19
1 A

Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

  • Upload
    others

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

1

A

Page 2: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

2 t

Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami jalankan adalah berlandaskan ciri-ciri yang dikehendaki dengan mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan. Tatakelakuan kami menerangkan bagaimana cara untuk menerapkan Nilai-nilai dengan menggariskan prinsip–prinsip utama Syarikat tentang bagaimana kami menjalankan perniagaan yang berhemah – iaitu, kami menjalankan operasi dengan penuh berintegriti dan juga dengan menghormati pihak-pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada rakan-rakan perniagaan, pemegang saham dan para pekerja. Saya memohon kerjasama anda untuk membaca dan memahami Tatakelakuan ini sebagai panduan di tempat kerja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila ajukan soalan kepada kami untuk penjelasan yang selanjutnya. Reputasi Syarikat ini adalah berdasarkan kepada tingkahlaku setiap pekerja. Oleh itu, ianya amat penting untuk para pekerja mengamalkan prinsip-prinsip di dalam Tatakelakuan ini dan bersatu demi menjaga nama baik Syarikat. Terima Kasih kerana meluangkan masa membaca Peraturan di dalam Tatakelakuan ini. Seperti biasa, saya amat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada anda. Yang ikhlas, Khoo Ai Lin

Page 3: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

3

Page 4: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

2

MENGHORMATI Antara Satu Sama Lain di Tempat Kerja

Kami percaya bahawa kejayaan hanya boleh diraih jika kita menghormati setiap individu. Hormat-menghormati antara kita, kecemerlangan individu, kerja berpasukan serta amanah di tempat kerja merupakan hala tuju untuk kecemerlangan.

Layanilah orang lain dengan cara yang anda mahu dilayani. Menghormati Antara Satu Sama Lain Di Tempat Kerja Kami percaya bahawa kejayaan hanya boleh diraih jika kita menghormati setiap individu. Hormat-menghormati antara kita, kecemerlangan individu, kerja berpasukan serta amanah di tempat kerja merupakan hala tuju untuk kecemerlangan. Hasrat kami ialah untuk mewujudkan dan mengekalkan kepelbagaian tenaga kerja kerana ini akan membuahkan kejayaan di masa hadapan. Kita semua memainkan peranan dalam mempromosikan kepelbagaian dan penyertaan apabila kita: • Menghormati perbezaan bakat, kebolehan dan pengalaman masing-masing • Menghargai input orang lain • Memupuk suasana kepercayaan orang lain Secara ringkasnya - Kami tidak megamalkan diskriminasi Anti Gangguan Di Tune Protect, kami menyediakan tempat kerja yang bebas dari gangguan didalam apa jua bentuk dan kelakuan yang tidak menyenangkan termasuklah tidak menghormati antara satu sama lain. Syarikat kami mematuhi undang-undang negara yang melarang keras gangguan di tempat kerja. Gangguan-gangguan termasuk ucapan lisan yang tidak diundang, gangguan secara visual, fizikal dan apa-apa kelakuan yang lain dalam apa jua bentuk yang boleh mewujudkan ancaman, keganasan atau bermusuhan di tempat kerja. Walaupun definisi undang-undang gangguan mungkin berbeza mengikut lokasi masing-masing, kami mengambil kira senarai tingkah laku yang tidak boleh diterima seperti berikut:

Page 5: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

3

• Gangguan seksual • Bahasa yang agresif atau jenaka yang tidak bertempat • Penghinaan kaum, etnik, jantina atau agama • Komen-komen yang menghina • Kelakuan yang menakutkan atau mengancam keselamatan individu lain • Bermusuhan terhadap orang lain kerana kelakuan individu • Berkelakuan yang sukar dikawal, tingkah laku yang tidak senonoh atau

melakukan gangguan di tempat kerja; termasuklah bergaduh dan / atau penyalahgunaan fizikal yang lain

