38
1.0 : PENGENALAN “Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu menjadi bertanggungjawab, menyumbang kepada komuniti. Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat persekolahannya melalui satu program yang sistematik. Kebiasaannya, dalam persediaan kepada realiti kehidupan orang dewasa, penekanan hanya diberi terhadap keperluan vokasional semata-mata. Malangnya hingga kini, terlalu sedikit program komprehensif yang wujud menyarankan kemahiran hidup yang diperlukan untuk menepati kehendak sebagai orang dewasa.” Berdasarkan pernyataan yang dipetik daripada hasil tulisan Polloway & Patton (1993), secara tidak langsung kita dapat menyimpulkan bahawa setiap insan di dunia ini memerlukan latihan yang khusus untuk menghadapi kehidupan pada hari dewasa yang menuntut setiap manusia bersikap berdikari di tahap yang maksimum. Berdikari bermaksud seseorang harus menghadapi kehidupan secara peribadi tanpa melibatkan bantuan orang lain secara total dalam kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian, setiap insan yang hidup di dunia ini sepatutnya mempunyai keupayaan ini. Keupayaan yang dimaksudkan semestinya didapati melalui proses pembelajaran tidak kira pembelajaran secara formal yang dijalankan di sekolah ataupun pembelajaran tidak formal yang dipelajari melalui kehidupan seharian dan pengalaman yang mereka lalui. 1

DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

Embed Size (px)

DESCRIPTION

untuk perkongsian HAHAHAHA

Citation preview

Page 1: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

1.0 : PENGENALAN

“Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu

menjadi bertanggungjawab, menyumbang kepada komuniti. Pelajar-pelajar

bermasalah pembelajaran perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat

persekolahannya melalui satu program yang sistematik. Kebiasaannya, dalam

persediaan kepada realiti kehidupan orang dewasa, penekanan hanya diberi

terhadap keperluan vokasional semata-mata. Malangnya hingga kini, terlalu sedikit

program komprehensif yang wujud menyarankan kemahiran hidup yang diperlukan

untuk menepati kehendak sebagai orang dewasa.”

Berdasarkan pernyataan yang dipetik daripada hasil tulisan Polloway &

Patton (1993), secara tidak langsung kita dapat menyimpulkan bahawa setiap insan

di dunia ini memerlukan latihan yang khusus untuk menghadapi kehidupan pada hari

dewasa yang menuntut setiap manusia bersikap berdikari di tahap yang maksimum.

Berdikari bermaksud seseorang harus menghadapi kehidupan secara peribadi tanpa

melibatkan bantuan orang lain secara total dalam kehidupan mereka. Oleh hal yang

demikian, setiap insan yang hidup di dunia ini sepatutnya mempunyai keupayaan ini.

Keupayaan yang dimaksudkan semestinya didapati melalui proses pembelajaran

tidak kira pembelajaran secara formal yang dijalankan di sekolah ataupun

pembelajaran tidak formal yang dipelajari melalui kehidupan seharian dan

pengalaman yang mereka lalui.

Salah satu aspek pembelajaran yang asas adalah kemahiran berbahasa dan

berkomunikasi. Apabila seseorang gagal memenuhi keperluan asas ini maka berlaku

kesukaran dalam kehidupannya kerana kesukaran menyampaikan kehendak dalam

hidup seharian. Oleh itu pelbagai pihak yang bertanggungjawab harus

mengenalpasti punca berlakunya kanak-kanak gagal menguasai bahasa dan

komunikasi kemudian mencari jalan penyelasaian kepada masalah ini. Berikutan

dengan hal ini maka kerja kursus projek PKU 3102 menuntut semua guru pelatih

Pendidikan Pemulihan Khas mengkaji topik ini dengan lebih lanjut lagi agar

kehendak pelajar terutama pelajar pemulihan khas dapat difahami seterusnya

dipenuhi.

1

Page 2: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

2.0 : PENGURUSAN GRAFIK

2.1 : Kanak – Kanak Bermasalah Pembelajaran

2

KANAK – KANAK

MASALAH PEMBELAJ

ARAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah

dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami

kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh

diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-

kebolehan yang berikut:

1. kebolehan kognitif

2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial

3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan

4. penguasaan membaca

5. kemahiran perkembangan (developmental skills)

6. kemahiran matematik

Page 3: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

2.2 : Ciri-ciri dan Kategori Kanak – Kanak Masalah Pembelajaran

3

AUTISME

Perlakuan yang bongkak

Ketawa dengan tiba-tiba

Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.

Tidak mengenali bahaya.

Tidak merasai kesakitan.

Menangis dan marah tanpa sebab.

Permainan yang luar biasa.

