20
DELEGASI PATRIOTIK 2014 Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara1

DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

  • Upload
    vukhanh

  • View
    239

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 1

Page 2: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 2

KERTAS KERJA

DELEGASI PATRIOTIK 2014

URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan sokongan serta bantuan

kewangan dari pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk mengadakan projek

Delegasi Patriotik 2014. Semoga kertas kerja ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada

pihak tuan demi merealisasikan moto Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ”Mengilham

Harapan Mencipta Masa Depan”. Oleh itu, semoga usaha yang dijalankan ini dapat memberi

manfaat dan faedah kepada mahasiswa UKM umumnya ahli Urusetia Pembangunan Sumber

Manusia (UPSM) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN)khususnya dalam menyemai semangat

patriotisme serta nilai murni dan aspirasi bangsa Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) merupakan salah sebuah urusetia yang wujud

di Universiti Kebangsaan Malaysia. Paduan ilmu, mutu dan budi merupakan elemen-elemen

penting diterapkan bagi melahirkan generasi-generasi muda yang sentiasa berfikir 100 kali jauh

ke hadapan dan berkepimpinan dalam memastikan Malaysia terus maju sehinggakan pada masa

hadapan, Malaysia mampu duduk dan berdiri melebihi negara-negara yang kini sedang pesat

membangun. Manakala, Sekratariat Rukun Negara (SRN) pula adalah sebuah sekretariat yang

ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Nasional

yang bermatlamatkan untuk memperkasakan mahasiswa khususnya dari aspek perpaduan dan

sahsiah diri. Pembentukan sahsiah diri yang tinggi serta berilmu di kalangan mahasiswa perlu

diperkukuhkan dengan pengetahuan perpaduan dan integrasi nasional. Elemen perpaduan amat

penting tanpa mengira aras pendidikan. Oleh itu, suntikan semangat patriotism dan cinta negara

amat penting diterapkan dalam kalangan mahasiswa bagi meneruskan kelangsungan perpaduan

yang sedia terjalin erat di negara ini.

Sejak dari dulu lagi UPSM berjaya melahirkan ramai fasilitator di kalangan mahasiswa/i

UKM melalui kursus-kursus fasilitator seperti Kursus Asas Fasilitator, Kursus Ketahanan, Kursus

Kumpulan Kecil dan Pengucapan Umum. Justeru itu, UPSM sangat giat menjalankan Program

Motivasi sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti. Dengan berpegang teguh kepada

kata hikmah ‘Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada Masyarakat Kami Kembali’ UPSM turut

menganjurkan program-program yang berbentuk kemasyarakatan seperti Operasi Khidmat

Masyarakat (OPKIM) dan Bakti Siswa (BAKSIS). Program ini melibatkan masyarakat-masyarakat

luar bandar seperti Kampung Beng Perak, Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Nur Hikmah dan

Page 3: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 3

Rumah Orang Kurang Upaya Negeri Sembilan. Bagi melahirkan ahli-ahli UPSM yang berfizikal

cergas dan berfikiran cerdas. UPSM tidak lupa dalam memastikan aktiviti dan rekreasi luar

dijalankan pada setiap tahun seperti wáter rafting, water confident, berakit dan pendakian gunung

di Malaysia seperti di Gunung Stong, Gunung Nuang dan Gunung Belumut.

Keterampilan, keilmuan, ketahanan dan sahsiah akademik merupakan aspek penting

dalam merealisasikan falsafah UKM. Namun, semangat kenegeraraan dan pepaduan antara

kaum merupakan elemen penting dalam melahirkan fasilitator dan mahasiswa/I sejajar dengan

teras UPSM dalam memperjuang negara yang harmoni. Keberkesanan dalam penyampaian

akan meletakkan tuntutan baru kepada mahasiswa hari ini supaya menjadi celik minda,

mempunyai kesedaran yang tinggi dan berkeupayaan dalam mentafsir isu global seiring dengan

kemajuan Negara. Berteraskan ideologi tersebut, maka Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

mengambil inisiatif untuk mengadakan satu lagi program mega iaitu “Delegasi Patriotik” yang

bertemakan “Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara!”.

