24
DEMOKRASI BERPARLIMEN Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan. Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara demokrasi lahir dpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi. Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat Rakyat berpeluang membentuk kerajaan Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada melalui pilihanraya Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Konsep Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara. Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

asd

Citation preview

Page 1: DEMOKRASI BERPARLIMEN

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen        Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah

diperkemaskan.        Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem

pemerintahan demokrasi berparlimen.        Negara demokrasi lahir dpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.        Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.        Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai

pemerintah tertinggi negara dan negeri        Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri        Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak

merdeka pada tahun 1957.        Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara        Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat        Rakyat berpeluang membentuk kerajaan        Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya        Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada melalui

pilihanraya        Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di

Malaysia.        Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan

perkembangan politik semasa.        Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.

Konsep Perlembagaan        Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan

sesebuah kerajaan.        Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.        Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk

melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.        Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.        Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang

terkandung di dalamnya.        Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183 perkara.        Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, kerajaan negeri

dan senarai bersama.        Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman.        Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan

kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan

Page 2: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri

Keluhuran perlembagaan        Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.        Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa

perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan         Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan        Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.        Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah

Menteri, dan mahkamah        Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah

Sebab-sebab pindaan Perlembagaan

     Melindungi kepentingan rakyat.

     Menjaga keselamatan Negara.

     Melicinkan urusan.

     Supaya sentiasa releven.

     Sesuai dengan keperluan semasa.

     Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.

     Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

     Melarang perkara sensitif  dipersoalkan secara terbuka.

     Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang individu

daripada bercakap sewenang-wenangnya.

     Mengelakkan perbalahan kaum.

     Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya

     Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri

atau persekutuan.

     Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

     Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.

     Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.

Page 3: DEMOKRASI BERPARLIMEN

     Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.

     Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

     Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

     Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-

Raja Melayu.

     Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa

tekanan parti pemerintah atau pembangkang.

     Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,

menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum

atau pilihan raya kecil.

Tujuan Pilihan Raya

        Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan

Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.

        Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan

Negeri diadakan secara berasingan.

        Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen

atau Dewan Undangan Negeri.

        Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan

dan perlucutan jawatan.

        Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari

bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

Proses Pilihan Raya di Malaysia

        Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

        Penamaan calon.

        Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.

Page 4: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Pelancaran kempen pilihan raya.

        Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.

        Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada

pengundi di tempat pengundian.

        Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke

dalam peti undi.

        Pembuangan undi.

        Pengiraan undi.

        Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

Kelayakan Calon

        Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka

gemari.

        Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.

        Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur

21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang

jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh

mahkamah.

        Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan

Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak

kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.

        Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu

sebagai calon bebas.

        Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

Kelayakan Pengundi

        Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai

Daftar Pemilih.

        Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun,

bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat

atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut.

Page 5: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.

        Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai

kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka

terdaftar sebagai pengundi.

Kempen Pilihan Raya

        Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya umum atau

pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.

        Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.

        SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai

Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.

        Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.

        Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.

        Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil.

Kepentingan Pilihan Raya

        Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.

        Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.

        Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta menentukan  bentuk

kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

Sebab-Sebab Demokrasi Berparlimen diamalkan di Malaysia

        Melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.

        Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara.

        Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin.

        Dapat menentukan pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.

        Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan.

        Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat.

        Ekonomi negara akan berkembang maju.

        Mengekalkan kestabilan politik negara.

Page 6: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Kebaikan Amalan Demokrasi

        Mengekalkan kedaulatan kerajaan.

        Kerajaan dipilih oleh rakyat.

        Berpeluang menentukan kepimpinan negara.

        Menentukan masa depan negara.

        Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan.

        Kecekapan pentadbiran negara.

        Kestabilan negara aman.

        Memudahkan perancangan kerajaan.

        Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

        Menjamin hak rakyat.

        Mengurangkan tekanan antarabangsa.

        Memperkukuhkan perpaduan.

        Mengekalkan perkongsian kuasa.

        Kerajaan stabil.

        Kemajuan ekonomi.

        Menarik pelaburan asing.

Cara-Cara Sistem Demokrasi di Malaysia Dapat dikekalkan

        Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.

        Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.

        Mengelakkan campur tangan asing dalam urusan negara.

        Mengekalkan keharmonian hidup pelbagai kaum.

        Semangat demokrasi harus disuburkan di peringkat sekolah.

        Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.

        Kekalkan sistem pilihanraya yang adil dan bebas.

        Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.

        Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.

        Mengutamakan kepentingan negara.

Kebaikan Sistem Pemerintahan Demokrasi

Page 7: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan.

        Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan.

        Pemimpin tidak berkuasa mutlak.

        Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya.

        Menjamin hak asasi rakyat.

        Memastlkan keamanan.

        Menjamin kerajaan yang adil dan stabil.

        Kedaulatan di tangan rakyat.

