh dinilai dan pelaksanaannya mudah dirancang. Data yang berkaitan dengan sesuatu isu adalah mesti terperinci selepas dicari oleh pembuat dasar, yang bertanggungjawab dan subjeknya kepada pelbagai tekanan, yang menyumbang kepada keprihatinan mereka untuk menjangka bagaimana pihak berkepentingan bertindak balas terhadap dasar yang diberikan (Florence, 2012).Gabungan sains politik dan dasar telah menghasilkan enam analisis dimensi yang mempengaruhi pembuat keputusan tentang dasar awam : keberkesanan, kesan tidak diingini, ekuiti, kos, kebolehlaksanaan dan penerimaan. Menurut Florence lagi sesuatu dimensi untuk analisis dasar awam itu boleh diuji ketahanannya dengan mendokumentasikan kapasiti dasar yang dikaji kekal berkuat kuasa dan terus menghasilkan kesan-kesan dari masa ke masa.

Jadual 2.1 Dimensi untuk analisis dasar awam

EffectsEffectivenessWhat effects does the policy have on the targeted problem?Durability

Unintended effectsWhat are the unintended effects of this policy?

EquityWhat are the effects of this policy on different groups?

ImplementationCostWhat is the financial cost of this policy?

FeasibilityIs this policy technically feasible?

AcceptabilityDo the relevant stakeholders view the policy as acceptable?

Sumber diubahsuai: Florence, 2012Jadual 2.1 menunjukkan dimensi analisis dasar awam. Sesuatu dasar awam itu boleh dianalisis dengan menggunakan data-data yang kukuh serta bukti dan maklumat yang tepat. Sekali gus membawa kebaikan sama ada kesan yang baik dan keberkesanan serta ketahanan sesuatu dasar itu untuk jangka masa yang lama. Dimensi dasar awam itu boleh dianalisis dengan mengemukakan soalan-soalan yang boleh membawa kepada matlamat sesuatu dasar untuk keberkesanan dasar.3.3 Penggerak utama proses politik masyarakatDasar awam dapat ditafsirkan dengan pelbagai maksud. Secara umumnya, dasar awam merupakan apa juga projek, program atau rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. Dasar awam juga merupakan teras, panduan atau matlamat am bagi orang awam atau rakyat demi kepentingan masyarakat umum. Ia juga mempunyai ciri kebajikan supaya rakyat hidup selesa, aman, tenteram, sejahtera, bekerjasama dan bersatu padu. Dasar awam juga didefinisikan sebagai apa sahaja pemilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu. Walau apa pun tafsiran yang diberikan, dasar awam adalah penting untuk dijadikan sebagai penggerak utama proses politik dalam kalangan masyarakat. Hal ini adalah bagi tujuan untuk mengelakkan daripada berlaku perpecahan kaum dan masyarakat yang berpecah belah terutama dalam melakukan sesuatu keputusan. Kepentingan ini dapat dilihat melalui beberapa peristiwa yang semasa proses pembentukan kemerdekaan negara yang menampakkan dasar sebagai penggerak utama dalam proses politik masyarakat. Contohnya adalah semasa tempoh Malayan Union sehingga kemerdekaan Tanah Melayu iaitu timbulnya semangat kebangsaan dan wujud pergerakan politik berasaskan kaum. Selain itu, perjuangan kemerdekaan dan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum meletakkan asas kerjasama dan perundangan antara kaum yang mana melalui kerjasama ini telah berjaya melahirkan negara yang merdeka di Tanah Melayu pada tahun 1957.Sebagai sebuah negara yang telah merdeka, Rukun Negara adalah merupakan asas kepada pencapaian dan pembentukan sistem nilai dalam negara dan bagi mencapai matlamat pembangunan dan penyatuan negara. Hal ini dapat dilihat bahawa keperluan dasar adalah sebagai asas dalam pembentukan sesebuah negara dan ia digubal untuk mencapai perpaduan, membasmi kemiskinan, dan menyusun semula masyarakat seperti yang dinyatakan dalam tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971-1990. Melalui Dasar Pembangunan Nasional 1991-2000, kepentingan dasar ini jelas menunjukkan kepentingannya dalam pembentukan masyarakat di sesebuah negara dan menggerakkan proses politik masyarakat. Dasar ini dilaksanakan dan digubal untuk mengatasi masalah-masalah dalam DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat serta mempertingkatkan kemajuan ekonomi dan pembangunan masyarakat yang lebih seimbang. Selain itu, Dasar Sosial Negara juga menunjukkan kepentingan pembangunan nasional yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan modal insan bagi mencapai perpaduan dan kestabilan sosial dan ketahanan nasional. Dasar ini memberikan penekanan dalam menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.3.4 Mencapai matlamat sesebuah negara dan agenda kerajaanPelaksanaan dasar juga turut mempunyai kepentingan dalam mencapai matlamat sesebuah negara. Bagi mencapai sebuah negara yang maju, sudah tentu negara perlu mempunyai matlamat yang tersendiri sebagai asas membentuk sebuah negara seperti yang diingini.

Wawasan 2020 yang dilancarkan pada 28 Februari 1991 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sebagai salah satu matlamat negara untuk negara maju dan sebagai titik pencapaian negara menjelang tahun 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju. Dasar ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju tahun 2020 dan objektifnya adalah sebagai negara maju, berdikari, bersatu, progresif dan makmur yang melibatkan semua aspek iaitu ekonomi, politik, sosial, moral dan etika. Sebagai contoh, dalam Malaysia mencapai matlamat Wawasan 2020, berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1987, 1997/1998 yang menyebabkan berlaku kejatuhan dalam ekonomi Malaysia yang menjadikan negara perlu melaksanakan dasar baru bagi memulihkan kembali ekonomi negara. Oleh hal yang demikian, sebagai contoh Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan dan Dasar Pembangunan Sosial dan lain-lain. Pelaksanaan dasar ini semua adalah sebagai langkah untuk memulihkan kembali ekonomi negara dan dapat meningkatkan lagi pembangunan dan pentadbiran dengan lebih cepat dan cekap.