Program ini berfungsi sebagai platform dalam menyampaikan kesedaran tentang

kepentingan semangat kenegaraan dalam kalangan mahasiswa dan kakitangan. Tujuan program

ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa khususnya ahli UPSM sendiri dan

seterusnya menjana perpaduan dan kesefahaman yang lebih erat menggunakan konsep

intelektual dan lebih ilmiah daripada badan berkanun yang terdapat di Malaysia. Sesuai dengan

perkembangan sains dan teknologi, maka mahasiswa juga diberi peluang untuk menyahut

cabaran sebagai pelapis generasi yang akan menerajui negara ini kelak. Selain dari itu, program

ini mewujudkan peluang kepada bakal pewaris negara untuk belajar dan mengahadapi cabaran

akan datang dengan berkonsepkan pameran dan ceramah. Kebolehan dalam pengendalian

medan perniagaan di antara mahasiswa dan peniaga-peniaga luar merupakan satu nilai yang

perlu ada dalam diri setiap mahasiswa dan generasi Malaysia pada masa hadapan. Program ini

merupakan salah satu sahutan daripada cabaran Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun

Dr. Mahathir Mohamad iaitu mewujudkan masyarakat Malaysia yang sepenuhnya bermoral dan

beretika, liberal dan toleran yang matang serta bebas dari segi psikologi, selamat dan maju.

3.0 LATAR BELAKANG

_____________________________________________________________________________

‘Delegasi Patriotik’ adalah suatu program yang dianjurkan umumnya untuk menanam sifat

patriotik serta sifat cinta akan negara dalam diri mahasiswa/i. Urusetia Pembangunan Sumber

Manusia juga turut mengambil inisiatif untuk menganjurkan program seperti ini demi melahirkan

pendekatan program yang berbeza daripada program-program lain. Program ini telah masuk

tahun yang kedua pada tahun ini yang mana pada tahun sebelumnya program ini diberikan nama

Delegasi Patriotik 2013 atau Detik ’13. Detik ’13 bertemakan “Dedikasi Buat Negara” dibuat

dengan kerjasama Biro Tatanegara. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti kayuhan patriotik,

Page 4: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 4

larian patriotik, pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan pidato, wacana, pameran,

kaunter dj serta cabutan bertuah. Antara aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada warga Bangi dan warga UKM ialah kayuhan patriotik dan pertandingan

melukis kain rentang .Melalui beberapa aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja dapat menanam

semangat patriotik malah dapat memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti

yang telah dilakukan pada Detik ’13 masih lagi dijalankan pada Detik 2014 yang mana terdapat

pertambahan aktiviti dari program yang sebelumnya seperti Pertandingan Bintang Patriotik serta

Pertandingan Futsal.

4.0 MISI

4.1 Menyemai semangat cintakan negara melalui ilmu kenegaraan.

4.2 Meningkatkan kesedaran patriostisme dalam kalangan generasi muda pelbagagi

kaum sebagai persediaan untuk mempertahankan dan memimpin negara.

4.4 Mewujudkan masyarakat berbilang bangsa yang menyumbang kepada

peningkatan kemahiran dan integriti dalam bekerja, matang dalam menyuarakan

pendapat serta mempunyai daya kreativiti tinggi dan sentiasa pandang ke

hadapan

5.0 MATLAMAT

5.1 Berusaha ke arah melahirkan generasi mahasiswa/i UKM yang berintegriti,

bersatu padu, mempunyai semangat perpaduan dan semangat cintakan negara

yang tinggi.

5.2 Mendokong hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melahirkan generasi

bersatu padu yang berfikiran bermoral dan beretika, liberal dan toleran yang

matang serta bebas dari segi psikologi dan berfikiran maju kehadapan.

5.3 Membantu menjayakan moto UKM ”Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”

dengan melahirkan mahasiswa yang progresif sebagai produk keluaran

tempatan yang mampu bersaing dalam konteks ekonomi, politik dan sosial.

5.4 Menjadikan program Delegasi Patriotik sebagai satu platform untuk membina

semangat kepimpinan dan jati diri yang ada dalam diri pelajar yang bergelar

mahasiswa selain memupuk semangat kerjasama serta perpaduan dalam

menjayakan transformasi negara.

Page 5: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 5

6.0 OBJEKTIF

6.1 Memastikan Delegasi Patriotik merupakan salah satu medium untuk mengeratkan

hubungan di antara warga UKM dan pihak luar.

