5
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (Jawi: ى صطف م خ ي ش ن ب ري مص ل ور ا ک شر ف مط خ ي ش; dilahirkan pada 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik dari Malaysia dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (kini bergelar "Tun") pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari. Misi angkasawan Malaysia Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli- ahliEkspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan. [1] Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambutHari Raya Aidilfitri di angkasa lepas. Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya. Agama Sebagai seorang Muslim, dan berpuasa diakhir bulan Ramadhan semasa di angkasa lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, telah menerbitkan satu buku panduan untuk Muslim di angkasa-lepas.Buku bertajuk Perlaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa, dan bermuka-surat sebanyak 18 keping, menerangkan bagaimana untuk mengenalpasti waktu solat, dan masalah yang melibatkan hal berpuasa. Orbit dari ISS menghasilkan satu hari per satu malam, setiap 90 minit, [2] masalah mengenai puasa di bulan Ramadhan juga ditujukan. Panduan ini akan dialih-bahasa dalam Rusia, Arab dan Inggeris. [3][4] Anan C. Mohd dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, menyatakan, berpuasa semasa perjalanan adalah tidak diwajibkan, maka, Sheikh Muszaphar boleh dibuat untuk melakukanya atau tidak, sekiranya dilakukan, waktu puasa adalah sama dengan waktu tempatan di Baikonur, di mana tempat kapsul dilancarkan. [5][6] Bagi membolehkan Sheikh Muszaphar meraikan Hari Raya Aidilfitri pada13 Oktober, 2007 bersamaan hari Sabtu, bekalan seperti kuih-biskut

Datuk Dr

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Datuk Dr

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (Jawi:  شکور مظفر شيخمصطفى بنشيخ dilahirkan pada 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik dari ;المصري

Malaysia dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (kini bergelar "Tun") pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Misi angkasawan Malaysia

Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahliEkspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.[1]

Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambutHari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.

Agama

Sebagai seorang Muslim, dan berpuasa diakhir bulan Ramadhan semasa di angkasa lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, telah menerbitkan satu buku panduan untuk Muslim di angkasa-lepas.Buku bertajuk Perlaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa, dan bermuka-surat sebanyak 18 keping, menerangkan bagaimana untuk mengenalpasti waktu solat, dan masalah yang melibatkan hal berpuasa. Orbit dari ISS menghasilkan satu hari per satu malam, setiap 90 minit,[2] masalah mengenai puasa di bulan Ramadhan juga ditujukan. Panduan ini akan dialih-bahasa dalam Rusia, Arab dan Inggeris.[3][4] Anan C. Mohd dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, menyatakan, berpuasa semasa perjalanan adalah tidak diwajibkan, maka, Sheikh Muszaphar boleh dibuat untuk melakukanya atau tidak, sekiranya dilakukan, waktu puasa adalah sama dengan waktu tempatan di Baikonur, di mana tempat kapsul dilancarkan.[5]

[6] Bagi membolehkan Sheikh Muszaphar meraikan Hari Raya Aidilfitri pada13 Oktober, 2007 bersamaan hari Sabtu, bekalan seperti kuih-biskut dan sate dibekalkan bagi dimakan bersama angkasawan-angkasawan yang ada di stesen angkasa lepas.

Kerjaya

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Page 2: Datuk Dr

Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.

Pemilihan angkasawan Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan Malaysia bagi memilih calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11,275 calon telah mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akademik, ketahanan fizikal, emosi, dan mental. Mereka menjalani latihan terakhir di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan. Muszaphar dikatakan adalah calon terakhir daripada yang memohon program ini. [8]

Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia.Peluang ini sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1 bilion (RM3.44 bilion).

Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada Program Angkasawan Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di Star City, Russia, Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk latihan 18 bulan di Russia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama Angkasawan Pertama Malaysia, sementara, Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan.

Kebanggaan

Putera Arab Saudi, Sultan Salman Abdel Aziz Al-Saud merupakan angkasawan pertama negara Islam ke angkasa lepas pada 1985. Beliau bertindak sebagai pakar muatan dalam kapal angkasa Amerika , Discovery STS-51-G pada 17 hingga 24 Jun 1985 .Beliau berbangga dengan misi Malaysia ini dan berharap misi angkasa lepas dari dunia Islam sendiri akan terlaksana.

