2
PENGEMBALA DAN BIRI-BIRI Pada suatu waktu dahulu, dalam sebuah kampung, tinggal seorang remaja yang nakal bernama Mamat. Mamat bekerja mengambil upah menjaga kambing biri-biri di sebuah ladang, iaitu pengembala biri-biri. Setiap hari, Mamat akan membawa biri-biri itu ke padang di hujung kampung itu untuk meragut rumput. Mamat akan menunggu biri-biri itu meragut rumput dari pagi hingga ke petang. Pada mulanya, Mamat amat menyukai kerjanya itu. Lama kelamaan, Mamat menjadi bosan dengan kerjanya itu. Dia tidak ada kawan untuk berbual atau bercerita. Yang ada hanyalah sekawan biri-biri yang begitu asyik meragut rumput-rumput. Suatu petang, Mamat mendapat akal untuk menghilangkan kebosanannya itu. "Tolong! Tolong! Serigala menyerang!" "Tolong!!! Serigala menyerang biri-biri!" Jeritan Mamat itu dapat didengari oleh sekumpulan peladang yang sedang bercucuk tanam tidak jauh dari padang rumput itu. Peladang- peladang itu bergegas ke tempat Mamat untuk membantunya. Apabila mereka sampai di sana, mereka lihat Mamat sedang ketawa terbahak- bahak. "Hahaha...! Semua dah kena tipu. Hahaha...!" "Aku berjaya mengenakan kamu...Hahaha...!" Kata Mamat bersulam dengan ketawanya. "Cis! Mamat, kamu dah mempermainkan kami" Marah peladang- peladang itu sambil berlalu menuju ladang mereka. Mamat rasa terhibur dengan kejadian itu. Mamat berkira-kira untuk mengulangi kejadian seperti petang itu. Selang beberapa hari, Mamat mengulangi lagi perbuatannya menipu orang kampung itu. Timbul rasa seronok apabila setiap kali Mamat mengulanginya. Perbuatan Mamat membuat onar di kampung itu telah tersebar luas. Lama-kelamaan, orang kampung mulai lali dengan kerenahnya. Mereka hanya membiarkan sahaja Mamat menjerit dalam penipuannya. Mamat juga menjadi bosan, kerana helahnya sudah tidak dipeduli orang. Pada suatu hari sedang Mamat bermenung, tiba-tiba semua biri-biri jagaannya berlari ke sana dan ke sini, tanpa arah dalam ketakutan. Mamat terperanjat melihat kehadiran sekawanan serigala yang sedang berusaha mengejar biri-birinya. "Tolong! Tolong!!! aku diserang serigala..." "Tolong! Tolong! Tolong!!! selamatkan biri-biri ku..." Mamat menjerit berulang kali, tapi semuanya sia-sia.

Dialog 2

  • Upload
    lee-joy

  • View
    225

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Moral

Citation preview

PENGEMBALA DAN BIRI-BIRIPada suatu waktu dahulu, dalam sebuah kampung, tinggal seorang remaja yang nakal bernama Mamat. Mamat bekerjamengambil upah menjaga kambing biri-biri di sebuah ladang, iaitu pengembala biri-biri.Setiap hari, Mamat akan membawa biri-biri itu ke padang di hujung kampung itu untuk meragut rumput. Mamat akan menunggu biri-biri itu meragut rumput dari pagi hingga ke petang. Pada mulanya, Mamat amat menyukai kerjanya itu. Lama kelamaan, Mamat menjadi bosan dengan kerjanya itu. Dia tidak ada kawan untuk berbual atau bercerita. Yang ada hanyalah sekawan biri-biri yang begitu asyik meragut rumput-rumput. Suatu petang, Mamat mendapat akal untuk menghilangkan kebosanannya itu."Tolong! Tolong! Serigala menyerang!""Tolong!!! Serigala menyerang biri-biri!"Jeritan Mamat itu dapat didengari oleh sekumpulan peladang yangsedang bercucuk tanam tidak jauh dari padang rumput itu. Peladang-peladang itu bergegas ke tempat Mamat untuk membantunya. Apabila mereka sampai di sana, mereka lihat Mamat sedang ketawa terbahak-bahak."Hahaha...! Semua dah kena tipu. Hahaha...!""Aku berjaya mengenakan kamu...Hahaha...!" Kata Mamat bersulam dengan ketawanya."Cis! Mamat, kamu dah mempermainkan kami" Marah peladang-peladang itu sambil berlalu menuju ladang mereka.Mamat rasa terhibur dengan kejadian itu. Mamat berkira-kira untuk mengulangi kejadian seperti petang itu.Selang beberapa hari, Mamat mengulangi lagi perbuatannya menipu orang kampung itu. Timbul rasa seronok apabila setiap kali Mamat mengulanginya. Perbuatan Mamat membuat onar di kampung itu telah tersebar luas.Lama-kelamaan, orang kampung mulai lali dengan kerenahnya. Mereka hanya membiarkan sahaja Mamat menjerit dalam penipuannya. Mamat juga menjadi bosan, kerana helahnya sudah tidak dipeduli orang.Pada suatu hari sedang Mamat bermenung, tiba-tiba semua biri-biri jagaannya berlari ke sana dan ke sini, tanpa arah dalam ketakutan. Mamat terperanjat melihat kehadiran sekawanan serigala yang sedang berusaha mengejar biri-birinya."Tolong! Tolong!!! aku diserang serigala...""Tolong! Tolong! Tolong!!! selamatkan biri-biri ku..." Mamat menjerit berulang kali, tapi semuanya sia-sia.Beberapa ekor biri-birinya mati dikerjakan oleh kawanan serigala itu. Serigala itu berlalu pergi meninggalkan Mamat dan saki baki biri-biri yang tinggal setelah kekenyangan.