4
MINGGU 10: APAKAH PERKARA YANG MEMPENGARUHI DASAR LUAR SESEBUAH NEGARA? Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan. Pembentukan sesuatu dasar luar oleh sesebuah negara adalah bergantung kepada beberapa faktor. Salah satunya ialah kepentingan nasional sesebuah negara tersebut. Kepentingan nasional atau National Interest adalah penting bagi memastikan kelangsungan, kestabilan dan pembangunan sesebuah negara agar kemewahan dan kebebasan sesebuah negara tersebut kekal terjamin. Secara umumnya, kepentingan negara memfokuskan kepada perkara-perkara berkisar kepada sumber ekonomi dan juga keselamatan daripada ancaman luaran dan dalaman. Sehubungan dengan itu isu-isu asas dan global seperti kebebasan bersuara dan berpolitik, penyelesaian konflik menerusi resolusi

Dasar Luar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dasar

Citation preview

Page 1: Dasar Luar

MINGGU 10: APAKAH PERKARA YANG MEMPENGARUHI DASAR LUAR

SESEBUAH NEGARA?

Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang

dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang

lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan

yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar

bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara,

hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan

penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam

pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu

mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan.

Pembentukan sesuatu dasar luar oleh sesebuah negara adalah bergantung kepada

beberapa faktor. Salah satunya ialah kepentingan nasional sesebuah negara tersebut.

Kepentingan nasional atau National Interest adalah penting bagi memastikan kelangsungan,

kestabilan dan pembangunan sesebuah negara agar kemewahan dan kebebasan sesebuah

negara tersebut kekal terjamin. Secara umumnya, kepentingan negara memfokuskan kepada

perkara-perkara berkisar kepada sumber ekonomi dan juga keselamatan daripada ancaman

luaran dan dalaman. Sehubungan dengan itu isu-isu asas dan global seperti kebebasan

bersuara dan berpolitik, penyelesaian konflik menerusi resolusi keamanan, mempromosikan

ekonomi global, mempromosikan inisiatif-inisiatif demokrasi, perdagangan bebas, kebebasan

navigasi dan pelayaran merupakan elemen penting dalam memperjuangkan kepentingan

sesebuah negara dan ia hampir dikongsi oleh sebilangan besar negara di dunia ini. Ini

termasuk juga penerapan kepada prinsip prinsip asas iaitu keamanan, kesenangan,

kemakmuran dan hak asasi manusia.

Faktor ekonomi turut mempengaruhi dasar luar sesebuah negara. Perkembangan

ekonomi adalah sesuatu yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Di

peringkat global pula, tiada satu negara pun yang mempunyai sistem ekonomi yang lengkap.

Oleh disebabkan itu, hubungan luar antara negara dijalinkan dan menjadikan sistem ekonomi

antara negara-negara tersebut lebih bersifat kebergantungan kerana setiap negara mempunyai

kelebihan dan kekurangan dalam sistem ekonomi mereka. Sebagai contoh, perkongsiaan

sumber alam khususnya sumber bahan mentah dan sumber tenaga. Terdapat sesetengah

Page 2: Dasar Luar

negara tidak mempunyai sumber bahan mentah dan sumber tenaga seperti petroleum yang

mencukupi untuk menggerakkan sistem ekonomi mereka. Oleh disebabkan itu, negara

terpaksa bergantung kepada negara luar untuk memenuhi kekurangan yang ada dalam sistem

ekonomi sesebuah negara.

Penggubalan dasar luar sesebuah negara juga turut dipengaruhi oleh undang-undang

antarabangsa. Undang-undang antarabangsa adalah badan undang-undang yang dimeterai

atas tujuan untuk mengawal kegiatan-kegiatan entiti yang mempunyai keperibadian

antarabangsa. Dasar undang-undang antarabangsa meliputi struktur dan kelakuan pertubuhan

antarabangsa dan, setakat tertentu, perbadanan-perbadanan multinasional dan individu-

individu. Undang-undang antarabangsa mengenalpasti dan meletakkan negara sebagai aktor

utama di pentas antarabangsa. Undang-undang antarabangsa dibuat untuk mengambil berat

akan layanan sesuatu negara terhadap rakyatnya dalam kawasan jajahan mereka sendiri.

Sebagai contoh, wujudnya rejim komprehensif mengenai hak kumpulan, layanan terhadap

pendatang asing, hak pelarian, jenayah pada peringkat antarabangsa, masalah

kewarganegaraan dan hak asasi manusia secara amnya. Ia juga meliputi penjagaan sekuriti,

stabiliti dan keamanan di peringkat antarabangsa, kawalan senjata, penyelesaian diplomatik

pertikaian yang berlaku dan pengaturan penggunaan kekerasan dalam hubungan

antarabangsa. Meskipun undang-undang antarabangsa tidak dapat mengelakkan perperangan

daripada terus berlaku, ia sekurang-kurangnya dapat mengawal kelakuan antara pihak-pihak

yang berbalah dan menggariskan layanan terhadap tahanan perang. Jelaslah bahawa

penggubalan dasar luar sesebuah negara dipengaruhi oleh undang-undang antarabangsa

kerana dasar luar sesebuah negara yang digubal perlulah serasi dan memenuhi kehendak dan

ketetapan yang telah ditentukan oleh undang-undang antarabangsa.

Kesimpulannya, penggubalan dasar luar sesebuah negara kebanyakannya dipengaruhi

oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut termasuklah disebabkan oleh kepentingan

nasional sesebuah negara bagi memastikan keamanan dan kemewahan yang dikecapi oleh

sesebuah negara itu kekal terjamin. Selain itu, penggubalan dasar luar jelas dipengaruhi oleh

faktor ekonomi berikutan kepentingannya dalam pembangunan sesebuah negara. Dasar

undang-undang antarabangsa yang dijadikan sebagai garis panduan dalam menjaga

kepentingan bersama semua negara di dunia jelas memainkan peranannya dalam penggubalan

dasar luar sesebuah negara bagi memastikan sesebuah negara tersebut memenuhi kehendak

dan peraturan yang telah ditetapkan bagi menjaga kepentingan bersama.