Angkasawan Islam dari Syria ialah Mohammed Faris dari Syria pergi ke Stesen Mir dengan roket Soyuz TM-3 pada 22 Julai 1987 hingga 30 Julai 1987. Beliau pergi bersama Alexander Viktorenko dan Aleksandr Pavlovich Aleksandrov.

Juruterbang tentera Afghanistan, Abdul Ahad Mohamad ke Stesen Mir dengan roket Soyuz TM6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia , Vladimir Lyakhov danValery Polyakov dan tiba di bumi pada 6 September 1988[9]

Dengan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di orbit [10].

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sheikh Muszaphar telah berkahwin dengan Dr. Halina Yusof (lahir 1981 di Kluang), seorang pakar anestesia di Hospital Selayang pada 10 Oktober 2010 (iaitu 101010) di Seremban.[11]Sheikh Muszaphar bertemu dengan Dr. Halina sejak 2001 sewaktu beliau merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala Dr. Halina ialah pelajarnya sewaktu itu. Mereka dikurniakan 2 cahaya mata perempuan, bernama Sophea Isabella dan Sophea Natasha.

Ikon Inspirasi

Page 3: Datuk Dr

Sheikh Muszaphar Shukor dilantik sebagai ikon inspirasi angkasawan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 di Kuching,Sarawak pada 20 April 2010. [12]

KontroversiPenamaan

Perlepasan ke angkasa sebagai tetamu kerajaan Rusia,[13] Sheikh Muszaphar dirujuk sebagai "peserta penerbangan angkasa-lepas" (Inggeris: spaceflight participant) selepas laporan akhbar Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia (Russian Federal Space Agency) dan NASA.[14][15] [16] menjadi perdebatan.

Alexander Karchava, pegawai diplomatik Rusia ke Malaysia, telah menyatakan yang Sheikh Muszaphar adalah Angkasawan Matang.[17]

Robert Gibson, seorang angkasawan bersara, ditemuramah oleh akhbar tempatan Malaysia, The Star, menyatakan yang Sheikh Muszaphar layak menjadi seorang angkasawan dan layak menerima panggilan tersebut dan pangkat tersebut.[18]

Kritikan

Seorang komentator dari Australia, Michael Backman, telah menyuarakan komennya dengan mengatakan Malaysia telah membuang duit untuk seorang rakyat Malaysia ke angkasa lepas dengan membazirkan wang sebanyak RM 105 juta (bersamaan dengan AS$ 26 juta). Pembaziran ini dikatakan oleh Micheal Backman lagi, sebagai satu nafsu kehendak yang tidak berasas dan hanya untuk memenuhi nafsu tersebut.[19][20] Bagaimanapun, jumlah tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Malaysia tanpa meminta bantuan asing, dan ramai pihak yang mencemburui fakta ini. Selain itu, ia merupakan pakej pembelian sebanyak 18 jet Sukhoi dari Rusia yang bernilai RM3.42 bilion dengan sebagai balasan Rusia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan pertama.[21], [22]

Saman oleh Norlina Nordin

Norlina Nordin telah memfailkan saman itu pada 25 Julai 2008 kerana mendakwa Sheikh Muszaphar telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi melebihi RM90,000.

Pada 14 Oktober 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 27 Oktober 2009 untuk keputusannya berhubung permohonan angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bagi membatalkan saman yang difailkan seorang ahli perniagaan oleh Norlina Nordin

Pihak mahkamah kemudiannya membatalkan permohonan kes tuntutan saman itu setelah pihak plaintif gagal memfailkan beberapa dokumen yang telah diarahkan sebelum ini pada 18 Mei 2010. Sheikh Muszaphar Shukor kemudiannya berjaya membuat tuntutan balas ganti rugi khas RM25,000.

Pendaratan

Sheikh Muszaphar tiba di Kustanai, Kazakhstan denganhelikopter selepas dari tempat kapsul mendarat

Page 4: Datuk Dr

Sheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa Soyuz TMA-10

Misi selama 10 hari, 21 jam dan 14 minit [26] telah membenarkan Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di bumi dengan kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 atau lebih dikenali Space Drop Zone, mendarat berdekatan bandarArkylk, Kazakhstan (yang terletak 500 kilometer dari bandar Baikonur), petang 21 Oktober, 2007. Pendaratan berlaku tepat jam 2.37 petang waktu Kazakhstan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi.

Pendaratan kapsul tersasar kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal. [27] Perjalanan kembali ke bumi telah mengambil masa 3 jam 23 minit.