102
Bil. 13 Isnin 11 Julai 2011 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KEDUA

DN-11072011 sdg semak - parlimen.gov.my · menggunakan gas yang banyak juga dan juga pandangan daripada TNB sebab industri elektrik ini yang terbesarnya ialah pengguna gas, dan sebab

  • Upload
    vodan

  • View
    219

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Bil. 13 Isnin 11 Julai 2011

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KEDUA

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI Parlimen Malaysia 2011

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011 (Halaman 19) Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011 (Halaman 29) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011 (Halaman 43) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 (Halaman 58) Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (Halaman 69)

Rang undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 (Halaman 82)

USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 34) Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 15(3) (Halaman 86) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: Klinik 1Malaysia - YB Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Halaman 86) Perkhidmatan Kesihatan Untuk Kesejahteraan Rakyat - YB Senator Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd Yusoff (Halaman 90)

DN 11.7.2011 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

6. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis)

7. “ Datuk Akbar bin Ali (Melaka)

8. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri I

9. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan I

10. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

11. “ Tuan Boon Som a/l Inong (Dilantik)

12. “ Datuk Chandrasekar Suppiah (Dilantik)

13. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik)

14. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

15. “ Dato’ Daljit Singh Dalliwal (Dilantik)

16. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

17. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) – Timbalan Menteri Kewangan II 18. “ Puan Doris Sophia ak Brodi (Dilantik)

19. “ Datuk Hajah Fatimah binti Hamat (Terengganu)

20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

21. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) - Senator – Timbalan Menteri Belia dan Sukan I

22. “ Puan Heng Seai Kie (Perak) – Senator – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

23. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak)

24. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

25. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menter

26. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

27. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

28. ” Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

29. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka)

30. “ Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz – Senator – Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

31. ” Datuk Maijol Mahap (Sabah)

ii DN 11. 7.2011

32. Yang Berhormat Dr. Malasingam a/l Muthukumaru (Dilantik)

33. “ Puan Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

34. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

35. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Sumber Manusia

36. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

37. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

38. “ Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik)

39. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

40. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

41. “ Tuan Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

42. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan)

43. “ Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang)

44. “ Tuan Ng Fook Heng (Pahang)

45. “ Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik)

46. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

47. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

48. “ Dato’ G. Palanivel (Dilantik) – Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II

49. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

50. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik)

51. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Senator – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

52. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor)

53. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W.P. Kuala Lumpur)

54. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah)

55. “ Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil (W.P. Putrajaya) – Senator – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

56. “ Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan (Dilantik)

57. “ Dato’ Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

58. ” Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

59. “ Tan Sri Datuk Tee Hock Seng (Dilantik)

60. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang)

61. “ Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram (Dilantik)

62. “ Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik)

63. “ Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan)

64. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Kedah)

65. “ Puan Hajah Zainun binti A. Bakar (Terengganu)

66. “ Dato’ Zaitun binti Mat (Pahang)

DN 11.7.2011 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Dato’ Ngah Senik

Setiausaha Dewan Negara

Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Che Seman bin Pa Chik

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Hajah Supiah binti Dewak

Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh

Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya

Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli

Ganesan a/l Nanthan

Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh

Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf

Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Zaidi bin Mahmood

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Hazrul bin Sharif

Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Ainuddin bin Ahmad Tajuddin

DN 11.7.2011 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 11 Julai 2011

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan:

(a) bilangan Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang beroperasi dan kadar setiap unit watt yang dibayar oleh TNB mengikut perjanjian Power Purchase Agreement (PPA); dan

(b) bilakah tamat tempoh setiap perjanjian PPA tersebut.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air [Dato' Sri Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali yang dijadualkan pada 12 Julai 2011 memandangkan perkara-perkara yang dibangkitkan adalah sama dan berkaitan dengan Penjana Bebas atau Independent Power Producers, dengan izin dan Perjanjian Pembelian Tenaga atau Power Purchase Agreement.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan IPP atau Independent Power Produser sekitar tahun 1990-an apabila industri bekalan elektrik dilanda krisis kekurangan kapasiti penjanaan. Pengenalan IPP pada ketika itu adalah bertujuan menstabilkan sistem pembekalan elektrik daripada mengalami gangguan seperti brown out atau blackout, dengan izin.

Keputusan ini adalah juga sebahagian daripada dasar kerajaan untuk meningkatkan persaingan serta tahap kecekapan industri bekalan elektrik. Pelaksanaan dasar IPP ini telah diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri yang telah membantu pihak Tenaga Nasional Berhad serta IPP untuk mencapai persetujuan terhadap terma-terma PPA itu. Pada masa ini terdapat 14 IPP yang sedang beroperasi di Semenanjung. IPP ini dikategorikan mengikut generasi iaitu generasi pertama, kedua dan ketiga berdasarkan tempoh pengeluaran lesen operasi. Manakala harga pembelian tenaga elektrik daripada IPP ini berubah-ubah mengikut jumlah sebenar tenaga yang dibeli dalam satu-satu masa.

■1010

Tuan Yang di-Pertua, senarai IPP mengikut generasi, kapasiti dan tarikh tamat PPA adalah seperti berikut:

2 DN 11. 7.2011

Generasi

Syarikat Kapasiti (megawatt)

Tarikh Tamat

YTL Powers Sdn. Bhd. 1,212 30 September 2015

Segeri Energy Ventures Sdn. Bhd. 1,303 30 Jun 2017

Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. 762 4 Disember 2015

Powertek Berhad 440 13 Januari 2016

Pertama

PD Power Berhad 440 1 Januari 2016

Panglima Power Sdn. Bhd. 650 30 Mac 2024

Prai Power Sdn. Bhd. 720 5 Ogos 2020

Pahlawan Power Sdn. Bhd. 640 30 Disember 2022

TTPC Sdn. Bhd. 350 19 Jun 2024

Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd 2,420 8 Julai 2029

Kedua

GB3 720 27 Februari 2023

Tanjung Bin Power 2,100 31 Ogos 2031

TNB Janamanjung 2,100 27 September 2031

JIMAH Energy Ventures 1,400 31 Disember 2033

Ketiga

JUMLAH 14,871

Berhubung dengan permintaan Yang Berhormat supaya dinyatakan butiran perjanjian PPA ini, saya ingin menegaskan bahawa PPA merupakan satu perjanjian komersial di antara dua pihak iaitu TNB dan IPP yang berkenaan dan tidak melibatkan kerajaan. Kedua-dua belah pihak adalah tertakluk kepada confidentiality clause, dengan izin, yang tidak membenarkan mana-mana pihak mendedahkan kandungan PPA tanpa persetujuan bersama.

Campur tangan kerajaan untuk memaksa pihak-pihak yang terlibat untuk mendedahkan terma-terma konsesi yang telah dimeterai ini akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap sistem undang-undang negara serta Kerajaan Malaysia dan keadaan ini juga saya ingin tambah, pihak Mahkamah Rayuan pun sudah memberikan satu keputusan bahawa tidak ada mana-mana pihak pun boleh melalui legal system kita atau mahkamah untuk meminta butiran-butiran daripada PPA itu dibuka untuk pengetahuan atau diperiksa oleh pihak orang awam. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan Negara yang mulia ini mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Menteri dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan datang sendiri dan menjawab soalan pada pagi ini... [Tepuk]

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang mengambil peka dalam isu ini. Sebenarnya kita sedia maklum IPP telah menjadi satu tajuk yang hangat dalam mana-mana perbincangan termasuk di Dewan Rakyat baru-baru ini. Dan kita ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan yang telah pun bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dianggotai oleh tiga orang menteri termasuk Yang Berhormat Menteri sendiri bagi menyelidik dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

Kita dimaklumkan bahawa PPA telah ditandatangani antara pihak pemaju, IPP dan juga pihak TNB. Saya telah dimaklumkan bahawa satu klausa penting yang dalam perjanjian itu ialah fuel cost risk ataupun risiko bahan bakar adalah ditanggung oleh pihak TNB. Ini mungkin ada sedikit kekeliruan berbanding dengan apa yang dinyatakan oleh pihak Menteri sendiri sewaktu menjawab di Dewan Rakyat baru-baru iaitu sebenarnya segala peningkatan ataupun dalam harga bahan bakar ataupun fuel cost adalah ditanggung oleh pihak Petronas yang mana telah melibatkan sebanyak RM68.6 bilion bagi tempoh 2005 sehingga 2010 mengikut apa yang telah disebut dalam Dewan Rakyat, dan ini mungkin boleh dapat sedikit penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri.

Keduanya, saya ingin bertanya, oleh kerana permintaan tenaga meningkat setiap tahun antara 5 peratus ke 8 peratus setiap tahun dan dijangka kita akan menghadapi kekurangan selepas tahun 2015, jadi adakah pihak kementerian akan membenarkan penubuhan ataupun IPP yang baru bagi menampung permintaan yang akan meningkat terutamanya apabila Bakun Dam tidak mampu mengeluarkan seperti yang dijangka sebanyak 1,600 juta watt. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

DN 11.7.2011 3

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya Yang

Berhormat memang minat tentang tajuk ini dan dapat berhujah atau bertanya mengenai aspek-aspek penjanaan elektrik di negara kita ini. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat.

Mengenai fuel cost risk ini, dengan izin, kita menggunakan proses di mana segala kenaikan harga bahan api seperti yang baru-baru ini kerajaan telah meluluskan bahawa harga gas dinaikkan RM3. Sebenarnya RM3 ini yang diumumkan oleh pihak kerajaan supaya harga gas itu sebelum 1 Jun, ia hanya RM10.70 mmbtu. Akan tetapi itu bukan satu harga yang realistik sebab harga pasaran sudah naik mendadak. Kalaulah kita membandingkan dengan kos yang dibenarkan oleh pihak kerajaan sebagai kos gas dengan kos pasaran, ia jauh berbeza.

Sebenarnya pada masa itu kos di pasaran hampir RM39 bagi satu mmbtu . Oleh sebab itu maka pihak kerajaan dengan perbincangan yang begitu panjang, begitu prihatin dan mengambil pandangan daripada semua pihak dan sudut termasuk industri yang menggunakan gas yang banyak juga dan juga pandangan daripada TNB sebab industri elektrik ini yang terbesarnya ialah pengguna gas, dan sebab itu kerajaan membenarkan RM3 dinaikkan daripada harga RM10.70 kepada RM13.70 mmbtu.

■1020

Saya hendak terangkan juga pada pagi yang mulia ini dalam Dewan yang mulia ini juga bahawa RM3 itu tidak akan menguntungkan mana-mana pihak generator sama ada IPP atau TNB. Ini kerana, RM3 ini dibenarkan tetapi akhirnya RM3 ini pass through sebagai satu prinsip yang kita amalkan iaitu fuel pass through. Fuel pass through maknanya akhirnya pengguna yang kena tanggungjawab terhadap kenaikan harga gas itu.

Akan tetapi saya hendak sebut juga, harga gas walaupun naik RM3 tetapi ia masih jauh rendah kalau kita bandingkan dengan kos gas yang sebenarnya di pasaran. Oleh sebab itulah kita mengaturkan atau menstrukturkan semula pelarasan harga tarif elektrik, di mana kita kena menaikkan harga elektrik di Semenanjung. Dan baru-baru ni di Sabah juga dinaikkan, supaya harga sekilo watt adalah munasabah dan mencerminkan kos gas yang kita gunakan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Saya hendak terangkan juga di sini bahawa walaupun sudah naik harga itu, kalau kita bandingkan puratanya, ia masih kompetitif di pasaran di rantau kita ini. Tidak seperti yang disebutkan oleh satu pihak yang kita naikkan harga itu sebab kita hendak untungkan pihak IPP dan TNB tetapi ini bukan faktanya.

Keduanya Yang Berhormat, kita memang mempunyai satu Jawatankuasa Perancangan untuk permintaan demand side and supply side mengenai elektrik. Dalam satu tahun kita kena bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali, di mana kita memanggil semua pihak untuk menyertai jawatankuasa tersebut supaya kita dapat merancang dan membuat anggaran permintaan di masa akan datang.

Memang betul Yang Berhormat, sebab elektrik itu yang dijanakan di Bakun itu tidak lagi dihantarkan kepada Semenanjung Malaysia, maka apa yang kita sudah anggarkan sebelum ini, yang ambil kira power daripada Bakun itu akan sampai ke Semenanjung itu tidak sampai, dan oleh sebab tidak sampai, kita kena gantinya apa yang kita rancangkan itu dengan loji jana kuasa yang baru yang perlu kita bina. Baru-baru ini kerajaan sudah meluluskan dua lagi loji jana kuasa di Janamanjung dan di Tanjung Bin dengan masing-masing 1,000 megawatt. Maknanya kita akan sampailah tahun 2015, 2016 itu dua loji ini akan siap sebab masa itu tahun 2017 sekurang-kurangnya, sebenarnya Bakun power perlu hantar sampai ke Semenanjung. Akan tetapi dengan keputusan kerajaan untuk tidak hantar lagi elektrik itu daripada Bakun, kita kenalah dan kita terpaksalah menyediakan dua loji jana kuasa baru. Sekian.

Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam Suara Keadilan isu 1 Jun hingga 8 Jun 2010, tajuknya “Hapus subsidi RM20 bilion setahun kepada independent power producer” dengan izin, kata saudara Anwar.

4 DN 11. 7.2011

Soalan saya, apakah benar dikata oleh pihak tertentu bahawa semua syarikat berkenaan dikatakan diberi terma-terma perjanjian yang amat lumayan sehingga memberi kesan kepada prestasi TNB sendiri yang terpaksa membayar mereka berjuta-juta ringgit setiap tahun? Kedua, mohon kerajaan mengemukakan bukti jumlah subsidi yang diberikan kepada syarikat tersebut sepanjang 20 tahun yang lalu? Sekian, terima kasih.

Dato' Sri Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat. Dakwaan yang kononnya kita membela pihak IPP dari segi subsidi ini memang tidak benar. Itu satu dakwaan yang tidak tepat dan saya rasa tidak berasas dan hanya untuk politik. Hakikatnya ialah Yang Berhormat, apabila perjanjian ini dimeterai iaitu yang saya sebut dalam jawapan asal first generasi atau first generation IPP, pada masa itu yang saya hendak terangkan dalam era 1990-an itu, Malaysia tidak ada benchmark, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk kita memasuki atau merundingkan terma-terma IPP yang kita perlu meterai supaya kita dapat pelaburan daripada pihak swasta.

Masa itu kita kena dalam masa yang singkat mendapatkan persetujuan daripada IPP yang saya sebut tadi iaitu YTL, Segari, Genting, Powertek dengan PD Power supaya mereka come on board, dengan izin, supaya mereka akan labur dalam industri ini. Akan tetapi sebelum itu tidak pernah kita ada IPP, hanya TNB sahaja yang buat power generation. Lain-lain orang tidak ada, tetapi kerajaan pada masa itu sebab ada krisis kapasiti penjanaan di dalam negara ini, kerajaan buat satu keputusan yang saya rasa bijak sebab masa itu TNB masa itu dia LLN kalau kita masih ingat, dia tidak mampu untuk membuat pelaburan yang begitu besar supaya kita mencukupi kapasiti.

Oleh sebab itulah keputusan dibuat oleh pihak kerajaan masa itu untuk mendapatkan pelaburan daripada pihak swasta. Kita kenalah – satu, terma-terma tersebut. Bukan saya rasa begitu lumayan dan begitu menguntungkan tetapi kalau kita bandingkan dengan generation yang kedua dan ketiga, memang masa itu generasi yang pertama itu adalah dia punya terma yang lebih baik sedikit, because generasi yang kedua ini dan ketiga itu kita sudah ada benchmark, kita sudah tahu macam mana cara kita rundingkan dengan pihak IPP akan terma-terma yang sesuai

Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, masa itu kita generasi yang kedua dan ketiga itu saya tidak boleh hari ini dalam Dewan ini sebut dia punya angka dan juga inti pati dalam perjanjian itu konsesi itu sebab kita tidak boleh umumkannya.

■1030

Kita tidak boleh umumkannya tetapi saya boleh berikan satu kenyataan bahawa generasi yang kedua ketiga itu memang kita mengawal syarat-syarat yang ketat. Ada juga pihak IPP yang datang kepada saya seumpamanya baru-baru ini di Sabah. Mereka katakan apa sebabnya kita punya syarat yang terlalu keras sampai mereka hendak untung pun susah. Inilah yang saya sebut tadi sebab generasi yang pertama ini kita we are still in the learning process, dengan izin. Masa itu kita tidak ada benchmark, bagaimana kita hendak rundingkan dengan mereka supaya mereka labur, supaya industri kewangan ingin hendak melabur dalam industri.

Itu hakikat yang dahulu tetapi pada masa ini saya rasa dakwaan daripada Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu memang tidak benar. Kita dengan pihak kementerian, pihak EPU, pihak Energy Commission atau Suruhanjaya Tenaga ini, kita memang bekerjasama dengan TNB supaya terma-terma yang kita masukkan dan saya baru sebut tadi dua loji yang baru itu, yang kita tawarkan kepada dua syarikat, kita memang meletakkan terma-terma yang memihak kepada rakyat sebagai consumer. Saya rasa kita memang ambil tanggungjawab ini dengan berat dan kita tahu bahawa kalaulah kita tidak runding perkara-perkara ini dengan baik, maka masa depan apabila terma-terma ini diumumkan kita akan menghadapi masalah daripada pihak rakyat. Sekian, terima kasih.

DN 11.7.2011 5

2. Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, rancangan dan hasrat Kementerian untuk mewujudkan “1Taman 1Padang Sukan” dengan menyediakan tempat bersukan dan dilengkapi peralatan sukan bagi menggalakkan rakyat menjalani aktiviti-aktiviti sukan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan II [Tuan Gan Ping Sieu]: Tuan Yang di-Pertua, cadangan Yang Berhormat Senator untuk mewujudkan “1Taman 1Padang Sukan” adalah satu cadangan yang membina dan akan dipertimbangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan sememangnya berhasrat untuk menyediakan seberapa banyak kemudahan sukan untuk kegunaan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, segala pembangunan infrastruktur sukan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah bergantung kepada peruntukan yang diterima oleh Kementerian Belia dan Sukan. Justeru itu, dengan peruntukan yang diluluskan, KBS telah menetapkan pembinaan Gelanggang Futsal 1Malaysia sebagai satu prioriti ataupun diberi keutamaan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Gelanggang Futsal 1Malaysia ini bukan sekadar untuk kegunaan sukan futsal sahaja kerana ianya juga boleh diguna pakai sebagai gelanggang untuk bola tampar, bola jaring, bola keranjang ataupun bersenam mengikut kesesuaian dan reka bentuk Gelanggang Futsal 1Malaysia masing-masing.

Selain itu, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga Tuan Yang di-Pertua, sejak 2009 kementerian telah membina sebanyak 1,100 buah Gelanggang Futsal 1 Malaysia iaitu di mana setiap DUN...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat cukuplah itu, bagi soalan itu cukuplah setakat itu.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan, dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam.

Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam: Terima kasih. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan atau jelaskan, siapa akan menyediakan kawasan padang sukan dan keluasannya dan siapa akan dipertanggungjawab untuk menjaga tempat ini. Di samping itu, bolehkah saya bertanya adakah dewan orang ramai, tapak permainan kanak-kanak dan kawasan lapang, adakah sama dengan padang sukan?

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih atas soalan tambahan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator. Kalau berkaitan dengan Gelanggang Futsal 1Malaysia, ia sememangnya dijaga atau dikawal oleh Jabatan Belia dan Sukan di peringkat daerah bersama dengan ataupun senang kata, Jabatan Belia dan Sukan di peringkat daerah akan mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa untuk menjaga Gelanggang Futsal 1Malaysia ini di merata tempat.

Berkaitan dengan tapak rekreasi Yang Berhormat Senator. Tapak rekreasi ini – tapak ini bukan kepunyaan Kementerian Belia dan Sukan, ia sememangnya di bawah jagaan ataupun bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Jadi, kebanyakan tapak rekreasi ini yang mengikut pengalaman kita, kebanyakan kerajaan negeri ataupun PBT semasa meluluskan kemajuan taman perumahan biasanya akan rizab tanah lapang untuk tapak rekreasi kanak-kanak ataupun riadah dan jarang akan merizabkan sesuatu tapak itu untuk kegunaan sukan sahaja. Oleh itu, bolehlah dikatakan satu kelemahan yang kita sedang hadapi sekarang. Sekian.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah untuk memenuhi semangat daripada soalan ini dan lebih praktikal sifatnya, tidakkah barangkali lebih baik kalau sekiranya pihak Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran mewujudkan satu sistem satu infrastruktur sukan untuk pelbagai aliran sekolah kerana semangat daripada soalan ini, saya rasa bagaimana supaya kemudahan sukan itu dapat digunakan untuk mewujudkan pergaulan dan interaksi yang lebih produktif antara masyarakat terutama golongan muda.

6 DN 11. 7.2011

Oleh kerana itu saya rasa untuk memenuhi daripada semangat soalan ini ialah supaya Kementerian Belia dan Sukan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan satu infrastruktur sukan untuk pelbagai aliran sekolah di mana pelajar-pelajar-pelajar daripada sekolah pelbagai aliran itu dapat berinteraksi secara lebih sihat dan produktif. Terima kasih.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih di atas cadangan yang dibawa Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus sebentar tadi. Saya bersetujulah sepenuhnya atas cadangan itu. Setakat ini bolehlah dikatakan infrastruktur sukan di dalam kawasan sekolah tidaklah dibuka kepada orang ramai untuk digunakan termasuk juga golongan belia yang minatnya misalannya bidang sukan bola sepak. Apa yang kita menghadapi masalah ialah di kawasan-kawasan bandar ataupun taman-taman perumahan jarang dapat menyediakan sebuah padang bola sepak untuk kegunaan ramai.

Jadi, kadangkala kita menghadapi aduan ataupun permintaan daripada golongan belia supaya dapat bermain bola sepak di kawasan sekolah, itu terpaksa mendapatkan kelulusan khas daripada PBT-PBT berkenaan. Sekian.

3. Datuk Paul Kong Sing Chu minta Menteri Kerja Raya menyatakan, kenapa jalan raya standard di Sabah dan Sarawak dibina dengan kualiti kerja dan bahan binaan yang substandard. Banyak jalan raya yang rosak teruk setelah siap dibina dalam masa setahun.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk merancang, membina dan menyelenggarakan jalan-jalan persekutuan dan lebuh raya di negara ini, Kementerian Kerja Raya sememangnya amat komited bagi memastikan aset negara ini sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan memberikan keselesaan kepada pengguna. Sehubungan itu kualiti pembinaan jalan jaya yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak sebenarnya mematuhi piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan, iaitu melalui Arahan Teknik Jalan JKR yang telah disesuaikan dari standard piawaian antarabangsa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan-jalan persekutuan di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak direka bentuk berdasarkan tempoh ketahanan atau dengan, izin design life selama sepuluh tahun.

■1040

Tempoh tersebut mengambil kira faktor penggunaan sumber kewangan kerajaan secara optimum dan faktor-faktor teknikal yang lain seperti beban gandar piawai, purata trafik harian, kekuatan lapisan tapak dan sub tapak jalan di samping kadar pertumbuhan trafik di sesuatu kawasan. Walau bagaimanapun, sememangnya terdapat kes-kes di mana jalan-jalan persekutuan yang baru dibina telah mengalami kerosakan sebaik sahaja ia dibuka kepada lalu lintas. Ini antara lain disebabkan oleh penggunaan secara intensif oleh kenderaan-kenderaan berat yang melebihi had muatan yang dibenarkan.

Sehubungan itu, antara usaha kementerian ini untuk memastikan kualiti jalan di negara ini sentiasa terpelihara ialah melalui pewartaan Perintah Sekatan Had Berat (Jalan Persekutuan) 1989, Pindaan 2003. Berdasarkan perintah warta ini, had maksimum muatan bagi kenderaan berat telah ditetapkan sebagaimana di Jadual Kedua, Senarai Satu dan Jadual Kedua, Senarai Dua iaitu mengambil kira reka bentuk jalan dan tahap keupayaan struktur jambatan yang sedia ada. Di samping itu, kementerian ini juga sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan aspek undang-undang sentiasa dipatuhi. Sekian, terima kasih.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah nombor satu apakah langkah-langkah kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya untuk meningkatkan kualiti penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan di Sabah dan Sarawak.

DN 11.7.2011 7

Dan nombor dua adakah kerajaan berhasrat untuk menaikkan had maksimum

muatan atau beban ganda bagi kenderaan berat di Sabah dan Sarawak supaya ia setanding dengan jalan-jalan persekutuan di Semenanjung sekali gus dapat mengurangkan kos penghantaran barangan di Sabah dan Sarawak yang lebih tinggi berbanding di Semenanjung. Sekian, terima kasih.

Dato' Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Paul Kong Sing Chu. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan banyak terima kasih kerana Yang Berhormat timbulkan dua masalah iaitu penyelenggaraan jalan dan juga beban gandar di kawasan Sabah dan Sarawak. Sebenarnya ini adalah satu soalan yang amat penting kerana banyak masalah timbul orang tidak faham bagaimana jalan kita di Malaysia ini diselenggara dan juga kita tahu jalan-jalan yang mana rosak sebenarnya dibina satu tahun, ia bukan jalan-jalan yang kita buat. Ada dua jenis jalan di negara kita. Satu, jalan persekutuan di bawah kementerian, ada juga jalan negeri atau jalan PBT dijaga oleh pihak kerajaan negeri.

Saya bagi contoh di Sabah kita ada 29,000 kilometer jalan negeri dan PBT di mana penyelenggaraannya akan dijaga melalui peruntukan MARRIS iaitu Malaysia Road Record Information System di mana kita bagi RM13,500 satu kilometer satu tahun untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri di Sabah. Tahun lepas telah pun diberikan hampir RM400 juta untuk penyelenggaraan dan juga di jalan-jalan persekutuan di Sabah kita ada dua syarikat konsesi untuk menyelenggara jalan-jalan persekutuan iaitu Lintasan Resources di kawasan Pantai Barat dan Gemalai di kawasan timur dengan anggaran tiap-tiap bulan RM2,923 per kilometer di barat dan RM2,659 per kilometer satu bulan di timur.

Jalan-jalan yang rosak selepas dibina memang berlaku tapi saya hendak pastikan ianya di bawah jalan mana kerana kita pakai standard antarabangsa, standard yang boleh dikatakan jalannya boleh tahan selama sepuluh tahun. Kalau kerosakan berlaku dalam tempoh dua tahun pihak kontraktor perlu juga dalam defect liability period kita boleh tanya mereka untuk memperbaiki jalan-jalan tersebut.

Saya ada juga angka bagi Sarawak tapi Yang Berhormat Senator dari Sabah. Dia pun orang Sarawak sebenarnya orang Sibu. Saya bagi maklumat ini kerana saya mahu rakyat tahu di mana jalan-jalan telah pun diselenggarakan melalui MARRIS kah melalui konsesi yang menjalankan penyelenggaraan di Sarawak juga. Di Sarawak kita ada tiga syarikat konsesi di mana zon utara dijalankan oleh pihak Indaya Construction, yang di sentral - itu kawasan Yang Berhormat Senator datang asalnya, ACCM dan di utara dekat Miri adalah PBES Sarawak Work Sdn, Bhd. Ini adalah satu maklumat saya hendak bagi tahu supaya rakyat di Sarawak dan Sabah faham peranan kita.

Untuk jawapan soalan kedua beban gandar memang itu adalah satu exceed load. Exceed load ini kerana di Semenanjung kebanyakan ada di dalam Jadual Satu. Ianya sampai 44 tan tapi di Sarawak dan Sabah oleh kerana walaupun ada jalan yang baik tetapi jambatan-jambatan tidak dapat mematuhi keberatan kenderaan. Kita tetapkan exceed load ke 38 tan sahaja. Inilah maklumat saya hendak bagi kepada Yang Berhormat supaya rakyat tahu kita cuba sedaya-upaya kita untuk menjaga jalan-jalan kita dan untuk keselesaan para pengguna. Sekian, terima kasih.

Tuan Ng Fook Heng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kerosakan jalan ini terutamanya pot hole. Jadi pengguna ini langgar pot hole dan jatuh ataupun kemalangan menimpa, adakah pihak kementerian bertanggungjawab atas kerugian yang dialami oleh pengguna ini. Dengan perkataan lain bolehkah pengguna membawa JKR ke mahkamah? Sekian.

Dato' Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu negara yang bebas boleh buat apa sahaja. Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya ingin mengumumkan kepada Ahli Yang Berhormat yang ada di Dewan ini bahawa bersama-sama kita pagi ini ialah satu delegasi yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Akhmatbek KeldibekoV, Speaker of Jogorky Kenesh Parliament of the Kyrgyz Republic... [Tepuk]

Tuan Yang Terutama Akhmatbek Keldibekov dan delegasinya seramai 28 orang akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia mulai 10 hingga 12 hari bulan. Bagi pihak Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, saya mengalu-alukan kehadiran delegasi ke negara ini.

8 DN 11. 7.2011

Seterusnya semoga kehadiran delegasi Republik Kyrgyz ini dapat mengeratkan lagi persahabatan baik antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Kyrgyz serta ikatan persaudaraan antara kedua-dua negara yang telah sekian lama terjalin kukuh selama ini. Sekian, terima kasih... [Tepuk]

■1050

4. Datuk Hajah Fatimah binti Hamat minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan, sejauh manakah kejayaan penggunaan Program Penjualan Biodiesel Sawit Adunan B5 (Program B5) bagi meningkatkan penggunaan dan penjualan minyak B5 di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II [Dato’ G. Palanivel]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun melaksanakan Program B5 bermula di stesen-stesen minyak di Putrajaya pada 1 Jun tahun ini, Melaka pada 1 Julai tahun ini juga, dan selepas ini program ini akan diperluaskan di Negeri Sembilan dan Selangor. Semua program ini akan dilaksanakan dalam tahun ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri juga di atas kehadiran pada pagi ini dan menjawab soalan. Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kementerian dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang telah berjaya melancarkan biodiesel sawit B5 ini pada awal Jun 2011.

Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang menubuhkan satu badan atau agensi khas berhubung biodiesel sawit B5 ini sebagaimana National Biodiesel Board USA, dan sejauh manakan enam depot petroleum Wilayah Tengah yang berharga RM43.1 juta dapat meningkatkan penggunaan biodiesel sawit B5. Serta selain daripada Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak, apakah tindakan kementerian untuk melaksanakan di negeri-negeri lain.

Bilakah program...

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, cukup. Jangan panjang sangat.

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat: Terima kasih.

Dato’ G. Palanivel: Terima kasih Yang Berhormat atas pujian yang diberikan kepada kementerian saya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini kita tidak ada membuat apa-apa rancangan untuk menubuhkan satu badan khas untuk Program B5. Program B5 ini dilaksanakan di bawah Lembaga MPOB.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini pelaksanaan B5 hanyalah tertumpu di Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia sahaja. Ini kerana mengambil kira kemudahan loji pengadunan minyak diesel B5 hanya terdapat di enam depot di Wilayah Tengah iaitu di Terminal Pulau Indah; Pelabuhan Klang; Pelabuhan Utara Port Klang; Tangga Batu, Melaka; dua loji di Port Dickson dan Dengkil, Selangor.

Kementerian sedang mengkaji dan meneliti secara menyeluruh mengenai potensi pelaksanaan Program B5 di seluruh negara. Program B5 di Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor sepenuhnya mulai tahun ini akan melibatkan penggunaan biodiesel sebanyak 155,440 tan ataupun 178 juta liter setahun. Ini akan menyumbang kepada penjimatan hampir 180 juta liter diesel fosil petroleum. Sekian, terima kasih.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada sedikit soalan iaitu dua soalan tetapi sebelum itu nampaknya Dato’ seperti ‘Amitabh Bachan’ sedikit... [Tepuk] Tahniah.

Soalan pertama saya, apakah komposisi minyak kelapa sawit mentah dan diesel dalam Program B5 ini. Itu pertama. Keduanya, penggunaan ataupun Program B5 ini boleh membantu meningkatkan harga minyak kelapa sawit dan ini menguntungkan pengeluar.

DN 11.7.2011 9

Akan tetapi dalam masa yang sama ia boleh meningkatkan beban kepada pengguna kerana ia boleh menaikkan kadar inflasi. Soalan saya, bagaimanakah kerajaan menguruskan dilema ini atau pun menguruskan delicate balance ini, dengan izin. Terima kasih.

Dato’ G. Palanivel: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, komposisi biodiesel ialah 5 peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum. Ini merujuk kepada ester metil asid lemak yang boleh dihasilkan dari minyak sayuran dan lemak haiwan melalui proses kimia. Apa yang digunakan di Malaysia dikenali sebagai “biodiesel sawit.”

Berkenaan dengan pengguna yang akan dibebankan dengan penggunaan biodiesel ini, saya suka mengumumkan di Dewan yang mulia ini bahawa pengguna tidak terbeban kerana harga B5 sama dengan harga diesel iaitu RM1.80 seliter. Kerajaan sediakan subsidi kepada pengguna bagi diesel B5. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengamalkan pasaran yang terkawal dan harga bahan api seperti diesel ditentukan oleh kerajaan. Kerajaan tetap menetapkan harga diesel adalah sama dengan diesel biasa bagi harga diesel B5. Sekian, terima kasih.

5. Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian bakal dilonggarkan memandangkan peningkatan suhu serta kes jenayah di mana cermin kenderaan dipecahkan semakin meningkat.

Timbalan Menteri Pengangkutan II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kerajaan masih belum bercadang untuk melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian walaupun terdapat cadangan untuk melonggarkan syarat tersebut atas faktor peningkatan suhu dan kes jenayah. Namun kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan agensi-agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Selain itu kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya (MIROS) juga mendapati penggunaan cermin gelap boleh menghalang penglihatan pemandu, dan boleh menjadi punca kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun, kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan untuk memasang cermin gelap atas alasan kesihatan sekiranya diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau jika terbukti adanya ancaman keselamatan.

■1100

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Terima kasih kepada pihak kementerian kerana menjawab soalan saya tadi. Saya ingin tahu mengapakah pembeli kereta terpakai second hand ataupun recon umpamanya MPV-MPV yang sedia ada.

Mereka ini terperangkap dengan keadaan di mana cermin tengah dan juga belakang kereta itu telah sedia kala gelap dipasang siap daripada Jepun lagi. Bagaimana kereta ini boleh lulus ujian Puspakom terdahulu dan jika ini berlaku, apakah pembeli kenderaan ini berhak membawa kes cermin gelap ini ke mahkamah jika kenderaan mereka disaman berhubung dengan cermin gelap di atas technical ground seumpama ini.

Saya juga ingin tahu sebagai Ahli Dewan yang mulia ini, adakah kita juga boleh diberikan kebenaran khas bagi menggunakan cermin gelap. Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Masalah pertama tadi iaitu pembelian kereta terpakai dari negara Jepun misalnya. Kereta ini kadang-kadang pada masa dahulu datang dengan cermin gelap di belakang ataupun di seluruh kereta itu. Akan tetapi sekarang apabila kereta jenis ini telah dibeli dan sebagainya, ianya akan dihantar ke Puspakom dan apabila ini telah diluluskan, ianya akan distamp dengan

10 DN 11. 7.2011

satu cop JPJ yang mana tuan punya kereta ini tidak boleh tukar ataupun mekanik tidak boleh tukar cermin ini kepada cermin gelap selepas ianya melalui pemeriksaan Puspakom.

Pada satu ketika apabila dia hendak hantar kereta ini untuk pemeriksaan ke Puspakom, dia tukar cermin yang gelap itu dan selepas dia lulus di Puspakom tiada cop apa-apa, dia pasang balik cermin hitam ini. Justeru itu, kita dapat cermin-cermin yang hitam, kaca hitam di banyak kereta di negara kita ini. Walau bagaimanapun, JPJ telah mempertingkatkan cara-cara untuk penguatkuasaan ini ianya tidak menjadi halangan kepada sesiapa pun. Sekian.

Soalan kedua Yang Berhormat berkaitan dengan boleh atau tidak kita sebagai tuan punya kereta membawa si penjual ini ke mahkamah, saya tidak pasti akan jawapan ini Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi kalau Yang Berhormat hendak tahu, kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah peraturannya sudah ada, undang-undang sekian lama sudah wujud tetapi saya lihat penguatkuasaannya masih lemah. Soalan saya ialah di Labuan contohnya, masih terdapat pengguna jalan raya melanggar peraturan tanpa berasa takut akan tindakan undang-undang. Mungkin terdapat penjenayah yang mengambil kesempatan dalam hal ini. Juga saya mendapati hanya JPJ yang menguatkuasakan peraturan ini. Jika ada sekatan jalan raya yang melibatkan operasi bersepadu iaitu JPJ, PDRM dan Alam Sekitar, barulah ianya diberi perhatian. Jika tidak, PDRM hanya memandang ringan akan isu cermin gelap ini kerana mungkin...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Fokus mereka lebih...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan tambahan. Soalan.

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Ya, ini soalan saya. Memandang ringan akan isu cermin gelap ini kerana mungkin fokus mereka lebih kepada isu jenayah. Mohon penerangan kementerian. Terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. JPJ ataupun Kementerian Pengangkutan tidak pernah memandang rendah ataupun memandang ringan kesalahan-kesalahan yang melibatkan ataupun yang akibat cermin gelap ini. Oleh sebab itu, dari semasa ke semasa kita dapatkan cadangan seperti Yang Berhormat buat ini untuk kita memperbaiki ataupun meningkatkan penguatkuasaan dari semasa ke semasa seperti yang saya telah sebutkan tadi.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun ini hingga bulan April, kita telah pun mengambil tindakan ke atas 296 buah kereta yang berkaca gelap ini di seluruh Malaysia. Pada tahun 2010 dari bulan Januari kepada bulan Disember, kita telah mengambil tindakan kepada 2,473 buah kereta dan ianya termasuk semua negeri di Malaysia. Itu termasuk di Labuan dan juga Sabah, Sarawak. Tahun 2009 Tuan Yang di-Pertua, kita telah mengambil tindakan ke atas 1,330 buah kereta.

Ini bermakna dari setahun ke setahun penguatkuasaan ini akan meningkat. Pada tahun ini kita haraplah dengan adanya tindakan seperti ini, penyalahgunaan cermin ataupun kaca gelap di kereta ini akan menurun pada satu masa kelak. Sekian, terima kasih.

6. Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, langkah-langkah kementerian dalam menangani masalah kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru dan Labuan Kedua Malaysia-Singapura baru-baru ini supaya tidak menjejaskan industri pelancongan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Senator Tan Sri Tee yang mengemukakan pertanyaan tersebut. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, dalam memperkasakan pemantauan warga asing, kerajaan telah melaksanakan National Foreigners Enforcement and Registration (Biometrics) System (NERS) atau Sistem

DN 11.7.2011 11

Penguatkuasaan dan Pendaftaran (Biometrik) Warga Asing yang telah dilaksanakan di 69 pintu-pintu masuk negara bermula 1 Jun 2011.

Melalui pelaksanaan sistem biometrik, kerajaan dapat merekodkan data biometrik warga asing yang terdiri daripada kategori pelawat, pekerja asing dan pemegang pas jangka panjang di semua pintu masuk darat, laut dan udara negara. Ini akan meningkatkan kecekapan untuk mengesan, mengesahkan identiti dan status warga asing bermulanya kemasukan, pergerakan, keberadaan dan pelepasan dari negara ini.

Kementerian mengambil maklum akan kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar di SI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor pada hujung minggu. Namun begitu, kementerian telah mengenal pasti masalah dan penambahbaikan yang diperlukan yang kini sedang dilaksanakan. Antara usaha penyelesaian yang giat dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) meningkatkan kapasiti komputer, pengubahsuaian kaunter bagi membolehkan capaian mudah peralatan finger print scanner kepada pelawat di dalam kenderaan dan beberapa perubahan melibatkan prosedur pelaksanaan serta sistem operasi;

(ii) menggiatkan promosi kemudahan Malaysia Automated Clearance System (MACS) kepada warga negara Singapura. Ini bagi membolehkan mereka menikmati fast clearance tanpa perlu mengambil biometrik berulang kali, mengisi kad IMM.26 dan tanpa perlu endorsement kepada pasport;

(iii) mendapatkan kerjasama anggota RELA dan polis trafik untuk membantu sebagai pemandu arah trafik bagi kawalan masuk kenderaan ke dalam ICQS; dan

(iv) memastikan semua kaunter urusan keluar masuk imigresen sentiasa dibuka untuk menampung keperluan kemasukan pelawat yang tinggi di waktu puncak.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa menyokong dasar kerajaan untuk mempertingkatkan sektor pelancongan. Sehubungan itu, semua pelan tindakan penambahbaikan yang direncanakan ini sedang dilaksanakan serta secara berperingkat dan memerlukan perhatian khusus menerusi kerjasama dan komitmen dari pelbagai pihak. Kementerian komited untuk terus memantau dan menambah baik pelaksanaan sistem biometrik dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada kesesakan serta mengurangkan kelewatan berlaku di PSI dan KSKB. Sekian, terima kasih.

■1110

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya dalam isu ini ialah kesesakan di Tambak Johor dan Jambatan Kedua Singapura ini sentiasa berlaku, bukan sahaja di hujung minggu. Saya berasal dari Johor. Isunya ialah kedua-dua jambatan ini iaitu Tambak Johor dan Jambatan Kedua ini telah tidak mencukupi untuk menampung keperluan lalu lintas, bukan sahaja pelancong malahan pekerja-pekerja daripada Johor Bahru ke Singapura setiap hari. Soalan saya, adakah kerajaan mempunyai cadangan yang serius untuk menambah jambatan ketiga untuk menghubungi Singapura dan Johor Bahru, sama ada tunnel ataupun jambatan bengkokkah dan sebagainya. Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan mengenai tambahan jambatan itu adalah terkeluar daripada soalan asal. Terima kasih.

7. Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) semua tuntutan bertindih yang aktif yang melibatkan Malaysia; dan

12 DN 11. 7.2011

(b) status setiap tuntutan bertindih tersebut.

Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim di atas soalan yang dikemukakan. Seperti yang telah saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini pada sesi persidangan yang lalu, Kerajaan Malaysia sentiasa memberikan perhatian yang khusus kepada isu tuntutan bertindih iaitu kawasan maritim dan persempadanan maritim.

Usaha-usaha sentiasa diambil bagi menyelesaikan isu tuntutan bertindih dan menentukan sempadan maritim di antara Malaysia dengan negara-negara jiran yang berkaitan. Berhubung dengan isu pulau dan kawasan perairan yang dituntut oleh Malaysia seperti yang telah saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini pada sesi persidangan yang lalu, Malaysia telah menerbitkan satu peta pada 21 Disember 1979. Peta tersebut menunjukkan sempadan perairan wilayah (territorial waters) dan pelantar benua (Continental Shelf Malaysia) dan pada peta 1979 merupakan manifestasi tuntutan perairan wilayah dan pelantar benua oleh Malaysia sebagai miliknya.

Berdasarkan kepada peta Malaysia 1979, kawasan maritim yang dituntut oleh Malaysia bertindih dengan kawasan maritim yang dituntut oleh Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina dan juga Vietnam.

Sehingga kini Malaysia telah menandatangani beberapa perjanjian persempadanan maritim dengan Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Dalam masa yang sama Malaysia turut menerima pakai perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani seperti The Treaty of Paris 1898 di antara Amerika Syarikat dengan Sepanyol serta UNCLOS, American Treaty 1933 yang ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom yang menentukan sempadan maritim di antara Malaysia dan Filipina di kawasan perairan Sabah. Walau bagaimanapun, wujud kawasan maritim di mana belum ada sebarang perjanjian ditandatangani seperti di kawasan Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat Singapura dan juga Laut Sulawesi.