Cara-Cara Mengekalkan Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara

        Menjaga nama baik negara.

        Mewujudkan kerjasama.

        Sanggup berkorban demi kebaikan bersama.

        Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat.

        Bertolak ansur dalam politik.

        Merealisasikan dasar-dasar kerajaan.

        Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara.

        Menghormati lambang-lambang negara.

PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH

Badan kehakiman

        Menentukan kesahihan undang-undang

        Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

        Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.

        Perkara sivil berkaitan dengan saman.

        Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan

oleh seorang peguam).

        Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.

Sistem mahkamah

Page 8: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Berkuasa mentafsir perlembagaan negara.

        Mentfsir undang-undang.

        Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

        Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi  undang-undang.

        Melaksanakan undang-undang

        Tidak boleh meminda undang-undang.

CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

        Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen.

        Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

        Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara

        Merupakan dewan tertinggi

        Mengandungi 69 orang ahli.

        Mewakili setiap negeri.

        Ahli digelar Senator.

        Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun.

        Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.

        Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen.

        Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

        Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong.

        Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan berpengalaman.

        Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan,

perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti

Orang Asli.

        Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan.

        Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah Perekutuan

Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

        40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah

berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional.

Page 9: DEMOKRASI BERPARLIMEN

Dewan Rakyat

        Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting.

        Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

        Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli.

        Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya.

        Tempoh keanggotaannya lima tahun.

        Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat.

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Jemaah Menteri

        Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet.

        Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan.

        Pembuat dasar tertinggi negara.

        Diketuai oleh Perdana Menteri.

        Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.

Kementerian

        Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.

        Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial.

        Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.

Menteri

        Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

        Menteri yang  tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak

Berportfolio.

        Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam                                     

        Perkhidmatan Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN).

Page 10: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.

        Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK).

        KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam.

        Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

        Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah.

Badan Berkanun

        Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan.

        Mempunyai kuasa autonomi tertentu.

        Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.

        Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang

berkenaan.

Suruhanjaya

        Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin.

        Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

(SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis

dan Majlis Angkatan Tentera.

Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.

        Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian.

        Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara.

        Pembacaan pertama di Dewan Negara dan

        Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.

        Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan.

        Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di

Dewan Rakyat.

        Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan

        Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan

Negara.

Page 11: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di Dewan Rakyat

        Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang di-

Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor.

        Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.

Kepentingan pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran

        Menjamin kesejahteraan hidup rakyat

        Pengagihan kuasa bagi mengelakkan pemusatan kuasa berlaku.

        Berperanan untuk mengimbangi check and balance dalam pentadbiran.

        Pengagihan kuasa dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat.

        Dapat menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dilindungi.

        Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran.

        Menjadikan sistem pentadbiran yang sistematik.

        Pengagihan kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas.

        Dapat membantu pembangunan negara yang pantas.

        Dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam pentadbiran.

        Mengelakakan perbalahan dalam bidang pentadbiran.

Usaha-usaha meningkatkan kecekapan  pentadbiran

        Kerajaan perlu memberi keutamaan kerja berpasukan.

        Mengamalkan budaya kerja yang mesra pelangan

        Menggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran seperti dikaunter perkhidmatan.

        Mengamalkan dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas.

        Memastikan sifar rasuah dalam pentadbiran.

Ciri-ciri pemimpin negara

        Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial.

        Menggunakan sistem pentadbiran yang moden .

        Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran.

        Seorang yang menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran.

        Pemimpin yang mahir dalam ICT dan menggunakannya dalam urusan pentadbiran.

Page 12: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Seorang yang profesional dalam tindakanya.

Peranan badan perlaksana

        Pembuat dasar tertinggi Negara.

        Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.

        Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri.

        Mengetuai kementerian dan beberapa kementerian.

        Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan / merancang dan menyelaras

program pembangunan ekonomi dan social.

        Terdapat 26 kementerian.

        Kementerian diketuai seorang menteri.

        Dibantu oleh timbalan menteri / setiausaha parlimen/ politik.

        Menteri tak berpotfolio.

        Perkhidmatan awam diketuai setiausaha Negara.

        Pentadbiran diketuai Ketua Setiausaha Negara

        Dibantu oleh kakitangan kerajaan.

        Bertanggungjawab melaksanakan tugas.

        Jabatan diketuai oleh ketua pengarah.

        Jabatan di peringkat pusat/ daerah.

        Badan berkanun berkuasa autonomi.

        Mempunyai kewangan sendiri.

        Ditadbir lembaga pengarah.

        Penubuhan suruhanjaya.

Kebaikan sistem pemerintahan demokrasi  

        Rakyat terlibat dalam memilih/ membentuk kerajaan.

        Rakyat boleh bersuara/ kemukakan pandangan

        Pemimpin tidak  berkuasa mutlak

        Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya

        Menjamin hak asasi rakyat

        Memastikan keamanan

Page 13: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Menjamin kerajaan yang adil/ stabil

        Kedaulatan di tangan rakyat

Kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negara

        Mengekalkan kedaulatan negara.