3.5 Pelan tindakan dan hala tujuSesebuah negara yang ingin mencapai pembentukan negara yang maju dan berjaya seharusnya mempunyai asas pembentukannya tersendiri. Pelan tindakan dan hala tuju yang betul adalah merupakan kunci kepada kejayaan sesebuah negara untuk mencapai kemajuan. Seperti negara Malaysia, pengalaman dalam mencapai kemerdekaan negara adalah menunjukkan hala tuju yang terbaik untuk mencapai status negara maju yang membolehkan hasrat negara menjadi kenyataan.

Sesuatu dasar haruslah mempunyai objektif tertentu dan hala tuju tersendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Dasar haruslah digariskan dengan jelas apa yang harus dilakukan atau di ambil tindakan dan ia bukanlah sebuah perancangan semata-mata tetapi sebagai satu tindakan yang perlu dilaksanakan oleh mereka yang berwajib dan bertanggungjawab. Sebagai contoh, negara mempunyai pelbagai pelan tindakan yang menunjukkan hala tuju Malaysia seperti pelaksanaan dasar awam iaitu dasar ekonomi, dasar sosial dan etika dan dasar luar. Pelaksanaan dasar-dasar ini adalah sebagai tindakan untuk mencapai pembentukan negara contohnya dalam pelaksanaan dasar ekonomi yang melibatkan Dasar Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan banyak lagi. Pembentukan dasar-dasar ini memberi hala tuju kepada negara untuk menentukan kejayaan dalam pelaksanaannya dan jika dilihat kepada Dasar Pertanian negara yang bertujuan mencapai objektifnya iaitu dengan menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara, menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara dan meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.

Rasional penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985 - 1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenal pasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.

3.6Meningkatkan kecekapan dan produktiviti

Kepentingan pelaksanaan dasar awam juga turut dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti sesebuah negara. Rasionalnya kerajaan memperkenalkan dasar-dasar di negara adalah untuk memenuhi objektif sosioekonomi negara seperti pembangunan ekonomi, pengagihan pendapatan, perkhidmatan awam, kestabilan atau keselamatan negara dan juga kebajikan masyarakat dan untuk menjadi sebuah negara yang makmur dan bersatu padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana yang aman dan stabil.

Pelan dan tindakan hala tuju sebuah negara antara salah satu daripada cara negara untuk meningkatkan kecekapan dalam menguruskan negara dengan lebih sistematik dan teratur tanpa adanya halangan yang boleh memecahbelahkan struktur pemerintahan. Oleh hal yang demikian, dasar-dasar yang telah dilaksanakan adalah sebagai kayu pengukur kepada negara untuk mencapai objektifnya dan dapat meningkatkan produktiviti dalam sistem pemerintahan dan pembentukan Malaysia.

Sebagai contohnya Dasar Automotif Nasional, sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan reka bentuk operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen sehingga hari ini Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN. Namun begitu, sebahagian besar daripada kejayaan dalam membangunkan industri automotif tempatan didorong oleh dasar-dasar yang menyokong pengeluaran kenderaan tempatan seperti Dasar Automotif Nasional ini. Persaingan di peringkat global juga turut akan memberikan kesan kepada perancangan masa hadapan kerana akan berdepan dengan persekitaran global yang lebih maju. Menyedari persekitaran global ini, Dasar Automotif Nasional dirangka dengan tujuan bagi menangani masalah dan cabaran tersebut serta mentransformasikan sektor automotif tempatan supaya lebih berdaya tahan, berdaya saing dan sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti kepada negara.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dasar awam merupakan suatu garis panduan yang wujud dalam suatu organisasi pentadbiran di mana-mana negara termasuklah Malaysia. Kewujudan dasar awam ini dalam sistem pentadbiran Malaysia secara langsung telah melicinkan lagi urusan pentadbiran yang mana setiap satu daripada agenda pembangunan mahupun pentadbiran yang hendak dijalankan. Kepentingan dasar awam juga tidak dapat dinafikan lagi apabila terdapat pelbagai kepentingan yang sangat baik bukan sahaja untuk dikaji malah ia turut memberi kepentingan yang wajar kepada sistem pentadbiran di Malaysia. Berasaskan di atas, dapat disimpulkan bahawa peranan kerajaan dalam pembangunan negara adalah penting. Walau pun tidak perlu memainkan peranan sebagai peneraju dan bersaing dengan sektor swasta, kerajaan perlu melaksanakan tugas tradisinya termasuk menjaga keselamatan negara, menguatkuasakan undang-undang, menyediakan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan serta mengawalselia perjalanan perniagaan supaya orang awam mendapat manfaat yang maksimum. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, terutama apabila sektor swasta tidak mampu memainkan peranannya dengan berkesan atau terdapat bidang-bidang penting tetapi sektor swasta tidak berminat untuk menceburinya, Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih aktif. Umpamanya, apabila pelaburan swasta masih rendah akibat ketidaktentuan yang berlaku pada dalam ekonomi dunia sekarang, Kerajaan berperanan untuk menampung penguncupan ini dengan meningkatkan pelaburan awam untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang dan kualiti hidup rakyat tidak terjejas. Selain daripada itu, dalam Islam adalah penting bagi sesebuah Kerajaan memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ini merupakan bidang yang sangat diberi keutamaan oleh Kerajaan sejak merdeka lagi kerana ilmu dapat membawa rakyat keluar daripada kancah kemiskinan. Ternyata usaha-usaha yang dilaksanakan sekarang ini telah menunjukkan hasil yang baik. Tahap kemiskinan Malaysia rendah berbanding dengan banyak negara lain. Namun masih banyak yang perlu dilakukan bagi mengatasi ketidakseimbangan di antara penduduk bandar dan luar bandar. B.Huraikan pencapaian dan impak Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) terhadap pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik negara

