14
DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah Pusat Jaringan Industri & Komuniti

DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

Pusat Jaringan Industri & Komuniti

Page 2: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

1

1.0 Pengenalan 2

2.0 Definisi Latihan Industri 2

3.0 Objektif Latihan Industri 3

4.0 Hasil Pembelajaran Latihan Industri 4

5.0 Skop Latihan Industri 4

6.0 Tempoh Latihan Industri 5

7.0 Syarat Mendaftar Latihan Industri 5

8.0 Penempatan Latihan Industri 6

9.0 Pihak Berkepentingan (Stakeholder) Dalam Perlaksanaan

Latihan Industri 7

10.0 Penyeliaan Latihan Indiustri 8

11.0 Penilaian Latihan Industri 9

12.0 Cuti 10

13.0 Insurans 10

14.0 Pemberian Kredit 11

15.0 Dokumentasi Dan Rekod Pelajar 12

16.0 Tatatertib dan Perundangan 12

17.0 Hubungan dengan Industri 13

18.0 Penutup 13

KANDUNGAN

Page 3: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

2

1.0 PENGENALAN 2.0 DEFINISI LATIHAN INDUSTRI

Pendidikan tertiari merupakan peringkat terakhir sebelum

seseorang memasuki alam pekerjaan. Perbezaan yang ketara di

antara alam universiti dan alam pekerjaan adalah ruang

pendedahan dalam mempraktikkan ilmu adalah terhad di

universiti. Dalam suasana global yang kompetitif, graduan mesti

mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan oleh industri.

Justeru, dalam usaha memperkasakan kualiti graduan, latihan

industri diwajibkan bagi kebanyakan kursus. Latihan industri

biasanya ditawarkan pada semester keenam atau kelapan. Oleh

yang demikian satu dasar latihan industri Universiti perlu digubal

sebagai peraturan dan garis panduan kepada pembentukan

peraturan latihan industri pada peringkat fakulti di UMS.

Matlamat akhirnya ialah agar objektif pelaksanaan latihan

industri UMS dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di

sesebuah organisasi bagi menjalankan latihan praktikal yang

diselia dalam sektor industri berkenaan dalam jangka masa yang

ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.

Latihan yang dijalankan adalah berteraskan konsep

pembelajaran melalui amalan mempraktikkan teori dan konsep

akademik yang telah dipelajari dalam situasi kerja yang

sebenarnya.

Page 4: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

3

3.0

OBJEKTIF

LATIHAN

INDUSTRI

Objektif latihan industri adalah seperti berikut:

3.1 Objektif Umum:

i) menghasilkan kerjasama dan merapatkan jaringan

antara pihak Fakulti/Universiti dan Industri;

ii) mempertingkatkan peluang pekerjaan dan

kebolehpasaran pelajar;

iii) mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang

sebenar;

iv) mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam

bidang pengkhususan masing-masing;

v) mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman pelajar dengan organisasi; dan

vi) melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi yang

diperlukan oleh majikan.

3.2 Objektif Khusus:

Program latihan industri memberi peluang kepada pelajar untuk:

i) mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik

dalam alam pekerjaan yang sebenar;

ii) bekerja sambil belajar serta mendapat pengalaman

praktikal yang sesuai dengan bidang pengkhususan

masing-masing;

iii) menilai kebolehan kerjaya, pengetahuan, dan keyakinan

diri;

iv) menghayati nilai dan etika bekerja;

v) memahami tanggungjawab alam pekerjaan sebenar;

vi) meningkatkan kebolehpasaran supaya lebih berdaya

saing ;

vii) memantapkan kemahiran insaniah yang sesuai dengan

persekitaran pekerjaan;

viii) meningkatkan kemahiran berkomunikasi;

ix) menyemai, memupuk serta membangun ciri-ciri

keusahawanan melalui pendedahan kepada situasi

sebenar dan peluang kerjaya; dan

x) menjalinkan jaringan profesional dengan pihak industri.

Page 5: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

4

4.0

HASIL

PEMBELAJARAN

LATIHAN

INDUSTRI

5.0

SKOP LATIHAN

INDUSTRI

Para pelajar dapat:

i) mengaplikasikan teori dan pengetahuan akademik yang

telah dipelajari di universiti, dalam persekitaran industri;

ii) menghubungkaitkan pengalaman di industri dengan apa

yang dipelajari di universiti setelah tamat latihan;

iii) meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan

pengalaman kerja supaya lebih beretika dan berdaya saing;

iv) berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan

pelbagai pihak; serta

v) menerapkan nilai-nilai murni dan integriti dalam diri pelajar.