Pada masa ini, Malaysia sedang di dalam perundingan dengan Indonesia dalam menentukan sempadan maritim di antara kedua-dua negara di kawasan Laut Sulawesi dan Laut Selat Singapura melibatkan sempadan perairan wilayah, pelantar benua dan zon ekonomi eksklusif. Sehingga kini, 19 buah Mesyuarat Teknikal telah diadakan dan Mesyuarat Teknikal Ke-20 akan diadakan pada suku ketiga tahun ini. Malaysia dan Indonesia juga sedang melaksanakan proses penandaan sempadan darat di antara kedua-dua negara yang melibatkan kawasan di antara Sarawak dan Kalimantan.

Tuan Yang di-Pertua, rundingan bagi menentukan sempadan maritim mengambil masa yang panjang kerana ia melibatkan perbincangan berhubung dengan aspek-aspek geografi, teknikal dan undang-undang yang kompleks. Sungguhpun perundingan mengambil masa yang lama, Malaysia adalah komited untuk menyelesaikan isu perbatasan sempadan secara perundingan atau perbincangan dua hala berlandaskan undang-undang antarabangsa dan mencapai penyelesaian yang muktamad dan saksama. Malaysia yakin rundingan dua hala merupakan langkah terbaik untuk mencapai penyelesaian yang saksama di dalam pembatasan sempadan maritim di antara Malaysia dengan negara-negara jiran yang terlibat dan rujukan kepada pihak ketiga seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau Tribunal Timbang Tara adalah merupakan opsyen yang terakhir di dalam mencapai penyelesaian. Sekian, terima kasih.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang komprehensif itu. Jadi saya tidak ada lagilah apa-apa yang hendak bertanya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tunku. Yang Berhormat, terima kasih.

8. Tuan Boon Som a/l Inong minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah benar suntikan pelalian human papilloma virus (HPV) bagi mencegah kejadian kanser serviks boleh memberi kesan sampingan yang memudaratkan, termasuk maut seperti yang didakwa oleh sesetengah media di Barat. Malah beberapa pertubuhan bukan kerajaan

DN 11.7.2011 13

(NGO) tempatan pernah membantah pelaksanaan pelalian ini. Adakah kementerian telah melakukan penyelidikan terperinci sebelum keputusan melaksanakannya dibuat.

Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Liow Tiong Lai]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia membuat keputusan untuk memperkenalkan vaksin HPV setelah mengkaji mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin tersebut dalam pencegahan kanser serviks. Keputusan untuk memperkenalkan vaksin HPV telah diteliti oleh pakar-pakar pelbagai bidang kesihatan melalui Jawatankuasa Teknikal Imunisasi Kebangsaan pada tahun 2008.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf vaksin HPV berkesan bagi mengelakkan jangkitan virus HPV yang menyebabkan 90 peratus dari kanser serviks di seluruh dunia dan vaksin ini adalah selamat untuk digunakan. Pada masa ini vaksin HPV digunakan di lebih dari 31 buah negara di dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, Itali dan Singapura. Kesan sampingan yang dilaporkan berlaku selepas pelalian HPV adalah sekitar 0.6 peratus dan majoriti dikaitkan dengan kesan sampingan yang ringan seperti dilaporkan dengan penggunaan vaksin-vaksin yang lain. WHO telah menganalisis data-data kesan sampingan yang dilaporkan berkaitan dengan vaksin HPV yang diperoleh dari sistem pemantauan di Eropah serta Amerika Syarikat dan mendapati tiada peningkatan kesan sampingan akibat pemberian pelalian HPV.

Siasatan ke atas kes-kes kematian di Eropah dan India telah mendapati tiada bukti saintifik yang mengaitkan antara pelalian HPV dengan kematian-kematian tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif bagi memastikan semua kesan sampingan akibat pelalian HPV dipantau melalui sistem pemantauan yang efisien termasuklah membangunkan sistem rujukan bagi merawat kes-kes kesan sampingan berkaitan.

Pada tahun 2010, daripada jumlah 231,071 orang murid yang menerima pelalian HPV, hanya 0.2 peratus atau 894 orang murid dilaporkan mengalami kejadian kesan sampingan yang ringan iaitu pening sebanyak 34.7 peratus, loya sebanyak 17.3 peratus, muntah sebanyak 12 peratus, sakit kepala sebanyak 7.7 peratus dan sakit di tempat suntikan sebanyak 6.4 peratus.

Sukacita ditekankan di sini bahawa semua kesan sampingan ini ada juga bagi vaksin-vaksin yang lain. Penerimaan dari ibu bapa dan murid adalah sangat menggalakkan dengan peratusan penerimaan setinggi 95 peratus. Sekian.

■1120

Tuan Boon Som a/l Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Menteri yang memberi jawapan yang begitu baik sekali. Soalan tambahan saya adalah mengapakah pelajar-pelajar perempuan diberi dan yang disuntik pelalian HPV di sekolah diberikan satu senarai semak kesan sampingan. Kalau tidak ada sampingan kenapa diberi borang bermacam-macam penyakit seperti sakit kepala, loya, dan sebagainya? Bukankah ini bermaksud pelalian HPV itu memberikan kesan sampingan yang memudaratkan? Ini kerana sudah diketahui umum bahawa jangkitan kanser serviks hanya boleh meluar melalui hubungan seks bebas lebih-lebih lagi kerap bertukar pasangan. Apakah itu sahaja jalan terbaik yang kerajaan ada untuk menghalang penularan masalah kanser pangkal rahim?

Sejauh manakah orang ramai diberikan kefahaman mengenai kesan-kesan sampingan ini sebelum mereka membuat keputusan untuk membenarkan anak mereka diberi suntikan HPV ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Ya, Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang saya jelaskan tadi bahawa kesan sampingan itu bukan sahaja daripada pelalian vaksin HPV. Kalau kita beri vaksin yang lain juga mempunyai kesan sampingan yang lebih kurang sama.

Itu adalah impak dari segi vaksin dan kita telah mengkaji dengan teliti bahawa kesan sampingan itu ringan dan ia telah dapat kita atasi dengan cepat. Bagi murid-murid yang ingin mengambil vaksin HPV ini kita ada memberi consent form kepada mereka untuk mendapat consent daripada ibu bapanya dan kita juga hendak mereka catat sama ada apa-apa alergi terhadap mana-mana vaksin sebelum ini.

14 DN 11. 7.2011

Di samping itu, selepas vaksin ini diberi, pelalian diberi, kita juga beri dia satu borang untuk mengisi selepas sekiranya ada apa-apa kesan sampingan sila catatkan dan kita akan buat follow-up untuk memastikan semua penjagaan yang rapi diberi kepada anak-anak kita. Saya ingin tegaskan di sini bahawa sehingga ini memang tidak ada.

Tahun 2010 lebih kurang 231 murid, 2011 lebih kurang 292,000 murid telah pun diberi pelalian dan tidak ada masalah yang besar kita hadapi. Oleh itu, saya ingin hendak tegaskan di sini bahawa Kementerian Kesihatan akan terus maklumkan kepada orang ramai bahawa pelalian ini adalah satu pelalian yang berkesan untuk mengelakkan kanser serviks, effectivenessnya meningkat lebih kurang 98 percent efficacy against HPV on 16 and 18. Memang dalam HPV ini ada banyak stereotype more than hundred stereotype. Akan tetapi thirteen stereotype yang bahaya antara yang paling banyak dikesan dalam negara kita is 16 and 18.

Oleh itu kita beri vaksin ini more than 70 percent of this cervical cancer is on 16 and 18 juga dapat kita kurangkan dengan kadar yang berkesan. Akan tetapi saya juga hendak maklumkan kepada orang ramai bahawa apabila dapatkan HPV vaccination, kita juga perlu menjalankan pap smear. Ia tidak bererti apabila kita telah dapatkan pelalian HPV, 16 and 18 well to immune all cervical cancer. Kita juga perlu membuat pap smear untuk mengelak daripada kanser serviks daripada stereotype yang lain. Sekian, terima kasih.

9. Puan Doris Sophia ak Brodi minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan menyatakan, langkah-langkah kementerian memberi keutamaan penduduk luar bandar dan pedalaman di Sarawak dan Sabah yang terpaksa berbelanja lebih bagi membeli barang asas keperluan harian selaras dengan Kempen Penurunan Harga yang dilancarkan oleh kementerian baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, Kempen Penurunan Harga merupakan inisiatif kementerian dengan kerjasama industri peruncitan bagi membantu kerajaan dalam meringankan beban perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat. Kempen ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008 di seluruh negara. Sehingga Julai tahun ini sebanyak 96 organisasi atau syarikat atau syarikat atau persatuan supermarket dan hypermarket telah melaksanakan Kempen Penurunan Harga dengan peratus penurunan harga dari dua peratus hingga 83 peratus. Produk yang terlibat pula adalah barang keperluan asas seperti ayam, daging, ikan, sayuran, makanan kering, minuman dan lain-lain.

Selain itu, bagi membantu penduduk luar bandar dan pedalaman di Sabah juga Sarawak mendapatkan bekalan barang terkawal pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan dan barangan keperluan lain pada harga yang berpatutan. Kementerian mengadakan Projek Pengedaran Barangan Perlu dan Penyeragaman Harga (LPG) serta petrol dan diesel dengan izin, community drumming yang telah dianjurkan sejak tahun 2009. Sehingga Jun tahun ini, projek tersebut telah dilaksanakan sebanyak 799 kawasan iaitu sebanyak 338 kawasan di pedalaman Sabah, 402 kawasan di pedalaman Sarawak, dan 59 kawasan di pedalaman Semenanjung. Sebagai contoh, harga LPG sebelum perlaksanaan projek harga LPG di Bario iaitu satu pergunungan di Sarawak mencecah sehingga 110 satu tong.

Selepas pelaksanaan projek tersebut, penduduk Bario dapat membeli LPG pada harga RM26.60 setong iaitu harga yang sama seperti yang dijual di bandar. Terima kasih.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada pihak kementerian atas jawapan yang bernas. Namun saya ingin bertanya juga sedikit, selaras dengan hasrat kerajaan atau pun kementerian untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik, bermutu, dan juga harga yang rendah.

Saya ingin bertanya, apakah kementerian ataupun kerajaan bercadang untuk membuka Kedai Serba Guna 1Malaysia ataupun Restoran 1Malaysia yang mana barang-barang atau pun makanan-makanan boleh dijual sama harga dengan yang terdapat di Semenanjung? Ini kerana pada pendapat saya jika ini dapat dilaksanakan, ia mungkin boleh menjadi langkah permulaan yang berkesan untuk menangani isu harga mahal

DN 11.7.2011 15

barang-barang runcit di pedalaman Sarawak. Saya mohon pendapat kementerian. Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih saya ingin ucapkan kepada Yang Berhormat Senator Puan Doris Sophia ak Brodi. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, Kedai Rakyat 1Malaysia ini yang baru dilancarkan minggu lepas iaitu di Stesen LRT di Kelana Jaya. Memang Yang Berhormat kami hendak mengembangkan Kedai Rakyat 1Malaysia ini tetapi kita bermula dahulu di Stesen LRT di Kelana Jaya sementara kita mencari tempat yang sesuai khasnya untuk penduduk-penduduk yang memerlukan, penduduk yang berpendapatan rendah, dan sebagainya. Sebenarnya Kedai Rakyat 1Malaysia ini Yang Berhormat adalah satu kedai yang menyediakan puratanya memang harga yang sangat berpatutan sebab memandangkan sebenarnya kedai ini menjual hanya jenama 1Malaysia. Bermakna kalau milo itu tidaklah milo dalam kedai itu tetapi mungkin minuman bercoklat.

■1130

Oleh sebab selama ini kita membeli jenama, jadi oleh yang demikian kita akan mengadakan lebih banyak lagi termasuk di Sabah dan Sarawak. Jadi kedai Rakyat 1Malaysia ini iaitu kedai yang no frills..., dengan izin, no frills good bermakna tiada berjenama. Memanglah Yang Berhormat termasuk di Sabah dan di Sarawak. Jadi masa ini kita tengah mencari tempat yang sesuai dan juga anchor yang kita boleh untuk kita membekalkan barang-barang jenama 1Malaysia.

Bagi menu 1Malaysia pula, sekarang ini Yang Berhormat saya ingin memaklumkan bahawa 728 penyertaan telah kita terima dari seluruh negara. Di sini kedai ini ia menyediakan kita namakan menu rakyat 1Malaysia. Ia menyediakan menu yang hanya berharga untuk makanan pagi, sarapan pagi RM2 untuk Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak RM2.50 sen. Boleh bersarapan sudah. Bermakna ada makanan dan juga minuman. Jumlah RM2.50 sen.

Bagi makan tengah hari di Semenanjung harganya RM4 akan tetapi di Sabah dan Sarawak RM5. Ini disebabkan mahal sikitlah barang ini datang. Jadi ini disediakan memanglah seperti Yang Berhormat katakan untuk meringankan beban rakyat kita yang mungkin pendapatan mereka tidak mampu untuk menampung keperluan sebegini. Jadi memang dari semasa ke semasa kita mencari jalan Yang Berhormat untuk meringankan bebanan rakyat. Inilah Kerajaan Barisan Nasional... [Tepuk].

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah beberapa tahun lepas kerajaan ada mensasarkan beberapa kedai untuk diletakkan kedai harga patut. Adakah dengan perkembangan kenaikan harga barang sebagaimana ini kedai harga patut ini akan menurunkan harga-harga sebagaimana yang telah dipersetujui dengan pihak kementerian, satu.

Kedua, adakah pihak kerajaan bercadang untuk memberikan harga yang lebih murah kepada pengusaha-pengusaha kantin bagi memastikan harga-harga makanan yang dinikmati oleh pelajar sekolah lebih murah berbanding dengan harga di luar. Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Jadi memang apa-apa program kementerian memang diteruskan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kempen penurunan harga dan juga kedai harga patut ini memang diteruskan dan kita tidak ada tarikh dari segi setahunkah ia berkuat kuasa, setahun dua tahun. Dia diteruskan. Jadi bermakna semua kempen yang kita jalankan ini kita memerlukan supaya kedai-kedai yang hendak menurut serta, dia sentiasa memaklumkan kepada kementerian melalui portal dan juga ada pergilah ke pejabat yang berdekatan.

Ini di mana kita juga maklum bahawa mereka ingin menyertai diri di dalam semua program yang kita jalankan iaitu kedai harga patut, kempen menurun harga dan sebagainya. Jadi ianya tidak ada dihadkan dari segi tempoh masa. Bermakna ianya berterusan dan setiap kali kedai harga patut ini kita akan pantau. Selagi dia memenuhi syarat, bermakna ia akan sentiasa dipaparkan sebagai kedai harga patut yang kita setiap

16 DN 11. 7.2011

tahun kita akan senaraikan dan kita meletakkan di dalam semua akhbar, media dan juga pada masa yang sama di portal.

Bermakna sesiapa pelanggan akan datang dia tahu mana kedai harga patut. Memang kita pantau. Pada masa yang sama macam dalam kempen penurunan harga ini memang kita galakkan mana-mana organisasi yang ingin turut serta mereka hendaklah memohon supaya kita dapat tahu bahawa berapa harga sebelum dan berapa harga selepas kempen ini dijalankan, di mana venues hendak dijalankan supaya kita juga dapat memantau. Ini disebabkan kadang-kadang kita tidak mahu organisasi atau pekedai-pekedai ini dia masuk kempen akan tetapi lepas itu dia menyeleweng. Bila sudah dapat klien itu dia naikkan harga.

Yang Berhormat mengenai kantin tadi Yang Berhormat saya pun tertarik. Jadi Yang Berhormat harga-harga kedai lebih murah di kantin-kantin sekolah kita berharap kalau dengan mendapat sumber-sumber asas ini untuk dia berjual di kantin bahawa dapatlah juga dia menurunkan harga. Akan tetapi itu terpulang kepada Kementerian Pelajaran sebab mereka yang memantau kantin-kantin sekolah. Kami berharaplah mereka turut sertalah untuk menurunkan harga-harga untuk rakyat. Terima kasih.

10. Puan Hajah Noriah binti Mahat minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, jumlah warga tua yang menginap di rumah Seri Kenangan di seluruh negara dan apakah langkah-langkah bagi memastikan warga emas di seluruh negara dapat memberi sumbangan kepada negara dalam menuju negara maju berpendapatan tinggi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil]: Waalaikumsalam. Bismillahhir Rahmannir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua kerajaan mengambil berat tentang isu warga emas di negara ini. Bilangan warga emas di Malaysia adalah seramai lebih kurang 2.1 juta orang iaitu 7.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Bilangan ini dijangka meningkat sejajar dengan peningkatan taraf kesihatan penduduk. Jangka hayat penduduk pula dijangka meningkat daripada 72.6 tahun pada tahun 2010 kepada 74.2 tahun pada tahun 2020 bagi lelaki manakala bagi perempuan pula daripada 77.5 tahun kepada 79.1... [Tepuk] Tahun untuk tempoh masa yang sama.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Selain daripada itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengunjurkan Malaysia akan menjadi sebuah negara tua atau aged nation pada tahun 2030, apabila penduduk yang berumur 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. Dalam hal ini Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan Rumah Seri Kenangan untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas yang daif.

Sehingga 31 hari bulan Mei tahun ini, terdapat sebanyak sembilan buah Rumah Seri Kenangan di seluruh negara yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada seramai 1,942 orang penghuni. Selain daripada Rumah Seri Kenangan, kementerian telah menubuhkan 22 buah pusat jagaan harian warga emas menerusi kerjasama strategik dengan beberapa NGO’s yang memberi manfaat kepada sejumlah 16,331 warga emas di seluruh negara.

Peruntukan kewangan sebanyak RM733,260 telah disalurkan kepada NGO terbabit sepanjang tahun 2010. Di samping itu kementerian telah menggubal beberapa dasar seperti Dasar Warga Emas Negara dan juga Pelan Tindakan Warga Emas serta memberi bantuan kebajikan masyarakat kepada warga emas untuk meneruskan kehidupan mereka secara bermaruah dalam komuniti serta memberi bantuan kewangan kepada NGO untuk melaksanakan pelbagai program di peringkat akar umbi.

DN 11.7.2011 17

Saya hendak maklumkan bahawa kementerian telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.65 juta tahun sudah kepada 19 buah NGO warga emas. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kita telah pun memberikan bantuan kebajikan masyarakat kepada warga emas yang miskin dan memerlukan. Seramai 120,496 warga emas telah menerima bantuan orang tua sepanjang tahun, sekian lama di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk tahun sudah tahun 2010 kita telah pun membelanjakan peruntukan sebanyak RM422 juta. Bukan satu peruntukan yang kecil. Sejumlah RM422 juta.

Jumlah penerima bantuan orang tua ini merupakan 30 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tahun 2010. Manakala peruntukan yang dibelanjakan oleh kerajaan adalah 35 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tahun 2010. Berdasarkan faktor ini adalah amat jelas bahawa pihak kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dalam membela dan memperjuangkan hak warga emas di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua sebagai persediaan negara untuk memberi kesejahteraan kepada golongan warga emas, perkhidmatan kesihatan adalah amat penting. Sehubungan dengan itu negara memerlukan seramai tidak kurang daripada 700 orang pakar geriatric pada tahun 2020. Saya gembira kerana Menteri Kesihatan pun ada di sini, yang bersesuaian dengan nisbah yang ideal dengan jumlah penduduk Malaysia pada tahun tersebut.

■1140

Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia pada masa kini hanya mempunyai seramai 21 orang sahaja pakar geriatrik iaitu termasuk lapan orang yang khusus pada bidang psiko-geriatrik. Justeru, bidang geriatrik ini wajar diterokai sebagai satu industri baru dalam bidang perubatan.

Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa pihak kementerian kita akan terus memperjuangkan agenda pembangunan warga emas supaya semua lapisan masyarakat memahami akan peranan yang perlu mereka mainkan. Dalam hal ini, tanggungjawab menjaga ibu bapa dan golongan warga emas sewajarnya dipikul oleh semua pihak termasuklah anak-anak serta keluarga masing-masing. Mereka perlu berbuat sedemikian dengan mengimbangi kerjaya dan komitmen kepada keluarga dan masyarakat. Langkah ini adalah seiring dengan budaya murni masyarakat negara ini yang menghormati dan menyayangi warga emas kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi Dewan yang mulia ini mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan pada pagi ini... [Tepuk] Soalan tambahan Puan Hajah Noriah binti Mahat.

Puan Hajah Noriah binti Mahat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab sebentar tadi.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana sering datang untuk menjawab soalan di dalam Dewan Negara ini. Inilah satu contoh yang terbaik dan perlu diikuti oleh Menteri-menteri yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana telah melancarkan Pelan Tindakan Warga Emas bagi memaksimumkan potensi warga emas dalam sama-sama menyumbangkan pada pembangunan negara dan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat. Soalan tambahan saya, sejauh manakah program ini – ia dapat sampai ke pengetahuan rakyat?

Adakah kerajaan bercadang memberikan insentif tertentu bagi menggalakkan penubuhan pusat jagaan orang tua swasta, yang menyediakan prasarana yang lebih baik dan dikendalikan berdasarkan modul serta program yang disediakan oleh kerajaan agar ilmu dan pengalaman mereka dapat dimanfaatkan oleh generasi seterusnya? Terima kasih.

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak maklumkan bahawa mengikut rekod kerajaan, kita telah mula mewujudkan Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995 dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara pula

18 DN 11. 7.2011

mulai tahun 1998. Akan tetapi untuk menentukan bahawa dasar dan pelan ini terkini dan juga kita membuat persiapan untuk masa hadapan, untuk menghadapi negara kita yang menua ini, maka kementerian pada 5 Januari 2011, kita telah menggubal semua dasar dan pelan tindakan ini dan mendapat kelulusan daripada Kabinet. Maknanya, dasar dan pelan ini – kita baru masuk dalam lima bulan sahaja.

Saya ingin maklumkan bahawa insya-Allah, cara kita untuk membantu warga emas seperti mana Yang Berhormat katakan tadi, kita akan mengupayakan ramai lagi stakeholders, masyarakat sivil untuk membantu kementerian, NGO-NGO yang lain dan expert groups yang lain untuk membantu kementerian memberikan perkhidmatan dan juga pembangunan untuk warga emas yang terbaik. Jadi, jawapan saya, insya-Allah kita sedang membuat persiapan terutama bersama-sama dengan Perbendaharaan supaya apabila pengumuman dibuat untuk bajet tahun ini akan datang, harapan kami adalah akan ada beberapa inisiatif dan insentif untuk mengupayakan lebih ramai lagi kita membantu warga emas yang ada di negara kita ini.

Jadi, terima kasihlah. Saya harap bahawa apabila ia menjadi kenyataan, pelan kami menjadi kenyataan, dapat kita implementasikan di peringkat akar umbi, ia akan membawa manfaat kepada sekian ramai warga emas di Malaysia ini.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin hendak menambah soalan seperti berikut, warga emas yang dihantar ke rumah-rumah kebajikan, kita tahu ada dua kategori, bukan?

Satu kumpulannya dihantar ke sana untuk sementara waktu oleh anak-anak mereka dan satu lagi kumpulan lagi yang permanent, yang hidup sebatang kara, tidak ada waris. Jadi, kita hendak tahu setakat ini, adakah angkanya itu meningkat atau tidak untuk kedua-dua kategori ini? Terima kasih.

Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil: Yang Berhormat, pada masa ini oleh kerana kita hanya ada sembilan buah sahaja Rumah Seri Kenangan dan kita mengikut katil dan juga keperluan yang ada, jadi kita tidak mampu untuk mengambil lebih ramai lagi. Ini kerana ramai daripada mereka ini berada dalam keadaan yang daif. Saya selalu membuat lawatan di Rumah Seri Kenangan ini. Kadang-kala kita merasa amat menyayat hati apabila kita lihat keadaan mereka. Ramai daripada mereka sebatang kara. Tidak ada sesiapa pun yang membuat lawatan. Sebatang kara betul-betul. Apabila saya pergi buat lawatan, saya rasa hancur hati saya apabila melihat seolah-olah mereka ini tidak ada keluarga. Jadi, kita memberikan tumpuan 100 peratus kepada mereka yang dapat masuk di Rumah Seri Kenangan.

Akan tetapi, oleh kerana kita juga ada program bersama NGO iaitu di Pusat Jagaan Harian Warga Emas, maka angka ini meningkat setiap tahun. Saya sudah minta kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya pada tahun ini kita akan tingkatkan lagi peruntukan yang diberikan kepada NGO terutama mereka yang mewujudkan pusat harian untuk warga emas kerana ini akan membantu meringankan beban di atas Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi, ya, pada tahun ini, insya-Allah akan ada peningkatan daripada bantuan yang kita beri melalui bantuan yang kita berikan kepada NGO-NGO. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa amat mencemburui kita, maka setakat ini sahaja pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERIHAL DAGANGAN 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

DN 11.7.2011 19

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” [ 7 Julai 2011]

Timbalan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

11.48 pg.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu bagi pihak kementerian, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perihal Dagangan Tahun 2011. Rang undang-undang ini merupakan suatu rang undang-undang yang penting bukan sahaja untuk melindungi kepentingan pengguna malah juga menyediakan platform bagi menggalakkan perniagaan dan perdagangan yang lebih beretika.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai sembilan orang Ahli Yang Berhormat telah turut serta dalam perbahasan ini iaitu terdiri daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat, Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor, Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Yang Berhormat Senator Datuk Paul Kong Sing Chu dan Yang Berhormat Senator Puan Doris Sophia ak Brodi.

Sejumlah 39 buah soalan telah diutarakan dengan merangkumi lapan isu kesemuanya, melibatkan pensijilan halal, barang tiruan, penyiaran iklan, jualan murah, tarikh luput barangan, aktiviti gores dan menang, isu mengenai cap dagangan dan hak harta intelek yang lain. Terakhir sekali adalah isu-isu perundangan yang berbangkit di dalam rang undang-undang ini. Bagi menggulung perbahasan rang undang-undang ini, saya akan menjawab kesemua soalan yang berbangkit mengikut isu-isu berkenaan. Terdapat juga soalan yang ditanyakan di mana adalah di luar ruang lingkup rang undang-undang ini seperti isu mengenai penyeludupan petrol dan diesel, ketidakseragaman harga barangan dan isu-isu yang di bawah bidang kuasa kementerian lain.

■1150

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu halal iaitu pertamanya dibangkit pelbagai logo halal ke atas produk-produk yang tidak mendapat kelulusan halal dan di mana untuk diberikan perhatian oleh kerajaan agar pengguna tidak terkeliru. Di bawah undang-undang sedia ada, penggunaan logo halal yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang lain tidak dilarang asalkan pengesahan bagi makanan yang dibuat itu betul-betul halal mengikut hukum syarak dan selepas penguatkuasaan rang undang-undang ini, kerajaan akan hanya mengiktiraf logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri sahaja, selepas ini penggunaan logo-logo lain sebagai pengesahan halal tidak lagi dibenarkan.

Satu lagi persoalan iaitu mengenai JAKIM perlu mengambil langkah proaktif di dalam menangani kes logo halal dan tidak seharusnya menunggu aduan daripada pihak awam bagi membolehkan tindakan diambil.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini JAKIM membuat pemantauan melalui dua kaedah. Pertama, pemantauan berkala iaitu dengan membuat pemeriksaan mengejut kepada mana-mana sijil halal secara berjadual dan kedua, berdasarkan aduan dan pemeriksaan yang dijalankan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan atau agensi-agensi lain yang berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan dan juga Kementerian Kesihatan.

Mengenai logo halal pada ubat-ubatan, pemberian sijil dan...

20 DN 11. 7.2011

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada sedikit pertanyaan berkenaan dengan makluman yang diberitahu tadi berkenaan dengan bahawa selepas pada hari ini hanya sijil JAKIM dan sijil daripada Majlis Agama Islam Negeri sahaja yang dibenarkan, jadi adakah ini menyebabkan kesemua pengusaha ataupun pemilik yang telah pun mengeluarkan sijil halal daripada syarikat swasta kana dibatalkan sijilnya, bagaimana kedudukan tentang barang-barang yang telah pun disahkan melalui syarikat-syarikat terbabit dan yang ketiga berkenaan dengan barang-barang yang dibawa masuk yang mendapat sijil pengesahan halal daripada negara-negara lain, adakah mereka perlu meminta daripada JAKIM dan juga kerajaan negeri bagi mendapatkan ataupun memasarkan sebagai produk yang halal di Malaysia. Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat kita akan menggunakan tarikh tempoh, bermakna yang sekarang ini yang ada telah mempunyai tarikh tempohnya, katalah tarikh tempohnya pada Januari, jadi kita menunggu tarikh tempoh dan selepas tarikh tempoh itu tamat, mereka tidak akan diiktirafkan lagi, ini bermakna secara automatik ia pergi kepada JAKIM dan MAIN, bermakna sekarang ini mana-mana pengusaha, dia harus mengetahui bahawa rang undang-undang ini akan dikuatkuasakan dengan secepat mungkin, insya-Allah. Jadi mereka tengok tarikh luput logo halal mereka yang ada dan mereka harus selepas ini berurusan hanya dengan JAKIM dan MAIN untuk renew, untuk memperbaharui.

Begitu juga dari segi barang-barang yang lain, sama juga di mana selepas kita meluluskan rang undang-undang ini hanya autoriti yang ada untuk mengeluarkan sijil halal ini hanya kepada JAKIM dan MAIN atau majlis agama di negeri-negeri. Akan tetapi kita juga mengetahui ada yang masih sah sehingga tempoh expiry, jadi kita berharap tempoh ini mereka memang telah membuat persiapan untuk renew, jadi kali ini kalau mereka hendak memperbaharui mereka mesti pergi kepada JAKIM atau MAIN sahaja, dan syarikat yang sebelum ini iaitu tujuh, lapan syarikat itu yang mengeluarkan itu telah tidak dibenarkan lagi selepas kita menguatkuasakan rang undang-undang.

Ini termasuk juga barang-barang tadi yang dikatakan halal oleh syarikat itu sama juga di mana kita Yang Berhormat kena menggunakan bila tarikh luputnya kerana sebelum ini telah ada setiap dia tahun, jadi kita kena memastikan bahawa apabila sampai sahaja tarikh luput habis, dia mesti renew dan autoriti hanya kepada JAKIM dan MAIN, ya Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya pohon sedikit penjelasan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi adakah ini akan menyentuh bidang kuasa dan perlembagaan dari sudut Jadual Kesembilan di mana hak mengenai Islam ini di bawah kerajaan negeri bukankah akta ini hanya perlu berkuat kuasa di kawasan Wilayah Persekutuan sahaja dan dari segi implikasinya, sekiranya hanya MAIN ataupun JAKIM sahaja yang boleh mengeluarkan sijil halal dan adakah kerajaan akan menetapkan fi bagi memastikan keseragaman halal untuk sesebuah syarikat mendapatkan sijil dan adakah kerajaan akan memastikan semua negeri akan mempunyai enakmen halal bagi melaksanakan perkara tersebut.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Untuk makluman Yang Berhormat, ini bukan di Persekutuan sahaja Yang Berhormat, ini merangkumi seluruh negara.

Sebab itulah JAKIM dan juga Majlis Agama Negeri-negeri, kerana ini bersama dan kerana di negeri-negeri memang perkenan negeri itu penting Yang Berhormat, jadi apabila rang undang-undang ini diluluskan ia akan berkuat kuasa di seluruh negara, tetapi yang menjadi banyak keraguan selama ini adalah sewenang-wenangnya sahaja syarikat yang mengeluarkan logo halal di mana kita tidak pasti logo halal itu ada tetapi kita tidak pasti barang itu betulkah halal.

Jadi sekarang dengan menetapkan autoriti hanya kepada JAKIM dan MAIN di peringkat negeri, jadi kita boleh memberikan sepenuh kuasa kepada JAKIM dan MAIN untuk menentukan kehalalan barang yang ada di dalam kedai-kedai yang menggunakan logo halal, sebab ini banyak aduan yang kita terima Yang Berhormat. Dari segi kos dan sebagainya, itu adalah ditentukan oleh JAKIM Yang Berhormat dan JAKIM sendiri akan

DN 11.7.2011 21

menentukan berapa fi-fi yang berkaitan ada di dalam rang undang-undang ini, ada peraturan sampingan yang akan dibincangkan selepas kita meluluskan rang undang-undang ini.

Sebenarnya Yang Berhormat, kita sudah mendapatkan kelulusan daripada semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri untuk kita menyelaraskan dari segi kehalalan Yang Berhormat sebutkan tadi, kita telah mendapat perkenan supaya ini menimbulkan satu kekeliruan lagi dan kita hendak memastikan bahawa ia betul-betul jika dikatakan halal itu telah menggunakan logo halal memang betul-betullah halal Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya teruskan mengenai isu halal itu lagi tetapi sekarang ini mengenai logo halal pada ubat-ubatan pula. Pemberian sijil dan logo halal kepada ubat-ubatan adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Sehingga kini JAKIM hanya dibenarkan memberikan sijil halal kepada ubat tradisional, makanan tambahan kesihatan dan produk farmaseutikal yang terjual di kaunter tanpa memerlukan preskripsi doktor. Jadi kalau ubat yang di dalam list farmaseutikal itu Kementerian Kesihatan lah yang autoriti yang mengetahuinya tetapi yang lain ini JAKIM juga.

Mengenai penggunaan nama-nama yang haram ke atas produk halal seperti yang digunakan nama halal itu di “bak kut teh” dan “bir halal”, JAKIM tidak akan mengeluarkan sijil dan logo halal kepada nama-nama yang berkaitan dengan nama-nama haram seperti, ”bak kut teh”, ”bir”, ”bakon”, “ham”, “rum” dan lain-lain. Semua ini bertentangan dengan piawaian halal yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Mengenai apakah peraturan dan sejauh mana usaha JAKIM di dalam pengeluaran sijil halal, semua permohonan yang diterima oleh pihak JAKIM akan disemak dan akan diteliti berdasarkan dokumen-dokumen yang telah disyaratkan kepada pemohon. Selepas pembayaran dibuat pemeriksaan di lapangan akan dilakukan dan pemohon perlu mengikuti prosedur dan standard yang ditetapkan seperti Prosedur Persijilan Halal dan Standard Malaysia. JAKIM juga pada ketika ini sedang meningkatkan kapasiti sistem pensijilan halal dan telah pun menetapkan piagam pelanggan, pengeluaran sijil iaitu 30 hari daripada tarikh pembayaran yuran permohonan. Jadi insya-Allah kita berharap juga sedemikian, kalau dapat kurang lagi pun lagi baguslah tetapi dia sudah ada satu piagam iaitu dia menetapkan bahawa 30 hari.

■1200

Mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak yang mengeluarkan sijil halal palsu, pihak-pihak yang mengeluarkan sijil halal palsu boleh dikenakan tindakan di bawah seperti di bawah fasal 16 kerana membuat penyataan palsu tentang kelulusan sesuatu perkhidmatan.

Sekarang ini saya masuk kepada isu barang tiruan. Persoalannya, mengapakah barangan tiruan masih ada di pasaran? Isu mengenai barangan tiruan atau produk lancung atau dengan izin, counterfeited goods adalah merupakan isu tumpuan bahagian penguat kuasa di kementerian. Memandangkan ia melibatkan obligasi antarabangsa Malaysia yang dituntut di bawah triti-triti yang telah disertai oleh negara ini.

Sehubungan dengan itu tindakan secara ex-officio atau proaktif sentiasa dijalankan bagi membanteras barangan tiruan di samping mengambil tindakan berlandaskan aduan-aduan daripada tuan punya cap dagangan.

Walaupun tindakan penguatkuasaan dijalankan secara konsisten, namun barang tiruan masih diperolehi di pasaran kerana mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai dan peniaga-peniaga mempunyai pelbagai rangkaian untuk mendapatkan bekalan barang tiruan tersebut termasuklah penyeludupan dari negara jiran. Sungguhpun tindakan penguatkuasaan diambil, pendakwaan kes-kes ini sukar dilakukan apabila tuan punya pemilik cap dagangan tidak membantu di dalam membuat pengesahan barangan mereka. Ada juga kes di mana tuan punya cap dagangan tidak berminat untuk melindungi cap dagangan mereka yang dilancungkan. Walau apapun jua, kementerian sentiasa meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan penjualan barangan tiruan dan

22 DN 11. 7.2011

akan terus mempergiatkan kempen bagi menyedarkan pengguna mengenai hak-hak intelek.

Mengenai apakah langkah kerajaan untuk memastikan barangan yang diimport di Malaysia adalah tulen? Dari sudut perundangan, akta-akta berkaitan harta intelek telah mengadakan peruntukan-peruntukan mengenai kawalan sempadan atau dengan izin, border measures bertujuan untuk mengekang kemasukan produk lancung dari memasuki pasaran Malaysia. Adalah merupakan satu kesalahan sekiranya mana-mana orang membekalkan atau memasarkan produk-produk lancung ke dalam pasaran Malaysia. Dari sudut penguatkuasaan, pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan pihak kastam untuk menghalang barangan tiruan dibawa masuk ke negara ini.

Mengenai bagaimana suatu perihal dagangan disahkan palsu? Mana-mana tindakan yang diambil atas kes perihal dagangan palsu, perlulah dibuktikan melalui analisis-analisis pakar barangan tersebut seperti analisis kimia oleh Jabatan Kimia. Keterangan daripada pakar-pakar daripada Jabatan Kimia, akan digunakan dalam peringkat pendakwaan bagi tujuan pembuktian kes. Manakala sesuatu barangan palsu disahkan melalui pengesahan pihak tuan punya cap dagangan kerana dari aspek pembuktian, hanya pemilik cap dagangan dapat membuat pengesahan tentang ketulenan sesuatu produk yang disokong dengan dokumen-dokumen pemilikan cap dagangan.

Mengenai isu iklan – dipersoalkan di sini. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan syarikat yang membuat iklan membayar cukai 15 peratus kepada pihak kerajaan? Untuk makluman, peraturan atau undang-undang berkaitan pembayaran cukai untuk iklan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di bawah undang-undangnya iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sehubungan dengan itu, kementerian ini tidak dapat memantau sejauh mana syarikat benar-benar membayar cukai iklan sebanyak 15 peratus kerana ia tidak terletak di bawah bidang kuasa kementerian ini.

Mengenai persoalan iaitu selepas rang undang-undang ini diluluskan, bagaimana penguatkuasaan iklan dilaksanakan? Kementerian akan menjalankan pemantauan ke atas iklan-iklan bagi menentukan kesahihan iklan-iklan yang disiarkan. Pada masa yang sama, kementerian mengalu-alukan aduan daripada orang ramai jika mereka mencurigai kebenaran sesuatu iklan. Aduan tersebut akan disiasat mengikut peruntukan yang terdapat di bawah rang undang-undang ini dan sekiranya didapati kesalahan telah dilakukan, maka tindakan undang-undang akan diambil ke atas penyiar iklan tersebut.

Mengenai sama ada kementerian mempunyai Unit Khas untuk memantau iklan di internet? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memandang serius mengenai isu penipuan iklan yang dibuat melalui internet. Sehubungan dengan itu, satu Unit Khas telah ditubuhkan di bahagian penguat kuasa kementerian khusus bagi pemantauan dan penyiasatan kesalahan-kesalahan yang dilakukan melalui internet. Unit Siasatan Internet Forensik kementerian, menjalankan tugasnya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan juga Cyber Security Malaysia.

Sekarang saya sampai ke isu jualan murah. Dipersoalkan benarkah potongan 70 peratus yang diletakkan menunjukkan jumlah 70 peratus barangan yang dijual, dan bukannya potongan harga 70 peratus?

Penandaan “potongan 70 peratus” yang dipamerkan di dalam kedai sewaktu jualan murah adalah menunjukkan jumlah potongan harga barangan tersebut. Setiap kali aktiviti jualan murah diadakan, peniaga perlu menghantar notis kepada kementerian bersama-sama dengan senarai barangan yang akan terlibat dalam jualan murah berserta dengan harga asal enam bulan sebelum dan ketika jualan murah berlangsung. Peniaga juga perlu mempamerkan harga-harga tersebut untuk makluman pengguna.

Selain daripada itu, salah satu syarat kelulusan jualan murah didakan iaitu jumlah peratusan barangan yang terlibat dengan jualan murah tersebut mestilah sekurang-kurangnya 70 peratus. Bermakna jualan murah ini merangkumi jualan murah 70 peratus daripada barang di dalam kedai tersebut.

Mengenai apakah maksud jualan murah? Bagaimana kementerian memantau aktiviti jualan murah kerana aktiviti jualan murah ini tidak bermusim dan diadakan

DN 11.7.2011 23

sepanjang tahun? Harga jualan murah ertinya, harga barang-barang yang dalam perdagangan atau perniagaan ditunjukkan dengan apa cara, kurang daripada harga barang itu yang ditawarkan, atau dibekalkan sebelumnya. Harga murah tersebut adalah harga yang terendah yang ditawarkan selama 28 hari berturut-turut dalam tempoh enam bulan. Ketika menjalankan jualan murah, peniaga bertanggungjawab untuk menentukan barang-barang yang dijual mempunyai kualiti, boleh dagang dan sesuai atau layak untuk tujuannya dengan izin, fit for purposes. Kementerian akan melakukan pemeriksaan sebelum, semasa jualan murah tersebut diadakan.

Mengenai berapa lama tempoh pihak pasar raya boleh menguar-uarkan aktiviti Malaysia on Sales melalui iklan-iklan yang terdapat di jalan raya, akbar dan sebagainya. Di bawah Akta Perihal Dagangan sedia ada, jualan murah dibenarkan untuk diadakan sebanyak lapan kali setahun. Iaitu tiga kali ditetapkan oleh pihak kerajaan, dan lima kali ditentukan oleh peniaga sendiri. Setiap kali aktiviti jualan murah diadakan, peniaga perlu menghantar notis kepada kementerian. Kementerian akan melakukan pemeriksaan sebelum dan semasa jualan murah tersebut diadakan untuk memastikan tiada penipuan dilakukan oleh peniaga.

Namun demikian, tempoh pengiklanan jualan murah tersebut perlulah mengikut ketetapan yang dibuat di bawah rang undang-undang ini. Sekiranya didapati mana-mana peniaga menyiarkan iklan palsu mengenai jualan murah, tindakan boleh diambil di bawah fasal 18 rang undang-undang ini.

Mengenai isu tarikh luput, persoalan yang dikemukakan...

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Yang Berhormat, saya...

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

■1210

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan soalan yang saya kemukakan sebelum ini ialah berkaitan dengan harga. Sebagai contohnya jaminan harga terendah yang diletakkan sebagai satu moto di satu-satu pasar raya dalam negara kita. Jadi, dalam konteks ini bila mereka meletakkan slogan dijamin harga terendah itu, bilakah tarikh bermula dan bilakah tarikh berakhir yang dibuat pemantauan oleh pihak kementerian? Bukan soal ada sale atau tidak ada sale. Akan tetapi sekarang ini, seolah-olahnya itu jaminan mereka setiap hari. Jadi, kalau jaminan mereka setiap hari, bagaimanakah cara pihak kementerian memantau harga tersebut? Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Yang Berhormat, harga jaminan...kempen penurunan harga atau harga rendah ini tidak sama dengan sale Yang Berhormat. Jadi, ini memang bahagian kami di bahagian perniagaan kita memastikan bahawa bila dikatakan ini kempen penurunan harga, jadi ia juga ada cara-caranya dikatakan berapa banyak barang-barangnya. Di sini sekurang-kurangnya 30 peratus barang dalam kedai itu mengikut padanya harga yang diturunkan iaitu tadi saya menjawab daripada 2 peratus hingga 83 peratus.