6.2 Membentuk pelajar yang mempunyai ketahanan mental, fizikal dan rohani yang

tinggi dan seterusnya memupuk semangat perpaduan ke arah mengejar kejayaan

dan kecemerlangan diri.

6.3 Melatih dan mendidik mahasiswa/i berorganisasi, dipimpin dan memimpin serta

kemahiran-kemahiran insaniah (softskill) yang diperlukan dalam menjadikan

mahasiswa/i yang berketerampilan sebagai aset persediaan ke alam pekerjaan.

6.4 Membentuk generasi yang berfikiran kreatif, inovatif, berdaya saing, berakhlak

mulia serta mempunyai jiwa perpaduan yang jitu untuk memastikan perpaduan

terus terpelihara dalam negara ini

6.5 Memperkasakan mahasiswa dari segi pengalaman di dalam mengurus,

mentadbir, menyusun organisasi seterusnya memimpin generasi pemimpin muda

ke arah masyarakat yang maju dan berdaya saing.

6.6 Menuju visi dan misi UKM dalam melahirkan mahasiswa yang memiliki ‘Towering

Personality’; merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional

Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient).

7.0 TEMA

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara”

8.0 ANJURAN

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara

9.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 26-27 April 2014

10.0 TEMPAT PROGRAM

10.1 Dataran Fakulti Sains dan Teknologi (FST) baru, UKM, Bangi.

10.2 Pekan Bangi

Page 6: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 6

11.0 PUBLISITI

11.1 Edaran ‘flyers’

11.2 Pemasangan ‘bunting’

11.3 Pemasangan kain rentang

11.4 Hebahan media cetak, elektronik dan sosial

11.5 Poster Digital UKM

12.0 RAKAN MEDIA

_____________________________________________________________________________

12.1 RTM

12.2 Berita Harian (Varsiti)

12.3 ANIS

12.4 TV3

12.5 KOSMO

12.6 SOLUSI

13.0 PEMASARAN

Antara cadangan pemasaran yang akan dijalankan bagi menjana pendapatan bagi program ini

adalah:

13.1 Dana dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

14.0 CADANGAN PERASMI

14.1 Cadangan Perasmian

14.11 Dato’ Azman Amin Bin Hassan

Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional

14.12 Prof Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin

Pengarah Institut Kajian Etnik,

Universiti Kebangsaan Malaysia

14.13 Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Universiti kebangsaan Malaysia

Page 7: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 7

15.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

15.1 Urusetia - 50 orang

15.2 Peserta - 500 orang

15.3 Ahli akademik

15.4 Kakitangan pentadbiran

15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM

15.6 Pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah

15.7 Cadangan usahasama bersama

15.71 Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

15.72 Kementerian Pengajian Tinggi

15.73 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

15.74 Jabatan Penerangan Malaysia

15.75 Jabatan Hal Ehwal Khas

15.76 Jabatan Muzium Malaysia

15.77 Angkatan Tentera Malaysia

15.78 Polis DiRaja Malaysia

15.79 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

16.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

17.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

18.0 PERINCIAN PROGRAM

18.1 Pameran

Pameran diadakan oleh agensi-agensi kerajaan dalam mempromosikan konsep

kenegaraan sebagai mahasiswa pelbagai kemahiran perlu dimiliki dan

kemahiran akan memerlukan input-input daripada bahan bacaan. Selain itu

jualan akan diadakan bertemakan barangan kebangsaan setiap negeri,

contohnya seperti Sarawak dengan mutiara, Johor dengan tempe, Terengganu

dengan batik dan sebagainya. Sasaran pengunjung adalah daripada mahasiswa

UKM, staf-staf UKM selain itu pengunjung daripada luar UKM dan IPT sekitar.

Page 8: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 8

18.2 Wacana

Tajuk wacana kita adalah ”Perpaduan Kaum Dalam Konteks Kontrak Sosial di

Malaysia” . Tajuk ini bersesuaian dengan keadaan negara kita yang sekarang

mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai generasi yang

baru yang tidak begitu memahami apa itu Kontrak Sosial. Dengan wacana ini,

kita mampu menjelaskan kepada masyarakat terutama kepada generasi baru

iaitu mahasiswa tentang kefahaman yang terkandung dalam kontrak sosial

sejurus dengan itu melahirkan masyarakat yang sedar tentang menjaga

semangat perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum dan memupuk

semangat sayang kepada negara Malaysia. Sasaran peserta seramai 120 orang

terdiri daripada pelajar UKM dan IPT sekitar dan staf-staf UKM serta orang

awam.

