14
1.0. Dia guru biasa Kaki melangkah keluar dari pintu rumah dengan bacaan Bismillah, berbaju kemeja merah kegemaranku, berseluar hitam yang masih terasa haba dek kerana baru diiron sebentar tadi. Segak bergaya mengalahkan menteri. Namun begitu, perasaan dilubuk hati ini bercampur baur. Terkadang gembira terkadang pula resah memikirkan kemungkinan yang akan terjadi pada pagi itu. Adakah diri ini diterima? Bagaimana keadaan di sana? Semua persoalan ini bermain difikiran tanpa ada sebarang jawapan. Aku ketawa sendirian tatkala mengenangkan kembali pada pagi hari pertama diriku menjalani Praktikum Fasa 3 di sebuah sekolah terpencil di Jitra. Praktikum terakhirku. Praktikum yang memberikan seribu satu pengalaman yang cukup bererti bagiku yang bakal bergelar seorang pendidik kelak. Praktikum yang mempertemukan diriku dengan seorang insan guru yang cukup aku kagumi. Dialah insan contoh bagiku, dialah pakar motivasi, dialah pemangkin kepada diriku dalam usaha menjadi insan pendidik yang terbaik. Disebabkan dirinya aku termotivasi untuk menjadi insan pendidik sepertinya walaupun suatu ketika dahulu ini bukanlah profesion yang aku gemari. Dia guru biasa dimata tetapi luar biasa dihati bukan sahaja bagi diriku malah bagi setiap keluarga besar sekolah tersebut dek kerana lengkap pada setiap aspek yang terdapat pada dirinya sebagai seorang insan pendidik.

Dia.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dia.docx

1.0. Dia guru biasa

Kaki melangkah keluar dari pintu rumah dengan bacaan Bismillah, berbaju kemeja

merah kegemaranku, berseluar hitam yang masih terasa haba dek kerana baru diiron sebentar

tadi. Segak bergaya mengalahkan menteri. Namun begitu, perasaan dilubuk hati ini

bercampur baur. Terkadang gembira terkadang pula resah memikirkan kemungkinan yang

akan terjadi pada pagi itu. Adakah diri ini diterima? Bagaimana keadaan di sana? Semua

persoalan ini bermain difikiran tanpa ada sebarang jawapan.

Aku ketawa sendirian tatkala mengenangkan kembali pada pagi hari pertama diriku

menjalani Praktikum Fasa 3 di sebuah sekolah terpencil di Jitra. Praktikum terakhirku.

Praktikum yang memberikan seribu satu pengalaman yang cukup bererti bagiku yang bakal

bergelar seorang pendidik kelak. Praktikum yang mempertemukan diriku dengan seorang

insan guru yang cukup aku kagumi. Dialah insan contoh bagiku, dialah pakar motivasi, dialah

pemangkin kepada diriku dalam usaha menjadi insan pendidik yang terbaik.

Disebabkan dirinya aku termotivasi untuk menjadi insan pendidik sepertinya

walaupun suatu ketika dahulu ini bukanlah profesion yang aku gemari. Dia guru biasa dimata

tetapi luar biasa dihati bukan sahaja bagi diriku malah bagi setiap keluarga besar sekolah

tersebut dek kerana lengkap pada setiap aspek yang terdapat pada dirinya sebagai seorang

insan pendidik.

Aku mengagumi dirinya semenjak hari pertama menjalani praktikum di sekolah itu

lagi. Manakan tidak, sewaktu guru-guru lain yang seolah-olah kekok untuk berscakap

bersama almaklumlah baru beberapa jam di sekolah terbabit, namun begitu dia dengan wajah

penuh kelembutan dan juga senyuman yang senantiasa terukir dibibir, menyapa saya terlebih

dahulu. Lontaran-lontaran ayat yang disebut sentiasa diatur dengan penuh kesopanan agar

setiap bicaranya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Di lubuk hati ini menyatakan bahawa beginilah imej seorang guru yang aku perlu

tanamkan pada diriku. Aku perlu mudah mesra serta menjaga kesopanan dalam percakapan

kerana insan guru bukan hanya ditugaskan untuk mengajar di sekolah malah guru juga perlu

mendepani dengan komuniti masyarakat yang bermacam ragam sifatnya. Jikalau seorang

guru tidak mudah mesra, tidak menjaga tutur katanya dihadapan masyarakat, mana mungkin

seorang guru dapat mendekati sebuah masyarakat. Benarlah kata-kata seorang ustaz yang

Page 2: Dia.docx

pernah aku dengari menyatakan bahawa “senyumlah kerana senyuman menjalinkan

persahabatan, menghilangkan segala permusuhan”.