Akan tetapi itu bukan di bawah jualan murah. Jualan murah ini dia mesti memohon dan kita hendak mengetahui harga sebelum, harga selepas, berapa lama, semua itu mesti diterangkan dengan jelasnya. Selepas itu bahagian penguat kuasa akan memantau. Jadi, ini Yang Berhormat memang ada juga di dalam peruntukan fasal 14. Yang Berhormat lawyer-lawyer ini bukan..., Yang Berhormat tengok fasal 14 ya?

Jikalau didapati juga Yang Berhormat, ada yang menipu harga ini, jadi tindakan juga boleh. Jadi, oleh sebab itu Yang Berhormat rang undang-undang ini begitu penting sebenarnya sebab banyak yang sebelum ini dengan izin, loosed end yang you know yang banyak penyelewengan boleh digunakan. Jadi kita cuba atasi dengan rang undang-undang ini. Oleh sebab itu sangat penting kalau kita dapat memastikan bahawa rang undang-undang ini kita dapat disegerakan supaya pengguna kita memang sentiasa dilindungi. Terima kasih Yang Berhormat.

24 DN 11. 7.2011

Mengenai tarikh luput, ditanya bolehkah kerajaan menghalang penjualan barangan yang belum lagi melebihi tarikh luputnya tetapi sudah hampir-hampir dengan tarikh luput. Saya rasa ini Yang Berhormat Senator Puan hajah Dayang bertanya. Jadi, tarikh luput merupakan salah satu perihal dagangan seperti mana yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini iaitu di fasal 6(1)(h). Sekiranya peniaga menipu tentang tarikh luput, contohnya tarikh luput asal barang tersebut dipadam oleh peniaga dan diletakkan tarikh luput yang baru. Dipadam ini. Sebenarnya sudah luput dan dibubuh tarikh luput yang baru, maka ia adalah satu kesalahan di bawah rang undang-undang ini.

Akan tetapi, sekiranya peniaga masih menjual barangan yang telah tamat tempohnya, maka ia adalah kesalahan di bawah seksyen 9, Akta Pelindungan Pengguna 1999 – ada satu lagi akta. Ini bermakna boleh juga digunakan. Dari segi undang-undang, peniaga hanya melakukan kesalahan sekiranya menipu tarikh luput dan menjual barangan yang telah tamat tempohnya sahaja. Tiada kesalahan bagi peniaga yang menjual barangan yang masih belum tamat. Ha, masih belum tamat ini tiada kesalahan.

Jadi, katalah tarikh luputnya belum sampai walaupun tarikh luputnya hanya tinggal satu minggu atau satu hari, bermakna dia tidak salah sebab ia belum tamat tarikh luputnya. Jadi dalam hal ini, pengguna sendiri perlu bijak memilih barangan. Dia kena tengok, dia kena teliti, berhati-hati meneliti keadaan barangan tersebut sebelum membeli. Jikalau tengok tinggal satu hari, satu hari itu memang sudah teruk sangatlah, tinggal satu minggu pun kalau dapat kita galakkan jangan membeli. Bermakna ini terpulang. Akan tetapi dari segi kesalahan dia belum bersalah sebab dia bermakna tempoh itu masih ada walaupun tinggal satu hari, itu bezanya. Akan tetapi, kalau memadam, bermakna sudah luput tetapi dia padam, itu memang menipu dan memang ada dalam rang undang-undang ini.

Isu gores dan menang...

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Yang Berhormat, boleh saya mencelah?

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Silakan.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas keterangan tadi. Akan tetapi yang saya timbulkan juga soalan hari itu ialah fasal kandungan barangan itu. Jikalau tarikh luputnya hampir tinggal sehari kah atau seminggu kah, adakah kandungan barangan terutama sekali barangan makanan itu masih baik ataupun sudah rosak dari segi mutunya, itu kita hendak pastikan tempoh tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Kalau ia sudah rosak mungkin boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Boleh Yang Berhormat terangkan. Terima kasih.

Soal tarikh luput itu dan undang-undang itu perkara lain. Apa yang kita hendak pastikan ialah dari segi kandungan barangan itu khususnya barangan makanan ataupun minuman sama ada ia masih diguna pakai, tidak memudaratkan kesihatan pengguna ataupun sebaliknya. Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham sebab dari segi kesalahan itu tadi sebab selagi tempoh itu belum tamat bermakna dia tidak salah.

Akan tetapi Yang Berhormat, terima kasih atas keraguan Yang Berhormat itu. Kita boleh Yang Berhormat juga mengambil katakanlah didapati bahawa walaupun belum habis tempoh, tetapi kita meragui kandungan ini Yang Berhormat Senator Hajah Dayang ingin utarakan. Jadi Yang Berhormat, kesalahan ini boleh kita ambil sebenarnya di bawah seksyen 9 iaitu dari segi Perintah Perihal Dagangan kerana dikatakan tadi fit for purpose, dengan izin. Tadi kan ada disebut fit for purpose bermakna kita boleh mengambil kerana ia tidak elok sudah untuk dimakan, bermakna boleh diambil di bawah seksyen 9.

Jadi, ada juga Yang Berhormat, keraguan Yang Berhormat itu boleh diambil kira. Walaupun belum tamat tarikh luput, tetapi kita meragui dari segi kandungannya itu memang sudah dirasakan sudah tidak elok untuk dimakan. Terima kasih Yang Berhormat, bermakna ada juga dikandung di dalam seksyen 9.

Gores dan menang – mengenai aktiviti peraduan gores dan menang iaitu mengganggu orang ramai di tempat awam. Peruntukan mengenai larangan gores dan

DN 11.7.2011 25

menang yang memperdayakan pengguna diperuntukkan di bawah fasal 20 di dalam rang undang-undang ini. Bagi mengawal aktiviti gores dan menang, pihak kementerian akan mengadakan satu peraturan di bawah rang undang-undang ini bagi mewajibkan pendaftaran kesemua bentuk peraduan permainan dan aktiviti gores dan menang yang ditawarkan kepada pengguna agar ia dapat dipantau oleh kementerian dan diharap dapat menghapuskan aktiviti gores dan menang yang memperdayakan pengguna. Bermakna kita minta didaftarkan di kementerian ini supaya mudah lagilah kita memantau.

Mengenai isu cap dagangan, patent dan copyright, ditanyakan di sini bagaimana status penyertaan Malaysia dalam treaty berkaitan copyright. Ditanyakan juga mengenai status penyertaan Malaysia dalam Berne Convention, Paris Convention dan sebagainya dan apa kelebihan yang dinikmati Malaysia setelah kita memberikan komitmen dalam treaty ini. Malaysia adalah merupakan salah satu negara yang menandatangani konvensyen treaty serta perjanjian mengenai harta intelek di peringkat antarabangsa seperti berikut:

(i) Viper Convention pada Januari 1989;

(ii) Paris Convention for the Protection of Industrial Property, Januari 1989;

(iii) Berne Convention for the Protection of Literaly and Artistic Works, Oktober 1990;

(iv) TRIPS Agreement pada Januari 1995;

(v) Patent Cooperation Treaty pada Ogos 2006;

(vi) NICE Agreement Concerning the International and Clasification of Goods and Services for the Purposes of the Registration of Marks pada September 2007; dan

(vii) Vienna Agreement iaitu pada September 2007.

Dengan menjadi salah satu negara signatory kepada perjanjian-perjanjian di atas, maka Malaysia mempunyai kelebihan di mana negara diiktiraf sebagai negara yang mempunyai aspek perundangan dan perlindungan harta intelek yang selari dengan undang-undang antarabangsa di samping memberikan keyakinan kepada pelabur asing.

Mengenai isu iaitu usaha kementerian untuk meningkatkan tahap kefahaman peniaga tentang cap dagangan. Kempen-kempen secara berkala sentiasa diadakan oleh kementerian dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran peniaga terhadap isu-isu cap dagangan dan perlindungan harta intelek secara amnya.

Mengenai fungsi pendaftaran cap dagangan dan paten di bawah Akta Cap Dagangan 1976, pendaftaran cap dagang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 36, berfungsi sebagai bukti prima facie pemilikan cap dagang di dalam prosiding undang-undang.

■1220

Manakala pemunya paten yang berdaftar di bawah Akta Paten 1983, mempunyai hak-hak eksklusif untuk mengeksploit reka cipta yang telah dipatenkan untuk menyerahkan atau memindahkan paten itu dan untuk membuat kontrak-kontrak berlesen.

Ditanya pula sekiranya satu perbadanan melakukan aktiviti jualan barangan tiruan, pekerja dan pengurusnya pada waktu kesalahan dilakukan dituduh bersama. Sekiranya satu perbadanan atau syarikat dipertuduh di mahkamah kerana melakukan kesalahan menjual barangan tiruan, pekerja yang menjual dan juga pengarah serta pengurusnya boleh dikenakan tindakan atas kesalahan yang sama.

Fasal 65 rang undang-undang ini memperuntukkan sekiranya sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah rang undang-undang ini seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya yang terlibat dan bertanggungjawab dengan hal ehwal

26 DN 11. 7.2011

pengurusan pertubuhan perbadanan tersebut boleh dipertuduhkan secara berasingan atau bersama dengan perbadanan pertubuhan tersebut.

Sekiranya pertubuhan perbadanan tersebut didapati bersalah, maka individu-individu yang dinyatakan tersebut juga boleh disabitkan bersalah melainkan individu-individu ini dapat membuktikan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan tersebut adalah di luar pengetahuan, persetujuan atau kawalannya.

Ditanya juga berapakah kuantiti barangan untuk eksperimen penyelidikan pasaran. Adakah kuantiti barangan ini dipantau oleh kerajaan. Di bawah fasal 58 rang undang-undang ini, memperuntukkan mengenai eksperimen penyelidikan pasaran dan merupakan peruntukan yang sama diambil di bawah seksyen 37, Akta Perihal Dagangan 1972 yang sedia ada. Rang undang-undang ini tidak menetapkan kuantiti barangan yang perlu diadakan bagi menjalankan eksperimen penyelidikan pemasaran dan ianya tidak dipantau oleh kerajaan.

Fasal 58 rang undang-undang ini memperjelaskan sekiranya suatu penyelidikan pemasaran dibuat, ianya tidak tertakluk kepada mana-mana arahan penandaan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 11, dan tidak akan dikenakan tindakan sekiranya produk tersebut tidak menepati perihal dagangan yang dinyatakan atas produk tersebut. Walau bagaimanapun, pengecualian di atas hanya terpakai apabila butiran penyelidikan pasaran tersebut diperjelaskan secara terperinci kepada orang ramai atau peserta yang menyertai eksperimen penyelidikan tersebut dan sekiranya peserta tidak menerima apa-apa wang atau balasan lain bagi menyertai eksperimen penyelidikan tersebut.

Satu lagi persoalan iaitu mengapakah reward kepada pemberi maklumat perlu dipohon oleh pendakwa raya. Bolehkah pemberi maklumat ini menerima reward jika tiada permohonan reward dibuat? Ganjaran untuk memberi maklumat ini diperuntukkan di bawah fasal 66, di dalam rang undang-undang ini. Ganjaran perlu dipohon oleh pegawai pendakwa dari mahkamah kerana maklumat mengenai pemberi maklumat yang membawa kepada sabitan adalah terdapat di dalam kertas siasatan. Kertas siasatan merupakan fail sulit dan individu yang mempunyai akses kepada maklumat di dalam kertas siasatan tersebut adalah pegawai pendakwa ataupun pegawai yang mengendalikan perbicaraan kes tersebut.

Oleh yang demikian, hanya pegawai pendakwa sahaja yang tahu pemberi maklumat yang mana yang telah benar-benar membantu sehingga membawa kepada sabitan. Ganjaran pemberi maklumat ini diambil daripada denda yang dikenakan oleh mahkamah ke atas....

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: [Bangun]

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Sekejap Yang Berhormat. ...Ke atas tertuduh. Ganjaran ini hanya boleh dibayar kepada pemberi maklumat atas arahan mahkamah sahaja. Sekiranya terdapat permohonan daripada pegawai pendakwa. Sila Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpaksa memohon maaf kerana banyak kali bangun tetapi terpaksa sebab perkara ini memerlukan penjelasan. Pertama tadi melibatkan eksperimen penyelidikan pasaran. Jadi sekiranya syarikat terbabit tidak perlu mohon dari pihak kementerian untuk menjalankan mana-mana eksperimen penyelidikan pasaran, ini bererti mereka terbuka dari sudut mereka boleh sebarkan perkara tersebut dan apabila dipantau atau dicekup oleh penguat kuasa menggunakan seksyen ini untuk melepaskan diri, kerana hanya yang perlu tadi maklumat daripada orang ramai dan juga penyata terperinci daripada orang yang dikehendaki menjalani eksperimen.

Jadi dalam konteks ini saya hendak tanya, adakah dalam konteks ini seksyen 58 ini mewajibkan kepada semua pihak yang ingin mengadakan eksperimen penyelidikan pasaran perlu memohon terlebih dahulu daripada kementerian sebelum menyebarkan perkara tersebut kepada orang ramai. Pertama.

Kedua berkaitan dengan seksyen 66 apabila saya sebut tentang soalan atas permohonan pegawai pendakwa, yang dimaksudkan di sini ialah adakah ini bererti dengan

DN 11.7.2011 27

automatik sekiranya ada kes yang diadukan di mahkamah dan dapat disabitkan kesalahan tersebut. Ertinya secara automatik ada rakyat yang akan terima ganjaran berdasarkan kepada maklumat ini yang diberikan dengan permohonan daripada pegawai pendakwa.

Saya bimbang ialah ada atau tidak kes-kes yang mungkin berlaku, pegawai pendakwa tidak memohon kepada mahkamah untuk memastikan bahawa sebahagian daripada jumlah denda itu diberikan kepada pengadu? Memang IO akan dapat maklumat tentang siapakah yang memberikan maklumat, tetapi dalam konteks ini apabila disebut atas permohonan pegawai, soalan saya satu sahaja iaitu adakah ini bererti secara automatik mana-mana orang yang mengadu sekiranya kes itu disabitkan, mereka akan terima sebahagian daripada denda atau ini hanya berlaku maknanya di sana ada pengecualian. Maknanya walaupun mereka beri maklumat tertuduh didapati bersalah, pihak kerajaan ataupun pihak pendakwa tidak memohon untuk memberikan sebahagian daripada denda tersebut kepada pemberi maklumat sebagai ganjaran. Adakah di sana terdapat sebarang exception ataupun ini secara automatik berlaku. Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Ini menjadi lebih teknikal Yang Berhormat. Lagi jauh perjalanan kita, lebih teknikal. Yang Berhormat, tadi mengenai eksperimen penyelidik pasaran itu, dikatakan tadi tidak wajib untuk memohon kepada kementerian tetapi sebenarnya masih juga tertakluk kepada Akta Perlindungan Pengguna sekiranya barang tersebut menjejaskan pengguna Yang Berhormat.

Jadi kita berbalik sebab tidak perlu memohon kerana kadang-kadang peniaga ini banyak yang dia hendak research Yang Berhormat. Jikalau setiap kali dia kena mohon, buatnya kita lambat dan sebagainya tetapi kita melihat the end product dan itulah kita hendak membuka ruang supaya kita juga boleh memantau dari segi Akta Pelindung Pengguna, memastikan bahawa produk ini tidak menjejaskan pengguna Yang Berhormat.

Jadi mengenai reward ini Yang Berhormat, saya pun tadi Yang Berhormat bertanya apa sebenarnya makna ini. Saya tadi puas hati juga keterangan yang diberi sebelum Yang Berhormat bertanya, sebab saya kata bermakna kita bukan mohon untuk kelulusan reward, tetapi sebenarnya kita mohon supaya ditentukan orang yang kita hendak berikan ganjaran itu yang sebenar atau tidak. Sebab saya kata, mula-mula saya ingatkan memohon reward, tetapi dia kata hendak menentukan orang itu betul-betul yang sepatutnya kita reward sebab ini fail-fail sulit dan sebagainya, mereka yang tahu.

■1230

Jadi atas persoalan Yang Berhormat, jadi reward ini Yang Berhormat, diberikan berdasarkan merit maklumat tersebut dan bukan automatik. Ia on the merit dan tidak automatik. Akan tetapi Yang Berhormat, saya memang berterima kasih sangatlah Yang Berhormat sebab saya tahu Yang Berhormat begitu serius dalam hal ini dan ini yang kita hendak Yang Berhormat. Sebab apa? Ini nanti adalah untuk memastikan bahawa perlindungan kepada pengguna ini lebih mantap. Oleh sebab itulah rang undang-undang ini kita perlu mempercepatkan Yang Berhormat.

Oleh sebab kementerian kami ini – ada lah satu hari itu dikatakan kenapa special sangat ini. Akan tetapi sebenarnya begitu banyak di dalam ini Yang Berhormat untuk melindungi lebih baik lagi kepada pengguna. Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang ini sampai kepada isu tafsiran perkhidmatan dalam fasal 2. Adakah termasuk perkhidmatan profesional, bagaimana pula dengan peguam dan lain-lain yang mana sudah mempunyai akta sendiri, dan akta mana yang akan terpakai. Ini ada juga ditanya. Pemakaian rang undang-undang ini yang melibatkan kesalahan-kesalahan perihal dagangan palsu dan amalan-malan perdagangan yang tidak beretika adalah juga terpakai kepada perkhidmatan profesional. Walau bagaimanapun, sekiranya akta yang mengawal selia profesion tersebut telah memperuntukkan peruntukan spesifik mengenai perihal dagangan palsu dan amalan perdagangan yang tidak beretika, akta tersebut akan mengatasi rang undang-undang ini. Ini berdasarkan prinsip undang-undang iaitu dengan izin, special provision prevail over general provision.

Walau apapun jua, Legal Profession Act 1976 yang mengawal selia profesion peguam tidak mempunyai peruntukkan mengenai perihal dagangan palsu dan amalan perniagaan tidak beretika sebagaimana yang diperuntukkan di bawah rang undang-undang

28 DN 11. 7.2011

ini. Oleh yang demikian, mana-mana peguam yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah rang undang-undang ini.

Mengenai ciri-ciri cap dagangan yang dilarang, seksyen 14, Akta Cap Dagang 1976 memperuntukkan ciri-ciri cap dagang yang dilarang iaitu:

(i) mengelirukan orang awam;

(ii) scandalous or offensive;

(iii) contrary to law;

(iv) prejudicial to the interest or security of the nation; dan

(v) distinctive, and generic.

Mengenai exclusive right sewenang-wenangnya ditiru dan bagaimana kementerian menangani masalah ini. Fasal 8 diwujudkan untuk membanteras kegiatan menghasilkan atau menggunakan cap dagangan berdaftar pada barangan tiruan supaya pihak kementerian dapat mengambil tindakan dari segi penguatkuasaan dan pendakwaan.

Isu di bawah perundangan ditanya oleh Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz iaitu adakah tribunal baru akan ditubuhkan untuk menguatkuasakan rang undang-undang ini. Tiada tribunal baru diwujudkan khas untuk menguatkuasakan Akta Perihal Dagangan ini. Jadi kita menggunakan apa yang ada.

Jadi itulah di antara isu-isu yang telah dibangkitkan di dalam perbahasan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyumbangkan idea, yang mengutarakan persoalan-persoalan supaya kami di peringkat kementerian dan pegawai-pegawai saya, kita boleh meneliti dari segi peraturannya nanti. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 71 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PINDAAN) 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

12.38 tgh.

DN 11.7.2011 29

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussein]: Tuan Yang di-

Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011 iaitu suatu akta untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengumumkan insentif cukai bagi industri petroleum huluan (upstream) pada 30 November 2010. Tujuan insentif tersebut adalah untuk menggalakkan pelaburan bagi meningkatkan pengeluaran petroleum negara. Fokus insentif adalah membantu mengurangkan kos kendalian industri petroleum huluan bagi menarik minat pihak terlibat meningkatkan aktiviti cari gali dan pembangunan medan minyak. Ini termasuklah aktiviti di medan minyak marginal iaitu kawasan yang mempunyai rizab yang agak kecil dan aktiviti tertentu yang memerlukan perbelanjaan dan kemahiran teknikal yang tinggi.

■1240

Di antara insentif yang berkaitan dengan pindaan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 ini adalah seperti berikut:

(i) kadar cukai pendapatan diturunkan daripada 38 peratus kepada 25 peratus untuk medan minyak marginal;

(ii) elaun modal dipercepatkan daripada sepuluh tahun kepada lima tahun untuk medan minyak marginal;

(iii) elaun pelaburan untuk projek yang memerlukan perbelanjaan modal dan kemahiran teknikal yang tinggi. Ini termasuk aktiviti peningkatan kadar pengeluaran dengan izin, enhancement of oil recovery; aktiviti pengeluaran di kawasan yang mempunyai kandungan gas karbon dioksida, tekanan dan suhu yang tinggi; aktiviti pengeluaran di kawasan laut dalam dan projek-projek infrastruktur operasi petroleum; dan

(iv) perbelanjaan eksplorasi yang layak dibenarkan ditolak daripada pendapatan daripada kawasan perjanjian perkongsian pengeluaran yang tidak berdampingan, dengan izin, noncontiguous area.

Untuk tahun 2010 dan 2011, sebanyak empat projek yang berkaitan dengan insentif di atas yang saya sebutkan tadi telah pun berjalan dan setakat ini telah melibatkan perbelanjaan kira-kira sebanyak RM168 juta. Memandangkan projek ini telah dimulakan, maka tarikh kuat kuasa pindaan ini perlulah dikebelakangkan, selaras dengan tarikh insentif diumumkan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan insentif-insentif tersebut, pindaan ke atas akta sedia ada telah dibuat yang melibatkan empat fasal sahaja. Tidak banyak ya empat sahaja. Saya mohon untuk menguraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini seperti berikut;

Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas akta ini iaitu dikenali sebagai Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011 dan peruntukan berhubung permulaan kuat kuasa akta ini yang akan di tarikh belakangkan.

Fasal 2 bertujuan memasukkan Bab 6, dan seksyen 22A untuk memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri mengeluarkan arahan dan membuat peraturan-peraturan berhubung pelaksanaan insentif cukai yang telah diumumkan dari segi kaedah pengiraan pendapatan kasar (gross income), pendapatan larasan (adjusted income), pendapatan berkanun (statutory income) dan pendapatan tertaksir (accessible income) daripada operasi petroleum. Semuanya untuk melaksanakan insentif yang telah diumumkan. Untuk membolehkan cukai pendapatan petroleum bagi medan minyak marginal dikenakan kadar 25 peratus bukan 38 peratus.

Fasal 3 bertujuan memasukkan seksyen 65C untuk membolehkan Menteri Kewangan mengurangkan atau mengecualikan mana-mana orang yang boleh dikenakan cukai daripada kesemua atau mana-mana peruntukan akta ini. Ini melibatkan pengecualian

30 DN 11. 7.2011

sama ada secara am atau khusus berkenaan dengan apa-apa jenis pendapatan. Pengecualian hendaklah dibuat melalui perintah berkanun yang disiarkan dalam Warta.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan perenggan 3A ke dalam Jadual Pertama kepada Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967. Peruntukan perenggan ini membenarkan perbelanjaan eksplorasi yang layak yang telah dilakukan oleh orang yang boleh dikenakan cukai ditolak daripada pendapatan di bawah perjanjian petroleum yang lain di kawasan yang tidak berdampingan (noncontiguous). Layanan ini tertakluk kepada syarat pihak asal dalam kedua-dua perjanjian petroleum tersebut adalah pihak yang sama.

Fasal 4 seterusnya bertujuan untuk memperuntukkan bahawa perenggan baru 3A tidaklah terpakai bagi operasi petroleum dalam Kawasan Pembangunan Bersama seperti dilaksanakan oleh Malaysia-Thailand Joint Authority atau kawasan bertindih.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah binti Hamat. Selepas itu Yang Berhormat Puan Doris Sophia ready ya, diminta bersedia.

12.45 tgh.

Datuk Hajah Fatimah binti Hamat: Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana turut diberikan kesempatan dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011 yang mengandungi empat pindaan. Bagaimanapun saya ingin menyentuh tentang dua pindaan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh tentang memasukkan seksyen 65C dengan exemption from tax: general. Sebenarnya sekiranya kita merujuk kepada Akta Ibu iaitu Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta 543 kemasukan seksyen baru 65C ini adalah di dalam Bahagian X di bawah tajuk, “Remission in other relief”. Ini yang membolehkan Menteri memberikan pengecualian kepada individu daripada pembayaran cukai di bawah peruntukan akta ini.

Atas dasar keadilan dan kesamarataan sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 65C(1) begitu pun juga dengan peraturan cukai dua kali iaitu double taxation arrangement seksyen 65C(2), seksyen 65A maaf. Saya menyokong dasar ini dengan syarat pengecualian ini dibawa terlebih dahulu kepada Dewan Rakyat sebagai maksud 65C(2).

Seterusnya berhubung dengan memasukkan perenggan baru 3A ke dalam Jadual Pertama kepada Akta 543 ini iaitu membenarkan pemotongan bagi perbelanjaan eksplorasi yang layak dikenakan cukai. Saya bersetuju dengan pindaan ini kerana langkah ini adalah sejajar dengan lima insentif cukai baru yang dimasukkan dalam Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada awal 2010 lalu. Insentif ini adalah bertujuan untuk menggalakkan syarikat minyak menjalankan kerja mencari gali di lapangan minyak yang sukar diterokai. Ini kerana ia memerlukan keupayaan teknikal dan membabitkan kos yang tinggi.

Insentif ini termasuklah penghapusan elaun cukai pelaburan dari 60 peratus hingga 100 peratus. Bagi syarikat yang menjalankan kerja mencari minyak di lapangan terbang yang sukar mengurangkan cukai daripada 38 peratus kepada 25 peratus kepada syarikat yang membangunkan medan minyak baru dan mempercepatkan pemberian elaun modal dari sepuluh tahun kepada lima tahun. Selain itu kerajaan juga memberikan

DN 11.7.2011 31

pengecualian duti eksport ke atas minyak yang dikeluarkan dari kawasan telaga minyak yang sukar diterokai.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan adakah kerajaan telah mengenal pasti jumlah kawasan telaga minyak yang sukar diterokai dan memerlukan keupayaan teknikal serta kos yang tinggi bagi menjalankan kerja cari gali? Sejauh manakah insentif-insentif ini mampu mengatasi masalah jangkaan berlakunya pengurangan pengeluaran minyak dan gas yang dianggarkan satu peratus hingga dua peratus? Serta sejauh manakah insentif-insentif ini akan menggalakkan pembangunan sumber minyak dan gas baru dan seterusnya merangsang aktiviti cari minyak di Malaysia.

■1250

Akhirnya, saya amat bersetuju bahawa peruntukan 3A tidak terpakai bagi kawasan operasi petroleum dalam kawasan pembangunan bersama sebagaimana dengan jelas telah dinyatakan dalam seksyen 65B(1) iaitu termasuklah perjanjian atau persetujuan antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan lain dalam eksplorasi dan eksploitasi petroleum di kawasan bertindih bagi menjaga kepentingan hasil petroleum negara. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Puan Doris.

12.51 tgh.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan masa singkat, saya akan ringkaskan hujah-hujah saya. Sebagai mukadimah atau permulaan, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini kepada sejarah cukai di Malaysia. Di Malaysia cukai pendapatan telah diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua melalui Ordinan Cukai Pendapatan 1947.

Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa pada 1957 telah menggariskan cukai di bawah senarai kuasa persekutuan. Pada tahun 1967 Parlimen Malaysia telah juga meluluskan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dikenali sebagai Akta 53.

Saya melihat akta ini sebagai supersede, dengan izin, dalam memansuhkan perundangan, percukaian yang lama dan memperkenalkan satu konsep perundangan cukai pendapatan yang seragam bagi seluruh rakyat Malaysia. Di Malaysia, mengikut maklumat yang saya dapati, cukai langsung yang dikenakan adalah ditadbirkan di bawah perundangan-perundangan seperti:

(i) Akta Cukai Pendapatan 1967;

(ii) Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967;

(iii) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976;

(iv) Akta Penggalakan Pelaburan 1986;

(v) Akta Setem 1949; dan

(vi) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga terpanggil untuk menyentuh aspek pendapatan dan percukaian di bawah Akta Petroleum yang ditadbirkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan negara mengenakan cukai pendapatan melalui undang-undang untuk membiayai aktiviti pentadbiran negara di samping mencapai tujuan pengaturan sumber masyarakat. Bagaimanapun terdapat beberapa negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan. Negara Brunei dan Arab Saudi misalnya bergantung kepada daripada hasil petroleum untuk membiayai pembangunan negara mereka. Negara Kepulauan Cayman ataupun Cayman Islands dan Bahamas pula tidak mengenakan cukai pendapatan tetapi bergantung kepada aktiviti perniagaan luar pesisir pantai untuk menarik pelabur asing.

32 DN 11. 7.2011

Di Malaysia, kadar percukaian pendapatan di sini adalah berbentuk progresif iaitu bagi mereka yang berpendapatan tinggi dikenakan kadar yang tinggi berbanding mereka yang berpendapatan rendah. Kadar maksimum yang dikenakan adalah sebanyak 28 peratus. Berkenaan dengan fasal 2, menyentuh memberi ketua pengarah kuasa untuk memberikan arahan dan membuat peraturan-peraturan bagi layanan khas berkenaan dengan pengiraan pendapatan kasar, pendapatan larasan, pendapatan berkanun dan pendapatan tertaksir daripada operasi petroleum.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, kita melihat pelaksanaan harga sebenar minyak dan gas di peringkat domestik akan memberi kesan ketara dalam jangka pendek. Namun, dalam jangka panjang ia dilihat akan memberi manfaat kepada ekonomi negara. Pelaksanaan harga sebenar membawa maksud subsidi ke atas komoditi iaitu akan dihapuskan selain itu cukai jualan ke atas komoditi itu juga akan turut dikenakan. Maka sudah pasti penghapusan subsidi dan pengenaan cukai jualan akan membawa kesan ketara kepada rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dalam jangka pendek tanpa subsidi.

Harga sebenar petrol premium lebih dikenali sebagai RON97 adalah RM2.45 seliter. Diesel pula ialah RM1.98 seliter dan gas petroleum cecair ataupun LPG adalah RM3.21 sekilogram. Pada masa atau ketika ini dengan adanya subsidi dan tanpa cukai jualan, pengguna di Malaysia cuma perlu membayar RM1.92 seliter bagi petroleum premium, RM1.58 seliter bagi diesel dan RM1.75 sekilogram bagi LPG.

Jika kerajaan menghapuskan subsidi dalam jangka pendek, harga barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan menjejaskan pendapatan boleh guna isi rumah. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya bolehkah kerajaan bertahan dan mengekalkan nisbah pemberian subsidi kerana apa yang saya khuatir ianya seperti change reaction dengan izin. Ditakuti peniaga dan pembekal ataupun pemborong sewenang-sewenangnya menaikkan harga barangan dan perkhidmatan atas alasan harga minyak naik. Walaupun kenaikannya sepatutnya tidak memberi kesan ketara dari segi profit margin, dengan izin, kepada mereka.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin juga menyentuh sedikit berkenaan dengan kadar inflasi. Kadar inflasi dijangka antara 2.5 peratus hingga 3 peratus dalam tempoh satu hingga dua tahun. Namun begitu, dalam jangka sederhana dan panjang, pertambahan aktiviti pembangunan dan penyaluran dana pembangunan ke sektor-sektor yang layak akan membantu meningkatkan pendapatan rakyat. Soalan saya, apakah pendekatan kerajaan bagi memastikan Malaysia sentiasa di tahap yang minimum dalam menghadapi inflasi sekali gus turut mengekang kadar deflasi.

Baru-baru tadi melalui Google, saya mendapat beberapa faktor berkenaan dengan syarikat Petronas sebagai penyumbang utama cukai kepada Kerajaan Malaysia.

Mengikut maklumat yang saya dapati, sumbangan sektor petroleum kepada hasil negara telah meningkat dari 29.1 peratus dalam tahun 1990 dalam 41 peratus pada tahun 2008. Sumbangan yang tinggi daripada sektor petroleum sudah tentu tidak dapat dikekalkan memandangkan ianya merupakan sumber yang semakin susut.

Saya juga ada membaca laporan yang menyebut semenjak penubuhan Petronas pada tahun 1974 sehingga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2007, syarikat petroleum negara telah mencatat keuntungan sebanyak RM570 bilion. Daripada jumlah itu Petronas telah membayar sebanyak 62.8 peratus atau RM357.8 bilion dalam bentuk cukai royalti, duti eksport dan dividen kepada kerajaan Malaysia. Namun angka-angka yang saya perolehi itu Tuan Yang di-Pertua adalah setakat tahun ending 2007, dengan izin. Jadi, soalan saya jika angka yang saya perolehi itu betul, berapakah jumlah sebenar cukai yang dibayar oleh syarikat Petronas bagi tahun 2009 dan tahun 2010? Berapakah ratio mengikut peratusan jumlah kutipan cukai keseluruhan negara bagi tempoh yang sama?

Akhir sekali atau seterusnya Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah kerajaan menangani hasil pendapatan apabila tiba waktunya gas dan minyak bukan lagi penyumbang utama dana tabung kerajaan. Mohon penjelasan dari pihak kementerian. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua saya akhiri hujah-hujah saya, saya mohon menyokong.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ada satu minit lagi ya. Silakan Yang Berhormat Puan Norliza Abdul Rahim. Jangan bimbang Yang Berhormat boleh sambung nanti belah petang.

DN 11.7.2011 33

12.59 tgh.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berhujah di dalam Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan) (Pindaan) 2011. Walau bagaimanapun saya rasa masa akan tidak mencukupi tetapi walau bagaimanapun kesempatan yang singkat ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kewangan di atas rang undang-undang ini kerana saya merasakan Rang Undang-undang Petroleum ini adalah amat baik untuk menggalakkan industri petroleum di negara kita.

Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada pihak kementerian, sebagaimana yang kita lihat dalam Bab baru 6, Bahagian III iaitu, “Special treatment. Power to direct special treatment in the computation of income from petroleum operations in the certain cases.”

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, mohon maaf ya. Oleh sebab masa cukup dan Yang Berhormat boleh sambung nanti pada sebelah petang. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang nanti.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, kita sambung semula Majlis kita pada petang ini dan dipersilakan mengikut rekodnya dipersilakan Yang Berhormat Puan Norliza untuk menyambung hujahnya. Dipersilakan.

2.32 ptg.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya sambung semula sebagaimana yang tadi saya nyatakan.

Persoalannya sekarang di dalam Bab 6 – Bahagian III iaitu yang dinyatakan, Chapter 6 – Special treatment – “Power to direct special treatment in the computation of income from petroleum operations in certain cases”, dan sebagaimana huraian dalam fasal 2 yang menyebut seksyen ini memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memberi arahan dan membuat peraturan bagi layanan khas berkenaan dengan pengiraan pendapatan kasar pendapatan larasan, pendapatan berkanun dan pendapatan tertaksir daripada operasi petroleum.

Saya hanya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut daripada kementerian sama ada dalam situasi apakah Ketua Pengarah boleh diberi kuasa ini dan kepada siapakah layanan khas yang dimaksudkan ini. Adakah production sharing contractor juga mendapat layanan yang sama?

Yang keduanya saya juga ingin memberi ucapan tahniah kepada kementerian melalui fasal 3 iaitu dalam seksyen, Akta 543 seksyen baru 65C yang mana membolehkan Menteri mengecualikan mana-mana orang yang boleh dikenakan cukai daripada kesemua atau mana-mana peruntukan akta ini sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa jenis pendapatan. Pengecualian hendaklah dibuat melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

Jadi saya rasakan insentif ini amatlah baik untuk kita membantu dalam sektor petroleum. Walau bagaimanapun, sekiranya ia perlu diwartakan adakah ia akan mengambil masa yang panjang dan sekiranya pengecualian itu perlu disegerakan adakah kaedah-kaedah lain yang bersesuaian yang dapat kita guna pakai. Sebab saya rasa kalau perlu diwartakan hanya beberapa kali dalam setahun sahaja yang kita bersidang.

34 DN 11. 7.2011

Yang ketiganya adalah fasal 4 iaitu perenggan baru 3A, Jadual Pertama, Akta 543 yang membenarkan perbelanjaan eksplorasi yang layak dan telah dilakukan oleh orang yang boleh dikenakan cukai ditolak daripada pendapatan kasar orang yang boleh dikenakan cukai yang lain di bawah perjanjian petroleum yang lain dengan syarat bahawa pihak asal kepada perjanjian petroleum dan had kawasan perjanjian ini berdampingan adalah sama.

Ini juga saya rasakan amat baik kerana sebagaimana yang kita tahu sumber minyak kita pada masa ini telah berkurangan dan kalau kita tengok seperti ditapis, di dulang dan lain-lain jadi sekiranya wujud fasal ini saya rasa ianya akan menggalakkan lagi pencarian eksplorasi di kawasan-kawasan di dalam dan juga di luar negara. Dengan cara ini saya rasa ia akan menjanakan pendapatan perolehan negara yang lebih baik. Jadi saya rasa dengan persoalan tadi dan cadangan, jadi dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali dan sebelum saya mulakan tunggu sebentar ada satu usul untuk dibentang oleh Yang Berhormat Menteri. Persilakan. Duduk sekejap ya.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

2.32 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 12 Julai 2011”.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali.

2.36 ptg.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bincangkan akta ini dari dua segi. Pertama, secara umum dan kedua secara khusus merujuk kepada beberapa fasal. Dua fasal sebenarnya.

Secara umum kita tahu seperti yang diterangkan tadi bahawa tujuan akta ini ialah untuk memberikan insentif bagi cari gali. Cari gali ini dilakukan terutama sekali dilakukan di upstream dan saya percaya tentulah melibatkan beberapa negeri termasuk Kelantan. Masalahnya sekarang ialah bahawa Kelantan berbeza dengan Sarawak dan Sabah tidak mendapat royalti. Jadi dua soalan timbul di sini. Pertama ialah cukai yang dikutip misalnya di kawasan-kawasan seperti di Kelantan. Untuk siapakah akhirnya akan menikmatinya? Adakah rakyat akan dapat menikmatinya?

Yang keduanya apakah jaminan bahawa akhirnya bukan sahaja sumber-sumber baru yang dapat di explore ini boleh mendatangkan pendapatan terutama sekali kepada

DN 11.7.2011 35

Kelantan sebagai royalti. Saya persoalkan royalti ini kerana sangat penting dan kaitannya dengan cukai tadi adalah tidak kurang pentingnya.

Seterusnya, secara umum kita dapati bahawa pada masa yang sudah-sudah, ini yang saya dapat tahu, bahawa pengeluaran gas merupakan juga sebahagian daripada pengeluaran petroleum. Jadi saya hendak dapat tahu sekiranya dalam akta ini diliputi juga cari gali gas dan setakat mana dan kadar apakah cukai yang akan dikenakan pada gas tersebut.

Sehubungan ini saya juga diberitahu bahawa pengeluaran gas pada masa yang lalu melibatkan forward selling. Forward selling dengan erti kata bahawa ia dijual lebih awal dengan harga yang telah ditentukan dan dengan harga yang telah ditentukan ini tidak disesuaikan dengan harga di pasaran dunia. Sekarang ini harga petroleum dan harga gas mencapai tahap yang tinggi. Kalau misalnya kita tetapkan dengan harga yang rendah dan masih sekarang ini juga melibatkan harga yang rendah tentulah ia akan mengakibatkan bukan sahaja kerugian daripada hasil negara tetapi juga kemungkinannya kerugian dari segi cukai.

■1440

Jadi saya ingin mendapat tahu, adakah cara forward selling ini iaitu menentukan harga lebih awal masih berlaku lagi dan kalau berlaku lagi, adakah apa-apa yang akan dilakukan supaya kita boleh mendapat keuntungan daripada harga gas yang lebih tinggi sekarang ini?

Secara khusus saya ingin merujuk kepada terutama sekali dua fasal. Fasal pertama adalah bersabit dengan seksyen 22A(1). Dalam fasal ini disebutkan dengan izin, “Notwithstanding any provision in this Part where the Director General is satisfied that there is a need for some treatment in computing the gross income (adjusted income) he may give directions and formulate regulations to be published in the gazette of such petroleum operations”.

Saya berpendapat bahawa ada dua perkara di sini. Pertamanya ialah ia memberi kuasa budi bicara yang agak luas kepada Ketua Pengarah untuk menentukan kadar pembayaran cukai.

Saya mendapati bahawa ini mungkin bercanggah dengan seksyen 3, Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967 yang menyatakan, “Subject to and in accordance with this Act, a tax to be known as Petroleum Income Tax shall be charged for each year of assessment on the income of every chargeable person being income derived by such chargeable person from petroleum operations.” Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah apa-apa pertentangan di antara pindaan ini dengan akta asal itu?

Keduanya ialah berkaitan dengan pindaan 65C(1). Dengan izin, saya baca, “The Minister may, by statutory order, exempt any chargeable person from all or any of the provisions of this Act, either generally or in respect of any income of a particular kind”. Nombor (2) – “Any order made under sub-section (1) shall be laid before the Dewan Rakyat”.

Masalah yang timbul di sini adalah, pertama sekali saya mendapat kesan seolah-olah pindaan ini memberikan kuasa yang agak mutlak kepada Menteri. Saya percaya oleh kerana soal petroleum ini di bawah Perdana Menteri maka tentulah kuasa yang mutlak itu ada pada tangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa yang menjadi masalah di sini ialah bahawa any order made under sub-section (1) shall be laid before Dewan Rakyat. Disebut di sini, ”shall be laid before Dewan Rakyat’. Saya ingin mengetahui bahawa ”shall be laid” itu, adakah berertinya ia hanya dibentangkan kepada Dewan Rakyat ataupun adakah Dewan Rakyat mempunyai hak untuk menolak misalnya apa yang Menteri atau Perdana Menteri kemukakan atau Menteri perakukan kerana perkara ini tidak jelas. Ia bertambah tidak jelas kerana kuasa seperti yang kita tahu, kuasa petroleum ini ialah di bawah Perdana Menteri, dan ia tidak merujuk kepada Parlimen.

Sehubungan dengan ini saya ingin melihat walaupun ini mungkin terkeluar sedikit daripada akta ini, saya ingin melihat supaya pada masa akan datang masalah atau segala kuat kuasa mengenai petroleum, gas dan sebagainya, tidak terletak atau tidak bertumpu

36 DN 11. 7.2011

hanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahkan ia seharusnya terletak di bawah Parlimen.

Ada baiknya kalau ada Jawatankuasa Pilihan Parlimen, Select Committee, Parlimen yang akan mengendalikan soal ini terutama sekali berkaitan dengan kalau adanya perintah-perintah baru yang dikeluarkan oleh Menteri. Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua secara ringkasnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya baru terima ada dua lagi permohonan iaitu Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari dan juga Yang Berhormat S. Ramakrishnan.

Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kita hanya ada hari ini dan besok sahaja lagi. Kita ada lebih kurang tujuh rang undang-undang lagi maka saya memohon kerjasama semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mengemukakan nama-nama siapa yang ingin berbahas lebih awal supaya saya senang hendak mengaturkan jadual. Selepas Yang Berhormat berdua ini kita akan pergi kepada rang undang-undang yang lain.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari. Dipersilakan.

2.45 ptg.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... [Membaca sepotong doa]

Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi di dalam membahaskan akta yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri. Perbincangan dalam akta ini ialah untuk memberi rangsangan kepada pihak cari gali petroleum untuk mendapatkan aset untuk negara. Ini merupakan salah satu daripada usaha-usaha yang telah dilakukan dan antara usaha yang telah dicadangkan ialah untuk mengurangkan cukai sebagaimana yang telah diterangkan tadi iaitu daripada 38 peratus kepada 25 peratus.

Persoalan yang ingin dibangkitkan di sini ialah insentif yang telah diberikan ini adakah ia akan mengurangkan pendapatan negara, atau lebih menjana kepada pendapatan negara? Keduanya ialah saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, selain daripada pengurangan cukai ini, adakah mana-mana syarikat cari gali minyak dikenakan zakat sebab setiap perniagaan perlu dilihat dan mengeluarkan zakat. Saya ingin mengetahui, adakah setakat ini mana-mana syarikat yang diberi kuasa untuk mencari gali minyak, dikenakan zakat sebagaimana yang diperlukan oleh syariah Islam selain daripada cukai.

Perkara yang kedua ialah saya ingin merujuk kepada perkara fasal 3 yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan yang lain dan saya ingin bertanya dari aspek yang lain. iaitu kenapa fasal ini perlu dimasukkan? Adakah tidak lagi cukup atau relevan dengan fasal-fasal yang sebelum ini? Adakah ia bertujuan untuk memudahkan proses? Saya menaruh kebimbangan sebab akta ini apabila diluluskan, ia akan menjadi satu ikutan dan Menteri boleh bertukar ganti antara satu dengan lain. Saya menaruh kebimbangan di sini kalau tidak kemungkinan ia berlaku salah guna kuasa. Oleh kerana itu saya rasa ini satu perkara yang perlu diberi titik berat di dalam hal-hal ini.

Perkara yang seterusnya yang ingin saya bangkitkan ialah dengan pengurangan cukai ini, apakah akan berlaku susut royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai pendapatan dengan hasil minyak. Ekoran daripada itu kalau ia boleh mengurangkan pendapatan hasil kepada negeri maka ia perlu dilihat dengan teliti. Kita tahu bahawa petroleum sehari demi sehari ia semakin mengurang dan insentif yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat yang akan diluluskan itu adalah satu langkah yang ke depan.

Perkara yang seterusnya saya ingin bertanya ialah, setahu saya negeri-negeri yang mendapat royalti seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak, kadang-kadang kita tengok ada bermacam-macam keadaan. Kalau pada waktu dahulu kita tengok Terengganu

DN 11.7.2011 37

sebagai contoh dia mendapat royalti. Akan tetapi apabila bertukar kerajaan yang memerintah di Terengganu maka royalti itu dihentikan dan diberi nama ”wang ehsan’.

■1450

Sekarang pula kita lihat baru-baru ini hampir RM1 bilion Terengganu mendapat wang royalti kembali. Mengapa ini berlaku begitu? Saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan. Begitulah juga saya merasakan bahawa wang ihsan dengan royalti itu saling memberi gambaran antara satu sama lain di mana apabila ada royalti, ada ihsan. Apabila dicabut nama royalti, maka diberi nama ihsan. Apabila ihsan dibuang, maka ada nama royalti. Jadi, mengapa itu berlaku? Saya dalam hubungan ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Menteri berhubung dengan perkara ini.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita sebagai orang yang telah diberi amanah oleh Allah SWT di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan Allah meminta supaya kita menunaikan tanggungjawab kita kepada orang-orang yang berhak... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Bermaksud, “Allah memerintah kamu supaya menunaikan tanggungjawab amanah kepada ahlinya.” Kita di sini merupakan orang yang diberi amanah oleh Allah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita kepada orang yang berhak.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, bagi orang yang diberi kuasa, kerajaan perlu melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah supaya ia tidak akan dipersoalkan nanti di akhirat. Kalau sekiranya amanah itu dilaksanakan dengan sebaiknya, sudah tentu bukan sahaja mendapat kebaikan dunia, tetapi mendapat bayang syurga, bayang arash di akhirat nanti. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dr. S. Ramakrishnan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat, kalau sekiranya tajuk itu sudah disebut oleh rakan-rakan tadi, contohnya royalti di Kelantan, perbezaan itu, saya minta jangan disebut lagilah. Menjimatkan masa lah diminta. Terima kasih.

2.52 ptg.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Saya hendak rujuk kepada rang undang-undang ini mengenai direct special treatment yang diberi.

Saya difahamkan bahawa direct special treatment ini diberi hanya kepada medan kecil iaitu marginal fields. Akan tetapi dalam akta ini, perkara ini tidak disentuh ataupun tidak dinyatakan bahawa layanan istimewa langsung ini diberi kepada marginal field, bukan kepada normal field, mengapa? Dan juga Petronas yang memiliki marginal field ini akan mengadakan satu kontrak, risk service contract. Jadi, saya minta bahawa kalau layanan istimewa diberi kepada syarikat yang ada risk service contract, adakah ini benar? Kalau itu, mungkin ini satu cadangan ialah dalam rang undang-undang ini diberitahu bahawa layanan istimewa diberi kepada syarikat yang ada risk service contract.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, menyentuh seksyen 22A. Seksyen 22A nampaknya memberi terlalu kuasa yang luar biasa kepada DG. Jadi, DG yang menentukan apakah keistimewaan yang akan diberi. Ini nampaknya terlalu luar biasa. Saya cadangkan bahawa di sini lebih baik kita ada satu lebih definitive and purposeful, bukan yang terbuka. Begitu juga dengan seksyen 65 di mana Menteri ada kuasa yang luar biasa. Di sini pun saya cadangkan atau minta bahawa adakah ini satu definitive dan purposeful ataupun Menteri boleh buat semua keputusan.

Perkara ketiga ialah Petronas telah memberi satu kontrak yang pertama kepada medan kecil untuk dibangunkan iaitu pelantar minyak dan gas berantai, ia diberi kepada satu konsortium. Saya difahamkan bahawa lead contractor ialah Petrofac dan lokal kontraktor ialah Kencana dan SapuraCrest. Pilihan lokal kontraktor, adakah itu pilihan main contractor ataupun pilihan Petronas? Ini kerana penasihat Petronas adalah Tun Dr. Mahathir. Jadi, salah satu kontraktor iaitu Kencana ialah dimiliki oleh anaknya. Jadi,

38 DN 11. 7.2011

nampaknya ada sedikit conflict of interest, itu direct atau indirect quote. Jadi, minta Menteri memberi sedikit maklumat mengenainya.

Saya juga mencadangkan bahawa keistimewaan yang diberi kepada marginal field ini, minyak yang digali daripada marginal field berilah, kongsilah keuntungan kepada negeri yang berhampiran. Kalau marginal field ini dekat dengan Terengganu, beri juga royalti kepada Terengganu ataupun dekat dengan Kelantan, berilah kepada Kelantan. Tidak kira manakah parti politik yang memerintah, Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Berilah layanan yang sama. Itulah pandangan saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Setelah enam orang berbahas dan sebagaimana saya katakan tadi kalau boleh beri maklum lebih awal supaya dapat kita rancang bagaimana untuk semua, berapa orang hendak bercakap kerana kesuntukan masa. Kepada Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz, saya minta maaf kerana sudah ramai yang bercakap tadi. Cukuplah ya. Yang Berhormat boleh bercakap kemudian nantilah. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri menjawab.

2.56 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun memberikan pandangan, meminta penjelasan dan saya ingin nyatakan bahawa pandangan-pandangan yang diberikan itu adalah pandangan yang cukup baik. Persoalan yang dibuat pun boleh dikatakan dengan niat yang cukup baik. Jadi saya hendak mengucapkan terima kasihlah kepada semua.

Ada dua perkara pokok yang menjadi persoalan di sini iaitu pertamanya kuasa Menteri, keduanya kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah. Kuasa Menteri ini sebenarnya dimasukkan dalam Akta Cukai Pendapatan Petroleum ini kerana sebelum ini tidak ada kuasa sedemikian yang diberikan dalam Akta Cukai Pendapatan Petroleum. Akan tetapi sebenarnya kuasa Menteri ini ada dalam akta-akta yang lain umpamanya dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, yang pendapatan umum pun ada kuasa Menteri.

Akta Setem 1949 pun ada. Ini tidak luar biasa, semuanya ada kecuali yang dalam cukai pendapatan petroleum ini tidak ada. Pada masa yang sama, kerajaan telah mengambil tindakan untuk mengurangkan bagi medan minyak marginal ini cukai kepada 25 peratus dalam konteks Akta Cukai Pendapatan Petroleum.

Akan tetapi memperuntukkan untuk mengurangkannya tidak boleh. Maka dimasukkan kuasa Menteri supaya Menteri boleh mengurangkan daripada 28 peratus kepada 25 peratus dan digazetkan dan dibentang untuk makluman Dewan. Ini untuk membolehkan insentif ini dijalankan. Perkara ini akan menjadi pengetahuan umum. Jadi tidak boleh Menteri sewenang-wenangnya buat. Ia akan diwartakan. Warta ini semua orang tahu semualah. Jadi soal Menteri hendak melebihi kuasanya, saya rasa susah sedikitlah kerana ini hanya membayangkan dasar kerajaan. Dasar kerajaan hari ini hendak bagi kepada marginal field, maka Menteri buatlah mengikut dasar yang ditetapkan. Begitu juga peruntukan kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah. Dalam Akta Pendapatan 1967, akta umum pun ada Ketua Pengarah boleh berbuat sedemikian, sedemikian.

■1500

Jadi untuk melaksanakan proses insentif ini, dia kena kira cara hendak mengira pendapatannya. Cara ini Ketua Pengarah boleh tetapkan. Itu pun diwartakan pula. Jadi Ketua Pengarah itu saya rasa tidak mungkin akan membuat tindakan dan memberi arahan yang terkeluar daripada dasar kerajaan dan dasar ini diberitahu umum.

Jadi tidak ada seorang Ketua Pengarah yang berfikiran waraslah yang saya kira pandai-pandai akan memberi arahan yang bertentangan dengan dasar. Ini hanya untuk melaksanakan dasar yang sedia ada. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri pun kena bentang dalam Dewan, apatah lagi kebertanggungjawaban Ketua Pengarah ini.

Dr. Syed Husin Ali: [Bangun]

DN 11.7.2011 39

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Diwartakan satu perkara, tetapi mestilah juga

mengikut lunas-lunas yang ditetapkan. Jadi saya rasa kita tidak perlu bimbang sangat. Sila.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Pertanyaan saya ialah, adakah kemungkinannya bahawa kuasa yang begitu besar kepada Ketua Pengarah boleh menimbulkan masalah-masalah korupsi ataupun pilih kasih? Sejauh manakah masalah ini akan dapat diatasi? Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Kuasa ini saya rasa tidak akan menimbulkan masalah korupsi atau corruption kerana syarikat-syarikat yang layak mendapatkannya ini akan dikenali umum. Ini kerana syarikat ini sahaja yang dapat melaksanakan medan minyak marginal ini. Syarikat lain yang tidak melaksanakan tugas yang membolehkan ia layak menerima insentif ini tidak akan dapat. Apa pun dia buat, dia tidak boleh buat. Hanya syarikat yang mengendalikan kegiatan-kegiatan yang sudah dikenal pasti dan syarikat-syarikat ini pun kalau hendak diberi corruption pun tidak perlu sebab memang dia layak, sebab arahan itu sudah pun ada dalam warta. Ia bukan arahan yang dia pergi berjumpa dengan Ketua Pengarah sama sendiri, seorang - bukan. Diwartakan ini kaedahnya, maka yang syarikat ini mengikutlah warta yang telah pun disiarkan dan dia akan hantar tuntutan cukai ataupun bayaran cukai melalui jalan biasa. Jadi tidak ada interaksi secara bersendirian, tidak boleh. Ini kerana sudah jelas dari segi kelayakannya, syarikat mana yang boleh. Syarikat mana yang boleh, syarikat ini adalah merupakan pemaju kepada pembangunan medan marginal ini.

Jadi Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali tadi sebut yang kontraktor reservice contract memang dia tidak dapat pun. Ini dia mengendalikan untuk pemaju. Macam penanam kecil yang menanam semula getah, maka dia dapat insentif getah. Akan tetapi dia hendak upah orang kampung buat, bukan orang kampung yang mendapat insentifnya. Dia yang menanam getah, tanah dia. Jadi tidak timbullah soal reservice contractor di sini.

Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, memang yang pertamanya, berantai ini sudah pun diberikan oleh Petronas kepada Petrol Pack dan Petrol Pack yang memilih dua rakan kontraktornya. Ini sebab memang menjadi tujuan kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat tempatan. Kita tidak mahulah juga walaupun marginal fields ini kita bagi kepada syarikat luar sahaja. Kita hendak juga wujudkan kemampuan syarikat-syarikat tempatan kita supaya dapat memainkan peranan dalam oil & gas business, dengan izin. Syarikat tempatan ini pun tidak banyak sangat. Jadi kita tidak boleh hendak kata bahawa ia mempunyai hubung kait sebab saya rasa proses ini terlalu transparent, susah. Mereka yang dipilih pun adalah mereka yang berkelayakan.

Jadi kalau ada yang kebetulan Tun Mahathir jadi penasihat, saya rasa tidak adillah syarikat yang memang mempunyai kemampuan untuk menjalankan kegiatan ini. Ia dipilih oleh syarikat Petrol Pack pun. Jadi kita hendak disqualified ia pun tidak eloklah. Kita jangan berprasangka sedemikian.

Itulah dua perkara penting yang saya nampak datang daripada semua Ahli Yang Berhormatlah. Maknanya bimbang kalau-kalau kuasa ini kita bagi terlalu banyak. Soal ketiga yang juga ditimbulkan ialah soal royalti.

Sebenarnya di dalam undang-undang tidak ada perkataan royalti. Royalti ini digunakan sebagai kebiasaan. Ia ada cash payment, dengan izin. Maknanya bagi cash. Jadi memang negeri-negeri yang layak mendapat cash payment ini. Cuma dalam kes tertentu macam Kelantan ini ia jadi dispute sikitlah. Jumlah pun tidaklah besar sangat RM25 juta sahaja. Negeri lain dapat berbilion-bilion ringgit. Akan tetapi ia jadi dispute, sebabnya ini melibatkan medan pertindihan. Bahkan dalam akta ini sendiri pun yang kita buat pindaan ini, kawasan yang bertindih kita tidak bagi insentif tersebut kerana ia different treatment. Ia tidak ada royaltikah, tidak ada cashkah, ia buat dua negara yang mengerjakannya. Dalam kes Kelantan ini, Thailand-Malaysia joint venture. Vietnam pun ada macam itu.

Jadi kes-kes yang bertindih ini kita angkat ia di luar daripada rangka biasa. Ini kerana kalau sudah bertindih, kalau sudah antara dua negara, hendak datang minta insentif lagi tidak bolehlah, itu lain. Begitu jugalah dengan pembayaran tunai kepada negeri. Jadi

40 DN 11. 7.2011

dia anggap dari segi undang-undangnya oleh sebab ini kes bertindih antara dua negara, macam Terengganu ini ia tidak ada negara yang tutup di hadapannya. Sabah pun begitu, Sarawak pun begitu. Akan tetapi di Kelantan ia kes macam itu. Jadi saya fahamlah.

Akan tetapi duit yang kata hak, orang yang berhak iaitu orang Kelantan, dia dapat. Cuma orang Kelantan dapat. Apa yang menjadi persoalan kita, duit ini hendak bagi kepada Kerajaan Kelantankah atau JPP yang mengagihkannya? Itu sahaja. Ia pergi kepada rakyat Kelantan. Jadi siapakah hendak menentukannya? Kerajaan kata bagi kepada JPP supaya kita dapat telus. Senarai berapa, kita baru-baru ini ada senarai bagi kepada sekolah-sekolah, pelajar-pelajar sejumlah 41 juta. Sudah dua tahun ini dibahagi-bahagi. Kerajaan Kelantan tidak setuju, tidak mengapa. Bawa ke mahkamah tidak mengapa. Biarlah, biar mahkamah yang menentukan. Buat hari ini, Kerajaan Pusat kata, oleh sebab ini kawasan bertindih, maka kita tidak ikut perkiraan biasa. Jadi kita bagi juga tetapi mengambil kira dari segi moralnya walaupun bertindih, kalau berdiri di Kelantan pandang jauh-jauh, nampaklah – kalau nampak. Maka kita bagi rakyat Kelantan. Cuma petak persetujuan saya terima.

Kalau Yang Berhormat sendiri tidak bersetuju mengapa tidak bagi negeri, mengapa hendak bagi JPP, Kerajaan Persekutuan rasa JPP lebih elok, akan sampai kepada sasaran. Kerajaan negeri kata mengapa tidak? Negeri mewakili rakyat. Tidak mengapalah, biar mahkamah yang tentukan. Kalau mahkamah tentukan, saya tidak ada masalah. Saya pun orang Kelantan. Cuma saya pastikan bahawa duit yang patut sampai ke rakyat Kelantan hari ini masih sampai, hanya salurannya berbeza sedikit. Telus, senarainya ada.

Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz hendak nama senarai pun kita boleh bagi, beribu-ribu, berpuluh ribu... Silakan.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ada beberapa persoalan berkaitan dengan penerangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Pertamanya, adakah semua telaga minyak yang dijumpai oleh Kelantan itu terlibat dalam kes pertindanan? Keduanya, tidakkah ada juga beberapa telaga minyak yang bertindih antara Kelantan dan Terengganu? Ketiganya, adakah semua wang ihsan yang dibayar kepada Kelantan itu merupakan cash payment yang sepatutnya diterima melalui agreement yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Kelantan? Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Bila kita kata pertindihan, saya tidak bermaksud pertindihan antara negeri. Ia adalah pertindihan antara negara Vietnam-Malaysia, Thailand-Malaysia. Soal negeri ini kita tidak kira pun. Saya pun tidak tahu. Ada orang kata ada pertindihan antara Kelantan dengan Terengganu. Bagi kita tidak adalah, yang Terengganu, Terengganulah. Nanti marah pula orang Terengganu, kata hendak ambil dia punya. Ini Datuk Abdul Rahman, orang Terengganu. Nanti dia marah kita.

■1510

Saya tidak tahu. Itu soal teknikallah. Tentukanlah. Saya tidak teknikal. Saya tidak tahu, ada orang kata pam di sini, lubang di sana. Itu saya tidak tahu. Akan tetapi yang Terengganu, Terengganulah. Yang Kelantan, buat hari ini, semua bayaran RM25 juta lebih kurang setahun ini adalah kawasan bertindih antara Malaysia dengan Thailand. Ketiganya, apa tadi? Itulah dua-dua tadi sudah jawab. Jadi itu soal Kelantan. Saya rasa yang lain-lainnya saya hendak ucap terima kasihlah dari segi...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah sedikit?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya, sila.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Celahan saya ini sebenarnya ada kaitan dengan masalah komunikasi iaitu komunikasi dari segi istilah atau bahasa yang kita gunakan. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tidak ada beza yang sebenarnya daripada segi maksud sama ada disebut royalti atau ihsan. Itu perbezaan penggunaan istilah.

DN 11.7.2011 41

Akan tetapi yang saya hendak timbulkan yang menjadi kemusykilan saya sejak tadi tetapi tidak sempat hendak timbulkan Tuan Yang di-Pertua, iaitu bahasa rang undang-undang ini saya nampak kerana naskhah bahasa Melayunya tidak ada beza dengan naskhah bahasa Inggeris. Kalau kita perhatikan “Chapter 6 - Special Treatment” iaitu naskhah bahasa Melayu, benda yang sama disebut dalam bahasa Inggeris. Jadi saya tidak pasti adakah ini kecuaian mana-mana pihak dalam menggunakan bahasa yang legal, Bahasa Kebangsaan atau kerana masalah-masalah expedient? Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Okey, terima kasih. Saya boleh jelaskan sebab ini saya juga jelaskan di Dewan Rakyat sebenarnya, tetapi di sini tidak ada Ahli Berhormat yang timbulkan. Sebenarnya akta ini akta ibunya dibuat sebelum pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan. Jadi, memang dalam bahasa Inggeris. Akta asalnya bahasa Inggeris. Akta yang sahih dan sah. Jadi yang bahasa Melayu ini ditranslatekan atau dialih bahasa. Jadi ini tidak sight and say. Maknanya kalau hendak dipertikaikan, ini tidak yang benar, tidak diluluskan oleh Parlimen, dan tidak diluluskan oleh Dewan Negara. Jadi, kita tidak boleh guna untuk ubah akta ibunya dalam bahasa Inggeris tiba-tiba pindaan kita hendak buat dalam bahasa Melayu, tidak boleh sebab yang diluluskan oleh Dewan yang mulia ini adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi, ini tidak banyak sudah akta-akta seperti itu. Jadi kita kena sabarlah. Tidak lama lagi barangkali semua akta dalam bahasa. Jadi ini masalah.

Oleh sebab itu apabila kita ada special treatment – dalam Dewan Rakyat telah menjadi satu isu. Special treatment ini apa ini, apakah istimewanya dan beri pada siapa? Company mana, bapa dia siapa? Special Treatment ini asalnya ialah... Jadi kalau kita hendak translatekan, boleh jadi layanan istimewa, layanan khas, dan layanan yang lain. Jadi, ia jadi masalah. Jadi, kita guna ”Special Treatment”, dan ”Special Treatment” ini hanya untuk membolehkan syarikat-syarikat ini membuat tuntutan selari dengan insentif, itu sahaja. Jadi soal bahasa itu tidak timbullah.

Bukan kata kecuaian apalah, sebab memang yang sahihnya bahasa Inggeris. Jadi, kita hendak tukar-tukar nanti tidak boleh sebabnya tidak sahih. Jadi, saya rasa kita boleh faham dan kita terimalah buat sementara ini. Jangan jadikan isu sangat, ya.

Saya hendak menjelaskan mengenai ada Yang Berhormat sebut tentang berapa hasil daripada petroleum berbanding dengan hasil keseluruhan negara pada tahun 2009 dan 2010. Hasil keseluruhan negara pada tahun 2009 ialah RM158.6 bilion, dan pada tahun 2010, RM159.6 bilion. Daripada keseluruhan itu, hasil berkaitan Petroleum, RM65.5 bilion pada tahun 2009. Jadi bermakna lebih kurang satu pertiga lah ataupun lebih kurang 30 peratus. Sejumlah RM56.5 bilion dalam tahun 2010 berbanding dengan RM159 bilion. Ia cukai macam-macam.

Hasil berkaitan Petroleum ini daripada cukai pendapatan, yang mengikut akta kita inilah, duti eksport, cukai jualan, pembayaran kepada kerajaan oleh syarikat minyak ini – dia beri kepada kerajaan dividen, ya. Jadi ini yang menjadi ini dan soalnya apakah kerajaan kita terlalu bergantung pada minyak? Saya rasa minyak merupakan satu komponen penting tetapi tidaklah terlalu bergantung. Kita bersyukur kerana ada minyak. Dalam suasana harga minyak melambung tinggi ini kalau kita tidak ada minyak pun susah juga. Jadi boleh dikatakan kita mampu memberi subsidi buat hari ini lebih RM20 bilion oleh kerana kenaikan harga minyak juga memberi hasil yang lebih kepada kita. Jadi sekurang-kurangnya kita ada dalam keadaan yang seimbang walaupun kosnya meningkat, subsidinya meningkat, tetapi hasilnya juga meningkat. Kalau negara-negara yang tidak ada minyak, lagi susah.

Bagaimana kita hendak menjaga harga barang-barang supaya tidak meningkat dan pada masa yang sama hasil daripada kerajaan juga tidak meningkat?

Kalau ada apa-apa lagi yang selain daripada isu-isu pokok tadi, kebanyakannya – saya rasa itulah sahaja Tuan Yang di-Pertua ya, sebab kita pun ada banyak akta-akta lain.

Dr. Syed Husin Ali: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi Yang Berhormat?

Dr. Syed Husin Ali: Barangkali tidak ada sentuh soal gas, ya.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Soal gas, ya. Terima kasih Yang Berhormat.

42 DN 11. 7.2011

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Gas pun termasuk. Ya, boleh. Minyak, gas yang marginal. Kadang-kadang minyak ini pun ia ada gasnya yang dipanggil “condensate”, daripada telaga gaskah dia dapat minyak juga. Jadi ia boleh cover dua-dua, asalkan marginal. Marginal ini ia ada saiznya iaitu lebih kurang 30 juta barrels reserve saiznya, dan 30 juta barrels ini kalau dikerjakan lima atau enam juta barrels setahun, lima ke enam tahun ia boleh habis. Maknanya kecil. Itu satu.

Keduanya dari segi mengapa kita mengenakan harga yang secara forward – Yang Berhormat sebut betul itu. Minyak dan gas ini adalah komoditi dunia yang penting. Pengguna banyak dan pengeluar pun ada tetapi tidak sebanyak pengguna. Maka dalam pasaran dunia hari ini, ia ada future trading atau forward contract sebab seperti TNB lah ambil contoh yang hendak menjana kuasa ini, TNB dia tidak boleh hendak hari-hari masuk ke pasaran beli minyak atau gas. Ia perlu ada kontrak lima tahun supaya supply itu terjamin, supaya dia tahu tiap-tiap hari dia boleh jana pada supply minyak atau pun gas yang berterusan. Jadi dia pergi ke pasaran antarabangsa sama ada buka tenderkah atau apa, ia akan ada long term contract. Jadi mesti ada pembekal yang mahu menyahut permintaan atau demand itu. Jadi sebab itu di pasaran dunia, minyak atau gas umpamanya, kita bekalkan kepada negara-negara Jepunkah, Koreakah, it is long term atau secara yang panjang, senang.

Akan tetapi dalamnya itu mestilah ada – kadang-kadang harga kalau kita tetapkan, ia boleh turun, seperti kelapa sawit baru-baru ini sudah naik tinggi tetapi sekarang sudah turun. Jadi apabila long term contract yang kita buat, bermakna harga pasaran ini kadang-kadang naik lebih tinggi daripada harga kontrak dan kadang-kadang lebih kurang daripada harga kontrak. Jadi kita tidak oleh mengandaikan bahawa harga kontrak ini sentiasa berada di bawah paras harga biasa.

Minyak pun sekali naik USD110, hari ini sudah turun USD101 ke USD90. Jadi ini pasaran dunia. Ia sedemikian. Jadi kalau kita hendak semua kita longgokan dalam pasaran harian, tidak boleh. Durian, rambutan bolehlah agaknya tetapi kalau minyak dengan gas sahaja tidak boleh. Kita tidak boleh hendak buat pada current market. Ia perlu ada contract long term supaya ini menjamin keadaan yang lebih stabil.

Biasanya dalam kontrak pun ia ada adjustment clause. Maknanya kalau harga itu berbeza banyak sangat, ia akan ada clause back. Bermakna harga itu akan diselaraskan. Overall, 10 atau 20 tahun barangkali ini tidak menimbulkan masalah.

■1520

Dalam masa tiga bulan hingga ke lima bulan kita akan nampak perbezaan yang ketara antara harga pasaran semasa dengan harga kontrak. Akan tetapi ini amalan dunialah. Kita tidak ada masalah. Malaysia tidak boleh terkeluar daripada amalan dunia. Ini tidak menguntungkan kita pun kalau kita hendak mengikut hari-hari kita jual minyak kita, gas kita dengan, dalam keadaan semasa.

Terima kasih. Saya kira kalau sudah puas hati semua saya hendak ucapkan terima kasihlah kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana semuanya menyokong. Saya nampak tidak ada seorang pun yang tidak menyokong. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

DN 11.7.2011 43

Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA SEKURITI (PINDAAN) 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.23 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato' Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011 untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, dengan mengikuti perkembangan dan perubahan pesat yang berlaku dalam pasaran modal dan ekonomi global, Suruhanjaya Sekuriti (SC) sentiasa melakukan kajian dan semakan kepada undang-undang sekuriti sedia ada bagi memastikan ianya kekal relevan dan efektif.

Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011, kerana rang undang-undang yang dicadangkan ini bertujuan untuk mewujudkan suatu rangka kerja yang lebih kukuh dan teguh bagi pengawalseliaan pasaran modal Malaysia pasca krisis kewangan dunia dan memastikan rangka kerja pengawalseliaan sedia ada, adalah sejajar dengan pengamalan piawaian antarabangsa. Pelarasan matlamat ini, rang undang-undang ini meletakkan tiga sasaran utama iaitu:

(i) memperjelas dan memperluas fungsi pengawalseliaan SC;

(ii) memperuntukkan rangka kerja untuk mengiktiraf juru audit asing dan firma audit asing oleh Lembaga Pemantauan Audit atau Audit AOB serta penyelarasan proses operasi AOB; dan

(iii) mengemas kini proses penyiasatan dan membolehkan keterangan yang diperoleh oleh SC dengan bantuan badan pengawal selia asing diterima masuk oleh mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua pasca krisis kewangan dunia di perakui oleh ahli-ahli ekonomi bahawa antara faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan pasaran kewangan global adalah jumlah dagangan yang tinggi dan tidak terkawal di dalam pasaran derivative. Justeru itu pihak G20 menyeru supaya negara-negara anggota mempertingkatkan pengawalseliaan, perjalanan dan ketelusan dagangan melalui kaunter (OTC) derivative di negara masing-masing.

Langkah tersebut perlu bagi menguruskan risiko sistem yang mungkin timbul daripada pasaran OTC derivative yang boleh memberi impak kepada kestabilan sistem kewangan secara keseluruhannya. Menyahut seruan G20 Amerika Syarikat telah memperkenalkan pembaharuan yang menyeluruh berkaitan pengawalseliaan OTC derivative melalui akta Dodd-Frank 2010 dan diikuti pula oleh negara-negara Kesatuan Eropah.

Selain itu, International Organization of Securities Commission (IOSCO) turut mengeluarkan prinsip baru di bawah objektif dan prinsipal pengawal seliaan sekuriti berkenaan pengawalseliaan OTC derivative bagi memastikan konsistensi pemakaiannya di semua negara anggota. Pada masa ini, skop pengawalseliaan Suruhanjaya Sekuriti antara lain adalah tertumpu kepada pengawalseliaan sekuriti dan kontrak niaga hadapan yang diniagakan di bursa Malaysia, tarif kontrak niaga hadapan di dalam Akta Pasaran Modal

44 DN 11. 7.2011

dan perkhidmatan 2007 atau CMSA adalah termasuk perjanjian pelarasan yang pada asasnya adalah kontrak derivative dan boleh diniagakan di dua pasaran melalui kaunter.

Walau bagaimanapun, langkah kerja pengawalseliaan di dalam CMSA pada masa hanya memperuntukkan bagi pengawalseliaan kontrak niaga hadapan yang diniagakan di bursa dan tidak dapat sebarang takrifan bagi derivative walaupun derivative adalah merupakan suatu produk pasaran modal. Menyedari wujudnya kelompongan pengawalseliaan bagi derivative khususnya dagangan dalam OTC derivative maka rang undang-undang ini meminda perenggan 15(1)(a), (b), (g), (i), (j), (k), (l), (n), seksyen 22A dan seksyen 24, Akta Suruhanjaya 1993 atau SCA, dengan memasukkan perkataan “derivatif”. Pindaan ini akan memperluas fungsi pengawalseliaan SC ke atas derivative bagi membolehkan SC mengadakan rangka kerja untuk mengawal selia dagangan OTC derivative.

Tuan Yang di-Pertua, pasca krisis kewangan dunia juga telah mengadakan suatu persetujuan global bahawa pengawal selia pasaran modal haruslah mengambil langkah-langkah perlu bagi pengurusan risiko sistem ini. IOSCO telah memperkenalkan prinsipal baru dan objektif dan prinsipal pengawalseliaan sekuriti dengan menyatakan bahawa pengawal selia pasaran modal perlu memainkan peranan atau menyumbang kepada proses pemantauan serta mengurangkan dan menguruskan risiko systemic yang bersesuaian dengan mandatnya.

Justeru itu rang undang-undang ini memasukkan perenggan baru 15(1)(p) bagi memperluaskan fungsi pengawalseliaan Suruhanjaya Sekuriti kepada pemantauan pengurangan dan pengurusan risiko systemic di pasaran modal.

Di samping itu, SC telah memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya adalah menerbitkan kod Malaysia mengenai tadbir urus, meminda kehendak penyenaraian bursa, meminda undang-undang sekuriti, menubuhkan AOB dan meningkatkan penguatkuasaan bagi menggalakkan dan mempromosi tadbir urus korporat yang baik di kalangan syarikat tersenarai dan pengarahnya.

■1530

Bagi tujuan ini juga SC telah menubuhkan suatu Corporate Governance Consultation Committee (CGCC) pada tahun 2010 untuk membantu dalam memformulasikan satu rangka tindakan atau blueprint lima tahun bagi mempertingkatkan tahap tadbir urus korporat di Malaysia. Satu lagi fungsi utama SC adalah untuk menggalak dan mempromosi pembangunan pasaran sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia termasuklah menjalankan penyelidikan dan latihan yang berkenaan bagi pembangunan modal insan.

Bagi memastikan SC dapat terus menjalankan fungsi untuk membangunkan modal insan, rang undang-undang memberikan kuasa pada SC untuk menentukan satu piawaian profesional yang harus dipatuhi oleh pengantara pasaran modal. Ini termasuk menentukan piawaian bagi semua program dan latihan yang disediakan oleh badan pengawalseliaan sendiri.

Program persatuan pengantara pasaran dan peserta pasaran modal yang lain, ia juga disasarkan supaya SC membangunkan satu piawaian yang diiktiraf oleh pengawal selia pasaran modal luar negara supaya pemegang-pemegang lesen perkhidmatan pasaran modal Malaysia dapat terus bersaing dengan pengantara pasaran modal di rantau Asia mahupun di dunia untuk menarik pelaburan asing ke negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan pada subseksyen 15(1)(e) SCA adalah untuk membolehkan SC mengagih fokus pengawalseliaannya daripada pengawalseliaan produk pada pengawalseliaan aktiviti. Pengawalseliaan yang hanya berdasarkan pada produk boleh menyebabkan ketidaksamaan dalam pengawalseliaan serta menggalakkan penstrukturan sesuatu produk bagi mengelak atau mengambil kesempatan kelompangan sesuatu rejim pengawalseliaan. Cadangan pindaan pada perenggan 15(1)(m) dan seksyen 126 SCA pula membolehkan SC mengawal selia semua peserta pasaran modal termasuklah orang berdaftar dan orang-orang yang memberi perkhidmatan pasaran modal seperti pemegang amanah dan penjaga aset.

DN 11.7.2011 45

Pada masa ini, Bahagian IIIA, SCA mengandungi peruntukan bagi pertubuhan

AOB serta fungsinya. Salah satu fungsi AOB adalah untuk mendaftarkan juruaudit yang menjalankan Audit Penyata Kewangan entiti berkepentingan awam (PIE) termasuklah syarikat yang disenaraikan di Bursa. Syarikat yang disenaraikan di Bursa pula turut terdiri daripada perbadanan asing yang ditubuhkan dan didaftarkan di luar Malaysia. Bursa kini telah mempunyai lapan perbadanan asing tersenarai, empat perbadanan ditubuhkan di Bermuda, tiga ditubuhkan di Singapura dan satu di United Kingdom. Sebagai sebuah perbadanan asing, syarikat-syarikat ini perlu untuk mematuhi keperluan di negara asal mereka bagi tujuan pelantikan juruaudit.

Pada masa yang sama, SCA juga memperuntukkan bahawa PIE hendaklah melantik juruaudit yang berdaftar dengan AOB. Dalam hubungan ini sesebuah perbadanan asing yang tersenarai di Bursa perlu melantik dua orang juruaudit bagi memenuhi kehendak negara asal dan kehendak di bawah SCA. Pengecualian bagi perbadanan asing daripada rangka kerja AOB adalah tidak sesuai kerana akan menunjukkan ketidaksamaan di dalam pengawalseliaan juruaudit yang menjalankan audit ke atas perbadanan tempatan dan juruaudit yang menjalankan audit ke atas perbadanan asing yang tersenarai di Malaysia.

Sehubungan itu, dicadangkan supaya Bahagian IIIA SCA dipinda bagi membolehkan AOB mengiktiraf juruaudit asing dan firma audit asing. Antara lain cadangan rangka kerja bagi pengiktirafan kepada juruaudit asing dan firma audit asing ini termasuklah:

(i) mengehendaki juruaudit asing dan firma audit asing terlebih dahulu berdaftar atau diluluskan oleh badan pengawalseliaan asing yang berkaitan, yang menjalankan fungsi yang sama seperti AOB;

(ii) juruaudit asing dan firma audit asing tersebut mestilah mematuhi segala piawaian perakaunan di negara asalnya; dan,

(iii) AOB boleh pada bila-bila masa menarik balik atau menggantung pengiktirafan yang diberikan kepada juruaudit asing atau firma audit asing sekiranya juruaudit asing atau firma audit asing tersebut tidak lagi layak dan sesuai.

Tuan Yang di-Pertua, bagi Bahagian IIIA, SCA juga dipinda bagi memastikan AOB dapat menjalankan proses operasinya dengan lebih lancar. Cadangan pindaan pada Bahagian IIIA SCA juga akan memperuntukkan:

(a) subseksyen baru 31C(7) untuk menjelaskan Pengerusi Eksekutif AOB yang akan menjalankan urusan harian AOB;

(b) seksyen baru 31CA untuk menjelaskan AOB boleh mewakili fungsi statutory nya;

(c) pindaan pada seksyen 31L untuk menjelaskan SC akan menyimpan akaun sepatutnya bagi kumpulan wang AOB;

(d) pindaan pada seksyen 31W untuk membolehkan AOB menjalankan siasatan ke atas juruaudit tanpa menjalankan pemeriksaan terlebih dahulu; dan,

(e) pindaan pada seksyen 31ZA untuk memperluaskan kuasa AOB bagi membuat pemeriksaan dan siasatan ke atas entiti yang penyata kewangannya digabungkan ke dalam penyata kewangan suatu entiti berkepentingan awam.

Ini sejajar dengan piawaian International Financial Reporting Standards (IFRS) sejajar dengan perkembangan semasa dan keperluan perlindungan pelabur, penyiasatan yang boleh dilakukan oleh SC untuk pelanggaran undang-undang sekuriti diperluaskan dan turut melibatkan pelanggaran undang-undang sekuriti yang melangkaui sempadan atau cross border offence. Bagi tujuan ini, rang undang-undang akan:

46 DN 11. 7.2011

(a) meminda seksyen 134 untuk membolehkan SC membuat rakam audiovisual apabila keterangan saksi direkodkan di dalam seksyen 134(1)(b), meminda subseksyen 150A(4) bagi membolehkan penerimaan bukti lisan yang direkodkan oleh pegawai selia pasaran modal asing secara audio atau visual atau kombinasi kedua-duanya dan penerimaan afidavit yang diperakui oleh seorang saksi yang menetap di luar Malaysia di mahkamah;

(b) seksyen 150A, subseksyen (5) juga dipinda untuk membolehkan afidavit secara bersumpah atau diperakui oleh saksi untuk diterima pakai di mahkamah;

(c) memperkenalkan seksyen baru iaitu 150B untuk membolehkan keterangan dan dokumen yang telah diambil daripada seorang yang kemudiannya mati atau tidak dapat dikesan dan sebagainya diterima pakai di mahkamah; dan

(d) meminda seksyen 152A untuk membolehkan SC menyiarkan kepada pihak awam maklumat mengenai tindakan yang telah diambil di bawah seksyen 125 atau seksyen 220 CMSA.

Fasal-fasal lain di dalam rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan kuasa membuat peraturan-peraturan yang sedia ada di bawah Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti.

Menggabungkan kuasa Menteri Kewangan untuk meminda jadual di bawah SCA, menyelaraskan peruntukan sedia ada di bawah Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti berkaitan rayuan am dan keputusan Menteri dan SC adalah muktamad serta pindaan-pindaan kecil dan berbangkit. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Heng Seai Kie]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

■1540

Silakan Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn. Sebelum saya teruskan Yang Berhormat, saya meminta semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas, sila kemukakan nama-nama kerana sekarang ini saya ada lima nama di sini. Kalau ada saya bersedia menerimanya tetapi dengan secepat mungkin, dipersilakan Yang Berhormat.

3.40 ptg.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahita'ala wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua yang dihormati, terima kasih kerana diberikan juga peluang untuk saya berbahas di dalam rang undang-undang Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat rang undang-undang ini sebagai jalan penyelesaian ke arah iltizam dan hala tuju sektor kewangan negara dalam menghadapi cabaran globalisasi yang tidak ketentuan pasaran di abad ke-21 ini. Saya yakin segala dasar dan polisi kementerian ke arah meningkatkan penyelarasan dan mengambil langkah yang berkesan untuk memastikan kesepakatan yang dicapai mengenai isu krisis kewangan global agar ianya dilaksanakan sepenuhnya.

Dalam menghadapi kerenah tidak ketentuan ekonomi global pada hari ini termasuk punca dan kesan krisis kewangan global sekarang bantuan yang diperlukan dalam negara-negara membangun dan pembaharuan kepada sistem kewangan dan ekonomi

DN 11.7.2011 47

antarabangsa yang sedia wujud perlu dipertingkatkan lagi oleh pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh beberapa isu di peringkat dasar dan juga jawatankuasa. Fasal 3(a), saya ingin menyentuh mengenai pengawalseliaan oleh suruhanjaya yang turut menyentuh prerogatif iaitu apakah kementerian yakin dengan cadangan untuk mengembangkan bilangan produk pada pasaran prerogatif berupaya meningkatkan kecairan pasaran, menambahbaikkan perdagangan, merentasi pasaran dan risiko yang bernilai.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit berkaitan sektor kewangan Islam. Pada pandangan saya sektor kewangan Islam pada masa ini walaupun berkembang dengan pesat tetapi masih terlalu kecil berbanding dengan potensinya yang sebenar. Pasaran sektor ini ke atas umat Islam di seluruh dunia masih belum diterokai sepenuhnya. Salah satu perkara utama yang menghalang pertumbuhan kewangan Islam ialah kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat berhubung alternatif yang ditawarkan di dalam perbankan insurans pasaran modal dan juga pelaburan.

Saya berpandangan untuk mengatasi masalah ini industri kewangan Islam mestilah secara berterusan mendekati dan mendidik masyarakat dan untuk cara ini menjadi lebih efektif, institusi kewangan Islam itu mestilah berpengetahuan dan faham tentang apa itu kewangan Islam dan apa kemampuan kewangan Islam. Salah satu caranya institusi kewangan Islam perlu memperbanyakkan kajian dan penyelidikan yang melibatkan semua peringkat meliputi pengawal selia, pengamal dan ahli akademik bagi memperkukuhkan kefahaman.

Dan pada masa yang sama pelaburan terhadap modal-modal insan juga perlu diberikan tumpuan kerana kurangnya pengetahuan di dalam kewangan Islam yang sering dikaitkan dengan kekurangan pakar berkelayakan di dalam bidang berkenaan. Justeru itu, ia telah memberi kesan kepada inovasi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperkenalkan. Di sini juga Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa persoalan yang ingin saya ajukan kepada pihak kementerian berkaitan aspek kewangan Islam.