1.0PENGENALANProgram Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak. Program ini diumumkan sebagai pemangkin proses menjayakan keseluruhan hasrat Gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan. Keduadua program tersebut, GTP dan ETP adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat malah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.Agenda transformasi kerajaan dan ekonomi akan dilaksanakan mendukung falsafah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun negara. Malah, prinsip dan semangat Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan mendasari semua program pembangunan dan usaha-usaha kerajaan dalam melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia.Malah, kerajaan mengumumkan satu pendekatan baru dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, malah memperkasakan ekonomi negara dan mempertingkatkan keberkesanan bidang penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Programme (GTP) yang dilancar pada 20 Januari 2009 dan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) juga dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi mencapai WAWASAN 2020 sambil menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing diperingkat global.GTP dan ETP menjadi pemangkin untuk menggerakkan keseluruhan proses transformasi supaya matlamat rakyat berpendapatan tinggi serta kaedah penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dapat dibaharui, malah dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan baik dalam memenuhi hasrat rakyat.Selain itu, GTP dan ETP adalah merupakan hala tuju atau road map yang menggariskan objektif, hasil, inisiatif-inisiatif yang harus dilaksanakan dalam bidang NKRA yang dikenalpasti dan MKRA kementerian masing-masing. GTP dan ETP pula didukung secara serampang oleh Model Ekonomi Baru (MBE) atau New Economic Model dan Rancangan Malaysia Ke 10.Program GTP dan ETP turut melibatkan semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan serta penjawat awam dalam semua peringat menumpukan perhatian mereka dalam memenuhi keperluankeperluan yang menjadi keutamaan rakyat (Rakyat Didahulukan) . Pada masa yang sama, melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi mengubah asas-asas untuk menyampaikan perkhidmatan kerajaan dengan berkesan seperti diharapkan oleh rakyat (Pencapaian Diutamakan).1.1Aktiviti utama Ekonomi Nasional (NKEA), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Keberhasilan Pencapaian Negara (KPI)

