7
Jenis kesalahan yang dikenakan hukuman penjara dan denda Kesalahan ta zir dan hukuman yang dikenakan tidak dijelaskan oleh syariah Islam dan ia terpulang kepada pemerintah, khususnya para hakim. Walaupun hakim mempunyai kebebasan dalam menjatuhkan hukuman namun semasa menjatuhkan hukuman, para hakim mestilah menggunakan budi bicara yang baik berdasarkan tujuan untuk mendidik pesalah daripada mengulang kesalahan yang sama dan menjamin kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Ini bermakna para hakim bebas mengenakan hukuman yang paling lembut atau paling keras, asalkan pada budi bicaranya ia lebih berkesan untuk mencapai matlamat tersebut Terdapat pelbagai bentuk hukuman takzir dalam syariat Islam. Sesetengah daripadanya mengenai tubuh badan seperti hukuman bunuh dan sebat dan terdapat juga dalam bentuk menyekat kebebasan seperti penjara dan buang daerah serta hukuman dalam bentuk harta seperti denda. Hukuman takzir yang seringkali digunakan pada masa kini ialah denda dan penjara. i) Perbahasan hukuman penjara/penahanan Penjara termasuk dalam bentuk hukuman yang menyekat kebebasan atau penahanan. Maksud penahanan di sini ialah menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu. Menurut Ibnu Qayyim al- Jauziyah, tahanan dalam istilah syarak bukanlah mengurung seseorang dalam tempat yang sempit tetapi melarangnya daripada melakukan sesuatu sama ada di rumah, masjid atau di mana-mana sahaja. Bentuk penahanan seperti inilah yang berlaku ketika zaman Rasulullah S.A.W. iaitu tiada tempat tertentu yang disediakan sebagai tempat tahanan. Namun selepas bilangan umat Islam smakin bertambah semasa zaman Saidina Umar, beliau telah membeli rumah Safuan bin Umayyah dan menjadikannya sebagai penjara. Percanggahan pendapat telah berlaku dalam kalangan para fuqaha sama ada hukuman seperti ini harus dilakukan atau tidak. Sebahagian ulamak menolak kerana Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar tidak pernah melakukannya manakala sebahagian lagi menerima.Golongan yang mengharuskan bentuk hukuman sebegini adalah berdasarkan beberapa hujah. Antaranya ialah Nabi Muhammad S.A.W pernah menjatuhkan hukuman tahanan malah baginda pernah menahan beberapa orang yang dituduh membunuh di Madinah. Baginda juga pernah menahan seorang lelaki selama satu jam pada siang hari dan kemudian membebaskannya. Begitu jugalah berdasarkan hadis baginda yang menceritakan sikap menunda-nunda pembayaran hutang sedangkan ia mampu boleh menyebabkan dia boleh diadukan dan dipenjarakan. ( Abu Bakar Jabir al-Jazairi,2000:708)

Denda Dan Penjara Menurut Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hukuman denda dan penjara di dalam islam mempunyai penilaiaanya yang tersendiri dan adakah ianya sama dengan pengamalannya di Malaysia??

Citation preview

Jenis kesalahan yang dikenakan hukuman penjara dan denda Kesalahan tazir dan hukuman yang dikenakan tidak dijelaskan oleh syariah Islam dan ia terpulang kepada pemerintah, khususnya para hakim. Walaupun hakim mempunyai kebebasan dalam menjatuhkan hukuman namun semasa menjatuhkan hukuman, para hakim mestilah menggunakan budi bicara yang baik berdasarkan tujuan untuk mendidik pesalah daripada mengulang kesalahan yang sama dan menjamin kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Ini bermakna para hakim bebas mengenakan hukuman yang paling lembut atau paling keras, asalkan pada budi bicaranya ia lebih berkesan untuk mencapai matlamat tersebutTerdapat pelbagai bentuk hukuman takzir dalam syariat Islam. Sesetengah daripadanya mengenai tubuh badan seperti hukuman bunuh dan sebat dan terdapat juga dalam bentuk menyekat kebebasan seperti penjara dan buang daerah serta hukuman dalam bentuk harta seperti denda. Hukuman takzir yang seringkali digunakan pada masa kini ialah denda dan penjara.i) Perbahasan hukuman penjara/penahananPenjara termasuk dalam bentuk hukuman yang menyekat kebebasan atau penahanan. Maksud penahanan di sini ialah menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu. Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, tahanan dalam istilah syarak bukanlah mengurung seseorang dalam tempat yang sempit tetapi melarangnya daripada melakukan sesuatu sama ada di rumah, masjid atau di mana-mana sahaja. Bentuk penahanan seperti inilah yang berlaku ketika zaman Rasulullah S.A.W. iaitu tiada tempat tertentu yang disediakan sebagai tempat tahanan. Namun selepas bilangan umat Islam smakin bertambah semasa zaman Saidina Umar, beliau telah membeli rumah Safuan bin Umayyah dan menjadikannya sebagai penjara. Percanggahan pendapat telah berlaku dalam kalangan para fuqaha sama ada hukuman seperti ini harus dilakukan atau tidak. Sebahagian ulamak menolak kerana Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar tidak pernah melakukannya manakala sebahagian lagi menerima.Golongan yang mengharuskan bentuk hukuman sebegini adalah berdasarkan beberapa hujah. Antaranya ialah Nabi Muhammad S.A.W pernah menjatuhkan hukuman tahanan malah baginda pernah menahan beberapa orang yang dituduh membunuh di Madinah. Baginda juga pernah menahan seorang lelaki selama satu jam pada siang hari dan kemudian membebaskannya. Begitu jugalah berdasarkan hadis baginda yang menceritakan sikap menunda-nunda pembayaran hutang sedangkan ia mampu boleh menyebabkan dia boleh diadukan dan dipenjarakan. ( Abu Bakar Jabir al-Jazairi,2000:708)Hujah yang seterusnya adalah berdasarkan perbuatan para sahabat seperti Saidina Umar yang memiliki sebuah penjara dan pernah menahan Hatibah kerana mencerca orang lain. Beliau juga pernah menahan seorang lelaki yang bernama Sabigh kerana persoalannya terhadap surah az-Zariat, al-Mursalat dan an-Naziat.(Muhammad RawwasQas Akji,1999:582).Saidina Uthman juga pernah menghukum penjara Dhabi b.al- Harith yang merupakan seorang pencuri daripada Bani Tamim sehingga mati.Saidina Ali Bin Abi Thalib juga memiliki sebuah penjara di Kufah dan Abdullah bin Zubair juga mempunyai penjara di Mekah. Golongan ini juga berhujah berdasarkan dalil maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).Berdasarkan ayat tersebut, mereka berpendapat hukuman penjara atau tahanan adalah harus hukumnya. (Md Akhir Hj Yaakob,1996:262).Ulamak Hanafiyah pula menlandaskan pensyariatan penjara pada ayat 33 Surah al-Maidah:Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.(Al-Maidah Ayat: 33)Mereka menyatakan bahawa maksud dibuang dalam ayat ini adalah membawa erti memenjarakan.Ijmak para fuqaha telah sepakat bahawa hukuman penahanan atau penjara boleh dijadikan sebagai salah satu daripada hukuman takzir.

ii) Jenis-jenis penahananDalam syariat Islam, terdapat dua jenis penahanan iaitu penahanan terhad dan penahanan tidak terhadPenahanan terhad ini dikenakan atas kesalahan-kesalahan takzir dan penjenayah-penjenayah yang biasa. Tempoh masa yang paling singkat bagi hukuman penahanan jenis ini ialah selama satu hari. Jika penjara sehari semalam sudah cukup untuk menyedarkan seseorang maka pemerintah tidak boleh memenjarakannya lebih daripada tempoh tersebut. Tempoh masa paling lama pula menurut sebahagian ulamak ialah tidak lebih daripada enam bulan dan ada juga yang berpendapat tidak lebih daripada satu tahun. Selain itu terdapat juga ulamak yang berpendapat bahawa tempoh penahanan adalah terpulang kepada pihak pemerintah untuk menentukannya.Penahanan tidak terhad pula, para fuqaha sepakat bahawa hukuman penahanan sebegini dikenakan kepada penjenayah-penjenayah yang berbahaya dan melakukan jenayah berat. Mereka ini dianggap tidak memadai dengan hanya dikenakan hukuman yang biasa dan mengikut pandangan pihak hakim, tidak boleh dipulihkan akhlak mereka dengan mengenakan hukuman biasa. Penjenayah-penjenayah tersebut hendaklah ditahan sehingga mereka bertaubat. Tempoh penahanannya tidak ditentukan kerana ia tidak mempunyai tempoh yang ditetapkan. Ia boleh menjadi penahanan sehingga mati atau penjenayah benar-benar bertaubat. ( Md Akhir Hj Yaakob,1999: 264)iii) Faktor-faktor penahanan/penjaraMenurut al-Qarafi al-Maliki hukuman penjara atau penahanan boleh berlaku disebabkan lapan keadaan atau faktor. ( Wahbah Zuhaili,2011:530)Antaranya ialah penjenayah boleh dipenjarakan sekiranya penjenayah tiada harta benda untuk membayar denda jenayah yang dilakukan atau menahan penjenayah yang masih belum pasti kedudukan kewangannya agar dapat dilakukan siasatan