“Oh, Ustazah Azian nama dia, cantik nama dia secantik peribadi dia juga” ucapku seorang

diri diikuti dengan ketawa kecil dek kerana namanya itu hanya aku ketahui sewaktu melihat

nametag yang dilekat kemas pada tudung labuhnya itu.

“Terlampau asyik bersembang sampai nama dia pun tidak sempat aku bertanya”, kata diriku

lagi.

Ustazah Azian berlalu pergi ketempat duduknya bagi meneruskan kerja dengan penuh

tertib. Sempat aku memerhati cara pemakaiannya yang cukup menyejukkan mata yang

memandang. Memancarkan lagi aura yang terdapat pada sosok tubuh tersebut. Berpakaian

sopan, longgar, tidak mencolok mata-mata yang yang memandang. Menggenakan tudung

labuh dan berstoking menjelaskan lagi ciri-ciri seorang guru yang bukan sahaja mematuhi

kod etika berpakaian sebagai seorang guru malah menepati dengan kehendak syariat agama

Islam. Beginilah seharusnya nilai seorang guru. Menunjukkan kesopanan dalam kesemua

aspek termasuklah cara berpakaian. Ini kerana guru merupakan insan yang akan menjadi

ikutan kepada murid. Kata pujangga ada menyebut Jikalau bapa kencing berdiri, anak akan

kencing berlari.

“Kalau guru pun pakai sexy anak murid apatah lagi lah kan”, lamunan diriku lagi.

Pernah suatu hari dikala aku berjalan menuju keluar dari kelasku, terdengar suara

seorang guru yang sedang mengajar. Nada suara yang cukup lembut namun mempunyai

ketegasan. Suara tersebut menarik diriku untuk menuju kearah suara tersebut. Diri ini ingin

sekali melihat siapakah gerangan suara tersebut. Terlihat sosok tubuh seseorang yang aku

kenali.

“ Ustazah!!!” aku berteriak seorang diri di dalam hati apabila melihat sosok tubuh tersebut

merpakan Ustazah Azian.

Aku tertarik dengan pengajaran yang dilakukan olehnya. Pengajarannya membuatkan

sesiapa sahaja yang mendengar akan terpaku termasuklah diriku yang pada ketika itu hanya

mencuri dengar disebalik pintu kelas dek kerana tertarik dengan teknik dan kaedah

pengajaran beliau yang cukup kreatif. Hanya menggunakan nada suara yang sederhana tanpa

perlu menjerit-jerit seperti guru-guru lain bagi memastikan keadaan kelas senantiasa

Page 3: Dia.docx

terkawal. Kelas sentiasa berada dalam keadaan senyap seolah-olah dirinya sedang mengajar

seorang diri tanpa ada pendengarnya. Hanya sesekali terdengar bunyi teriakan murid yang

sedang menyanyi dan melakukan aktiviti-aktiviti permainan dengan bersungguh-sungguh

berkemungkinan tertarik dengan pengajaran dan pembelajaran yang sedang mereka lalui.

Kepelbagaian teknik dan strategi pengajaran ustazah menyebabkan murid dapat

belajar di dalam keadaan yang amat menyeronokkan. Secara tidak langsung murid mudah

untuk memahami serta menghayati pembelajaran yang telah diajar. Tambahan lagi dengan

penerapan nilai-nilai moral islamik yang dilakukan beliau dapat membentuk keperiadian

murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Manakan tidak, aku

yang hanya mencuri dengar pengajarannya juga berasa cukup seronok sehinggakan tanpa aku

sedari sudah lebih setengah jam diriku terpaku di situ. Aku beredar dari tempat tersebut

diiringi ketawa kecil sendirian sambil memerihati sekeliling agar pebuatan aku tadi tidak

dilihat oleh guru-guru lain. Manakan tidak, mungkin jikalau orang lain melihat perbuatanku

itu pasti akan menjadi bahan ketawa mereka pula.

Sering kali juga aku kedengaran guru-guru lain memuji dalam nada jenaka

menyatakan bahawa Ustazah Azian merupakan anak emas guru besar.