Pertamanya ialah bagaimana dengan sudut perbankan Islam daripada pandangan dan persiapan kementerian sendiri menghadapinya. Kedua, adakah kementerian yakin fokus kewangan Islam yang selama ini kita menumpukan ke arah keperluan domestik akan bertambah kukuh dengan usaha untuk meraih peluang pertumbuhan daripada perantaraan pelaburan antarabangsa dan transaksi korporat yang semakin berdaya saing di peringkat global. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengukuhkan hab pasaran modal Islam di Malaysia ini, kerana saya ada terbaca laporan bahawa target kita ialah untuk meningkatkan hampir tiga kali daripada RM1.1 trilion pada 2010 kepada RM2.9 trilion pada 2020.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan telah diberi tanggungjawab di bawah Akta Industri Niaga Hadapan 1993, FIA untuk mengawal perniagaan option dan niaga hadapan dan telah memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan industri derivatif dan kedua-dua badan pengawal selia ini adalah bertanggungjawab untuk membuat peraturan bagi operasi bursa. Suruhanjaya Sekuriti ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dengan bermatlamat utama untuk membuat peraturan dan pengawasan industri sekuriti dan niaga hadapan. Di bawah peruntukan FIA, Suruhanjaya Sekuriti juga adalah badan yang bertanggungjawab di dalam memberikan kelulusan kepada semua kontrak yang diniagakan dan dalam pemberian lesen kepada peserta di dalam pasaran seperti broker hadapan, penasihat urus niaga hadapan dan juga pengurus dana hadapan.

Saya ingin tahu apakah fungsi pengurusan lantai dengan, izin floor management, apakah fungsi Audit, pematuhan dan pengawasan APP dan apakah kebaikan yang diperoleh apabila kita melonggarkan syarat agar juruaudit dari luar negara dibenarkan beroperasi dalam usaha meningkatkan penyelesaian proses audit dan operasi, penyiasatan dan pengumpulan maklumat dan apakah keberkesanannya. Saya juga ingin tahu apakah fungsi dan pencapaian KOMEX, Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia dan sejauh manakah pencapaian dalam memastikan pelabur-pelabur akan aspek keselamatan, berdagang di bursa yang teratur dengan prosedur yang bertaraf antarabangsa dan dengan kata-kata itu juga Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Terima kasih.

48 DN 11. 7.2011

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, saya mempersilakan Yang Berhormat Puan Doris Sophia ak Brodi dan seterusnya Yang Berhormat Mulia Tunku Abdul Aziz, bersedia selepas Yang Berhormat Puan Doris.

3.47 ptg.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk sekali membahaskan satu lagi rang undang-undang yang diberi nama Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 ataupun boleh dinamakan Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011. Akan tetapi sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan kehadiran warga Wanita MCA Bahagian Taiping, Perak... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, secara brief atau dengan izin ringkasnya, seperti rakan-rakan saya yang telah terdahulu berbahas tadi, saya pula melihat krisis kewangan global telah menyemarakkan minat baru kepada pelabur asing terutama sekali dalam produk pengurusan risiko. Ini adalah apabila pasaran ekuiti yang volatility, dengan izin, telah mendorong pelabur kepada bon cair kerajaan sekali gus mengerakkan permintaan bagi instrumen yang boleh menambah hasil serta menyediakan perlindungan terhadap kerugian ke atas pendedahan pelaburan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpandangan bahawa pasaran saham kita sekarang suitable for many public listed companies, dengan izin, ataupun bersesuaian kepada lebih banyak syarikat senaraian awam berbanding mana-mana yang lain di dalam ASEAN, manakala pasaran bon kita juga adalah yang ketiga terbesar di seluruh Asia apabila benchmark ataupun petanda aras berbanding keluaran dalam negara kasar dan pasaran modal Islam juga di antara yang terbaik sehingga mendapat pengiktirafan dunia. Jelas sekali Tuan Yang di-Pertua, pemindaan Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti ini tepat pada masanya, dengan niat murni kerajaan untuk lebih melindungi pasaran saham dan mengawal selia sebarang aktiviti berkaitan dengannya. Ia juga dengan sekali gus dapat memastikan institusi kewangan kita berada di landasan yang betul dalam masa sembilan tahun dari sekarang atau menjelang Wawasan 2020, di mana negara Malaysia akan berdiri sebagai sebuah negara maju kelak.

Jadi seterusnya saya mahu menyentuh berkenaan dengan satu fasal sahaja iaitu fasal 2 yang bertujuan untuk meminda seksyen 2 bagi menggantikan takrif kontrak niaga hadapan, pasaran niaga hadapan dan bursa niaga hadapan dengan takrif derivatif, pasaran derivatif dan bursa derivatif atau dengan ringkasnya bertujuan menukar takrif niaga hadapan kepada takrif derivatif bagi tiga kategori iaitu kontrak niaga hadapan, pasaran niaga hadapan, bursa niaga hadapan.

■1550

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya faham berkaitan maksud derivatif ini ialah kontrak derivatif juga dikenali sebagai kontrak hadapan yang merupakan satu kontrak sah yang melibatkan penghantaran sesuatu aset dengan harga tertentu. Pada tempoh masa hadapan yang dipersetujui bersama oleh dua pihak yang melakukan kontrak. Asas kontrak ini ialah penghantaran pada masa hadapan dalam bentuk kuantiti dan kualiti yang telah ditetapkan mengikut piawaian yang tertentu.

Oleh itu pembeli tidak perlu khuatir tentang mutu dan kualiti aset yang dibelinya. Walaupun mereka belum lagi melihat aset berkenaan kerana dijamin oleh pihak berkuasa pasaran hadapan. Sungguhpun kontrak ini menyebut harga belian, pembeli tidak akan dibayar sehingga tarikh aset dihantar. Bagaimanapun kedua-dua pembeli dan penjual dikehendaki membuat deposit pada masa kontrak. Tujuan deposit adalah untuk melindungi kerugian yang mungkin akan ditanggung sekiranya salah seorang mengingkari kontrak.

Manakala maksud pasaran hadapan pula, ialah maksudnya lebih kurang sama dengan maksud derivatif. Jadi saya apabila membaca fasal 2 ini, agak berkemusykilan dan tertanya-tanya sehingga saya betul-betul terpanggil untuk mengemukakan soalan kepada pihak kementerian.

DN 11.7.2011 49

Soalan saya yang pertama, apakah signifikan menukar terma ini kepada derivatif?

Kedua, apakah kemajuan yang dicapai oleh pelan induk pasaran modal kedua atau CMP-2 yang antaranya, misinya ialah sebagai penyambung kepada pelan pertama yang sangat berjaya dan targetnya ialah nilai pasaran modal diunjurkan berkembang kepada RM5.8 trilion di dalam tempoh sepuluh tahun akan datang melalui pengantarabangsaan yang lebih meluas daripada kalau tidak silap saya sebanyak RM2 trilion sekarang ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya akan kemajuan dan kejayaan yang dicapai hasil program Invest Malaysia 2011 yang diadakan baru-baru ini yang khabarnya disertai oleh peneraju industri, pengurus dana dan pelabur institusi serta lebih 850 delegasi dari lebih 200 perbadanan Malaysia dari seluruh dunia. Sejauh manakah ianya berjaya menarik minat fund manager, dengan izin, dan peneraju industri asing untuk melabur di Malaysia? Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Mulia Tunku Aziz dan seterusnya harap bersedia Yang Berhormat Akbar Ali.

3.53 ptg.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada minggu lepas semasa perbahasan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011, kami telah mendengar salah seorang Ahli Dewan menegaskan pentingnya hakim mengamalkan perilaku profesional dan integriti. Yang Berhormat telah memberi contoh kes timbang tara atau arbitration yang mana rakyat Malaysia lebih rela kes pertikaian trade atau commercial dirujuk di Singapura untuk timbang tara atau arbitration.

Di negara ini, kekurangan keyakinan atau kepercayaan bukan sahaja terletak pada sistem kehakiman tetapi juga pada agensi penguat kuasa atau badan yang menjaga hak orang ramai atau watch dog, dengan izin. Malaysia bukan sahaja kaya dengan sumber asli tetapi juga dengan undang-undang peraturan dan pengawalan. Malangnya atas sebab-sebab tertentu, undang-undang ini jarang dikuatkuasakan dengan effective dan ini menyebabkan keyakinan atau kepercayaan orang awam terhadap agensi penguat kuasa menjadi tipis.

Sekiranya agensi ini juga menjadi badan pengawalan atau regulator seperti Suruhanjaya Sekuriti, pelaburan domestik dan dari luar negara akan disalurkan keluar. Modal pelaburan bukan sesuatu yang senang diperolehi dan rekod penguatkuasaan negara ini adalah kurang memuaskan kalau dibandingkan dengan negara lain yang juga bersaing untuk mendapatkan pelaburan. Kita bergantung kepada modal pelaburan dan trade luar negara untuk pembangunan. Sekiranya tidak ada penguatkuasaan peraturan kewangan yang tegas, pelabur-pelabur menjadi kurang berminat untuk memulakan perniagaan di sini dan menyediakan pekerjaan yang amat diperlukan.

Walaupun kerajaan telah mengambil langkah untuk mentransformasikan industri perniagaan dan business climate, dengan izin, kita masih perlu menunjukkan kesanggupan kita untuk menangani gejala rasuah dan mempertingkatkan efficiency dan mengamalkan good governance di semua institusi. Tuan Yang di-Pertua, institusi bukan dibina dengan batu dan bata sahaja. Apa yang lebih penting adalah golongan yang memberi kepimpinan. Mereka haruslah terdiri daripada individu yang benar-benar berintegriti.

Saya berasa bangga bahawa Suruhanjaya Sekuriti telah mengambil beberapa langkah untuk mempertingkatkan standardnya. Sebagai contoh baru-baru ini ia telah melaksanakan rancangan terperinci corporate governance lima tahun atau dengan izin, the five years corporate governance blueprint untuk menunjukkan Malaysia adalah negara yang mesra pelaburan atau investor friendly country, dengan izin. Terdapat 35 cadangan-cadangan yang perlu dilaksanakan melalui Malaysian code of corporate governance.

Di antara cadangan-cadangannya adalah yang menerangkan perlunya mengasingkan jawatan pengerusi syarikat dan ketua pegawai eksekutif. Pengerusi haruslah

50 DN 11. 7.2011

terdiri daripada orang yang bukan ahli eksekutif lembaga. Perubahan ini adalah penting kerana pasaran modal negara telah meningkat sebanyak 11 peratus setahun sejak tahun 2000. Pada tahun 2000 pasaran modal bernilai RM718 juta.

Pada hari ini, angka ini telah mencecah RM2 trilion. Perubahan penting yang lain termasuk melarang pengarah daripada menyandang jawatan lebih daripada sembilan tahun dan menduduki kerusi lebih daripada lima lembaga syarikat. Percubaan untuk menambah baik ketelusan atau transparency dan mempertingkatkan pendedahan atau disclosure dengan izin, adalah tepat pada masa kerana ini boleh memberi keyakinan kepada pelabur. Akan tetapi, apa yang lebih penting adalah perlunya mengawal rasuah dan ini boleh dicapai sekiranya badan pengawal dan badan penguat kuasa seperti Bank Negara, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan MACC sendiri tidak menjadi seperti pagar makan padi.

■1600

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau boleh Yang Berhormat khusus spesifik kepada tajuk hari ini iaitu dari segi membahaskan Akta Suruhanjaya Sekuriti. Jangan terlalu umum ya.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Negara tidak dapat bersaing dengan efektif untuk pelaburan sehingga kita dilihat sebagai negara yang bebas daripada rasuah oleh pelabur-pelabur domestik dan dari luar negara.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan ke atas inisiatif ini dan saya menyokong akta ini.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Akbar bin Ali dan seterusnya Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan. Itu sahaja dan selepas ini tidak lagi kerana inilah orang-orang yang telah pun mengemukakan nama-nama. Silakan Yang Berhormat.

4.01 ptg.

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu izinkan saya satu dua minit untuk merakamkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya menenteramkan negara khususnya pada 9 Julai lalu. Tahniah kepada pasukan keselamatan kita kerana dengan cemerlangnya mengendalikan keselamatan kita.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Seterusnya saya ingin menarik perhatian bahawa keamanan dan kemakmuran itu adalah penting dan ia berasaskan kepada perpaduan kita. Oleh sebab difahamkan 95 peratus di kalangan mereka yang berada di jalan raya pada hari tersebut adalah orang Melayu dan orang Islam, maka kita selalu membacakan ayat 103 surah Ali-Imran, dan kali ini saya menyeru di Dewan yang mulia ini supaya kita sama-sama mengamalkan ayat tersebut iaitu, “Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah secara kuat dan janganlah kamu bercerai-berai.”

Saya haraplah kita sesungguhnya tidak berpecah dan bercerai berai kerana, “Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.” “Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.” Jikalau kita terus berpecah, maka kita tidak akan bersatu teguh, malah bercerai kita roboh. Kita akan binasa seumpama, “Antan dengan lesung yang berlaga, ayam yang kenyang.” Lantaran itu saya sekali lagi memohon apabila kita sudah lemah dan tumbang, kita adalah umpama pohon besar yang telah tumbang, kura-kura pun bersedia dan sanggup memanjat dan menendang. Umpama:

Cempedak sebiji, lada sebatang, Terpijak pergi, terlanda datang.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin memberikan perhatian kepada rang undang-undang yang kita sedang bahaskan ini. Sesungguhnya saya bersama-sama kawan yang lain menyokong rang undang-undang ini kerana from the outside, dengan izin, saya melihat kita benar-benar cuba melaksanakan apa yang dipanggil Maslow theory. Kita bergerak ke arah negara maju menjelang tahun 2020 dan langkah pertama sudah bermula

DN 11.7.2011 51

dan ini adalah rantaian usaha tersebut. Mengikut Maslow theory ia ada apa yang dipanggil dengan izin, the pyramid of needs daripada physiological needs sehinggalah self actualization. Di mana ia bergerak ke arah tadbir urus yang baik atau good governance, integriti dan seumpamanya. Rang undang-undang ini adalah cuba mengkonkritkan usaha tersebut.

Saya menyentuh dua aspek utama, satu aspek umum dan satu lagi aspek secara khusus fasal demi fasal nanti sekiranya diizinkan. Saya bersama rakan yang baru membicarakan tentang rang undang-undang ini, saya ingin merakamkan setinggi tahniah kepada SC kerana baru memperkenalkan pelan induk tadbir urus korporat yang mahu meningkatkan tadbir urus yang baik, memperkukuhkan integriti dan ingin merapatkan jurang serta meningkatkan standard, menggalakkan dan memupuk amalan tadbir yang baik. Tahniah saya ucapkan bersama-sama dengan rakan yang lain tadi.

Namun pada masa yang sama, saya ingin menarik perhatian terhadap SC itu sendiri. Tadi adalah usaha SC untuk memastikan syarikat-syarikat korporat melaksanakan tadbir urus yang baik. Saya difahamkan melalui media-media terutama sosial media bahawa Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti mempunyai kuasa budi bicara yang begitu luas kononnya.

Jadi, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, benarkah Pengerusi SC ini mempunyai kuasa budi bicara yang terlalu luas sehingga dia memberikan wang kepada beliau untuk melakukan pendakwaan terpilih yang mana ini telah menimbulkan keresahan di pasaran bahawa seolah-olah ada nepotisme, ada pilih kasih dan sebagainya.

Kedua, juga dikatakan pihak SC menggunakan kuasa yang agak luar biasa, khabarnya lebih teruk daripada pihak polis dalam melakukan proses penyiasatan yang mana agak cruel atau kasar, dengan izin.

Seterusnya, adakah sebuah badan – kalau tidak ada mohon diwujudkan satu badan atau lembaga atau jawatankuasa yang boleh menasihatkan dan mengawal pengerusi ini. Jadi untuk memastikan bahawa beliau sesungguhnya melaksanakan tugas di bawah ruang lingkup peraturan undang-undang yang dibenarkan tanpa banyak menggunakan budi bicara.

Kedua di bawah perkara umum ini, saya ingin menarik kepada kes kerugian Sime Darby yang dikatakan bernilai RM2.8 bilion. Kerugian ini sudah tentu disebabkan oleh pihak pengurusan, audit dalam, audit luar dan lembaga pengarah. Saya ingin bertanya tidakkah Securities Commission atau Suruhanjaya Sekuriti mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan bukan sahaja yang sekarang ini tindakan di atas pengurusan kanan, tetapi ke atas audit dalam, audit luar dan hatta ke atas Lembaga Pengarah itu sendiri.

Seterusnya, kerugian yang besar yang ditanggung oleh Sime Darby itu sudah tentu mencerminkan antara lain selain daripada kelemahan lembaga pengarah dan pihak audit luar, tetapi juga mencerminkan kelalaian atau kelemahan di pihak bursa saham dan suruhanjaya sekuriti itu sendiri. Terdapatkah kuasa untuk mengambil tindakan terhadap suruhanjaya sekuriti ini dan Bursa Saham Kuala Lumpur yang lalai itu?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik secara khusus kepada fasal 6(b) dan (b) yang membenarkan juruaudit berdaftar asing dan juruaudit yang diiktiraf asing. Soalan yang saya ingin kemukakan di sini bagi mendapatkan jawapan, adakah kebebasan sepenuhnya diberikan kepada syarikat asing ini untuk menjalankan operasi mereka di Malaysia 100 peratus, misalnya dimiliki oleh mereka dan pengurusan juga dikawal oleh mereka atau seperti amalan dahulu di mana syarikat asing ini mencari rakan kongsi di kalangan orang-orang Malaysia? Contohnya Arthur Anderson menjalinkan rakan kongsi dengan Hanafiah Raslan, Pricewaterhouse dengan Jaafar Hussin dan D. Lloyd, dengan Kassim Chan.

Kalaulah perkara yang pertama itu dilaksanakan iaitu tanpa sekatan dari segi hak milik dan sebagainya, maka saya bimbang salah satu prinsip di bawah MBE iaitu keterangkuman tidak dapat dilaksanakan dan jurang akan melebar di bawah konsep liberalisasi ini.

52 DN 11. 7.2011

Seterusnya, kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu dan socioeconomic global environment yang hostile dengan izin, saya ingin tahu, apakah impaknya ke atas firma juruaudit berdaftar di Malaysia yang terpaksa gulung tikar bagi tempoh 2005-2010?

■1610

Saya bertanyakan ini kerana, saya bimbang impak pendaftaran juruaudit luar dan syarikat asing ini boleh menyebabkan firma-firma Malaysia yang kecil dan sederhana mungkin ditelan oleh firma-firma yang besar ini.

Seterusnya saya ingin menarik kepada fasal 7 iaitu mengenai bidang kuasa pengerusi eksekutif LPA. Saya ingin tanya, berapa banyak lagi kah kuasa budi bicara yang diberikan kepada pengerusi eksekutif ini?

Berkenaan fasal 9 pula, saya lihat kuasa yang diberikan kepada Lembaga LPA ini agak luas kerana saya tidak pasti siapa yang boleh mengawalnya kerana dalam rang undang-undang yang dibincangkan ini saya tidak jelas tentang kawalan ke atas LPA ini.

Sebagai contoh, di bawah fasal 9(2), tidak ada syarat yang disenaraikan dalam melaksanakan fasal 9(2) seperti apa yang terkandung dalam Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Dalam Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara ini, contohnya di perenggan 11(1), dijelaskan syarat-syarat apabila melantik seseorang ahli jawatankuasa yang mana dalam rang undang-undang ini tidak disebutkan.

Begitu juga contohnya lagi di bawah fasal 9(4) iaitu had minimum mesyuarat tidak ditetapkan. Akan tetapi sebagai bandingan, Rang Undang-undang Majlis Perundingan Gaji Negara sekurang-kurangnya ditetapkan empat kali mesyuarat setahun. Akan tetapi dalam rang undang-undang berkenaan dengan Suruhanjaya Sekuriti ini, perkara ini silent, dengan izin Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Selanjutnya saya ingin menarik perhatian kepada fasal 26(a)(b) dan dibaca bersama dengan fasal 29(a)(a) iaitu ini kerana kontroversi yang baru berlaku. Di sini disebutkan secara jelas bahawa boleh digunakan rakaman video, visual ataupun kombinasi kedua-duanya. Kita diberitahu bahawa audiovisual ini adalah besi, tidak ada telinga, tidak ada mata. Nanti esok tidakkah akan dipersoalkan di dalam mahkamah tentang kesahihannya sebagai evidence, dengan izin?

Akhir sekali, saya ingin menarik kepada fasal 27 yang hendak dibaca bersama-sama dengan fasal 28. Di sini saya hanya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri, fasal 27 membenarkan rayuan dibuat ke atas keputusan yang diputuskan oleh suruhanjaya tetapi fasal 28, keputusan itu adalah muktamad, tidak boleh dirayu. Jadi mungkin ada berlaku sedikit ambiguity dengan izin, di pihak sayalah. Mungkin di pihak Yang Berhormat lebih faham, tentu dapat menjelaskan di Dewan yang mulia ini.

Saya menarik perhatian kepada perkara ini atau fasal ini adalah kerana apa yang kita boleh belajar daripada keputusan hakim baru-baru ini berkenaan kes Tian Chua yang mana ayat dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 48(1)(g) menjadi pertikaian iaitu denda tidak kurang daripada RM2,000. Jadi apabila kena denda RM2,000, hilang kelayakan atau tidak hilang kelayakan? Jadi itu yang menjadi isu tetapi sudah diputuskan di Dewan Rakyat. So, ambiguiti seperti ini yang ingin saya mohon penjelasan.

Jadi dengan kata-kata itu, saya menyokong Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Akhir sekali, silakan Yang Berhormat Dr. S. Ramakrishnan.

4.15 ptg.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati. Saya ingin menyentuh beberapa perkara iaitu yang pertama mengenai Lembaga Pemantauan Audit atau Audit Oversight Board yang ditubuhkan bagi memastikan piawaian

DN 11.7.2011 53

audit yang lebih tinggi dipatuhi oleh para juruaudit. Setahu saya, AOB itu ditubuhkan dari 1 April 2010. Selepas pertubuhan AOB, adakah apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa kualiti audit telah meningkat?

Kedua ialah, di Malaysia, lebih 80 peratus jumlah yuran perakaunan berada dalam tangan sepuluh syarikat yang besar. Baki 20 peratus perakaunan dikongsi oleh kira-kira 1,500 syarikat perakaunan. Ini nampaknya satu nisbah yang very disproportional, dengan izin. Jadi adakah apa-apa rancangan ataupun program untuk meningkatkan syarikat-syarikat besar sebab ini satu proportion yang boleh ditingkatkan.

Ketiga ialah mengenai the independents and utility of AOB dengan izin, sebab ahli-ahli AOB yang pakar kita kena pilih daripada syarikat-syarikat besar. Jadi apabila mereka datang ke AOB, adakah mereka masih neutral dan independent dalam tugas mereka? Jadi bagaimanakah kerajaan ataupun AOB memastikan neutrality pakar-pakar yang ada di AOB itu? Itu penting sebab satu sumber ialah daripada syarikat-syarikat besar dan satu lagi ialah pegawai kerajaan dan satu lagi ialah para akademia. Jadi macam mana AOB akan kekalkan kemerdekaan mereka?

Berikutnya ialah mengenai syarikat audit luar negara yang boleh berkhidmat di negara kita. Adakah ia bererti bahawa syarikat audit luar ini boleh mengaudit syarikat dalaman lain ataupun mereka hanya audit syarikat daripada negara asal mereka yang mempunyai anak syarikat di sini? Jadi mungkin mereka audit syarikat di negara asal dan syarikat mereka itu ada anak syarikat di sini dan mereka datang audit, ataupun mereka terus boleh datang ke sini, audit satu syarikat yang baru. Apakah tujuannya di sini?

Berikutnya ialah kualiti IPO yang dicurigai dalam Bursa Malaysia. Dalam surat khabar ada mengatakan bahawa lebih separuh daripada syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia tahun lepas gagal untuk mencapai keputusan kewangan yang mereka telah diramalkan dalam prospektor. Jadi dalam prospektor mereka ada satu angka yang besar tetapi tahun yang berikut, banyak syarikat tidak mencapai apa yang ditentukan dalam prospektor mereka. Jadi ini menunjukkan ada beberapa kekurangan dalam sistem kita benarkan IPO. Mungkin syarikat-syarikat yang dipilih ataupun yang diizinkan tidak berkualiti. Apakah rancangan ataupun galakan untuk memastikan bahawa hanya syarikat-syarikat yang berkualiti disenaraikan dalam Bursa Malaysia? Begitu juga dengan syarikat yang didaftarkan di MasTec, mereka pun sama juga iaitu adakah mereka kekalkan apa yang mereka janji, mereka promise dalam prospektor? Adakah mereka juga mengekalkan prestasi mereka selepas disenaraikan?

Perkara yang berikutnya ialah mengenai syarikat yang unlisted company iaitu tidak disenaraikan. Syarikat tidak disenaraikan, mereka tidak perlu full financial disclosure. Mereka minimum disclosure. Akan tetapi ada juga syarikat yang tidak disenaraikan tetapi ada kepentingan umum.

■1620

Mungkin mereka pinjam berbilion-bilion ringgit ataupun modal daripada kerajaan berbilion-bilion ringgit, tetapi mereka tidak disenaraikan. Jadi syarikat-syarikat bagi ini pun mesti ada full discloser untuk rakyat tahu apa yang berlaku. Jadi syarikat-syarikat seperti 1MDB dan Equinas yang sangat besar tetapi tidak disenaraikan. Mereka pun mesti kemukakan full financial discloser, bukan minimum discloser sebab mereka tidak disenaraikan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam akta ini disebut bahawa AOB tidak mengenakan apa-apa kos kepada kerajaan, jadi bagaimanakah AOB akan operate, bagaimana ia dibiayai? Adakah daripada yuran yang dikutip daripada syarikat perakaunan ataupun dari satu peruntukkan dari Securities Commission? Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab.

4.21 ptg

54 DN 11. 7.2011

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Senator yang telah ambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan cadangan dalam perbahasan ini.

Yang Berhormat Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn membangkitkan mengenai perbankan Islam.

Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia memperkenalkan Skim Perbankan Islam (SPI) pada tahun 1993 di mana bank-bank konvensional dibenarkan menawarkan perkhidmatan perbankan Islam di kaunter-kaunter perbankan mereka ataupun Islamic Window. Pada tahun 2005 bank-bank konvensional yang terlibat dengan SPI digalakkan untuk menarik balik Koperasi Jendela Islam atau Islamic Window kepada Pertubuhan Bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1993 sebagai subsidiari bank konvensional berkenaan. Jumlah Bank Islam di Malaysia adalah 17 pada masa ini. Kini aset perbankan Islam merangkumi hampir 20% daripada jumlah aset perbankan negara seperti yang disasarkan dalam pelan induk sektor kewangan 2001 hingga 2010.

Langkah-langkah yang diambil memang kita pun menjalankan promosi antarabangsa supaya melalui MIFC dengan kerjasama dengan syarikat yang berkenaan untuk menggalak senarai syarikat asing dan memperkembangkan kebesaran antarabangsa.

Yang Berhormat Senator Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn dan juga Yang Berhormat Puan Doris Sophia ak Brodi bertanya, apakah produk derivatif di Bursa Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, produk-produk yang diniagakan di platform dagangan CIMB, Glomax adalah lapan, iaitu:

(i) crude palm oil futures (FCPO);

(ii) USD crude palm oil futures (FUPO);

(iii) crude palm kernel oil futures (FPKO);

(iv) FDSE Bursa Malaysia KLCI Futures (FKLI);

(v) FDSE Bursa Malaysia KLCI Option (OKLI);

(vi) Single Stock Futures (SSF);

(vii) three months Kuala Lumpur inter-bank offered Red futures (FKB3); dan

(viii) three and five years Malaysian Government Security Futures (FMG3 and FMG5).

Produk yang paling aktif iaitu FCPO telah mencatat yang tertinggi dengan open interest mencatat 116,422 kontrak pada 23 Jun 2011. Ini adalah kerana meningkat bagi kontrak FCPO oleh pemegang tempatan dan antarabangsa di pasaran FCPO.

Yang Berhormat Senator Puan Puan Doris Sophia ak Brodi meminta untuk mengganti takrif kontrak niaga hadapan kepada takrif derivatif. Untuk makluman Yang Berhormat, kontrak niaga hadapan merupakan suatu subset daripada derivatif. Kontrak niaga hadapan adalah salah satu produk di bawah derivatif. Derivatif merangkumi kedua-dua kontrak hadapan yang ada disenaraikan atau standardize dan derivatif melalui kaunter atau OTC derivative seperti credit default swap melalui pindaan ini pihak AC akan kini dapat memberi fokus pengawalseliaan kepada derivative selaras dan juga derivative melalui kaunter atau OTC derivative.

Yang Berhormat Senator Datin Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn, Datuk Akbar bin Ali dan juga Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah ada membangkitkan mengenai dengan isu Audit Oversight Board (AOB).

Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Pemantaun Audit yang ditubuhkan pada tahun 2010 adalah bertujuan memastikan kualiti penyata kewangan audit yang disediakan oleh PLC. Ini dapat dicapai dengan memastikan bawah juruaudit PLC ini adalah

DN 11.7.2011 55

berdaftar dengan AOB dan AOB akan mempunyai kuasa untuk mengawasi dan menyiasat terhadap pematuhan terhadap piawaian audit oleh para juruaudit. Cadangan di bawah rang undang-undang ini adalah bagi memberi pengiktirafan kepada juru audit asing yang lantik untuk menjalankan audit ke atas syarikat tersenarai asing. AOB masih lagi akan menjalankan fungsi statutory bagi memastikan audit yang dijalankan oleh juruaudit ia adalah mematuhi piawaian audit yang ditetapkan sekali gus memastikan bahawa tadbir urus kualiti penyata kewangan PLC adalah di tahap tertinggi.

Yang Berhormat Puan Puan Doris Sophia ak Brodi ada bertanya, apakah kemajuan asing daripada Program Invest Malaysia dan menarik minat pengurus dana asing untuk ke Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat bulan Mei 2011 terdapat 83 pengurus dana di Malaysia, daripada 83 pengurus dana ini, 18 pengurus dana adalah pengurus dana asing termasuk syarikat kerjasama antara pengurus dana tempatan dan asing.

Syarikat-syarikat pengurus dana ini sedang mengurus aset sejumlah RM36 bilion iaitu lebih kurang 9 peratus daripada jumlah aset di bawah urusan RM414 bilion oleh pengurus dana di Malaysia. SC akan terus cuba menarik minat pengurus-pengurus dana yang bertapak di Malaysia melalui program seperti Invest Malaysia di masa akan datang.

Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali, dan Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim ada bertanya mengenai SC Bursa pro berintegriti dan tadbir urus korporat SC dan kuasa budi bicara SC yang luas.

■1630

Untuk makluman Yang Berhormat, dalam melaksanakan tanggungjawab semua kakitangan SC termasuk pengerusi adalah tertakluk kepada kod etika dan tahap tadbir urus yang tinggi. SC mengamalkan proses dan prosedur yang telus dalam menjalankan tugas dan tertakluk kepada audit dan pengawasan bebas. Kakitangan SC sentiasa mengamalkan tahap profesionalisme dan prinsip-prinsip tadbir urus yang tinggi dan mendukung prinsip-prinsip ini pada setiap masa. Seperti kita sedia maklum, baru-baru ini pelan lima tahun tadbir urus yang dilancarkan oleh Menteri Kewangan II pada 7 Julai baru-baru ini. Iaitu untuk tempoh lima tahun akan datang dengan menumpukan enam aspek berkaitan ekosistem tadbir urus korporat di Malaysia. Enam aspek itu ialah:

(i) hak pemegang saham;

(ii) peranan pemegang institusi;

(iii) lembaga pengarah;

(iv) pembuat keputusan dan pihak yang berpengaruh;

(v) pendedahan dan ketelusan; dan

(vi) penguat kuasa awam dan swasta.

Pelancaran pelan induk adalah usaha berterusan SC mengukuhkan keyakinan orang ramai terhadap pasaran tempatan, kecemerlangan dan tadbir urus korporat. Pelan ini telah mengenal pasti hala tuju polisi dan strategi termasuk cadangan terperinci bagi memperkukuhkan pasaran modal negara. Ia turut melengkapkan perundangan melalui pengukuhan disiplin diri dan pasaran untuk mempromosi penyerapan budaya tadbir urus korporat yang baik. Ia juga merapatkan jurang, meningkatkan standard dan merangkumi jangkaan dan accountability lebih luas dan tujuan untuk menggalakkan prinsip integrasi, etika dan nilai dalam proses membuat keputusan dan perniagaan. Kita harap pelan induk ini boleh membantu meletakkan syarikat tersenarai awam lebih kompetitif dengan mengukuhkan amalan tadbir urus.

Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan ada tanya syarikat yang tidak senarai. Memang itu dalam kuasa SSM. Yang Berhormat Datuk Akbar bin Ali ada tanya mengenai isu Sime Darby dan tindakan diambil oleh SC. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada sesi Parlimen lalu. Pihak berkuasa yang berkenaan sedang menjalankan siasatan atas kerugian yang telah

56 DN 11. 7.2011

dialami oleh Sime Darby Berhad. Pihak SC masih menjalankan siasatan dan aspect yang menyebabkan perlanggaran Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti untuk menentukan sama ada terdapat penzahiran kenyataan yang mengelirukan dalam penyata kewangan Sime Darby.

Dalam pada itu juga pihak suruhanjaya juga telah menjalankan siasatan terhadap perlanggaran keperluan penyelenggaraan bursa sekuriti dari segi tadbir urus korporat dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja saya dapat jawab pada masa ini. Dengan itu saya ucapkan terima kasihlah kepada semua Yang Berhormat yang telah bangkitkan isu...

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Tuan Yang di-Pertua boleh mencelah sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai syarikat audit luar negara, apakah sebabnya syarikat dalam negeri menggunakan perkhidmatan syarikat luar negara? Walaupun kita ada syarikat-syarikat besar yang pakar dalam bidang audit.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan. Seperti kita sedia maklum, buat masa ini kita mengizinkan syarikat luar boleh disenaraikan di Bursa Malaysia. Seperti profesion yang lain, kita ada satu perjanjian dan kita memang – kalau hantar audit di negara kita pergi buat auditing memang ambil masa dan kita memang tidak berapa well-versed. Oleh itu kita akan daftar firma audit di negara asas mereka boleh buat audit dengan syarikat yang ingin hendak senarai di Bursa Malaysia. Kita memang – ada firma audit negara yang kita pun akan bekerjasama supaya ada dua syarikat audit yang menjaga akaun itu. Sekian, terima kasih.

Datuk Akbar bin Ali: Ada berapa perkara yang saya bangkitkan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab tetapi saya rasa sekurang-kurangnya dua ini tolonglah jawab. Pertama, ialah sama ada syarikat audit asing ini akan beroperasi sepenuhnya – pemilikan akan di milik 100 peratus dari segi ekuiti dan sebagainya atau mengadakan rakan kongsi dengan syarikat audit tempatan, firma audit tempatan. Kedua, berapa banyakkah firma audit kita yang gulung tikar atau tutup bagi tempoh 2005 sehingga 2010? Terima kasih.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Akbar bin Ali. Angka itu saya tidak ada sekarang, saya akan jawab secara bertulis. Dari segi saham itu memang seperti kita sedia maklum warga asing pun boleh memegang saham di syarikat Malaysia. Hanya ada itu peratus, kalau luar dari ASEAN peratusan kurang sedikit. Firma audit yang kita cakap hendak daftar dengan AOB itu berbeza dengan apa yang kita katakan. Itu syarikat yang ada pada masa sekarang, seperti kita tahu Pricewaterhouse dan syarikat yang lain. Memang ada, what we call foreign owner. Dengan itu saya ucapkan terima kasihlah kepada semua senator yang telah ambil bahagian.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Kita semua tahu bahawa syarikat audit luaran memang ada di negara kita terutamanya the big four. Meaning, mereka ini adalah syarikat gergasi audit luar yang beroperasi sejak dahulu lagi. Kita tidak ada masalah menerima mereka ini sebagai juruaudit kerana reputasi mereka di luar. Walaupun kadang-kadang tercalar akibat tindak tanduk mengaudit syarikat-syarikat yang disangsikan di negara luar.

Jadi soalannya, baru-baru ini terdapat beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur yang mana terdapat pengarah syarikat tersebut melakukan sesuatu yang menjadikan kesangsian kepada pelabur-pelabur. Ini telah diakui oleh pihak yang terbabit dan Bursa sendiri telah mengambil tindakan. Hanya soalan saya apakah tindakan ataupun action kita kepada syarikat audit luaran tersebut? Tidak hanya cukup syarikat

DN 11.7.2011 57

mereka menarik diri daripada menjadi audit luar kepada syarikat yang di senarai itu. Terima kasih.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan yang ditanya. Memang adalah asas, kita memang tahu ada syarikat yang tidak bertanggungjawab seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat. Akan tetapi itu memang manusia kita tidak boleh janji dia tidak buat kesalahan. Oleh itu kita pinda akta ini supaya kita naikkan hukuman dan juga kita ada dua stage iaitu kita ada audit dalaman, audit luar dan sekarang ada audit oversight yang syarikatnya mesti mendaftar dengan AOB supaya mereka boleh jalankan kerja mereka. Seperti yang kita sedia maklum pelan induk pasaran modal yang baru dilancarkan itu kita harap menaikkan tahap tadbir urus terutama sekali syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sekian.

■1640

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 34 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PASARAN MODAL

DAN PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.43 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 untuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011, kandungan rang undang-undang adalah usaha dan komitmen Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk meletakkan pasaran modal Malaysia sebagai suatu pasaran modal yang kekal, mantap dan berdaya saing di peringkat serantau mahupun antarabangsa serta sejajar dengan piawaian antarabangsa tanpa menjejaskan perlindungan pelabur.

Rang undang-undang merupakan kesinambungan kepada pindaan-pindaan yang dicadangkan di dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2011. Secara

58 DN 11. 7.2011

keseluruhannya ciri-ciri rang undang-undang ini memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:

(i) menjelaskan dan memperluaskan fungsi pengawalseliaan SC berkaitan pusat;

(ii) mengadakan peruntukan bagi rang undang-undang baru bagi derivatif;

(iii) memastikan rangka kerja pelesenan di bawah undang-undang sekuriti kekal efisien dan lancar;

(iv) membolehkan SC mengawal selia, memantau dan mengurus risiko sistemik dalam pasaran modal;

(v) memperuntukkan rangka kerja bagi industri skim pasaran swasta dan persekitarannya;

(vi) memperjelas dan memperluas peruntukan berkaitan dengan hukuman untuk kesalahan-kesalahan serius di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini seksyen 10, CMSA tidak memperuntukkan keperluan dan mendapat persetujuan SC bagi perlantikan atau pemilihan semula pengarah berkepentingan awam dan pengarah-pengarah syarikat, pemegangan bursa atau exchange holding company, bursa saham dan bursa derivatif. Oleh itu pindaan terhadap seksyen 10 CMSA dibuat supaya persetujuan SC boleh diperoleh sebelum seseorang pengarah atau suatu syarikat pemegangan bursa-bursa saham dan bursa derivatif dilantik atau dipilih semula.

Ini bagi memastikan pengarah yang dilantik kekal, layak dan sesuai dilantik atau dilantik semula sebagai seorang pengarah. Pindaan ini sejajar dengan amaran di bawah bidang kuasa seperti Hong Kong dan Singapura. Selain itu pada masa ini skop pengawalseliaan SC antara lain adalah tertumpu kepada pengawalseliaan sekuriti dan kontrak niaga hadapan yang diniagakan di bursa saham dan bursa derivatif.

Walau bagaimanapun padanan rangka kerja pengawalseliaan undang-undang sekuriti dan kontrak niaga hadapan adalah tidak lagi sesuai memandangkan kontrak niaga hadapan adalah merupakan sub set kepada derivatif. Oleh itu peruntukan baru bagi derivatif diperkenalkan bagi membolehkan SC mengadakan rangka kerja untuk mengawal selia derivatif termasuk dagangan derivatif melalui kaunter atau OTC derivatif.

Rangka kerja ini mengambil kira trend terkini pengawal seliaan global yang menjurus kepada memastikan peningkatan ketelusan dan penzahiran maklumat dan data dalam dagangan OTC derivatif. Di bawah rangka kerja ini, peserta yang berdagang dalam OTC derivatif dikehendaki untuk melaporkan maklumat dagangan mereka kepada suatu depository dagangan atau trade depository yang akan ditubuhkan. Ini juga adalah selaras dengan prinsip baru yang telah dicadangkan oleh International Organization of Security Commission (IOSCO) di bawah objektif dan prinsipal pengawalseliaan sekuriti berkenaan pengawalseliaan OTC derivatif.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini turut meminda rangka kerja pelesenan bagi menggalakkan aktiviti perniagaan oleh peserta persaraan dan mengurangkan kos urus niaga tanpa menjejaskan perlindungan kepada para pelabur. Rangka kerja pelesenan telah menjalankan evolusi yang mana pada peringkat permulaannya, kuasa pelesenan di bawah bidang kuasa pendaftar syarikat dan kemudiannya dipertanggungjawabkan kepada pegawai pelesenan di bawah Kementerian Kewangan.

Apabila fungsi pelesenan dipinda kepada SC pada tahun 1995 bagi pelesenan untuk perdagangan dalam kontrak niaga hadapan dan tahun 1996 bagi aktiviti-aktiviti pasaran modal yang lain. Suatu mekanisme kawalan dimasukkan di mana persetujuan Menteri Kewangan perlu diperoleh sebelum suatu lesen dikeluarkan untuk berniaga dalam sekuriti dan berdagang dalam kontrak niaga hadapan.

DN 11.7.2011 59

■1650

Pada masa ini di bawah struktur rangka kerja pelesenan juga, entiti yang berminat untuk menjalankan enam jenis aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti perdagangan dalam kontrak niaga hadapan, pengurusan kumpulan wang, menasihati kewangan dan menasihati pelaburan dan perancangan kewangan perlu mendapatkan kelulusan daripada SC.

Tambahan lagi, pemberian lesen untuk dua daripada enam aktiviti ini iaitu berniaga dalam sekuriti dan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan turut memerlukan persetujuan Menteri. Manakala aktiviti-aktiviti terkawal lain hanya setakat kelulusan SC. Oleh yang demikian rang undang-undang mencadangkan supaya struktur pelesenan diseragamkan untuk semua jenis aktiviti terkawal dengan memansuhkan keperluan persetujuan dan kelulusan Menteri berkaitan dengan pembelian dan peletakan syarat bagi lesen untuk berniaga dalam sekuriti dan berdagang dalam kontrak niaga hadapan.

Walau bagaimanapun, kuasa Menteri bagi mendengar rayuan terhadap keputusan SC menarik balik lesen pemegang lesen berniaga dalam sekuriti dan berdagang dalam kontrak niaga hadapan ataupun derivatif seperti cadangan pindaan dalam rang undang-undang terus kekal supaya wujudnya mekanisme check and balance. Rang undang-undang ini juga akan memberikan kuasa kepada SC untuk menjalankan fungsi pemantauan, pengurangan dan pengurusan risiko sistemik di dalam pasaran modal sejajar dengan cadangan oleh IOSCO di dalam objektif dan prinsipal pengawalseliaan sekuriti yang telah dikemaskinikan pada Jun 2010.