        Kerajaan dipilih oleh rakyat.

        Berpeluang menentukan kepimpinana negara.

        Menentukan masa depan negara

        Berpeluang menentukan kepimpinan negara

        Menentukan masa depan negara.

        Segala permasalahan di selesaikan melalui rundingan.

        Kecekapan pentadbiran negara

        Kestabilan negara aman.

        Memudahkan perancangan kerajaan

        Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

        Menjamin hak rakyat.

        Mengurangkan tekanan antarabangsa.

        Memperkukuhkan perpaduan.

        Mengekalkan perkongsian kuasa.

        Kerajaan  stabil.

        Kemajuan ekonomi.

        Menarik pelaburan asing.

Cara sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan.

        Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.

        Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.

        Mengelakkan campur tangan asing.

        Mengekalkan keharmonian hidup pelbagainkaum.

        Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah lagi.

        Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.

        Kekalkan sistem pilihanraya dan adil dan bebas.

Page 14: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.

        Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.

        Mengutamakan kepentingan negara.

Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.

        Menganggotai mana-mana parti politik.

        Mendaftar sebagai pemilih.

        Menjadi calon pilihan raya.

        Bertanding atas parti atau calon bebas.

        Memilih pemimpin yang bertanggungjawab.

        Memilih pemimpin yang amanah.

        Memilih pemimpin berwawasan.

        Memilih pemimpin yang mesra rakyat.

        Tidak menyertai demonstrasi haram.

        Tidak menganggotai pertubuhan haram.

        Memilih pemimpin.

        Menghormati hak asasi manusia.

        Patuh pada undang-undang negara.

        Bertolak ansur.

        Bekerjasama.

        Hormat-menghormati

Kejayaan yang dicapai oleh negara kita

        Pemodenan pertanian.

        Perkembangan teknologi.

        Pelaksanaan k-ekonomi.

        Tumpuan pelancong asing.

        Hubungan antarabangsa berkembang

        Kemajuan sistem pengangkutan.

        Kemajuan sistem komunikasi.

        Pembuatan automobil/ industri berat.

Page 15: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Sektor perkilangan.

        Industri elektronik.

        Pembangunan wilayah.

        Koridor raya multimedia.

        Penganjuran sukan antarabangsa.

        Hub pendidikan bermutu.

        Pusat kecemerlangan pendidikan.

        Pusat kecemerlangan pendidikan.

        Universiti berkembar dengan universiti terkenal luar negara.

Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.

        Kemunculan golongan radikal.

        Masalah perpaduan.

        Kewujudan pelbagai kaum.

        Gejala sosial.

        Perlakuan jenayah.

        Kebanjiran pendatang asing.

        Peluang pekerjaan.

        Globalisasi.

        Masalah kemiskinan.

        Jurang ekonomi antara kaum.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

        Memperkukuh perpaduan.

        Penguatkuasaan undang-undang.

        Mewujudkan konsep 1 Malaysia.

        Memastikan Wawasan 2020 tercapai.

        Menghayati Rukun Negara.

        Mewujudkan rakan cop.

Page 16: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Menambah peluang pekerjaan

        Memperketatkan kawalan sempadan.

Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem demokrasi

berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah

        Memelihara perpaduan

        Mengekalkan keamanan

        Bersikap toleransi

        Bersedia menerima perubahan

        Saling memahami

        Bertanggungjawab

        Bersikap inovatif dan kreaktif.

        Patuh kepada undang-undang

        Menghormati pemimpin

        Semangat cintakan Negara

        Menghormati lambang Negara

Cara mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan Negara

        Menjaga nama baik Negara

        Mewujudkan kerjasama

        Sanggup berkorban demi kebaikan bersama

        Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat

        Bertolak ansur dalam politik

        Merealisasikan dasar – dasar kerajaan

        Menghayati sejarah perjuangan para pejuang Negara

        Menjayakan konsep 1 Malaysia

        Patuh kepada undang-undang

        Setia kepada pemimpin

        Menjaga kedaulatan negara

Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di Malaysia.

Page 17: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar

        Menghormati lambang-lambang kebesaran.

        Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan yang di Pertuan

Agong dan raja.

        Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja

        Mencari maklumat berkaitan melalui internet

        Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu

        Kembara Tengku Mahkota dilaksanakan.

CADANGAN KESIMPULAN

Pengetahuan:

        Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

        Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan,

dan badan kehakiman.

        Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.

Iktibar

        Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.

        Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

        Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara.

        Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa

Malaysia.

        Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.

Harapan  

        Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapat meletakkan

Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia.

Page 18: DEMOKRASI BERPARLIMEN

        Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran

negara.