Anda tidak boleh melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu atau menyebabkan rakan kerja anda berasa tidak selesa ketika di tempat kerja. Anda juga perlu ingat bahawa tidak kira apa jua gangguan yang anda lakukan terhadap rakan kerja sama ada berbentuk seksual atau sebaliknya dan walaupun tanpa niat ianya boleh memberikan implikasi kepada anda. Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan seksual? Gangguan seksual terdiri daripada gangguan lisan, visual atau fizikal dimana ianya bersifat seksual yang tidak diingini atau membuat seseorang berasa tidak selesa. Kelakuan-kelakuan tertentu yang boleh menjadi gangguan seksual adalah tidak terhad kepada yang berikut: • Perlakuan seksual yang tidak diingini • Pujukan atau paksaan untuk melakukan perbuatan seksual • Sindiran/pernyataan, cadangan atau perilaku seksual • Penyalahgunaan bahasa yang berunsur seksual • Komen grafik mengenai bentuk badan individu • Merenung, bersiul, menyentuh, mencubit, menyerang, paksaan atau cadangan

untuk melakukan perbuatan seksual, isyarat tidak senonoh, menghina atau komen lucah

• Memapar objek atau gambar yang tidak senonoh di tempat kerja (termasuk melalui mel elektronik atau memuat turun bahan-bahan tersebut dari internet)

Jika anda menjadi subjek diskriminasi atau gangguan, atau mengetahui perihal orang lain yang juga menjadi subjek diskriminasi atau gangguan, sila bersuara dan laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Aduan boleh dibuat dengan memaklumkan kepada pengurus anda/Ketua Bahagian atau Bahagian "People and Culture" yang terdekat. Anti Diskriminasi Kami percaya tentang peluang kesamarataan di tempat kerja; kami mesti sentiasa bersikap adil dan memberi peluang kepada individu yang berkelayakan untuk maju di dalam Syarikat kami. Ini bermakna, para pekerja perlu berkelakuan dengan hormat dan tidak mengamalkan diskriminasi atau melayan pekerja atau pemohon kerja dengan tidak adil. Ini terpakai dalam semua perkara termasuk merekrut, melantik, melatih, mempromosi, memberi pampasan atau mana-mana terma dan syarat pekerjaan. Keputusan mengenai pekerja dan pemohon mesti sentiasa berdasarkan merit, kelayakan dan prestasi yang berkaitan dengan kerja tanpa merujuk kepada ciri-ciri bukan berkaitan dengan kerja seperti:

Page 6: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

4

• Bangsa, warna kulit, etnik atau negara asal • Jantina • Orientasi seksual • Umur • Agama • Hilang upaya • Hubungan keluarga/peribadi

Anti Keganasan Kami mengharapkan semua orang dilayan dengan penuh hormat. Pergaduhan atau apa-apa perlakuan bahaya yang lain tidak dibenarkan sama sekali. Perlakuan seperti mengancam, mengugut atau perlakuan yang memaksa pekerja lain atauvendor pelanggan atau rakan perniagaan adalah dilarang sama sekali. Ancaman tidak langsung atau keganasan secara langsung dan juga individu yang mencurigakan hendaklah dilaporkan kepada Ketua Bahagian anda atau Bahagian "People and Culture" dengan serta-merta dan laporan anda haruslah khusus dan terperinci sebaik yang mungkin. Anda tidak perlu meletakkan diri anda dalam bahaya dengan memberi pertolongan semasa kejadian berlaku kerana ianya akan memudaratkan keadaan yang sedia ada.