Tuan Yang di-Pertua, pada 1 September 2009, Majlis Ekonomi telah menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi mengkaji dan menentukan arah tuju strategik bagi sistem pasaran negara. Salah satu jawatankuasa khas tersebut dipengerusikan oleh Kementerian Kewangan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Rangka Kerja Pencen dan Keselamatan Sosial berdasarkan perbincangan dan konsultasi dengan pelbagai wakil industri pertubuhan-pertubuhan dan petugas peringkat tinggi.

Satu rangka kerja bagi industri skim persaraan swasta telah dicadangkan. Malahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan cadangan bagi pelancaran skim persaraan swasta ini dalam ucapan Bajet 2011.

Cadangan bagi mengadakan skim persaraan swasta ini adalah untuk menawarkan suatu alternatif kepada orang awam supaya menyambung bagi tujuan memenuhi keperluan persaraan di bawah satu rangka kerja yang terkawal dan berstruktur. Ini bagi memastikan rakyat berupaya untuk meneruskan dan memenuhi keperluan kehidupannya selepas persaraan dan mencapai inspirasi negara untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi seperti yang dinyatakan di bawah Modul Baru Ekonomi.

Skim Persaraan Swasta yang dicadangkan akan menjadi tambahan kepada simpanan persaraan di bawah skim pencen perkhidmatan awam dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Cadangan skim persaraan swasta ini juga sejajar dengan cadangan di bawah pelan induk pasaran modal pertama yang mencadangkan agar lebih banyak langkah-langkah diperkenalkan bagi mempelbagaikan diversiti dan meningkatkan lagi daya saing bagi pengurusan dana persendirian oleh institusi pengurus dana swasta atau international institutional management of private fund.

Justeru itu, rangka kerja bagi skim persaraan swasta adalah berdasarkan kepada pengawalseliaan undang-undang pengurusan kumpulan wang yang sedia ada di bawah CMSA. Selain itu, rangka kerja pengawalseliaan skim persaraan swasta ini turut mengambil kira prinsip pengawalseliaan skim persaraan swasta yang dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development dan International Organisation of Pension Supervisor yang diterima pakai di peringkat global.

Sehubungan itu, rang undang-undang akan meminda CMSA dengan memasukkan bahagian baru IIIA yang akan membolehkan pihak SC mengawal peserta-peserta dan komponen-komponen penting dalam industri skim persaraan swasta iaitu:

(i) pentadbir skim persaraan swasta;

60 DN 11. 7.2011

(ii) menyedia skim persaraan swasta;

(iii) skim persaraan swasta;

(iv) pemegang amanah kepada skim persaraan swasta; dan

(v) pemegang amanah pada skim persaraan tajaan majikan.

Antara lain cadangan rangka kerja bagi pengawalseliaan undang-undang bagi skim persaraan swasta di bawah Bahagian IIIA ini adalah termasuk satu kelulusan SC diperlukan sebelum seseorang itu dilantik sebagai pentadbir, penyelia atau pemegang amanah suatu skim persaraan swasta. Ini bertujuan bagi memastikan hanya orang yang layak dan sesuai sahaja yang dilantik. Skim persaraan itu sendiri juga memerlukan keputusan SC di mana pelaburan yang akan dibenarkan semestinya dengan objektif skim persaraan swasta selamat dan berisiko rendah.

Kedua, peruntukan bagi melindungi kepentingan ahli skim antara lain seperti:

(a) caruman yang dibuat oleh ahli akan disimpan di bawah satu akaun amanah yang dipantau oleh seorang pemegang amanah yang pelantikannya diluluskan oleh SC;

(b) caruman yang dibuat oleh ahli menjadi hak ahli sebagai satu faedah terakru atau accrue benefits; dan

(c) maklumat berhubung hal ehwal atau akaun ahli adalah rahsia dan penzahirannya adalah terhad.

Ketiga, peruntukan bagi membolehkan SC mengambil alih dan merampas aset terkawal bagi tujuan perlindungan maklumat para pelabur. Aset terkawal adalah termasuk segala maklumat atau sistem yang dimiliki oleh pentadbir skim persaraan swasta.

Keempat, peruntukan am bagi membolehkan Menteri mengeluarkan peraturan-peraturan berhubungan dengan skim persaraan swasta di bawah Bahagian IIIA yang baru. Selain itu, pihak SC mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada peserta skim persaraan swasta termasuklah arahan berkaitan urusan perniagaan atau apa-apa harta peserta skim persaraan swasta.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan tadbir urus korporat bagi syarikat awam tersenarai, rang undang-undang ini juga akan memperjelaskan dan memperluaskan peruntukan berkaitan dengan hukuman untuk kesalahan-kesalahan serius dengan membolehkan mahkamah mempertimbangkan hukuman penjara mandatori sebagai pilihan pertama yang mana tempoh penjara tidak kurang daripada dua tahun sekiranya pengarah atau pegawai pada sesebuah syarikat tersenarai atau perbadanan berkaitan yang disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kerugian salah atau wrongful loss pada syarikat. Di samping itu, denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan penjualan produk pasaran modal tanpa asas.

Rang undang-undang ini juga bertujuan untuk mengadakan pindaan-pindaan pelbagai dan berbangkit yang lain bagi memastikan rangka kerja pengawalseliaan pasaran modal negara kekal, mantap, kukuh dan mudah serta sejajar dengan amalan piawaian antarabangsa tanpa menjejaskan perlindungan kepada pelabur. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

DN 11.7.2011 61

Tadi Yang Berhormat Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus ada menghantar nama ya

dan Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan. Dua sahaja nama yang ada pada saya. Kalau ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat ingin turut berbahas, sila hantar nama. Terima kasih.

■1700

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Disebabkan masa yang terhad mungkin saya akan berucap menyentuh secara spesifik akan fasal dan isu yang dibentangkan dalam peringkat Jawatankuasa bagi rang undang-undang ini.

Berikut adalah isu-isu yang bakal saya bentangkan. Pertamanya ialah pindaan Akta 631 berkaitan isu pengawal selia Skim Persaraan Swasta. Saya melihat Skim Persaraan Swasta sebagai suatu langkah yang baik dengan perjanjian dana pencen swasta iaitu EPF.

Ia juga akan memberi kesan positif kepada syarikat insurans untuk turut membangunkan skim persaraan seperti Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Mengikut kajian, menjelang tahun 2020 Malaysia akan mempunyai hampir 10 peratus penduduknya berusia lebih 60 tahun. Maka pelan kewangan perlu dirancang supaya terjamin hidup selepas bersara. Saya memohon agar kerajaan memberi perhatian khusus akan isu ini dalam hal ehwal menjaga kebajikan golongan pesara termasuk dari kalangan swasta dan bekerja sendiri termasuk saraan pewujudan Skim Simpanan KWSP bagi golongan bekerja sendiri. Semoga masa depan mereka terjamin dan tidak dihimpit kemiskinan sehingga mereka terpaksa terus bekerja walaupun pada tahap kesihatan yang tidak mengizinkan.

Bagaimanakah cadangan pengasingan pelepasan cukai iaitu RM6,000 untuk premium insurans yang dicadangkan dalam Program Transformasi Ekonomi atau ETP. Apakah statusnya? Soalan saya juga, apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan golongan pekerja swasta untuk memiliki insurans yang kini dilaporkan hanya sekitar 41 peratus dan ia tidak cukup dalam usaha merealisasikan Malaysia negara berpendapatan tinggi iaitu high income nation selaras dengan Modal Ekonomi Baru (MBE).

Adakah kerajaan bercadang memberi pelepasan cukai tambahan dan berasingan sebanyak RM6,000 akan diberi untuk Skim Pencen Swasta. Soalan juga bagaimana kerajaan memastikan agar Skim Persaraan Swasta menjadi manfaat kepada golongan pesara tanpa terlalu bergantung kepada tabungan KWSP.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan.

5.03 ptg.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tahu bahawa mengenai subprime loan yang dialami oleh Amerika Syarikat dalam tahun 2008. Di negara kita pun nisbah hutang pendapatan isi rumah pun tinggi juga. Ada banyak hutang di perbankan di negara kita. Jadi adakah kemungkinan bahawa collaterals debt obligation ini menjadi satu masalah di bank-bank dan juga akan menjadi masalah kepada ekonomi kita dan bagaimanakah perkara begini dikawal selia oleh rang undang-undang ini? Keduanya ialah memandangkan perkembangan urusan derivative di Malaysia, apakah kadar pertumbuhan di dalam negara kita apabila derivative ini mula diperniagakan?

Ketiganya ialah rang undang-undang ini adalah untuk menghalang penipuan transaksi-transaksi seperti action base, manipulation, trade base manipulation, rollover, third

62 DN 11. 7.2011

party, payment dan macam-macam lagi. Berapa banyakkah transaksi-transaksi seperti ini di pasaran kita? Adakah ini satu masalah ataupun ini adalah satu masalah kecil yang dialami?

Berikutnya, adakah gejala di mana kegagalan intermediary untuk menunaikan perjanjian. Kalau intermediary tidak menunaikan perjanjian, apakah kawalan atau fall back untuk pelanggan? Adakah ianya ketat dan adakah pelanggan boleh mengutip kembali pelaburannya?

Kelimanya ialah mengenai dana persaraan. Siapa yang layak untuk menubuhkan dana persaraan? Adakah hanya syarikat insurans atau perbankan atau pihak-pihak lain? Siapa yang layak? Adakah mana-mana dana persaraan yang sudah pun diwujudkan di pasaran kita? Itu sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Dato’ Zaitun binti Mat... Okey, Yang Berhormat Dato’ Haji Idris bin Haji Buang dipersilakan.

5.06 ptg.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011.

Saya ingin menyentuh satu daripada cadangan untuk meminda iaitu meminda seksyen 56, Part IXA, iaitu mengenai interpretasi di bawah seksyen 346 yang meliputi – saya dapat dalam English, market participant dan juga systemic risk in the capital market. Saya hanya mengkhususkan systemic risk in the capital market, dengan izin.

Di bawah definisi tersebut beberapa keadaan boleh menimbulkan systemic risk in the capital market. Satu daripadanya ialah financial distress di dalam mana-mana pasaran yang mengambil bahagian. Keduanya ialah an impairment in the orderly functioning of the capital market, dengan izin.

Ketiganya ialah an erosion of public confidence in the integrity of the capital market, dengan izin. Malaysia sangat bergantung kepada persepsi dunia di dalam keyakinan untuk melabur di negara ini. Apa juga pun sebagai global player kita tidak boleh lari daripada persepsi dunia ini. Jadi sebagai rakyat Malaysia, setiap individu ada juga tanggungjawab untuk menentukan keadaan di dalam Malaysia mempunyai suasana yang compatible dengan ekonomi seluruh dunia. Bukan sahaja kita hendak letak ke atas bahu kerajaan untuk memastikan ini, tetapi kita sebagai individu rakyat Malaysia yang bergelar warganegara Malaysia, sebagai citizen of Malaysia mempunyai tanggungjawab juga untuk memastikan negara kita ini aman, stabil, mempunyai apa juga kriteria-kriteria, prasarana-prasarana yang boleh membawa kepada keamanan iaitu satu daripada faktor yang paling besar dan paling penting untuk bertapaknya sebuah ekonomi yang maju jaya.

Bagaimana boleh pelabur mempunyai keyakinan ke negara kita, membawa modal mereka ke sini untuk membeli ekuiti syarikat-syarikat kita, mempunyai confidence atau keyakinan kepada kita jika keadaan di Malaysia huru-hara?

■1710

Jadi, saya hendak cabar kepada sesiapa sahaja yang mencetuskan sengketa Bersih ini, adakah demonstrasi jalanan yang mereka anjurkan ini, adakah ini pemikiran daripada pemikiran yang waras, yang benar-benar bersih? Adakah pemikiran ini yang terbaik pemikiran daripada mereka? Adakah ini yang terbaik yang mereka boleh sumbang kepada negara untuk menunjukkan satu-satu agenda atau satu-satu aspirasi, cita rasa mereka kepada dunia?

Tidak perlu, kerana kalau kita imbau kembali sejarah kebangkitan The Renaissance di Eropah berlaku selepas banyak peristiwa-peristiwa yang tidak baik sebelum itu berlaku, banyak kematian berlaku akibat peperangan, penyakit yang tidak dapat dihalang dan sebagainya, ini menyusahkan manusia seluruh dunia di dalam the middle ages. Akan tetapi manusia selepas mempunyai pengalaman yang sedemikian, beransur berfikir. Maka, tercetuslah banyak pemikiran daripada pemikir-pemikir Renaissance dan

DN 11.7.2011 63

sebagainya itu untuk memikirkan yang terbaik untuk dunia. Lahirlah ahli-ahli falsafah, polymath-polymath ataupun cendekiawan dan pakar-pakar ilmiah untuk mengeluarkan yang terbaik, mengeluarkan ubat-ubatan. Kalau pemikir politik, akan mengeluarkan sistem yang terbaik.

Sehingga sekarang ini, kita di dewasa ini telah sama-sama kita menikmati sistem yang terbaik di dunia selepas kita pun sendiri melalui sejarah dipegang, dikuasai oleh pihak British yang tidak ketinggalan telah juga memberikan kita satu sistem yang berasaskan sistem demokrasi, mempunyai peluang untuk tiap-tiap individu menyuarakan suara mereka menerusi satu sistem representasi di dalam demokrasi. Maka, di dalam demokrasi, untuk demokrasi benar-benar wujud di mana ekonomi seperti pasaran modal juga wujud, kita haruslah meyakinkan iaitu negara kita itu stabil.

Jadi jika ada rusuhan sebegini, pelabur akan berfikir dua, tiga atau empat kali. Ada yang tidak akan datang ke Malaysia ini kerana takut. Kita tidak perlu ikut negara-negara lain yang suka membuat demonstrasi jalanan. Tidak perlu.

Ini kerana mereka mungkin mempunyai ketahanan yang lebih daripada kita. Mungkin mereka kaya dengan sumber-sumber, terlalu kaya lebih daripada kita, mempunyai sumber minyak dan sebagainya. Mereka boleh bertahan untuk buat sedemikian seperti negara Jepun, Korea, Thailand dan banyak lagi negara. Kalau ada rusuhan pada mereka pun mereka tidak kisah. Rakyat mereka berselerak seluruh dunia, mereka tidak kisah. Akan tetapi kita di Malaysia, saya fikir rakyat kita tidak sanggup untuk ada yang pergi berhijrah ke negara-negara lain, ada yang merempat, ada yang berjaya.

Akan tetapi kita di Malaysia, kita tidak perlu buat sedemikian. Kita mempunyai identiti kita. Di Malaysia, inilah tempat kita, ke mana kita hendak pergi? Negara-negara lain, biarkanlah. Saya lihat di Eropah, di Jepun, di Korea pun ramai yang dari negara-negara lain yang hidup di sana berjaja dan ada yang tidak berjaya dan ada yang berjaya, tetapi mereka tiada identiti sendiri. Kita mempunyai identiti kita sendiri.

Jadi saya sarankan, saya hendak cabar juga pihak yang memikir perkara yang seperti begini tadi yang dianjurkan oleh BERSIH, tidak dapatkah kamu orang mengeluarkan pemikiran yang terbaik seperti mana cendekiawan dan ahli falsafah, ahli ilmiah di masa zaman dahulu dapat memikirkan yang terbaik? Ini adalah seperti mengugut. Bukan sahaja you want to overrun the government, dengan izin, tetapi you want to overrun the country. Apabila you want to overrun the country, dengan izin, kamu adalah penderhaka kepada negara kamu sendiri. Ini saya tidak rela.

Jadi, saya ingin menerusi kementerian yang ada ini, kalau boleh memberi saya jawapan bagaimana kita hendak mengatasi krisis-krisis sebegini supaya tidak ada menjadi systemic market risk kepada negara kita supaya pelabur-pelabur boleh datang ke sini dengan yakin, dengan gembira dan sama-sama dapat membuat perniagaan di Malaysia dengan baik supaya rakyat kita tidak menderita. Sekian, itu sahaja perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dan yang terakhir, dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb.

5.17 ptg.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama membahaskan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Pertamanya berhubung dengan dana persaraan swasta. Ini memanglah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh sebilangan daripada segmen masyarakat kita. Ini kerana kalau kita masih ingat di pertengahan 90-an dahulu, kita telah pun memperkenalkan skim anuiti yang mana ditadbir urus oleh kebanyakan syarikat insurans dan diberhentikan. Ia kemudian disambung oleh KWSP pada tahun 2000 yang juga diberhentikan setahun selepas itu. Pihak golongan segmen masyarakat yang bersara ini telah melahirkan pandangan agar

64 DN 11. 7.2011

kerajaan membuat satu dasar dan undang-undang bagi mentadbir urus dana persaraan di kalangan swasta.

Kita tahu bahawa hari ini kebanyakan ataupun sebilangan besar kakitangan di sektor swasta bersara pada umur 55 tahun. Bilangan ini atau had ini sebenarnya adalah amat rendah kalau dibandingkan dengan kerajaan kerana kerajaan hari ini telah pun ditingkatkan kepada 58 tahun, sedangkan pagi tadi kita telah dengar daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri bahawa had umur kaum lelaki dan kaum wanita semakin meningkat. Saya dengar tadi kaum wanita sampai 79 tahun, lelaki saya tidak dengar tadi. Berapa Tuan Yang di-Pertua?

Bayangkan kalau kita bersara pada umur 55 tahun, kalau kita tidak mempunyai simpanan dan mentadbir urus simpanan kita selepas kita bersara sehingga kita akan hidup mungkin 75 tahun kalau tidak silap saya tadi, akan menjadi satu kebimbangan dan malapetaka kepada individu tersebut. Jadi, tahniah kepada kerajaan yang hari ini telah pun merancang agar dana persaraan ini boleh diperkenalkan tidak lama lagi.

■1720

Saya yakin, pemain-pemain industri akan terdiri daripada syarikat-syarikat insurans yang selama ini telah pun mentadbir urus skim anuiti itu. Saya berharap syarikat-syarikat insurans ini nanti ataupun pengurus-pengurus dana ini nanti akan mengenakan caj yang paling minimum sebagai charges untuk mentadbir dana ini. Maklumlah dana ini kepunyaan orang-orang yang sudah bersara iaitu orang yang berumur 55 tahun ke atas. Mereka ini adalah orang-orang yang telah berbakti dan mereka inilah hanya bergantung pada sumber bulanan hasil daripada pelaburan mereka. Itulah sebabnya setiap tahun apabila kerajaan membentangkan bajet dalam Dewan yang mulia ini, ada dua pihak yang tertunggu-tunggu.

Pertamanya adalah pihak yang selalu banyak membuat pinjaman yang ingin tahu apakah kadar pinjaman pembiayaan akan naik. Ini kerana ia akan melibatkan cash flow mereka. Satu pihak lagi ialah pihak yang mempunyai simpanan seperti golongan masyarakat pesara yang hanya bergantung kepada simpanan mereka dalam instrumen-instrumen tertentu dan bergantung kepada imbuhan bulanan. Jadi kalau kita adakan satu skim persaraan seumpama ini, sudah tentu ia ditunggu-tunggu. Apatah lagi kalau ia boleh memberi sedikit imbuhan yang lebih tinggi daripada instrumen-instrumen yang ada dalam pasaran pada hari ini.

Saya berkata begitu pada hari ini sebabnya kerana kalau kita bersara pada umur 55 tahun, sebenarnya kita tidak semestinya boleh mengeluarkan simpanan kita daripada KWSP. Kita masih boleh membiarkan simpanan kita terus dalam KWSP. Ini adalah kenyataan.

Kalau KWSP boleh memberi imbuhan ataupun pulangan sekadar 5 peratus ke 5.75 peratus setahun, sudah tentulah menjadi harapan pesara agar returns ataupun pendapatan daripada pelaburan mereka dalam skim persaraan swasta ini memberi pulangan yang lebih daripada itu. Jadi kita berharap pengurus dana ini nanti akan mengenakan caj yang paling minimum agar kita benar-benar menghargai segmen pesara ini sebagai mereka yang telah banyak berkorban untuk negara.

Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua ialah berhubung dengan capital market master plan ataupun master plan pasaran modal. Kita dimaklumkan bahawa pasaran modal mempunyai satu master plan sehingga tahun 2010 sebagaimana sistem perbankan juga mempunyai master plan dan telah berakhir pada tahun 2010. Dalam sepuluh tahun pertama mengikut master plan itu ialah mengukuhkan sistem infrastruktur pasaran modal di negara kita termasuk juga segmen pasaran modal Islam. Saya ingin tahu adakah master plan yang kedua selepas tahun 2010 telah mula diperkenalkan ataupun masih lagi di peringkat drawing board.

Dalam satu forum invest Malaysia di mana ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita baru mengambil alih pentadbiran pucuk pimpinan kerajaan, beliau telah merangka beberapa inisiatif ke arah memperkuatkan sistem kewangan dan juga pasaran modal di negara. Di antaranya ialah pertamanya pengurusan dana amanah. Kalau sebelum

DN 11.7.2011 65

ini syarikat-syarikat pengurusan dana amanah hanya dibenarkan memiliki saham tidak melebihi 50 peratus, setakat 49 peratus sahaja. Akan tetapi inisiatif yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah meningkatkan sehingga 100 peratus milik asing. Ertinya syarikat yang menguruskan dana amanah saham ini boleh dimiliki 100 peratus oleh pemilik asing. Jadi saya ingin tahu perkembangannya setakat ini sama ada ini telah mendapat respons ataupun sambutan yang baik daripada pengurus-pengurus dana milik asing.

Begitu juga dalam sektor peruncitan (retail) untuk amanah saham ini, sebanyak sehingga 70 peratus. Sama ada ini juga telah meningkatkan minat pelabur-pelabur asing terhadap mengurus amanah saham di negara kita. Begitu juga dengan syarikat broker saham yang mana syarikat broker asing yang beroperasi di negara ini dibenarkan untuk meningkatkan sehingga 70 peratus.

Kerajaan juga telah memperkenalkan inisiatif-inisiatif bagi menggalakkan syarikat broker tempatan agar mengembangkan operasi mereka ke luar negara dengan insentif-insentif dan juga dengan usaha-usaha supaya mereka ini boleh mengembangkan operasi negara mereka di negara luar dengan inovasi dan seterusnya menjadikan pasaran luar sebagai pasaran utama mereka.

Di antara inisiatif yang lain ialah untuk meningkatkan penyenaraian syarikat-syarikat tempatan dan luar negara di pasaran ataupun di bursa tempatan. Ini adalah bagi meningkatkan kecairan pasaran saham di negara kita. Ada juga usaha untuk ke arah menggabungkan di antara Main Board, pasaran utama dengan pasaran Papan Kedua. Jadi saya ingin tahu bilakah usaha ini akan direalisasikan.

Dalam usaha kita mengawal selia ataupun meningkatkan urus tadbir melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, saya rasa akta yang kita baru luluskan sebentar tadi iaitu Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 sudah tentu boleh banyak membantu. Kita berharap agar ini benar-benar terjadi kerana kita tidak ingin melihat lagi insiden-insiden di mana wang-wang pelabur terutamanya pelabur-pelabur kecil yang telah tertipu akibat tindak-tanduk sebahagian pengurusan syarikat-syarikat yang mengumpulkan dana dengan janji-janji yang sungguh manis tetapi akhirnya mereka bukan sahaja tidak mendapat pulangan tetapi mereka juga kehilangan wang pokok mereka iaitu the principle fund.

Baru-baru ini kita dikejutkan juga dalam satu insiden umpamanya dalam bulan Januari tahun ini apabila sebuah syarikat yang dipanggil FX Capital yang telah berjaya mengumpul sehingga RM100 juta akhirnya tertangkap dan dihadapkan ke pengadilan dan di penjara selama tujuh tahun dengan denda sebanyak RM5 juta. Akan tetapi soalannya ialah mengapakah kita harus membiarkan perkara ini terjadi sehingga wang pelabur-pelabur kecil yang berjumlah sehingga RM100 juta terlibat? Sudah tentu ini tidak menyenangkan kita sebagai pelabur-pelabur kecil dan juga merugikan banyak pihak.

Saya yakin Suruhanjaya Sekuriti dan juga BNM adalah dua buah institusi yang dipersandarkan agar perkara-perkara ini tidak terjadi. Sebenarnya, perkara-perkara ini sentiasa ataupun masih lagi terjadi, masih lagi kita mendapat laporan, masih lagi kita terima penghakiman terhadap syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan-kesalahan yang sama. Kita masih ingat lagi kalau pada tahun 80-an dahulu, sistem ekonomi kita runtuh disebabkan oleh koperasi-koperasi kecil yang memungut deposit tanpa kelulusan yang sepatutnya daripada Bank Negara yang menjanjikan imbuhan-imbuhan sehingga 24 peratus setahun iaitu dua peratus sebulan. Di mana orang-orang kampung, orang-orang di luar bandar keluarkan depositnya daripada bank pindah kepada koperasi kerana dijanjikan imbuhan 24 peratus setahun. Ini masih lagi berlaku di separuh-separuh tempat tetapi mereka bukan lagi berselindung dengan koperasi kerana kita telah memperkuatkan sistem koperasi kita, Akta Koperasi tetapi dengan lain-lain instrumen yang masih lagi terjadi.

■1730

Saya berharap Akta Suruhanjaya Sekuriti dan juga Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan ini dengan SC dan juga BNM lah yang menjadi sandaran kita untuk menguatkan ataupun menidakkan agar perkara-perkara insiden seperti ini berulang lagi. Jadi, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

66 DN 11. 7.2011

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua...

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, teruskan menjawab.

5.30 ptg.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam pembahasan Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011.

Saya ucapkan terima kasih atas cadangan dan pandangan Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam perbahasannya. Yang Berhormat Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah, Yang Berhormat Dato’ Haji Idris bin Haji Buang dan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah, semua ada sentuh mengenai isu skim persaraan swasta.

Untuk makluman Yang Berhormat seperti yang saya telah katakan tadi, pelaksanaan skim persaraan swasta bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia selepas persaraan melalui simpanan dana tambahan. Ini dapat dilaksanakan dengan memperluaskan jenis produk pasaran yang sedia ada di pasaran sebagai tambahan kepada simpanan pasaran wajib melalui KWSP.

Yang Berhormat Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus ada bertanyakan khusus pengawalseliaan skim persaraan swasta dan juga pelan kewangan perlu rancang selepas pasaran dan kebajikan swasta. Untuk makluman Yang Berhormat, skim persaraan swasta di bawah CMSA adalah terbuka kepada semua termasuk yang bekerja sendiri atau self-employed, ia merupakan satu alternatif kepada KWSP.

Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah ada bertanyakan siapa yang layak untuk menyediakan skim pasaran swasta? Adakah sudah wujud skim persaraan swasta pada masa ini? Untuk makluman Yang Berhormat skim persaraan swasta ini akan ditawarkan oleh pengurus kumpulan atau fund manager yang berlesen di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Pada masa ini belum lagi terdapat skim persaraan swasta yang ditawarkan kepada orang awam. Tujuan pindaan ini adalah bagi menyediakan rangka kerja kelulusan bagi penawaran skim persaraan swasta selepas ini.

Yang Berhormat Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus bertanyakan soalan pengawalseliaan skim persaraan swasta sebab pada tahun 2010, seramai 10 peratus penduduk Malaysia adalah berumur lebih dari 60 tahun. Yang Berhormat juga bertanya apakah status pelepasan cukai RM6,000 yang telah diwajibkan pada masa ini? Adakah terdapat tambahan bagi skim persaraan swasta? Untuk makluman Yang Berhormat semua perantara yang penting serta produk skim persaraan swasta akan tertakluk kepada sistem peraturan dan pengawalseliaan yang ketat. Pindaan-pindaan kepada Akta CMSA ini akan merangkumi peruntukan-peruntukan bagi perlindungan ahli dan kepentingan awam berusia daripada ciri-ciri khusus produk pasaran. Mengenai isu RM6,000 itu, pihak SC telah menghantar kepada Kementerian Kewangan cadangan insentif bagi menggalakkan penyertaan orang ramai ke dalam skim persaraan swasta. Cadangan tersebut sedang dikaji oleh Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan ada bertanya, siapa yang layak membuat dana dan persaraan? Pengantara kewangan yang sedia ada seperti pengurus dana dan insurans

DN 11.7.2011 67

layak memohon untuk menjadi penyelia skim persaraan swasta. Garis panduan kelayakan ini bagi penyelia tersebut akan memastikan hanya mereka yang mempunyai pengalaman serta rekod prestasi yang memuaskan akan diluluskan. Yang Berhormat bertanya apakah skim persaraan swasta yang sedia ada, skim persaraan swasta merupakan produk pasaran yang baru, Akta CMSA sedang dipinda bagi menubuhkan rangka kerajaan peraturan dan pengawalseliaan bagi produk tersebut.

Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan ada bertanya kegagalan intermediary, dan apakah tindakan yang boleh diambil? Pihak SC boleh ambil langkah untuk melindungi kepentingan dan aset pelabur di bawah Akta CMSA. Pengantara atau intermediary yang melanggar mana-mana undang-undang sekuriti boleh diambil semula atau revoked lesen mereka atau digantung lesen mereka. Sanksi juga boleh diambil terhadap mereka yang langgar undang-undang dan tanggungjawab mereka terhadap klien mereka.

SC juga boleh meminta antara lainnya suatu perintah mahkamah untuk suatu institusi bagi pelabur-pelabur yang terjejas.

Yang Berhormat Dato’ Haji Idris bin Haji Buang dan juga Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan bertanya bagaimana SC mengawal risiko sistemik dan berhubung dengan soalan mengenai sub prime loan dan household debt. Untuk makluman Yang Berhormat, SC akan mengawal, mengurangkan atau menguruskan risiko sistemik melalui yang pertama, kuasa untuk pemeroleh maklumat. Contohnya penubuhan sebuah depositori dagangan akan meningkatkan transparensi di dalam pasaran derivatif melalui kaunter atau OTC derivatif, sementara keperluan mengambil membuat laporan yang dikenakan ke atas orang yang berdagang dan OTC derivatif akan membolehkan pengawal selia termasuk SC untuk menerima maklumat yang akan membolehkan pengawal selia menaksir sama ada risiko sistemik boleh berlaku.

■1740

Kuasa untuk mengeluarkan arahan setelah mengambil kira kepentingan stabiliti kewangan kepada sesiapa untuk mengambil langkah yang dianggap perlu oleh SC mengelakkan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa mengarah agensi kerajaan atau entiti yang bertanggungjawab untuk mengerakkan kestabilan kewangan dan juga mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa mengedar di dalam negeri dan luar negara untuk mengkoordinasi langkah-langkah kestabilan.

Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb telah bertanya mengenai capital market masterplan 2 (CMP2). Untuk makluman Yang Berhormat, ini adalah pelan jangka masa sepuluh tahun dan telah bermula. Satu contoh inisiatif di bawah CMP2 adalah skim persaraan swasta dan pengurusan risiko sistemik di pasaran modal oleh Suruhanjaya Sekuriti yang dicadangkan di bawah rang undang-undang ini.

Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb ada bertanya terdapat cadangan untuk menggabungkan Main Board dan Second Board. Bila cadangan ini akan berlaku? Untuk makluman Yang Berhormat ianya sudah dilakukan. Buat masa ini Main Board dan Second Board telah digabungkan menjadikan Main Board pada tahun 2009.

Yang Berhormat juga tanya adakah pelan utama akan digabungkan dengan papan kedua. Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb juga tanya mengenai langkah-langkah untuk melindungi pelabur-pelabur kecil contohnya kes FX Capital. Untuk makluman Yang Berhormat SC telah dan akan terus mengambil tindakan sewajarnya terhadap skim-skim penipuan ini dan untuk mereinstitusi pelabur-pelabur jika boleh. Walau bagaimanapun, para pelabur juga mempunyai peranan untuk melindungi kepentingan mereka. Mereka perlu berurusan hanya dengan pengantara yang berlesen. Maklumat mengenai pengantara berlesen terdapat di laman web SC.

Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah juga tanya perkembangan dan sambutan pengurus dana asing untuk beroperasi di Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat setakat Mei 2011 terdapat 18 pengurus dana asing termasuk empat syarikat kerjasama tempatan dan asing yang beroperasi Malaysia. Syarikat-syarikat pengurusan dana asing menguruskan sejumlah RM35 bilion atau 9 peratus daripada jumlah aset pengurusan aset di Malaysia yang berjumlah RM414 bilion.

68 DN 11. 7.2011

Itulah sahaja Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan terima kasih lah kepada semua Yang Berhormat Senator yang telah ambil bahagian, dan sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 75 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.46 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan, pengawal seliaan dan penyeliaan perniagaan perkhidmatan wang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 ini adalah hasil daripada kajian komprehensif yang telah dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap industri pengurupan wang atau money changers dengan izin dan juga pengiriman wang dan perniagaan mata wang borong yang ketika ini dikawal selia di bawah Akta Pengurupan Wang 1998, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan Akta Sistem Pembayaran 2003.

Dengan ini aktiviti perniagaan pengurupan wang, pengiriman wang dan mata wang borong telah distrukturkan semula sebagai perniagaan perkhidmatan wang dan rang undang-undang digubal untuk mengawal selia perniagaan perkhidmatan wang sejajar degan amalan yang dipraktikkan oleh negara-negara lain seperti Australia dan Kanada.

Rasional rang undang-undang ini dirangka adalah bagi memodenkan industri pengurupan wang, pengiriman wang dan perniagaan mata wang borong supaya menjadi satu industri yang dinamik, berdaya saing dan lebih profesional. Selain itu ia bertujuan untuk memperkukuhkan pengawasan terhadap sektor bukan bank bagi menangani ancaman penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dan aktiviti-aktiviti haram. Ini adalah penting untuk mengekalkan integriti sistem kewangan Malaysia yang merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan daya saing negara.

Tuan Yang di-Pertua, dasar-dasar teras yang terdapat dalam rang undang-undang ini menggariskan tiga objektif utama seperti berikut:

(i) objektif pertama ialah mewujudkan industri yang efektif, efisien dan berdaya saing melalui model perniagaan yang fleksibel; dan

DN 11.7.2011 69

(ii) dasar pelesenan berperingkat dan fleksibiliti dalam had

pegangan mata wang asing.

Di bawah objektif ini, pemegang lesen yang berkelayakan diberikan fleksibiliti untuk menjalankan perniagaan pengurupan wang dan pengiriman wang dalam satu entiti yang sama.

Langkah ini akan mewujudkan sinergi antara kedua-dua perniagaan ini, malahan mempertingkatkan ekonomi bidangan serta memperluaskan asas pendapatan peserta dalam pasaran.

Rang undang-undang ini juga menyediakan struktur perniagaan perkhidmatan wang yang berperingkat-peringkat atau tiering yang terdiri daripada pemegang lesen pasaran kecil, sederhana dan yang besar. Pendekatan berperingkat akan membenarkan pemegang lesen membangunkan kapasiti dan berkembang menjadi pemegang lesen pasaran besar di masa hadapan. Selain itu pemegang lesen pasaran besar yang layak diberi lebih fleksibiliti untuk mengembangkan dan meluaskan rangkaian operasi melalui penubuhan pejabat perniagaan termasuk cawangan dan pelantikan ejen dengan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.

■1750

Di bawah landskap baru ini, pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengurupan wang diberikan fleksibiliti dari segi hak pemegangan mata wang asing yang berpatutan mengikut keperluan perniagaan dan keupayaan pengurusan risiko masing-masing. Oleh yang demikian, hak pemegangan mata wang asing sebanyak suatu amaun yang tidak melebihi persamaan RM250,000 di bawah Akta Pengurupan Wang 1998 akan dimansuhkan.

Objektif kedua pula adalah memperkukuhkan kapasiti dan perlindungan daripada aktiviti haram bagi industri perkhidmatan wang secara mengetatkan keperluan kemasukan dalam industri dan proses pembatalan lesen yang lebih efisien dan berkesan. Selaras dengan objektif ini, rang undang-undang memperuntukkan keperluan kemasukan yang lebih ketat kepada pemohon lesen termasuklah keperluan modal berbayar minimum serta penilaian pematuhan kriteria kemasukan dan penilaian kriteria orang yang layak dan sesuai oleh Bank Negara Malaysia sebelum pemohon dilesenkan di bawah rang undang-undang ini.

Kriteria orang yang layak dan sesuai turut terpakai kepada pemegang saham substantial, pengarah, ketua eksekutif, mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengawal operasi perniagaan pemohon lesen serta ejen-ejen perniagaan perkhidmatan wang yang akan dilantik oleh pemegang lesen. Penilaian pematuhan kriteria kemasukan ini pula merangkumi pelan perniagaan, keupayaan kewangan, rekod prestasi, piawaian tadbir urus dan pengurusan risiko, kesesuaian sistem kawalan dalaman untuk menguruskan perniagaan dan langkah pencegahan bagi menangani aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Di samping itu, proses pembatalan lesen adalah lebih efektif dan telus. Asas-asas pembatalan lesen diperjelaskan yang mana termasuk antaranya adalah pemegang lesen menjalankan aktiviti perniagaan selain daripada yang dilesenkan, terlibat dalam amalan yang tidak selamat seperti aktiviti penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dan pengawal sesuatu pemegang lesen gagal mematuhi kriteria minimum orang yang layak dan sesuai. Proses rayuan kepada Menteri Kewangan terhadap pembatalan lesen dikekalkan bagi memastikan proses pembatalan sesuatu lesen dibuat dengan adil, telus dan saksama.

Seterusnya objektif ketiga menekankan kepada pengukuhan pengawalseliaan dan penguatkuasaan industri yang efektif dan berkesan dengan memberikan kuasa yang mencukupi untuk melaksanakan pengawalseliaan berterusan terhadap pemegang lesen serta memperkukuhkan rangka kerja penalti dan penguatkuasaan. Dalam rangka kerja objektif ini, Bank Negara Malaysia diberikan kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pemegang lesen, premis perniagaan dan ejen perniagaan perkhidmatan wang. Dibenarkan menjalankan penyiasatan terhadap mana-mana orang yang disyaki melakukan kesalahan

70 DN 11. 7.2011

di bawah rang undang-undang serta menetapkan peraturan-peraturan dan gelagat pasaran bagi memudahkan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, skop rangka kerja penguatkuasaan diperluaskan dengan memperuntukkan penalti jenayah, penalti sivil dan penalti pentadbiran yang mana denda yang lebih tinggi sehingga RM5 juta serta hukuman penjara yang lebih panjang sehingga sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan di bawah rang undang-undang ini khususnya yang melibatkan aktiviti haram.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memudahkan peralihan daripada perundangan yang sedia ada kepada perundangan baru, pemegang lesen sedia ada boleh meneruskan perniagaan masing-masing dan pada masa yang sama dikehendaki untuk mendapatkan lesen baru mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan lesen baru setelah mengambil kira penilaian menyeluruh bagi setiap permohonan untuk memastikan hanya pemegang lesen yang layak sahaja boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan wang.

Rang undang-undang ini mengandungi sepuluh bahagian yang merangkumi 96 fasal dan satu jadual. Peruntukan-peruntukan dalam rang undang-undang ini diringkaskan seperti berikut.

Bahagian I memperuntukkan perkara permulaan yang terdiri daripada fasal 1 sehingga 3. Fasal-fasal ini mengandungi tajuk ringkas, penetapan tarikh permulaan kuat kuasa akta, tafsiran perkataan dan istilah serta ketidakpakaian akta ini kepada peniaga yang merupakan bank berlesen dan bank Islam berlesen. Bahagian ini juga menggariskan fungsi kuasa dan tugas Bank Negara Malaysia dalam mentadbir dan menguatkuasakan akta ini.

Bahagian II mengandungi peruntukan pelesenan dari fasal 4 sehingga 20 yang merangkumi peruntukan mengenai larangan untuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, tatacara dan proses permohonan serta pembaharuan lesen. Tatacara permohonan dan pembaharuan lesen aspek penilaian oleh Bank Negara Malaysia dalam mengeluarkan lesen, syarat-syarat pelesenan dan keperluan mempamerkan lesen. Selanjutnya fasal 12 sehingga 20 pula memberikan penekanan kepada asas-asas pembatalan lesen oleh Bank Negara Malaysia, tatacara dan prosedur yang perlu dipatuhi bagi lesen-lesen yang dibatalkan dan peruntukan rayuan kepada Menteri terhadap pembatalan lesen.

Bahagian III terdiri daripada fasal 21 sehingga 36 yang memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengendalian perniagaan perkhidmatan wang. Peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam bahagian ini termasuk antaranya prosedur membuka atau menempatkan semula pejabat, menyelenggara modal minimum, larangan penggunaan perkataan yang berkaitan dengan perkhidmatan wang tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia, keperluan pendedahan maklumat produk dan perkhidmatan kepada pelanggan, larangan berkaitan dengan pemindahan dan pelupusan perniagaan perkhidmatan wang tanpa kebenaran dan prosedur pelantikan pengarah, ketua eksekutif dan juruaudit.

Bahagian IV pula mengandungi fasal 37 sehingga 41 yang terdiri daripada peruntukan khusus bagi pengendali perniagaan pengiriman wang yang antara lain menyentuh hal ehwal berhubung penyelenggaraan akaun berasingan untuk pelanggan, tatacara pemberhentian perniagaan, pematuhan ke atas peraturan dan peruntukan akta dan penggunaan sistem pengiriman wang.

Bahagian V memperuntukkan fasal 42 sehingga 47 yang memperkatakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelantikan ejen penyelenggaraan daftar ejen oleh Bank Negara Malaysia dan keperluan ejen untuk mematuhi peruntukan-peruntukan dalam akta dan peraturan Bank Negara Malaysia.

Bahagian VI mengandungi fasal 48 sehingga 52 yang memperuntukkan kuasa Bank Negara Malaysia untuk menjalankan pemeriksaan ke atas harta, dokumen, maklumat, sistem pengiriman wang atau transaksi pemegang lesen yang meliputi ejen perniagaan perkhidmatan wangnya atau pejabatnya.

DN 11.7.2011 71

Bahagian VII mengandungi fasal 53 sehingga 72 yang memperuntukkan kuasa

Bank Negara Malaysia bagi menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan. Bahagian ini memberikan kuasa kepada Bank Negara untuk melantik pegawainya, pekerjanya atau orang lain sebagai pegawai penyiasat untuk membuat siasatan terhadap pelanggaran atau kesalahan di bawah akta. Halangan ke atas pegawai penyiasat dalam menjalankan kuasanya di bawah bahagian ini merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan undang-undang.

Bahagian VIII mengandungi fasal 73 sehingga 79 yang memperuntukkan kuasa-kuasa Bank Negara Malaysia seperti kuasa mengeluarkan arahan, garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis kepada pemegang lesen dalam mengawal selia dan mentadbir perniagaan perkhidmatan wang. Bank Negara Malaysia juga dibenarkan mengambil tindakan pentadbiran ke atas orang yang telah atau sedang melanggar peruntukan akta atau tidak mematuhi notis, pekeliling, piawaian atau garis panduan bertulis yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Selain itu, Bank Negara Malaysia boleh mengambil tindakan sivil di mahkamah bagi menguatkuasakan peruntukan akta dan juga memohon perintah mahkamah untuk dikenakan ke atas pemegang lesen dan ejen perniagaan perkhidmatan wang.