Semua pelajar yang layak untuk menjalani latihan industri perlu

mendaftar mengikut keperluan program pengajian masing-

masing. Kursus latihan industri juga melibatkan pelajar-pelajar

antarabangsa yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Skop tugas harus memberi peluang kepada pelajar untuk

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari

serta mendapat pendedahan amalan kerja dalam bidang

pengkhususan masing-masing. Pelajar diselia oleh penyelia/

pengamal, professional dan berpengalaman yang dilantik oleh

majikan supaya pelajar mendapat bimbingan yang membina

bagi memantapkan kemahiran insaniah, teori dan praktikal

mereka sepanjang tempoh latihan industri.

Page 6: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

5

6.0

TEMPOH LATIHAN

INDUSTRI

7.0

SYARAT

MENDAFTAR

LATIHAN INDUSTRI

Tempoh latihan industri berdasarkan kepada program pengajian

pelajar. Tempoh terkumpul bagi latihan industri hendaklah tidak

kurang dari 3 bulan atau tempoh yang ditetapkan oleh mana-

mana badan profesional yang mempunyai kuasa menganugerah

akreditasi atau mengikut tempoh yang ditentukan oleh pihak

Fakulti ataupun berdasarkan kepada keperluan yang ditetapkan

di bawah standard piawaian Kerangka Kelayakan Malaysia

(Malaysian Qualifications Framework, MQF).

Latihan industri boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu i)

wajib; dan ii) pilihan, dan ini adalah berbeza mengikut Fakulti

masing-masing. Untuk kategori wajib, pelajar perlu menjalani

dan menyempurnakan latihan industri untuk tujuan

pengijazahan. Jumlah jam kredit untuk latihan industri juga

berbeza mengikut Fakulti masing-masing.

Pelajar dibenarkan mendaftar latihan industri setelah memenuhi

syarat-syarat berikut:

i) memenuhi semua keperluan kursus program yang

ditentukan oleh pihak Fakulti, atau

mengambil semua kursus pra-syarat atau syarat-syarat

tambahan pihak Fakulti; dan

ii) mendaftar latihan industri pada semester yang

ditetapkan oleh Fakulti. Pelajar tidak dibenarkan

mengambil sebarang kursus ulangan semasa menjalani

latihan industri kecuali dengan kelulusan Dekan atau

pihak Universiti. Selain daripada syarat-syarat di atas

pelajar boleh mendaftar latihan industri tertakluk

kepada budi bicara Fakulti.

Page 7: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

6

8.0

PENEMPATAN

LATIHAN INDUSTRI

Pelajar mesti menjalani latihan industri di organisasi yang

disahkan oleh Fakulti dalam bidang yang berkaitan dengan

pengajian;

i) pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan

industri daripada senarai yang disyorkan oleh Fakulti

masing-masing berdasarkan kepada bidang

pengkhususan dengan menggunakan sistem yang

disediakan;

ii) penempatan latihan industri boleh melibatkan sama ada

sektor swasta atau sektor awam berdasarkan kesesuaian

program;

iii) pelajar tidak dibenarkan menukar tempat dan tarikh

latihan industri yang ditetapkan kecuali dengan

kelulusan daripada Dekan Fakulti;

iv) permohonan penangguhan latihan industri hendaklah

dibuat secara bertulis kepada pihak Universiti melalui

Dekan Fakulti;

v) Fakulti dengan kerjasama Pusat Hubungan Industri perlu

memberikan skop tugasan kepada Penyelia

Organisasi sebagai panduan pengambilan pelajar;

vi) dengan kerjasama daripada Fakulti, PHI akan

menyediakan pangkalan data organisasi-organisasi yang

pernah menempatkan latihan industri di peringkat

Universiti;

vii) pelajar yang menukar tempat latihan industri tanpa

kebenaran pihak Fakulti akan digagalkan dan diberi

Gred E atau status GAGAL;

viii) pelajar diberi pilihan untuk memilih sekurang-kurangnya

tiga (3) organisasi yang berkaitan dengan bidang

pengkhususan;

ix) pelajar tidak digalakkan menjalani latihan industri di

organisasi yang mempunyai pertalian keluarga terdekat;

dan

x) Fakulti perlu melaporkan Pelajar-pelajar yang telah

diluluskan permohonan untuk menjalankan latihan

industri kepada CICN bagi tujuan penyelarasan dan

rekod.

