4
Tujuan asal pembinaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini adalah memastikan ia berfungsi dalam memberikan pengalaman pembelajaran murid berkeperluan khas dalam memenuhi keperluan individunya. Maka, secara tidak langsung ia merupakan satu instrumen dalam menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid berkeperluan khas itu sendiri serta pegawai pendidikan daerah atau individu dari agensi atau khidmat sokongan lain yang berkaitan ( Jabatan Pendidikan Khas, 2000) Dalam satu kajian yang dijalankan di Malaysia untuk mengetahui tentang peranan ibu bapa dalam proses penyediaan RPI , pengkaji tersebut menegaskan bahawa ibu bapa perlu berbincang dengan guru tentang kepentingan anak-anak mereka semasa mesyuarat RPI atau jika dan apabila mereka dianggap diperlukan. Ibu bapa tidak boleh menetapkan harapan mereka terlalu tinggi dan menetapkan pencapaian akademik adalah kayu pengukur dalam pembangunan pendidikan anak-anak . Malahan, keperluan ibu bapa perlu dalam mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan pendidikan anak berkeperluan khas mereka ( Noraini, 2004). Melalui pembacaan kajian-kajian berkaitan isu ini, terdapat limitasi dalam metodologi dan reka bentuk kajian dimana banyak isu-isu dikupaskan adalah berkisar kesan penglibatan ibu bapa dalam berkolaborasi dalam proses penyediaan RPI yang tidak sejajar dengan definisi kolaborasi ibu bapa itu sendiri ( Baker & Soden, 1998). Anak berkeperluan khas memerlukan program pembelajaran mengikut keperluan secara individu. Dalam program pembelajaran tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat mengikut keperluan ( Kauffman & Hallahan, 2005). Mengikut perundangan antarabangsa berkaitan RPI INI, ia bermula di Amerika Syarikat di mana akta PL 94-142 digubal berdasarkan keperluan anak berkeperluan khas dan telah menjadi panduan di beberapa buah Negara termasuk di Malaysia. Proses penyediaan RPI memerlukan sumbangan kolaborasi bersama di atara sekolah, ibu bapa, guru pendidikan khas dan kumpulan pelbagai disiplin bagi memastikan keberkesanan PRI. Kolaborasi ini memberikan kebaikan terutamanya kepada murid berkeperluan khas itu sendiri, guru-guru, ibu bapa, agensi yang berkaitan dan semua yang terlibat dalam RPI. KPM telah menetapkan panduan penyediaan RPI murid-murid

Document 1

  • Upload
    aja

  • View
    217

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

f

Citation preview

Page 1: Document 1

Tujuan asal pembinaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini adalah memastikan ia berfungsi dalam memberikan pengalaman pembelajaran murid berkeperluan khas dalam memenuhi keperluan individunya. Maka, secara tidak langsung ia merupakan satu instrumen dalam menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid berkeperluan khas itu sendiri serta pegawai pendidikan daerah atau individu dari agensi atau khidmat sokongan lain yang berkaitan ( Jabatan Pendidikan Khas, 2000)

Dalam satu kajian yang dijalankan di Malaysia untuk mengetahui tentang peranan ibu bapa dalam proses penyediaan RPI , pengkaji tersebut menegaskan bahawa ibu bapa perlu berbincang dengan guru tentang kepentingan anak-anak mereka semasa mesyuarat RPI atau jika dan apabila mereka dianggap diperlukan. Ibu bapa tidak boleh menetapkan harapan mereka terlalu tinggi dan menetapkan pencapaian akademik adalah kayu pengukur dalam pembangunan pendidikan anak-anak . Malahan, keperluan ibu bapa perlu dalam mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan untuk melakukan perubahan dan penambahbaikan pendidikan anak berkeperluan khas mereka ( Noraini, 2004).

Melalui pembacaan kajian-kajian berkaitan isu ini, terdapat limitasi dalam metodologi dan reka bentuk kajian dimana banyak isu-isu dikupaskan adalah berkisar kesan penglibatan ibu bapa dalam berkolaborasi dalam proses penyediaan RPI yang tidak sejajar dengan definisi kolaborasi ibu bapa itu sendiri ( Baker & Soden, 1998).

Anak berkeperluan khas memerlukan program pembelajaran mengikut keperluan secara individu. Dalam program pembelajaran tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat mengikut keperluan ( Kauffman & Hallahan, 2005). Mengikut perundangan antarabangsa berkaitan RPI INI, ia bermula di Amerika Syarikat di mana akta PL 94-142 digubal berdasarkan keperluan anak berkeperluan khas dan telah menjadi panduan di beberapa buah Negara termasuk di Malaysia.

Proses penyediaan RPI memerlukan sumbangan kolaborasi bersama di atara sekolah, ibu bapa, guru pendidikan khas dan kumpulan pelbagai disiplin bagi memastikan keberkesanan PRI. Kolaborasi ini memberikan kebaikan terutamanya kepada murid berkeperluan khas itu sendiri, guru-guru, ibu bapa, agensi yang berkaitan dan semua yang terlibat dalam RPI. KPM telah menetapkan panduan penyediaan RPI murid-murid berkeperluan khas seperti yang diperjelaskan dalam rajah 1.1 di bawah.