Bahagian IX mengandungi fasal 80 sehingga 92 mengenai hal pelbagai. Fasal 80 sehingga 82 memperuntukkan kesalahan yang dilakukan oleh perbadanan korporat hendaklah ditanggung oleh pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi perbadanan korporat itu. Manakala fasal 83 sehingga 92 memperuntukkan perlindungan kepada Menteri, Bank Negara Malaysia, gabenor atau mana-mana pengarah, pegawai, pekerja atau seseorang yang bertindak untuk Bank Negara Malaysia daripada tindakan guaman, dakwaan ataupun prosiding undang-undang selagi tindakan atau kenyataan yang dilakukan atau ditinggalkan itu dibuat atas suci hati.

Pengarah, ketua pegawai eksekutif, pengawal atau pekerja atau ejen perniagaan perkhidmatan wang berkewajipan menjaga kerahsiaan pelanggannya. Penalti am diperuntukkan bagi kesalahan di bawah rang undang-undang ini yang tidak mempunyai peruntukan penalti khusus. Selain itu, sebahagian bahagian ini memberikan kuasa kepada Menteri atas syor Bank Negara Malaysia untuk meminda jadual kepada akta. Di samping itu, membolehkan Menteri mengecualikan mana-mana orang tertentu atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang itu daripada kesemua atau mana-mana peruntukan akta. Bahagian ini turut menjelaskan bahawa akta ini hendaklah dibaca bersekali dengan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan peruntukan akta ini adalah tambahan kepada dan bukan menjejaskan peruntukan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

■1800

Bahagian X pula mengandungi fasal 93 hingga 96 yang memperkatakan mengenai peruntukan pemansuhan, kecualian dan peralihan. Bahagian ini memansuhkan Akta Pengurupan Wang 1998 dan memperuntukkan kecualian dan peralihan berhubung dengan pengurup wang berlesen, pengirim wang dan peniaga mata wang borong yang dikenakan sedia ada, yang dibenarkan sedia ada di bawah Akta Pengurupan Wang 1998, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan Akta Sistem Pembayaran 2003. Selain itu bahagian ini menjelaskan proses dan tatacara pelesenan semula di bawah akta.

Jadual bertujuan untuk memperuntukkan senarai fasal dalam rang undang-undang yang dicadangkan dikecualikan daripada penguatkuasaan tindakan pentadbiran yang boleh diambil oleh Bank Negara.

Akhir kata, langkah-langkah yang dihasratkan melalui rang undang-undang adalah sejajar dengan komitmen kerajaan di dalam mengukuhkan dan memastikan rangka kerja pengawalseliaan untuk industri pengurupan wang, pengiriman wang dan perniagaan mata wang borong yang lebih menyeluruh, komprehensif dan efisien bagi menangani ancaman penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan terhadap sektor bukan bank serta mengekalkan integriti sistem kewangan Malaysia keseluruhannya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

72 DN 11. 7.2011

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan, pengawalseliaan dan penyeliaan perniagaan perkhidmatan wang dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara berhubungan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Syed Ibrahim bin Kader.

6.02 ptg.

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana turut diberikan kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang memperkenalkan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 ini serta tepat masanya serta langkah proaktif bagi menangani pelbagai masalah perniagaan perkhidmatan wang seperti pengiriman wang dan pengurupan wang serta pengaliran keluar dana daripada negara ini. Aliran dana keluar juga sering dikaitkan dengan wang haram dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Bahagian X, seksyen 93 berhubung pemansuhan Akta Pengurupan Wang 1998, peranan pengurup wang adalah penting bagi memudahkan urusan pertukaran wang dan penerimaan wang juga adalah penting kerana pengurup wang ini mudah ditemui seperti sekarang ini. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan bilangan syarikat pengurup wang sedia ada masa kini termasuk pengurup wang individu dan sejauh manakah kesan pemansuhan Akta Pengurupan Wang 1998 ini khususnya kepada peniaga dan orang awam. Walaupun kerajaan menyediakan pengecualian terhadap pengurup wang sebagaimana seksyen 95, tetapi ia tertakluk kepada seksyen 95, Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 ini dari segi pemberian tempoh lesen.

Seksyen 94(1)(a) akta ini menyatakan di bawah seksyen 7 Akta Pengurupan Wang 1998 akan terus dilesenkan di bawah seksyen 7 pada tarikh yang ditetapkan. Akta ini juga menjaga kepentingan perniagaan pengiriman wang sebagaimana seksyen 94(1)(b). Perniagaan mata wang borong seksyen 94(1)(c) dan perniagaan pengiriman wang di bawah Akta Sistem Pembayaran 2003 sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 94(1)(b). Akta ini jelas begitu komprehensif dengan memastikan semua pihak yang terlibat dengan perniagaan perkhidmatan wang termasuk pulangan terjaga.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa isu berhubung masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha pengurup wang yang telah berjumpa dengan saya dan memanjangkan permasalahan yang dihadapi.

Untuk makluman had limitasi untuk pengurup wang, menyimpan mata wang dibenarkan sejak 1998 adalah sejumlah RM250,000. Di mana ia kini dilihat jauh ketinggalan dalam membantu pihak pengurup wang menjalankan perniagaan mereka. Pada tahun 1998, para pelancong melawat ke Malaysia hanya 2 juta orang, manakala pada tahun 2010 pelancong yang datang ke Malaysia meningkat kepada 22 juta. Memandangkan pembangunan ekonomi kian pesat serta permintaan yang hangat, saya menyarankan agar jumlah ini ditambah kepada RM 1 juta sambil memastikan mereka ini tidak terjebak di dalam kancah perdagangan mata wang.

Kita sedar perwujudan AMLA adalah dengan niat untuk membanteras aktiviti perdagangan mata wang secara tidak sah serta menyekat pengaliran untuk kegunaan pengganas dan pengedaran dadah, tetapi memandangkan Malaysia mempunyai satu sistem pemantauan yang kukuh adalah wajar jumlah ini ditingkatkan agar pengusaha pengurup wang ini dapat menjalankan perniagaan mereka bagi mencari nafkah secara ikhlas dan jujur. Adalah tidak wajar untuk peniaga-peniaga ini menolak sebarang permintaan pembelian jika telah mencecah jumlah yang dibenarkan terutama oleh golongan pelancong, adakah mereka ini dibenarkan untuk membeli mata wang jika jumlah itu melebihi had yang ditetapkan.

DN 11.7.2011 73

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga menerima aduan bahawa ramai di

kalangan pengusaha-pengusaha ini menghadapi masalah dari segi pentadbiran dan pengurusan yang dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Sebarang masalah yang didapati wujud dalam pengurusan tersebut sesebuah kedai pengurup wang ini, pihak Bank Negara Malaysia terus mengambil tindakan tanpa mendengar sebarang penjelasan oleh pihak yang terlibat. Pihak Bank Negara Malaysia juga tidak mempunyai satu jawatankuasa untuk mengendalikan, menilai, memantau permasalahan sebelum sesuatu keputusan diambil.

Saya mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuhkan agar semua permasalahan ini dapat diteliti agar kerajaan dilihat transparent di dalam mengendalikan masalah-masalah yang berhubung dengan pengusaha-pengusaha ini. Saya juga menekankan agar jawatankuasa ini diwakili oleh beberapa pihak seperti persatuan-persatuan wang, pihak Bank Negara, pihak kementerian serta agensi-agensi lain yang terlibat di dalam mengendalikan urusan perdagangan mata wang secara komersial.

Akhirnya saya ingin menyentuh bab 7 berhubung dengan penyiasatan dan penguatkuasaan yang meliputi dari segi pelantikan pengawal, pegawai penyiasat di bawah seksyen 53, yang mana Bank Negara Malaysia boleh melantik mana-mana pegawai atau pekerja atau mana-mana orang lain yang dilantik di bawah seksyen 3(3) untuk menjadi pegawai penyiasat.

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, apakah kewajaran Bank Negara Malaysia akan melantik orang lain bukan pegawai ataupun kakitangan Bank Negara Malaysia. Pelantikan pegawai penyiasat sebenarnya akan menyukarkan proses penyiasatan memandangkan Bank Negara Malaysia perlu memberikan kuasa pegawai penyiasat seperti menikmati hak keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 54(1)(b).

Saya ingin bertanya apakah hak ini tidak boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu? Adalah dicadangkan agar Bank Negara Malaysia menubuhkan pasukan pegawai siasatan sendiri yang terlatih dan pakar dalam bidang perkhidmatan wang ini termasuklah membangunkan modal insan yang sesuai dengan akta ini dengan mengambil ahli dari kalangan pengusaha-pengusaha pengurup wang agar pengetahuan dan pengalaman mereka dapat diguna pakai di dalam memastikan agar khidmat kewangan ini dapat dilaksanakan dengan mantap. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, sekarang ini saya hanya menerima ada tiga sahaja Ahli Yang Berhormat yang mahu berbahas. Kalau sekiranya ada kemukakan nama sebelum terlewat, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Zaitun binti Mat dan selepas itu Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok. Silakan.

■1810

Dato’ Zaitun binti Mat: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana turut diberikan kesempatan dalam perbahasan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin mengucap tahniah kepada kerajaan yang memperkenalkan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 ini yang merupakan langkah tegas bagi pihak kerajaan menangani aliran keluar wang dari negara ini selain langkah proaktif yang telah diambil semenjak tahun 2000 lagi seperti perundangan, penggubalan wang haram, langkah pengawal selia pengurup wang dan menetapkan had bagi wang yang dibawa keluar dari negara.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh Bahagian II, berhubung dengan pelesenan iaitu seksyen 4(1) yang menetapkan tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Langkah ini adalah wajar bagi mengawal aktiviti perniagaan pengurup

74 DN 11. 7.2011

wang, perniagaan pengiriman wang dan perniagaan mata wang borong. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari segi takrif dan skop perniagaan perkhidmatan wang dan adakah Bank Negara Malaysia ada menyediakan garis panduan klasifikasi perniagaan ini?

Seterusnya saya ingin menyentuh seksyen 5(2) yang mengatakan pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang ini mestilah sebuah syarikat. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai status atau taraf syarikat yang dibenarkan dan apakah syarat-syarat syarikat yang dibolehkan untuk mendapat lesen perniagaan perkhidmatan wang ini?

Sehubungan dengan itu, saya ingin merujuk seksyen 4(2) tentang pengecualian ejen daripada mendapat lesen. Selepas merujuk kepada seksyen 43, saya dapati ejen ini adalah orang perseorangan dan bukan syarikat. Saya ingin mendapat penjelasan, sejauh manakah ejen ini dapat dikawal selia dan dipantau bagi memastikan tiada kegiatan pengiriman wang haram dan sebagainya? Adalah memeranjatkan apabila kita difahamkan aliran kewangan haram Malaysia antara tahun 2000 hingga 2009 berjumlah lebih daripada RM800 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pengurup wang, saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, mengapakah berlaku perbezaan kadar tukaran asing antara pengurup wang malah perbezaan ini amat ketara di kalangan bank-bank perdagangan Malaysia? Apakah ia berpunca dari caj atau komisen yang dikenakan? Sesetengah bank juga menawarkan kadar tukaran wang asing yang lebih menarik pada sesuatu masa berbanding dengan bank lain atau pengurup wang. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, adakah kerajaan bercadang melalui Bank Negara Malaysia (BNM) memantau kadar tukaran wang asing ini termasuklah menetapkan kadar tukaran wang yang sama?

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyentuh tentang Bahagian IV berhubung dengan perniagaan pengiriman wang di bawah seksyen 37 hingga seksyen 41.

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, adakah kerajaan akan menetapkan sejumlah wang disimpan sebagai deposit bagi menjalankan perniagaan pengiriman wang bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam perniagaan ini dan bagi melindungi pelanggan khususnya orang awam? Terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Chew Lee Giok dan seterusnya Yang Berhormat Datuk Paul Kong bersedia. Silakan Yang Berhormat.

6.14 ptg.

Puan Chew Lee Giok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya berbahas, di sini saya ada satu permintaan. Tuan Yang di-Pertua, didapati bahawa banyak rang undang-undang apabila hendak dikemukakan di Dewan Negara untuk bacaan yang pertama, didapati bahawa banyak kementerian berkenaan tidak memberi penerangan. Saya mintalah Yang Berhormat Menteri kalau boleh memberi penerangan dahulu sebelum dibahaskan untuk bacaan pertama sebab kita ramai orang bukan pakar undang-undang, bukan peguam. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, perkenalan rang undang-undang ini iaitu Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011, memang pada masa ini amat relevan sekali. Pada awal tahun ini, Presiden negara Perancis pernah menggesa negara-negara G20 untuk menubuhkan satu tata kelakuan untuk mengawal aliran wang antarabangsa. Beliau menekankan kepentingan tata kelakuan ini untuk menolong ekonomi dunia bagi mengelakkan gangguan kepada ekonomi mereka akibat ketidakpastian dalam pasaran kewangan antarabangsa.

Oleh itu, ia adalah penting untuk kita memperbaharui persepsi kita mengenai pengurusan aliran wang di negara kita di bawah akta lama, Akta Pengurupan Wang 1998 yang juga mempunyai tahap pematuhan yang agak longgar seperti yang dinyatakan oleh Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat dua minggu yang lepas. Justeru itu, saya di sini ingin

DN 11.7.2011 75

menekankan bahawa supaya kita boleh mengambil langkah-langkah pencegahan untuk memastikan yang akta ini dipatuhi dan diambil berat oleh pengusaha-pengusaha dalam industri perniagaan perkhidmatan wang ini.

Pertama sekali, ia amat sukar dan hampir mustahil untuk penguat kuasa undang-undang untuk mengesan pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas dan lain-lain jenayah kewangan jika syarikat-syarikat perniagaan wang ini didorong untuk menjalankan perniagaan mereka secara haram. Oleh itu, peraturan-peraturan yang diperuntukkan di bawah akta ini perlulah memberi cukup insentif untuk menggalakkan penglibatan syarikat-syarikat ini dengan sepenuhnya.

Hanya dengan sokongan padu pengusaha-pengusaha dalam industri ini barulah Bank Negara dapat menjalankan tugasnya iaitu untuk mengawal selia dan memastikan ketelusan aliran wang di negara kita dengan sempurna. Adalah diharap juga penggubalan akta ini dapat mengatasi masalah penggubahan wang haram atau pembiayaan keganasan yang selalu dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah atau penyeludupan manusia dan seterusnya memulihkan nama baik Malaysia di masyarakat antarabangsa.

Di sini saya ingin mengemukakan beberapa soalan. Pertama, selepas rang undang-undang ini dilaksanakan, adakah ia akan menyebabkan ribuan money changer iaitu pengurup wang yang mikro itu, yang kecil itu menutup perniagaan dan menganggur

Kedua, adakah ia akan dimonopoli oleh beberapa syarikat yang besar sahaja seperti kereta sewa iaitu teksi yang dimonopoli oleh beberapa syarikat yang besar?

Ketiga, selepas Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dilaksanakan, adakah fee, dengan izin, yang dikenakan sewaktu penukaran wang asing akan naik atau lebih mahal daripada sekarang? Ini kerana ia mempengaruhi ramai warga Malaysia yang ingin melancong ke luar negeri. Saya ingin mendapatkan jaminan daripada Kementerian Kewangan supaya fee itu tidak akan dinaikkanlah.

Keempat, adakah money changer ini tetap akan dibuka di merata-rata tempat seperti sekarang beroperasi tujuh hari seminggu?

Kelima, terdapat berapa lesen akan dikeluarkan oleh bank?

Keenam, setiap pemegang lesen boleh mempunyai berapa orang ejen?

Ketujuh, dalam perkara 7(3) ada mengatakan tempoh sesuatu lesen hendaklah bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh bank. Apakah yang dimaksudkan tempoh ini, setahunkah, dua tahunkah, atau berapa tahun?

Kelapan, mengenai perkara 56 iaitu penggeledahan dan penyitaan tanpa waran. Adakah ia akan disalahgunakan oleh pegawai penyiasat? Dalam rang undang-undang ini, didapati pegawai penyiasat mempunyai kuasa yang mutlak, yang besar ini. Ada kuasa ini akan mengakibatkan penyelewengan ataupun rasuah.

Kesembilan, nyatakan langkah Bank Negara Malaysia dalam mengatasi aliran keluar dana.

Dan kesepuluh, mengapa 177,077 keping wang kertas berjumlah RM101 juta wang kertas RM500 dan RM1,000 yang terapung di pasaran dan tidak dapat diimbangkan, apakah langkah kerajaan? Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Datuk Paul Kong.

■1820

Datuk Paul Kong Sing Chu: Selamat petang Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya memberi pandangan mengenai Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011. Seperti mana saya difahamkan rang undang-undang ini bermatlamat untuk memansuhkan Akta Pengurupan Wang 1998 dan membesarkan lagi ruang lingkup pentadbiran undang-undang baru iaitu Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

76 DN 11. 7.2011

Tuan Yang di-Pertua, akta baru yang dicadangkan bertujuan untuk mengawal aktiviti-aktiviti pengurupan wang, pengiriman wang dan perniagaan urusan mata wang secara borong melalui proses pemodenan dan bagi panduan untuk melahirkan satu industri yang dikenali sebagai industri perkhidmatan perniagaan wang.

Akta yang dicadangkan meliputi pelesenan, mengawal seliaan dan penyeliaan perniagaan lesen, perniagaan perkhidmatan wang serta agen-agen mereka untuk memastikan industri ini terdiri daripada pemain-pemain yang dinamik, cekap dan profesional.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada mengadakan peruntukan tentang tadbir urus serta keperluan operasi dan kawalan untuk memastikan ketulusan perniagaan wang ini, akta yang dicadangkan juga bertujuan untuk mengukuhkan rangka kerja perkhidmatan dan penyeliaan dalam industri ini untuk membendung pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Ini adalah amat penting untuk memelihara integriti sistem kewangan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, akta yang dicadangkan ini akan meningkatkan kecekapan, pengalihan atau a locative efficiency, dengan izin, industri ini melalui peningkatan fleksibiliti operasi daya maju kewangan yang lebih baik dan pengukuhan institusi-institusi yang terlibat dalam perkhidmatan perniagaan wang.

Tuan Yang di-Pertua, falsafah asas usaha ini adalah untuk menghasilkan sistem kewangan yang berorientasikan pasaran atau market oriented dengan izin, dan menganjakkan peranan Bank Negara dari pengurusan mikro operasi institusi kewangan ini kepada pentadbiran dari segi mikro.

Tuan Yang di-Pertua, sistem kewangan yang lebih berorientasikan pasaran amat diperlukan untuk membina satu sistem kewangan yang kukuh, mantap dan berdaya tahan yang dapat dijadikan asas untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu punca besar ketirisan wang tunai dari negara kita ialah melalui aktiviti pengiriman wang atau remittance secara kecil-kecilan. Ini adalah kerana di bawah akta yang lama, aktiviti pengiriman wang di bawah nilai RM10 ribu tidak perlu diisytiharkan kepada pihak Kastam. Ini menyebabkan aktiviti-aktiviti ini sukar untuk dikesan dan dikawal dan akibatnya jumlah wang yang dikirim keluar mencecah RM21.3 bilion pada tahun 2010.

Tuan Yang di-Pertua, ia adalah diharapkan penggubalan akta ini dan peraturan-peraturan yang diperuntukkan di bawah akta ini dapat mengikat kebocoran dan ketirisan mata wang ringgit ke luar negara yang sepatutnya digunakan khususnya untuk tujuan pengurusan dan pembangunan negara untuk rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, adalah diharap juga pengubahan akta ini dapat mengatasi masalah pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan yang selalu dikaitkan dengan aktiviti pengedaran data atau penyeludupan manusia dan seterusnya memulihkan nama baik Malaysia di masyarakat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya ingin mengatakan sokongan saya untuk

Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 ini dan meminta kerjasama Yang Berhormat yang lain supaya sama-sama menyokong rang undang-undang ini dan menyarankan supaya pelaksanaan undang-undang ini disegerakan demi negara kita yang mulia ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim.

6.21 ptg.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Bismillahhir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang dalam membahaskan Rang Undang-undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dalam Dewan yang mulia pada

DN 11.7.2011 77

petang ini. Saya berharap melalui rang undang-undang ini ia akan dapat kita mengawal aktiviti perniagaan pengurupan wang, perniagaan pengiriman wang dan perniagaan mata wang borong.

Malahan lebih daripada itu, saya juga berharap melalui rang undang-undang yang baru ini kita akan dapat mengukuhkan rangka berkhidmat dan penyeliaan dalam industri perniagaan perkhidmatan wang terutama bagi membendung aktiviti haram, pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Saya ingin bertanya sejauh manakah serius aliran keluar dana dari negara ini? Saya juga hendak tahu sejak tahun 2000 apakah Bank Negara Malaysia ada menyediakan langkah untuk menangani aliran keluar dana seperti penggubahan wang haram, langkah mengawal selia pengurup wang dan mengenakan had bagi wang dibawa ke luar negara?

Pada Januari 2011 yang lalu dalam Global Financial Integrity melaporkan bahawa aliran kewangan haram dari Malaysia berjumlah USD291 bilion, RM888 bilion di antara tahun 2000 hingga 2009. Jadi sejauh manakah kebenaran dan dakwaan laporan itu. Dalam Berita Harian bertarikh 10 Mac 2011, Bank Negara Malaysia ada mengeluarkan kenyataan selepas meneliti nombor dan membuat penilaian ke atas pelbagai bahagian. Jadi, saya hendak tahu status yang telah dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia kerana ia melibatkan soal integriti dan menangani salah tadbir urus.

Di samping itu dalam laporan akhbar Metro pada Ahad 20 Mac 2011 juga mendedahkan terdapat golongan VIP yang dikesan menjadi dalang bagi kegiatan pemindahan wang ke luar negara secara haram yang bergiat begitu aktif sejak beberapa tahun yang lalu. Kegiatan ini dilakukan dengan mereka menjadikan agen pengurup wang sebagai transit memindahkan wang terbabit secara rahsia. Malahan kegiatan ini juga semakin berleluasa terutama membabitkan seperti tempat-tempat di London, Dubai, Hong Kong dan Singapura dan juga Jepun.

Jadi, soalan saya ingin tahu sejauh manakah serius perkara ini dan saya juga ingin mengetahui berapakah jumlah agensi pengurup wang yang terlibat dalam kegiatan haram itu yang telah digantung lesennya sejak dua tahun yang lalu?

Apakah wajar kerajaan kita menaikkan kadar simpanan tunai pengurup wang daripada RM250 ribu kepada RM1 juta? Sekiranya ya, bolehkah ia akan mendorong ke arah kegiatan haram yang disebutkan tadi. Saya juga mendapat maklum ada sebahagian besar individu yang terbabit dalam kegiatan itu menjalankan urusan perniagaan, termasuk bagi pembelian harta benda di luar negara. Malahan mereka juga menyembunyikan kegiatan ini secara sengaja untuk mengelak membayar cukai kepada kerajaan. Saya mencadangkan supaya kerajaan melakukan pembekuan aset dan akaun bank jika ada individu yang dikesan membawa keluar wang haram.

Saya yakin menerusi rang undang-undang ini, kerajaan mempunyai kuasa dalam menguatkuasakan undang-undang termasuk memeriksa buku harian agensi pengurup wang bagi mengesan tiada aktiviti yang meragukan.

■1830

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh fasal 42, 43, 44 dan juga 45 iaitu berkaitan larangan pelantikan seseorang ejen perniagaan, kuasa bank untuk memberikan kelulusan di samping menyelenggarakan daftar ejen perniagaan perkhidmatan wang serta melarang mana-mana orang daripada menjalankan perniagaan perkhidmatan wang bagi pihak seorang pemegang lesen. Kita mengalu-alukan langkah itu kerana di negara ini terlalu banyak lambakan ejen menguruskan wang ini yang biasanya terdiri daripada ah long yang bersembunyi di atas nama lesen yang sah. Ini boleh membahayakan kepada pengguna yang akhirnya boleh menjerat diri sendiri serta ahli keluarga mereka. Malahan saya mendapat maklum mereka ini mempunyai senarai nombor telefon dan latar belakang kewangan dari aspek pinjaman seseorang lalu ditawarkan perkhidmatan pinjaman wang yang kononnya lebih baik termasuklah penawaran faedah yang lebih rendah.

Persoalannya, bagaimanakah mereka ini boleh memperolehi data peribadi seseorang? Adakah data peribadi ini diberi daripada orang dalam atau daripada institusi bank itu sendiri? Kerajaan harus memandang tegas menerusi Bank Negara Malaysia, melihat perkara ini secara serius kerana ia adalah satu kesalahan yang serius dalam

78 DN 11. 7.2011

menyalurkan sebarang maklumat peribadi seseorang kepada orang lain. Jadi, kita mahukan Bank Negara Malaysia bertegas dalam hal ini dan membendung perkara ini daripada berleluasa. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

6.31 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya akan cuba menjawab semua yang dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Hari ini saya akan jawab satu-persatu supaya – tadi Yang Berhormat kompelin saya tidak jawab soalan dia. Saya akan jawab satu-satu tetapi jangan pergi ke mana-mana pula. Nanti saya jawab tidak ada.

Yang Berhormat Dato’ Syed Ibrahim pertamanya menyokong undang-undang ini dan pertamanya, ditanya apakah kesan terhadap pengurup wang yang sedia ada. Memanglah, ini satu kebimbangan umum kalau boleh saya katakan Yang Berhormat, cuma saya hendak sebut, yang ada sekarang ini mengikut Bank Negara, jumlah pengurup wang yang beroperasi sekarang 828. Ini sesetengahnya sudah dibatalkan lesennya kerana baru-baru ini apabila dibuat serbuan dan sebagainya, didapati mereka telah melanggar undang-undang yang begitu teruk sekali. Maka telah dibatalkan lebih daripada 50 hingga 60 lesen. Ini yang beroperasi di 1,059 premis. Maknanya jumlah ramai jadi tidak ada masalah.

Tentang untuk menaikkan yang RM250,000 tidak ada masalah kita mansuhkan. Maknanya sudah tidak ada lagi, dia hendak pegang lebih daripada itu pun tidak mengapa, cuma Yang Berhormat tadi bimbang naik RM1 juta, dia kata masalah pula. Bank Negara akan memantau. Bergantung kepada jumlah perniagaan yang dijalankan. Jadi kalau pegang banyak, apabila pergi check buku jumlah perniagaan tidak ada, jadi tidak munasabah tetapi limitnya tidak ada.

Dicadangkan jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah. Saya rasa ini seeloknya dilakukan oleh persatuan pengurup wang. Sekiranya persatuan pengurup wang boleh koordinasi masalah, persoalan dan boleh berbincang dengan Bank Negara Malaysia, cuba selesaikan sebaik mungkin. Bank Negara Malaysia pun, pegawainya ramai di sini dan dalam perbincangan saya pun, untuk menyediakan pembentangan rang undang-undang ini saya minta mereka selesaikan dan sekiranya ada mana-mana masalah yang belum dapat diselesaikan, tetapi kena munasabahlah.

Kita tidak boleh memenuhi kehendak setiap individu atau pengurup wang. Ini persatuan yang akan menilai yang mana harus dibawa ke Bank Negara dan sekiranya masih tidak berjaya dan tidak berpuas hati, Kementerian Kewangan boleh dirujuk. Boleh diminta bantuan untuk berbincang bersama dengan Bank Negara.

Penyiasatan tentang pelantikan pegawai-pegawai Bank Negara ini, ini peruntukan biasa. Bank Negara ini memang ada pegawainya, bahkan Bank Negara sekarang ini ada secara full-time 50 orang pegawai penyiasat atau investigation officer dan bukannya yang examiners, itu beratus. Jadi, soal tidak cukup staf untuk menjalankan pengawal seliaan ini tidak timbul sangat. Bank Negara boleh mengawal selia sistem perbankan. Jadi untuk mengawal selia pengurup wang ini atau pengusaha perkhidmatan wang ini tidak ada masalah.

Peruntukan diberi supaya Bank Negara boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan perlu umpamanya auditors, walaupun dia bukan pegawai Bank Negara tetapi Bank Negara boleh melantik untuk menjalankan tugas-tugas tertentu dan biasanya mereka ini adalah orang-orang profesional. Jadi tidak ada masalah.

Yang Berhormat Dato’ Zaitun binti Mat bertanya, apa syarat-syarat syarikat yang dibenarkan mendapatkan lesen. Kita tetapkan modal yang perlu ada dan modal ini dinaikkan sedikit kalau sekarang ini RM100,000 sudah boleh berniaga dan sekarang ini kita tingkatkan RM300,000 paling minimum dan ini yang kita kata tiering tadi, yang RM300,000 yang kecil dan yang RM500,000 boleh buat kedua-duanya iaitu pengurupan wang dan juga penghantaran wang. Kalau RM300,000 dia boleh buat satu sahaja sama ada pengurupan

DN 11.7.2011 79

wang ataupun remittance, either one. Akan tetapi jika RM500 ribu dia boleh buat kedua-duanya, manakala jika RM2 juta dia boleh ada ejen dan ejen-ejen ini macam ejen insurans.

Jadi, yang mana pengurup wang sekarang yang kecil dan tidak mampu menaikkan modal kepada RM300,000 maka dia boleh jadi ejen, tidak ada masalah cuma ejen ini dikawal selia oleh Bank Negara dan juga principal mesti bertanggungjawab. Apa-apa yang dilakukan oleh ejen yang melibatkan pengubahan wang haram dan sebagainya, principal juga bertanggungjawab. Maknanya syarikat yang menjadi master kepada ejen-ejen itu. Jadi, ini adalah satu kaedah untuk memberi ruang kepada yang kecil-kecil.

Mengapa kadar tukaran wang asing antara pengurup dan bank ini lain? Dahulu katanya – saya tidak tahu maksud lain itu pengurup lebih baik atau bank yang lebih baik cuma apa yang saya lihat kadang-kadang pengurup lebih baik sebab overhead nya kecil, dia sewa premis pun tidak adalah macam KLIA. KLIA itu bayaran sewanya mahal tetapi adakah Bank Negara menetapkan kadar? Ini sebenarnya walaupun Bank Negara tidak menetapkannya tetapi ada kadar pasaran, market rate. Ia ada satu market rate. Ini semua international currency, international business.

Jadi, cuma yang berbeza margin dan margin ini boleh besar dan kecil bergantung kepada overhead nya, gaji orang yang dibayarnya, volumenya. Contoh kalau hendak tukar volume nya banyak sekali bawa, mungkin marginnya kurang sedikit. Kalau hendak tukar wang sedikit – jadi walaupun kita tidak tetapkan, dia sudah ada satu range dan ianya tidak boleh jauh dan kita tidak boleh tetapkan kerana ini pun satu perkhidmatan yang ada persaingan sedikit. Biarkan dia bersaing dan yang mana marginnya tinggi barangkali dia tidak boleh survive dalam jangka masa panjang. Perlu ada persaingan, competition. Jadi, modal tadi penting.

Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok ada banyak soalan. Dia cakap menyokong tepat masanya, mengatasi pengubahan wang haram dan selepas itu dia kata soalan-soalan, sesetengah tutup kedai macam mana. Ini saya sudah cakap modal itu kena ada. Kalau tidak boleh menepati modal, dia boleh jadi ejen. Sekarang pun sudah ada 828. Jadi, ada banyak di 1,000 lebih lokasi. Tidak ada masalah rakyat Malaysia tidak akan mendapat perkhidmatan dari pengurup wang ini. Monopoli yang besar – tidak akan ada monopoli apabila ramai dan bila banyak tidak akan berlaku monopoli cuma persaingan kena ada, lebih efisien, marginnya kena kecil. Janganlah komisennya besar sangat.

■1840

Money changer masih lagi berada di merata tempat akan kekal. Tempoh kuat kuasa. Tempoh ini akan diberikan oleh Bank Negara selama setahun supaya yang ada operasi sekarang ini dia boleh ada ruang, dia boleh teruskan dan dia cuba menaik taraf, cuba memenuhi kehendak seperti yang Dato' Zaitun kata tadi selain daripada modal, syarat-syaratnya pula dia kenalah mempunyai kepakaran. Maknanya kalau dia biasa dengan bidang kewangan ini, pernah kerja bankkah jadi tidak boleh tidak pernah dalam bidang kewangan tiba-tiba dapat duit RM300,000 hendak buat perkhidmatan wang. Itu mungkin Bank Negara ken nilailah. Kalau dia ada kelayakan, ada pengalaman yang sesuai. Sekarang ini ada keperluan baru the fit and proper. Maknanya dia ini ada rekod yang tidak baikkah, criminal record yang ini tidak fit and proper lah kalau sudah ada rekod jenayah dan sebagainya.

Tentang masalah penguat kuasa ini nampak berkuasa sangat tidak berlaku penyelewengankah. Jadi ini kita harap pegawai-pegawai Bank Negara tidak menyelewenglah sebab ini tugas mereka. Ini diberi tugas dan oleh kerana kita percaya pegawai Bank Negara ini pengalamannya banyak mengawal selia institusi kewangan lain barangkali tidak adalah banyak kes yang kita dengar yang menyeleweng itu, kita harap integriti yang sama. Yang Berhormat Mulia pun ada Tunku Aziz bekas pegawai Bank Negara Malaysia ini. Pegawai kanan sana. Dia boleh mengakui integriti Bank Negara betul tidak Tunku? Tunku angguk itu. Maknanya kalau Tunku angguk biasanya betullah itu.

Yang Berhormat Datuk Paul Kong banyak menyokong. Bukan sahaja dia menyokong, dia minta Ahli-ahli Yang Berhormat lain turut sokong. Dia kata marilah Ahli-ahli Yang Berhormat menyokong sebab ini adalah membendung wang haram dari segi integriti

80 DN 11. 7.2011

nasional, remittance walaupun kecil-kecil tapi jumlahnya boleh menjadi besar dan Yang Berhormat Puan Norliza ada sebut.

Yang Berhormat Puan Norliza ini dia sebut yang besar-besar. Dia sebut aliran dana keluar yang dikeluarkan oleh financial integrity group ini memang RM800 bilion lebih dalam satu jangka masa sembilan tahun. Ini anggaran yang dibuat oleh mereka. Anggaran yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia ialah dalam jangka sepuluh tahun ini lebih kurang RM153 bilion tapi ini sebenarnya bukannya semestinya wang haram. Yang tidak boleh di accounted for, dengan izin. Maknanya unaccounted for. Mungkin dia keluar errors and omission ada juga sebahagiannya tetapi yang jelas jumlahnya telah meningkat dan ini telah menimbulkan kebimbangan kerajaan.

Sebab itulah kerajaan telah membentuk satu task force yang paling senior, high powered yang melibatkan Bank Negara, polis, AG Chamber dan inilah task force yang banyak meneliti dan membuat serbuan, yang kemudiannya membuat kajian yang menghasilkan rang undang-undang hari ini. Jadi diharapkan dengan adanya rang undang-undang hari ini maka masalah ini dapat kita atasi.

Yang Berhormat Puan Norliza juga mencadangkan pembekuan aset jika dikesan. Ini memang akan dilaksanakan. Jadi undang-undang ini sebenarnya agak ketat dan kalau dahulu pengurup wang yang boleh menjadi saluran kepada pengeluaran wang dengan mudah, hendak beli apartmen, hendak lari daripada cukaikah, saya rasa dengan adanya undang-undang seperti ini ia akan menjadi payah. Ia akan susah sebab buku-bukunya akan diperiksa dan penaltinya cukup tinggi. Sesiapa yang terlibat bukan sahaja ditarik balik lesen tetapi dendanya. Kalau terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram ini boleh didenda sehingga lima tahun penjara, RM10 juta atau kedua-duanya. Jadi ini satu denda yang begitu berat yang sepatutnya tidak akan membuka ruang bagi pengamal-pengamal untuk tidak mengikuti undang-undang dan peraturan.

Agen-agen juga akan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Kerahsiaan maklumat cukup penting. Tuan Yang di-Pertua, rahsia maklumat tidak boleh hendak bagi kepada siapa-siapa. Ini sama seperti banklah kerahsiaan maklumat itu kena ada. Jadi inilah semua saya rasa yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya rasa kali ini saya jawab semua. Saya tidak jawab secara borong dan saya mengucapkan banyak terima kasih kepada semua atas sokongan kerana ini adalah yang baik. Di Dewan Rakyat pun tidak banyak perbahasan rang undang-undang ini. Sokong semua, sama ada oleh penyokong kerajaan ataupun pembangkang turut sokong. Jadi saya mengucapkan terima kasih kerana pihak pembangkang walaupun tidak berdiri menyokong tetapi dengan tidak berdiri menyokong itu sudah satu sokongan... [Ketawa] Terima kasih banyak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 96 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Jadual diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

DN 11.7.2011 81

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

■1850

RANG UNDANG-UNDANG ORGANISASI ANTARABANGSA (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) (PINDAAN) 2011

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.50 ptg.

Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 (Akta 485) dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 (Akta 485) yang ada pada masa sekarang ini telah mula berkuat kuasa mulai 16 Mac 1992. Ia adalah suatu akta yang berhubungan dengan keistimewaan dan kekebalan organisasi-organisasi antarabangsa tertentu dan orang-orang yang ada kaitan dengannya. Akta ini antara lainnya memberi kuasa kepada Menteri Luar Negeri untuk mengisytiharkan sesuatu organisasi sebagai organisasi antarabangsa atau organisasi seberang laut melalui peraturan-peraturan di bawah akta ini.

Akta ini juga memberi kuasa kepada Menteri Luar Negeri untuk memberikan keperibadian, juridical serta keistimewaan dan kekebalan kepada mana-mana organisasi antarabangsa yang diisytiharkan di bawah akta ini serta pegawai tinggi, pegawai selain daripada pegawai tinggi, seseorang yang ditauliahkan kepada orang atau yang hadir di sesuatu persidangan antarabangsa yang diadakan oleh organisasi antarabangsa tersebut, dan orang yang berkhidmat dalam jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam kerja atau melaksanakan misi bagi pihak organisasi antarabangsa tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, keistimewaan dan kekebalan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Khusus adalah masing-masing diperuntukkan dalam Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1946 (Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations 1946) dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus 1947 (Convention on the Privileges and Immunities of the Specialized Agencies 1947). Malaysia telah menyertai kedua-dua konvensyen tersebut masing-masing pada 28 Oktober 1957 dan 29 Mac 1962 tanpa sebarang syarat.

Sebagai negara anggota kepada kedua-dua konvensyen tersebut, Malaysia mempunyai kewajipan untuk memberikan keistimewaan dan kekebalan kepada PBB dan Agensi Khusus. Kedua-dua konvensyen tersebut pada permulaannya ia telah dikuatkuasakan di Malaysia melalui Diplomatic Privileges Ordinance 1948. Terdapat dua perintah yang dikeluarkan di bawah Diplomatic Privileges Ordinance 1948 yang memberikan keistimewaan dan kekebalan kepada PBB dan Agensi Khusus iaitu:

(i) the Diplomatic Privileges (United Nations and International Court of Justice Order 1949) yang memberikan keistimewaan dan kekebalan kepada PBB, wakil negara anggota PBB yang menghadiri persidangan, pegawai PBB, pegawai tinggi PBB dan pakar-pakar yang menjalankan misi bagi pihak PBB; dan

(ii) the Diplomatic Privileges Specialized Agencies Order 1949 yang memberikan keistimewaan dan kekebalan kepada Agensi Khusus, wakil negara anggota Agensi Khusus, pegawai Agensi Khusus, pegawai tinggi agensi khusus dan pakar-pakar yang menjalankan misi bagi pihak Agensi Khusus.

82 DN 11. 7.2011

Walau bagaimanapun, kedua-dua perintah tersebut adalah tidak selaras dengan peruntukan dalam kedua-dua Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan bagi PBB 1946 dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus 1947, kerana keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah kedua-dua perintah tersebut adalah kurang daripada apa yang patut diberikan kepada PBB dan Agensi Khusus di bawah kedua-dua konvensyen tersebut.

Seterusnya, Diplomatic Privileges Ordinance 1948 telah dimansuhkan oleh Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957, Ordinance 1953 of 1957. Kedua-dua perintah tersebut terus berkuatkuasa di bawah Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 tersebut tanpa dipinda atau dikemaskinikan.

Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, Diplomatic and Consular Privileges Ordinance 1957 tersebut telah dimansuhkan sebagaimana oleh Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992 (Akta 485) dan seterusnya dimansuhkan sepenuhnya oleh Diplomatic Privileges (Vienna Convention) Act 1966 (Akta 24/66) pada 3 September 1999. Sehingga 9 Julai 2009, keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada PBB dan Agensi Khusus adalah seperti mana yang diperuntukkan di bawah kedua-dua perintah yang pada mulanya dikeluarkan di bawah Diplomatic Privileges Ordinance 1948, yang sebenarnya adalah kurang daripada apa yang sepatutnya diberikan kepada PBB dan Agensi Khusus.

Tuan Yang di-Pertua, pada 9 Julai 2009, Menteri Luar Negeri telah mengisytiharkan PBB dan Agensi Khusus sebagai organisasi antarabangsa di bawah Akta 485. Pengisytiharan tersebut telah dibuat melalui dua peraturan iaitu Peraturan-peraturan Bangsa-Bangsa Bersatu (Keistimewaan dan Kekebalan) 2009 (248/2009) dan Peraturan-peraturan Agensi Khusus (Keistimewaan dan Kekebalan) 2009 (249/2009).

Pengisytiharan tersebut membolehkan PBB dan Agensi Khusus menikmati keistimewaan dan kekebalan yang diperuntukkan di bawah Akta 485. Walaupun keistimewaan dan kekebalan yang diperuntukkan di bawah Akta 485 adalah lebih daripada yang diperuntukkan di bawah kedua-dua perintah yang pada asalnya dibuat di bawah Diplomatic Privileges Ordinance 1948, tetapi ia masih tidak selaras dengan peruntukan di bawah Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan PBB dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus.

Keadaan ini merugikan Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana Malaysia terlepas dari beberapa peluang untuk menjadi tuan rumah kepada persidangan-persidangan antarabangsa dan ibu pejabat kepada organisasi antarabangsa terutamanya PBB dan Agensi Khusus. Ini adalah kerana syarat yang dikenakan oleh PBB dan Agensi Khusus ke atas Malaysia berhubung dengan tawaran menjadi tuan rumah atau ibu pejabat adalah supaya Konvensyen mengenai keistimewaan dan Kekebalan PBB 1946 dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus 1947 hendaklah terpakai sepenuhnya. Walau bagaimanapun, syarat yang dikenakan oleh PBB dan Agensi Khusus tidak dapat dipatuhi oleh Malaysia kerana kedua-dua konvensyen tersebut tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Malaysia mengamalkan sistem dualis di mana sesuatu konvensyen antarabangsa hanya boleh berkuat kuasa di negara ini selepas diberi pengesahan.

■1900

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa tidak mengizinkan.

Tuan A. Kohillan Pillay a/l G. Appu: Ini hendak habis ini sedikit lagi, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua: Banyak lagi?

Tuan A. Kohillan Pillay a/l G. Appu: Sedikit lagi, sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua: Lima minit boleh habis.

DN 11.7.2011 83

Tuan A. Kohillan Pillay a/l G. Appu: Ya, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan A. Kohillan Pillay a/l G. Appu: Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem dualis di mana sesuatu konvensyen antarabangsa hanya boleh berkuat kuasa di negara ini selepas diberi pengesahan melalui suatu Akta Parlimen, maka pindaan dicadangkan supaya dibuat kepada Akta 485 melalui rang undang-undang ini untuk memberi kuat kuasa undang-undang kepada kedua-dua konvensyen tersebut dan untuk membolehkan Menteri Luar Negeri memberi keistimewaan dan kekebalan seperti yang terkandung dalam kedua-dua konvensyen tersebut kepada PBB dan Agensi Khusus.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini juga mencadangkan untuk menambah satu lagi kategori organisasi yang boleh diisytiharkan sebagai organisasi antarabangsa oleh Menteri Luar Negeri bagi tujuan menikmati kekebalan dan keistimewaan di bawah Akta 485. Kategori baru yang dicadangkan ialah mana-mana organisasi yang mempunyai pejabat di Malaysia dan pada pandangan Menteri melaksanakan fungsi yang memanfaatkan Malaysia, dengan syarat organisasi tersebut bukan suatu organisasi yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia dan bukan suatu organisasi yang ditubuhkan untuk tujuan komersial.