“Hangpa lagi hebat, kami ini tak ada apa pun” ujar ustazah dengan penuh kerendahan diri

apabila diberi pujian sebegitu.

Manakan tidak puji oleh rakan sejawat, insan ini bukan sahaja seorang guru yang

sangat hebat sewaktu mengajar malah beliau adalah seorang yang amanah dalam setiap

tugasan yang dipertanggungjawabkan. Berilah apa pun jua tugas pasti beliau menjalankan

setiap amanah tersebut sehabis baik tanpa ada sedetikpun keluhan di hati. Beliaulah seorang

jurulatih bola lisut sekolah yang mengorbankan diri berpanas-panas di kala petang

memberikan latihan kepada murid, beliaulah seorang jurulatih bola baling sekolah yang

selalu berteriakan memberikan semangat kepada murid setiap petang, beliaulah juga salah

seorang jurulatih bagi Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) sekolah yang yang sanggup

menggadaikan masa untuk dirinya bagi mencurahkan ilmunya kepada murid.

“Banyak lagi sebenarnya, tapi aku rasa cukup sekadar itu. Kalau kesemuanya diberitahu

kembang kempis pula si ustazah itu nanti…heheh” kataku di dalam hati saat mengimbau

kehebatan ustazah.

Page 4: Dia.docx

“Ustazah tak letih ka hari-hari dengan macam-macam tugas?” soalku padanya suatu hari dek

kerana perasaan yang membuak-buak untuk mengetahui rahsia dirinya senantiasa

bersemangat untuk menjalankan tugasan harian.

Lalu ujarnya “Anggaplah setiap tugasan ini sebagai suatu ibadah. Setiap pengorbanan yang

dilakukan, setiap masa yang diperuntukan pasti ada ganjaran disisiNya”. “Kalau diberi apa-

apa tugasan apabila ditempatkan di sekolah nanti, cuba sahaja dulu menjalankan

tanggungjawab tersebut kerana perkara inilah yang akan memberikan pengalaman dan

mematangkan diri kita sebagai seorang pendidik” tambah ustazah lagi.

Tidak pernah lekang senyuman dibibirnya menunjukkan keikhlasan dalam

memberikan nasihat tersebut kepadaku.

“Ustaz….ustaz”, sapa seorang murid sewaktu aku sedang menyiapkan tugasan.

Alangkah terkejutnya diri ini apabila mendapati wajah murid tersebut dipenuhi dengan darah.

Aku hilang pertimbangan, tidak tahu untuk melakukan sebarang tindakan pada ketika itu.

Memang diakui diri ini merupakan seorang yang homophobia ataupun takut pada darah.

“Allah….apa aku nak buat ni?”, ujar aku dalam ketakutan.

Mujurlah pada saat itu ustazah meluru masuk ke dalam bilik guru setelah diberitahu

akan hal itu oleh murid-murid lain. Tanpa mempedulikan darah yang melekat pada beberapa

bahagian baju serta tudungnya, ustazah menyucikan darah dengan penuh kelembutan agar

tidak menyakitkan murid tersebut lalu terus dibawa ke hospital berdekatan.

Ustazah pada ketika itu diumpamakan aku seperti superman yang menolong masalah

aku serta menjaga kebajikan murid terbabit. Ustazah sanggup mengorbankan diri serta

mengambil risiko agar kebajikan serta keselamatan murid terbabit dapat diberikan dengan

sebaik mugkin.

Disaat itu, aku bertambah kagum terhadap dirinya. Aku ingin menjadi seorang guru,

murabbi, mudarris dan muallim yang terbaik seperti dirinya seiring dengan Falsafah

Pendidikan Guru yang ingin melahirkan guru yang progresif serta berpekerti mulia. Inilah

tugas seorang guru dalam istilah yang sebenar-benarnya. Menjadi lilin ilmu yang membakar

bagi menerangi hati setiap insan, menjadi nakhoda sebuah bahtera yang sanggup mengerah

keringat dan masa dalam memastikan kejayaan dikecapi dan menjadi superman yang

Page 5: Dia.docx

menolong setiap kebajikan anak didiknya. Aku bertambah yakin dengan pilihan aku untuk

menjadi insan pendidik suatu masa nanti. Dia guru biasa di mata tetapi luar biasa di hati.

