38
Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) BAGI FLOOR SWITCH DI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

Dokumen Sebut Harga

SEBUT HARGA PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN

UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS)

BAGI FLOOR SWITCH DI LEMBAGA PEMBIAYAAN

PERUMAHAN SEKTOR AWAM

Page 2: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

i

ISI KANDUNGAN

NOTIS SEBUT HARGA ............................................................................................................. 2

LAMPIRAN E ...................................................................................................................... 3

SENARAI SEMAK ............................................................................................................... 3

1.0 KENYATAAN TAWARAN ................................................................................................ 6

1.1 Pelawaan Sebut Harga ................................................................................................ 6

1.2 Peraturan Berkaitan Dokumen Sebut Harga ................................................................ 6

1.3 Pertanyaan Lazim ........................................................................................................ 7

2.0 ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA ........................................................................ 9

2.1 Cadangan Sebut Harga ............................................................................................... 9

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga ...........................................................................11

2.3 Bon Pelaksanaan ........................................................................................................12

2.4 Pembayaran ...............................................................................................................12

2.5 Dokumen Kontrak .......................................................................................................13

2.6 Penalti .........................................................................................................................14

2.7 Hak LPPSA Untuk Menerima / Menolak Sebut Harga .................................................14

2.8 Perbelanjaan Penyediaan Sebut Harga ......................................................................14

2.9 Tempoh Sah Laku Sebut Harga ..................................................................................14

2.10 Penyediaan Sebut Harga ............................................................................................15

2.11 Keperluan dan Spesifikasi ...........................................................................................15

2.12 Liquidated and Ascertained Damages.........................................................................15

2.13 Pindaan Dokumen Sebut Harga ..................................................................................16

2.14 Bayaran Dokumen Sebut Harga .................................................................................16

2.15 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah ...................................................................16

2.16 Syarat Am Sebut Harga ..............................................................................................17

3.0 SKOP PEROLEHAN, TEMPOH, TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN .............19

3.1 Skop Perolehan ..........................................................................................................19

3.2 Tempoh Kontrak .........................................................................................................20

3.3 Tatacara Pelaksanaan ................................................................................................20

3.4 Jaminan ......................................................................................................................20

4.0 SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA .........................................................................23

4.1 Skop Perolehan ..........................................................................................................23

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN ........25

Page 3: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

ii

6.0 KESIMPULAN ................................................................................................................25

MAKLUMAT LATAR BELAKANG SYARIKAT ....................................................................27

SENARAI KERJA SEMASA ...............................................................................................33

REKOD PENGALAMAN KERJA ........................................................................................35

LAMPIRAN Q .....................................................................................................................37

LAMPIRAN A : BORANG TAWARAN SEBUT HARGA ......................................................41

LAMPIRAN B : JADUAL TAWARAN HARGA ....................................................................44

RINGKASAN TAWARAN HARGA .....................................................................................45

LAMPIRAN C : JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI .......................................................47

LAMPIRAN D : KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT ..........................................52

LAMPIRAN D1 : SURAT AKUAN PEMBIDA ......................................................................53

LAMPIRAN F : PELAN PELAKSANAAN PROJEK .............................................................54

LAMPIRAN G : PELAN SOKONGAN TEKNIKAL ...............................................................55

Page 4: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

1

NOTIS SEBUT HARGA

Page 5: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

2

NOTIS SEBUT HARGA

NOTIS SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut:-

No. Sebut Harga : SH06/2016.LPPSA Tajuk Sebut Harga : PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN

UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) BAGI FLOOR SWITCH DI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

Syarat Pendaftaran : Kod Bidang: - 210102

Tarikh Buka : 14 Oktober 2016 (Jumaat) Tarikh Tutup : 25 Oktober 2016 (Selasa)

Dokumen Sebut Harga hanya boleh didapati dengan memuat turun dari laman portal rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam iaitu www.lppsa.gov.my atau datang sendiri ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Dokumen Sokongan Tawaran Sebut Harga (hardcopy) iaitu Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang telah lengkap diisi perlu dimasukkan dalam dua (2) sampul surat yang berasingan dan kedua-dua sampul surat berkenaan hendaklah dimasukkan dalam satu sampul surat yang lebih besar dan catatkan Tajuk Sebut Harga dan Nombor Sebut Harga serta dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat seperti berikut :-

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM ARAS 7, SEKSYEN PENTADBIRAN

JABATAN PENTADBIRAN DAN KHIDMAT PELANGGAN KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN NO.9 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62592 PUTRAJAYA

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 25 Oktober 2016 (Selasa). Sebut Harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Sebarang pertanyaan berkenaan Sebut Harga boleh hubungi Cik Marziah Binti Mat Nawi di talian telefon : 03-88802092.

