20
Ol Ole BLUR LIHA CAPT FOTO - LIH FOTO - LIH FOTO - LIH - LIH O SOLAT MELAKA Z 13 JAMADILAWAL 1436h Subuh 5.55 Syuruk 7.11 Zohor 1.17 ASAr 4.22 MAghrib 7.20 iSyAk 8.29 JuMaat 3 april 2015 / 13 JaMaDilaWal 1436h pp11922/03/2013(031989) rM1.50 Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka Jalan Hang Tuah hub pendidikan KERAJAAN negeri akan menaik taraf dan mentransformasikan Jalan Hang Tuah di Bandaraya Melaka sebagai hub pendidikan negeri, ia selaras dengan matlamat menjadikan bidang pendidikan sebagai salah satu daripada daya tarikan pelancong ke Melaka, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron. 3 GST: Premis degil diserbu 7 Syarikat konsesi tambak laut disaran bayar Zakat 5 EKSKLUSIF MAIM APBN iktiraf sumbangan belia 2 9-12 MOHD. Khalil dan Idris serta jemputan lain melihat model projek pembangunan asrama 5,000 pelajar UTeM sejurus selepas majlis pecah tanah asrama pelajar berkenaan di kampus induk universiti teknikal tersebut di Durian Tungal, semalam. 3 APRIL 15- AM_Layout 1 4/2/2015 11:12 PM Page 2

Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

Ol

Ole

BLUR

LIHA

CAPT

FOTO - LIH

FOTO - LIH

FOTO - LIH

- LIH

O

SOLATMELAKAZ

13 JAMADILAWAL 1436h

Subuh 5.55

Syuruk 7.11

Zohor 1.17

ASAr 4.22

MAghrib 7.20

iSyAk 8.29

JuMaat 3 april 2015 / 13 JaMaDilaWal 1436h pp11922/03/2013(031989) rM1.50

Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

Jalan Hang Tuahhub pendidikan

KERAJAAN negeri akan menaik taraf dan mentransformasikan Jalan Hang Tuah di BandarayaMelaka sebagai hub pendidikannegeri, ia selaras dengan matlamat menjadikan bidang pendidikan sebagai salah satu daripada daya tarikan pelancong ke Melaka, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron.

3

GST:Premis

degil diserbu 7

Syarikat konsesi tambaklaut disaran bayar Zakat

5

EKSKLUSIF MAIM

APBN iktiraf sumbangan belia2

9-12

MOHD. Khalil dan Idris serta jemputan lain melihat model projek pembangunan asrama 5,000 pelajarUTeM sejurus selepas majlis pecah tanah asrama pelajar berkenaan di kampus induk universiti teknikaltersebut di Durian Tungal, semalam.

3 APRIL 15- AM_Layout 1 4/2/2015 11:12 PM Page 2

Page 2: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

2 Jumaat 3 April 2015

AYER KEROH 2 April -Kerajaan negeri terus komiteddalam usaha menjadikan Me-laka teknologi hijau bagi men-capai sasaran 40 peratus bebaskarbon menjelang tahun2020. Ketua Menteri, Datuk SeriIr. Idris Haron berkata,Melaka mahu mengurangkankos operasi bagi tenaga, airdan sisa kumbahan, seba-liknya memelihara sumberalam semula jadi, menambah

baik produktiviti dan mem-bangunkan pakar teknologihijau. "Ia sekali gus mem-berikan pelbagai faedah kepa-da matlamat pembangunanyang mapan dan sosioekono-mi tempatan. "Melaka merupakan ne-geri yang membangun ber-sama-sama program berkaitanalam sekitar dan paling kehadapan dalam teknologihijau di negara ini," katanya. Idris berkata demikiankepada pemberita selepas

mempengerusikan MajlisMesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) di Seri Negeri di sini,hari ini. Tambah Idris, untuk kearah itu, kita tidak boleh mele-takkan tanggungjawab itu pa-da organisasi besar sepertiTenaga Nasional dan Petronasyang dikatakan menyumbangkepada pemanasan global dania adalah silap. Jelasnya, tanggungjawabitu harus dipikul bersamakerana ia melibatkan gayahidup kita sendiri di mana

sebelum kita melakukan se-suatu kita harus berfikir ke-san yang akan dihadapi. "Melaka merupakan ne-geri pertama yang mengambilkira teknologi hijau dalamaspek pembangunannya apa-bila melancarkan pelan pelak-sanaan Negeri Bandar Tek-nologi Hijau 2011-2020 padatahun 2011 lalu. Pelan itu kinimenjadi panduan asas olehsemua pihak dalam melak-sanakan pembangunan ber-teraskan teknologi hijau dinegeri ini," ujarnya.

Kata Idris lagi, usahaMelaka menerapkan teknologihijau dalam semua aspek jugaturut mendapat pengiktirafanpemimpin-pemimpin tertinggidi negara ini dan ia perkaraamat membanggakan lebih-lebih lagi selepas PoliteknikMelaka dipilih sebagai pelancar-an Pelan Pembangunan Polyg-reen Politeknik Malaysia iaitusebuah pelan pelaksanaan danhala tuju strategik bagi amalanteknologi hijau oleh TimbalanPerdana Menteri, Tan SriMuhyiddin Yassin, semalam.

Perintis teknologi hijau di Malaysia

Melaka komited capai 40 peratus bebas karbon

AYER KEROH 2 April - Sambutan Hari Belia Negaraperingkat negeri akan diadakan dari 8 hingga 10 Meiini bertempat di Dataran 1Malaysia Klebang. Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haronmenyifatkan ia sebagai sambutan penghargaankepada setiap pertubuhan belia di negeri ini selainmemberikan motivasi kepada golongan belia untukterus aktif berpersatuan. Katanya, Hari Belia Negara peringkat negeriturut akan melibatkan Anugerah Perdana BeliaNegara (APBN) peringkat negeri di mana persatuanserta individu belia yang terpilih akan diberikananugerah sempena kecemerlangan mereka dalamaktiviti serta pembangunan belia. "APBN merupakan majlis anugerah yangberprestij bagi setiap pertubuhan belia di negara ini,dan ia juga adalah untuk menghargai segala usahagerak kerja setiap pertubuhan belia yang tidak putusasa berkhidmat untuk komuniti. "Bagi ABPN peringkat negeri, ia akan diadakandalam Hari Belia Negara peringkat negeri nanti pada9 Mei ini. "Saya difahamkan bagi kategori persatuan,

sebanyak lapan persatuan disenaraikan layakbertanding dalam APBN peringkat negeri, manakalabagi kategori individu lelaki empat orang dan indi-vidu perempuan dua orang," katanya. Idris berkata demikian dalam satu sidangmedia sempena majlis pengumuman keputusanAPBN peringkat negeri di Bilik Mesyuarat TunMutahir, Seri Negeri, petang tadi. Sementara itu, dalam majlis tersebut, Idristurut mengumumkan senarai pemenang bagi APBNperingkat negeri. Bagi kategori persatuan, tempat pertama ber-jaya dimenangi oleh Gabungan Belia 4B (GB4B)Merlimau Pasir, sekali gus melayakkan merekamenerima wang tunai sebanyak RM10,000 bersertapiala dan sijil penghargaan. Kategori individu perempuan pula dimenangioleh R.Malini (RM3,000 berserta piala dan sijilpenghargaan) manakala Kategori individu lelakidirangkul oleh Razak Abu Hassan (RM3,000 berser-ta piala dan sijil penghargaan). Kesemua mereka akan menerima anugerahtersebut pada 9 Mei ini dalam sambutan Hari BeliaNegara peringkat negeri yang akan diadakan pada 8sehingga 10 Mei ini.

APBN iktiraf sumbangan belia

IDRIS bergambar bersama ahli GB4B Bukit Durian selepas selesai majlis tersebut.

IDRIS ketika bersalaman bersama pemenang APBN kategoriindividu lelaki, Razak Abu Hassan.

Oleh SHAZZUAN SHAH MOHD SALEH

Oleh MOHD HAMZATUL AKMAR MD. ZAKARIA

Hari Belia Negara peringkat negeri 8-10 Mei ini

RAIN_3 april 15_Layout 1 4/2/2015 10:18 PM Page 3

Page 3: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

3Jumaat 3 April 2015

DURIAN TUNGGAL 2April - Yang di-Pertua Ne-geri, Tun Mohd. KhalilYaakob telah merasmikanMajlis Pecah Tanah As-rama Universiti TeknikalMalaysia (UTeM) Melakabagi menempatkan 5,000pelajar di UTeM di sini,hari ini. Projek melibatkankawasan seluas 7.3 hektartelah bermula sejak 13Mac 2015 lalu dan dijang-ka siap sepenuhnya pada15 September 2017 . Perjanjian konsesitelah ditandatangani pi-hak Kementerian Pendi-dikan,, UTeM dan Syari-kat Naluri Etika pada 5September 2014. Projek itu melibat-kan lima blok kediamanpelajar setinggi 10 tingkat,lima unit kediaman Pen-

getua Asrama, 10 unitkediaman Felo dan satuunit kafeteria. Pada masa sama,turut dibina gelanggangfutsal, gelanggang serba

guna, gelanggang bolatampar, gelanggang bolakeranjang dan lain-lainbagi kemudahan parapelajar. Sementara itu, Pen-

gerusi Ahli LembagaPengarah UTeM, Tan SriDr. Ahmad Zaidee Laidinberkata, sehingga hari iniUTeM mempunyai lebihdaripada 11,000 orang

pelajar di pelbagai per-ingkat pengajian dan pen-empatan asrama yang adasehingga kini hanyamampu menampung1,000 orang pelajar.

Jelasnya, kemuda-han lengkap yang bakaldibangunkan dalamtempoh 2 tahun ini akanmembuka mata mas-yarakat setempat danluar tentang pembangu-nan UTeM. "Ia sekali gus akanmeningkatkan keyakinanibu bapa untuk menghan-tar anak-anak merekameneruskan pengajian diUTeM," ujarnya semasaberucap di majlis tersebut. Turut hadir, KetuaMenteri, Datuk Seri Ir.Idris Haron; SpeakerDewan Undangan Negeri,Datuk Wira Othman Mu-hamad; Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi, Sainsdan Teknologi, TeknologiHijau dan Inovasi, DatukWira Md. Yunos Husindan Naib Canselor UTeM,Prof. Datuk Dr. ShahrinSahab.

Kemudahan penempatan 5,000 pelajar

Mohd. Khalil rasmi Pecah Tanah Asrama UTeM

DURIAN TUNGGAL 2 April -Kerajaan negeri akan menaiktaraf dan mentransformasikanJalan Hang Tuah di BandarayaMelaka sebagai hub pendidikannegeri. Ketua Menteri, Datuk SeriIr. Idris Haron berkata, iaselaras dengan matlamat men-jadikan bidang pendidikan se-bagai salah satu daripada dayatarikan pelancong ke negeriini. "Jalan Hang Tuah menem-patkan lebih 6,000 pelajar yangsedang melanjutkan pelajarandi Kampus Bandar UniversitiTeknikal Malaysia (UTeM)Melaka, Kampus BandarayaUniversiti Teknologi MARA(UiTM) dan Kolej ProfesionalMARA. "Kerajaan negeri sentiasaagresif menjana idea berimpaktinggi, mengambil tindakanstrategik hasil daripada pelba-gai inisiatif baharu yang di-hasilkan untuk menyokong kearah pencapaian yang lebihbaik, stabil dan cemerlang khu-susnya dalam sektor pendidik-an," jelasnya. Idris berkata demikianketika berucap pada Majlis

Pecah Tanah Asrama Univer-siti Teknikal Malaysia (UTeM)Melaka bagi menempatkan5,000 pelajar di UTeM di sini,hari ini. Perasmiannya disempur-nakan Yang di-Pertua Negeri,Tun Mohd. Khalil Yaakob. Menurut Idris, perkong-sian pintar antara pihak indus-tri dan institusi pengajian tinggidi negeri ini juga sentiasadiperkemas dan diperkukuh. Katanya,ia bagi memas-

tikan pembangunan dan kema-juan terlaksana secara seim-bang sekali gus melahirkanmodal insan berkualiti danberkemahiran tinggi. "Antara faktor yang men-yumbang kepada perkemban-gan pesat pendidikan di negeriini adalah kerana penyediaaninfrastruktur stabil selain per-kembangan ekonomi negerisemakin kukuh," ujarnya. Menurut beliau, pembi-naan kolej kediaman berkapa-

siti 5,000 pelajar itu sekali gusmembantu UTeM menyele-saikan masalah penempatankediaman pelajar. "Pembangunan kolej ke-diaman ini pasti memberi kese-lesaan dan kemudahan aksesyang lebih baik kepada parapelajar sepanjang pengajianmereka di universiti ini," ka-tanya. Projek yang bermula sejak13 Mac 2015 dan dijangka siapsepenuhnya pada 15 September

2017 membabitkan kawasanseluas 7.3 hektar. Turut hadir, Speaker De-wan Undangan Negeri, DatukWira Othman Muhamad; ExcoPelajaran, Pengajian Tinggi,Sains dan Teknologi, Tekno-logi Hijau dan Inovasi, DatukWira Md. Yunos Husin, Pen-gerusi Ahli Lembaga PengarahUTeM, Tan Sri Dr. AhmadZaidee Laidin dan Naib Can-selor UTeM, Prof. Datuk Dr.Shahrin Sahab.

Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

Jalan Hang Tuah hub pendidikan

MOHD. Khalil menandatangani plak perasmian Majlis Pecah Tanah Asrama Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)Melaka bagi menempatkan 5,000 pelajar sambil disaksikan Idris serta tetamu kehormat di Kampus Induk UTeMdi Durian Tunggal, semalam.

MOHD. Khalil dan Idris melihat lebih dekat model projek pembinaan asrama pelajar selepas Majlis Pecah Tanah AsramaUniversiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka bagi menempatkan5,000 pelajar di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, semalam.

KAKITANGAN dan pelajar UTeM tidak melepaskan peluangberamah mesra dengan Mohd. Khalil dan Idris.