Tidak mahu didakap.

Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

Berkelakuan seperti orang pekak.

Tiada perhubungan mata bila bercakap.

Suka memutar barang.

Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

Tingkahlaku aktif keterlaluan.

Tidak mahu terima pelajaran biasa.

Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.

Takut dan cemburu berlebihan.

Page 4: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

 

4

SINDROM DOWN

CACAT AKAL RINGAN

1. Idiot

Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin

mencederakan diri sendiri.

2. Imbersil

Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

3. Moron

Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.

Lambat berjalan dan lambat bercakap.

4. Lembab

Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi

sekolah biasa.

 

Page 5: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

5

CACAT AKAL BERAT

Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.

Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.

Air liur yang meleleh tanpa kawalan.

Sukar bernafas.

Sukar tidur dan terjaga waktu malam.

Selalu menangis.

Sukar bercakap dan memahami orang lain.

Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.

Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap

bunyi.

Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.

Tidur yang berlebihan.

Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Page 6: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

6

HIPERAKTIF

Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.

Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan

warna.

Tidur yang tidak tetap.

Terlalu kerap menangis atau ketawa.

Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang

dilakukan.

Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.

Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.

Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Page 7: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

7

HIPOAKTIF

Murung dan menyendiri.

Aktiviti fizikal yang pasif.

Tiada respond pada persekitaran.

Suka termenung.

Tidak suka bergaul atau berinteraksi.

Menundukkan muka bila nama dipanggil.

Suka bermain sendirian.

Suka berkhayal.

PINTAR CERDAS

Kebolehan yang luar biasa.

Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.

pergaulan dengan kanak-kanak lain.

Perkembangan bahasa yang lambat.

Perbendaharaan kata yang kemas.

Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.

Page 8: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

2.3 : Konsep Masalah Bahasa dan Komunikasi

8

Kebolehan yang luar biasa.

Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.

pergaulan dengan kanak-kanak lain.

Perkembangan bahasa yang lambat.

Perbendaharaan kata yang kemas.

Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, bahasa

di definisikan sebagai satu sistem lambang

bunyi suara yang dipakai sebagai alat

perhubungan dalam lingkungan satu

kelompok manusia 

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar, bahasa ialah satu

sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi

hati manusia dan juga bahasa sebagai alat

perhubungan antara manusia dan harus

berkembang selaras dengan perkembangan

masyarakat pemakai bahasa itu.

Bahasa satu sistem simbol bunyi ucapan

arbitrari dan melalui inilah manusia boleh

berkomunikasi.

bahasa merangkumi apa yang orang lain

nyatakan dan kemampuan menggambarkan

dalam pemakiran bentuk-bentuk simbolik

seperti dalam perkataan ataupun pergerakan

yang mewakili perkataan 

BAHASA

Page 9: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

9

KOMUNIKASI

Menurut Owen (1990), komunikasi adalah

satu proses seseorang itu bertukar maklumat

dan bertukar idea.

Menurut Lexicographer iaitu ahli kamus

bahasa, komunikasi adalah keupayaan

seseorang untuk mencapai kebersamaan.

Definisi komunikasi secara umum adalah

suatu proses pembentukan, penyampaian,

penerimaan dan pengolahan pesan yang

terjadi di dalam diri seseorang dan atau di

antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu.

Webster’s New Collegiate Dictionary edisi

tahun 1977 antara definisi komunikasi yang

menjelaskan bahawa komunikasi adalah

suatu proses pertukaran informasi diantara

individu melalui sistem lambang-lambang,

tanda-tanda atau tingkah laku. 

Page 10: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

2.4 : Ciri – ciri Murid Masalah Bahasa dan Komunikasi

10

MURID BERMASALAH

BAHASA

i.Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi

berkemungkinan menghadapi

masalah dalam bahasa lisan. Mereka 

kerap membuat kesalahan

menggantikan bunyi dalam perkataan

seperti ‘nama’ untuk mama dan

‘blink’  untuk ‘drink’

ii. Morfologi

Kecelaruan yang melibatkan morfologi

termasuklah penggunaan imbuhan

yang luar biasa, struktur ayat yang

salah, dan penggunaan ‘tenses´ yang

salah (bahasa Inggeris).

iii. Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis

(ayat) pula melibatkan kesalahan

tatabahasa yang boleh memberi

Page 11: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

11

i.Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi

berkemungkinan menghadapi

masalah dalam bahasa lisan. Mereka 

kerap membuat kesalahan

menggantikan bunyi dalam perkataan

seperti ‘nama’ untuk mama dan

‘blink’  untuk ‘drink’

ii. Morfologi

Kecelaruan yang melibatkan morfologi

termasuklah penggunaan imbuhan

yang luar biasa, struktur ayat yang

salah, dan penggunaan ‘tenses´ yang

salah (bahasa Inggeris).

iii. Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis

(ayat) pula melibatkan kesalahan

tatabahasa yang boleh memberi

Sukar mengikuti arahan.