Dalam usaha melaksanakan GTP dan ETP, kerajaan mengumumkan Aktiviti Utama Ekonomi Nasional atau Nasional Key Economic Area (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) serta Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara atau Key Performance Index (KPI).NKEA dan NKRA adalah dirujuk kepada penumpuan serta pelaksanaan projek dan program-program pembangunan tertentu oleh agensi-agensi kerajaan berdasarkan keperluan, harapan dan keutamaan rakyat. Hasil yang diperoleh daripada pelaksanaan projek dan program-program pembangunan dalam bidang-bidang tertentu ini dijangka akan mengatasi masalah utama yang dihadapi oleh rakyat malah memenuhi harapan mereka dan keutamaan rakyat. Usaha-usaha khusus ini juga dijangka akan mempercepatkan proses transformasi kerajaan dan memperkasakan keseluruhan ekonomi negara.NKEA adalah bidangbidang pembangunan ekonomi yang dikenalpasti berpotensi untuk terus maju. Sebagai permulaannya, kerajaan telah menetapkan 12 bidang utama ekonomi negara (NKEA). Antara bidang yang dikenal pasti adalah sektor Perkhidmatan dan sektor Pertanian yang bernilai tinggi termasuk sektor minyak dan gas, minyak sawit dan produk berkaitan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), perkhidmatan pendidikan, elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta, pertanian dan Greater Kuala Lumpur.Manakala, Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) adalah bidangbidang khusus yang akan diberi tumpuan oleh agensi pelaksana kerajaan, malah sasaran bagi setiap NKRA ditetapkan lebih awal supaya agensi pelaksana mencapai sasarannya dalam satu waktu tertentu yang di tetapkan.Daripada itu, kerajaan juga memperkenalkan kaedah Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara atau National Key Performance Index (KPI) pada 27 Julai 2009 untuk menilai pencapaian sasaran yang ditetapkan bagi setiap NKRA.Pendekatan NKRA sebagai bidang tumpuan dan KPI sebagai kayu pengukur prestasi agensi pelaksana umumnya digunakan sebagai radas timbangan kerja dalam sektor korporat dan jarang sekali digunakan dalam sektor awam. Namun, YAB Dato Seri MohdNajibBin Tun Razak memperkenalkan metodologi NKRA dan KPI pada pertamakalinya dalam pentadbiran kerajaan persekutuan agar rakyat diberi peluang untuk membuat penilaian dan keputusan terhadap prestasi penyampaian agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan program pembangunan dan penyampaian perkhidmatan berpaksikan kepentingan rakyat.Berhubungan dengan NKRA, enam bidang tertentu yang meliputi sektor sosial dan ekonomi telah dikenalpasti untuk dijadikan Bidang Berhasilan Utama Negara (NKRA) yang boleh di ukur pencapaiannya. Enam menteri kabinet di beri tanggungjawab menerajui NKRA bagi mencapai matlamat KPI kementerian masing-masing dalam menterjemahkan prinsip Pencapaian Diutamakan.1.2Jangka waktu pelaksanaan Program TransformasiProgram transformasi GTP dan ETP akan dijalankan dan dinilai pencapaiannya mengikut tiga jadual waktu tertentu yang ditetapkan iaitu Horizon-1 (2010-2012), Horizon 2 (2012-2015) dan Horizon 3 (2015-2020). Horizon 1 melibatkan permulaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif tertentu dalam bidang-bidang yang telah dikenalpasti (NKRA), Horizon 2 dijangka akan melihat keberhasilan NKRA dan malah mengubah suai kaedah pelaksanaan jika perlu dan Horizon 3 dijangka akan melihat pencapaian wawasan negara tercapai iaitu matlamat negara maju serta rakyat berpendapatan tinggi.Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dibentuk dalam Jabatan Perdana Menteri untuk mainkan peranan sebagai penyelaras induk, mengurus dan memantau program transformasi negara. Manakala, Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap pencapaian KPI dan NKRA yang telah ditetapkan.1.3Petunjuk-petunjuk positif NKRAPelaksanaan GTP dan ETP, terutamanya 6 bidang NKRA, yang giat dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh agensi-agensi kerajaan telah menunjukkan kesan positif yang dapat diukur prestasinya menggunakan KPI yang telah ditetapkan bagi NKRA masing-masing. Malah, menteri peneraju atau pegawai yang ditanggungjawabkan terhadap NKRA agensinya dilihat melaporkan pencapaian NKRA yang ditetapkan dalam media massa untuk makluman dan penelitian rakyat. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kesemua enam NKRA telah mencapai KPI yang ditetapkan. Petunjuk-petunjuk pencapaian yang dikecapi sejak Januari 2010 adalah seperti berikut:a. NKRA 1 bagi mengurangkan jenayah memperlihatkan lebih daripada 14,000 anggota Polis bersama-sama dengan 3,000 anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), ditugaskan semula (redeployed) di 50 kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah atau hot spots. Peningkatan rondaan oleh agensi-agensi penguatkuasaan keselamatan awam termasuk skim rondaan sukarela (SRSs) untuk mencegah jenayah dalam kawasan tumpuan telah berjaya mengurangkan kadar jenayah seperti disasarkan. Kadar jenayah telah menurun 16 peratus pada keseluruhannya dan kadar jenayah jalanan yang merangkumi ragut dan rompakan tanpa senjata turun 38.2 peratus dalam masa 9 bulan iaitu sehingga bulan September 2010. Sejumlah 29 inisiatif yang dilaksanakan oleh Polis untuk mengurangkan kadar jenayah dijangka akan berhasil seperti disasarkan dalam NKRA.b. NKRA 2 bagi membanteras rasuah pula, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat telah diluluskan oleh Parlimen dan akan kuatkuasakan mulai 15 Disember 2010. Mata Indeks CPI Rasuah Malaysia pula mencatat 4.4 mata yang jelas menunjukkan persepsi rakyat meyakini terhadap usah-usaha MACC menangani rasuah.c. NKRA 3 yang ditetapkan untuk menyediakan akses prasekolah yang berkualiti dan kemampuan pula melihatkan seramai ramai 18,000 kanak-kanak menerima manfaat daripada 929 kelas prasekolah.d. NKRA 4 bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah memperlihatkan hampir 44,000 rumah kos rendah ditawarkan dengan harga RM 21,50035,000 sebuah kepada penghuni masing-masing yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Sejumlah 6,639 keluarga dikenal pasti di Perak untuk di bantu mengatasi kemiskinan. Konsep program 1Azam diperkenalkan untuk melahirkan kumpulan wanita yang mencebur dalam perniagaan kecil termasuk pertanian, job-matching dan perkhidmatan. Semua keluarga yang disifatkan sebagai miskin tegar yang mendapat pendapatan kurang daripada RM1,500 didaftar dalam sistem e-Kasih dan bantuan wang kebajikan kepada kumpulan sasaran dibayar pada awal bulan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menggiatkan usaha menangani kemiskinan tegar di kalangan penduduk bandar dan desa melalui program Welfare Assistance Model dan Socio-Economic Assistance Scheme dalam mencapai sasaran NKRA.e. NKRA 5 bagi memperkasa prasarana luar Bandar, RMK10 dan bajet 2011 telah menggariskan projek dan memperuntukkan bajet untuk membina jalan baru, meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012 supaya kemudahan air dapat dinikmati oleh 60,000 buah rumah, meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sarawak dan Sabah kepada 95% pada akhir tahun 2012 yang akan dinikmati oleh 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah orang asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012. Laporan terakhir Kementerian pembangunan luar Bandar menunjukkan 7,249 km jalan baru dijangka siap menjelang 2012 termasuk 317.61 km di Semenanjung, 213.5 km di Sabah dan 60.59 km di Sarawak dan pencapaian ini merupakan pencapaian mencecah sasaran yang ditetapkan dalam NKRA. Berhubung dengan bekalan elektrik, sejumlah 19,401 rumah disediakan dengan bekalan tetap elektrik. Ini menunjukkan hampir 99.6 % unit rumah di Semenanjung (705 unit), 81% di Sabah(10,694 unit) dan 73% di Sarawak (8002 unit) yang terletak di desa telah dibekalkan kemudahan elektrik. Sementara itu, sejumlah 8,858 unit rumah di Semenanjung, 688 unit di Sabah dan 2597 unit di Sarawak telah disediakan bekalan air bersih yang dirawat. Sejumlah 360,000 unit rumah dijangka akan disediakan kemudahan bekalan air bersih yang dirawat menjelang tahun 2012.f. NKRA 6 untuk membaiki kemudahan pengangkutan awam memperlihatkan usaha-usaha penyelarasan laluan bas awam di bandar-bandar utama dapat