Rancangan Pendidikan Individu ( RPI) melalui aliran 6 peringkat penyediaan RPI iaitu prarujukan, rujukan dan perancangan awal, penilaian pelbagai disiplin, mesyuarat RPI, pelaksanaan Rancangan Pengajaran dan pemantauan perkembangan pelajaran ( Lernet, 2000).Oleh itu, RPI dijadikan sebagai instrumen kolaborasi dalam memastikan semua pihak-pihak jawatankuasa RPI melibatkan diri ( Abdul Rahim, 2000)

Page 2: Document 1

Namun tidak dapat dinafikan kesan positif perkembangan pendidikan dan sikap anak berkeperluan khas adalah bergantung kepada kolaborasi ibu bapa dengan guru-guru pendidikan khas di sekolah (Helen Hammond, Lawrence Ingalls & Robert P. Trussell, 2008). Ibu bapa memainkan peranan yang besar dan tidak boleh diabaikan atau guru akan gagal untuk mendapat manfaat daripada sumber yang mendokong kuat dalam memberi sokongan dan sumber yang sahih ( Hallahan, D. P., Lloyd, J. W., Kauffman, J. M., Weiss, M. P., and Martinez, E. A., 2005 )

Walaupun kolaborasi ibu bapa dalam penyediaan RPI dititikberatkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan usaha-usahanya dengan mewujudkan sarana ibu bapa, memastikan hak ibu bapa setaraf dengan guru-guru dalam pembinaan Rancangan Pendidikan. Malangnya, dalam kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini, usaha-usaha yang digembar-gemburkan selama ini secara praktikalnya tidak diaplikasikan di sekolah.

Secara zahiriahnya, penyediaan Rancangan Pendidikan Individu dilihat berjaya dilaksanakan terutamanya apabila sistem online diperkenalkan melalui pengisian e-rpi online yang mula beroperasi sejak awal tahun 2013. Penataran Penyediaan RPI oleh KPM , menunjukkan kejayaan apabila setiap murid berkeperluan khas yang ditempat di sekolah kerajaan di Malaysia mempunyai satu dokumen RPI mereka sendiri ( KPM, 2015 ). Namun, pertikaian timbul apabila e-rpi online yang disediakan ini tidak memenuhi keperluan utama iaitu melibatkan kolaborasi ibu bapa sepenuhnya apabila hanya guru-guru sahaja yang bertindak membina dan mengisi keperluan MBK.

Ini berlaku apabila, guru terpaksa mengejar waktu yang ditetapkan oleh KPM dan kesukaran dalam melaksanakan kolaborasi bersama ibu bapa melalui beberapa kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan. Kekangan-kekangan yang dialami turut dilaporkan melalui pembacaan kajian-kajian lepas. Ibu bapa kebanyakan menunjukkan reaksi dan pengalaman negatif sepanjang berurusan dengan pihak sekolah semasa proses penyediaan RPI dijalankan.Ini berlaku apabila, ketika mesyuarat RPI dijalankan, guru-guru hanya menumpukan kelemahan dan kekurangan anak mereka. Hasilnya, ibu bapa melahirkan perasaan negatif sepanjang proses penyediaan RPI termasuklah berasa bersalah, malu dan rasa terasing ( Vanessa Tucker & Ilene S. Schwartz, 2013).

Malahan, ia turut mengundang kebimbangan pihak ibu bapa apabila mereka terpaka membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan anak mereka secara keseluruhan. Menurut Flynn 2006, mendapati bahawa pihak ibu bapa turut merasa takut dengan proses penyediaan RPI dan memberikan reaksi yang terharu dengan jumlah guru yang melibatkan diri dalam proses penyediaan RPI, namun pada masa yang sama mereka berasa bersalah dengan kecacatan anak mereka, berasa terpinggir dan kepercayaan mereka terhadap kurangnya sikap hormat yang ditonjolkan oleh guru terhadap mereka.

Reaksi negatif ini dilaporkan berpunca apabila pihak ibu bapa menunjukkan kebimbangan apabila keupayaan pihak sekolah mengetahui dan mencampuri urusan personel mereka dan mempertikaikan apakah kepentingan mereka terbabit dalam proses penyediaan RPI ini ( Smith et.al 2006 )

Page 3: Document 1

Perkara yang paling bermasalah dalam penyediaan RPI adalah prioriti utama yang perlu diberikan oleh pihak ibu bapa telah dipertikaikan dari banyak aspek Ini berlaku apabila pihak ibu bapa merasakan tidak bernilai dan pengetahuan mereka telah diabaikan, akibatnya nilai untuk mereka melibatkan diri menjadi berkurangan ( Turnbull,A., Turnbull R., Erwin, E. , & Soodak, L. 2006).

Lebih teruk lagi , menurut Rock 2000 apabila tanggapan ibu bapa bahawa kolaborasi mereka hanyalah bersifat teknikal sahaja apabila peranan mereka terhad dan hanya berfungsi dengan menandatangani dokumen RPI yang disiapkan oleh guru sendiri tanpa perbincangan.

Pihak sekolah perlu mengambil inisiatif dalam memastikan ibu bapa melibatkan diri dalam penyediaan RPI bagi mengelakkan pertikaian dalam keputusan yang dibuat dalam pembinaan matlamat pendidikan dalam RPI, mengurangkan kesilapan dalam penyediaan pendidikan yang dibina dan menolak berlakunya pertikaian dalam hak pendidikan anak berkeperluan khas seperti yang didokumenkan dalam Peraturan Pendidikan Khas 2013 ( Christle & Yell, 2010 )

Walaupun terdapat banyak kajian-kajian lepas yang membincangkan kepentingan kolaborasi ibu bapa dalam proses penyediaan RPI.