18.3 Cabutan Bertuah

Pelbagai hadiah menarik disediakan sebagai tarikan kepada pengunjung di

samping mendedahkan soalan-soalan berkaitan kenegaraan kepada

pengunjung.

.

18.4 Kaunter Deejay

Diadakan sebagai penghibur kepada hadirin yang hadir ke booth selain dari

memberi peluang kepada ahli UPSM untuk mengekpresikan bakat dalam bidang

pengacaraan. Dengan kaunter DJ ini juga akan memberi info-info dan maklumat-

maklumat mengenai kenegaraan secara tidak langsung kepada pengunjung.

18.5 Kayuhan Patriotik

Kayuhan dari Universiti Kebangssan Malaysia dengan memegang Bendera

Malaysia ke Pekan Bangi Lama. Tujuan kayuhan ini diadakan untuk

menimbulkan kesedaran semangat cinta akan Universiti dan secara tidak

langsung memberi semangat cinta akan Negara Malaysia. Selain itu, mampu

untuk menerapkan elemen perpaduan melalui penyertaan peserta yang

berbilang kaum berkayuh bersama-sama. Peserta seramai 200 orang yang

terdiri daripada kelab-kelab berbasikal di sekitar Negeri Selangor.

18. 6 Pertandingan Futsal

Pertandingan Futsal bertemakan ‘Badminton Pemangkin Perpaduan’. Peserta

daripada kalangan pelajar UKM dan IPT sekitar Lembah Klang yang terdiri

daripada pelbagai kaum. Dengan pertandingan ini dapat mengeratkan hubungan

diantara peserta dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan peserta yang

terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Page 9: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 9

18.7 Senam seni

Senam seni akan mengunakan segala tarian setiap negeri untuk menerapkan

semangat perpaduan serta penonjolan elemen-elemn unik dari setiap negeri di

samping mengamalkan cara hidup yang sihat.

18.8 Pertandingan Pidato dan Bengkel Pengucapan Awam

Pertandingan pidato bertemakan patriotik dikalangan pelajar sekolah. Diadakan

bertujuan mengasah bakat peserta dalam pengucapan awam dan menanam

semangat patriotik dalam kalangan peserta yang terlibat. Peserta yang terlibat

mengikut kategori sekolah menengah sekitar Hulu Langat. Para peserta juga

akan diberikan bengkel pengucapan awam sebelum bermulanya aktiviti sebagai

ilmu yang boleh dipraktikkan semasa pertandingan berlansung dan juga bila-bila

masa sahaja.

18.9 Pertandingan Poster, Mewarna dan Banner

Pertandinagn poster, mewarna dan banner yang bertemakan patriotik yang

dianjurkan bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan pra-sekolah ini bagi

mengasah bakat kreativiti pelajar di sekitar Hulu Langat. Secara tidak lansung

juga program ini dapat memberi kesedaran dan semangat cinta akan negara

Malaysia

18.10 Larian Amal

Larian Amal akan disertai oleh pelajar-pelajar UKM dan IPT serta orang awam

sekitar Bangi seramai 200 orang bagi mendapatkan dana sumbangan untuk

tabung tentera yang terkorban dalam pertempuran Lahad Datu, Sabah.

18.11 Pertandingan Bintang Patriotik

Pertandingan Bintang Patriotik ini bagi mengasah bakat peserta dalam seni

suara dan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan peserta yang menyertai.

Lagu yang ditetapkan mestilah berunsurkan patriotik bagi menanamkan

semangat menghargai seni Negara. Sasaran peserta dari kalangan mahasiswa

UKM dan IPT sekitar Lembah Klang

19.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

Page 10: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 10

20.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,

sila hubungi:

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

Paras 2, Bangunan Pusanika,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Nurul Hadila Binti Mohd Radzir)

Tel : 012-4954625

Faks : 03-89214534

E-mel : [email protected]

Laman Web : www.upsm-ukm.blogspot.com

21.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini mendapat perhatian, sokongan dan bantuan kewangan daripada

pihak JPPel demi menjayakan Projek Delegasi Patriotik 2014. Semoga program ini berjalan

dengan lancar dan seterusnya berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan. Terima kasih

kepada pihak Yayasan Pendidikan Cheras atas kerjasama yang diberikan.