(1278 patah perkataan)

Page 6: Dia.docx

2.0. PELAN PEMBAGUNAN PROFESIONALISME

2016 : Mula Berkhidmat

Saya akan bertugas sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)

DG41. Segala teori pembelajaran yang diperoleh sewaktu di IPG akan saya praktikkan di

sekolah sehabis baik. Berdasarkan Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986), guru novis

merupakan guru yang berkhidmat kurang dari 1 tahun. Oleh itu, sebagai seorang guru novis,

saya akan gunakan waktu ini bagi meningkatkan seberapa banyak pengetahuan tentang

pendidikan agar lebih berkemahiran, berpengetahuan dan cekap dalam menjalankan setiap

tugasan. Magisos (1989), sebaik-baik guru adalah mereka yang berpengetahuan tinggi, mahir

serta cekap dalam menjalankan tugas sebagai guru. Saya akan menimba ilmu dari pembacaan

buku-buku ilmiah, perkongsian pengalaman dari guru-guru pakar serta hasil dari penyertaan

bengkel dan kursus. Segala sijil-sijil penyertaan, kejurulatihan, bengkel dan inovasi dalam

pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan akan didokumentasikan dengan tersusun

sebagai persediaan untuk menjadi guru cemerlang.

2017 : Mencipta Inovasi

Ibrahim (1989), inovasi adalah penemuan yang berupa sesuatu idea, barang, kejadian, kaedah

yang baru yang dapat menigkatkan kualiti seseorang atau sekelompok masyarakat. Saya akan

mula melakukan penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan melakukan

beberapa inovasi. Antaranya ialah “e-Quran” iaitu pembelajaran al-Quran secara interaktif

dan lebih mesra kepada murid sekolah. Berbekal pengalaman dan penelitian terhadap

masalah murid, saya mendapati masih ramai murid yang tidak mampu membaca al-Quran

dengan baik. Hasilnya, akan lahirlah generasi yang tidak mempunyai keseimbangan antara

duniawi dan akhiratnya. Ini kerana, al-Quranlah pembimbing umat manusia ke jalan yang

benar di sisi agama. Oleh itu, inovasi ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pemacu

kejayaan negara berpandukan al-Quran dan sunnah.

2018 : Memohon Guru Cemerlang DG44

Pada tahun ini, saya akan memohon jawatan Guru Cemerlang DG44 dengan mengisi Borang

Permohonan Guru Cemerlang DG44. Berdasarkan laman portal rasmi Kementerian Pelajaran

Malaysia, tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru

Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang

dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan

Page 7: Dia.docx

tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang

bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat

terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan

pembelajaran. Manakala, tujuan utama saya memohon jawatan ini adalah kerana saya ingin

meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menjadi sumber inspirasi

kepada guru-guru lain. Oleh yang demikian, saya perlulah mempersiapkan diri saya dengan

cara memperkemaskan pendokumentasian setiap gerak kerja seperti inovasi pnp yang

dilakukan, serta sijil-sijil penyertaan bengkel atau kursus dan sebagainya lagi.

2019 : Menyambung Pelajaran ke Ijazah Sarjana

Pepatah Arab ada menyebut “Belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad”. Oleh itu, setelah

3 tahun berbakti dan disahkan jawatan sebagai seorang guru, saya akan menyambung

kembali pembelajaran saya ke tahap Ijazah Sarjana secara separuh masa. Bidang

pembelajaran yang menjadi sasaran saya ialah Pedagogi Pendidikan Islam di Universiti Islam

Antarabagsa Malaysia (UIAM). Pemilihan bidang ini adalah kerana ianya sememangnya satu

bidang yang menjadi kepakaran saya manakala saya memilih universiti tersebut adalah

kerana ianya merupakan institusi kegemaran saya semenjak kecil lagi. Mod pembelajaran

yang akan dipilih ialah Mod B iaitu Kerja Kursus & Tesis/ Praktikum. Bagi menampung kos

pembelajaran pula, saya akan cuba memohon biasiswa dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

2020 : Menerbitkan Sebuah Buku Ilmiah

Rasulullah s.a.w. pernah berkata yang bermaksud:

“Sampaikanlah olehmu walaupun satu ayat”

Memetik hadis ini, saya merancang untuk untuk menerbitkan sebuah buku bagi

menyampaikan beberapa ilmu buat tatapan rakan-rakan sejawat. Buku tersebut adalah

berkaitan tentang cara-cara untuk meningkatkan kesedaran guru tentang perlunya

penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran Pendidikan Islam yang

merupakan hasil kolaborasi dari beberapa orang guru pakar serta berdasarkan pengalaman

dalam profesion pendidikan hampir 5 tahun.

