4
3.0 Dasar-dasar Jepun Dasar Politik. Dasar-dasar oleh pihak Jepun semasa menjajah Tanah Melayu. Politik Sosial Pendidikan Ekonomi Pentadbiran ketenteraan/ militer. Sistem ekonomi kawalan. Dasar penjepunan pendidikan. Dasar Niponisasi & dasar berbaik-baik dengan orang Melayu.

Dasar Dasar Jepun

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hubungan etnik

Citation preview

Page 1: Dasar Dasar Jepun

3.0 Dasar-dasar Jepun

Dasar-dasar oleh pihak Jepun semasa menjajah Tanah Melayu.

Politik

Sosial

Pendidikan

Ekonomi

Pentadbiran

ketenteraan/ militer.

Sistem ekonomi

kawalan.

Dasar penjepunan

pendidikan.

Dasar Niponisasi &

dasar berbaik-baik

dengan orang Melayu.

Page 2: Dasar Dasar Jepun

Dasar Politik.

Semasa penjajahan pihak Jepun di Tanah Melayu, Jepun telah

memperkenalkan pentadbiran di Tanah Melayu bercorak ketenteraan ataupun militer.

Corak pentadbiran ini diletakkan dibawah pengawasan seorang Jeneral Pentadbiran

di Tanah Melayu dimana pada masa itu Tanah Melayu dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu Neger-Negeri Selat dan Semenanjung Tanah Melayu. NNS diperintah

oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura yang pada ketika itu dikenali

sebagai Syonan yang bermaksud ‘Cahaya Selatan’ manakala semenanjung Tanah

Melayu pula diperintah oleh seorang Presiden atau Gunsaken. Pemerintahan di

Tanah melayu juga dibahagaikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai

oleh seorang Gabenor Jepun. Jepun telah mengembalikan kuasa Sultan yang telah

dirampas oleh Inggeris namun sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri sebaliknya

hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Bagi dasar

tersebut, Jepun memberikan Sultan elaun seperti semasa pemerintahan British

secara lansung Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun malah Majlis Agama

Islam hanya ditubuhkan apabila jepun hampir kalah. Tujuannya adalah untuk

mengambil hati Sultan agar apa-apa yang dihajati tercapai dan mendapat sokongan

daripada orang melayu.

Bagi menjaga setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu, Jepun

membentuk pasukan keselamatan yang diketuai oleh Pegawai Jepun dan dianggotai

oleh perisik tentera iaitu Kempetai bertujuan untuk mengawal keamanan. Mereka

juga mempunyai mata-mata gelap yang bertugas untuk mencari musuh-musuh yang

menyokong Inggeris menghasut orang Melayu menentang pemerintahan Jepun dan

membunuh ramai orang yang disyaki musuh dengan kejam. Selain itu juga, sebaik

sahaja Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, Jepun bertindak membebaskan ahli-

ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah dipenjarakan oleh British. Jepun

menubuhkan semula KMM dan melantik Ibrahim Yaacob sevagai pemimpin utama

bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan menyebarkan propaganda menentang

British dengan memperalatkan Ibrahim Yaacob.

Page 3: Dasar Dasar Jepun

Dasar Ekonomi.

Meninjau dasar ekonomi yang telh dilaksanakan oleh Jepun semasa menjajah

Tanah melayu, Jepun telah menukar sistem ekonomi bebas kepada sistem ekonomi

kawalan. Ekonomi Tanah Melayu seperti galian besi dan bauksit dieksploitasikan

untuk kegiatan perindustrian dan bagi membiayai peperangan. Perdagangan

dengan dunia luar terputus kerana jepun tidak menggalakkan sebarang urusan

perdagangan misalnya perdagangan Singapura dan Pulau Pinang dengan dunia luar

terputus sebaliknya perdagangan dan perniagaan dalam negeri dikuasai oleh pihak

Jepun. Jepun juga memberi layanan istimewa kepada Kaisha iaitu syarikat Jepun.

Pada masa itu juga, Jepun telah memperkenalkan Catuan Makanan pada tahun

1943 kerana barangan keperluan harian seperti beras tidak mencukupi. Penduduk

perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk ditukarkan dengan

beras dan hanya dua gantang beras diberikan kepada setiap keluarga untuk

kegunaan sebulan. Melihat kepada masalah yang dihadapi, Jepun telah

memperkenalkan Rancangan Ekonomi Pertanian iaitu rancangan tiga tahun sara diri

serta memperkenalkan padi Taiwan yang membolehkan penanaman dua kali

setahun. Antara tanaman yang ditanam oleh penduduk ketika itu ialah ubi kayu,

keledek, jagung, sagu dan lada hitam. Ladang-ladang getah dan hutan juga

ditebang untuk tujuan penanaman tanaman seperti ubi kayu, sagu dan jagung.

Jepun juga memperkenalkan mata wang jepun di Tanah Melayu iaitu wang pokok

pisang sebagai medium jual beli.

Dasar Pendidikan.

Dalam pendidikan pula, Jepun bertindak menutup Sekolah Inggeris dan

Sekolah Cina bagi menghapuskan pengaruh Barat dan Cina. Sistem di sekolah

ditukar kepada Sistem Sekolah Pendidikan Jepun. Sistem ini pendidikan ini

menekankan beberapa aspek seperti pembentukkan akhlak dan disiplin taat setia

Page 4: Dasar Dasar Jepun

kepada Maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun. Pada setiap pagi di

sekolah, lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo akan dinyanyikan serta bahasa

Jepun iaitu Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah malah satu ruangan

khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia dan rakyat

diwajibkan belajar bahasa Jepun.

Dasar Sosial.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah melayu, Dasar Niponisasi diterapkan

dalam masyarakat Tanah Melayu. Antara dasar tersebut ialah memberi layanan

yang berbeza terhadap penduduk tempatan. Kaum-kaum di Tanah Melayu yang

terdiri daripada Melayu, India dan Cina mengalami menyiksaan dimana mereka

menderita kebululran, ketakutan dan pengganguran. Layanan yang berbeza ini telah

mewujudkan permusuhan kaum antara oran Cina dengan orang Melayu. Orang

Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan, orang Cina

dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun dan

orang India pula dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi

mengusir British di India. Selain daripada layanan yang berbeza ini, Jepun juga

memperkenalkan cuti-cuti sempena hari-hari perayaan di Jepun. Melihat dari aspek

kebudayaan, kebudayaan Jepun diajar kepada orang tempatan tentang adat istiadat

dan lagu kebangsaan Jepun wajib dinyanyikan setiap pagi malah Stesen Kereta Api

Tanjong Pagar misalnya, ditukar nama kepada Stesen Kereta Api Syonan,

Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan-Shokai dan

budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.