kedudukan kewangannya yang sebenar. Jika sudah didapati dan diyakini hasil siasatan pembuktian tersebut maka keputusan akan dibuat berdasarkan hasil pembuktian itu.Hukuman penjara juga boleh dikenakan kepada hamba yang melarikan diri daripada tuannya selama setahun penahanan dengan tujuan memelihara harta benda tuannya agar tuannya dapat datang menuntut kembali harta tersebut kelak. Orang yang tidak mahu mempertahankan orang yang berlindung di bawahnya dan individu-individu yang bermasalah juga boleh dikenakan hukuman penjara oleh pihak pemerintah. Memenjarakan orang yang melakukan jenayah sebagai tazir agar dapat mencegahnya daripada melakukan maksiat atau mengulangi maksiat tersebut terhadap Allah S.W.T. Penjara juga boleh dikenakan kepada orang yang tidak mahu melaksanakan tanggungjawab atau tidak bersedia untuk melakukan pentasharufan ke atas perkara-perkara yang wajib dilakukan pentasharufan dan ianya melibatkan hak-hak hamba seperti memenjarakan seseorang yang memeluk Islam dengan mempunyai 10 orang isteri atau memperisterikan dua saudaranya pada satu masa yang sama, namun ia tidak mahu memilih salah satu daripadanya. Selain itu, orang yang membuat pengakuan bahawa barang itu tidak ada padanya, walhal barang itu ada padanya. Maka ia dipenjarakan sehingga ia mengaku. Penjarakan orang yang tidak mahu menunaikan hak Allah atau enggan melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T. dan perlaksanaan tersebut tidak boleh diwakilkan seperti tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Menurut ulamak Syafiiyah, golongan yang tidak mahu melaksanakan puasa yang wajib hukumnya iaitu puasa di bulan Ramadhan maka golongan tersebut mestilah dipenjarakan tetapi menurut ulamak Malikiyah, golongan tersebut dihukum bunuh sama seperti golongan yang enggan menunaikan solat.Menurut al-Qarafi lagi, penjara dan penahanan tidak boleh dilaksanakan selain daripada faktor-faktor tersebut. Hukuman penjara juga tidak boleh dilaksanakan apabila ia berkait dengan perkara yang melibatkan suatu hak dan hakim mempunyai pilihan lain untuk memastikan hak itu terlaksana. Oleh kerana itu, seseorang yang berhutang yang tidak membayar hutangnya walaupun sudah diketahui dia memiliki harta dan kekayaan, maka hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya. Tindakan yang sewajarnya yang dilaksanakan ialah hakim mengambil harta pihak yang berhutang tersebut mengikut jumlah yang dihutanginya dan menyerahkan kepada pemiutang. Begitu jugalah jika pihak yang berhutang memiliki sesuatu yang boleh dijual walaupun ianya merupakan barang gadaian. Maka pihak pemerintah boleh menggunakannya untuk melunaskan hutang tersebut dan tidak boleh mengenakan hukuman penjara tetrhadap pihak yang berhutang itu. Hal ini kerana, hukuman penjara hanya akan terus membiarkan dirinya berada dalam kezaliman dan kemungkaran akan terus berleluasa.Hukuman takzir dengan harta (denda)Diriwayatkan daripada Abu Yusuf bahawa seseorang pemerintah boleh menghukum takzir dengan mengenakan denda atau mengambil harta orang yang dihukum. Abu Daud meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W tentang seseorang yang mencuri buah yang masih di pokoknya sebelum diletakkan di dalam bekasnya dan dia telah dikenakan hukuman sebat dan didenda dua kali ganda dari hasil curiannya. Begitu jugalah keputusan hukuman Umar Ibnu Khattab berkaitan masalah dhaallah iaitu binatang ternakan yang hilang dari pemilikan dan disembunyikan akan dikenakan denda dua kali ganda. Sekelompok ulamak dan Imam Ahmad berpendapat bahawa dalam kes unta milik seorang badawi yang diambil oleh hamba yang sedang kelaparan, Saidina Umar melipatkali gandakan denda kepada pemilik hamba bagi mengelakkan hukuman potong tangan. ( Wahbah Zuhaili,2011:540)