2022 : Memohon Guru Cemerlang DG48

Permohonan ini boleh saya lakukan setelah berkhidmat 3 tahun setelah memperoleh jawatan

Guru Cemerlang DG 44. Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi Borang Permohonan

Page 8: Dia.docx

Guru Cemerlang bagi gred DG48. Bagi memastikan kelancaran penerimaan permohonan ini,

saya perlulah memastikan kelengkapan beberapa aspek. Antaranya ialah saya perlulah

mendokumentasikan gerak kerja selama 3 tahun kebelakang dengan lengkap. Saya juga

perlulah memastikan pengajaran saya sentiasa berkualiti serta menerapkan inovasi-inovasi

yang terbaik. Permohonan ini bertujuan untuk memotivasikan diri saya agar menjadi seorang

guru yang lengkap dalam setiap aspek sama ada teknikal, kemahiran mahupun pengetahuan

tentang pendidikan.

2024 : Memohon Untuk Menjadi Pensyarah

Setelah hampir 1 tahun menperoleh Ijazah Sarjana, saya bercadang memohon untuk menjadi

Pensyarah Institut Pendidikan Guru. Permohonan ini dilakukan kerana saya ingin

meneruskan tugas sebagai seorang pendidik dan pendakwah pada peringkat yang lebih tinggi.

IPG yang menjadi pilihan saya ialah di Institut Pendidikan Guru Islam, Bangi. Tujuan

pemilihan institusi ini adalah kerana ia merupakan satu-satunya IPG yang menawarkan

jawatan pensyarah Pendidikan Islam yang berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia, Gombak di mana saya berkemungkinan merancang untuk meneruskan pelajaran

saya ke peringkat Doktor Falsafah di situ beberapa tahun berikutnya. Oleh itu,

berkemungkinan ianya memudahkan saya untuk berulang-alik ke sana nanti.

2025 : Melanjutkan Pelajaran ke Pringkat Doktor Falsafah

Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud:

“Belajarlah kamu walau ke negeri Cina”

Hadis ini memberikan suatu dorongan untuk saya cuba meneruskan pembelajaran saya ke

peringkat yang tertinggi iaitu Doktor Falsafah. Setelah berpengalaman dalam bidang

pendidikan ini melebihi 10 tahun, saya merancang untuk meneruskan pembelajaran saya di

untiversiti yang sama sewaktu memperoleh Ijazah Sarjana iaitu di UIAM kerana ianya lebih

mudah untuk dipohon. Saya merancang untuk belajar secara separuh masa dengan

menggunakan Mod B iaitu secara Tesis sahaja. Saya turut akan memohon biasiswa dari

Kementeria Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, bagi memudahkan proses permohonan

saya perlulah memperoleh keputusan yang baik sewaktu Ijazah Sarjana serta melakukan

inovasi dalam pendidikan atau menerbitkan sebuah artikel atau buku ilmiah yang berkualiti.

Page 9: Dia.docx

2027 : Memohon Pensyarah Cemerlang DG52

Saya merancang untuk memohon berdasarkan pengalaman dalam bidang kepakaran selama

hampir 11 tahun. Oleh itu saya perlulah mematangkan penyusunan fail bagi tujuan

dokmuentasi, mencipta beberapa inovasi baharu dalam bidang yang diajar serta melakukan

bebarapa penyelidikan tentang bidang yang diajar.

2028 : Dilantik Jawatan Guru Pakar

Berdasarkan pengalaman serta bakti yang disumbangkan dalam pendidikan, saya berharap

dapat saya akan dilantik menjadi Guru Pakar Pendidikan Islamatau lebih dikenali dengan

jawatan Jurulatih Utama (JU). Dengan perlantikan ini, saya akan berkongsi kepakaran kepada

warga pendidik dengan menganjurkan seminar-seminar kepada guru. Saya akan berkongsi

pengetahuan, pengalaman serta inovasi-inovasi yang dilakukan agar membuka minda warga

pendidik untuk lebih proaktif dalam profesion keguruan.

(958 patah perkataan)