Masalah yang ketara dalam

susunan ayat dan sebutan

perkataan

Pertuturan yang perlahan dan

sukar difahami

Gagap yang biasanya mula

lebih kurang umur 3-4 tahun.

Jika masih kekal semasa umur

remaja mungkin memerlukan

terapi pertuturan.

Kelembapan menguasai

bahasa dan kemahiran bertutur.

Masalah suara kasar, bernafas

dengan kuat, perubahan yang

tiba-tiba pada kekuatan dan pic

suara.

Masalah pendengaran.

Murid yang menghadapi

masalah bahasa disebabkan

perbezaan bahasa yang

digunakan

MURID BERMASALAH KOMUNIKASI

Page 12: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

2.5 : Kesan Masalah Bahasa dan Komunikasi

12

KESAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNI KASI

Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi akan

bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan

Mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati.

Belum bercakap walaupun sudah mencapai umur 2 tahun dan pertuturan yang

tidakdifahami walaupun sudah berumur 3 tahun serta pertuturan yang tidak

lancarwalaupun berumur 5 tahun.4.

Kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi( blank) ketika orang lain

bercakap dengannya. Berbanding dengan kanak-kanak lain, kanak kanak

yang mempunya imasalah bahasa dan komunikasi menghadapi masalah –

masalah seperti sukar mengikut arahan,sukar untuk bercakap tentang

sesuatu,sukar menyebut perkataan serta gagal memahami arahan.

Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai dan menunjukkan masalah

memahami apa yang didengari.

Selain itu kanak – kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi ini

sukar mengingat kembali perkataan dan daya ingatan yang lemah untuk

mengingat maklumat yang telah diterima serta agak ketinggalan banyak bunyi

awalan dalam pertuturan walaupun sudah berumur 3 tahun dan kebanyakan

bunyi – bunyi pertuturan terdiri dari bunyi vokal sahaja.

Bunyi – bunyi akhir ditinggalkan

Sukar memaklumkan maklumat kepada orang lain dan sukar menggunakan

bahasa untuk memenuhi kehidupan seharian.

Sukar menggunakan ayat yang betul dan lengkap dan rasa malu tentang

pertuturannya

Page 13: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

3.0 : BIODATA MURID YANG DIKAJI

NAMA : CORZLYN MARTHYA ANAK MARATIN

JANTINA: PEREMPUAN

KETURUNAN : IBAN

AGAMA :KRISTIAN

TARIKH LAHIR : 19 DISEMBER 2005

UMUR : 7 TAHUN

13

Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi akan

bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan

Mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati.

Belum bercakap walaupun sudah mencapai umur 2 tahun dan pertuturan yang

tidakdifahami walaupun sudah berumur 3 tahun serta pertuturan yang tidak

lancarwalaupun berumur 5 tahun.4.

Kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi( blank) ketika orang lain

bercakap dengannya. Berbanding dengan kanak-kanak lain, kanak kanak

yang mempunya imasalah bahasa dan komunikasi menghadapi masalah –

masalah seperti sukar mengikut arahan,sukar untuk bercakap tentang

sesuatu,sukar menyebut perkataan serta gagal memahami arahan.

Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai dan menunjukkan masalah

memahami apa yang didengari.

Selain itu kanak – kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi ini

sukar mengingat kembali perkataan dan daya ingatan yang lemah untuk

mengingat maklumat yang telah diterima serta agak ketinggalan banyak bunyi

awalan dalam pertuturan walaupun sudah berumur 3 tahun dan kebanyakan

bunyi – bunyi pertuturan terdiri dari bunyi vokal sahaja.

Bunyi – bunyi akhir ditinggalkan

Sukar memaklumkan maklumat kepada orang lain dan sukar menggunakan

bahasa untuk memenuhi kehidupan seharian.

Sukar menggunakan ayat yang betul dan lengkap dan rasa malu tentang

pertuturannya

Page 14: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

NO MYKID : SK. 260811

KATEGORI : AUTISME

NO PENDAFTARAN : CP / S104 / 207

ALAMAT : RUMAH NYALU NANGA TAKAN, KATIBAS, 96850, SONG, SARAWAK.

4.0 : KATEGORI MURID

Corzlyn adalah merupakan kanak – kanak yang dikategorikan sebagai kanak

– kanak autisme. Dari aspek fizikal, murid ini mempunyai ciri – ciri fizikal yang kemas

dan menarik. Murid ini menunjukkan ciri – ciri kebersihan yang sesuai dengan

tahap umurnya. Tidak seperti kanak – kanak normal yang lain, dia didapati lebih

suka untuk bersendirian dan tidak gemar untuk bersosial dengan rakan – rakan

sekelasnya. Hal ini jelas menunjukkan dia lebih suka untuk melakukan sesuatu

aktiviti dengan sendirinya.

Selain itu, dia juga seringkali melakukan aktiviti yang disukainya iaitu

memperbetulkan stoking. Boleh dikatakan setiap lima minit dia akan sentiasa

memperbetulkan stoking dengan menarik ke atas. Selepas itu, dia akan mula.

termenung dan mengomel secara bersendiriannya. Dari segi aktiviti bermain,

didapati Corzlyn tidak berapa memberi tumpuan terhadap aktiviti bermain yang

dilakukan. Ini mungkin disebabkan aktiviti bermain seperti bermain bola tidak

menjadi aktiviti yang digemarinya. Dari pengamatan saya, Corzlyn hanya

menggemari permainan puzzle. Jadi tidak hairan sekiranya dia boleh bermain puzzle

dengan sendirian dan boleh menyiapkan dengan lebih cepat berbanding rakan –

rakan yang lain. Selain itu, semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran dalam kelas,

didapati Corzlyn juga sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya.

Ini kerana tumpuan yang diberikan tidak lama.

14

Page 15: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

5.0 : CIRI PENGUASAAN BAHASA DAN FAKTOR MEMPENGARUHI

Ciri Penguasaan Bahasa.

Bahasa Idiosinkratik 

Kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, iaitu

perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik. Begitu juga dengan Corzlyn.

Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil

dan kekurangan dalam kefahaman. Dia berkecenderungan mengingati perkataan-

perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi

untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi yang baru.

Masalah Kata Ganti Nama

Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan Corzlyn kerap menimbulkan

kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti "he" atau 'she". Kata

ganti nama kedua “kamu’ digunakan untuk dirinya dan "saya" untuk orang lain.

Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar memahami dan

menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.

Ekolalia

kanak-kanak autisme seperti Corzlyn mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa

niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Secara kasarkita dapat

membezakan jenis ekolalia

15

Page 16: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

Faktor Mempengaruhi

Persekitaran

Menurut Kamarulzaman Kamaruddin (2009), kanak-kanak gemar meniru ayat

– ayat yang digunakan oleh masyarakat yang berada di persekitaran mereka

terutamanya ibu bapa mereka atau pengasuh yang menjaga mereka sejak kecil

Skinner (1957) pula menyatakan dalam teori perkembangan bahasa beliau bahawa

kanak-kanak belajar bahasa melalui pelaziman responden iaitu kanak-kanak meniru

dari persekitarannya dan mesti disokong oleh masyarakat persekitarannya.

Contohnya, apabila kanak-kanak tersebut menguasai satu tahap penguasaan

bahasa yang lebih kompleks daripada sebelumnya ibu hendaklah menyokongnya

dengan memberi pujian, hadiah atau pelukan sebagai satu penghargaan. Apabila

ibu atau orang di sekitarnya tidak memberi galakan yang positif, maka

perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak tersebut akan terhalang atau

menjadi terhad. Melalui prespektif interaksionalis pula, perkembangan bahasa

bergantung kepada sosial (persekitaran). Kanak-kanak yang dikurniakan kemahiran

menguasai bahasa, adalah pemerhati dan peserta yang melihatkan dalam interaksi

sosial. Apabila kanak-kanak mendiami persekitaran yang kurang aktif dalam

interaksi sosial maka kuranglah perkembangan bahasa dan komunikasi dalam

dirinya. Melalui teori yang dikemukakan oleh Kamarulzaman Kamaruddin, Skinner

dan pandangan para ahli interaksionalis, kita dapat menyimpulkan bahawa

perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak juga sangat bergantung

kepada persekitaran mereka.

Kelewatan bahasa

16

Page 17: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

Anuar dalam penulisan blog beliau pada 15 April 2009 menjelaskan bahawa

perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak juga dipengaruhi oleh

kecepatan atau kelewatan penerimaan bahasa. Ada kanak-kanak yang memperolehi

bahasa lewat daripada kebiasaannya. Walaubagaimanapun, kanak-kanak ini juga

berpotensi menguasai bahasa walaupun agak lambat berbanding kanak-kanak lain.

Namun demikian, terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan

dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya mengatasi masalah yang

dihadapi.

Kesihatan

Faktor kesihatan merupakan faktor terbesar yang boleh mempengaruhi

perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana aspek

kesihatanlah yang menentukan samada kanak-kanak tersebut mampu berkembang

dalam aspek bahasa dan komunikasi atau sebaliknya. Masalah kesihatan ini boleh

dikelaskan kepada beberapa aspek tertentu seperti yang berikut.

Aphasia

Berdasarkan artikel yang terdapat dalam laman web MedicineNet.Com dan

Scribd, Aphasia merupakan salah satu masalah yang berpunca daripada kerosakan

otak. Bagi seorang kanak-kanak, kerosakan otak berpunca daripada kecederaan

otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Bagi seorang dewasa pula,

aphasia mungkin berpunca daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan yang

melibatkan kepala. Menurut Holland & Reinmuth,1982, Aphasia turut menyumbang

kepada masalah bahasa. Hal ini berlaku kerana otak tidak berupaya untuk memberi

makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa, ketidakupayaan untuk membentuk

atau memperoleh bahasa. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak yang menghadapi

masalah ini akan menghadapi kesukaran untuk berkembang dalam bahasa atau

komunikasi mereka.

17

Page 18: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

6.0 : CONTOH PENGUASAAN BAHASA

Jika dianalisis masalah bahasa dan Corzlyn ini, kita boleh bahagikan kepada

masalah dalam fonologi, sintaksis, morfologi, pragmatik dan semantik. Manakala

dari segi komunikasi, dia lebih gemar untuk berkomunikasi secara non verbal 

Kepada orang ramai. Di sini terdapat kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam

setiap aspek seperti yang dinyatakn seperti tadi. Jadi saya akan membincangkan

kelemahan dan kekuatan bagi setiap aspek itu.

Fonologi

Dalam aspek fonologi, kekuatan yang dimiliki oleh Corzlyn ialah, dia dapat

menuturkan beberapa bunyi dengan jelas. Namun begitu, masih terdapat beberapa

jenis kelemahan yang ditunjuk oleh dia terutama sekali nada yang dikeluarkan oleh

dia semasa mengeluarkan bunyi. Didapati, kadang-kala dia akan mengeluarkan

perkataan mengikut nada yang berbeza – beza iaitu dari rendah ke tinggi secara

tiba-tiba. Kadangkala perbuatan ini menimbulkan sedikit kekeliruan mengenai apa

yang ingin disampaikan oleh Corzlyn ketika berada di dalam kelas Dalam erti kata

yang lain, kanak-kanak ini tidak dapat mengawal nada dan jeda yang dipertuturkan.

Selain itu, kadang kala kanak – kanak ini juga kelihatan bernyanyi apabila ingin

menuturkan sesuatu. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak ini mengalami masalah

dalam suprasegmental.

Menurut (Goldfarb, Braunstein & Horge, 1956) individu yang mengalami

autisme sering kali mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan

bercakap dalam “ekanada” ( Fag & Schuler, 1980 ) pula pernah

menyatakan bahawa individu autisme inimempunyai masalah luahan suara

18

Page 19: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

disebabkan oleh ketidakupayaan memproses cirri-ciri suprasegmental dalam

pertuturan. Namun begitu, kekuatan yang boleh digunakan oleh kanak-kanak ini

ialah, kelebihan kanak-kanak untuk bernyanyi.

Menurut guru kelasnya, Corzlyn pernah menjadi johan dalam juara nyanyian

dikalangan pelajar pendidikan khas. Hal ini menunjukkan walaupun kelemahan dia

ini boleh memberi tafsiran dan makna yang negatif namun kelebihan yang ada dapat

digunakan oleh dia untuk mengasah bakatnya yang terpendam itu.

Sintaksis

Dari aspek pembinaan ayat, didapati dia tidak dapat menuturkan ayat dengan

panjang. Corzlyn juga hanya boleh bertutur secara ringkas dan pendek sahaja.

Sebagai contoh, jika kita hanya menanyakan adakah dia ingin mandi, dia hanya

menjawab “tak nak” sambil menggeleng. Di samping itu, jika kita cuba

berkomunikasi secara bertutur dengannya, kanak – kanak ini tidak akan berani

mengeluarkan perkataan dengan baik. Seolah-olah kanak-kanak ini tidak tahu

berbahasa walaupun hakikatnya kanak – kanak ini jika bertutur, kita dapat

memahami sebutannya itu. Faktor yang menjurus ini kemungkinan besar

disebabkan oleh kekurangan bahasa dan kecelaruan yang berlaku dalam sistem

bahasa dalam diri dalam kanak-kanak ini. Dalam erti kata yang lain,pertuturan

kanak-kanak ini kelihatan agak kompleks dan sukar untuk kita dekati supaya bertutur

dengan kita lebih jelas.

Bartak, Rutter & Cox(1975) membandingkan perkembangan sintaksis pada

diri kanak-kanak autisme dan dysphasia (kecacatan bahasa khusus). Mereka

mendapatiwalaupun kanak – kanak tersebut lebih kepada ukuran maksud perkataan

pengucapan, namun kanak – kanak autisme menunjukkan reaksi yang lebih

teruk dalam ujian pemahaman bahasa. Mereka juga mendapati kesukaran

pertuturan kanak-kanak autism lebih luas, melibatkan penggunaan dan pemahaman

isyarat dan penulisan di samping bahasayang dipertuturkan.

19

Page 20: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

Akan tetapi, walaupupun kanak-kanak ini tidak dapat membuat ayat

denganbaik, kanak-kanak masih lagi dapat memberi beberapa perkataan yang

masih jelas danboleh dimengertikan.

Morfologi

Dari segi bidang morfologi, kanak-kanak ini dapat menggantikan kata ganti

nama nya dengan menamakan dirinya sebagai Corzlyn. Dia juga dapat

menggantikan namanya sebagai saya. Namun dari kelemahan aspek morfologi pula,

dia didapati tidak tahu untuk menuturkan perkataan yang berimbuhan. Disebabkan

itulah, dia hanya sedikit bertutur. Ini membuktikan bahawa perkembangan bahasa

dia tidakbanyak dan tidak sama dengan kanak-kanak normal lain.

Dalam satu kajian (Fein & Waterhouse, 1979) jika dibandingkan hasil

morfologi kanak-kanak autisme dalam perkembangan skizofernia( sejenis penyakit

jiwa)dan kanak-kanak tidak upaya , didapati tiada perbezaan yang ketara sama ada

yangberkenaan dengan jumlah angka “morphemes ” yang digunakan dengan

kekerapan penggunaan “morphemes”.

Semantik

Dari segi semantik, seperti kanak – kanak yang lain, kanak-kanak ini juga

mempunyai bahasanya tersendiri iaitu bahasa idiosinkratik. (Volden & Lord ,1991),m

endefinisikan bahasa idiosinkratik sebagai penggunaan ayat atau frasa dalam mana

keadaan berbeza untuk menyampaikan maksud yang spesifik.

Tidak seperti kanak-kanak yang normal,jika Corzlyn mengelamun,

beliauseringkali mengeluarkan bunyi yang sukar untuk difahami. Walaupun begitu,

20

Page 21: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

bahasa inihanya difahami oleh kanak-kanak ini sahaja. Oleh itu, kekuatan

bahasa idiosinkratik inisebenarnya boleh menjadi satu medium bagi Corzlyn untuk

berkomunikasi dengan orang lain.

Sebagai contoh, bagi mengingati suatu frasa atau perkataan yang diajar,

Corzlyn mungkin mengeluarkan bunyi yang berbeza walaupun maksudnya sama.Ma

knanya di sini, mungkin “saya” bagi Corzlyn ialah kamu. Walaupun dari sudut

negatif kita melihat perkara ini mungkin menimbulkan kecelaruan tetapi dari sudut

positifnya kita mungkin boleh mengajar Aiman mengikut perspektif yang

difahaminya. Apa yang penting makna bahasa itu adalah betul walaupun ujaran

yang dihasilkan berbeza

Pragmantik

Dari segi pragmatik, Corzlyn merupakan seorang penutur yang pasif. Seperti

yang diperbincangkan tadi, disebabkan sikapnya yang antisosial maka Corzlyn tidak

dapat berkomunikasi secara spontan dan seterusnya menghasilkan komunikasi

yanglemah dengan individu yang lain. Dari segi kekuatan, Corzlyn didapati bolehber

komunikasi dengan bahasanya iaitu bahasa idiosinkratik. Jadi ini jelas menjelaskan

Corzlyn mempunyai keunikan tersendiri. Semasa pengamatan saya, matanya akant

erpejam secara tiba-tiba ataupun terkebil jika berbahasa dengan secara

sendirinya.Kita sebagai pendidik seharusnya harus cuba memahami isyarat

dan mesej yang ingin disamapaikan bagi memudahkan kita untuk melakukan proses

proses pembelajaran dan pengajaran kita.

21

Page 22: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

7.0 : KESAN MASALAH TERSEBUT DALAM KOMUNIKASI

Melalui pemerhatian saya, Corzlyn boleh menuturkan beberapa perkataan

dengan jelas namun perbendaharaan kata yang dimiliki adalah sangat terhad. Inimu

ngkin adalah disebabkan beberapa faktor. Pertama sekali adalah disebabkan

sikapantisosial dia yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Ini kerana dengan

bersikapsebegini maka pertukaran bahasa dengan kekerapan yang tinggi tidak akan

berlaku. Dalam erti kata lain, dia mungkin tidak mendapat perkataan atau lambang

bahasabaru disebabkan sikapnya yang lebih suka bersendirian.

Selain itu, sikapnya yang tidak memberi tumpuan semasa proses

pembelajaran dan pengajaran juga menyebabkan dia berkemungkinan tidak dapat

menguasai perbendaharaan kata yang baru. Dari segi fonologi bagaimana pun

Corzlyn dapat menuturkan bunyi bahasa dengan baik.

Selain itu, kanak-kanak ini juga seringkali membunyikan sesuatu yang

agakkurang difahami terutama sekali jika kanak-kanak ini bersendirian. Dalam erti

kata yang lain “bubling” juga merupakan salah satu aspek yang terdapat kepada

pencirian kanak-kanak ini. Kanak – kanak ini juga didapati lebih suka bernyanyi dan

bercakap secara bersendirian dan tidak kisah dengan orang di sekelilingnya. .

Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini hanya akan berkomunikasidengan rancak

dengan dunia sendirinya sahaja.

22

Page 23: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

Dalam aspek pertuturan juga, kanak-kanak ini tidak dapat

mengungkapkanayat yang panjang. Ini adalah disebabkan faktor bahasanya yang

terhad tadi. Seperti kanak-kanak normal yang lain, Aiman juga mengalami echolalia

iaitu jenis “delayed echolalia” yang selallunya merisaukan para guru di sekolah

berkenaan. Sebagai Contoh semua proses pembelajaran, Corzlyn tidak akan

menumpukan perhatian sebaliknya akan bermain dan melalukan aktiviti yangdisukai

nya iaitu membetulkan stokinnya. Kanak-kanak ini juga tidak akan pernah mahu

menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh guru kelasnya, namun, setelah tamat

proses pembelajaran Corzlyn akan secara spontan menyebut beberapa perkataan

yangtelah diungkapkan oleh gurunya tadi.

Dari aspek komunikasi, Aiman merupakan kategori yang agak sukar

untukberkomunikasi dengannya. Ini adalah disebabkan sikapnya yang lebih suka

menyendiri daripada bergaul dengan orang lain atau berkelompok dan

tidak akan menumpukan apa jua yang akan diperkatakan oleh kita kepadanya.Wala

upun kita masih mendapatkan “eye contact” dengannya, namun hanya beberapa

seketika sahaja. Seterusnya Aiman akan terus mengelamun dan pergi ke tempat

yanglain. Jadi, proses komunikasi bersama Aiman agak sukar. Akibat daripada ini,

makaproses pertukaran maklumat dengan Aiman tidak dapat berlaku u berlaku. Jadi

untukmengetahui dan memahami kehendak Aiman akhirnya menjadi agak sukar.

Dari aspek non verbal  Aiman juga mempamerkan beberapa contoh

mimikmuka sebagai bahasa isyarat yang dikeluarkan olehnya. Sebagai contoh

sekiranya diamula hilang tumpuan, Aiman akan mula mempamerkan raut wajah

yang menunjukkandia sudah jemu seperti mencebik. Selain itu, Aiman juga akan

menggelengkan kepalauntuk membantah dan tidak mahu melakukan sesuatu

arahan kepadanya.

 

Melalui pemerhatian saya juga, Aiman juga mengalami masalah untuk

menaksirkan mesej atau pun kod bahasa. Ini kerana, untuk bertutur dan member

arahan kepada Aiman, kita perlu menunjukkan beberapa contoh sebagai tunjuk ajar.

23

Page 24: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

Sebagai contoh, untuk menyuruh Aiman memasukkan bola dalam bakul, Aiman

kelihatan agak lambat untuk menaksirkan arahan yang disuruh, jadi contoh secara

realistik perlu ditunjukkan dan diajar kepada kanak-kanak in

8.0 : CADANGAN MENGATASI MASALAH TERSEBUT

 

Bagi mengatasi permasalahan Corzlyn ini, program intervensi boleh dilakukan

terhadapnya. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan menghantar Corzlyn

keterapi pertuturan yang dikendalikan oleh mana-mana pihak kerajaan ataupun

NGO.

Selain dari itu,  kita juga boleh menggunakan prinsip intervensi bahasa yang

dicadangkan oleh Wetherby(1986) semasa proses pembelajaran dan pengajaran.Me

nurut Wetherby(1986) terdapat empat prinsip program intervensi bahasa bagi kanak

– kanak austisme iaitu pertama sekali, kesediaan untuk berbicara dengan

bersungguh-sungguh harus diberi penekanan dalam intervensi bahasa. Kanak –

kanak autisme perlu diajar untuk menunjukkan keperluan melalui komunikasi –

pertuturan, pergerakan tidakverbal (contohnya mimik muka). Kedua, program

intervensi bahasa harus keluar atau menyimpan dari model normal dan

menfokuskan kepada perkembangan komunikasi untuk kanak – kanak autisme.

Dalam erti kata lain, kanak – kanak autism tidak selalunya mengikut cara normal

dalam perkembangan bahasanya. Para professional harus menjadi lebih fleksibel

dalam cara membimbing kanak – kanak ini untuk mencapai kejayaan. Cadangan

24

Page 25: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

Wetherby yang ketiga ialah, ahli- ahli klinik perlu memikirkan perkembangan mental

mempunyai kaitan yang amat rapat dengan komunikasi yang baik atau tidak

baik. Fungsi komunikasi yang baru (baik) boleh diajar dengan menggunakan lebih

banyak komunikasi yang lama (contohnya gerakan). Persamaannya, dalam

mengajar kanak-kanak menggunakan cara baru dalam menunjukkan reaksi (seperti

pertuturan),adalah lebih baik jika memulakannya dengan cara berkomunikasi yang

telah dipelajaridengan baik oleh kanak-kanak.

Keempat, Wetherby mencadangkan bahawa para penjaga perlu memikirkan

mengenai “social content of language intervention”. Ianya tidak cukup dengan hanya

mengajar kanak-kanak tentang kemahiran bahasa. Persekitaran social harus diubah

selaras dengan kegunaan dan kebolehan. Ianya sangat penting jika kanak - kanak

belajar untuk meminta sesuatu, mereka perlu meminta. Contohnya, makan tengah

hari sebagai salah satu persekitaran sosial mereka. Prinsip-prinsip ini harus menjadi

satu petunjuk yang berguna untuk merancang program intervensi bahasa untuk

kanak-kanak autisme.

Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan penting bagi

membantu dalam usaha untuk mengurangkan permasalahan yang dihidapi oleh

oleh Corzlyn. Sebagai contoh, ibu bapa Corzlyn hendaklah sentiasa berkomunikasi

hendaklah sentiasa berkomunikasi dengan Corzlyn ini. Maka dengan itu, sedikit

sebanyak perbendaharaan kata dan kosa kata kanak-kanak ini akan bertambah.

Pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru mestilah berkisarkan

tentang minat yang dicenderungi oleh kanak-kanak ini. Contohnya, Corzlyn suka

bermainpermainan seperti puzzle. Jadi puzzle yang berbentuk abjad atau pun perkat

aan mungkin dapat membantu Corzlyn dalam memperkembangkan bahasanya.

25

Page 26: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

9.0 : KESIMPULAN

Kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah

pembelajaran. Selain bermasalah menguasai komponen bahasa seperti bentuk,

kandungan, dan penggunaannya, terdapat ramai juga kanak-kanak masalah

pembelajaran yang mengalami masalah dalam pertuturan. Masalah bahasa dan

komunikasi tidak boleh dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan

mesej dengan tepat dan jelas disebabkan gangguan pertuturan atau masalah

bahasa akan menyebabkan kanak-kanak berasa tertekan, malu, rendah diri, takut

berhadapan dengan orang lain, dan mengasingkan diri.. Apabila kanak-kanak ini

memasuki alam persekolahan masalah ini akan menjejas pencapaian akademik dan

kemahiran sosial mereka.

Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah bahasa dan

komunikasi boleh diatasi melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil

kira setiap ketidakupayaan yang kanak-kanak alami. Pelbagai pihak yang berkaitan

hendaklah berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang terdiri

daripada ibu bapa, guru, ahli terapi pertuturan, pentadbir sekolah, doktor, dan juga

kaunselor. Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak

mengatasi masalah pertuturan dan bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi

satu kebiasaan dan sukar dipulihkan.

26

Page 27: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

10.0 : REFLEKSI

27

Page 28: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

28

Page 29: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

11.0 : RUJUKAN

Open University Malaysia (2006), Pengenalan Pendidikan Kanak – Kanak Masalah

Pembelajaran, Meteor Doc Sdn Bhd ,Selangor Darul Ehsan

Open University Malaysia (2006), Pengenalan Pendidikan Khas, Meteor Doc Sdn

Bhd, Selangor Darul Ehsan3.

Kuder. S. Jay (2003), Teaching Student With Language And Communication

Disabilities, Pearson Education. Inc , United States of America.

Bahagian Pendidikan Guru (2008), Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya

29

Page 30: DEFINISI Bahasa Pat Heaton Dan Patrikck Winterson

30