Kesihatan dan Keselamatan Hasrat kami ialah untuk mengekalkan kualiti, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan mempunyai sistem yang bebas dari sebarang bahaya atau risiko. Kami menggalakkan anda untuk mematuhi syarat-syarat keselamatan dan memaklumkan kepada Bahagian "People and Culture" dengan serta-merta jika anda menghadapi situasi atau proses yang tidak selamat. Penyalahgunaan dadah dan alkohol akan memberikan kesan yang ketara kepada matlamat kami untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan para pekerja kami. Kami berdedikasi untuk memastikan bahawa persekitaran kerja para pekerja kami adalah bebas dari bahan-bahan yang merbahaya. Para pekerja dilarang tegas didalam penggunaan, pemilikan, penjualan, pengangkutan, pengedaran atau pembuatan dadah, arak atau bahan terkawal dalam apa-apa jumlah atau cara. Syak wasangka yang rasional terhadap perlakuan seseorang pekerja mungkin berdasarkan dengan tanda-tanda yang tidak berat sebelah seperti penampilan, tingkahlaku atau percakapan pekerja. Pengurus dibenarkan untuk menjalankan pemeriksaan dadah dan alkohol jika terdapat syak wasangka terhadap seseorang pekerja mengenai penggunaan dadah atau alkohol dimana ianya boleh menjejaskan prestasi kerja beliau atau prestasi kerja para pekerja lain atau menjejaskan keselamatan diri dan juga orang lain di tempat kerja.

Page 7: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

5

Page 8: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

6

Menghormati rakan perniagaan

Kami perlu membuat keputusan perniagaan yang berhemah dan mengelakkan daripada konflik kepentingan dalam menjalankan perniagaan kami setiap hari. Kami memberi tumpuan dalam menjalankan perniagaan dengan cara yang betul dan nilai komitmen integriti kami meliputi semua hubungan perniagaan kami.

Konflik Kepentingan Konflik kepentingan kami adalah mudah - semua keputusan perniagaan haruslah dibuat dengan yang terbaik demi kepentingan Syarikat. Dalam mencapai keputusan ini, pekerja tidak harus dipengaruhi oleh seseorang ataupun ahli keluarga yang secara langsung atau tidak langsung yang boleh menjejaskan keputusan untuk Syarikat. Konflik kepentingan mungkin akan timbul apabila seseorang pekerja atau ahli keluarga: • Mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan dalam mana

mana pesaing, pembekal, ejen, kontraktor, sub-kontraktor, pelanggan, seseorang atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya

• Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah, pemegang saham dalam sebuah syarikat sendirian berhad, pegawai, rakan kongsi, perunding, pekerja, pengedar, ejen, atau sebagainya untuk pesaing, pembekal, ejen, kontraktor, sub-kontraktor, pelanggan, orang atau organisasi menjalankan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya

• Terlibat dalam aktiviti yang bersaing dengan, atau kelihatan bersaing dengan kepentingan Syarikat

• Membolehkan keputusan perniagaan dipengaruhi, atau kelihatan dipengaruhi, oleh kepentingan peribadi atau keluarga atau persahabatan

• Terlibat dalam sebarang aktiviti bukan Syarikat semasa waktu kerja rasmi, melainkan jika kebenaran telah diperoleh terlebih dahulu

• Menggunakan harta syarikat, maklumat atau sumber untuk kepentingan peribadi • Mempunyai pekerjaan luar yang memberi kesan negatif terhadap prestasi kerja

atau yang boleh mengganggu tugas • Menggaji, menyelia atau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mereka

secara langsung atau tidak langsung dengan ahli keluarga atau dengan seseorang yang mempunyai hubungan yang intim

Page 9: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

7

• Menerima manfaat peribadi secara langsung atau tidak langsung daripada pesaing, pembekal, kontraktor, pelanggan, individu atau organisasi yang menjalankan perniagaan atau mungkin akan menjalankan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya. Hadiah, perjalanan, hiburan atau lain-lain bentuk 'terima kasih' yang melebihi nilai nominal adalah disifatkan sebagai suatu 'kepentingan peribadi'. Perenggan ini tidak termasuk pinjaman daripada syarikat-syarikat insurans, bank-bank komersial dan simpanan yang memberikan kadar faedah yang normal