dipertingkatkan dan berjaya menghasilkan peningkatan kadar pengguna bas awam bandar kepada 13 peratus. Kemudahan LRT di Lembah Kelang akan dipertingkatkan malah perjalanan ke Ampang ditambahkan sepanjang 17.7 km dan perjalanan ke Kelana Jaya ditambahkan sepanjang 17 km supaya jumlah pengguna pengangkutan awam di Lembah Kelang dapat dipertingkatkan kepada 96,000 pengguna sehari dalam perjalanan Kelana Jaya dan 66,000 pengguna sehari dalam perjalanan Ampang .Sesungguhnya, pelaksanaan GTP dan ETP dengan pakej perangsang ekonomi serta beberapa tindakan perubahan dan pengenalan inovasi telah berjaya meningkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan malah meningkatkan prestasi pencapaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan. Hakikatnya, pertumbuhan ekonomi juga menunjukkan kejayaan yang menakjubkan dimana pembangunan ekonomi mencatat 9.5 peratus bagi separuh tahun pertama. Peningkatan ini merupakan kadar yang paling tinggi pencapaiannya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.Pendekatan baru ini yang didukung oleh kombinasi pelbagai inisiatif kerajaan bersama sektor swasta telah memberi sumbangan yang amat menggalakkan dalam bidang ekonomi. Mengikut World Competitiveness Yearbook (WCY), Malaysia telah melonjakkan kedudukannya ke tangga 10 dalam daya saing sedunia pada tahun 2010 berbanding dengan tangga ke 18 pada tahun 2009. Malah, Malaysia mencatatkan rekod cemerlang (2) daripada empat (4) kategori daya saing di persada dunia iaitu kecekapan kerajaan (government efficiency) dari tangga 19 ke tangga 9 dan kecekapan perniagaan (business efficiency) dari tangga 13 ke tangga 4.2.0PENCAPAIAN PELAKSANAAN GTP DAN ETPTahun 2014 merupakan tahun yang mencabar dan menduga kepada pentadbir negara dengan pelbagai tragedi dan peristiwa yang telah dialami oleh negara. Namun, pihak kerajaan terus memberi komited dalam membina sebuah negara Malaysia yang selamat, makmur dan sejahtera kepada semua penghuninya. Dengan pelaksanaan Dasar Model Baru Ekonomi iaitu Program GTP dan ETP telah menghasilkan pencapaian kepada negara secara keseluruhannya.Menurut Perdana Menteri Malaysia, kesan program transformasi ekonomi ini dapat dilihat menerusi kenaikan kedudukan Malaysia dalam beberapa laporan antarabangsa tahun lepas. Antaranya adalah kedudukan daya saing Malaysia meningkat tiga mata ke tangga ke-12 dalam kalangan 60 negara, prestasi terbaik yang dicapai dalam tempoh empat tahun lalu. Selain itu, dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia dan laporan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Switzerland, menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-15 bagi negara yang berdaya saing dalam pelbagai segi seperti prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.KPI keseluruhan bagi NKRA menjangkau 105 peratus, manakala KPI keseluruhan untuk NKEA pula, telah melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110 peratus. Serentak itu, KPI bagi keseluruhan SRI turut melampaui target yang dihasratkan dan telah mencecah kadar 120 peratus.Laporan Indeks Kemudahan Menjalankan Perniagaan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia juga, telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-18, berbanding pada kedudukan ke-20 tempoh lalu. Selain itu, dalam laporan IMD World Competitiveness Yearbook 2014, kedudukan Malaysia meningkat ke kedudukan 12 daripada tangga 15. Menurut beliau lagi tahun lepas, dua penyelidik Bank Dunia Profesor Charles Sabel dan Luke Jordan menerbitkan satu kertas kajian bertajuk 'Doing, Learning, Being: A Study of Malaysia's Transformation Program' yang mengandungi perakuan mereka tentang keberhasilan transformasi sebenar di Malaysia. Ini menunjukkan pelaksanaan GTP dan ETP diiktiraf dunia. Pencapaian pelaksanaan GTP dan ETP adalah seperti di bawah.2.1Pembangunan infrastruktur luar bandarDengan pelaksanaan GTP dan ETP dalam negara, penduduk banyak menerima kesan positif termasuklah penduduk yang tinggal di luar bandar. Terdapat pelbagai pembangunan infrastruktur telah dilaksanakan di luar bandar iaitu menerusi kemudahan bekalan air bersih, jalan raya dan elektrik yang telah disediakan oleh pihak kerajaan sejak 2010. Dengan pembangunan infrastruktur ini telah memberi kemudahan kepada penduduk untuk bergerak dan berhubung dengan kawasan sekitar seperti pekan kecil bagi mendapatkan barangan keperluan harian. Contohnya, kerajaan telah membina 4,553 kilometer jalan raya secara keseluruhannya termasuk jalan raya sepanjang 60 kilometer yang menghubungkan Pekan Sook ke Kampung Sinua di Keningau, Sabah. Di samping itu, seramai 330,000 isi rumah juga menikmati kemudahan bekalan air bersih dan hampir 130,000 yang lain menikmati kemudahan bekalan elektrik tanpa gangguan.2.2Mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendahSelain itu, hampir 170,000 golongan miskin telah berjaya dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan, susulan kenaikan jumlah pendapatan mereka dalam tempoh lima tahun ini. Peningkatan pendapatan mereka ini adalah disebabkan pelaksanaan program akhiri zaman kemiskinan atau 1AZAM. Program ini banyak memberi penekanan dari sudut pembangunan keupayaan diri dan kemahiran kewangan. Sebanyak 65 000 keluarga daripada golongan sasar dan kurang berkemampuan telah dibantu di bawah program ini. Contoh kejayaan program 1 AZAM adalah Clarissa yang telah berjaya mengubah kehidupan mereka sekeluarga apabila dia kini telah memiliki salon sendiri di Kota Marudu, Sabah dengan memperoleh pendapatan bulanan lebih RM 6,000. Ruqaiyah juga salah seorang penduduk yang berjaya mengubah taraf kehidupan keluarga mereka. Ini dapat dilihat apabila beliau mengikuti program Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TVET) dan telah mendapat Sijil Kemahiran GIATMARA dalam bidang fesyen dan jahitan. Kini beliau telah menjadi salah seorang tenaga pengajar di GIATMARA di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan memperoleh pendapatan yang baik berbanding sebelum ini. 2.3Peningkatan perkhidmatan awamBagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar juga turut mendapat impak positif iaitu dengan penambahbaikan pengangkutan awam bandar. Kebanyakan penduduk yang tinggal di bandar menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama ketika bekerja. Mengikut laporan GTP dan ETP 2014, seramai 455 000 orang penumpang berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap hari. Oleh, pihak kerajaan telah memperkenalkan perkhidmatan Bus Rapid Transit atau BRT Sunway Line yang diuruskan Prasarana Malaysia Berhad. Perkhidmatan bas ini akan memberi kemudahan kepada 500 000 orang penduduk sekitar Subang Jaya dan Bandar Sunway. Bagi penduduk sekitar Sri Petaling, Bukit Jalil dan Puchong pula boleh menikmati kemudahan pengangkutan awam yang efisien apabila Projek Fasa 1 Program Peluasan Aliran LRT Ampang siap sepenuhnya Oktober tahun ini. Pembangunan infrastruktur ini jelas menunjukkan pihak kerajaan mementingkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira bulu atau pilih kasih tentang lokasi pembangunan yang dilaksanakan.2.4Pengurangan kadar jenayahSejak akhir-akhir ini, keadaan keselamatan orang awam yang lebih terdedah kepada kejadian jenayah. Penjenayah kini yang semakin berani dan berleluasa melakukan jenayah seperti rompakan, pembunuhan, pecah rumah, rogol, penipuan dan sebagainya. Setelah pelaksanaan GTP, kadar jenayah telah menurun sedikit iaitu bagi jenis jenayah pecah rumah. Ini berikutan penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang kerap kali ke lokasi panas telah berjaya mengekang jenayah di kawasan tersebut. Ini dapat dibuktikan apabila laporan tahunan 2014 menunjukkan bilangan kejadian pecah rumah berkurangan sebanyak 11.7 peratus. Namun, pihak polis masih berdepan dengan cabaran dalam mendapatkan kerjasama penuh masyarakat untuk membantu membanteras kejadian berkenaan berlaku di kawasan kejiranan berikutan sikap penduduk yang enggan memberi kerjasama dan hanya berharap pihak polis sahaja menjaga keselamatan mereka. Kita sebagai rakyat hendaklah bersama-sama pihak berkuasa menjaga keselamatan dan kesejahteraan awam agar kehidupan kita akan lebih terjamin.3.0IMPAK PELAKSANAAN GTP DAN ETP

