Upload
others
View
22
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
TAHNIAH kepada kontinjen Pusat
Khidmat Maklumat Akademik
(PKMA) yang telah menunjukkan
prestasi yang sangat membanggakan dalam
Kejohananan Olahraga UNIMAS 2013. Kali
ini kontinjen PKMA yang telah menggelarkan
pasukan mereka sebagai CAIS STYLE telah
merangkul 9 pingat iaitu 1 emas, 2 perak dan
6 gangsa untuk mengharumkan nama Pusat
di dalam kejohanan kali ini.
PKMA telah menyenaraikan atlit-atlit yang
menunjukkan semangat kesukanan dan
Pada 10 Julai 2013 dijangka kita akan menyambut 1 Ramadhan 1434, seperti lazimnya apakah persediaan kita untuk menyambut bulan yang
mulia ini.
Apakah yang sedang bermain-main dalam fikiran anda ketika ini? Adakah Malam LailatulQadar, Tadarus Al-Quran, program-program kebajikan, ceramah, tazkirah, Ramadhan, banyakkan bersedekah, Jika itu yang sedang difikirkan anda, Alhamdulillah, moga anda mencapainya.
Sekiranya anda memikirkan bubur pedas, kuih-muih, lauk-pauk yang hendak dibeli untuk berbuka puasa nanti, ternyata anda sudah membuang masa kerana itu bukanlah perkara yang paling penting untuk bulan Ramadhan nanti. Berhati-hati, kerana setiap hari kita makan.
Ramadhan dinanti mestilah dijadikan “Pesta Ibadah”, dalam konteks seronok untuk beribadah dan meneruskan ibadah di bulan lain. Bulan Ramadan ini bulan untuk tarbiahkan dan melatih diri kita agar menjadi insan yang lebih baik. Kita diberi tempoh sebulan untuk melakukan ibadah semaksimum mungkin agar diri kita lebih dekat dengan Allah yang Maha Pencipta. Oleh itu janganlah kita sempitkan konsep ibadah dengan solat dan baca Al-Quran sahaja tetapi jika kita berkerja dengan jujur dan ikhlas, itu
Tahniah kepada mereka yang membawa pulang pingat dan syabas kepada semua atlit
PKMA yang menunjukkan semangat juang yang tinggi. Kepada Semua Warga CAIS kita
gegarkan Stadium UNIMAS 2014 nanti....
No Atlit Acara Pingat
1 Lucile Laja Ak Andom 200m, 100m Emas & Perak
2 Hud Hj. Baiee 400m & 1500m Gangsa & Gangsa
3 Abdul Rahman Hussain Merejam Lembing Perak
4 Yakub Abd Rahim Lempar Cakera Gangsa
5 Noorazerin Alladen Merejam Lembing Gangsa
6 Hikam Anis Melontar Peluru Gangsa
7 Siti Norfazidah Man Melempar Careka Gangsa
juang yang tinggi untuk
menyertai kejohanan ini.
Antara yang mewakili PKMA
adalah Japar Bin Kalok, Lucile
Laja Ak Andom, Angeline Bisa,
Hud Bin Hj Baiee, Masjiah,
Nurul Hartini Bt Minhad, Romi
Mohd Tuah, Roseline Bt Rizan, Yakub Abd
Rahim, Mohd Hardi Bin Mohd Nasir, Zaiden
Bin Sanyut, Abd Rahman Bin Mohd Hussain,
Noorazerin Alladen, Zaidon Bin Safie, Hikam
Bin Anis, Siti Norfazidah Bt Man dan Redzuan
Bin Dan.
Keputusan Kejohanan Olahraga Sukan Staf UNIMAS 2013
PKMA TERUS UNGGUL di Kejohanan Olahraga Sukan
Staf UNIMAS 2013
RamadhanPesta Ibadah, Bukan Pesta Juadah
juga dikira ibadah. Jika kita hadiri majlis ilmu, berkongsi ilmu dengan rakan dengan ikhlas kerana Allah, itu juga ibadah. Kelebihan juga kepada anda yang bekerja di perpustakaan, gedung ilmu membantu pencarian maklumat untuk keperluan pengguna juga satu ibadah. Maka, peluang untuk kita melakukan ibadah sangat terbuka luas. Jadi, kita kena rebutkan peluang ini. Amatlah rugi bagi mereka yang tidak hiraukan akan kelebihan ini.
Ramadhan bukanlah “Pesta Juadah”, cuba elakkan daripada terlalu memikirkan apa yang hendak dimasak dan dibeli ketika bersahur dan berbuka. Singkap kembali sirah Rasulullah SAW, buah tamar dan air sudah cukup untuk menjadi hidangan berbuka puasa . Perkara yang sangat perlu dielakkan oleh kita ialah pembaziran kerana itu disukai syaitan. Perbuatan itu boleh terjadi apabila kita terlalu mengidamkan untuk beli itu dan ini sehinggalah kita membeli makanan mengikut hawa nafsu sedangkan saudara kita di Palestin,Syria, Mesir, Afrika yang dalam kesusahan dan kebuluran. Menahan lapar dibulan puasa itu memberikan kita merasai derita mereka yang kelaparan akibat kedaifan, perangan atau bencana alam. Di akhiri dengan sebuah hadis dari An-Nasa’i dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah - “Berapa banyak orang yang melakukan puasa (sedang) bahagiannya dari puasanya itu hanyalah lapar dan dahaga.” Renung-renung kan dan Selamat Beramal
Tn Hj Valentino Abu Bakar.
Oleh: Zaiden Sanyut & Japar Kalok
19
18