Semua konflik kepentingan mesti didedahkan kepada Syarikat. Mempunyai konflik kepentingan tidak semestinya melanggar kod tetapi kegagalan mendedahkan sesuatu konflik kepentingan adalah menjadi satu kesalahan. Para pekerja boleh mendedahkan konflik kepentingan yang sebenar atau konflik yang berpotensi melalui cara-cara berikut:

• Berhubung dengan Ketua Bahagian anda atau Bahagian "People and Culture" mengenai tatacara dan process pendedahan dan memastikan pematuhannya

• Jika anda tertakluk kepada latihan tahunan Tatakelakuan kami, anda perlu membuat pendedahan sebagai sebahagian daripada proses konflik kepentingan. Anda perlu terus membuat pendedahan setiap tahun selagi konflik itu wujud

Anti Rasuah dan Pencegahan Rasuah Rasuah merupakan penawaran, perjanjian, pemberian atau penerimaan apa-apa jua nilai (sama ada berbentuk wang tunai atau barangan) kepada atau oleh orang lain untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau manfaat lain dengan cara yang sah dan wajar. Mengamalkan rasuah bermakna penyalahgunaan kedudukan kuasa untuk mendapatkan atau percubaan untuk mendapatkan manfaat atau kelebihan peribadi (termasuk sogokan). Rasuah dan / atau mengamalkan rasuah dengan pelanggan, pembekal, ejen, kontraktor, sub-kontraktor, pesaing, pegawai kerajaan, wakil-wakil pihak kerajaan atau mana-mana pihak ketiga yang lain adalah dilarang sama sekali. Tune Protect mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap rasuah dan akan membenteras mana-mana rasuah yang disyaki dengan serius. Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat, sehingga termasuk penamatan pekerjaan atau kontrak, dan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai jenayah berkaitan. Syarikat akan menyokong pihak berkuasa dalam apa-apa pendakwaan yang dijatuhkan terhadap individu yang terlibat. Asas-asas yang DIBOLEHKAN dan DILARANG termasuk: • DILARANG secara langsung atau secara tidak langsung (contohnya melalui

pembekal, ejen, pengedar, perunding, kontraktor atau orang lain) menawarkan atau memberi rasuah atau kelebihan yang tidak wajar (termasuk bayaran kemudahan) kepada mana-mana pegawai awam atau individu atau pihak ketiga, yang, atau memberi gambaran bahawa mereka, yang berhasrat untuk mempengaruhi mana-mana keputusan yang dibuat mengenai Tune Protect

Page 10: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

8

• DILARANG meminta atau menerima rasuah atau kelebihan yang tidak wajar daripada mana-mana pihak ketiga, yang boleh, atau memberi gambaran bahawa mereka berhasrat untuk mempengaruhi keputusan oleh Tune Protect tentang pihak ketiga.

• DIBOLEHKAN untuk segera melaporkan sekiranya terdapat perlanggaran polisi

kepada Bahagian Compliance tempatan atau Bahagian Compliance Kumpulan. • DIBOLEHKAN untuk mendapatkan terlebih dahulu, kebenaran bertulis daripada

Jabatan Pematuhan jika anda ingin memberikan sesuatu sebagai tanda ingatan atau hadiah promosi yang nilainya signifikan (biasanya jika lebih daripada RM300 - ianya merujuk sebagai Hadiah Perniagaan dan Hiburan) kepada mana-mana rakan kongsi perniagaan anda walaupun hadiah tersebut sudah menjadi kelaziman atau berkait dengan percutian yang telah menjadi tradisi. Hadiah biasanya hendaklah diletakkan logo Syarikat. Hadiah yang kurang daripada RM300 perlu dilaporkan kepada Bahagian Compliance tempatan atau Bahagian Compliance Kumpulan

• DIBOLEHKAN untuk terus memantau perunding Syarikat, ejen, kontraktor, rakan

kongsi perniagaan, atau apa-apa jenis perantara pihak ketiga yang bertindak untuk kepentingan Syarikat untuk "red flag" yang menunjukkan potensi untuk pelanggaran Polisi. Jika anda percaya "red flag" wujud, sila maklumkan kepada mana-mana individu yang dinyatakan di atas.