Impak pelaksanaan GTP dan ETP boleh dilihat dan dibahagikan kepada dua impak iaitu impak positif dan impak negatif. Huraian mengenai impak pelaksanaan kedua-dua program ini diterangkan di bahagian yang seterusnya.

3.1Impak positif

3.1.1Negara berpendapatan tinggi

Malaysia merupakan negara sedang membangun dan sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju pada suatu masa nanti. Dengan matlamat menjadi sebuah negara maju, negara telah mentrasformasikan ekonomi dan pembangunan yang akan dilaksanakan. Oleh itu, negara telah melaksanakan ETP dan GTP pada tahun 2010 iaitu dengan mensasarkan pendapatan negara menjelang tahun 2020 adalah tinggi dengan PNK akan meningkat dari RM 660 billion pada 2009 kepada RM 1.7 trillion pada tahun 2020. Ini secara tidak langsung PNK per kapita lebih kurang RM 48 000 atau US$ 15 000. Pembangunan yang dilaksanakan lebih kepada sektor perkhidmatan kerana jangkaan sektor ini menyumbang lebih daripada 65 peratus pada KDNK. Pelaksanaan ETP adalah berdasarkan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) seperti perkhidmatan kewangan, pertanian, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan, komunikasi dan infrastruktur dan sebagainya.

3.1.2Kemasukan pelabur swasta

Pelaksanaan ETP telah memberi peluang kepada sektor swasta untuk melabur. Sektor swasta memainkan peranan yang sangat penting kerana sektor ini akan memulakan serta melaksanakan projek yang dikenalpasti di samping pihak kerajaan bertanggungjawab untuk menyokong dan memudahkan implementasinya. Kebanyakan dana pembiayaan datang dari sektor swasta iaitu sebanyak 92 peratus daripada lebih RM 1.4 trillion pelaburan dan bagi pelaburan sektor awam digunakan sebagai pemangkin bagi mencetuskan pembabitan sektor swasta. Pengurangan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan adalah untuk memastikan kedudukan fiskal negara kukuh. Ini secara tidak langsung, pembangunan yang akan dijalankan di negara ini akan lebih cepat dan pantas kerana dana yang dimiliki adalah kukuh dan banyak.

3.1.3Menjana peluang pekerjaan

Terdapat banyak peluang pekerjaan kepada rakyat yang diwujudkan semasa pelaksanaan GTP dan ETP. Menurut Laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2014, lebih lebih 1.5 juta peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan sehingga 2014 dalam sektor-sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sejak 2010 seperti pertanian, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan, komunikasi dan infrastruktur dan sebagainya. Jangkaan sehingga tahun 2020 peluang pekerjaan dijangka sebanyak 3.3 juta di seluruh negara. Dengan kemajuan pembangunan negara yang seiring dengan kemajuan dunia, Malaysia akan memastikan semua penduduknya memiliki pekerjaan tidak hanya kepada sektor awam malah sektor swasta. Melalui pekerjaan penduduk dapat mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi. Oleh itu, perancangan kerajaan yang rapi dan teratur ini telah mendatangkan manfaat kepada semua penduduk.

3.1.4Wujudnya pekerjaan yang berpendapatan sederhana dan tinggi

Dengan pembaharuan dasar negara yang dilaksanakan dibawah pentadbiran Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib iaitu GTP dan ETP telah mendatangkan kesan positif kepada negara dan penduduk secara amnya. Dasar ini akan mewujudkan pekerja yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Ini dapat dilihat apabila menjelang tahun 2020 lebih 60 peratus pekerja baru akan menerima pendapatan sederhana dan tinggi iaitu dalam lingkungan RM 2 000 - RM 10 000 ke atas. Wujudnya pendapatan sederhana dan tinggi ini kesan gabungan pekerjaan baru yang diwujudkan oleh NKEA iaitu dengan memiliki keseimbangan pasaran buruh yang dengan jumlah berkemahiran yang terlatih dari segi latihan teknikal dan vokasional. Dengan keseimbangan ini akan memudahkan rakyat untuk mendapat pekerjaan mengikut tahap kelayakan kemahiran mereka seperti tidak mahir, vokasional, diploma, sarjana muda, sarjana dan PhD.