Page 8: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

7

Pihak berkepentingan adalah seperti berikut

a) Pusat Jaringan Industri & Komuniti (CICN)

b) Fakulti

c) Penyelaras Latihan Industri Fakulti

d) Penyelia Akademik (PA)

e) Penyelia Organisasi (PO)

f) Pelajar

g) Peranan Organisasi (Jabatan Sumber Manusia)

Carta Pihak Berkepentingan (Stakeholders)

9.0

PIHAK

BERKEPENTINGAN

DALAM

PERLAKSANAAN

LATIHAN INDUSTRI

Penyelia

akademik

Penyelia

Organisasi

Pengurusan

Organisasi

Pelajar Penyelaras

L.I

CICN

Universiti

Fakulti

Organisasi

Page 9: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

8

10.0

PENYELIAAN

LATIHAN INDUSTRI

Penyeliaan terhadap pelajar mempunyai fungsi menilai,

memantau dan memeriksa persekitaran tempat latihan.

Terdapat tiga (3) jenis penyelia iaitu Penyelia akademik (PA),

Penyelia Organisasi(PO) dan Penyelia Lawatan (PL)

a) Penyelia akademik adalah terdiri daripada pensyarah yang

bertanggungjawab menilai permarkahan latihan industri

pelajar berdasarkan Buku Catatan Harian Latihan Industri

dan Laporan Akhir Latihan Industri.

b) Penyelia orginasasi dilantik oleh organisasi untuk menyelia

tugasan pelajar dan memastikan kehadiran yang baik

sepanjang tempoh latihan industri. Penyelia organisasi juga

dikhendaki membuat penilaian dan membuat permarkahan.

c) Penyelia lawatan berfungsi melawat atau mengunjungi

organisasi di mana pelajar ditempatkan sekurang-

kurangnya sekali atau menggunakan kemudahan

telekomunikasi ICT dalam tempoh latihan industri pelajar.

Page 10: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

9

Penilaian latihan industri adalah selaras dengan Bahagian 2

Panduan Pentaksiran dan Penilaian perkara 2.2.3 Gabungan

Penilaian Formatif dan Sumatif dalam Garis Panduan

Pentaksiran dan Penilaian Akademik Universiti Malaysia Sabah

2014.

Pelajar wajib menyempurnakan tempoh latihan industri serta

menyiapkan laporan dan keperluan-keperluan lain yang

ditetapkan oleh Universiti sebagai syarat lulus kursus latihan

industri. Penilaian latihan industri bertujuan untuk penggredan

pelajar dan perkembangan kemahiran insaniah mereka.

Kaedah penilaian umum berasaskan perkara-perkara yang

berikut:

Pada akhir pada sesuatu tempoh latihan industri , penilaian

terhadap prestasi pelajar perlu dilakukan mengikut komponen

penilaian oleh Fakulti masing-masing.

Komponen penilaian seperti tujuan, kaedah, kriteria penilaian

pelajar dan penggredan akan digariskan oleh pihak

Fakulti.Penggredan boleh dibuat dalam dua cara:

a) Berdasarkan markah yang diberi bagi setiap

komponen, pelajar akan diberi gred A hingga E.

Gred yang diberi akan dikira dalam Purata Nilai

Gred Kumulatif (PNGK) dan diambil kira untuk

tujuan pengijazahan;

atau

b) Berdasarkan status lulus cemerlang (LC), Lulus (L)

atau gagal (G) dan tidak dikira dalam PNGK.

Penilaian bagi latihan industri adalah menurut kaedah yang

ditetapkan oleh Fakulti tertakluk kepada keputusan Senat.

Pelajar yang gagal dalam latihan industri diberi peluang untuk

mendaftar kursus latihan industri semula dan mengulang

tertakluk kepada kelulusan pihak Fakulti.

Sebarang perubahan ke atas sistem penilaian di peringkat Fakulti

perlu dimaklumkan kepada Pusat Jaringan Industri & Komuniti

(CICN).

11.0

PENILAIAN

LATIHAN INDUSTRI

Page 11: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

10

10.0

CUTI

11.0

INSURANS

12.0

PEMBERIAN KREDIT

i) Pihak Universiti menyediakan insuran perlindungan

berkelompok kepada pelajar-pelajar yang menjalani

latihan industri:

o Tuntutan insurans pelajar hendaklah dimajukan

kepada Bahgaian Kebajikan dan Biasiswa

Pelajar,Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

ii) Pelajar layak mendapatkan rawatan perubatan di klinik

panel UMS atau hospital kerajaan.

iii) Pelajar yang membuat Latihan Industri di luar Negara

wajib memperolehi perlindungan insuran perubatan atas

tanggungan sendiri. Perlindungan tersebut mesti

merangkumi perubatan, personal accident dan

repatriation.

i) Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu dalam

latihan industri kecuali dengan kelulusan

organisasi yang berkaitan dengan syarat telah

dimaklumkan kepada pihak Fakulti dan Pusat Jaringan

Industri & Komuniti (CICN). Pelajar juga perlu

menggantikan tempoh cuti tersebut

ii) Pelajar yang tidak dapat menghadiri latihan industri

bagi tempoh lebih daripada enam (6) hari kerana

kecemasan atau cuti sakit tanpa mendapat pengesahan

daripada pihak hospital kerajaan/Klinik Panel UMS

adalah disifatkan sebagai tidak memenuhi syarat untuk

bergraduat. Maka perlu mengganti tempoh

tersebut.

iii) Sekiranya pelajar didapati dengan sengaja tidak

menghadiri latihan industri tanpa alasan kukuh pihak

Fakulti berhak menggagalkan dan ia mengulang serta

mendaftar kursus latihan industri pada semester

berikutnya.

12.0

CUTI

13.0

RAWATAN DAN

INSURANS

Page 12: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

11

i) Kursus latihan industri diwajibkan untuk tujuan

pengijazahan dan seterusnya diwajibkan diberi jam

kredit mengikut standard piawaian Kerangka Kelayakan

Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).

ii) Bilangan jam kredit yang diberi hendaklah tidak kurang

daripada tiga (3) jam kredit dan tidak lebih daripada dua

belas (12) jam kredit. Pengiraan jam kredit adalah bagi

setiap dua minggu tempoh latihan industri adalah

bersamaan dengan 1 jam kredit.

iii) Pihak Fakulti perlu memberi justifikasi tentang penilaian

latihan industri berdasarkan jam kredit yang diberikan.

iv) Jika pelajar mengambil skim yang mana latihan industri

bermula sebelum dan selepas semester wajib, maka

kredit diberikan pada semester yang sepatutnya pelajar

akan ambil.

14.0

PEMBERIAN KREDIT

Page 13: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

12

15.0

DOKUMENTASI

DAN REKOD

PELAJAR

16.0

TATATERTIB DAN

PERUNDANGAN

Adalah menjadi kewajiban pelajar untuk menghasilkan

dokumen bertulis seperti buku log, laporan mingguan, laporan

akhir atau mini tesis setelah tamat pengajian untuk tujuan

penilaian.

Format dokumen bertulis ditetapkan oleh pihak Fakulti masing-

masing.

Penetapan penggunaan bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris

dalam penulisan atau pembentangan adalah bergantung

kepada pihak Fakulti.

Sebarang dokumen berkaitan seperti tuntutan insurans

(sekiranya ada) perlu dimajukan kepada Pusat Jaringan

Industri & Komuniti (CICN) untuk tujuan rekod dan pelaporan.

Sepanjang menjalani tempoh latihan industri, tatatertib pelajar-

pelajar Universiti Malaysia Sabah adalah tertakluk kepada Akta

Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) dan

Peraturan akademik UMS.

Sekiranya pelajar yang menyebabkan kerugian kepada industri

dalam bentuk kerosakan, kebakaran, gangguan seksual dan

pendedahan maklumat rahsia syarikat, pihak Universiti tidak

akan bertanggung-jawab atas salah-laku tersebut.

Perundingan bersama pihak Universiti dan industri harus dibuat

sebelum sesuatu tindakan tatatertib diambil kepada pelajar.

Page 14: DASAR LATIHAN INDUSTRI - ums.edu.my · PDF fileLatihan industri boleh dibahagikan ... pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai ... pendedahan maklumat

13

Latihan industri dapat meningkatkan kebolehpasaran serta daya

saing pelajar di alam pekerjaan. Penglibatan pelajar dalam

latihan industri akan menambah kemahiran bekerja serta

berpeluang mendapatkan pekerjaan di organisasi berkenaan.

Dasar ini akan menjadi dokumen rujukan bagi pelaksanaan

latihan industri di peringkat Fakulti. Sebarang perkara yang tidak

termaktub di dalam dasar ini maka perubahan atau

penambahbaikan dasar akan dibawa ke peringkat Senat untuk

diperakui.

17.0

HUBUNGAN

DENGAN

INDUSTRI

18.0

PENUTUP

Adalah menjadi dasar Universiti untuk memulihara hubungan

yang baik dengan industri secara konsisten. Oleh itu, beberapa

strategi yang harus dilaksanakan, iaitu;

i) surat Penghargaan Latihan Industri;

ii) jemputan untuk menghadiri aktiviti-aktiviti univerisiti

yang berkait dengan industri;

iii) membuka peluang kerjasama perundingan, penyelidikan

dan dialog;

iv) melantik industri yang bersesuaian dengan keperluan

Fakulti sebagai ahli Lembaga Pengajian (Board of

Study); dan

v) menjalinkan persefahaman melalui memorandum.