Buat masa ini, mengikut seksyen 3(1) Akta 485, Menteri Luar Negeri boleh mengisytiharkan sesuatu organisasi itu sebagai organisasi antarabangsa dan seterusnya untuk menikmati keistimewaan dan kekebalan di bawah Akta 485 sekiranya organisasi itu dianggotai oleh Malaysia dan sekurang-kurangnya sebuah lagi negara atau dianggotai oleh orang yang mewakili Malaysia dan sekurang-kurangnya seorang lagi yang mewakili sebuah lagi negara yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, kriteria sedemikian telah menghalang Malaysia daripada memberi keistimewaan dan kekebalan kepada organisasi-organisasi antarabangsa yang memberi sumbangan yang memanfaatkan Malaysia melalui pelaksanaan fungsinya di Malaysia.

Sebagai satu contoh, International Committee of the Red Crescent (ICRC) telah memohon untuk mendapatkan status organisasi antarabangsa di bawah Akta 485, tetapi ICRC tidak dapat memenuhi peruntukan Akta 485 untuk diisytiharkan sebagai satu organisasi antarabangsa kerana ICRC bukanlah satu organisasi yang dianggotai oleh Malaysia dan sekurang-kurangnya sebuah lagi negara atau dianggotai oleh orang yang mewakili Malaysia, dan sekurang-kurangnya seorang lagi mewakili sebuah negara yang lain. Ini adalah kerana anggota ICRC adalah keseluruhannya warga Switzerland.

Tuan Yang di-Pertua, Akta 485 juga dicadangkan dipinda melalui rang undang-undang ini dengan memperuntukkan dengan jelas bahawa keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada seseorang pegawai tinggi dan pegawai sesebuah organisasi antarabangsa adalah tidak terpakai kepada pegawai tinggi dan pegawai yang berwarganegara Malaysia, kecuali di mana kekebalan dan keistimewaan itu adalah berhubung dengan tindakan yang dilaksanakan dalam kapasiti sebagai pegawai tinggi atau pegawai organisasi tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) (Pindaan) 2011 ini mengandungi sebelas fasal seperti yang berikut:

Fasal 1 rang undang-undang ini mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan.

Fasal 2 memperuntukkan berkenaan pemakaian Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1946 dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus 1947.

Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 2 Akta 485 dan memasukkan definisi agen diplomatik dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

84 DN 11. 7.2011

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan suatu kategori baru organisasi yang boleh diisytiharkan oleh Menteri sebagai suatu organisasi antarabangsa, iaitu sekiranya organisasi tersebut melaksanakan fungsi yang memanfaatkan Malaysia. Fasal ini juga memperuntukkan bahawa kategori organisasi baru ini tidak termasuk mana-mana organisasi yang diperbadankan atau ditubuhkan di Malaysia atau untuk tujuan komersial.

Fasal 5 memperuntukkan berkenaan hak keistimewaan dan kekebalan seseorang pegawai tinggi atau seorang pegawai suatu organisasi antarabangsa yang berwarganegara Malaysia.

Fasal 6 bertujuan memasukkan seksyen baru 6A dan 6B ke atas Akta 485. Seksyen 6A yang dicadangkan bertujuan untuk membenarkan Menteri memberikan keistimewaan dan kekebalan selaras dengan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1946. Manakala seksyen 6B pula dicadangkan bertujuan membenarkan Menteri memberikan keistimewaan dan kekebalan selaras dengan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus 1947.

Fasal 7 bertujuan memasukkan seksyen 8A ke dalam Akta 485 untuk memperuntukkan bahawa keistimewaan dan kekebalan yang diberikan kepada organisasi antarabangsa dan organisasi seberang laut harus digunakan dengan sewajarnya.

Seksyen baru ini memperuntukkan bahawa keistimewaan dan kekebalan tidak diberikan untuk kepentingan peribadi dan boleh dikecualikan sekiranya keistimewaan dan kekebalan itu menghalang proses keadilan dan boleh dikecualikan tanpa memprejudiskan kepentingan organisasi antarabangsa dan organisasi seberang laut tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, nampaknya masih panjang lagi huraiannya.

Tuan A. Kohillan Pillay a/l G. Appu: Habis tinggal satu muka surat lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Tolong ya, kita ada Usul Penangguhan.

Tuan A. Kohillan Pillay a/l G. Appu: Ya. Fasal 8 memperuntukkan pindaan berbangkit kepada seksyen 11 Akta 485 akibat kemasukan seksyen baru 6A dan 6B.

Fasal 9 bertujuan meminda Jadual Pertama, Akta 485 untuk memperluaskan kekebalan, ketidakbolehcabulan kepada dokumen.

Fasal 10 bertujuan meminda Bahagian I, Jadual Kedua, Ketiga, Kelima, Akta 485 dengan menggantikan perkataan “ketua utusan” dengan perkataan “agen diplomatik”.

Fasal 11 bertujuan memasukkan Jadual Ketujuh dan Kelapan ke dalam Akta 485 yang menyatakan peruntukan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Konvensyen mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Agensi Khusus yang mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, maka dengan adanya pindaan kepada Akta 485 ini Malaysia boleh memberi kuat kuasa undang-undang kepada kedua-dua konvensyen yang dinyatakan tadi serta memenuhi kewajipan Malaysia untuk memberi keistimewaan dan kekebalan sebagai mana yang terkandung dalam kedua-dua Konvensyen tersebut kepada PBB dan Agensi Khusus.

Ia juga akan membuka lebih banyak peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada persidangan-persidangan antarabangsa yang berprestij dan menjadi ibu pejabat kepada projek-projek tertentu, organisasi antarabangsa melalui pembukaan pejabat atau wakil pejabat antarabangsa di negara kita ini. Pindaan akta ini juga akan menaikkan nama Malaysia sebagai destinasi acara-acara antarabangsa yang unggul serta menyumbang kepada kegiatan ekonomi Malaysia. Perkembangan ini di dalam jangka panjang akan membawa kepada faedah pelbagai dalam bentuk kerjasama serantau dan antarabangsa. Perpindahan dan perkongsian teknologi maklumat serta suntikan bantuan atau modal dan yang paling utama koordinasi yang lebih kemas dan pantas bagi gerak kerja antara pelbagai agensi antarabangsa dan negara melalui kementerian-kementerian berkaitan pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

DN 11.7.2011 85

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Heng Seai Kie]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk dikemukakan usul penangguhan.

■1910

USUL

MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 15(3)

7.10 mlm.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Heng Seai Kie]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 15(3), Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Klinik 1Malaysia

7.11 mlm.

Puan Hajah Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dewasa ini isu rawatan perubatan dan kesihatan telah mendapat perhatian umum. Ini kerana peningkatan kos dan khidmat kesihatan yang semakin hari semakin ketara. Dalam bajet negara kita, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan hanyalah sekitar 7 peratus yang dikurangkan lagi berbanding tahun lepas di sebalik kenaikan kos. Oleh yang demikian, saya memohon jawapan konkrit daripada Kementerian Kesihatan.

Yang pertama mengenai jumlah ubat dan jenis ubat yang dibekalkan di Klinik 1Malaysia yang amat terhad. Mengikut Pekeliling terbaru, Klinik 1Malaysia tidak lagi dibekalkan dengan ubat antibiotik. Begitu juga dengan ubat biasa yang lain seperti ubat gatal. Yang pasti mereka mempunyai stok yang mencukupi untuk panadol. Ini amat mengecewakan kerana dengan peningkatan harga barangan asas di pasaran, menyebabkan rakyat memilih untuk mendapatkan rawatan murah dan segera di Klinik 1Malaysia. Adakah ini berbaloi untuk Klinik 1Malaysia?

Yang kedua, terdapat kempen untuk pesakit memulangkan ubat yang tidak digunakan untuk memastikan ubat ini tidak dibazirkan. Bagaimanakah kesan terhadap kempen ini dan jenis apakah ubat yang selalu dipulangkan dan tidak digunakan? Adakah ini hanya dibuat di semua farmasi di hospital dan pusat kesihatan seluruh negara atau ianya bermusim, jenis tertentu atau bertempat sahaja?

Yang ketiga, bagaimana dengan piawaian kualiti alat ganti dan ubat-ubatan yang diberikan oleh hospital kerajaan berbanding hospital swasta? Kita difahamkan terdapat perbezaan jenis kualiti ubat yang diberikan kepada kakitangan kesihatan dan private wing berbanding dengan yang diberikan kepada orang ramai.

86 DN 11. 7.2011

Keempat, difahamkan juga bahawa terdapat tabung bantuan kesihatan ini di semua hospital. Bagaimana pemantauan terhadap tabung ini dibuat khususnya dari segi jumlah kes yang dikendalikan, kos dan bajet yang telah dibelanjakan, di manakah aduan dapat dibuat dan pegawai yang mengendalikan? Bagaimana prosedur pembayaran balik kos pembelian alat ganti itu dibuat kerana keseluruhan resit ada dalam simpanan hospital dan piagam tempoh masa pembayaran balik boleh diterima. Setakat ini berapakah jumlah pembayaran balik dibuat daripada tahun 2000?

Kelima, bilakah harga ubat dan alat gantian perubatan akan dikawal kerana kosnya tinggi di farmasi dan tidak seragam.

Dengan penggubalan akta untuk makmal tempoh hari, bagaimana kerajaan dapat memantau kos dan khidmat yang ditawarkan oleh makmal kajian swasta persendirian ini? Berapakah jumlah makmal yang berjaya didaftarkan dan berapakah pendapatan mereka yang berjaya dikesan?

Keenam, bilakah dan bagaimanakah harga kos pil dan seksyen makanan kesihatan akan dipantau dan diseragamkan? Kita tidak mahu rakyat berbelanja lebih untuk produk yang sebenarnya lebih murah.

Ketujuh, apakah pelan strategik pemerkasaan sektor kesihatan keluarga dan gaya hidup sihat dalam membentuk budaya hidup sihat di kalangan rakyat kerana kita tidak mahu ketidakmampuan kerajaan menanggung kos perubatan ini akan menyebabkan kita beralih kepada insurans dan skim kesihatan yang menyebabkan semua rakyat akan menanggung kosnya. Sekian, terima kasih.

7.14 mlm.

Menteri Kesihatan [Dato' Seri Liow Tiong Lai]: Tuan Yang di-Pertua, Klinik 1Malaysia diwujudkan bagi tujuan memudahkan masyarakat mendapat akses perkhidmatan kesihatan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk dan kawasan operasi klinik yang sesak iaitu di kawasan-kawasan bandar. Ia diwujudkan di kawasan bandar dan berhampiran dengan kawasan yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah. Sehingga kini, terdapat 80 Klinik 1Malaysia di seluruh negara telah diwujudkan. Antara skop perkhidmatan di Klinik 1Malaysia adalah untuk memberi perkhidmatan rawatan dan prosedur ringan seperti berikut:

(i) demam, batuk, demam selesema, dan penyakit ringan yang lain, mencuci luka dan membuka jahitan;

(ii) memberi perkhidmatan ujian makmal ringkas (point of care test) seperti ujian gula dalam kapilari darah dan ujian air kencing dengan menggunakan kaedah urine dipstick;

(iii) memberi notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi;

(iv) menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi kes kecemasan; dan

(v) memberi khidmat nasihat dan promosi kesihatan kepada pesakit dan penduduk di kawasan setempat.

Jumlah dan jenis ubat yang dibekalkan untuk Klinik 1Malaysia telah disediakan dengan teliti berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:

(i) jenis penyakit ringan yang akan dirawat;

(ii) mematuhi Akta Racun 1952;

(iii) pengelasan ubat dalam formulari ubat KKM; dan

(iv) senarai ubat-ubatan yang disediakan juga adalah bersesuaian untuk tujuan tersebut.

DN 11.7.2011 87

Dalam Senarai Ubat Klinik 1Malaysia Pindaan 2 2010, terdapat 69 jenis ubat yang

disenaraikan bagi Klinik 1Malaysia dan ini termasuk ubat gatal. Ubat antibiotik belum lagi disenaraikan untuk penggunaan di Klinik 1Malaysia dan masih dalam proses kajian untuk diperkenalkan. Jenis ubat yang dibekalkan adalah berdasarkan perkhidmatan yang diberi iaitu rawatan dan prosedur ringan yang disediakan oleh penolong pegawai perubatan dan jururawat terlatih.

Jenis ubat-ubat yang disenaraikan bagi Klinik 1Malaysia adalah jenis yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Panel Kaji Semula Ubat-ubat Klinik 1Malaysia di bawah Jawatankuasa Formulari Ubat Kebangsaan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Bekalan ubat-ubat Klinik 1Malaysia biasanya dibekalkan oleh klinik kesihatan yang berdekatan dengan Klinik 1Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai ubat yang boleh diprescribe oleh penolong pegawai perubatan adalah terhad dibandingkan dengan senarai perubatan yang boleh di prescribe oleh pegawai perubatan.

Walau bagaimanapun, jika pesakit memerlukan ubat yang hanya boleh di prescribe oleh pegawai perubatan, adalah lebih wajar mereka membuat pemeriksaan susulan oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan yang berdekatan dengan Klinik 1Malaysia tersebut. Penolong pegawai perubatan akan merujuk kes-kes yang lebih serius kepada klinik-klinik kesihatan berdekatan atau hospital. Oleh itu, memang adalah berbaloi untuk kita mewujudkan Klinik Kesihatan 1Malaysia terutama sekali untuk memberi perkhidmatan dan akses kepada penduduk-penduduk bandar yang miskin di kawasan-kawasan berpendapatan rendah.

Tuan Yang di-Pertua, kempen pemulangan ubat oleh pesakit dilakukan secara sukarela dan ia dilaksanakan di semua fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang masa. Ia bukan bermusim, sepanjang masa. Kempen ini bertujuan untuk mengetahui status pematuhan pesakit terhadap pemakanan ubat-ubatan mereka dan juga untuk mengelakkan pesakit daripada terambil ubat-ubatan yang sudah luput tarikhnya yang mungkin akan menyebabkan kesan yang tidak diingini kepada pesakit. Pesakit yang mempunyai penyakit kronik yang dikenal pasti dan nasihat akan diberi oleh pegawai farmasi untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap mustahaknya memakan ubat mengikut ketetapan. Ubat-ubatan yang rosak akan dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan agar tidak mencemarkan alam.

Yang pentingnya kita adakan kempen pulangkan ubat ini ialah kita juga dapat pastikan bahawa pesakit kita sama ada memenuhi nasihat-nasihat yang diberikan oleh doktor dan kita juga hendak tahu kenapa ubat-ubat itu tidak diambil dan kita akan memberikan susulan dan nasihat yang seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua, kesemua ubat perlu diluluskan dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah KKM untuk memastikan ubat-ubatan yang berada di pasaran adalah berkualiti. Ini adalah berhubung dengan soalan nombor tiga yang dinyatakan tadi berkenaan dengan piawaian kualiti dan ubat-ubatan yang diberikan oleh hospital kerajaan. Saya ingin menekankan di sini bahawa KKM sentiasa memastikan ubat-ubatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, berkesan dan selamat untuk digunakan. Justeru itu, semua ubat yang telah didaftarkan oleh pusat farmasi adalah berkualiti sama ada yang digunakan di hospital kerajaan ataupun di hospital swasta. Hospital swasta adalah bebas untuk menggunakan ubat-ubatan yang telah didaftarkan oleh PBKD, manakala pemberian ubat-ubatan di semua fasiliti KKM pula adalah berdasarkan kepada senarai formulari ubat KKM.

■1920

Senarai ubat tersebut adalah komprehensif dan mencukupi untuk merawat semua jenis pesakit dan ia dikemas kini secara berkala bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan semasa. Oleh itu tiada perbezaan kualiti ubat yang diberikan oleh hospital kerajaan sama ada kepada kakitangan kesihatan, pesakit di private wing ataupun orang awam.

88 DN 11. 7.2011

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Tabung Bantuan Perubatan yang dibangkitkan, sukacita dimaklumkan tabung berkenaan adalah bertujuan untuk melaksanakan hasrat kerajaan bagi membantu warganegara Malaysia yang miskin atau kurang berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh hospital kerajaan. Peruntukan dana Tabung Bantuan Perubatan diterima daripada Perbendaharaan Malaysia secara berperingkat-peringkat dan tidak menggunakan peruntukan mengurus Kementerian Kesihatan.

Dari tahun 2005 hingga tahun 2011, Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM122 juta dan kelulusan yang diberi sehingga 30 Jun 2011 ialah RM117.4 juta.

Dalam aspek pembayaran pula, setiap pembayaran akan dibayar terus kepada pembekal, pusat rawatan di mana pesakit mendapatkan rawatan. Tuntutan pembayaran ini mesti melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan Unit Kebajikan Hospital Kerajaan di mana pesakit mendapatkan rawatan. Dari tahun 2005 hingga tahun 2011, sebanyak RM106.3 juta telah dibuat bayaran. Sebarang aduan mengenai Tabung Bantuan Perubatan hendaklah dikemukakan kepada pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan di setiap hospital kerajaan atau terus kepada urus setia Tabung Bantuan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bersedia untuk membantu menyelesaikan aduan yang dikemukakan dan apa-apa masalah berkaitan tabung tersebut dari mana-mana pihak.

Bantuan di bawah Tabung Bantuan Perubatan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah banyak membantu pesakit warganegara Malaysia yang miskin dan kurang berkemampuan mendapatkan bantuan perubatan yang diperlukan. Selaras dengan aspirasi kerajaan, ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ dan ke arah matlamat memakmurkan serta memelihara kualiti kehidupan rakyat, pemberian bantuan perubatan kepada warganegara Malaysia miskin dan kurang berkemampuan di bawah Tabung Bantuan Perubatan adalah amat bermanfaat kepada orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang harga ubat dan juga alat gantian perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya merancang melaksanakan kawalan harga ubat di pasaran yang seragam dan mampu diperoleh oleh rakyat dalam masa terdekat. Sehubungan dengan itu Kementerian Kesihatan kini dalam proses mengumpul maklumat melalui kajian-kajian harga di setiap peringkat pengedaran daripada pengilang, pengimport sehingga kepada pengguna dalam negara bagi menentukan mekanisme sesuai dalam menetapkan harga ubat dan mengambil kira kepentingan rakyat dan industri-industri yang terlibat.

Akta Makmal Patologi 2007 telah diluluskan dan ia adalah bagi mengawal selia dan pengawalan makmal patologi bagi perkara-perkara yang berkaitan. Kerajaan boleh memantau kos yang ditawarkan melalui peruntukan yang terdapat di bawah akta ini di mana Yang Berhormat Menteri sendiri boleh membuat peraturan-peraturan mengenai fi bagi makmal patologi swasta yang berlesen. Sehingga kini peraturan sedang dalam perangkaan dan kita akan membuat pendaftaran makmal-makmal patologi dengan secepat mungkin. Adalah dianggarkan lebih kurang 255 buah makmal ada di pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang isu harga sachet makanan kesihatan, pengawalan dan pemantauan termasuk sajian makanan kesihatan adalah di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Semua harga, kita kawal kualiti, kita kawal keselamatan makanan, kita kawal mutu makanan tapi dari segi harganya, ia adalah dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. KKM hanya mengawal dari segi keselamatan dan kualiti makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan di bawah Akta Makanan 1985.

Walau bagaimanapun, pihak kementerian tidak alpa dalam memantau serta memastikan perkembangan dan isu keselamatan makanan dalam negara dan tindakan pemantauan sentiasa dijalankan secara vigilant dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali berhubung dengan persoalan pelan strategik pemeriksaan sektor kesihatan keluarga dan gaya hidup sihat. Sukacita dimaklumkan

DN 11.7.2011 89

bahawa Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan kempen gaya hidup sihat dan juga kita telah mengadakan pelbagai strategi untuk memastikan penyakit tidak berjangkit dapat kita kawal dengan berkesan. Usaha agresif yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran amalan gaya hidup masyarakat dengan memperluaskan kempen cara hidup sihat, kempen ini akan disasarkan khusus kepada kanak-kanak sekolah, remaja, wanita dan warga emas, menggalakkan cara hidup sihat dan aktif, menyokong usaha menggalakkan aktiviti sukan dan rekreasi serta menaikkan taraf kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya.

Jika diimbas kembali, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjalankan hidup sihat dan aktif. Ingin saya tekankan di sini bahawa semenjak tahun 1991, kempen gaya hidup sihat telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat. Dalam masa kebelakangan ini, WHO juga telah menekankan tentang isu penyakit tidak berjangkit yang semakin meningkat di semua negara termasuk negara kita.

Oleh itu satu agenda telah pun diatur dalam Mesyuarat Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun ini, September di Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan telah pun menggariskan satu pelan induk, pelan strategi penyakit tidak berjangkit kebangsaan serta telah mewujudkan satu Jawatankuasa Kabinet untuk kita mengurangkan penyakit tidak berjangkit ini. Kita yakin melalui usaha kerajaan sebagai satu whole government approach bukan sahaja Kementerian Kesihatan tetapi seluruh kerajaan untuk mengambil usaha dan termasuk juga community approach dengan sokongan rakyat kita sama-sama dapat mengurangkan penyakit tidak berjangkit dalam negara kita.

Memang ini satu langkah preventive yang amat penting, langkah pencegahan perlu dilakukan sejak awal dari segi gaya hidup kita dan kita tidak boleh hanya tumpu dari segi langkah rawatan iaitu dari segi curative sahaja. Kita juga perlu tekankan dari segi langkah-langkah preventive atau pencegahan dan kita yakin dengan adanya langkah-langkah ini maka kita dapat mengurangkan beban kos penyakit dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

Perkhidmatan Kesihatan Untuk Kesejahteraan Rakyat

7.28 mlm.

Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan saya pada petang ini ialah berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan untuk kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa kepada pengetahuan Dewan yang mulia ini kekurangan yang ada dalam sistem keselamatan negara kita. Kita faham Yang Berhormat Menteri Kesihatan kelihatan amat sibuk kebelakangan ini melancarkan pelbagai kempen di pelbagai tempat. Di tengah-tengah kempen untuk mengatasi denggi dan mencegah remaja dari merokok, saya berharap Yang Berhormat tidak lupa tentang institusi yang paling penting dalam sistem kesihatan hospital.

Hospital seperti yang kita tahu adalah tempat utama pesakit berjumpa doktor pakar, mendapatkan rawatan pelbagai penyakit dan menerima ubat untuk penyakit mereka. Kita pergi ke hospital untuk pemeriksaan yang rutin. Kita juga pergi ke hospital semasa kecemasan kerana hospital inilah titik pusat di mana perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan. Ia mesti diurus dengan baik dan menerima sumber yang mencukupi untuk memastikan kualiti beroperasi yang lebih baik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes baru-baru ini yang telah mendedahkan kelemahan di hospital-hospital kerajaan kita. Kes-kes yang berlaku disebabkan kecuaian atau kelalaian adakah kerana terdapat kekurangan profesional kesihatan di negara kita.

Sama ada doktor, doktor pakar, jururawat, pembantu perubatan malahan ahli farmasi menghadapi tekanan kerja di hospital kerana jumlah pesakit yang terlalu ramai dan pengagihan kerja yang tidak bersesuaian dengan tugas sebenarnya mereka.

90 DN 11. 7.2011

■1930

Nisbah di antara bilangan pesakit kepada bilangan jururawat adalah membimbangkan. Begitu juga dengan nisbah di antara bilangan pesakit kepada bilangan doktor. Nisbah ini penting bukan semata-mata untuk meramaikan tenaga pekerja tetapi ia adalah penting kerana dapat memastikan doktor pakar dan pekerja lain akan meluangkan masa yang secukupnya untuk memahami dan menasihati pesakit dan juga supaya mereka dapat memberikan tumpuan yang lebih baik kepada tugas mereka.

Di hospital kerajaan yang sangat sibuk seperti Hospital Klang dan Hospital Kuala Lumpur, tempoh masa menunggu untuk berjumpa doktor dan mendapat rawatan atau perubatan akan mengambil masa yang begitu lama. Proses ini adalah sangat membebankan dan meletihkan bagi pesakit tenat, lemah ataupun golongan orang tua.

Kekurangan profesional kesihatan juga telah membawa kepada masalah dengan pelatih dan pelajar melengkapkan housemanship mereka. Jika pelatih tidak dapat merawat pesakit dengan betul dan keadaan pesakit menjadi lebih teruk, beliau tidak boleh dipersalahkan. Beliau telah pun menjalani latihan seperti yang ditetapkan oleh institut pendidikan. Masalah yang wujud adalah kerana terdapat jurang di antara teori yang telah dipelajari dengan aplikasi yang sesuai berdasarkan keadaan yang sebenar. Pelatih tidak dapat belajar dengan baik sebagaimana untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka kerana hospital tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk mendidik mereka dan berkongsi pengalaman. Kekurangan kakitangan juga memaksa pelatih untuk merawat pesakit tanpa pengawasan dan tanpa panduan yang betul.

Kerajaan mestilah memperkenalkan dasar-dasar untuk mengembangkan dan meningkatkan bakat dan kepakaran profesional kesihatan. Kerajaan mesti mencari jalan untuk memastikan bahawa doktor yang berbakat kekal di Malaysia, bukannya ke luar negara. Kerajaan perlu menyediakan peruntukan yang mencukupi supaya hospital dapat merekrut kakitangan yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, di samping mengurus lebih baik profesional dan staf bidang kesihatan, pihak-pihak berkuasa perlu juga menguruskan dengan lebih baik standard operasi hospital. Ada hospital yang menggunakan sistem IT yang terbaru demi meningkatkan kualiti servis mereka. Akan tetapi banyak lagi hospital yang masih beroperasi secara manual. Hospital yang beroperasi secara manual mungkin disebabkan oleh peruntukan yang tidak mencukupi. Mungkin juga kerana pihak pengurusan hospital tidak mahu bekerjasama. Walau apapun alasannya, kerajaan haruslah mencari jalan penyelesaian bagi memastikan semua hospital beroperasi menggunakan teknologi dan peralatan yang berpatutan untuk memastikan kualiti servis adalah yang terbaik.

Selain sistem operasi manual, kekangan peruntukan juga menyebabkan sesetengah hospital tidak mempunyai ubat-ubatan yang mencukupi. Di Malaysia, bekalan ubatan dikawal ketat oleh kerajaan. Kebanyakan ubat hanya boleh didapati di hospital, tidak di klinik dan tidak di farmasi lain. Oleh sebab itu, amat penting untuk hospital untuk mempunyai stok yang secukupnya untuk setiap jenis ubat yang diperlukan. Jikalau tidak, hospital terpaksa memberi pesakit ubat yang lain kerana stok ubat yang sesuai sudah kehabisan.

Di samping kita memberi tumpuan hospital-hospital di bandar utama, kerajaan harus juga memberi tumpuan kepada hospital-hospital yang berada di luar bandar. Hospital-hospital daerah atau hospital di kawasan luar bandar juga sering kali mengalami kekurangan peruntukan. Sekiranya hospital daerah diberi peruntukan yang lebih, hospital-hospital ini tentulah dapat menyediakan servis rawatan dan perubatan yang lebih baik. Selain itu, hospital daerah juga harus dipertimbangkan apabila kerajaan membuat sebarang keputusan mengenai doktor pakar, staf profesional, kakitangan dan pekerja yang akan direkrut dan ditugaskan di hospital-hospital kerajaan.

Kerajaan haruslah lebih prihatin apabila menangani isu-isu berkaitan dengan kesihatan rakyat sama ada hospital, klinik ataupun pusat rawatan. Semua institusi ini boleh diperbaiki untuk memastikan secara menyeluruh sistem kesihatan negara dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik, berkualiti kepada rakyat seluruhnya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

DN 11.7.2011 91

7.35 mlm.

Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Liow Tiong Lai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan memang prihatin dan sentiasa berusaha serta mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan perkhidmatan kita di hospital-hospital dan juga semua klinik-klinik kerajaan dari semasa ke semasa.

Isu yang dibangkitkan berhubung dengan kecuaian dan juga keselamatan pesakit kita amat diambil berat. Kita telah pun mewujudkan Patient Safety Committee di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memantau dari segi semua kecuaian-kecuaian yang berlaku dalam hospital. Kita mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pegawai perubatan yang leka dalam menjalankan tugas mereka untuk menyelamatkan pesakit-pesakit kita. Selain itu, kita juga telah mengarahkan bahawa audit bagi semua hospital perlu dilaksanakan untuk kita memantau semua operasi, semua operating theater, kes-kes yang kita membuat rawatan, kita hendak tahu tahap dan juga kejayaan tiap-tiap kes yang dilakukan. Dengan adanya statistik audit ini, maka kita dapat memantau kejayaan tiap-tiap hospital dalam kerajaan kita.

Berhubung dengan perkhidmatan dari segi sumber manusia. Banyak langkah telah pun diambil untuk menguatkan lagi sumber manusia dalam Kementerian Kesihatan kita. Antara langkah yang telah diambil seperti pengambilan pegawai perubatan dan pakar warga negara asing secara kontrak untuk short-term measure, untuk secara singkat menyelesaikan masalah kita yang menghadapi kekurangan doktor pakar yang ketara. Di hospital kita, di seluruh Malaysia hanya lebih kurang 2,500 doktor pakar. Memang kita tidak cukup. Semua hospital daerah tidak ada doktor pakar. Apabila hospital daerah tidak ada doktor pakar, maka pesakit kita yang pergi ke hospital daerah dia hendak pergi rujuk kepada hospital negeri. Maka hospital negeri sesak, apabila hospital negeri sesak, hospital daerah occupation rate rendah, 30 peratus, 40 peratus. Ini menyebabkan hospital-hospital yang kita wujudkan di daerah tidak memainkan peranan atau memberi sumbangan yang lebih bererti. Oleh itu, doktor pakar di daerah adalah penting.

Kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan telah pun mencapai kata sepakat dengan Kementerian Pengajian Tinggi, bagaimana kita berkongsi sumber manusia iaitu banyak universiti-universiti yang mempunyai fakulti perubatan, kita meminta mereka – anak angkat hospital-hospital kita di hospital daerah, agar doktor-doktor, pensyarah-pensyarah boleh pergi ke hospital daerah memberi perkhidmatan dan juga mengajar untuk pelajar-pelajar mereka di hospital daerah. Ini adalah antara langkah-langkah yang kita ambil untuk memastikan bahawa peringkat hospital daerah juga mendapat doktor pakar yang secukupnya. Walaupun dalam masa short-term kita mengambil pegawai perubatan daripada warganegara luar tetapi dari jangka panjang kita sekarang juga meningkatkan bilangan biasiswa. Kalau dahulu, tahun 2007, tahun 2008 kita hanya memberi biasiswa lebih kurang 400 orang untuk belajar Master dan PhD. dari segi mendapatkan kepakarannya. Akan tetapi from 2011, kita tingkatkan kepada 800 orang dan next year it may even increase to 1,000 orang untuk mendapatkan kepakaran-kepakaran agar mereka dilatih untuk balik ke negara kita untuk memberi perkhidmatan pakar dari segi meningkatkan bilangan-bilangan pakar dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

Pengambilan doktor pakar swasta berkhidmat dengan – itu satu langkah yang lain, yang mana doktor pakar swasta – kita juga galakan mereka balik ke hospital kerajaan as a seasonal. They come in macam lokum. Kalau kita doktor kerajaan boleh buat lokum di hospital swasta, kita juga galakkan doktor pakar swasta buat lokum dengan kerajaan dengan memberi RM80 bagi doktor biasa dan RM120 bagi pakar-pakar untuk menjalankan pembedahan sejam, ini adalah untuk memastikan bahawa kita mencukupi doktor-doktor pakar dalam hospital kerajaan.

Kita menggalakkan pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara sekarang pulang ke tanah air untuk berkhidmat. Ini juga sedang giat dilakukan.

■1940

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu sejajar dengan pertambahan institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan pengajian dalam bidang perubatan

92 DN 11. 7.2011

dianggarkan jumlah graduan akan terus bertambah. Pada tahun 2001, graduan perubatan yang menjalankan latihan siswazah secara purata adalah sejumlah 1,020 orang, manakala pada tahun 2008 jumlah tersebut telah meningkat kepada 2,347 orang. From year 2001, about 1,000 increased to year 2003 pada tahun 2008 dan seterusnya 3,277 orang dilantik pada tahun 2010. Bilangan ini akan terus meningkat.

Ini jelas dibuktikan dengan peningkatan nisbah doktor kepada penduduk di dalam tahun 2007. Nisbah tersebut adalah satu doktor berkhidmat kepada 1,145 rakyat, population. One doctor serving 1,145 population manakala pada tahun 2009, nisbah doktor kepada populasi telah turun kepada satu doktor berkhidmat kepada 927 orang dan diharapkan nisbah doktor kepada penduduk, kita akan turunkan kepada satu doktor berkhidmat kepada 400 populasi pada tahun 2020. Kita akan mencapai before the year 2015. That is the WHO recommendation one doctor serving 700 population dan memang kita akan capai.

Oleh itu jika ditinjau dari aspek kedatangan pesakit pula kepada hospital kerajaan, jumlah kedatangan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, hospital kerajaan bukan KKM, hospital swasta dan klinik kesihatan kerajaan, pada tahun 2010 kesemuanya berjumlah lebih kurang 53 juta visits, kemasukan. Daripada jumlah ini, sejumlah 3.1 juta merupakan bilangan kemasukan pesakit dalam manakala 49.9 juta adalah bilangan kedatangan pesakit luar. Jumlah ini tidak termasuk pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik swasta. Kita ada statistik bagi semua klinik dan hospital. Hospital kerajaan, hospital swasta dan ini menunjukkan bilangan pesakit yang datang ke hospital memang kian meningkat.

Berkaitan dengan isu kekurangan profesional kesihatan. Ingin diperjelaskan bahawa kekurangan pakar perubatan untuk melatih pegawai perubatan siswazah iaitu houseman adalah disebabkan peningkatan mendadak pegawai perubatan siswazah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini seperti yang saya jelaskan tadi. Tambahan pula situasi ini dibebankan dengan kita introduce two years houseman training pada tahun 2008, di mana bermula pada tahun 2010 dia ada dua kumpulan. Kalau satu tahun lebih kurang 3,277 orang. Kalau dua tahun, lebih kurang 6,000 orang lebih dalam hospital kita. Memang bilangan houseman telah meningkat dan untuk mengatasi masalah ini kita telah pun memastikannya. Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa nisbah kita adalah mematuhi standard yang ditetapkan oleh mana-mana negara iaitu satu pakar kepada lima houseman. Memang walaupun bilangan houseman kita meningkat, tetapi bilangan pakar kita juga meningkat.

Kita memang dalam within the numbers yang kita tetapkan. Kita yakin sekarang kita juga meminta pakar-pakar untuk mengadakan round ward lebih kerap untuk membolehkan houseman mendapatkan practical training mereka dengan lebih kerap, dan dengan dua tahun yang kita laksanakan ini mereka mempunyai pendedahan yang cukup dan kita yakin kita tidak akan kompromi dari segi kualiti latihan houseman yang dijalankan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan kepada pegawai perubatan siswazah, lebih banyak hospital akan diakreditasikan sebagai hospital latihan. Pada tahun 2009, terdapat 38 buah hospital yang menjalankan latihan untuk pegawai perubatan siswazah manakala pada tahun 2010, jumlah tersebut telah meningkat kepada 41 dan akan terus ditingkatkan bagi menampung keperluan latihan kepada pegawai-pegawai perubatan siswazah. Dari semasa ke semasa kita meningkatkan our major specialist hospital di hospital kerajaan untuk kita tambahkan.

Bagi memastikan bagaimana untuk mengekalkan doktor dalam kerajaan, memang tiap-tiap tahun we are loosing about 300 to 400 doctors leaving government service to swasta. Akan tetapi bagi mengekalkan dan memastikan pegawai perubatan dan pakar perubatan untuk terus berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan, beberapa insentif telah diperkenalkan iaitu:

DN 11.7.2011 93

(i) kita adakan kenaikan kadar bayaran insentif kepada

perkhidmatan kritikal daripada RM500 kepada RM750 mulai tahun 2008; dan

(ii) kenaikan kadar bayaran insentif pakar pada tahun 2008 dan bayaran insentif pegawai kesihatan awam serta bayaran insentif pengarah hospital pada tahun 2009.

Elaun-elaun lain ialah:

(i) bayaran insentif klinik selepas waktu pejabat. Kita juga sekarang tambah selepas waktu pejabat pada kadar RM80 sejam kepada pegawai perubatan mulai tahun 2008; dan

(ii) bayaran insentif khas pada kadar RM200 sejam kepada pakar dan juga RM80 sejam kepada pegawai perubatan mulai tahun 2008.

Apa yang paling penting ialah kerajaan telah mengambil satu langkah iaitu time based promotion. Kalau boleh kita hendak bagi doktor-doktor pakar sembilan tahun berkhidmat dalam kerajaan terus naik UD54. Kenaikan pangkat berdasarkan pelan laluan kerjaya secara time base yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 Mac 2010. Ini memberikan satu impak yang besar kepada doktor-doktor yang berkhidmat dalam kerajaan. Lantikan ke dalam perkhidmatan pegawai perubatan tetap secara dengan izin, multiple entry terutamanya kepada pakar perubatan.

Kalau dahulunya kita lantik kontrak yang mulai daripada U43, tidak boleh. Kita katakan sekarang mana-mana doktor pakar yang berpengalaman dia boleh masuk JUSA ‘C’ boleh, JUSA ‘A’ pun boleh, asalkan dia ada pengalaman kita is multiple entry. Oleh itu dia boleh fleksibel dari segi pengalaman doktor-doktor pakar daripada swasta.

Kursus Induksi dan Biro Tatanegara bermula pada tarikh pegawai perubatan siswazah dilantik ke dalam perkhidmatan. Tempoh Kursus Induksi juga dikurangkan kepada lima hari sahaja. Kalau dahulu dia ambil dua minggu. Kita juga kurangkan hari Kursus Induksinya. Kita juga benarkan program full paying patient yang berjaya dilaksanakan di Hospital Putrajaya dan di Hospital Selayang untuk mengekalkan pakar perubatan di dalam perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebenaran untuk pegawai perubatan dan pakar perubatan untuk menjalankan lokum.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang isu masa menunggu, waiting time. Ahli Yang Berhormat juga amat prihatin dan bertanya berhubung dengan isu ini. Untuk mendapatkan rawatan, Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital, kita mengklasifikasikan rawatan pesakit kepada tiga kategori di Unit Kecemasan. You will ‘categories’ there in zon merah, zon kuning dan zon hijau. Zon merah adalah kritikal, immediate respons from the team in the hospital. Tidak boleh tunggu. Kalau dia datang semasa kecemasan, zero waiting time. Kita praktikkan ini di semua hospital. Bagi zon kuning, 15 minit paling lama dia tunggu. Bagi zon hijau, kerana itu terpulang dan sepatutnya hospital kita tidak benarkan pesakit luar. Sepatutnya hospital hanya handle emergency. Akan tetapi ada juga yang datang dan kita terpaksa masuk zon hijau, dia tunggulah. Itu adalah terpaksa. Kalau waiting time itu lama, dia memang zon hijau. Bukan zon kuning, bukan zon merah.

Saya hendak memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Statistik pemantauan e-masa dari bulan Januari hingga Jun 2011 bagi pegawai-pegawai di jabatan kecemasan yang melakukan waktu bekerja luar waktu pejabat mendapati bahawa waktu menunggu pesakit di zon tidak kritikal iaitu green zone yang berada di bawah 30 minit adalah daripada 80 peratus hingga 90 peratus. Walau bagaimanapun kita masih juga try to stick to the 30 minutes waiting time. Bukan semua hospital tetapi ada hospital yang sesaklah dan tidak dapat kita penuhi.

■1950

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan automasi hospital dari segi penggunaan ICT, saya mengalu-alukan bahawa memang ini adalah satu cadangan yang perlu kita laksanakan untuk memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan kita di hospital-

94 DN 11. 7.2011

hospital. Sekarang semua hospital menggunakan ICT dan sehingga kini hanya terdapat 15 hospital kerajaan, hospital Kementerian Kesihatan yang beroperasi menggunakan teknologi ICT iaitu full Total Hospital Information System (THIS). Hospital-hospital lain masih beroperasi secara manual yang kebanyakannya adalah disebabkan oleh kekangan peruntukan.

Namun begitu, kementerian sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan penggunaan ICT di hospital-hospital melalui inisiatif membangunkan homegrown Hospital Information System untuk diperluaskan ke semua hospital secara berperingkat. Memang tahun ini kita juga telah berbincang dengan MAMPU dan EPU untuk kita memperluaskan lagi sistem HIS kita dalam hospital-hospital kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu stok ubat. Menyentuh isu stok dan bekalan ubat, Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan peruntukan ubat diberi keutamaan untuk penyampaian penjagaan kesihatan rakyat. Kementerian Kesihatan juga sentiasa memantau rapi kedudukan kewangan setiap negeri supaya agihan peruntukan selaras dengan keperluan terkini. Tidak ada hospital yang akan kekurangan ubat. Kita pastikan bahawa semua hospital dan klinik mereka mempunyai bekalan yang mencukupi. Ini saya hendak beri jaminan kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Kesihatan mengambil berat tentang para stok semua ubat sentiasa mencukupi.

Pelaksanaan garis panduan seperti yang telah dinyatakan dalam tatacara pengurusan stor sentiasa diamalkan. Sekiranya terjadi gangguan bekalan ubat atau peningkatan keperluan yang berubah, beberapa langkah diambil untuk mengatasi masalah kekurangan ubat seperti mendapatkan bekalan ubat yang diperlukan dari sumber lain seperti pembekal alternatif atau mendapatkan bekalan dari facilities kesihatan yang masih ada stok.

Kedua, menggantikan rawatan yang sedia ada dengan ubat yang mempunyai kesan yang sama, dan semakan peruntukan dibuat secara berkala dan sekiranya ada keperluan agihan semula, peruntukan akan dibuat bagi menampung keperluan tersebut dan pendekatan yang diambil adalah dengan mengutamakan penyampaian perkhidmatan rawatan kepada pesakit.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, adalah amat jelas kerajaan sentiasa prihatin dan peka terhadap kebajikan dan kesihatan rakyat. Terdapat banyak lagi langkah-langkah yang sedang kita ambil. Saya tidak dapat sebut semuanya, hanya summarize in short apa langkah yang telah kita ambil dan kita yakin cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat kita akan ambil berat dan cuba sedaya upaya untuk memperkemaskan lagi perkhidmatan kesihatan dalam negara kita.

Kita akan melipat gandakan lagi usaha-usaha memperbaiki serta meningkatkan di tahap penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara ini demi kesejahteraan rakyat. Kita juga lihat bagaimana kita hendak mengintegrasikan klinik-klinik swasta dengan klinik-klinik kerajaan menggunakan sumber-sumber swasta yang sedia ada untuk kita memberi perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja jawapan saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Penangguhan sebagaimana yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 12 Julai 2011. Terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.54 malam.