Page 6: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

3

LAMPIRAN E SENARAI SEMAK

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN KHIDMAT SOKONGAN

BAGI SISTEM E-MEL LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

Bil Perkara / Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Ditanda Oleh JK Pembuka

CADANGAN TEKNIKAL

1 Lampiran C : Jadual Pematuhan Spesifikasi

2 Lampiran E : Senarai Semakan

3 Lampiran F : Pelan Pelaksanaan Projek

4 Lampiran G : Pelan Sokongan Teknikal

5 Rekod Pengalaman Kerja

6 Katalog / Dokumen Sokongan yang memenuhi spesifikasi

7 Dokumen Teknikal dalam Salinan Softcopy (CD)

CADANGAN KEWANGAN

1 Lampiran Q

2 Lampiran A : Borang Tawaran Sebut Harga

3 Lampiran B : Jadual Tawaran Sebut Harga

4 Maklumat Penyebut Harga

5 Salinan Penyata Bulanan tiga (3) bulan terakhir

6 Lampiran D : Integrity Pact

7 Lampiran D1 : Surat Akuan Pembida

8 Lampiran E : Senarai Semakan

9 Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Akuan Bumiputera (jika ada)

10 Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Page 7: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

4

Bil Perkara / Dokumen Untuk Ditanda Oleh Syarikat

Untuk Ditanda Oleh JK Pembuka

11 Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (jika berdaftar)

12 Senarai Kerja Semasa

13 Dokumen Kewangan dalam Salinan Softcopy (CD)

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh :

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembula Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ………… (jika ada). Tandatangan : Nama Pengerusi : Jawatan : Tarikh :

Page 8: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

5

1.0 KENYATAAN TAWARAN

Page 9: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

6

1.0 KENYATAAN TAWARAN

1.1 Pelawaan Sebut Harga

1.1.1 Sebut harga dipelawa di kalangan syarikat-syarikat tempatan yang

berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan masih berkuat kuasa di

bawah salah satu kod bidang seperti berikut :

SEBUT HARGA PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN

UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) BAGI FLOOR SWITCH

DI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

BIL PERKARA KUANTITI CATATAN

1. UPS 3000VA 14

2. Service Bypass Panel 14

3. Perkhidmatan Profesional

- Instalasi dan konfigurasi - Penyelenggaraan Pencegahan

1 lot

1.2 Peraturan Berkaitan Dokumen Sebut Harga

1.2.1 Penyebut harga adalah dilarang menulis atau mencatat nama/tanda

syarikat di dalam DOKUMEN CADANGAN TEKNIKAL. Penyebut harga

yang gagal berbuat demikian, akan menyebabkan cadangan tawaran

yang dikemukakan tidak dipertimbangkan.

1.2.2 Bagi mana-mana dokumen yang mempunyai atau tercatat nama/tanda

syarikat, penyebut harga hendaklah memastikan catatan tersebut

dipadamkan dengan sempurna.

210102 - Hardware (high end technology)

Page 10: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

7

1.2.3 Penyebut harga bertanggungjawab mengemukakan maklumat yang

dikehendaki dengan tepat dan lengkap.

1.2.4 Sebarang pindaan atau pembetulan yang dilakukan oleh penyebut

harga hendaklah ditandatangani oleh penyebut harga berkenaan.

Pindaan yang dibuat tanpa tandatangan dianggap tidak sah dan

tawaran sebut harga tersebut tidak akan dipertimbangkan.

1.2.5 Sebarang pembetulan atau tambahan maklumat selepas masa dan

tarikh tutup sebut harga tidak akan dilayan.

1.2.6 Penyebut harga yang gagal mematuhi syarat-syarat sebut harga dan

tidak mengemukakan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan

lengkap boleh menyebabkan tawarannya tidak dipertimbangkan.

1.3 Pertanyaan Lazim

1.3.1 Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebut Harga berkenaan boleh

dibuat ke alamat seperti di bawah :

Urusetia Sebut Harga, Seksyen Pentadbiran

Jabatan Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan

Aras 7, Kompleks Kementerian Kewangan

No.9, Persiaran Perdana, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62592 Putrajaya

Page 11: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

8

2.0 ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

Page 12: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

9

SEBUT HARGA PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN

UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) BAGI

FLOOR SWITCH DI LEMBAGA PEMBIAYAAN

PERUMAHAN SEKTOR AWAM

2.0 ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA 2.1 Cadangan Sebut Harga

2.1.1 Cadangan sebut harga hendaklah dibuat menggunakan:

i. Dokumen manual (hardcopy) dan softcopy dalam bentuk CD dan

lampiran-lampiran yang disediakan hendaklah dihantar secara

manual. Sekiranya salah satu syarat tidak dipatuhi, maka cadangan

sebut harga akan ditolak.