Oleh SHAZZUAN SHAHMOHD. SALEH

RAIN_3 april 15_Layout 1 4/2/2015 10:22 PM Page 4

Page 4: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

4 Jumaat 3 April 2015

AYER KEROH 2 April -Bidang pendidikan me-mainkan peranan utamabagi perkembangan eko-nomi serta pembangunansesebuah negara dan iamerupakan pelaburanjangka masa panjang, ka-ta Ketua Menteri, DatukSeri Ir. Idris Haron. Jelasnya, dalammenghadapi persainganekonomi global masa kini,kejayaan sesebuah negaraamat bergantung kepadailmu pengetahuan, kema-hiran dan kompetensiyang dimiliki oleh rakyat. “Oleh itu, proses pe-ngajaran dan pembelaja-ran yang berlaku di dalambilik darjah merupakanpetunjuk utama yang da-pat mengukur dengan te-pat kemajuan masa depansesebuah negara. “Negara yang mem-punyai rakyat berpendidi-

kan tinggi akan menik-mati kemajuan ekonomiyang lebih tinggi selainmenjadi asas pembinaannegara bangsa serta pen-gukuhan perpaduan.” je-lasnya. Idris berkata demi-kian semasa berucap me-rasmikan Karnival Pen-didikan Melaka 2015 diPusat Dagangan Antara-bangsa Melaka (MITC) disini, petang tadi. Hadir sama, SpeakerDewan Undangan Negeri,Datuk Wira Othman Mu-hamad; Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi, Sainsdan Teknologi, TeknologiHijau dan Inovasi, DatukWira Md. Yunos Husindan timbalannya, Md.Rawi Mahmud. Turut hadir, Ahli-Ahli Exco, ADUN-ADUN;Pengarah Jabatan Pendi-dikan Melaka, Datuk Md.Rashid Hussin; timba-lannya, Mohd. Rashid

Mohd. Sidek, Ketua-Ke-tua Sektor, pegawai-pega-wai pendidikan serta parapengetua dan guru besar. Idris memberitahu,menerusi penguasaan il-mu pendidikan juga, sese-orang individu akan dapatmeningkatkan taraf hi-dup, menjadi ahli masya-rakat yang berjaya dan da-pat menyumbang aktif ke-

pada pembangunan negara. “Menerusi interaksi,individu, agama dan ka-um serta dapat belajar un-tuk memahami, meneri-ma dan menghargai perbe-zaan, seterusnya membinaperkongsian, pengalamandan aspirasi untuk masadepan Malaysia,” katanya. Sehubungan itu ujar-nya, usaha berterusan da-

lam penganjuran KarnivalPendidikan Melaka 2015oleh Jabatan PendidikanMelaka ini akan dapatmemupuk rakyat Melakaserta para pelajar untukmemanfaatkan masa yangada dengan membaca pel-bagai bahan bacaan yangboleh meningkatkan ilmupengetahuan, kemahirandan pengalaman mereka.

“Usaha ini juga sei-ring dengan transformasipendidikan yang telah di-mulakan pada tahun 2013lalu melalui pelancaranPelan Pembangunan Pen-didikan Malaysia (PPPM)2013-2025 menerusi enamaspirasi murid iaitu pe-ngetahuan, kemahiran ber-fikir, kemahiran memim-pin, kemahiran dwi-baha-sa, etika dan kerohanianserta identiti nasional. “Pada masa yang sa-ma, ia juga dapat mem-perkukuhkan aspek nilai,adab, perpaduan nasionalserta semangat patrio-tism, selaras dengan mat-lamat Falsafah PendidikanKebangsaan, “jelas beliau. Karnival PendidikanMelaka 2015 yang berte-makan Inovasi Pendidi-kan Penjana Transfor-masi yang bermula hariini akan berlangsung sela-ma empat hari sehinggaAhad ini.

Bidang pendidikan tingkatpembangunan negara

IDRIS tertarik dengan persembahan silat yang dipersembahkan para pelajarSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah semasa hadir merasmikanKarnival Pendidikan Melaka 2015 di MITC, semalam. IDRIS melancarkan Karnival Pendidikan Melaka 2015 di MITC, semalam.

IDRIS mencuba salah satu permainan kecergasan minda semasa melawat geraipameran. ANTARA ADUN-ADUN yang hadir.

SALAH satu pengusaha gerai menerima cenderahati yang disampaikan Idris.

Oleh AZHAR YUSOF

sec2-mimie_Layout 1 4/2/2015 10:48 PM Page 1

Page 5: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

5Jumaat 3 April 2015

BEBERAPA premis perniagaan di negeri ini enggan menjual kad prabayar telefon bimbit kerana tidakpasti sama ada kad itu dikenakanCukai Barang dan Perkhidmatan(GST) yang mula berkuat kuasa pelaksanaannya 1 April lalu.

“Sori kawan itu kad prepaid, takberani mahu jual sekarang, tunggu sikithari lagi. Kalau gua masuk itu GST, nantitak kena, susah ma…,” kata taukesebuah kedai runcit di Bukit Cheng.

Begitu juga di sebuah pam minyak di Ayer Keroh yang memberhentikanjualan kad pra bayar. Keadaan ini telahmerumitkan pelanggan perkhidmatan

telefon bimbit. GST tidak perlu dikenakan terhadap

mana-mana kad tambah nilai prabayarkerana sudah terdapat cukai dikenakandalam setiap kad itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk SeriHasan Malek, dipetik berkat, isuberhubung kad tambah nilai prabayaryang dikenakan GST syarikat telekomunikasi akan dibawa untuk perhatian Jabatan Kastam DirajaMalaysia.

Katanya, perkara itu perlu diteliti dandiselesaikan bagi memastikan tidakwujud sebarang kekeliruan dalam

kalangan pengguna yang menggunakanperkhidmatan terbabit.

Dalam masa yang sama, peniaga pulaperlu menjalankan perniagaanmengikut etika dan tidak sesuka hatimenaikkan harga serta mengenakancukai sehingga membebankanpengguna.

Walaupun perlaksanaan GST yangbaru bermula kelmarin, namun telahbanyak reaksi negatif mengenainyatelah diluahkan menerusi laman-lamansosial. Ini termasuk rasa tidak berpuashati pengguna dengan tindakan pengusaha syarikat telekomunikasiyang mengenakan GST terhadap kad

tambah nilai prabayar walaupun ia sepatutnya dikecualikan GST.

Antara komen-komen di lamanFacebook ialah  “aku beli top up RM10kena tambah lagi 60 sen menyusahkanaku. “ Aku baru sahaja topup.. Memangkena GST... kata seorang penggunaFacebook.

Malaysia menjadi negara kelapandalam kalangan 10 negara Asean yangmelaksanakan GST. GST berkadar enamperatus menggantikan cukai jualan danperkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus yang diguna pakai selama ini, merupakan kadar terendah dalamkalangan negara Asean.

Tak mahu jual dulu

AYER KEROH 2 April -Syarikat konsesi penam-bakan laut di pesisir pan-tai di Melaka dianjurkanuntuk membayar zakatmenerusi Pusat ZakatMelaka (PZM). Ketua Menteri, Da-tuk Seri Ir. Idris Haronberkata, bagaimanapun iahanya melibatkan syarikatkonsesi milik orang Islam. “Projek penamba-kan laut sangat besar danterdapat lebih 20 buahsyarikat konsesi di Me-laka dan sebahagiannyamilik Bumiputra. “Kita akan lihat syari-kat-syarikat ini dari pelba-gai aspek dan jika ada ke-majuan dan kemampuan,kerajaan negeri harap sya-rikat-syarikat ini berbaik-baik dengan PZM,” katanya. Idris berkata demi-kian semasa Majlis Penye-

rahan Zakat Agensi Kor-porat di Seri Negeri di sini,hari ini. Sebanyak dua buahagensi korporat telahmembayar zakat pernia-gaan dengan jumlah kese-

luruhan sebanyak RM688,160.00 Dua buah agensiyang terlibat ialah BankRakyat (M) Berhad yangdiwakili Ahli LembagaPengarahnya, Abdul Rah-

man Kasim yang telahmenyerahkan wang zakatkorporat sebanyakRM678,160.00. Manakala sebuah la-gi agensi ialah SyarikatPuncak Mantik Enterpri-

se yang diwakili Pemi-liknya, Abdul HaleemAbd. Wahab. Syarikat itumenyerahkan wang zakatkorporat sebanyakRM10,000.00. Majlis penyerahan

wang zakat korporat ituturut disaksikan Tim-balan Pengerusi MajlisAgama Islam Melaka(MAIM), Datuk YaakubMd. Amin dan PengurusBesar PZM, Ismail Hasim.

Syarikat konsesi tambak laut disaran bayar zakat

KUALA LUMPUR 2 April -Pembayaran balik pinjamanPerbadanan Tabung PendidikanTinggi Nasional (PTPTN) tidakakan dikenakan Cukai Barangdan Perkhidmatan (GST), kataPengerusi PTPTN, Datuk Sham-sul Anuar Nasarah. Katanya, sebarang bayaranbalik pinjaman yang dilakukanmelalui kaunter atau kios di ma-na-mana cawangan milikPTPTN tidak akan dikenakanGST. “Bagaimanapun bayaran

balik melalui perbankan internetatau di luar daripada cawanganPTPTN akan tertakluk kepadainstitusi perbankan itu,” katanyakepada pemberita selepas MajlisPelancaran Cabutan HadiahSkim Simpanan Pendidikan Na-sional (SSPN-i) 2015 di sini, hariini. Beliau berkata, pengecuali-an cukai itu memberi lebih pe-luang kepada peminjam PTPTNuntuk terus melangsaikanhutang pinjaman mereka yangtertunggak.

Sementara itu, ShamsulAnuar berkata, langkah kerajaanmemberikan insentif diskaun 20peratus bagi bayaran balik kese-luruhan pinjaman PerbadananTabung Pendidikan Tinggi Na-sional (PTPTN) telah berjayamenggalakkan peminjam yangtelah disenarai hitam membuatbayaran balik. Sehingga Selasa lepas,33,059 peminjam telah me-ngambil peluang mendapatkaninsentif diskaun itu yang meli-batkan jumlah pinjaman seba-

nyak RM404.75 juta. Daripada jumlah peminjamitu, 1,392 orang merupakan pe-minjam tegar yang tidak pernahmembuat bayaran balik, meli-batkan pinjaman keseluruhansebanyak RM18.03 juta.

Sepanjang tempoh pembe-rian insentif berkenaan, sejum-lah RM80.95 juta diskaun telahdiberikan kepada peminjam ma-nakala bayaran balik yang diteri-ma adalah sebanyak RM323.80juta. “Daripada angka ini kita

akan kaji dan lihat daripada pel-bagai aspek dan menilai dapatanbaru yang mungkin kita akan bu-at supaya trend pembayaranyang meningkat ini akan terusberlaku,” katanya. Pemberian insentif dis-kaun 20 peratus telah diumum-kan Perdana Menteri DatukSeri Najib Tun Razak semasamembentangkan Belanjawan2015, bagi membantu men-gatasi masalah hutang tertung-gak peminjam PTPTN. -BERNAMA

Bayaran balik PTPTN dikecualikan GST

IDRIS bersama pembayar zakat korporat selepas Majlis Penyerahan Zakat Agensi Korporat di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

Oleh SHAZZUAN SHAHMOHD. SALEH

sec2-mimie_Layout 1 4/2/2015 10:48 PM Page 2

Page 6: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

6 Jumaat 3 April 2015

Oleh LIANA SAHABUDIN

MASJID Air Barok dibina pada tahun

1917 dan menjadi masjid utama buat

penduduk setempat sekitar pekan

Jasin pada masa dahulu.

Bangunan berbentuk empat segi

itu adalah gabungan bahan batu dan

kayu, sementara bumbungnya yang

berlapis tiga disusun genting ‘mar-

seille’.

Bahagian puncaknya pula dihiasi

dengan seni ukir dari batu. Manakala

empat batang tiang serinya pula diper-

buat dari susunan batu-bata dan dihia-

si dengan jubin corak bunga timbul

yang menarik.

Manakala, lantai masjid pula di-

perbuat dari batu marmar dari negara

Itali yang pada mulanya adalah lantai

Istana Sultan Deli, Sumatera.

Menurut sumber, pada ketika itu,

seorang saudagar kaya di Jasin, Tuan Haji

Babu, rakan Sultan Deli telah memberi

lantai marmar tersebut dan dijadikan lan-

tai masjid ini untuk keselesaan penduduk

yang menunaikan ibadat.

Pembinaan masjid ini telah dise-

laraskan bersama Datuk Demang Haji

Abu Ujang dan saudara lelakinya, Tuan

Kadhi Haji Musa Ujang yang menjadi

imam pada masa itu.

Sejarah pembinaan tapak mas-

jid ini dipercayai milik Datuk Senara

yang berasal dari Pagar Ruyung,

Minangkabau, Sumatera, Indonesia.

Datuk Senara telah mengem-

bara ke tanah Semenanjung dan mem-

buka tanah yang kini menjadi Pekan

Jasin bagi penduduk di kawasan berke-

naan mencari keperluan harian.

Tanah tersebut dipercayai telah

diwariskan kepada cicit beliau, Datuk

Demang Haji Abu Ujang dan seterusnya

diwakafkan untuk tujuan pembinaan

Masjid Air Barok ini.

Sejak tahun 1969, masjid ini ti-

dak lagi digunakan sepenuhnya, malah

penggunaannya lebih tertumpu kepa-

da kegiatan keagamaan oleh pendu-

duk sekitar Pekan Jasin.

Penduduk qariah kawasan pe-

kan tersebut dipercayai bersembah-

yang jemaah di masjid baru yang siap

dibina pada tahun 1969. Kerja-kerja

pemuliharaan masjid lama ini telah

dilakukan oleh Jabatan Muzium dan

Antikuiti pada tahun 2002 bagi mem-

beri lebih keselesaan dan kemudahan

kepada orang ramai yang berkunjung.

Lokasinya terletak di pinggir Ban-

dar Jasin menghala ke Kesang. Masjid

lama yang penuh dengan keberkatan ini

menyimpan banyak kenangan.

Sehingga kini, Masjid Air Barok

dipenuhi dengan pelbagai aktiviti ke-

agamaan, setiap hari Khamis malam

akan diadakan bacaan surah Yassin

dan pada hari Jumaat diadakan kuliah

agama.

Lantai Masjid Air Barokdari Istana Sultan Deli

PANDANGAN hadapan Masjid AirBarok.

UKIRAN dan lukisan pada setiap tiang batu Masjid Air

Barok.

BUMBUNG Masjid Air Barok berlapis tiga yang

disusun genting marseille.

BEBERAPA pintu masuk masjid untuk kemudahan para jemaah menunaikan solat.

PEMANDANGAN Masjid Air Barok dari jauh.

MASJID Air Barok yang dibina sejak tahun 1917.

RUANG solat bagi para jemaah menunaikan ibadat.

Fokus MasjidAnda

jot-3ap_Layout 1 2/4/2015 9:50 PM Page 3

Page 7: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

7Jumaat 3 April 2015

KUALA LUMPUR 2April - Sebanyak 7,770premis perniagaan di se-luruh negara diperiksamenerusi Ops Pematu-han GST-Catut yang ber-mula semalam bagi me-mantau pelaksanaanCukai Barang dan Per-khidmatan (GST).

Semua PengarahKPDNKK negeri jugadiarah berhubung den-gan Pihak BerkuasaTempatan (PBT) dan Ja-watankuasa Kemajuandan Keselamatan Kam-pung (JKKK) untuk

bersama-sama meman-tau pelaksanaan CBPagar tiada sebarang pe-nipuan berlaku.

Menteri Perda-gangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepeng-gunaan, Datuk Seri Ha-san Malek berkata, sejaksemalam, antara pe-meriksaan tertinggi dila-kukan ialah di 3,055pasar basah, 1,587 pasarmalam dan pasar tamudan 1,076 kedai runcit.