Page 11: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 11

Disediakan oleh,

..........................

NURUL HADILA BINTI MOHD RADZIR

Ketua Pengarah Delegasi Patriotik 2014

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disahkan oleh, Dengan usahasama

.......................... ......................................

NURUL IMAMAH BINTI TAJRI AHMAD KHUSYAIRIE BIN YUSOF

Pengerusi Presiden

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia Sekretariat Rukun Negara

Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia

No. Tel : 019-476104

Diluluskan oleh,

ABDUL QAIYUM BORHAN

..........................

Penasihat Sekretariat Rukun Negara

Penolong Pendaftar

Pusat Akreditasi Pelajar

Universiti Kebangsaaan Malaysia

No Tel : 012-5816365

Page 12: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 12

LAMPIRAN A

ORGANISASI DELEGASI PATRIOTIK 2014

Penaung

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras

Encik Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar,UKM

Penasihat

Encik Abdul Qaiyum Borhan

Penolong Pendaftar,

Pusat Akreditasi Pembelajaran, UKM

Ketua Pengarah

Nurul Hadila Binti Mohd Radzir (FKAB/3/A137355)

012-4954625

Timbalan Ketua Pengarah

Abdul Hakim Bin Abdullah (FKAB/2/A141188)

013-4342178

Setiausaha

Suraiya Musfirah Binti Razalan (FST/2/A141638)

011-18621047

Bendahari

Nurhumaizatul Akmal Binti Mustafa (FSSK/2/A142416)

014-5346576

Page 13: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 13

Pengarah Program : Muhammad Nurluqman Bin Mohd Zin (FSSK/3/A137194)

Pengarah Pemasaran : Aiman Mardhiah Binti Abd Halim (FST/2/140842)

Pengarah Jualan : Wan Nadhirah Binti Wan Rusli (FEP/2/A139392)

Pengarah Teknikal : Najatul Amira Binti Rahmat (FKAB/2/A142390)

Pengarah Protokol : Nur Hamizah Binti Romli (FTSM/2/A142182)

Pengarah Jamuan : Noor Naziha Binti Mohamad Zamri (FST/2/A141648)

Pengarah Publisiti : Alnurmaeza Binti Matyusof (FEP/2/A140203)

Pengarah Tugas-Tugas Khas : Siti Noorul Aina Binti Ab Rahim (FST/3/A138134)

Pengarah Cenderahati : Nor Aisah Binti Ismail (FSSK/2/A142406)

