Destar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahan bantu mengajar

Citation preview

DestarPada suatu hari, Sultan Salim ingin bertemu dengan semua pemuda kampung yang gagah dan berani.Ketua kampung bimbang Sultan Salim akan murka kerana kebanyakan pemuda di kampung itu berambut panjang. Setelah berfikir, ketua kampung memberikan sehelai kain kepada setiap pemuda. Kain itu diikat dengan kemas untuk menutup kepala mereka. Kain itu diberikan nama destar.Sultan Salim berasa amat kagum apabila melihat penutup kepala itu. Baginda menitahkan ketua kampung membuat destar untuk baginda.Selang seminggu, ketua kampung membawa destar yang dibuat daripada kain yang cantik dan kemas buatannya. Sultan Salim amat gembira lalu memakainya.Sejak itu, baginda memakai destar apabila menghadiri upacara rasmi.