“Pemeriksaan itudilakukan secara menye-luruh di pelbagai premis

perniagaan termasuk dikedai-kedai biasa,” ka-tanya kepada pemberitaselepas menyertai OpsPematuhan GST-Catut diMid Valley Megamall disini, hari ini.

Turut diperiksaialah 468 peruncit, 250pasar mini, 189 pasar ra-ya, 157 kedai makan, 145medan selera, 99 pasarraya besar, 33 premispengilang dan pengeluardan 92 pemborong,katanya.

Ops PematuhanGST-Catut dilaksanakan

secara bersepadu antaraKementerian Perdagang-an Dalam Negeri, Kope-rasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan JabatanKastam Diraja Malaysia(JKDM) bagi memas-tikan tiada peniaga men-gambil kesempatan,katanya.

Terdahulu Hasanmenyaksikan majlis pen-yerahan buku ProsedurOperasi Standard pelak-sanaan Ops PematuhanGST-Catut antara KPD-NKK yang diwakili Pen-garah Penguatkuasa,

Roslan Mahayuddin danKetua Pengarah KastamDatuk Seri KhazaliAhmad, sebagai simbolikkerjasama melaksanakanOps Bersepadu.

“Melalui pelaksa-naan Ops Catut, ada per-kara yang boleh diambiltindakan segera misalnyatiada tanda harga man-akala aduan yang lebihberat akan mengambilmasa lebih lama,” kata-nya.

Sementara itu,sebanyak 23,871 aduanditerima menerusi sis-

tem aplikasi telefonmudah alih, My KiraGST, katanya.

Beliau berharaplebih ramai penggunatampil memberikan la-poran jika menghadapisebarang masalah berhu-bung GST melalui pelba-gai saluran disediakan. - BERNAMA

Oleh FUAD RAMDAN

BANDAR RAYA MELAKA 2April - Langkah berani bebera-pa premis yang didakwa mahumengaut keuntungan melaluipelaksanaan Cukai Barangandan Perkhidmatan (GST) 1April lalu dapat dikesan olehpihak Kementerian Perdagan-gan Dalam Negeri, Koperasi

dan Kepengunaan (KPDNKK)melalui OPS Catut yang dila-kukan di sebuah pusat membe-li-belah di Banda Hilir, hari ini. Ketua Unit Kawalan Be-kalan Harga dan Anti Pencatu-tan, Md. Isam Abdullah berka-ta, sebanyak 25 premis pernia-gaan diperiksa dalam operasiitu termasuk enam premis dibawah syarikat yang sama.

Katanya, syarikat itu yangmenjual barangan elektrik danelektronik terletak di BandaHilir, Cheng, Taman Legenda 1,Bukit Piatu, Batu Berendamdan Pokok Mangga. “Hasil pemeriksaan keatas barangan elektrik dipremis berkenaan mendapatidua produk elektrik iaitu petisejuk dinaikkan harga dari

RM459 pada Disember lalukepada RM485 dan sebuahpeti sejuk telah disita sebagaibukti siasatan,” katanya padaOperasi Pencatutan di sebuahpusat membeli-belah di BandaHilir, di sini, semalam. Menurutnya, pada operasiitu, terdapat juga peniaga yangmemberikan senarai hargabarang dan kos operasi baran-

gan bertarikh 31 Mac dan hasilpemeriksaan mendapati ber-laku kenaikan harga. Katanya, peniaga perlumengemukakan dokumen so-kongan seperti pertukaranpembekal atau penggunaanteknologi dan sebagainya bagimenaikkan margin keuntun-gan. “Sepanjang operasi padahari ini, sebanyak enam kesdilakukan oleh peniaga dibawah Seksyen 14(1) AktaKawalan Harga dan Anti Pen-catutan 2011 atas kesalahanmengaut keuntungan tinggiyang tidak munasabah. “Saya tidak menolak ke-mungkinan harga produk ber-kenaan dinaikkan sebelumGST yang dikuatkuasakan pada1 April lalu,” katanya. Beliau juga berkata, pihak-nya akan melakukan siasatanlanjut di bawah Seksyen 14(1)Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011. Hadir sama, Penolong Pe-gawai Kanan Kastam Negeri,Kamaruddin Ujang.

MD. Isam (tengah) menunjukkan harga barangan yang berbeza daripada harga asal di sebuahpusat membeli-belah di Banda Hilir, semalam.

MD. Isam turut memeriksa beberapa premis lain bagi pemeriksaan kawalan harga.

HAsAN Malek

PENGUATKUAsA KPDNKK menunjukkan resit berlakunyakenaikan harga pada barangan yang dijual.

MD. Isam semasa memberi sidang media sempena OPs Catut.

Premis berdegil diserbu

KPDNKK, PBT dan JKKK tingkatkan pelaksanaan GST

jot-3ap_Layout 1 4/2/2015 11:00 PM Page 4

Page 8: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

8 Jumaat 3 April 2015

Oleh AFLIEZA ARSHAD

AYER KEROH 2 April - MajlisBandaraya Melaka Bersejarah(MBMB) merangka pelbagaiprogram menarik bermula bu-lan ini hingga akhir Mei depandalam usaha menyemarakkanSambutan Ulang Tahun MBMBKe-12, tahun ini.

Intisari acara pada pro-gram tahun ini kata Datuk Ban-dar Melaka Bandaraya Berse-jarah (MBB), Datuk Zainal Hus-sin adalah seimbang denganmembabitkan acara bersifatkeagamaan, ilmiah, budaya, dansukan.

“Malam Bandaraya Mela-ka Berselawat yang akan dip-impin oleh Habib Syech AbdulQodir Assegaf dan Habib AliZainal Abidin pada 14 April an-

tara pengisian yang telah diran-cang sempena sambutan kali ini.

“Program ini akan ber-langsung di Pulau Melaka initurut dihadiri oleh KetuaMenteri, Datuk Seri Ir. IdrisHaron dengan jangkaan tetamuseramai 40,000 orang dan ke-mudiannya pada 16 April, MB-MB turut menganjurkan MajlisKesyukuran dan Bacaan YasinMBMB bertempat di MasjidSelat Melaka.

“Terdahulu sebelum itupada 9 April, majlis sama akandiadakan secara serentak di tigamasjid warisan iaitu di MasjidTengkera, Masjid Kampung Hu-lu dan Masjid Kampung Keling,”katanya.

Zainal berkata demikiandalam sidang akbar sempenaSambutan Ulang Tahun Ban-

daraya MelakaBersejarah kalike-12 di Au-ditorium MB-MB, dekat sini,hari ni.

Hadir sa-ma, SetiausahaMBMB, Mohd.Derus Che Matdan ahli-ahliMajlis MBMB.

TambahZainal lagi, Maj-lis Sambutan Ulang Tahun Ke-12 MBMB ini juga melibatkanprogram seperti PertandinganMereka Bentuk Logo MBMB,Pertandingan Melukis Ban-daraya Melaka 2020, Per-tandingan Keindahan Landskap& Hiasan Pejabat, Hotel, pusatbeli-belah dan taman peruma-

han dan kampung.“ B a h k a n

program trade markyang begitu sinonimdengan penganjuransaban tahun sepertiKejohanan Golf Ban-daraya 2015, Pertan-dingan memancingBandaraya MelakaBersejarah dan Per-tandingan TreasureHunt turut dikekal-

kan dengan mena-warkan hadiah lumayan.

“Turut diatur dalam prog-ram ini ialah penganjuran ju-lung kali iaitu PertandinganSuara Burung Bandar MelakaBersejarah pada 10 Mei di Ta-man Bandaraya Bukit Se-rindit, dan keesokannya hari-nya iaitu 11 Mei pula, Ko-

nvensyen Antarabangsa Me-laka Bandaraya Berkembardilangsungkan di HotelEquatorial membabitkan 350peserta dari dalam dan luarnegara.

“Jamuan Teh Rakyat pa-da 25 April pula berupa majlisuntuk rakyat bertujuan mener-apkan nilai-nilai murni perpad-uan dan keharmonian di kalan-gan warga bandaraya yangberbilang kaum selain tanda ter-ima kasih MBMB kepada selu-ruh warganya.

“Manakala pada sebelahmalam pula akan diadakan Kon-sert Budaya yang memaparkankepelbagaian kebudayaan etnikselain mempromosikan lagiBandaraya Melaka sebagai lo-kasi pelancongan yang mena-rik,” katanya.

Berlangsung di Masjid Selat, 9 April

Melaka Berselawat sempenaUlang Tahun MBMB Ke-12

ZAINAL

Oleh LIANA SAHABUDIN

AYER KEROH 2 April -Universiti Teknikal Ma-laysia Melaka (UTeM)

menjadi pencetus inovasigenerasi masa hadapandengan kewujudan Aka-demi Internet of Things(IoT) Samsung pertama

di Malaysia dalam men-transformasikan duniadigital. Menteri PendidikanII, Datuk Seri Idris Jusohberkata, IoT adalah tek-nologi maklumat dankomunikasi (ICT) yangmemberi peluang luaskepada dunia baharudengan menggabungkanperanti dan teknologiterkini sedia ada. Menurutnya, IoTdapat memanfaatkan pe-luang yang besar dalambidang akademik, indus-tri dan kemasyarakatan,malah memberi sumban-

gan besar kepada negara. Beliau berkata,UTeM dipilih menjadiuniversiti pertama yangmemberi kebaikan kepa-da pelajar, pensyarahdan komuniti sekellinguntuk mengetahui ‘soft-ware’ dan ‘hardware’ ba-haru tentang Samsungselain dapat melaksana-kan kajian dan pemban-gunan (RND). “Kerjasama antaraUTeM dan Samsung Ma-laysia sememang berte-patan dan ia perlu men-jadi contoh antara pihakawam dan swasta dalam

memanfaatkan kepa-karan akademik dan in-dustri untuk memacupembangunan teknologidan inovasi,” katanyapada sidang media sele-pas merasmikan UTeM-Samsung IoT Academy diKampus Teknologi UT-eM di sini, semalam. Jelasnya, ia juga se-laras dengan hasrat kera-jaan memanfaatkan ICTdalam meningkatkankualiti pembelajaran pe-lajar institut pengajiantinggi (IPT) sekali gusmemberi sokongan kepa-da visi kerajaan ke arahnegara berpengetahuandan berpendapatan tinggi. “Modul latihan diakademi IoT ini terma-suk sistem operasi dansistem perkakasan terki-ni seperti ‘magicinfo’ dan‘knox’ yang beroperasi

pada ‘smart signage’ danperanti mudah alih. “Kerjasama ini perluditeruskan supaya iaboleh menjadi modelutama untuk berhubungdengan universiti-uni-versiti lain dalam men-getengahkan industriberteknologi tinggi yangmencabar,” katanya. Hadir sama ExcoPelajaran, PengajianTinggi, Sains dan Tek-nologi, Teknologi Hijaudan Inovasi, Datuk WiraMd. Yunos Husin; Pen-gerusi Lembaga Penga-rah UTeM, Tan Sri Ir. Dr.Ahmad Zaidee Laidin;Naib Canselor UTeM,Datuk Dr. Shahrin Sahib;Presiden Samsung Ma-laysia Electronics (SME)Sdn. Bhd., Lee SangHoon dan kenamaanlain.

UTeM cetus inovasi generasi masa depan

IDRIS, Md. Yunos (dua, kiri) dan Sang Hoon (tiga,kanan) bergambar di hadapan logo IoT selepas majlisberkenaan.

SEBAHAGIAN tetamu yang hadir pada MajlisPerasmian UTeM-Samsung IoT Academy di KampusTeknologi UTeM, Selasa lalu.

jot-3ap_Layout 1 4/2/2015 11:01 PM Page 5

Page 9: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

9Mimbar MAIM - Perpaduan Nadi Transformasi Negara Jumaat 3 April 2015

Bukit Rambai - Jabatan AgamaIslam Melaka (JAIM) melaluiBahagian Pendidikan dengankerjasama Majlis Guru BesarSekolah Rendah Agama (SRA)Daerah Melaka Tengah (MGB)telah menganjurkan Ihtifal Ko-Kurikulum Tahap 2 di SRATaman Bukit Rambai baru-baru ini. Program ini juga meru-pakan program tahunan yangdiadakan pada setiap tahunyang mana penyertaan adalah-daripada kalangan pelajar SRAJAIM sekitar daerah MelakaTengah seramai 130 orang danantara aktiviti yang di pertand-ingkan ialah syarahan Bahasaarab dan penulisan jawi sertatilawah dan hafazan al-Quran. Timbalan Pengerusi MajlisAgama Islam Melaka (MAIM),Datuk Wira Yaakub Md. Aminberkata, perlaksanaan programini bertujuan untuk mendidik-setiap pelajar mengetengahkanbakat mereka supaya mereka-mampu menjadi pelajar yangaktif dan berdisplin. Katanya, pelajar dari per-ingkat umur bawahan ini perludi beri ruang dan peluang untuk

di cungkil bakat mereka khusus-nya berkaitan akedemik dankreativiti mereka dalam usahauntuk membentuk pelajar yangcemerlang dalam pelajaran dankehidupan. “Program ini juga mampumemberi pendedahan ilmiahkepada pelajar membentuksahsiah diri yang berkemahiranserta mempunyai ilmu ukhrawiyang mantap dan seterusnyamampu menjadi pendidik dandai’e yang berjaya.” katanyaketika menyampaikan ucapan-perasmian. Ujarnya lagi, program se-perti ini juga mampu mela-hirkan pelajar yang mampuberdepan dengan pelbagaisituasi pembelajaran sertamembentuk peribadi yangmulia serta mampu mende-pani pelbagai cabaran di masahadapan. Beliau hadir merasmikanprogram berkenaan dan-menyampaikan hadiah kepadapemenang dan program per-ingkat negeri akan di adakanpada 6 April ini bertempat diSRA JAIM Paya Rumput, Mas-jid Tanah.

Pelajar sekolah digalakaktif aktiviti kokurikulum

Bukit Palah - JabatanAgama Islam Melaka(JAIM) melalui BahagianPengurusan Masjid DanMadrasah telah mengan-jurkan kursus TafaqquhFiddin Perdana di Kom-pleks Al-Azim baru-baruini. Kursus sehari ini te-lah di hadiri seramailebih 40 orang pesertayang terdiri daripada

guru-guru takmir di ne-geri ini yang terdiri dari-pada pegawai Jaim danguru-guru sekolah seki-tar negeri ini serta pen-dakwah bebas. Ketua Penolong Pe-ngarah Bahagian Pengu-rusan Masjid dan Madra-sah, Ustaz Azli AbdulRahman berkata, tujuankursus ini diadakan ada-lah memberi informasi

terkini kepada guru tak-mir berkaitan isu dan halehwal semasa di negeri inidi samping bertukar ideadan pandangan dalammenyampaikan dakwahkepada masyarakat. Beliau menjelaskanlagi, setiap guru takmirperlu dan wajib mempun-yai ilmu Islam yang men-dalam bagi memastikansetiap penyampaian yang

diberi dapat diterjemah-kan dengan amalan ber-terusan oleh masyarakatIslam. “Melalui kursus inijuga setiap peserta mam-pu berinteraksi danbertukar pandangan da-lam usaha untuk mela-hirkan pendakwah yangkreatif dan inovatif sertateknik penyampaianyang betul dan berke-

san.” katanya ketika dite-mui media baru-baru ini. Beliau berkata, seti-ap pendakwah di negeriini perlu memainkanperanan yang besar da-lam menarik minat go-longan remaja dan de-wasa mengimarahkanmasjid dan surau di seki-tar kediaman mereka disamping sentiasa aktifdalam program kema-

syarakatan yang diada-kan. “Isi serta isu yangdisampaikan juga perludititikberatkan bagi me-mastikan ianya mampumenarik minat masyarkatIslam di negeri ini mengi-kuti kelas takmir yangdiadakan serta memben-tuk masyarakat yang cin-takan masjid.” ujarnyalagi.

