2
DOA SEBELUM MEMULAKAN TUGAS Tafsirnya : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul, Saiyidina Maulana Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam). Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuata amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (Surah Al-Insyiraah : 1 - 8)

Doa Memulakan Tugas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

doa

Citation preview

Page 1: Doa Memulakan Tugas

DOA SEBELUM MEMULAKAN TUGAS

Tafsirnya :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas

semulia-mulia Nabi dan Rasul, Saiyidina Maulana Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para

sahabat Baginda sekalian.

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya

dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu

(menyiarkan Islam). Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan

dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan

mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah

kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi

ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila

engkau telah selesai (daripada sesuata amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau

berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau

memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

(Surah Al-Insyiraah : 1 - 8)

Page 2: Doa Memulakan Tugas

Maksudnya :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul, Saiyidina Maulana Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kepada-Mu pembukaan yang baik dan penutup yang baik, dan keseluruhan yang baik di awalnya dan diakhirnya, zahirnya dan batinnya serta darjat yang tinggi di syurga. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada pada hari ini, dan kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan yang ada pada hari ini. Ya Allah! Sucikanlah hati kami daripada sifat nifaq (munafiq), pekerjaan kami daripada berlaku khianat. Maka sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata-mata yang berlaku khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada-dada.

Dan semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas Saiyidina Muhammad, ahli keluarga Baginda dan para sahabat Baginda. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam.