Upload
zahid-razak
View
161
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.
PantunPantunPantunPantunPantun
Contoh Pantun 1:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Contoh 2
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Contoh 3
Pulau Pandan jauh le temgah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Pada kebiasaannya Rima pantun adalah "abab".
Baris dalam setiap rangkap ialah empat atau enam atau lapan.
Catatan: "abab" bermaksud Rima akhir pada baris pertama adalah sama dengan baris
ketiga. Manakala Rima akhir pada baris kedua adalah sama pada baris keempat.
*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.
Catatan:
Berdasarkan puisi ini (contoh 1), Rima akhir dalam dalam baris pertama ialah "yar",
sama seperti dalam baris ke tiga iaitu "yar". Manakala Rima akhir dalam baris kedua
ialah "ti", juga sama dalam baris keempat iaitu "ti" .
Puisi ini mengandungi empat baris dalam satu rangkap.
Oleh itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa puisi ini adalah jenis PANTUN
( berdasarkan kepada rima akhir dan bilangan baris dalam satu rangkap)
Bincangkan pula rima akhir dalam contoh 2 dan contoh 3....
SajakSajakSajakSajakSajak
*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.
Contoh Sajak:
Ibu...
mentari masih diufuk timur
kokok ayam sahut-sahutan
ketika itu.. seorang wanita
dengan penuh rela
menyelak selimutnya
saat dingin menggigit tubuh. .........(rangkap pertama)
Dialah ibuku...
kewajipannya dan jasanya
lebih tinggi daripada segunung intan
lebih berharga daripada selautan mutiara. ..........
(rangkap kedua)
*Rima bermaksud "Suku Kata terakhir dalam sesuatu baris.
Rima akhir dalam sajak adalah bebas.
Bilangan baris dalam satu rangkap juga adalah bebas.
Rima akhir adalah bebas bermaksud ianya tidak seperti pantun atau syair.
Rima akhir bagi baris pertama dalam rangkap tersebut adalah tidak sama dalam baris
kedua atau ketiga atau keempat atau kelima dan sebagainya.
Catatan:
Berdasarkan puisi ini, Rima akhir dalam setiap baris dalam rangkap pertama adalah
berlainan.
Bilangan baris dalam rangkap pertama adalah tidak sama seperti dalam rangkap kedua.
Oleh itu, puisi ini adalah sajak.
CIRI-CIRI SYAIR
• terdiri daripada 4 baris serangkap
(tetapi sesetengah syair boleh juga
dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap).
• syair tidak mempunyai pembayang
maksud (berbeza dengan pantun).
• Tergolong dalam jenis puisi kata (word
verse)
• bilangan perkataan dalam setiap baris
adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12
suku kata dalam satu baris.
• Memakai skema rima a-a-a-a, rima
akhir tidak rima dalaman
• Dalam suatu baris ,terdapat suatu
hentian (pause) kerana itu adanya
kolon sepertimana dalam sebaris
pantun
• setiap baris dalam syair mempunyai
makna yang berkaitan dengan barisbaris
terdahulu.
• Seluruh empat baris merupakan satu
kesatuan idea; ertinya tidak terbahagi
dua kepada sampiran dan mkasud
sepertimana seuntai pantun
Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh
rangkap- rangkap lain untuk
membina suatu idea yang lengkap,
sesuai dengan isi dan tujuannya.
• Syair perlu dilagukan untuk
membentuk nyanyian
• syair mengungkapkan pengajaran
dan pemberitaan
• maka lagu memberikan ciri, rasa,
dinamika, asal-usul, dan
kebersamaan
CONTOH- CONTOH
KARYA SYAIR
• Syair Bidasari
Sebuah syair romantis yang
mengisahkan tentang Bidasari yang
rupawan menjadi mangsa cemburu
Permaisuri Indrapura.
• Syair surat al-qiyamah
Disalin pada tahun 1306H. [1888M.]
Sebuah syair berbentuk keagamaan
yang menceritakan tentang keadaan
hari kiamat, nikmat di syurga dan
seksa di neraka.
Raja Ali Haji memberikan contoh syair dan gurindam :
Bermula inilah rupanya syair :
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah-gulana
Barangkali gurindam tiada kena
Tuan betulkan dengan sempurna
Inilah erti gurindam yang di bawah syair ini :
Persimpangan yang indah-indah
Iaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang teratur
CIRI-CIRI GURINDAM
1. Ciri-ciri bentuk Gurindam
a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau
beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam
rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu
bersambung dengan baris-baris dalam rangkap
berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua
dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat”
menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris
kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan
apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama
tadi.
c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap
Contoh gurindam serangkap dua
baris:
Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
ii. Gurindam serangkap
empat baris
• Empat baris kalimat atau ayat
• Bilangan perkataan tiap-tiap baris tidak tetap.
• Rima akhir seperti puisi pantun abab
• Isinya tentang nasihat
Contoh gurindam serangkap empat baris:
Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.
Jangan takut dan gentar,
Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.
iii. Gurindam bebas
• Bilangan baris ayat pada rangkap
tidak terhad
• Persamaan rima akhir tidak
dipentingkan
• Isinya tetap mempunyai nasihat
• Contoh gurindam bebas:
Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.