Guru Takmir perlu kreatif dalam berdakwah

Panel sedang menyampaikan ceramah

YaaKub menyampaikan hadiah kepada pemenang

Terima sumbangan…Timbalan Pengerusi majlis agama islam melaka(maim), Datuk Wira Yaakub md. amin menerima cek sumbangan daripada ahliDewan undangan negeri (adun) Paya rumput, Datuk sazali md. Din mewakili ahlijawatankuasa (aJK) masjid Kariah bertam ulu. sumbangan berjumlah rm 350,000.00 berjaya di kutip oleh aJK masjidberkenaan yang manakariahbertamulusedangdalam proses untukmembinamasjid baru bagi kegunaanpendudukkariahberkenaan. seluas 1.3 ekar telahberjaya di kenal pasti untuk dijadikan tapak pembinaan masjid berkenaan yangdijangka akan selesai dalam tempoh dua tahun dan ianya dijangka mampumenampung jemaah seramai 1500 orang dalam satu masa.

Sec3_iz_CENTRESPREAD(MAIM)_3April_Layout 1 2/4/2015 6:17 PM Page 2

Page 10: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

i. Pengertian Keluarga

Menurut bahasa, keluarga ialah

sekumpulan individu yang merupakan

kaum kerabat kepada seseorang.

Sementara dari segi istilah pula, nizam

Islam ialah unit yang mengandungi bapa,

ibu, datuk, nenek, anak perempuan dan

anak lelaki serta cucu-cicit.

ii. Keluarga Sebagai Asas Masyarakat

Jika individu merupakan asas dalam pem-

binaan masyarakat, keluarga pula ialah

unit yang hidup dalam masyarakat terse-

but. Individu yang merupakan sebahagian

daripada keluarga akan mewarisi ciri-ciri

utama keluarga tersebut. Allah s.w.t. berfir-

man yang bermaksud :

“Sebagai satu keturunan yang sebahagian-

nya (keturunan) dari yang lain.” (surah Ali

Imran : ayat 34)

Individu itu juga akan terbentuk dan

terdidik menurut acuan keluarga tersebut.

Begitu juga hadith, daripada Abu Hurairah

r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

“Setiap anak yang dilahirkan menurut

fitrah yang baik. Maka, ibu hanyalah yang

menjadikannya Yahudi, Nasrani atau

Majusi, sepertimana binatang yang

melahirkan anaknya dalam keadaan yang

sempurna, adakah kamu dapati kecacatan

pada telinganya?” (Riawayat Muslim

(2658)

Fitrah ialah keadaan yang tersedia

untuk kebaikan, yang juga merupakan asal

kejadian manusia. Istiqamah atau

menyelewengnya tingkah laku seorang

bergantung kepada persekitaran, seperti-

mana anak binatang yang telah dilahirkan

sempurna. Kecacatan yang berlaku

selepas kelahiran adalah kesan daripada

persekitaran yang melingkunginya.

Daripada keterangan ini, jelaslah

bahawa individu adalah sebahagian dari-

pada keluarga dan keluarga pula adalah

sebahagian daripada masyarakat, yang

merupakan asasnya. Apabila keluarga itu

baik, maka baiklah individunya dan apabila

individu itu baik, maka baiklah keluarga

dan masyarakatnya.

Sehubungan itu, Islam memberi per-

hatian yang sempurna terhadap institusi

kekeluargaan. Hal ini ditekankan secara

meluas di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

iii. Pensyariatan Hak-Hak Suami Isteri dan

Tanggungjawab Kedua-duanya.

a) Tanggungjawab Suami Terhadap

Isteri. Antara tanggungjawab suami

adalah :

• Mas Kahwin.

Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t.

mafhumnya : “Berikanlah mas kahwin

(mahar) kepada wanita (yang kamu ni-

kahi) sebagai pemberian dengan penuh

kerelaan.” (Surah an-Nisa’ : ayat 4)

• Nafaqah

Di dalam hal ini, Allah s.w.t. berfirman

yang bermaksud : “Dan kewajipan

bapa memberi makan dan pakaian

kepada para ibu dengan cara makruf,

seseorang tidak dibebani melainkan

menurut kadar kesanggupannya.”

(Surah al-Baqarah : ayat 233)

Begitu juga hadith, Rasulullah

bersabda yang bermaksud : “Kamu

wajib memberi isteri-isteri kamu

nafaqah dan pakaian dengan sewa-

jarnya.” (Riwayat Muslim (1218)

• Pergaulan Yang Baik

Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t

bermaksud :“Dan bergaullah dengan

mereka secara patut.” (Surah an-Nisa’

: ayat 19)

b. Tanggungjawab Isteri Terhadap

Suami. Antara tanggungjawab isteri

pula ialah :

• Taat dalam perkara bukan

maksiat

Hal ini berdasarkan firman Allah

s.w.t. Mafhumnya :“Kaum lelaki adalah

pemimpin bagi kaum wanita.” (Surah

an-Nisa : 34) Maksud perkataan

qiwamah di dalam ayat yang diny-

atakan di atas ialah berkaitan kepimp-

inan dan hak ketaatan.

• Tidak Membenarkan Sesiapa

Pun Masuk Ke Dalam Rumahnya

Tanpa Keizinan Dan Keredhaan

Suaminya.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah

s.a.w. yang bermaksud : “Kewajipan

isteri kamu adalah dengan tidak mem-

benarkan sesiapa yang kamu benci

masuk ke dalam rumah kamu.”

(Riwayat Muslim (1218) Imam nawawi

Rahimullah berkata : “Janganlah sama

sekali para isteri mengizinkan seseo-

rang yang kamu benci masuk dan

duduk di dalam rumah kamu.”

• Menjaga Kemuliaan, Maruah

dan Harta Suami

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah

s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Mahukah kamu, aku tunjukkan

sebaik-baik perkara yang disimpan

oleh lelaki? Perkara itu ialah seorang

isteri yang solehah, iaitu apabila dipan-

dang, menggembirakannya, apabila

diperintahkan, mentaatinya, dan apa-

bila suaminya tiada, dia memelihara

dirinya dan harta suaminya.” (Riwayat

Abu Daud (1664) dan al-Hakim dalam

al-Mustadrak, di mana beliau men-

sahihkannya)

Pensyariaatan Hak-Hak Anak danHak-Hak Ibu Bapa Sebenarnya ibu bapa mempunyai hak

yang mesti ditunaikan. Begitu juga anak-

anak. Justeru, dinyatakan di sini amanah

dan tanggungjawab masing-masing.

a. Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap

Anak. Antara tanggungjawab ibu bapa

terhadap anak adalah :

•Nafaqah

Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t

bermaksud :“Kemudian jika mereka

menyusukan (anak-anak) mu untuk-

mu, maka berikan kepada mereka

upahnya.” (Surah al-Talaq : ayat 6)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. telah mewa-

jibkan bapa memberi upah kepada ibu

yang menyusui anaknya sebagai

nafaqah anak tersebut.

• Memberi Pendidikan dan

Pengajaran Yang Terbaik Dalam

Hal Ibadat dan Akhlak

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah

s.a.w. yang membawa maksud :

“Didiklah anak-anakmu tiga perkara :

Cintakan Nabimu, cintakan keluarga

Nabimu, dan membaca al-Quran.”

(Riwayat ad-Dailami dan as-Suyuti)

Begitu juga maksud hadith Rasulullah

s.a.w. : “Ingatlah! Kamu semua adalah

penjaga yang dipertanggungjawabkan

terhadap jagaanmu. Pemerintah ialah

penjaga dipertanggungjawabkan ter-

hadap rakyatnya. Seorang lelaki ialah

penjaga ahli keluarganya yang diper-

tanggungjawabkan terhadap mereka.

Seorang wanita pula adalah penjaga

rumah tangga suami dan anak-

anaknya yang telah dipertanggung-

jawabkan kepada mereka. Seorang

hamba ialah penjaga harta tuannya

yang telah dipertanggungjawabkan

kepadanya. Ingatlah! Kamu semua

ialah penjaga yang dipertanggung-

jawabkan terhadap jagaanmu.”

(Riwayat al-Bukhari (853) dan Muslim

(1829). Juga maksud sabda Rasulullah

s.a.w : “Tidak ada sesuatu adab yang

telah diberi oleh seorang bapa kepada

anaknya lebih baik daripada adab dan

akhlak yang terpuji. (Riwayat al-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang

bermaksud : “Hendaklah kamu muli-

akan anak-anak kamu, dan didiklah

mereka dengan peradaban yang baik

(terpuji). (Riwayat Abn Majah)

Abdul Razak bin Said Ibnu Man-

sur dan lain-lain telah mentakhrijkan

daripada Ali r.a. yang bermaksud :“

Ajarlah anak-anakmu serta keluarga-

mu segala kebaikan dan didiklah mere-

ka.” Sebenarnya, ibu memainkan per-

anan yang cukup besar dalam men-

didik anak-anak dan mengatur urusan

rumah tangga. Penyair pernah

bermadah : “Ibu sebagai madrasah

jika kamu sediakannya, kamu sedi-

akan umat yang menjadi generasi

yang terbaik.” Madah syair di atas jelas

menunjukkan betapa besarnya per-

anan ibu dalam membentuk keluarga

bahagia dan mendidik serta mentar-

biah anak-anak. Hal ini diakui oleh cen-

dekiawan dan tokoh-tokoh Islam serta

barat.

b) Tanggungjawab Anak Terhadap

Ibu Bapa antara tanggungjawab

anak terhadap ibu b apa ialah :

•Taat Kepada Ibu Bapa Dalam

Perkara Yang Bukan Maksiat Dan

Berbuat Baik Keduanya

Hal ini berdasarkan kepada fir-

man Allah s.w.t. mafhumnya : “Dan

Tuhanmu telah memerintahkan

supaya kamu jangan menyembah

selain Dia dan hendaklah kamu berbu-

at baik kepada ibu bapamu dengan

sebaik-baiknya.” (Surah al-Israk : ayat

23) Begitu juga firman Allah s.w.t. yang

bermaksud : “Dan pergaulilah kedu-

anya di dunia dengan baik.”

(Surah Luqman : ayat 15)

• Memberi nafaqah sekiranya

mampu kepada ibu bapa yang fakir

Hal ini berdasarkan hadith yang

bermaksud : “Sebaik-baik makanan

seseorang adalah daripada usahanya

sendiri, dan anaknya itu adalah daripa-

da ushanya.” (Riwayat Abu Daud

(3528)

Begitu juga hadith Rasulullah s.a.w.

yang bermaksud : “Kamu dan hartamu

adalah milik ibu bapamu, dan sesungguh-

nya anak-anakmu adalah sebaik-baik usa-

hamu. Justeru, makanlah daripada hasil

usaha mereka.” (Riwayat al-Tirmizi (1358)

Dalam hal ini, terdapat banyak lagi

hukum yang berkaitan dengan penyu-

sunan kehidupan berkeluarga. Hukum-

hukum dan syariat ini menjelaskan betapa

Islam memberi sepenuh perhatian ter-

hadap keluarga dan memeliharanya.

10 Mimbar MAIM - Perpaduan Nadi Transformasi NegaraJumaat 3 April 2015

Bab 4

Hak keluargadan suami isteri

Terbitan: Majlis Agama Islam MelakaSumber: Buku Baiti JannatiPenulis: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri

Sec3_iz_CENTRESPREAD(MAIM)_3April_Layout 1 2/4/2015 6:18 PM Page 3

Page 11: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

Setiap tahun golongan yang

bekerja sama ada di sektor swasta

mahupun sektor kerajaan akan

menerima kenaikan gaji tahunan

dari majikan masing-masing.

Kenaikan ini adalah sebagai peng-

hargaan oleh pihak majikan ke

atas kakitangan mereka yang

telah menjalankan tanggungjawab

kepada organisasi masing-masing

dengan penuh jujur, dedikasi dan amanah.

Dari perspektif agama Islam pula,

kenaikan gaji tersebut (maksud tersirat)

ialah kurniaan rezeki dari Allah S.W.T kepa-

da hambaNya yang sentiasa mensyukuri

rahmat, nikmat dan keberkatan hidup

daripadaNya. Ia juga merupakan satu

peringatan kepada kita bahawa di dalam

mengejar kesenangan hidup di dunia ini,

ada hak orang lain ke atas rezeki yang kita

perolehi. Hak yang dimaksudkan ialah

penunaiaan zakat untuk kepentingan

golongan asnaf zakat seperti fakir, miskin,

amil, mualaf, riqab, gharimin, fisabilillah

dan ibnu sabil sepertimana yang telah dite-

tapkan di dalam Al-Quran.

Zakat hukumnya wajib dan hukum ini

jatuh ke atas setiap orang Islam yang

cukup syaratnya. Di dalam Al-Quran ada

menyebut bahawa orang yang dipertang-

gungjawabkan untuk mengutip zakat (amil)

boleh mengambil zakat daripada mereka

yang enggan menunaikannya. Ini jelas

menerangkan bahawa hukum zakat

adalah perkara yang amat dititikberatkan

di dalam Islam sepertimana hukum berso-

lat, hinggakan di zaman Saidina Abu Bakar

a.s. pernah mengarahkan perang ke atas

mereka yang enggan melunaskan zakat.

Selaras dengan firman Allah S.W.T. di

dalam Surah at-Taubah: Ayat : 103;

“Ambillah zakat dari sebahagian harta

mereka, dengan zakat itu kamu member-

sihkan mereka daripada dosa dan mensu-

cikan mereka daripada akhlak yang buruk

dan mendoakanlah mereka.

Sesungguhnya doa kamu itu menjadi

ketenteraman jiwa bagi mereka.

Dan (ingatlah) Allah Mendengar

Lagi Maha Mengetahui.”

