Upload
bernard-wong
View
249
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor is a detailed guideline on those who are egligible in owning their home. It stated why government would commence this act and how government assist those who are incapable of getting their own property
Citation preview
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
1
DASAR PERUMAHAN MAMPU MILIK NEGERI SELANGOR
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Pembangunan Rumah Mampu Milik merupakan konsep baru yang
diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu
inisiatif bagi meningkatkan pemilikan hartanah kepada golongan
yang berpendapatan rendah dan sederhana agar dapat
memberikan tahap kehidupan yang lebih selesa.
1.2 Timbulnya konsep baru ini juga disebabkan oleh kesukaran
pembeli golongan tersebut untuk memiliki / mendapatkan rumah
di bawah harga RM120,000.00 dalam pasaran.
1.3 Statistik jumlah pendapatan penduduk Negeri Selangor bagi
golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah
40%. Berikut merupakan pecahan pendapatan penduduk di
Negeri Selangor :
a) 40% pendapatan kurang RM2,500.00
b) 40% pendapatan RM2,500.00 hingga RM5,000.00
c) 15% pendapatan di antara RM5,000.00 hingga
RM7,500.00
d) 5% pendapatan melebihi RM7,500.00
1.4 Di samping itu, ianya juga merupakan opsyen kepada pemaju
dalam membina rumah mampu milik terutamanya rumah mampu
milik sedia ada.
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
2
2.0 INTERIM
2.1 KONSEP ASAS PERUMAHAN MAMPU MILIK
Konsep / kriteria rumah mampu milik di Negeri Selangor adalah
seperti berikut :-
i. Harga jualan adalah di antara RM85,000.00 hingga
RM120,000.00 seunit;
ii. Keluasan di antara 800 kaki persegi hingga 1,000 kaki
persegi;
iii. Rekabentuk rumah mampu milik yang moden dan terkini;
iv. Mempelbagaikan jenis rumah yang mengandungi rumah
satu bilik, dua bilik dan seterusnya dalam satu blok
bangunan;
v. Penyediaan kemudahan asas dan awam yang selesa
seperti perpustakaan, tadika, kawasan riadah, surau dan
sebagainya;
vi. Mengambilkira aspek kemampanan dari segi binaan dan
persekitarannya;
vii. Menerapkan konsep kejiranan yang baik;
viii. Kos penyelenggaraan yang murah;
ix. Mengambilkira keperluan Warga Emas dan Orang Kelainan
Upaya (OKU); dan
x. Perolehan keuntungan pemaju tidak melebihi 10%.
2.2 SPESIFIKASI REKA BENTUK TERKINI
Bangunan Hijau ‘green building’ merupakan salah satu ciri-ciri
reka bentuk terkini yang ditekankan dalam pembinaan rumah
mampu milik dengan mengikut spesifikasi ‘Green Building Index’
(GBI) yang meliputi ciri-ciri berikut :
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
3
i. Jimat tenaga dan jimat air ‘energy saver’;
ii. Tahan lama dan penyelenggaraan murah;
iii. Struktur yang selamat;
iv. Fasiliti yang sempurna dan mencukupi
3.0 PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PEMOHON
3.1 Setiap pemaju yang ingin membangunkan projek rumah mampu
milik diwajibkan berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan
Hartanah Selangor (LPHS).
3.2 Selain itu, senarai nama pembeli rumah mampu milik hendaklah
berdaftar dan diperolehi dari LPHS.