Rasuah dan aktiviti rasuah adalah bukan hanya melanggar Tatakelakuan tetapi juga boleh menjadi suatu pelanggaran yang serius dari segi undang-undang jenayah dan sivil anti rasuah di pelbagai negara, oleh yang demikian, kami bertoleransi sifar terhadap rasuah. Pencegahan Pengubahan Wang Haram Untuk melindungi reputasi Syarikat dan juga mengelakkan liabiliti jenayah, adalah amat penting untuk Syarikat mengelak daripada sebarang pembabitan secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan jenayah. Kita perlu memastikan untuk tidak menerima atau membantu memindahkan wang dari hasil kegiatan jenayah kerana ini boleh menyebabkan penglibatan Syarikat sebagai rakan kongsi dalam aktiviti pengubahan wang haram. Pekerja perlu melaporkan sebarang aktiviti pengubahan wang haram yang disyaki kepada unit yang bertanggungjawab. Tanda-tanda aktiviti pengubahan wang haram adalah termasuk: Permintaan pembekal untuk: • Pembayaran berlebihan • Mengagihkan pembayaran ke dalam beberapa akaun bank pembekal • Membayar dana ke dalam akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza

Page 11: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

9

Pembayaran pelanggan kepada Tune Protect: • Dibayar oleh orang lain • Dibayar daripada pelbagai akaun bank • Dibayar daripada sebuah bank asing (dari luar negara) walaupun ia adalah

pelanggan tempatan • Bayaran dibuat secara tunai apabila kebiasaannya dibuat secara elektronik atau

melalui cek

Hadiah Perniagaan dan Hiburan Anda dilarang menawarkan atau menerima sebarang hadiah (sama ada wang tunai, barangan atau melalui perkhidmatan) yang akan mempengaruhi keputusan perniagaan. Kami mengakui bahawa penghargaan kepada pelanggan-pelanggan, ejen dan rakan perniagaan adalah penting dalam membina hubungan yang erat. Oleh yang demikian, penghargaan dari segi hadiah boleh diterima atau diberi secara munasabah seperti dalam keadaan pelancaran produk, kempen dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kerana amalan memberi dan menerima hadiah boleh menjadi tertakluk kepada tafsiran yang luas, amalan ini perlu dipertimbangkan dengan bijaksana. Pemberian hadiah harus dipraktikkan dalam lingkungan garis panduan yang berikut: • Hadiah yang diberi kepada pelanggan atau diterima tidak boleh dalam bentuk

wang tunai • Sebab yang munasabah dan khusus untuk pemberian. • Hadiah yang diberi secara sukarela (iaitu pembayaran untuk hiburan dewasa tidak

dianggap sebagai tingkahlalu yang baik.) • Hadiah kalau diterima atau diberi tidak boleh melebihi amaun nominal yang

ditetapkan oleh pengurusan tempatan (iaitu dibawah MYR300) • Hadiah yang diberi secara amalan adat atau selaras dengan amalan-amalan

tempatan (iaitu hamper pada musim perayaan) • Pertukaran hadiah yang kerap dengan individu / penlanggan yang sama. • Pemberian hadiah dibenarkan hanya jika parti/sumber yang sama dibenarkan di

bawah undang-undang dan bahawa penerima dibenarkan untuk menerima • Dilarang meneriama hadiah atau cenderahati peribadi dari rakan-rakan

perniagaan. Jika anda tidak boleh menolak hadiah peribadi, sila laporkan kepada Group Compliance.

• Pembelanjaan makan dan hiburan dengan pelanggan dan pihak ketiga yang lain adalah dibenarkan apabila dipraktikan degan secara munasabah dan mengikut Tatakelakuan Syarikat.