Berbalik saya pada

tajuk di atas, kenaikan gaji yang

kita perolehi itu hendaklah dikira

semula kadar zakatnya setiap

tahun. Ini kerana kadar zakat

adalah mengikut kepada kadar

gaji atau pendapatan semasa

seseorang. Kaedah pengiraan Zakat

Gaji/Pendapatan yang diguna pakai di

Negeri Melaka terbahagi kepada dua iaitu:

Kaedah 1

Pendapatan kasar setahun (gaji, elaun,

kerja lebih masa, bonus) x 2.5%

= RM 3,000.00 X 12 x 2.5%

= RM 900.00 setahun

= RM 75.00 sebulan

Kaedah 2

a) Pendapatan kasar setahun

RM 36,000.00

b) Perbelanjaan setahun:

Ditolak:-

i) Diri sendiri -

RM 8,000.00

ii) Isteri – tidak bekerja

RM 5,000.00

iii) Anak- RM 1,000.00/seorang

RM 2,000.00

iv) Sumbangan Ibu bapa

RM 1,200.00

v) K.W.S.P./LTAT (11%)

RM 3,960.00

vi) Takaful Islam/Insurans

nil

Jumlah RM 20,160.00

c) Kadar zakat (a-b) RM 15,840.00

= RM 15,840.00 X 2.5%

= RM 396.00 setahun

= RM 33.00 sebulan

Sebagai seorang Islam yang berpe-

gang teguh dan bertakwa dengan sebenar-

benarnya kepada Allah S.W.T. kita wajib

melaksanakan perintahNya iaitu berzakat

dan janganlah kita lalai serta mengambil

mudah akan hukum ini. Marilah kita

bersama-sama menegakkan hukum berza-

kat dalam memenuhi tuntutan golongan

asnaf zakat di negeri ini.

Hj. Azmi bin Hj. Hussain

Pengurus Besar

Pusat Zakat Melaka.

Bila gaji naik, kadar potongan zakat pun naik

11Jumaat 3 April 2015Mimbar MAIM - Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Melaka Tengah - JabatanAgama Islam Melaka(JAIM) melalui BahagianDakwah dengan kerja-sama Majlis Agama IslamMelaka (MAIM) telahmenganjurkan SeminarJom Jadi Dai’e, baru-baruini. Seminar selama se-hari itu telah disertai sera-mai 150 orang pesertayang terdiri daripada ang-gota perkhidmatan awamdari pelbagai agensi danpendakwah bebas sertapelajar universiti awamdan swasta serta pen-syarah daripada universititempatan. Ketua Penolong Pe-

ngarah Bahagian Dak-wah, Ustaz Nawi AbuBakar berkata, seminar inimerupakan program ta-hunan yang diadakan pa-da setiap tahun dan men-dapat kerjasama daripadapelbagai pihak khususnyaagensi agama negeri danjuga universiti pengajianawam mahupun swasta. Beliau menjelaskan,program ini bertujuanmemberi kefahaman dankesedaran yang lebihmendalam kepada pen-dakwah ataupun dai’e dinegeri ini berkaitan ca-baran dan rintangan yangdihadapi dalam menyam-paikan dakwah kepada

masyarakat luar. “Melalui seminar inijuga, setiap peserta yanghadir dapat menerapkanserta mempertingkatkanlagi teknik dan metodolo-gi dakwah yang lebihberkesan di samping me-mahami tentang pent-ingnya konsep berdakwahdi zaman dunia tanpasempadan ini.” katanya. Menurut beliau lagi,setiap pendakwah atau-pun dai’e perlu bijak da-lam menangani pelbagaiisu yang dibangkitkanberkaitan ehwal Islambagi mengelakkan timbul-nya kekeliruan di kalan-gan masyarkat Islam yang

semakin mencabar danberliku. “Jadi dengan adanya

seminar seperti ini akandapat memartabatkanpendakwah dengan pel-

bagai kaedah dan kemahi-ran berdakwah sertamampu menarik minatgolongan muda khusus-nya siswa-siswi menjadidai’e yang berkualiti.”ujarnya. Katanya lagi, dalammenghadapi pelbagai ma-salah umat Islam yang se-makin mencabar dankompleks, perlaksanaandakwah tidak boleh dila-kukan secara persendiri-an tetapi perlu dilaksana-kan secara berjemaahataupun semangat berpa-sukan dengan kerjasamasemua pihak seperti uni-versiti tempatan danagensi kerajaan.

Dakwah kini semakin mencabar dan kompleks

SEBAHAGIAN peserta sedang mendengar taklimat

Sec3_iz_CENTRESPREAD(MAIM)_3April_Layout 1 2/4/2015 6:18 PM Page 4

Page 12: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

12 Jumaat 3 April 2015 Mimbar MAIM - Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Bukit Katil - Majlis AgamaIslam Melaka (MAIM)melalui Badan Sukare-lawan Al-Taqwa (BSAT)sentiasa komited mem-bantu golongan yangmemerlukan dalam me-neruskan kehidupan se-harian mereka dan telahmengadakan programziarah kasih di rumahpenerima bantuanMAIM, Rafeah MohdRafik di Bukit Katil baru-baru ini. Menurut Ketua UnitBSAT, Mohd. Dino Md.Delan berkata, antara pro-gram yang dianjurkanadalah ziarah kasih danjuga program gotong-ro-yong di rumah penerimabantuan mahupun mere-ka yang hidup dalamserba kekurangan. Beliau berkata, pro-gram gotong-royong me-rupakan program bu-

lanan yang diadakan padasetiap bulan dengan tuju-an membantu merekayang memerlukan dalammeringankan beban sertamemberi khidmat kaun-seling dan sosial berben-tuk perubatan dan jugabarang makanan. Beliau menjelaskan,BSAT akan sentiasa me-mastikan masyarakat Is-lam khususnya di negeri

ini yang hidup dalam ked-haifan dan serba kekuran-gan mendapat perhatiandaripada pihak MAIMdalam usaha membantuserta meringankan bebanhidup yang ditanggungoleh mereka. “Pihak MAIM mela-lui BSAT sentiasa bersediauntuk turun ke padangme-laksanakan programilmiah dan kemasya-rakatan pada setiap masaserta menyediakan per-khidmatan kaunseling dihospital dan juga rumah-rumah kebajikan sertaperkhidmatan peruba-tan.” katanya di sini baru-baru ini. Katanya, BSAT jugasentiasa mengalu-alukanpenyertaan masyarakatluar dalam aktiviti yangdianjurkan oleh BSATserta kepada mereka yangberminat untuk menjadi

ahli boleh menghubungipejabat BSAT di TamanLaksamana Peringgit ditalian 06-2868109. Menurut beliau lagi,

sehingga kini seramailebih 300 orang telahmenjadi ahli sukarelawanBSAT yang mana ahli-ahliini terdiri daripada kaki-

tangan agensi kerajaandan pesara-pesara kera-jaan serta pelajar universi-ti pengajian awam danswasta di negeri ini.

BSaT komited bantugolongan susah

Bukit Palah - Seramai 45 orangmurid Sekolah Menengah Ke-bangsaan Bukit Naning, Muartelah melakukan lawatan sambilbelajar ke Negeri Melaka Ban-daraya Bersejarah khususnya keMajlis Agama Islam Melaka(MAIM) baru-baru ini. Rombongan yang disertaioleh pelajar tingkatan dua hing-ga lima sekolah berkenaan telahdiketuai oleh guru sekolahterbabit, Faridul Talib dan duaorang lagi guru pengiring yangbertujuan untuk memberi pen-dedahan dan pembelajaran ke-pada murid sekolah tersebut ber-kaitan sejarah Islam di negeri ini. Menurut Faridul ketikaditemui berkata, ini merupakankali kedua program lawatan inidiadakan ke negeri ini dan padakali ini agenda lawatan lebih ter-tumpu ke arah pembangunansejarah Islam di negeri ini den-gan mengadakan lawatan keMaim dan Masjid Negeri Al-Azim serta Muzium al-Quranyang terletak di Kompleks Al-Azim. Beliau menjelaskan, mela-lui program lawatan ini jugamemberi ruang dan peluangkepada pelajar sekolah berke-naan mengenali dan melihat

dengan sendiri perkembangansejarah Islam di negeri ini sertamempelajari sejarah perkem-bangan dan pembangunanIslam sejak zaman KesultananMelayu Melaka. “Melaka memang terkenaldengan sejarah KesultananMelayu Melaka serta pengem-

bangan pengaruh Islam, justerusaya bersama pelajar saya ter-panggil untuk datang ke negeriini bagi melihat sendiri sejarahdan bukti tentang hebatnyaIslam di negeri sejak dari dululagi.” katanya ketika ditemuimedia di sini. “Muzium al-Quran pula

yang terletak bersebelahan Mas-jid Negeri Al-Azim mempunyaipelbagai himpunan al-Quransejak ratusan tahun dahulu yangmana sebahagian al-Quran ini dihasilkan melalui tulisan tangandan masih tersimpan rapi untuktatapan umum.” Katanya lagi, melalui pro-

gram seperti ini ke tempat-tem-pat berilmiah akan membantusetiap pelajar mengenali susahpayah perjuangan masyarakatIslam dahulu mengembangkanajaran Islam serta mengenalifungsi dan matlamat agensiagama Islam dalam mem-perkukuhkan syiar Islam.

SMK Bukit Naning adakan lawatan ke agensi agama Negeri Melaka

faRidul bergambar bersama pelajar SMK Bukit Naning di hadapan Muzium al-Quran.

Rafeah sedang menjalani pemeriksaan kesihatan.

Mohd. dino

Sec3_iz_CENTRESPREAD(MAIM)_3April_Layout 1 2/4/2015 6:17 PM Page 1

Page 13: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

Jumaat 3 April 2015 13

Oleh AZHAR YUSOF

AYER KEROH 2 April - FiestaRiuh Sakan bertemakan Kar-nival Untuk Semua anjuranUtusan Melayu (M) Berhadakan kembali muncul menemuipeminat dan kali ini ia diadakandi Dataran 1Malaysia Klebang disini, pada 29 hingga 31 Meidepan. Timbalan Exco Pelancong-an, Pembangunan Sungai,Pantai dan Pulau-Pulau, DatukGhazale Muhamad berkata, ker-ajaan negeri menyambut baiklangkah diambil Utusan Melayuyang menganjurkan programseumpama itu di negeri ini bagimemberi peluang kepada peni-aga tempatan memasarkan pro-duk mereka.

"Kerajaan negeri juga ber-setuju menjadikan Fiesta RiuhSakan sebagai salah satu acarasampingan sempena FestivalAntarabangsa Sungai Melakayang merupakan acara tahunandi negeri ini. "Saya dimaklumkan pelba-gai acara menarik disediakansepanjang tiga hari program ituberlangsung dan kita yakin pen-duduk Melaka akan hadir bera-mai-ramai bagi memeriahkanfiesta tersebut. "Program seperti ini bukansetakat membantu para peniagatempatan, malah selain berhi-bur, orang ramai juga bolehmenyertai pelbagai acara disedi-akan penganjur," katanya sele-pas mempengerusikan mesyu-arat jawatankuasa Fiesta Riuh

Sakan bersama agensi kerajaannegeri di Seri Negeri di sini,Selasa lalu. Hadir sama, PengarahLembaga Penggalakan Pelan-congan Malaysia Melaka, JeffriMunir; Pengurus Acara danPerhubungan Awam, BahagianPromosi Pelancongan (BPP)Jabatan Ketua Menteri, Moha-mad Isa Irin dan PenolongPengurus Pengurusan JenamaUtusan Melayu (M) Berhad,Hazura Ahmad Halil. Sementara itu, Hazuraberkata, Fiesta Riuh Sakan inidiadakan bagi membantu mem-promosi penambahbaikan wa-jah baharu Utusan Malaysia danMingguan Malaysia dan pro-gram ini terbuka kepada semuagolongan masyarakat.

"Antara objektif utamaKumpulan Utusan memilih Me-laka sebagai lokasi sambutanfiesta itu kali ini bagi mempopu-larkan negeri tersebut sebagaidestinasi pelancongan tersohornegara. "Selain itu, Utusan Melayu(M) Berhad berhasrat mem-perkenalkan kepelbagaian bu-daya Melaka yang penuh den-gan sejarah kepada pengunjungluar dan untuk itu, fiesta inisesuai dikunjungi oleh semualapisan masyarakat," jelasnya. Antara acara yang dia-dakan sepanjang fiesta ituadalah ceramah agama danacara perasmian pada hariJumaat malam diikuti geraijualan harga runtuh, aktivitisukan, aktiviti kanak-kanak dan

persembahan artis popular sep-anjang fiesta berlangsung. Turut diadakan KonsertRiuh Sakan, pertandinganmewarna, sukaneka, mini stu-dio dan mini explorace. Fiesta Riuh Sakan inimerupakan acara keempatdianjurkan di seluruh negaraselepas penganjurannya yangpertama di Batu Pahat, Johorpada Mei 2013, diikuti di Jitra,Kedah pada September 2013dan Putrajaya pada April tahunlalu. Fiesta Riuh Sakan diMelaka kali ini melibatkan ker-jasama Kerajaan Negeri Melakabersempena Festival Antara-bangsa Sungai Melaka 2015mulai 30 Mei hingga 14 Jundepan.

Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka

Fiesta Riuh Sakan UtusanMelayu, 29- 31 Mei

Oleh NAwAwI MD. SAlleH

BUKIT DURIAN 2 April- Menyedari betapabernilainya tradisi budaya masyarakat Jawayang perlu dikekalkan sekali gus ditonjolkanpada generasi muda pada masa akan datangsupaya tidak lenyap ditelan zaman, GerakanBelia 4B (GB4B) Cawangan Kampung BukitDurian, Paya Dalam, Ayer Molek, di sini, meng-gerakkan inisiatif mewujudkan Mini MuziumJawa di kampung berkenaan.

Usaha dilaksanakan itu bertujuan untukmemberi pendedahan pada golongan mudaakan pentingnya tradisi serta budayamasyarakat Jawa di kampung terbabit yangperlu dipulihara sehingga kini.

Ketua GB4B cawangan berkenaan,Sahrunnizan Hassan berkata, Mini MuziumJawa diwujudkan di kampung berkenaanadalah sebagai kesinambungan daripadasambutan Jubli Emas 100 tahun penubuhanKampung Bukit Durian yang diadakan padatahun 2007.

Menurutnya, pihaknya yang berperanansebagai pemudah cara kepada masyarakat kam-pung berkenaan menggerakkan usaha mewu-judkan Mini Muzium Jawa di situ pada perten-gahan tahun 2014 yang lalu.

Beliau berkata, selepas segala perancanganserta kata sepakat hasil perbincangan diadakandengan pemilik rumah yang mahu dijadikanmini muzium itu tercapai maka merekaakhirnya memilih salah sebuah rumah seorangpenduduk kampung, Kartis Musa, 65, yangmewarisi rumah pusaka arwah bapanya, MusaMd. Nor. "Mini muzium ini diisi dengan pelbagai

barangan atau peralatan lama yang ada kaitan

dan digunakan masyarakat Jawa KampungBukit Durian seperti tepak sirih, gong dan gen-dang pencak silat selain senjata Jawa lamaseperti keris, parang dan sebagainya. "Tidak terkecuali pakaian tradisional

masyarakat Jawa termasuklah peralatan kebunyang mana majoriti masyarakat di sini berke-bun," katanya.