3.3 Golongan sasaran yang diberikan keutamaan untuk ditawarkan
pembelian adalah seperti berikut :
i. Pendapatan bulanan di antara RM2,500.00 hingga
RM5,000.00;
ii. Golongan belia berumur 35 tahun ke bawah;
iii. Pembeli rumah pertama;
iv. Pemilik rumah kos rendah (lebih 5 tahun) yang ingin
kediaman yang lebih selesa;
v. Golongan Kelainan Kurang Upaya (OKU) dan
vi. Warga Emas
3.4 LPHS akan menawarkan hanya kepada pembeli yang layak dan
mematuhi syarat-syarat kelayakan. Syarat-syarat kelayakan
pembeli rumah mampu milik adalah seperti berikut;
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 tahun ke atas;
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
4
iii. Pendapatan gaji pokok isi rumah di antara RM2,500.00
hingga RM5,000.00 sebulan;
iv. Pemohon (suami / isteri) tidak mempunyai sebarang jenis
kediaman di Selangor;
v. Pemohon yang telah memiliki rumah kos rendah selama
lima (5) tahun ke atas boleh memohon rumah mampu
milik;
vi. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga
boleh ditawarkan rumah;.
vii. Permohonan adalah untuk didiami dan bukan untuk
disewa;
viii. Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dan
ix. Berdaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
(LPHS).
3.5 Penapisan dan penawaran pemohon-pemohon dibuat sepenuhnya
oleh LPHS melalui Sistem Pendaftaran Perumahan Rumah
Mampu Milik.
4.0 PROJEK PANGSAPURI RUMAH MAMPU MILIK DI SEKSYEN 3,
BANDAR BARU BANGI
4.1 Projek Pangsapuri Rumah Mampu Milik di Seksyen 3, Bandar Baru
Bangi merupakan projek perintis yang telah dirasmikan oleh Y.A.B
Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar
Selangor pada 3 Jun 2011 sebagai simbolik kepada permulaan
projek tersebut.
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
5
4.2 KONSEP PEMBANGUNAN
4.2.1 Pembangunan projek tersebut menitikberatkan dari segi
pembangunan fizikal dan insaniah dalam mewujudkan
komuniti berintegrasi dengan semangat kejiranan yang
tinggi.
4.2.2 Pembangunan fizikal termasuklah menyediakan
kemudahan awam seperti surau, dewan orang ramai,
taman didikan kanak-kanak, perpustakaan, pusat tuisyen,
kedai, padang permainan, taman rekreasi, kawasan
bercucuk tanam, pejabat pengurusan serta lorong pejalan
kaki berbumbung.
4.2.3 Unit-unit kediaman dibina dalam pelbagai tingkat dan
keluasan, turut disediakan unit-unit khas bagi warga emas,
orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan keluarga
tiada punca pendapatan.
4.2.4 Pembangunan insaniah pula menitikberatkan ciri-ciri reka
bentuk kondusif dan ekonomikal, unit pangsapuri untuk
warga emas dan OKU dengan reka bentuk menepati syarat
serta kawasan hijau melebihi keperluan perancangan biasa
bagi membolehkan penduduk bertanam cucuk.
4.3 KOS PEMBANGUNAN
Pangsapuri rumah mampu milik ini melibatkan pembinaan 124
unit seluas 3.99 ekar dengan kos keseluruhan pembangunan
berjumlah RM56,000,000.00 juta.
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
6
4.4 MAKLUMAT PEMBANGUNAN PROJEK
i. Pemaju : Tetuan PKNS Engineering &
Construction Berhad (PECB)
ii. Tarikh Milik Tapak : 12 Julai 2011
iii. Tarikh Mula Kerja : 16 Ogos 2011
iv. Tarikh Siap : 11 Julai 2012
v. Tempoh Pembinaan : 99 Minggu
vi. Harga Kontrak : RM56,000,000.00 Juta
vii Cadangan Harga
Jualan Seunit
: RM60,000.00 - RM99,000.00
4.5 KOMPONEN PEMBANGUNAN
i. Keluasan : 3.99 ekar
ii. Jumlah Unit / Tingkat : 124 unit / 6 tingkat
Jenis A (700kp) = 4 unit
Jenis B (750 kp) = 16 unit
Jenis C (800 kp) = 104 unit
iii. Kemudahan Komuniti : Surau, Tadika, Bilik Bacaan,
Dewan Komuniti, Pusat
Tuisyen, Ruang Legar di
tingkat bawah, Kawasan
‘Gathering Spaces’.