3.1.5Melahirkan modal insan yang berpendidikan dan berkemahiran

Bagi memastikan kejayaan sesebuah perancangan negara tersebut berjaya, modal insan adalah sangat penting dan mempengaruhi. Bagi memastikan negara mampu mencapai negara maju, pelbagai usaha telah dilaksanakan terutamanya dalam melahirkan modal insan yang memiliki pendidikan dan kemahiran. Oleh itu, pihak Talent Corporation, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Peneraju setiap NKEA bagi menilai jurang kemahiran dan merancang serta menyediakan kursus yang sesuai untuk meningkatkan modal insan ini melalui penambahbaikan program latihan di universiti, institusi pendidikan dan sebagainya. Kebanyakan dari jurang kemahiran seperti bidang teknikal dan vokasional iaitu pengurusan hospitaliti dan kejururawatan memerlukan penyelarasan akredasi merentasi kementerian, industry dan syarikat. Dengan penambahbaikan dalam sistem pendidikan ini secara tidak langsung melahirkan modal insan yang memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan terutamanya dalam bidang yang kritikal.

3.2Impak Negatif

3.2.1Kenaikan kos sara hidup

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi akan juga memberikan kesan kepada kos sara hidup yang akan terus meningkat. Rakyat terpaksa berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga seperti kenaikan harga barangan, perkhidmatan asas dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan apabila Reuters telah menjalankan penyelidikan tentang jangkaan kenaikan harga barangan yang akan terus meningkat. Peningkatan harga barangan ini adalah kerana kesan langsung akibat pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan. Di samping itu juga, peningkatan harga barangan ini adalah disebabkan oleh wang Ringgit Malaysia yang semakin jatuh berbanding wang negara lain seperti British Pound, US Dollar dan Chinese Renminbi. Ini secara tidak langsung nilai import barangan dari negara-negara ini lebih tinggi daripada nilai negara Malaysia. Malah terdapat juga peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan di atas isu pengurangan subsidi dengan menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya. Dengan peningkatan barangan ini secara tidak langsung telah meningkatkan kos sara hidup. Oleh itu, peningkatan ini telah membebankan rakyat terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang menentu seperti penduduk yang bekerja di kampung dan mereka yang berpendapatan rendah.

3.2.2Pengurangan subsidi

Bagi memastikan pelaksanaan GTP dan ETP berjalan lancar, pihak kerajaan telah melakukan pengurangan subsidi. Dengan pengurangan subsidi ini banyak membawa kepada kekukuhan ekonomi negara dan membolehkan dana awam ini diguna secara berhemah bagi pembangunan negara. Namun, kesan daripada pengurangan subsidi ini telah membawa kesan yang buruk kepada kebanyakan penduduk. Hal ini demikian kerana penduduk terpaksa menghadapi pelbagai kenaikan seperti kenaikan harga barangan dan pelbagai perkhidmatan. Antara contoh pengurangan subsidi dalam perhidmatan kadar tol yang menyebabkan kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen sehingga RM 2 bermula 1 Januari 2014 bagi lebuh raya termasuk NPE, SPRINT dan LDP. Selain itu juga, penduduk terpaksa menanggung kenaikan minyak yang tinggi setelah ketiadaan subsidi akibat penghapusan subsidi minyak pada penghujung tahun 2014 bagi harga minyak petrol dan diesel. Akibat daripada kekurangan subsidi ini, penduduk terpaksa mengubah gaya hidup mereka agar lebih sederhana dan jimat bagi mengelakkan pembaziran berlaku.

3.2.3Kenaikan harga hartanah

Dengan pelaksanaan GTP dan ETP, keadaan ekonomi negara akan menjadi rancak dan ini secara tidak langsung nilai sesuatu hartanah akan meningkat. Peningkatan harga hartanah ini juga disebabkan oleh kenaikan pendapatan asas pekerja iaitu gaji minimum adalah RM 900, kenaikan bahan-bahan binaan asas dan semua perkhidmatan sokongan yang ada. Penduduk terpaksa menerima kenaikan harga hartanah terutamanya kepada mereka yang tinggal di bandar-bandar yang terpaksa menerima kadar kenaikan harga menjangkau hingga 50-100% atau lebih pada masa 10 tahun akan datang. Ini secara tidak langsung menyukarkan penduduk untuk memiliki aset rumah sendiri kerana mereka terpaksa menyewa rumah disebabkan tidak mampu membeli rumah. Penduduk yang ketinggalan dalam proses pembangunan ekonomi seperti ini akan menerima kesan yang buruk.

3.2.4Kenaikan kadar jenayah

Kenaikan kadar jenayah juga akan meningkat akibat pelaksanaan GTP dan ETP. Peningkatan kes jenayah ini adalah disebabkan oleh tekanan hidup dan kegagalan untuk bersaing dalam keadaan ekonomi yang semakin rancak. Penduduk terpaksa berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga bagi semua perkhidmatan termasuk barangan keperluan asas. Bagi penduduk yang tidak mampu menampung segala peningkatan ini akan mengambil langkah yang tidak bijak iaitu dengan melakukan jenayah seperti kes rompakan, penipuan, kecurian, bunuh, rogol dan sebagainya. Kes-kes jenayah yang meningkat ini adalah dalam semua peringkat usia, jantina, bangsa dan juga agama. Peningkatan kadar jenayah ini secara tidak langsung akan menggugat ketenteraman orang awam terutamanya kepada warga tua dan orang perempuan serta kanak-kanak yang sering kali menjadi mangsa penjenayah.