Garis panduan di atas juga di patuhi untuk “staff entertainment”.

Hadiah kepada pegawai-pegawai kerajaan: Sila ambil perhatian bahawa dalam banyak bidang kuasa, memberi atau menawarkan hadiah atau hidangan kepada seseorang pegawai kerajaan boleh menjadi haram di sisi undang-undang. Anda mesti mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Compliance / Group Compliance sebelum memberi atau menawarkan sebarang hadiah, makanan atau hiburan kepada kakitangan kerajaan rasmi.

Page 12: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

10

Page 13: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

11

Menghormati hakmilik pemegang saham

Kami berusaha untuk berkhidmat demi kepentingan para pemegang saham kami dan untuk membantu membina nilai pemegang saham dengan memastikan urus tadbir korporat yang baik. Tahap integriti dan ketelusan yang tinggi adalah satu kemestian.

Menyelenggara Rekod-Rekod Perniagaan Yang Tepat Laporan kewangan dan lain-lain maklumat yang disediakan oleh Tune Protect dan maklumat kewangan yang diberikan kepada pemegang saham, pengawal selia dan pihak berkepentingan yang lain mestilah tepat dan lengkap. Rekod kami memberi maklumat bernilai untuk perniagaan dan bukti-bukti tindakan, keputusan dan tanggungjawab. Proses dan prosedur mestilah ada untuk memastikan bahawa urusniaga yang dijalankan adalah dengan kebenaran dan direkodkan dengan tepat. Sebarang kegagalan untuk merekod urusniaga dengan tepat, atau memalsukan atau mewujudkan maklumat yang mengelirukan atau mempengaruhi orang lain untuk berbuat demikian, boleh membentuk suatu penipuan yang boleh mengakibatkan seseorang pekerja atau Syarikat dikenakan denda atau penalti. Asas-asas yang DIMESTIKAN dan DILARANG termasuklah : • Dimestikan merekodkan semua urusniaga dengan segera dan tepat • Dimestikan perlaksanaan transaksi yang dibenarkan sahaja • Dimestikan memastikan transaksi yang direkod adalah sah dan disertakan

dengan dokumen jika perlu • Dimestikan semua rekod disimpan dengan betul dan teliti • Dilarang menaikkan atau menganjakkan jualan, perbelanjaan atau keuntungan di

antara tempoh laporan untuk mendapatkan unjuran kewangan yang menggalakkan

• Dilarang memalsukan, menghapuskan atau menyembunyikan dokumen Syarikat, infomasi kewangan yang berkaitan untuk sebarang sebab

Page 14: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

12

Penipuan Penipuan ditakrifkan sebagai penyataan palsu yang disengajakan atau penyembunyian fakta-fakta untuk manfaat anda atau kelebihan orang lain. Contoh-contoh penipuan termasuklah :

• Melaporkan atau menguruskan transaksi kewangan atau wang dengan tidak

sepatutnya • Memalsukan atau menyerahkan rekod perubatan yang palsu untuk mendapatkan

manfaat perubatan atau menambah cuti sakit • Memalsukan apa jua dokumen-dokumen syarikat • Merekodkan jumlah jam kerja lebih masa yang tinggi supaya mendapat bayaran

yang lebih • Mengubah angka jualan atau memanipulasi akaun untuk memenuhi sasaran

untuk diri sendiri dan / atau orang lain • Gagal dalam mendedahkan hubungan yang rapat dengan pesaing, rakan kerja,

ejen, pembekal, kontraktor, perunding atau mana-mana pihak ketiga yang membolehkan berlakunya konflik kepentingan

• Penjualan harta Syarikat yang tidak mendapat kelulusan untuk keuntungan peribadi

• Menggunakan kad kredit korporat untuk kegunaan peribadi • Mengambil stok Syarikat untuk kegunaan peribadi • Pencatutan hasil daripada kegiatan perdagangan dalaman Anda dikehendaki melaporkan sebarang kes penipuan atau kes yang disyaki penipuan kepada wakil Compliance atau kepada Bahagian Compliance Kumpulan’ anda. Jika anda mengetahui mengenai kes penipuan yang sedang berlaku dan tidak melaporkan perkara itu kepada pihak berkenaan, anda juga akan dianggap sebagai bersubahat dalam penipuan tersebut. Maklumat Sulit Di Tune Protect, kami mempunyai akses kepada pelbagai jenis maklumat sulit mengenai Syarikat, para pekerja, pelanggan dan rakan-rakan perniagaan. Kami sebagai pekerja perlu melindungi maklumat syarikat dan apa-apa maklumat lain yang diamanahkan kepada kami. Cara pengendalian maklumat sulit: • DIBENARKAN mengedar atau berkongsi maklumat Syarikat atas dasar perlu-

tahu, dengan memastikan bahawa hanya pekerja Tune Protect atau orang lain yang bekerja untuk Tune Protect, atau pihak ketiga yang diberi kuasa, dengan keperluan perniagaan yang tulen, mempunyai akses kepada maklumat yang diperlukan

• TIDAK DIBENARKAN mendedahkan maklumat Syarikat di tempat-tempat awam, termasuk mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi dokumen dan peranti IT di luar tempat kerja

Page 15: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

13

• TIDAK DIBENARKAN mendedahkan maklumat Tune Protect kepada pihak ketiga melainkan dengan kebenaran

• TIDAK DIBENARKAN menggunakan maklumat Syarikat bagi apa-apa perkara selain daripada tujuan perniagaan yang sah atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang

Data peribadi yang berhubung dengan kakitangan dan pengguna diuruskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk mengendalikan apa-apa maklumat Syarikat, terbatas atau sebaliknya, sila dapatkan nasihat daripada wakil Compliance tempatan anda atau Compliance Kumpulan

Perdagangan Dalaman Semasa bekerja, anda mungkin secara langsung atau tidak langsung mengetahui maklumat sulit mengenai Syarikat, pembekal atau rakan-rakan niaga lain. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk melindungi maklumat ini dan anda tidak dibenarkan untuk mendedahkan maklumat kepada sesiapa di luar Syarikat termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Secara khusus, pekerja tidak dibenarkan untuk: • Berdagang dalam sekuriti Tune Protect atau syarikat lain yang menjalankan

perniagaan dengan Tune Protect ketika mempunyai maklumat sulit • Memberi maklumat sulit kepada sesiapa sahaja yang mungkin menggunakan

maklumat itu untuk berdagang dalam sekuriti Syarikat atau menasihati orang lain untuk berdagang

Komunikasi Luaran Semua komunikasi luaran akan dikendalikan dan diuruskan oleh individu yang telah diberikan kuasa oleh Syarikat. Hanya individu yang diberi kuasa boleh memberitahu orang ramai bagi pihak Tune Protect dengan memaklumkan maklumat yang tepat, adil, betul dan bersesuaian dengan masa. Anda tidak boleh memberi gambaran bahawa anda bercakap bagi pihak Syarikat dalam mana-mana forum awam. Secara khusus, semasa menggunakan media sosial, perkara berikut hendaklah dipatuhi: • Sila nyatakan bahawa sebarang komen atau pendapat yang disiarkan adalah dari

pandangan anda sendiri dan bukan pandangan Syarikat • Sila ambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa anda tidak

mendedahkan maklumat sulit mengenai Syarikat di khalayak ramai Jika anda dihubungi oleh mana-mana pihak luar untuk bercakap mengenai hal ehwal perniagaan Syarikat, sila rujuk mereka kepada wakil Bahagian Komunikasi (Local Communications / Group Communications) atau Bahagian Investor Relations.

