10
Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Syariah KEPENTINGAN KAEDAH LAWATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UGAMA. Mu’minah Bte Hj Ibrahim 12DT067 Pedagogi Pengajaran Ugama PD 0202

Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

  • Upload
    yorick

  • View
    67

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Syariah. Pedagogi Pengajaran Ugama PD 0202. KEPENTINGAN KAEDAH LAWATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UGAMA. Mu’minah Bte Hj Ibrahim 12DT067. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

KEPENTINGAN KAEDAH LAWATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UGAMA.

Mu’minah Bte Hj Ibrahim

12DT067

Pedagogi Pengajaran UgamaPD 0202

Page 2: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

�ال فى سيرواقل وا ف�انظرضرأ�ي � اك �د�أ ه ينشئ ثم � لخ�لق�ف� ب الل

�ة� شأ �الالن ة�خأ ه� ع�لى� � إنر� كل اللي ٢٠﴿ير ء ق�دش� ﴾

Ertinya: Katakanlah! Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (Al-’Ankabut: 20)

Page 3: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

PENGERTIAN KAEDAH LAWATAN

• Kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar diluar kelas. Melalui kaedah ini guru dapat memberikan gambaran yang jelas secara langsung tentang apa yang dilihat oleh murid-murid pada waktu lawatan tersebut.

•Kamus dewan - melawat sesuatu tempat untuk jangka masa yang tertentu.

Page 4: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah
Page 5: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

SEBELUM MELAKUKAN LAWATAN• Tentukan tujuan lawatan untuk dijelaskan kepada murid-murid.• Jelaskan apa yang patut dilakukan oleh murid-murid dalam lawatan tersebut.• Sediakan soalan-soalan yang akan ditanyakan selepas lawatan tersebut.• Siapkan segala keperluan untuk melakukan lawatan tersebut seperti:I. Minta kebenaran daripada pihak yang dikunjungi terlebih

dahulu.II. Minta kebenaran daripada ibu bapa / penjaga murid-murid

sebelum melakukan lawatan.III. Mengaturkan urusan pengangkutan.IV. Sediakan jadual dan tempat yang akan dilawati dan senarai

nama dan keramaian murid yang akan ikut serta.V. Pastikan tempat yang akan dilawati itu sesuai dan memberi

kesan dalam proses pembelajaran kepada murid-murid.VI. Tetapkan masa yang digunakan dalam lawatan tersebut.VII. Menetapkan teknik-teknik yang akan digunakan untuk

mempelajari objek yang tertentu.VIII. Pastikan keselamatan murid-murid semasa lawatan itu

dijalankan.IX. Pastikan keadaan cuaca dan musim.X. Pastikan keadaan disiplin murid terkawal.

Page 6: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

SEMASA LAWATAN 

I. Memastikan murid mengikuti arahan guru atau ketua kumpulan.

II. Bersopan III. Tidak menimbulkan keadaan huru-hara.IV. Memerhatikan dan mempelajari dengan

tekun tentang objek yang ada pada waktu itu.

Page 7: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

SELEPAS LAWATAN

• Berikan peluang kepada murid-murid untuk menceritakan pengalaman yang di perolehi daripada lawatan tersebut.

• Bincangkan masalah-masalah yang dialami semasa lawatan dan berikan cadangan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

• Membuat rumusan dan analisis tentang lawatan tersebut dan keberkesanannya.

Page 8: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

KEPENTINGAN

• Seseorang guru akan dapat memberikan pengertian dengan lebih jelas kepada murid.• Pengajaran dan pembelajaran setiap guru akan menjadi lebih berkesan dan kukuh.• Memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang baru secara langsung yang tidak akan pernah mereka rasakan atau dapatkan di dalam kelas• Dalam kaedah lawatan contohnya ke tempat-tempat yang bersejarah memberi peluang kepada murid untuk merasai dan menyaksikan sendiri warisan hasil peninggalan nenek moyang mereka.• Mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa ke bilik darjah.• Menurut Ahmad Shallaby, menerusi kaedah ini seorang itu dapat belajar daripada ramai guru.

Page 9: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

TUJUAN• Untuk menambahkan ilmu perngetahuan melalui lawatan.• Pengetahuan dan pengalaman yang mereka perolehi akan dapat dipraktikkan ke peringkat yang seterusnya.

• Mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang bersejarah contohnya muzium dapat meningkatkan kesedaran para pelajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu.

• Hasil daripada lawatan tersebut akan dapat menanamkan minat murid untuk mengetahui sejarah negara kita sendiri.• Dapat meningkatkan lagi bakat atau kemahiran yang ada pada diri murid-murid.

• Dapat menerapkan dalam diri murid-murid untuk lebih menghargai ciptaan Allah dan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan.

Page 10: Diploma  Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

KESIMPULAN

• Menerusi kaedah lawatan murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang baru, dapat memahami dengan mudah, meningkatkan lagi kemahiran yang ada dan sebagainya.