Sahrunnizan berkata, antara objektifpenubuhan Mini Muzium Jawa itu adalahuntuk mengingatkan kepada generasi mudatentang budaya selain pelbagai peralatan yangdigunakan masyarakat Jawa di situ.

Tambahnya, ia juga bertujuan bagimemastikan kesenian, kebudayaan dan hartawarisan masyarakat Jawa dapat dijaga sertadiwarisi dengan baik sehingga ke generasi akandatang. Sahrunnizan berkata, pihaknya sehingga

kini sudah menjalankan pelbagai aktiviti den-gan pembabitan masyarakat kampung dalammempromosikan kampung terbabit. "Kami sehubungan itu mahu mempro-

mosikan tradisi serta warisan masyarakat Jawakampung ini supaya terus kekal sampai bila-bila.

Warnai landskap Kampung Bukit Durian

Mini Muzium Jawa himpun koleksi berharga

KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan akan melaksanakan ujiantunggal bagi individu yang ingin memiliki lesen memandu keretadan menunggang motosikal bermula bulan depan, kata TimbalanMenteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi. Beliau berkata, ini berikutan aduan serta kritikan yang diteri-ma daripada orang ramai mengenai kekangan masa dan kos bagimenduduki dua ujian berasingan bagi mendapatkan lesen berke-naan. "Untuk makluman, kerajaan telah mengambil kira segala pan-dangan orang ramai dan kita jangka akan laksana ujian tunggalmulai bulan depan. "Kedua-dua ujian itu akan disatukan untuk kemudahan orangramai selain mengurangkan kos bagi tujuan mendapatkan lesenberkenaan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk HasbullahOsman (BN-Gerik) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Hasbullah ingin tahu mengenai langkah yang bakal diambilkerajaan bagi memudahkan rakyat memohon lesen memandukereta dan motosikal di negara ini. Bagaimanapun katanya, sukatan pelajaran kedua-dua ujianberkenaan adalah berbeza. Katanya, hasil kaji selidik yang dijalankan InstitutPenyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menun-jukkan peratusan kemalangan melibatkan motosikal adalah tinggiiaitu 60 peratus manakala 20 peratus kemalangan melibatkan kere-ta. Menjawab soalan asal Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) men-genai peratusan individu yang menduduki ujian berkomputer bagimendapatkan lesen memandu, Aziz berkata, 57 peratus calon lulusujian undang-undang berkomputer bagi kali pertama, 38 peratusbagi kali kedua, 31 peratus bagi kali ketiga manakala 18 peratuscalon mengambil ujian melebihi tiga kali. "Ujian undang-undang berkomputer adalah bertujuan menilaidan menguji tahap kompetensi bakal pemandu dalam aspek penge-tahuan berkaitan peraturan lalu lintas dan konsep pemanduanberhemah," katanya. Sebagai kerajaan bertanggungjawab, Aziz berkata, rakyat yangkurang mahir dalam penggunaan komputer termasuk pendudukluar bandar dan warga emas akan sentiasa dibantu melalui sistemujian bertulis atau lisan yang memberi tempoh lebih panjang kepa-da calon untuk sesi menjawab soalan. - BERNAMA

Ujian tunggal milikilesen memandumulai Mei

GHAZAle

SHARUNNIZAN menunjukkan katalog berkai-tan Mini Muzium Jawa Kampung Bukit Durian.

Sec2_iz_ms13_3April_Layout 1 4/2/2015 11:04 PM Page 2

Page 14: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

14 Jumaat 3 April 2015

KUALA LUMPUR 2 April- Sebanyak 815 aduan di-terima mengenai CukaiBarang dan Perkhidma-tan (GST) sehingga sema-lam, persidangan DewanRakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Ke-wangan, Datuk AhmadMaslan berkata, daripadajumlah itu, 40 peratusmerupakan aduan me-ngenai pembelian kadtambah nilai prabayar te-lefon yang turut dikena-kan caj GST.

“Pada ketika saya men-jawab soalan ini, pihakKastam Diraja Malaysiatelah memanggil syarikattelekomunikasi untukmemberi keterangan me-

ngenai aduan yang diteri-ma ini.

Jika mereka berdegiltidak mahu mengikut ara-han, maka kita akan bawakes ini ke mahkamah danianya akan jadi kes perta-ma sekiranya masih ber-degil,” katanya semasamenjawab soalan tamba-han Datuk Sapawi AmatWasali (BN-Sipitang).

Sapawi ingin mengeta-hui jumlah aduan yang di-terima setelah GST dilak-sanakan semalam di selu-ruh negara memandang-kan rata-rata rakyat ne-gara ini memuat naik resitpembelian kad tambah ni-lai prabayar telefon yangdikenakan caj GST di la-

man media sosial.Ahmad menasihatkan

pembeli menyimpan resitpembelian dan pergi se-mula ke mana-mana pre-mis perniagaan bagimembuat tuntutan baya-ran balik wang yang telah

dibayar semasa membelikad tambah nilai prabayartelefon.

Kepada soalan tamba-han yang diajukan DatukAbdul Rahman Mohamad(BN-Lipis) mengenai tin-dakan sesetengah syarikatmemecahkan akaun bagimengelak membuat pen-daftaran GST, Ahmadberkata: “Strategi yangmereka ambil itu silap”.

Katanya, apabila aka-un syarikat dipecahkanbagi mengelak untukmendaftar GST keranamempunyai pendapatantahunan di bawah parasRM500,000, maka syari-kat berkenaan tidak bolehmenuntut cukai input.

“Kalau tidak boleh tun-tut, maka kos perniagaanmereka akan meningkatenam peratus berbandingpesaing mereka yangmendaftar GST,” katanya.

Ahmad berkata, se-hingga semalam, seba-nyak 364,862 syarikat te-lah mendaftar GST.

Mengenai bil perkhid-matan penyelenggaraanrumah kos rendah, Ah-mad berkata ianya dike-cualikan GST namun ti-dak bagi mereka yangtinggal di kawasan komu-niti berpagar dan peruma-han mewah.

Beliau berkata demi-kian ketika menjawabsoalan tambahan Dr. Siti

Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang ingin ta-hu sama ada bil perkhid-matan penyelenggaraanrumah kos rendah dike-nakan GST.

“Sekiranya ada mana-mana Badan PengurusanBersama (JMB) menge-nakan GST, maka peng-guna boleh lapor ke talianCBP 1300-888-500,” kataAhmad.

Beliau berkata mene-rusi promosi peneranganGST, maklum balas dari-pada orang ramai turut di-kumpul dan majoriti me-ngakui bahawa kesedaranmengenai cukai itu sudahmeningkat berbandingsebelum ini. - BERNAMA

815 aduan mengenaiGST sehingga semalam

BANDAR RAYA MELAKA 2April - Pelaksanaan Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan(GST) yang bermula semalam,memberi pelbagai reaksi kepadapengguna dan peniaga terma-suk mereka masih belum me-mahami apa itu GST. Tinjauan Melaka Hari ini

(MHI) di Pasar Melaka Sentralmendapati, rata-rata peniagadan pembeli berharap pelaksa-naan GST dapat membantu me-ningkatkan pendapatan negarasekali gus memberi manfaat ke-pada rakyatnya.

Peniaga barangan runcit,Abdul Kadir Marikar, 68, berka-ta, peniaga terpaksa akur de-ngan perintah kerajaan teruta-ma perkara yang membabitkancukai tersebut. Menurutnya, setakat ini,impak GST belum dirasai kera-na masih di peringkat permula-an dan rakyat masih belum me-mahami penguatkuasaan GSTbermula semalam, walaupunpelbagai saluran informasi telahdiadakan. Sementara itu, seorang pe-niaga sayur, A. Rajiswari berka-ta, dia akur mengenai kehendakkerajaan di atas penguatkuasa-

an GST yang bermula hari ini. Katanya, penguatkuasaanyang bermula pada hari inimembawa sedikit kesulitanterutama dalam pengendaliancukai tersebut yang perlu dikiramelalui sistem komputer. “Saya telah merancangperbelanjaan keluarga terutamaapabila keluar membeli barang-an dapur di pasar raya berdeka-tan,” katanya ketika ditemui diPasar Melaka Sentral di sini, se-malam. Seorang pelanggan, NurZalhazmi Nazrin berkata, diamengharapkan cukai baharuyang dikenakan kerajaan mam-

pu membangunkanekonomi negara disamping meningkat-kan hasil pendapatanrakyat. Ujarnya, ramaiyang masih belummemahami maksudGST serta baranganyang dikenakan GST,oleh itu pemahamanmengenai GST iniperlu disampaikanterutama kepada warga emasyang berniaga. “Inisiatif membangun ne-gara ini perlu dilihat rakyat se-cara menyeluruh terutama apa-

bila ia mendatang-kan kesan yang posi-tif. Walau berlakukenaikan harga bar-ang, namun tidaksemuanya naik, ma-sih ada harga barangyang turun danmasih mengekalkanharga.

“Sekiranyaberlaku kenaikanharga, peniaga ter-

paksa menyelaraskan hargajualan barangan bagi menge-lakkan kerugian sekali gus akanmembebankan rakyat,” kata-nya.

Peniaga, pembeli akur pelaksanaan GST

AHMAD

Kempen penerangan wajar diperhebat

RAJASWARI mengira stok barangan di gerainya semasa ditemuidi Pasar Melaka Sentral, Selasa lalu. ABDUL Kadir bersama barangan runcit yang dijual di gerainya.

Oleh FUAD RAMDAN

NUR Zalhazmi

sec2-mimie_Layout 1 4/2/2015 10:51 PM Page 3

Page 15: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

15Jumaat 3 April 2015

KUALA LUMPUR 2 April- Satu jawatankuasa khasmelibatkan pelbagai agen-si kerajaan berkaitan daninstitut pengajian tinggi(IPT) dicadang ditubuh-kan segera bagi menja-lankan inisiatif bersepadudalam menangani anca-man propaganda dan ide-ologi kumpulan militanIS. Ketua Penolong Pe-ngarah E8, Counter Ter-rorism Polis Diraja Ma-laysia (PDRM), DatukAyob Khan Mydin Pitchayberkata kerjasama berse-padu ini jika dilibatkanbersama jabatan agama,Majlis Keselamatan Nega-ra, Jabatan PerkhidmatanAwam dan pelbagai insti-tit Pengajian Tinggi (IPT)akan memudahkan kajianmendalam serta usahamenangani tarikan kum-pulan militan ini terutamamenerusi media sosial. “Setakat ini kita taknampak lagi (usaha ber-sepadu), masing-masingbergerak sendiri,” katanyakepada sidang media sele-pas menyampaikan takli-mat eksekutif mengenai

Ancaman KeselamatanNegara kepada hampir300 penjawat awam disini, hari ini. Turut hadir KetuaPengarah Jabatan HalEhwal Khas Datuk DrMohd Puad Zarkashi. Ayob Khan menarikperhatian bahawa anca-man ideologi IS adalah se-rius, justeru kerajaantidak boleh berdiam diri. “Kita perlu lawan ba-lik serangan ideologi me-reka di media-media so-sial dengan memberi pe-nerangan yang betul ke-pada masyarakat,” kata-nya. Ditanya mengenaiRang Undang-Undang

Pencegahan Keganasan(POTA) yang sedang di-bentang di Dewan Rakyat,Ayob Khan berpendapatia satu undang-undangyang mampu menanganiisu IS dengan lebih me-nyeluruh melibatkan as-pek pencegahan dan pe-mulihan. “Memang kita berha-rap POTA diluluskan dansemua pihak menyokongkerana ia melibatkan isukeselamatan negara...pastikan Malaysia bebasdaripada ancaman,” kata-nya. Terdahulu dalamtaklimatnya, Ayob Khanmemberi amaran bahawaPDRM menyifatkan pe-nyertaan rakyat Malaysiadalam kumpulan militanitu sebagai menempah‘one way ticket’ keranamereka tidak lagi bolehberpatah balik. “Kita tidak akan ber-tolak ansur, sama ada me-reka itu berniat mahu per-gi, tetapi belum pergi ataumereka yang telah pergidan pulang semula dalamnegara,” katanya. -BER-NAMA

Jawatankuasa khas tangani propaganda IS

SMK Ghafar Baba raipelajar cemerlang

MASJID TANAH 2 April - Seramai 44pelajar lepasan Sijil Pelajaran Ma-laysia (SPM) 2014 Sekolah MenengahKebangsaan (SMK) Ghafar Babamenerima sijil dan Anugerah PelajarCemerlang sempena Majlis Graduasidan Hari Inovasi di dewan sekolahberkenaan di sini, Sabtu lepas.

Majis disambut meriah itu didahu-lui dengan penyampaian AnugerahSijil Graduasi kepada empat pelajar ce-merlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) 2014, iaitu Ang Wy Ue, NurSakinah Hasan, Nasha Emieza Ruhai-zai dan Lew Woon Bing.

Diikuti sembilan pelajar lepasanSPM 2014 turut diberi sijil dan Anuge-

rah Pelajar Cemerlang kerana mempe-rolehi ‘A’ dalam semua mata pelajarandalam peperiksaan SPM tahun lalu.

Turut hadir Timbalan PengarahPendidikan Md. Rashid Sidek, Penge-tua SMK Ghafar Baba, Khalijah AbdulRahman; para ibu bapa; guru-guru danwakil jawatankuasa Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Bagi Nur Emynatasha Omar, 17,melahirkan rasa gembira apabila me-nerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM2014. Nur Emynatasha memperolehi 8A1B dan bercita-cita menjadi doktor.

Sementara Najihah Mohd Noh,17,pula berkata, kejayaannya mendapat9A mendorongnya melanjutkan pen-gajian di luar negara dalam bidangdoktor pergigian.

KetUA Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil, Kalsom Nordin (dua, kanan)bersama Wanita UMNO bahagian itu telah mengadakan lawatan kebajikanZiarah Kasih ke atas seorang kanak-kanak, raja Muhammad Mikail rajaNaztul Azam, 8, di taman Desa Baru, Peringgit yang kini terlantar akibatkemalangan jalan raya, tahun lepas. Menurutnya, kanak-kanak itu kini tidak dapat bergerak ekoran kecederaan pada kakinya dan hanya terbaring. foto NUrfAteHA OtHMAN

AYOB Khan

SeBAHAGIAN guru dan ibu bapa serta pelajar yang hadir.