Page 16: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

14

Hakta Intelek Harta intelek Syarikat (tanda dagangan, logo, hak cipta, rahsia perdagangan, "pengetahuan", paten dan apa-apa kerja yang dihasilkan oleh pekerja Tune Protect) merupakan antara aset yang paling berharga. Penggunaan tanpa kebenaran boleh membawa kepada kehilangan atau kerugian yang besar untuk Syarikat. Sebarang penggunaan tanda dagangan dan logo perlu mendapat kebenaran dari Group Marketing Tune Protect terlebih dahulu. Jika anda mengetahui sebarang penyalahgunaan atau mensyaki penyalahgunaan tanda dagangan, logo dan / atau harta intelek lain, sila laporkan kejadian ini kepada Bahagian Compliance tempatan atau Bahagian Compliance Kumpulan E-mel, Internet dan Sistem Maklumat Internet disediakan melalui WIFI atau kabel untuk desktop anda, komputer riba dan peranti mudah alih. Kami percaya anda tidak akan menyalahgunakan kebebasan ini dan kami berharap ia digunakan dengan penuh tanggungjawab. Sila rujuk kepada Polisi ICT Syarikat untuk penggunaan yang boleh diterima pakai serta obligasi dan jangkaan ke atas pekerja, sama ada tetap, kontrak, atau pelatih Syarikat, termasuk sekutu, kontraktor, yang menggunakan kemudahan IT Syarikat untuk tujuan melayari Internet dan e-mel.

Page 17: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

15

Page 18: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

16

LAPORAN

Para pekerja digalakkan untuk menghubungi mana-mana wakil atau Jabatan Pematuhan untuk pertanyaan pada bila-bila masa.

Pertanyaan, rungutan dan maklum balas boleh dirujuk atau dilaporkan kepada pihak-pihak berikut:

Polisi

Laporan Kepada Pihak

MENGHORMATI DI TEMPAT KERJA Kepelbagaian & Penyertaan Anti-Gangguan Anti-Diskriminasi Anti-Keganasan Kesihatan dan Keselamatan

Bahagian People and

Culture Tempatan atau Bahagian People and

Culture Kumpulan

Bahagian Compliance Tempatan atau Bahagian Compliance

Kumpulan [email protected]

MENGHORMATI RAKAN NIAGA KAMI Konflik Kepentingan Anti-Rasuah dan Pencegahan Rasuah Pencegahan Pengubahan Wang Haram Hadiah perniagaan dan hiburan

Bahagian Compliance Tempatan

atau Bahagian Compliance Kumpulan

[email protected]

MENGHORMATI PEMEGANG SAHAM Mengekalkan Rekod Perniagaan yang Tepat Penipuan Maklumat sulit Perdagangan Orang Dalam Komunikasi luaran Harta Intelek E-mel, Internet dan Sistem Maklumat

Bahagian Compliance Tempatan

atau Bahagian Compliance Kumpulan

[email protected]

Jika anda ingin melindungi identiti anda, anda boleh melaporkan rasa tidak puas hati anda melalui Whistleblowing Policy kami.

Page 19: Di Tune Protect, kami percaya perniagaan yang kami...atau organisasi yang melakukan perniagaan dengan Syarikat atau gabungannya • Bertindak secara langsung sebagai sebagai pengarah,

17

Siasatan Semua aduan dan insiden yang dilaporkan akan dikaji semula dengan segera oleh Bahagian Compliance Tempatan atau Bahagian Compliance Kumpulan dan siasatan akan dijalankan ke atas insiden yang dilaporkan sekiranya perlu. Pekerja yang melaporkan rungutan atau aduan boleh dipanggil untuk siasatan dan perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya.

Tindakan Dispilin Jika didapati mana-mana pekerja yang melanggar Kod ini, Syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin yang bersesuaian. Ini mungkin termasuk penamatan pekerjaan, bergantung kepada tahap kesalahan itu. Penalti atau caj mungkin akan dikenakan kepada pekerja oleh pihak berkuasa kerajaan sekiranya terdapat salah laku yang melanggar undang-undang.