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
7
4.6 PELAN-PELAN PEMBANGUNAN PANGSAPURI RUMAH MAMPU
MILIK
4.6.1 PELAN PERSPEKTIF BANGUNAN
Perspektif 1
Perspektif 2
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
8
4.6.2 PELAN TAPAK KESELURUHAN
Tapak Cadangan Kedai Pejabat
0.95 Ekar
4 Unit Kediaman OKU / Warga
Emas
124 Pangsapuri Mampu Milik
3.04 Ekar
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
9
4.6.3 PELAN LANTAI KESELURUHAN
Pelan Tipikal Unit 700 Kp (4 Unit)
Pelan Tipikal Unit 750 Kp (16 Unit)
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
10
4.6.4 PELAN LANTAI TINGKAT BAWAH
Pelan Tipikal Unit 800 Kp (104 Unit)
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
11
4.6.5 PELAN LANTAI TIPIKAL
4.7 Sehingga kini, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS) telah mengenal pasti beberapa lokasi
untuk pembinaan perumahan mampu milik seperti berikut :
Bil. Projek Bil. Unit Daerah 1. Kota Puteri 300 Kuala Selangor 2. Seksyen U12,
Shah Alam (Debbin)
96 Petaling
3. Seksyen U12, Shah Alam
(Must Ehsan)
400 Petaling
4. Antara Gapi 128 Hulu Selangor 5. Bernam Jaya - Hulu Selangor 6. Kampung Seri
Tanjung 500 Gambak
7. Taman Sains Selangor 2
400 Sepang
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
12
5.0 STATUS SEMASA PELAKSANAAN DASAR RUMAH MAMPU MILIK
5.1 Kajian Menyeluruh Berkenaan Jenis Kediaman Mampu Milik
Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah di Kawasan Lembah Klang,
Selangor Darul Ehsan.
5.1.1 Pada ketika ini, kajian adalah di Peringkat Draf Laporan
Akhir di mana data-data telah dianalisis oleh pihak
perunding. Hasil daripada analisis tersebut terdapat
beberapa penemuan penting berhubung kajian tersebut
yang terdiri daripada pemilik dan penyewa rumah.
Penemuan-penemuan kajian tersebut adalah seperti
berikut :-
i). Majoriti penyewa memilih untuk membeli rumah
jenis apartment, teres satu tingkat dan teres
dua tingkat. Sementara pemilik rumah sedia ada
yang berhasrat untuk membeli rumah lagi pada
masa hadapan bercadang untuk membeli rumah
teres dua tingkat dan rumah jenis apartment.
ii). Hasil daripada kajian ini juga mendapati harga
rumah yang mampu dibeli oleh penyewa adalah
dalam lingkungan RM150,000.00 –
RM250,000.00 dan harga rumah yang mampu
dibeli oleh pemilik rumah dalam lingkungan
RM120,000.00 hingga RM200,000.00.
Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
13
iii). Selain daripada itu, secara umum penduduk
kawasan Lembah Klang mempunyai pendapatan
isi rumah dalam sela RM1,500.00 hingga
RM4,000.00 sebulan yang meliputi semua tahap
pendidikan daripada hanya Sijil Persekolahan
hinggalah kepada mempunyai kelulusan di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi (Diploma atau Ijazah
Sarjana Muda).
iv). Di samping itu, kajian ini juga telah menunjukkan
terdapat keperluan bagi penyediaan rumah
mampu-sewa kepada penduduk yang tidak
berkemampuan dan yang bercadang untuk kekal
menyewa.
5.2 Mengadakan bengkel berkenaan rumah mampu milik bagi
penyediaan model reka bentuk bangunan, spesifikasi bangunan
dan garis panduan penyediaan untuk digunapakai oleh semua
pihak berkuasa tempatan, pemaju dan yang berkepentingan.
5.3 Menyediakan sesuatu dasar mengenai peratus penyediaan
rumah mampu milik dalam satu-satu projek skim
pembangunan perumahan.
5.4 Menyediakan sesuatu dasar berhubung syarat-syarat
pemilikan rumah mampu milik.