Oleh JAAfAr NeeMAt

LIMA Pelajar cemerlang gembira apabila diberi pengiktirafan Anugerah PelajarCemerlang SPM 2014 pada Majlis Graduasi dan Hari Inovasi, Sabtu lepas.

sec2-mimie_Layout 1 4/2/2015 10:51 PM Page 4

Page 16: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

16 Jumaat 3 April 2015

ALOR GAJAH 2 April-Seorang penganggur ber-hadapan hukuman pen-jara sehingga 10 tahundan sebatan selepas di-dakwa cuba merogol ibukandung sendiri di rumahkediaman mereka, Maclepas. Penganggur berke-naan yang berumur 26tahun dan berasal dariJalan Durian TunggalPantai Belimbing Alor

Gajah, bagaimanapunmengaku tidak bersalahterhadap tuduhan berke-naan semasa dihadapkandi Mahkamah MajistretAlor Gajah, pagi tadi. Pengakuan berke-naan dibuat tertuduh dihadapan Majistret NorAzizah Yusof selepas per-tuduhan terhadapnya di-bacakan jurubahasa mah-kamah. Mengikut pertuduh-an, tertuduh didakwa den-gan sengaja menggunakan

kekerasan jenayah ter-hadap ibunya berusia 46,dengan mencium leherserta meraba badan den-gan niat hendak mencabulkehormatan, pada jam 10pagi di rumah mereka diDurian Tunggal. Berikutan itu, ter-tuduh didakwa melaku-kan kesalahan mengikutSeksyen 354 Kanun Ke-seksaan yang mana huku-man yang mungkin bakaldikenakan terhadapnyajika sabit kesalahan ada-

lah penjara sehingga 10tahun dan sebatan ataudenda atau mana-manadua dari hukuman berke-naan. Ketika prosiding,Timbalan Pendakwa Ra-ya, Nabilah Nizam men-cadangkan kepada mah-kamah untuk tidak me-nawarkan jaminan atasfaktor keselamatan mang-sa yang tinggal bersamatertuduh serta dua anakperempuan yang masihbersekolah. "Jaminan tidak dita-warkan atas sebab kesela-matan pengadu yang jugaibu kepada tertuduh yangtinggal sebumbung," tegasNabilah. Namun, tertuduhmerayu agar diberikanikat jamin dan mendakwatidak sedar apa yang ber-laku dan langsung tidaktahu apa yang dilakukan-nya. Selepas mendengar

hujah kedua pihak, NorAzizah menolak rayuantertuduh untuk diikatjamin. "Mahkamah mene-tapkan kes ini tidak bolehditawarkan jaminan atasfaktor keselamatan pen-gadu," tegas Nor Azizah. Nor Azizah juga me-netapkan 29 April iniuntuk sebutan dokumendan lantikan peguam belaterhadap tertuduh.

Penganggur didakwa cuba rogol ibu kandung

BANDAR RAYA MELAKA 2 April- Dua pesalahjunava yang juga pelatih sekolah pemulihan HenryGurney Telok Mas berdepan hukuman gantungsampai mati apabila dituduh membunuh seorangpelatih sekolah pemulihan itu, pertengahan tahunlepas. Kedua-dua mereka, Ashrul Faiz MohamadShairi, 21 dan Amir Shafiq Jaseri, 20, berhadapanhukuman sedemikian apabila didakwa mengikutSeskyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersamaSeksyen 34 kanun sama yang memperuntukkanhukuman mati mandatori. Bagaimanapun semasa di bawa ke MahkamahTinggi di hadapan Timbalan Pendaftar MahkamahTinggi Malaya Ayer Keroh, Wan Noraklima WanSalleh pagi tadi, kedua-dua tertuduh yang berpaka-ian pelatih sekolah terbabit dan dikawal ketatpegawai penjara tidak membuat sebarang pen-

gakuan sejurus jurubahasa mahkamah selesai mem-bacakan pertuduhan. Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka den-gan niat bersama didakwa melakukan kesalahanbunuh dengan menyebabkan kematian AmmarIzwan Abd. Latiff, 20, di antara jam 9 malam hingga11.30 malam pada 7 Jun 2014. Jenayah berkenaan didakwa dilakukan kedua-dua mereka di sel nombor 19, Blok Lekiu, SekolahHenry Gurney Telok Mas. Semasa prosiding itu, Timbalan PendakwaRaya, Nor Hamizah Ghazali kemudian memohonmahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kesuntuk kedua-dua tertuduh. Wan Noraklima kemudian menetapkan 7 Meidepan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lan-tikan peguam bela dan serahan dokumen terhadapkedua-dua mereka kepada mahkamah.

Dua pesalah juvana berdepan gantung sampai mati

TERTUDUH (dua, kanan) semasa dibawah keluar dari mahkamah, pagi semalam.

BANDAR RAYA MELAKA 2 April- Seorang gurutuisyen sambilan mengaku tidak bersalah diMahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini,atas empat pertuduhan menipu berhubung urusanjual beli komputer antara Februari dan Mac lepas. Guru tuisyen itu, Prescilla Anak Nojem, 27,beralamat di Kampung Sungai Dua Besar, KualaPilah, Negeri Sembilan membuat pengakuanberkenaan selepas jurubahasa mahkamah memba-cakan pertuduhan terhadapnya. Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapanMajistret, Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik dalamprosiding pagi tadi. Semasa prosiding berkenaan, pihak pendak-waan diwakili Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd.Saliman Md. Salleh sementara tertuduh diwakilipeguam bela, Ishak Mohd. Kari. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, ter-tuduh didakwa menipu seorang wanita, NorizanKalip, 40, apabila memperdaya wanita terbabitsupaya membeli sebuah komputer riba yang tidakwujud hingga mendorong wanita itu memindahkansejumlah wang ke dalam akaun bank milik ter-tuduh. Penipuan berkenaan didakwa berlaku pada 12Februari dan 4 Mac lalu di Maybank cawanganLebuh Ayer Keroh, Bukit Baru. Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduhdidakwa melakukan jenayah sama apabila menipuseorang pemandu Pusat Serenti Tiang Dua, AzameNasir, 42, hingga mendorong lelaki berkenaanmemindahkan sejumlah wang ke dalam akaunbank milik tertuduh pada 11 Februari dan 13Februari lalu. Tertuduh didakwa menipu lelaki berkenaan dikawasan Pusat Serenti Tiang Dua. Justeru, ter-tuduh didakwa melakukan kesalahan mengikutSeksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperun-tukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun,sebatan dan juga denda. Dalam pada itu, tertuduh yang mengenakanpakaian awam dan dikawal ketat anggota polissemasa prosiding mengangguk faham pertuduhanberkenaan sebelum mengaku tidak bersalah. Mohd. Saliman yang mewakili pihak pendak-waan kemudian menetapkan wang jaminansebanyak RM20,000 untuk keempat-empat per-tuduhan sementara menantikan tarikh sebutansemula kes yang bakal ditentukan mahkamah. Bagaimanapun, Ishak yang mewakili pihakpendakwaan merayu agar jumlah jaminan berke-naan dikurangkan atas alasan tertuduh hanyalahseorang guru tuisyen sambilan dan kini tinggalbersama ibu dan bapanya. Dalam penghakimannya, Mohd. Asri kemudi-an membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyakRM7,000 dengan seorang penjamin dan menetap-kan 23 April ini sebagai sebutan semula kes danserahan dokumen kepada mahkamah.

Guru tuisyendituduh tipuurusan jual belikomputer

Oleh NURFATEHA OTHMAN

RAIN_3 april 15_Layout 1 4/2/2015 10:19 PM Page 7

Page 17: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

17Jumaat 3 April 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum warahmatullahi

wabarakatuh

aya berpesan kepada diri saya dan

menyeru kepada sidang Jumaat

yang dikasihi sekalian, marilah

sama-sama kita meningkatkan ketaq-

waan kepada Allah S.W.T dengan penuh

keyakinan dan keikhlasan dengan melak-

sanakan segala perintah-Nya dan men-

jauhi segala larangan-Nya. Semoga ke-

taqwaan yang ditambah nilai itu, mem-

bentuk kita menjadi insan soleh dan

mulia di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati,

Keamanan dan keselamatan di negara

kita adalah berlandaskan kepada konsep

Rule of law dan kedaulatan undang

undang. Oleh itu apabila keamanan dan

kedaulatan negara diganggu gugat,

maka setiap inci tanah air ini perlulah

dipertahankan mengikut undang-undang

negara.

Sedarlah, ancaman keselamatan

seperti ancaman komunis, Peristiwa 13

Mei dan pencerobohan di Lahad Datu,

sebenarnya telah memberi satu penga-

jaran yang amat besar kepada kita

semua khususnya kepada umat Islam

bahawa kedaulatan dan keamanan

negara merupakan satu perkara yang

perlu dipertahankan kerana ianya mem-

babitkan maruah tanah air dan meru-

pakan nikmat yang paling besar dari Allah

S.W.T.

Allah S.W.T menjadikan nikmat ini

sebagai medium untuk kita berfikir dan

mengambil iktibar agar dengannya dapat

meningkatkan keimanan kita kepada

Allah S.W.T. Keamanan bererti kita bebas

dari segala bentuk ancaman yang meng-

gugat keharmonian.

Dengan keamanan, keselamatan

akan terus terpelihara, keharmonian

terbina dan yang paling utama agama

Islam pasti akan terus dilindungi.

Keamanan adalah asas utama dalam

usaha untuk menegakkan agama Islam,

memaju dan memakmurkan sesebuah

negara. Bangun dan sedarlah seluruh

rakyat Malaysia. Percayalah, kedaulatan

agama Islam pasti tercalar jika kea-

manan negara kita tergugat dan mustahil

untuk menegakkan syariat dan syiar

Islam jika negara kacau bilau dan huru

hara.

Ingatlah, betapa pentingnya kea-

manan dalam kehidupan manusia,

sehingga Nabi Ibrahim AS pernah berdoa

kepada Allah S.W.T agar bumi Mekah

dikurniakan dengan keamanan dan

kemakmuran. Peristiwa ini telah berlaku

ketika pembukaan kota Mekah sebagai

pusat ibadah dan tanah suci dan telah

dinyatakan melalui firman Allah SWT di

dalam surah al-Baqarah ayat 126:

Bermaksud: “Dan (ingatlah)

ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan

berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah

(negeri Mekah) ini, negeri yang aman

sentosa, dan berikanlah rezeki

dari berbagai jenis buah-buahan

kepada penduduknya, iaitu orang-orang

yang beriman kepada Allah dan hari

akhirat di antara mereka". Allah

berfirman: "(Permohonanmu itu

diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan

ingkar maka Aku akan beri juga ia

bersenang-senang menikmati rezeki itu

bagi sementara (di dunia), kemudian

Aku memaksanya (dengan

mengheretnya) ke azab neraka, dan

(itulah) seburuk-buruk tempat

kembali.”

Sidang Jemaah yang dirahmati

Lihatlah, sejarah ketamadunan manusia

menunjukkan kepada kita bahawa

nikmat keamanan mampu memberi

sumbangan besar ke arah kemakmuran

dan kesejahteraan hidup manusia seja-

gat. Dengan keamanan kita dapat me-

lakukan urusan kehidupan dunia tanpa

merasa takut, gerun dan dengannya juga

boleh membawa banyak kebaikan serta

rezeki kepada manusia dan negara.

Namun terfikirkah kita, bagai-man-

akah keamanan ini terus terpelihara

sehingga dapat kita kecapi sehingga ke

hari ini? Harus diingat, suasana aman

yang dinikmati ketika ini sebahagian

besar datangnya dari penat jerih usaha

perjuangan dan pengorbanan pasukan

keselamatan.

Mereka berusaha menjalankan

tugas yang diamanahkan dengan penuh

komited dan bertanggungjawab. Kita

sedia maklum, sejak tahun 1807 hingga

sekarang kita mempunyai pasukan polis

yang berkemampuan menjaga kesela-

matan bangsa, agama dan negara dari-

pada segala ancaman musuh yang boleh

menggugat kedaulatan negara.

Justeru, melalui tema sempena

sambutan peringatan Hari Polis yang ke

208 pada tahun ini iaitu Polis dan

Masyarakat Berpisah Tiada, adalah

diharapkan ianya akan dapat menarik

minat masyarakat dalam usaha kita

sama-sama membantu dan menjaga

keamanan serta keselamatan negara.

Sidang Jemaah yang dirahmati

Mimbar yang mulia ini ingin men-yatakan

bahawa trend dan bentuk jenayah

mutakhir ini bukan sekadar kejadian

jenayah yang kita fahami atau alami di

tahun-tahun 60-an atau 70-an, malah di

awal 80-an, tetapi kemajuan teknologi

dan ICT dunia yang begitu pantas turut

membabitkan kehebatan dan kelicikan

perlakuan jenayah yang kini merentas

sempadan.

Tanpa kekuatan dan kehebatan

pasukan Polis Diraja Malaysia baik dari

segi fizikal dan spiritualnya, ilmu dan lati-

han, prasarana dan logistiknya malah

peruntukan undang-undang dan kuasa-

kuasa yang dimilikinya, mana mungkin

hasrat mewujudkan keamanan dan

keharmonian negara dapat direalisas-

ikan sepenuhnya.

Justeru, sekali lagi sebagai anggota

masyarakat yang beriman, kita seharus-

nya saling bekerjasama dalam memban-

teras kegiatan jenayah. Janganlah ber-

sikap lepas tangan dan menyerah bulat-

bulat kepada pasukan keselamatan

untuk menangani jenayah.

Keadaan ini akan menyebabkan

gejala jenayah terus berleluasa yang

akhirnya akan merugikan kita sendiri.

Amalkanlah sikap prihatin atau sikap

ambil peduli dan dalam maksud positif

sentiasa menjaga tepi kain pada kea-

daan sekeliling kita. Insya-Allah dengan

cara ini keselamatan dan keamanan

akan senantiasa terpelihara. Sesuai den-

gan apa yang disarankan oleh Rasulullah

S.A.W sebagaimana sabda baginda:

Mafhumnya: “Tidak sempurna iman

salah seorang kamu sehinggalah ia lebih

mengasihi daripada anaknya, bapanya

dan manusia sekalian.”

Sidang Jumaat yang dirahmati

Mimbar ingin berpesan kepada para

jemaah dan umat Islam sekalian, marilah

sama-sama kita bersatu memperta-

hankan negara kita, menyokong dan

mempercayai segala usaha yang dilak-

sanakan oleh anggota keselamatan demi

mempertahankan keamanan dan ke-

daulatan negara. Kepada anggota Polis

DiRaja Malaysia, mimbar ingin berpesan

agar senantiasa berusaha mempert-

ingkatkan keimanan dan memper-

banyakkan tawakkal kepada Allah S.W.T

serta berkhidmat dengan penuh ikhlas

dan amanah mengikut ajaran Islam.

Insya-Allah, agama, kedaulatan,

bangsa dan negara akan terpelihara

serta mendapat perlindungan Allah SWT.

Ingatlah kekuatan pasukan keselamatan

dan rakyat merupakan pemangkin kepa-

da benteng keselamatan dan keamanan

negara.

Tanpa sokongan padu semua pihak,

kesejahteraan dan kemakmuran negara

tidak akan tercapai. Ingatlah sebagai

rakyat di negara ini kita hendaklah

mengamalkan cara hidup harmoni dan

toleransi dalam setiap aktiviti kehidupan.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini,

marilah sama-sama kita merenung fir-

man Allah S.W.T di dalam surah al-Anfaal

ayat 45:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman!

Apabila kamu bertemu dengan sesuatu

pasukan(musuh) maka hendaklahlah

kamu tetap teguh menghadapinya, dan

sebutlah serta ingatilah Allah (dengan

berdoa) banyak-banyak, supaya kamu

Berjaya(mencapai kemenangan).”