i) Perbahasan hukuman dendaPara fuqaha walaubagaimanapun tidak sependapat dalam menetukan sama ada denda boleh dikenakan terhadap semua bentuk kesalahan takzir atau tidak. Dalam mazhab Hanafi, hukuman dalam bentuk denda hukumnya adalah tidak harus. Imam Abu Hanifah dan Muhammad tidak mengharuskannya. Walaubagaimanapun Abu Yusuf berpendapat harus takzir dengan denda jika perlu. Dalam mazhab Syafii dan Maliki pula, pada dasarnya harus dijadikan denda sebagai hukuman tetapi wujud perselisihan dalam bentuk hukuman yang manakah lebih baik. Menurut mazhab Hanbali pula, hukuman denda adalah harus dalam sesetengah keadaan dan tidak harus dalam sesetengah keadaan yang lain. Hujah mereka yang tidak menerima hukuman denda sebagai salah satu bentuk hukuman takzir kerana hukuman denda dibenarkan pada awal Islam namun ianya kemudian dimansukhkan kerana hukuman denda dapat membawa kepada berlakunya kezaliman dari pihak pemerintahan dengan mengambil harta orang ramai secara batil. Hukuman denda yang melibatkan harta orang lain ini telah dimansukhkan oleh hadis Rasulullah S.A.W iaitu dalam harta seseorang tidak ada hak orang lain melainkan zakat(HR Ibnu Majah). (Abdul Azis Dahlan,1997:1774). Mereka juga menggunakan dalil surah al-Baqarah iaitu larangan Allah terhadap manusia agar tidak memakan harta orang lain secara batil. Menurut mereka lagi, campur tangan hakim daam soal harta seseorang seperti mengenakan denda kepada pesalah termasuk dalam larangan Allah dalam ayat tersebut kerana dasar hukuman denda itu tidak wujud. Namun begitu, Ibn Taimiyah dan Ibn al-Qayyim telah menolak pendapat tersebut yang menyatakan bahawa hukuman denda dimansukhkan. Hujah mereka ialah berdasarkan beberapa kes yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dan Khulafa al-Rasyidin yang mengenakan hukuman denda dan ianya menjadi bukti yang kukuh bahawa hukuman denda tidak pernah dimansukhkan. Menurut mereka lagi tiada sebarang nas yang kukuh yang menunjukkan pengharaman hukuman denda.ii) Jenis denda mengikut kepastian kadarnya. Hukuman denda atau hukuman yang melibatkan harta benda menurut pandangan Ibnu Qayyim terdapat dua kategori iaitu hukuman denda yang madbuth (sudah pasti kadar ukurannya ) dan ghairu madbuth (tidak pasti kadar ukurannya).Hukuman denda yang madhbuth iaitu denda yang sudah pasti kadarnya ialah denda yang sebanding dengan sesuatu yang telah dirosakkannya. Kadang-kadang ianya berkait dengan hak Allah seperti membunuh binatang bruan semasa dalam ihram atau berkait dengan hak hamba seperti merosakkan harta milik seseorang. Allah S.W.T telah menetapkan bahawa denda berburu bunatang buruan semasa ihram adalah termasuk dalam cakupan hukuman berdasarkan dalil al-Quran iaitu:Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan, ketika kamu sedang ihram. Barangsiapa di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak seimbang dengan buruan yang dibunuhnyaBegitu jugalah dengan memberi denda atau hukuman yang bertentangan dengan tujuan utama sesuatu jenayah itu dilakukan seperti menghukum seorang anak yang membunuh ayahnya untuk mewarisi hartanya dengan membatalkan haknya untuk mendapatkan harta itu.Manakala penentuan denda ghairu madhbuth iaitu denda yang tidak pasti lagi kadar dendanya akan diserahkan kepada pihak pemerintah dan ijtihad para hakim. Keputusan yang dibuat mestilah berdasarkan kemaslahatan umum. Oleh itu, syariat tidak memberi penjelasan, perintah secara umum atau menetapkan kadar ukurannya.Dalam hal ini para fuqaha berbeza-beza pendapat sama ada hukuman denda sebegini dinasakhkan atau masih berlaku. Keputusan hukumannya haruslah disesuaikan dengan kemaslahatan umum dan bergantung kepada kebijaksanaan serta ijtihad pihak pemerintah. Hal ini kerana tiada dalil yang menunjukkan penasakhan bentuk hukuman ini malah para sahabat mempraktikkannya.Bentuk-bentuk hukuman tidak terbatas kepada denda dan penjara sahaja.Bahkan terdapat pelbagai jenis atau bentuk hukuman yang boleh ditetapkan oleh pihak pemerintah bagi membenteras jenayah dan memberi pengajaran kepada pesalah. Namun hukuman tersebut mestilah diasaskan untuk kepentingan umum kerana tujuan utama perlaksanaan hukuman dalam syariat Islam adalah sebagai pencegahan dan pengajaran.

RUJUKANAbu Bakar Jabir al-Jazairi.2000.Ensiklopedia Minhajul Muslim. Jakarta.Darul Falah Muhammad RawwasQas Akji.1999. Fiqh Umar al-Khattab.Jakarta.pt Raja Grafinda Md Akhir Hj Yaakob.1996.Undang-Undang Sivil Islam.Selanggor.Dewan Pustaka IslamAbdul Azis Dahlan.1997.Ensiklopedia Hukum Islam.Jakarta.pt IntermasaWahbah Zuhaili.2011. Fiqh Islam wa Adillatuhu. Jakarta. Darul Fikir