4.0KESIMPULANKesimpulannya, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) ini telah menunjukkan suatu usaha kerajaan Malaysia yang baik dalam memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati pembangunan dan kemajuan yang terdapat di negara ini. Pelaksanaan kedua-dua program kerajaan ini telah memberikan pelbagai kebaikan khususnya terhadap sosioekonomi dan sosiopolitik Malaysia. Sebagai contoh, program ini telah mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah khususnya di negeri-negeri yang boleh dikatakan miskin seperti Sabah. Di mana melalui program tersebut rakyat atau penduduk di negeri berkenaan telah dapat meningkatkan kehidupan mereka apabila pendapatan isi rumah telah meningkat secara langsung dengan keberkesanan program murni ini.Selain itu, perlaksanaan program ETP dan GTP ini turut memberikan impak yang baik seperti peningkatan peluang pekerjaan dan secara langsung telah menurunkan kadar pengangguran di pelbagai tempat. Namun demikian, impak negatif juga turut diperoleh melalui program ini apabila wujudnya pelbagai saingan dari aspek ekonomi sehingga wujudnya impak negatif seperti kos sara hidup yang meningkat, kadar jenayah yang kerap berlaku, pengurangan subsidi dan harga tanah yang mahal. Kesemua impak negatif ini secara langsung telah menyukarkan kehidupan penduduk di sesetengah tempat. Rumusannya, setiap usaha kerajaan Malaysia dalam memastikan rakyatnya dapat menikmati kehidupan yang baik merupakan usaha yang murni dan patut diberikan pujian. Setiap usaha yang dilakukan pastinya mempunyai pelbagai kebaikan. Begitu juga dengan keburukannya yang mana keburukan ini merupakan suatu cabaran buat Malaysia dalam memastikan usaha yang dilakukan dapat dicapai selaras dengan iltizam Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.

RUJUKANAhmad Atory Hussain. 1996. Politik dan Dasar Awam Malaysia. Kuala Lumpur: utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Ahmad Atory Hussain. 2008. Pembentukan Polisi Awam: Ke arah Pemahaman Yang Lebih Sistematis Dan Analitis. Selangor: Unipress Printer SDN BHD.Aimm Reka. 2009. Dasar Awam. http://www.slideshare.net/amirulnazrin1967/dasar-awam. [1 Oktober 2009]Anderson, James. E. 2000. Public Policy Making(4th ed.). New York: Houghton Miflin.Bernama. 2015. Lebih 25 juta penduduk luar bandar nikmati pembangunan infrastruktur. http://www.bharian.com.my/node/50494 [28 April 2015]David Easton. 1957. An Approach To The Analysis of Political System: World Politics.David Truman. 1951. The Governmental Process. New York.: t.pt. Dye, Thomas R. 1978. Understanding Public Policy. New Jersey: Prentice Hall.Earl Lathman. 1956. The Group Basic of Politics. Heinz Enlau: Free Prees New York.Easton, David. 1965. A System Analysis of Political Life. New York: John Wiley Sons.Florence Morestin. 2012. A Framework for Analyzing Public Policies: Practical Guide. National Collaborating Centre for Healthy Public PolicyFrank Fischer. 1993. Policy Discourse and the Politics of Washington Think Tanks. In Frank Fischer and John Forester (eds.). The Argumentative Turn in Policy Analysis and Planning. Durham, NC: Duke University Press. Pp. 21-42.Friedrich, C. 1963. Man and His Government. New York: McGraw-HillGeorge A. Krause & Kenneth J. Meier. 2003. Politics, Policy, and Organizations: Frontiers in the Scientific Study of Bureaucracy. United States: University of Michigan.Jack Rabin, 2007. Handbook of Public Policy Analysis : Theory, Politics and Methods. Edit. Frank Fischer, Gerald J. Miller & Mara S. Sidney. United States of America : CRC Press.Johan W-Kingdon. 2011. Agendas ,Alternative, Public And Policies. United States.: t.pt.John C. Smart. 1999. Higher Education: Handbook of Theory And Research.Volume XIV. United States.: t.pt. Johns Hopkins Institute. 2014. Master Of Arts In Public Policy. What Is Public Policy.http://ips.jhu.edu/pub/public-policy. [5 Mei 2014].Jpen Malaysia. 2013. Dasar Awam. http://www.slideshare.net/jpenmalaysia/dasar-awam-15823958. [2 Jun 2013]Malike Brahim. 2008. Dasar Awam di Malaysia : Suatu Pengenalan. Ibs Buku Sdn. Bhd.NatraNadea. 2010. Pengajian Malaysia: Pengenalan Dasar-dasar Awam Malaysia. http://natranadea.blogspot.com/2010/08/pengenalan-dasar-dasar-awam.html. [9 Mei 2015]Northeastern University. 2013. School of Public Policy and Urban Affairs. http://www.northeastern.edu/policyschool/ [24 April 2015].Nur Az. 2013. Dasar Awam. http://www.slideshare.net/NurulHoney/dasar-awam-15868388 . [5 Jun 2013]Peter deLeon & Danielle M. Vogenbeck. 2006-forthcoming . Back to Square One: A History and Promise of the Policy Sciences. In Jack Rabin, W. Bartley Hildreth, & Gerald J. Miller (eds.). Handbook of Public Administration. New York: Marcel Dekker. Third Edition.Peter deLeon. 1987. The Altered Strategic Environment. Cambridge, MA: Ballinger Press.Peter deLeon. 1997. Democracy and the Policy Sciences. Albany: SUNY Press.Peter Wagner. 2001. A History and Theory of the Social Sciences. London: Sage.Peter Wagner. 2003. Social sciences and social planning during the twentieth century. In Theodore M. Porter & Dorothy Ross, (eds.). The Cambridge History of Science, vol. 7: The Modern Social Sciences. Cambridge: Cambridge University Press, 591607.Roger A. McCain. 2009. Game Theory And Public Policy. United Kingdom.:Edward Elgar Pubishing, IncRose Richard (ed). 1969. Policy Making In Great Britain. London: Macmillan Press Ltd.Thomas R. Dye. 1992. Understanding Public Policy. Englewood Cliffs: NJ. Prentice Hall.Wan Azmi Ramli. 1993. Dasar Awam di Malaysia. Golden Books Centre Sdn. Bhd.Wan AzmiRamli. 1993. Dasar Awam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Golden Books Centre Sdn. Bhd.