Page 14: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 14

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM DELEGASI PATRIOTIK 2014

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

26 April 2014 (Sabtu)

8.00 pagi – 10.00 malam

8.00 pagi – 5.00 petang

8.00 pagi – 1.00 petang

8.00 pagi – 1.00 petang

8.00 pagi – 1.00 petang

8.30 pagi – 3.00 petang

2.00 petang – 4.00 petang

Pameran dan Kaunter Deejay dan

Cabutan Bertuah

Derma Darah

Pertandingan Pidato dan Bengkel

Pengucapa Awam

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Bintang Patriotik

Pertandingan Futsal

Wacana

FST BANGUNAN BARU,

UKM

FST BANGUNAN BARU,

UKM

FST BANGUNAN BARU,

UKM

FST BANGUNAN BARU,

UKM

FST BANGUNAN BARU,

UKM

KOLEJ KERIS MAS, UKM

FST BANGUNAN BARU,

UKM

27 April 2014 (Ahad)

8.00 pagi – 12.00 tengahari

8.00 pagi – 12.00 tengahari

8.00 pagi – 12.00 tengahari

8.00 pagi – 12.00 tengahari

8.00 pagi – 12.00 tengahari

2.00 petang – 4.00 petang

Pameran dan Kaunter deejay dan

Cabutan Bertuah

Derma Darah

Senam Seni dan Larian Amal

Kayuhan Patriotik

Pertandingan Poster dan Banner

Perasmian Penutup

Penyampaian Hadiah

FST BANGUNAN BARU,

UKM

FST BANGUNAN BARU,

UKM

FST BANGUNAN BARU,

UKM

UKM – PEKAN BANGI

LAMA

FST BANGUNAN BARU,

UKM

FST BANGUNAN BARU,

UKM

Page 15: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 15

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN KESELURUHAN

DELEGASI PATRIOTIK 2014

1. ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM

1 SUMBANGAN

Jabatan Perkhidmatan Pelajar RM200.00

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi

Nasional

RM15,000.00

JUMLAH PENDAPATAN RM15,200.00

2. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1. Gerak Kerja Awal : Pengurusan RM 200.00

2. Program

2.1 Wacana

Bayaran Saguhati (RM 200 x 3 orang)

Jamuan VIP ( RM 15 x 3 orang)

Jamuan Peserta (RM 5 x 100 orang)

Cenderahati (RM 1 x 100 orang)

2.2 Pameran

Papan Pamer (RM 20 x 10 papan)

Kanopi (RM 150 x 3 buah)

2.3 Cabutan Bertuah (RM 5 x 5 kali x 10 orang)

2.4 Pertandingan Mewarna/Poster/Banner

Hadiah Utama (RM 100)

Saguhati (RM 50 x 3 orang)

Jamuan (RM 3 x 50 orang)

RM 600.00

RM 45.00

RM 500.00

RM 100.00

RM 200.00

RM 750.00

RM 250.00

RM 100.00

RM 150.00

RM 150.00

Page 16: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 16

2.5 Pertandingan Futsal

Hadiah (Tempat Pertama)

Hadiah (Tempat Kedua)

Hadiah (Tempat Ketiga)

2.6 Senam Seni

Bendera (RM 1 x 150 helai)

2.7 Kaunter Deejay

Pop Quiz (RM 2 x 100 orang)

Teknikal

2.6 Kayuhan Patriotik

Baju (RM 10 x 150 helai)

Makanan tengah hari (RM5 x 150 orang)

Bendera (RM 1 x 150 helai)

Cabutan Bertuah (RM 10 x 15 orang)

2.6 Pidato

Hadiah Utama (RM 100)

Saguhati (RM 30 x 3 orang)

2.7 Larian Amal

Bendera (RM1 x 100 helai)

2.8 Bintang Patriotik

Hadiah (Pertama)

Hadiah (Kedua)

Hadiah (Ketiga)

Teknikal

RM 300.00

RM 200.00

RM 100.00

RM 150.00

RM 200.00

RM 0.00

RM 1,500.00

RM 750.00

RM 150.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 90.00

RM 100.00

RM 100.00

RM 80.00

RM 50.00

RM 0.00

3. Publisiti

Kain Rentang (RM 50 x 10 helai)

Banting (RM 20 x 30 helai)

Pamplet (RM 1 x 150 keping)

Poster (RM 1 x 300 keping)

Backdrop

Tag Urusetia (RM 2 x 80 orang)

Buku Cenderamata (RM 5 x 100 unit)

RM 500.00

RM 600.00

RM 150.00

RM 300.00

RM 320.00

RM 80.00

RM 500.00

Page 17: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 17

Flyers (RM 0.10 x 500 keping)

Bendera Hiasan (RM 5 x 50 unit)

RM 50.00

RM 250.00

5. Jamuan

AJK (RM 5 x 80 orang x 2 hari)

Perasmi (RM 25 x 3 orang)

RM 800.00

RM 75.00

6. Cenderamata program

Perasmi (RM 10 x 5 orang)

RM 50.00

8. Runcit dan Kontinjensi RM 300.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 15,200.00

Page 18: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 18

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR DETIK 2013 (DETIK ’13)

Peserta Kayuhan Patriotik di Putrajaya

Persembahan Tarian Perang oleh Pasukan Palapes UKM

Page 19: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 19

Salah Seorang Peserta Pertandingan Pidato

Peserta Larian Patriotik yang terdiri daripada Pelajar Sekolah

Page 20: DELEGASI PATRIOTIK 2014 ·  · 2014-06-18ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, ... 15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM ... terdiri daripada kelab-kelab

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 20

Peserta Pertandingan Mewarna