5
م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا م الس ب ى عل و ن لي س ر م لء وا ا ي ب" ن% الأ رف"* ش% ىا عل لأم س و. لأة ص و ن مي ل عا ل ا له رب مد ل ح ل ا م سل هو ب ح ص له و% ا. ِ هِ بْ حَ صَ وِ هِ ال ى لَ عَ اوَ هِ % اَ يِ " ضَ وِ ارَ صْ ب% الأِ رْ وُ " نَ اوَ هِ % اَ " فِ * شَ وِ انَ دْ بَ % الأِ N ةَ بِ " ف اَ عَ اوَ هِ % اَ وَ دَ وِ بْ وُ لُ . فْ ل اِ ّ بِ طٍ مد ح م اَ " بِ دِ ّ يَ س ى لَ عِ ّ لَ ص م هل ل ا مِ ّ لَ سَ وْ كِ ارَ بَ و. Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami menghulurkan kedua tangan yang hina ini memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayatMu.Kami terasa terlalu lemah tanpa pertolonganMu Ya Allah . Ya Allah Ya Tuhan kami, Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam…. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani Tuhan pemerintah hari pembalasan Hanya engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus jalan orang-orang yg Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, Bukannya jalan orang yang engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat Semoga kami mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat Ampunkan dosa-dosa kami Kami terlalu lemah dengan godaan syaitan Kami masih melakukan maksiat walaupun kami tahu ianya engkau murkai Kami masih lalai dalam ibadat walaupun kami tahu ianya Engkau tuntuti

doa majlis restu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

doa majlis restu

Citation preview

Page 1: doa majlis restu

الرحيم الرحمن الله بسم

 

وعلى والمرسلين األنبياء أشرف على وسالم وصالة العالمين رب لله الحمد

وسلم وصحبه .أله

"ه" ب و$ص$ح# "ه" ال و$ع$لي "َه$ا $اِئ و$ِض"ي #َص$ار" األب +ْو#ر" و$ن "َه$ا َف$اِئ و$ش" #د$اِن" ب$ األ $ِة" و$ع$اِف"ي "َه$ا و$َد$و$اِئ +ْو#ب" #ُق+ل ال ِط"ِّب2 محمد5 $ا 2د"ن ي س$ ع$لي ص$ِّل2 اللَهم

ل2م و$س$ $ار"ْك# .و$ب

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami menghulurkan kedua tangan yang hina ini memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayatMu.Kami

terasa terlalu lemah tanpa pertolonganMu Ya Allah .

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam….

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani Tuhan pemerintah hari pembalasan

Hanya engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus jalan orang-orang yg Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, Bukannya

jalan orang yang engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat

Semoga kami mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat

Ampunkan dosa-dosa kami

Kami terlalu lemah dengan godaan syaitan

Kami masih melakukan maksiat walaupun kami tahu ianya engkau murkai

Kami masih lalai dalam ibadat walaupun kami tahu ianya Engkau tuntuti

Ya Allah ,teguhkanlah iman kami,kuatkanlah hati kami

Kurniakanlah kepada kami hidayahMu,taufiqMu dan lindunganMu

Jauhilah kami dari segala laranganMu

Dekatkanlah kami dengan segala suruhanMu

Page 2: doa majlis restu

Tanamlah rasa benci di hati kami kepada maksiat

Tanamlah rasa cinta di hati kami kepada ibadat

Agar ilmu yang kami pelajari selama ini mendapat berkat

Jadikanlah kami hambaMu yang beriman kepadaMu dan berbakti kepada kedua ibu bapa kami, Ya

Allah ,ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami

Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami kecil

Bukankanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu

Kami terlalu banyak terhutang budi kepada merekaYa Allah swt.

Ketika kami baru mengenali dunia itu apa

Kami didukung dengan penuh harapan

Kami diberi nama dengan penuh kecintaan

Tapi,terlalu banyak budi mereka yang kami balas dengan kata-kata menentang

Sedangkan kami tahu Ya Allah ,

Engkau melarang menyebut walaupun perkataan “uuhh” kepada mereka

Sembilan bulan mereka kandungkan kami

Sembilan tahun mereka menyayangi kami

Sembilan kurun mereka tetap bersama kami

Tetapi Ya Allah,sembilan saat jua kami lukai hati mereka

Didikan dan asuhan mereka kami ambil ringan

Tunjuk ajar mereka kami balas dengan tengkingan

Wahai perempuan yang kolot!

Apa yang kau tahu!

Kau hanya ibu yang tua!

Page 3: doa majlis restu

Tiada mehgerti aku orang muda

Kami lupa Ya Allah ,berkat usaha,asuhan dan didikan merekalah kami berada di sini sekarang

Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan kami

Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan kami

Tidur malam mereka kami kami ganggui

Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan kami

Tidak pernah mereka mengadu letih

Tidak pernah mereka mengadu sakit

Lauk yang di mulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepada kami

Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikan kami

Namun selama ini kami lupa semua itu Ya Allah

Kerana meraka tidak pernah merungut kepada kami ya Allah

Kerana mereka tidak pernah mengadu kepada kami ya Allah

Di hari ini kami terkenang semua itu ya Allah

Di hari ini kami mengadu kepadaMu ya Allah

Di hari ini kami memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah

Rahmatilah mereka,ampunilah dosa-dosa mereka

Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa di dalam kubur ya Allah

Kami memohon agar Engkau ampunilah mereka ya Allah

Kami memohon agar jangan Engkau siksa ibu bapa kami ya Allah

Kami tahu ya Allah swt.,mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih

itu

Ya Allah ya Tuhan kami

Page 4: doa majlis restu

Perkenankanlah doa kami ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh yang Engkau janjkan akan diperkenankan

Ya Allah Ya Tuhan kami

Hanya padaMu sajalah tempat kami mengadu

Engkau perkenankanlah doa kami ini ya Allah swt.

Jadikanlah kami orang yang berjaya di dunia dan di akhirat

Dengan kejayaan cemerlang

Untuk kami buktikan kepada ibu bapa kami dan guru-guru kami

Hanya dengan kejayaan sajalah yang kami mampu untuk menghiburkan mereka

Dan membalas jasa baik mereka selama ini.