Upload
aininurz-zakaria
View
217
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Makanan yang perlu dielakkan sama sekali:
Gula – semua jenis
semua jenis manisan dan coklat (kecuali coklat masakan yang mengandungi minima 70% coklat asli dalam kuantiti yang rendah)
semua jenis makanan yang mengandungi gula derivatif yang mempunyai akhiran -ose seperti glucose, sucrose, lactose, maltose dan banyak lagi.
Makanan berkanji seperti pulut, beras (terutama beras siam), gandum, jenis-jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu
Susu rendah lemak atau susu skim, dan susu pekat manis (Susu cair atau susu segar penuh krim dibolehkan dalam kuantiti yang sedikit)
Yoghurt rendah lemak dan yoghurt berperisa (termasuk susu berperisa)
Sos cili, sos tomato dan kicap (kecuali kicap jenama Kikkoman kerana jenama ini tidak mengandungi gula)
Semua jenis minuman dalam botol/tin, sirap dan skuasy
Buahan dalam tin dan jus buah-buahan (buahan dalam bentuk jus mempunyai kandungan gula lebih tinggi dari buahan segar) kecuali jus yang dicairkan – satu bahagian dicampurkan 4 bahagian air.
Makanan yang sesuai dimakan:
Semua jenis daging – kambing, lembu
jenis burung – ayam, itik, turkey, puyuh, merpati dsbnya
Hati, limpa, paru, buah pinggang (mengandungi khasiat vitamin dan mineral yang sesuai untuk tubuh)
Sosej dan nuget (bagaimanapun awasi senarai bahan dalam produk di pasaran kerana kebanyakan terdapat bahan tambahan yang perlu dielakkan seperti gula dan bijirin)
Semua jenis lemak binatang – tiada had seperti butter dan minyak sapi. Jangan buang lemak daging dalam masakan.
Ikan dan makanan laut termasuk yang dikeringkan
Telur – tiada had termasuk telur asin (kecuali telur “Omega-3″ kerana telur jenis ini telah dihasilkan dari makanan tiruan yang mengandungi hormon tambahan)
Minyak kelapa, santan, kerisek, butter, minyak sapi, krim dan yoghurt penuh lemak
Keju kecuali cottage cheese. Pastikan anda dapatkan keju yang vegetarian kerana keju yang tidak dilabel vegetarian adalah tidak halal.
Herba dan rempah ratus
Sayur-sayuran dan buah-buahan segar bergantung kandungan karbohidrat
Tauhu, tempeh dan produk dari soya
Sayur-sayuran yang sesuai
Lobak merah
Lobak putih
Leek
Labu air
Labu panjang
Labu kuning
Asparagus
Taugeh (termasuk taugeh kacang hitam, taugeh kacang soya, taugeh kacang hijau)
Kacang panjang
Semua jenis Kobis
Bunga kobis
Broccoli
kacang buncis
Kacang tolo
Tomato (segar atau dalam tin)
semua jenis cili
Lada benggala
Bayam
Kangkung
Kailan
Semua jenis Sawi
Semua jenis cendawan
Dedaun salad
Dedaun hijau seperti pucuk ubi, pucuk ranti, pucuk labu, pucuk manis
Semua jenis ulam herba
Bebawang (seperti bawang besar, bawang putih, bawang merah, daun bawang)
Kucai
Petula
Bendi
Timun
Terung
Kelapa termasuk kelapa parut
Bangkuang atau sengkuang
water chestnut
Celery
Brussel sprout
Buah-buahan segar yang sesuai
Epal
Mangga (tidak lebih dari satu)
Nanas
Jambu batu
Betik
Peach
Strawberry
Blueberry
limau bali
limau nipis
limau kasturi
Tembikai dan jenis-jenis melon
Belimbing
Blackberry
Raspberry
Kiwi
Oren
Limau mandarin
Pear dan buah lai
Laichi
Avocado
Durian (tidak lebih dari 2 ulas)
Rambutan (tidak lebih dari 2 biji)
Kekurangan idea untuk menu masakan? Dapatkan inspirasi dari senarai resepi Maklong yang mesra diabetik atau diabetic-friendly dan hidangkannya bersama nasi tiruan.