Keamanan dipelihara,ummah sejahtera

S

Wahai orang yang beriman!Apabila kamu bertemu dengansesuatu pasukan(musuh) maka

hendaklahlah kamu tetap teguhmenghadapinya dan sebutlah

serta ingatilah Allah (dengan berdoa) banyak-banyak,

supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan)

Surah al-Anfaal ayat 45.

‘‘ ‘‘

RAIN_3 april 15_Layout 1 4/2/2015 10:19 PM Page 8

Page 18: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

18 Jumaat 3 April 2015

PELAKON, penyanyi, pengacaradan penyampai radio, SarimahIbrahim sah bergelar isteri cucuYang Di-Pertuan Besar NegeriSembilan ke-10, TunkuNadzimuddin Tunku Mudzaffar, tengah hari semalam. Menerusi portal hiburanRotikaya, Sarimah yang meru-pakan seorang janda apabila sahbercerai dengan Andrew JohnBrowing pada pertengahanFebruari lepas, menjadi suri hidupTunku Nadzimuddin dalam majlispernikahan ringkas bertemakantradisional di sebuah hotel diKuala Lumpur. Dengan sekali lafaz, TunkuNadzimuddin kini merupakansuami selebriti itu. Dalam majlisberkenaan, pengantin perempuanmenerima tujuh dulang hantaranberbalas jumlah sama kepada pengantin lelaki. Sarimah turut menerima mas kahwin sebanyak RM6,000.Perkenalan pasangan ini bermulasembilan bulan lalu sebelum masing-masing sepakat untukmengikat tali pertunangan pada 27 September tahun lepas.

Sarimah sebelum ini sah berceraitalak tiga apabila mendakwa dia danbekas suaminya yang merupakanseorang lelaki Australia sudah tidak

sefahaman dan tidak tinggal sebum-

bung untuk sekian lama. Sementara Tunku Nadzimuddinpula seorang duda, semasa bercintadengan Sarimah.

SARIMAH sah isteri Tunku Nadzimuddin.

‘SURAM’ juga bila membacapengakuan penyanyi popularkelahiran Youtube, Najwa Latiff. Akui Najwa, dia kini sudah kurang popular jikadibandingkan di awal kemunculannya, beberapa tahun lepas. Selain itu, akuinya lagidirinya mungkin sudah kurangpopular disebabkan dia membuat keputusan memperlahankan aktiviti seniberikutan sedang menyambungpengajian di Universiti TunAbdul Razak (Unitar) sejaksetahun lalu. Dari portal berita Mstar Online, Najwa, 20bagaimanapun tidak berkecilhati walau kurang diberi liputanatau publisiti sejak akhir-akhirini. “Tidak mengapa (kurangpopular) kerana sekarangsedang fokus dengan pelajarandan kini di semester kedua diperingkat ijazah sarjana mudadalam jurusan Pengajaran

Bahasa Inggeris SebagaiBahasa Kedua (TESL) di Unitar,”kata Najwa. Menurut penyanyi laguCinta Muka Buku ini juga, ketiadaan lagu terbaharu menjadi antara faktor tambahan kesuraman karierseninya pada waktu ini. “Tiada lagu terbaharumungkin jadi sebab tenggelamberbanding rakan seangkatandengan saya. “Selepas lagu bertajukHilang, tiada lagi lagu (baharu),”akui penyanyi ini juga. Sungguhpun demikianterang Najwa dia bersyukur kerana masih menerimaundangan persembahan pentas. “Persembahan pentasmasih diterima dan saya perlubahagi masa antara nyanyiandan pelajaran sekarang,” terang Najwa lagi. Tidak mengapalah Najwa,pelajaran memang pentingdalam hidup itu pelajaranlah

yang menjamin masa depan. Bukan senang mahudapat kerja pada zamansekarang jika tiada pendidikan.Memang boleh kerja jika tiadakelulusan tapi kerja ‘biasa-biasa’ sahajalah. Jika mahu dapat kerjakelas ‘A’, syaratnya adalahpendidikan. Apabila Najwa sanggup kehilangan populariti danmemberi keutamaan pada pelajaran itu menandakan Najwa seorang yang bijak danberfikiran matang. Amat dikesali apabila ada artis baharu dalam dunia hiburan yangsanggup menolak tawaran ke universiti hanya keranamementingkan gemerlapandan popular sementara dalam dunia seni. Tahniah Najwa...!

Mengaku sudah kurang popular

NAJWA akui sudahkurang popular

kerana fokus padapelajaran.

Sarimah sah isteriTunku Nadzimuddin

3 APRIL 15- AM_Layout 1 4/2/2015 10:35 PM Page 1

Page 19: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

1S

Ol

19Jumaat 3 April 2015

AYER KEROH 2 April –Presiden Dunia MelayuDunia Islam (DMDI) Se-nator Tan Sri Mohd. AliMohd. Rustam telah men-gadakan lawatan kerja sela-ma dua hari ke Pnom Penh,Kemboja akhir bulan lalu,bertujuan untuk melihatsendiri kepayahan kehidu-pan masyarakat Islamnegara itu dan menghu-lurkan bantuan sumban-gan kepada mereka yangmemerlukan. Presiden DMDI te-lah mengadakan lawatanke House of Emirates forOrphans bagi meninjauperkembangan pentadbi-ran dan pembelajaran disana selain turut menghu-lurkan sumbangan se-banyak RM 25,200 mene-rusi Yayasan DMDI. Presiden House ofEmirates for Orphans(HEO), Dr. Soun Mousinmenyifatkan sumbanganDMDI itu sebagai suatu

yang amat diharapkanbagi meringankan bebanpentadbiran House ofEmirates for Orphans(HEO). “Saya cukup meng-hargai pemberian ini danberterima kasih kepadaPresiden DMDI yang sudidatang melihat perkem-bangan kami di sini dan

menyampaikan sumban-gan,” ujarnya. Selain itu, Mohd. Alijuga turut mengadakanlawatan ke Masjid AlAzim di Prek Tabao danbeliau telah bersetujuuntuk membiayai sebaha-gian daripada kos pembe-lian tanah untuk pembi-naan masjid tersebut

sebanyak RM20,000yang masih belum disele-saikan. Pembinaan masjidtersebut telah memberimanfaat dan kemudahankepada seramai hampir1,000 penduduk di sekitarsitu. Mohd. Ali turut men-gadakan pertemuan ber-

sama Mufti Besar Kem-boja, Kamarudin Yusuf diPejabat Majlis UlamaTertinggi Pimpinan UmatIslam Kemboja, di PnomPenh. Beberapa kerjasamatelah dimenterai terma-suklah menandatanganiPerjanjian Persefahaman(MOU) mengenai pen-didikan antara KolejDMDI bersama MajlisUlama Tertinggi Pimpi-nan Umat Islam Kembo-ja, Pnom Penh. Antara kerjasamayang telah dipersetujuiialah Kolej DMDI akanmenyediakan dua orangtenaga pengajar bagi pro-gram Sijil Tinggi AgamaMalaysia (STAM) selainmembuka peluang kepa-da pelajar warga Kembojauntuk melanjutkan pela-jaran di Kolej DMDI.Selain itu, bagi membantumeringankan beban pen-tadbiran Majlis Ulama

Tertinggi Pimpinan UmatIslam Kemboja, YayasanDMDI akan membiayaigaji dua orang guru disana sebanyak USD 200sebulan seorang. “Bantuan dan sum-bangan ini adalah sebagaimanifestasi dan tandakeperihatinan DMDI ter-hadap umat Melayu umatIslam di seluruh duniayang dilanda kesusahan,selain dapat mendekatisaudara sebangsa sertaserumpun menerusiikatan persaudaraan atassemangat keluarga besarDMDI. “Moga ikatan per-saudaraan yang terjalinmenerusi DMDI akanterus memberi manfaatkepada seluruh warga Ne-gara Anggota DMDI khu-susnya DMDI yang men-galami kesusahan danmemerlukan bantuan, “ujar Mohd Ali.

Presiden DMDI prihatinnasib Muslim di Kemboja

Lawat rumah anak yatim, sumbang dana masjid

SEPANG 2 April - Jabatan Kas-tam Diraja Malaysia (JKDM)Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur (KLIA)mematahkan cubaan menye-

ludup dadah jenis metham-phetamine seberat 6.06 kgbernilai RM1.15 juta oleh seo-rang wanita warga Pakistanpada 29 Mac lepas.

Pengarah Kastam KLIA,Datuk Chik Omar Chik Limberkata dadah itu ditemui dis-embunyikan di dalam 25 pela-pik kusyen dalam bagasi milik

wanita berusia 50 tahun ituselepas imbasan mendapatiterdapat objek mencurigakan. “Pemeriksaan lanjut men-dapati kesemua pelapik kusyen

pelbagai corak dan warna itumengandungi serbuk kristaljernih putih yang kemudiannyadiuji positif dadah jenis met-hamphetamine,” katanya da-lam sidang media di sini hariini. Beliau berkata wanitayang tiba dari Karachi denganmenaiki penerbangan PakistanAirlines itu kini ditahan remantujuh hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 39(B) AktaDadah Berbahaya 1952. Chik Omar berkata tang-kapan itu merupakan yang per-tama membabitkan cubaanmenyeludup menggunakanmodus operandi menyorokkandadah dalam pelapik kusyenyang dijahit rapi dan telitiberbanding penggunaan kasut,paip ekzos, kamera dan payungsebelum ini. Siasatan awal mendapatisuspek yang datang bersendiri-an itu juga pernah memasukinegara ini sebanyak tiga kalipada tahun lepas, katanya. -BERNAMA

Kastam KLIA rampas 6.06kg dadah bernilai RM1.15 juta

MCIS Insurans Berhad telah menyampaikan cek wang pampasan kepada dua waris iaitu Moed Salleh, 54, suami kepadaAllahyarham Mastura Abd. Karim, 34 iaitu ajen insurans yang maut dalam kemalangan di Kilometer 250, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berhampiran Senawang pada 18 Disember lalu, berjumlah RM124,553.44 ia juga termasuk SajahanMohamed, 58 iaitu bapa Allahyarham Muhammad Idzwan Sajahan, 24 yang meninggal dunia pada 4 Januari lalu juga akibat kemalangan jalan raya, sebanyak RM121,555. Bayaran pampasan itu diserahkan oleh wakil MCIS Fazil Agency, Mohamad Fazil di pejabatnya di Jalan Munshi Abdullah, Selasa lalu. FOTO NAWAWI MD. SALLEH

MOHD. Ali dan Pengurus Besar DMDI, Datuk Abu Bakar Abdul (dua, kanan)bersama Mufti Besar Kemboja, Kamarudin Yusuf (tengah).

3 APRIL 15- AM_Layout 1 4/2/2015 10:37 PM Page 4

Page 20: Daya tarikan baharu pelancong ke Melaka

Oleh FuAd RAMdAN

PENGANJURAN sukanseperti Tenis Remaja Je-lajah Malaysia 2015 mem-beri peluang kepada atletremaja mendapatkan le-bih pendedahan di kejo-hanan kompetitif bagimenggilap bakat-bakatmuda. Kejohanan ini jugamenjadi landasan untukmengetengahkan merekake pentas yang lebih men-cabar seperti menjadi seo-rang pemain tenis profe-sional bertaraf dunia. “Ini menunjukkanselain daripada cita-citamencapai kecemerlangandi bidang akademik, su-kan juga mempunyairuang tersendiri di kalan-gan peminatnya,” kata

Exco Kesihatan dan Pem-bangunan Sukan, DatukAb.Rahaman Ab. Karimketika merasmikan Kejo-hanan Tenis Remaja Je-lajah Malaysia Ketiga2015 di Gelanggang TenisMITC, Ayer Keroh, ber-mula semalam hingga 5April. Katanya, selain cita-cita membangunkan atlittenis bertaraf dunia, ke-lab-kelab gabungan jugaperlu memberi perhati-an meningkatkan kepa-karan pengurusan sukanitu. “Ini bagi memastikanmereka mempunyai ruangdan peluang untuk men-gasah serta mengem-bangkan bakat mereka,buka saja kepada pemainsedia ada tetapi juga yang

baharu,” jelas beliau. Kejohanan ini bukansaja menampilkan jaguhtenis merebut gelaran te-tapi juga mendidik komu-niti tenis ke arah mencin-tai alam sekitar. Seramai 144 atlet re-maja dari seluruh Malay-sia mengesahkan penyer-taan dengan menampil-kan kategori perseoran-gan lelaki dan wanita. Kejohanan yang di-anggap antara yangberprestij di negara initelah menarik penyertaantertinggi sejak siri jelajahpertama diadakan. Daripada 144 pe-main, 20 peserta adalahdari Melaka akan be-rentap pada kejohananyang menawarkan gan-jaran tunai berjumlahRM7,200. Perlawanan bereguakan bermula pada 3April (Jumaat) pada jam 3petang dan pendaftaranacara tersebut dibuka se-hingga jam 12 tengahhari. Ia dianjurkan KelabTenis Ayer Keroh Melaka(KTAKM), Melaka LawnTennis Association (ML-TA) dan Tennis Malaysiamenjangkakan saingansengit di kalangan peser-ta. Peminat boleh men-dapatkan keterangan lan-jut mengenai kejohananini dengan melawati la-man sesawang www.ten-nismalaysia.org

www.facebook.com/melakahariini

Sukan

PERTANdINGAN sepak takraw, bola sepak dan sukaneka Bukit Piatu anjuran

Pemuda uMNO dan Belia 4B Bukit Piatu di Sekolah Menengah Teknik Bukit Pia-

tu mendapat sambutan meriah.

Pertandingan dianjurkan antara lain bertujuan mencari bakat-bakat baru di

sukan terbabit selain merapatkan silaturahim.

hadiah kemenangan disampaikan oleh Ketua uMNO Bahagian Bukit Katil,

Senator Tan Sri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri Pengerusi Penyelaras dewan

undangan Negeri Bachang, datuk Saat Abu, Timbalan Presiden Sepak Takraw

Malaysia, Akramuddin Abdul Aziz, penaung program, datuk Syed Mahaza Syed

dakian serta Ketua Pemuda uMNO Bukit Piatu, Syed Aziz Syed Mohamad.

Cabaran bermula

RAhAMAN bersama barisan jawatankuasa penganjur dan antara pemain selepas majlis perasmianKejohanan Tenis Remaja Jelajah Malaysia Ketiga 2015 di Gelanggang Tenis MITC, Ayer Keroh semalam.

hAYdEN Khoo beraksi kategori bawah 10 tahun.

8

Muhd. Syabil beraksi kategori bawah 14 tahun.

Diterbitkan oleh MHI Sdn. Bhd., Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel : 06 - 251 9314, 251 9315 Faks : 06 - 251 9316 URL : www.mhi.com.my

Dicetak oleh Percetakan Kembara Sdn. Bhd., Suite G05, Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh Melaka Tel: +606-2313585

jot-3ap_Layout 1 2/4/2015 9:49 PM Page 1