2.1.2 Dokumen tawaran sebut harga (manual) dan softcopy dalam bentuk CD

hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat berasingan dan

dituliskan seperti berikut :

i. SAMPUL A - CADANGAN KEWANGAN

ii. SAMPUL B – CADANGAN TEKNIKAL

SAMPUL A dan SAMPUL B yang berlakri dicatatkan di sebelah kiri

(atas) dituliskan seperti berikut:

2.1.3 Cadangan Kewangan bagi sebut harga ini hendaklah dimasukkan ke

dalam sampul yang bertanda Sampul A. Kandungan Sampul A adalah

seperti berikut :

Sampul A – Cadangan Kewangan

1 Lampiran Q YA

2 Lampiran A : Borang Tawaran Sebut Harga YA

3 Lampiran B : Jadual Tawaran Harga YA

Page 13: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

10

4 Ringkasan Tawaran Harga YA

5 Maklumat Penyebut Harga YA

6 Salinan Penyata Bulanan tiga (3) Bulan Terakhir YA

7 Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Akuan

Bumiputra (jika ada) YA

8 Lampiran D : Integrity Pact YA

9 Lampiran D1 : Surat Akuan Pembida

10 Lampiran E : Senarai Semakan YA

11 Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan

Perkhidmatan (GST) (jika berdaftar) YA

12 Senarai Kerja Semasa YA

13 Dokumen Kewangan dalam Salinan Softcopy (CD) YA

2.1.4 Cadangan Spesifikasi Teknikal bagi sebut harga ini hendaklah

dimasukkan ke dalam sampul bertanda Sampul B. Kandungan Sampul

B adalah seperti berikut :

Sampul B – Cadangan Teknikal

1 Lampiran C : Jadual Pematuhan Spesifikasi YA

2 Lampiran E : Senarai Semakan YA

3 Lampiran F : Pelan Pelaksanaan Projek YA

4 Lampiran G : Pelan Sokongan Teknikal YA

5 Rekod Pengalaman Syarikat YA

6 Katalog / Dokumen Sokongan Yang Memenuhi

Spesifikasi Perkhidmatan YA

7 Dokumen Teknikal dalam Salinan Softcopy (CD) YA

2.1.5 Semua LAMPIRAN yang diisi sempurna perlu dikemukakan sebagai

suatu tawaran dan akan dijadikan panduan dalam penilaian dan

pemilihan penyebut harga. Tawaran yang tidak lengkap akan ditolak.

Page 14: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

11

2.1.6 Penyebut harga hendaklah menyebut harga bagi semua

bekalan/perkhidmatan (mana berkenaan) yang disenaraikan secara

terperinci di ruangan Cadangan Kewangan dan membuat cadangan

mengenai bekalan/perkhidmatan (mana berkenaan) yang sesuai

dengan keperluan LPPSA pada ruangan Cadangan Teknikal.

2.1.7 Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan tujuan ketelusan, penyebut

harga mestilah menandatangani pada tiap-tiap helai dokumen

Cadangan Sebut Harga (secara manual) yang dikemukakan di sudut

kanan sebelah atas dan mestilah diberi nombor muka surat yang bersiri

mengikut susunannya.

2.1.8 Penyebut harga diminta supaya menghantar Cadangan Sebut Harga

(secara manual) dengan tangan ke dalam peti sebut harga yang

disediakan. LPPSA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan, kelewatan dan sebagainya bagi dokumen yang dihantar

melalui pos. Dokumen sebut harga tidak akan diterima selepas tarikh

tutup.

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

2.2.1 Cadangan Sebut Harga (secara manual) yang lengkap dan sempurna

diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut Harga yang disediakan

sebelum tarikh tarikh dan waktu tutup sebut harga iaitu tidak lewat dari

jam 12.00 tengah hari pada 25 Oktober 2016 (Selasa).

2.2.2 Dokumen sebut harga yang telah lengkap ditandatangani hendaklah

dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang ditempatkan di alamat

berikut :

Page 15: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

12

Aras 7, Seksyen Pentadbiran

Jabatan Pentadbiran dan Khidmat Pelanggan

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

No.9, Kompleks Kementerian Kewangan

Persiaran Perdana, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62592 Putrajaya

2.3 Bon Pelaksanaan

2.3.1 Bagi penyebut harga yang ana pa, sebelum apa-apa perjanjian atau

kerja dimulakan hendaklah mengemukakan bon pelaksanaan

berjumlah sebanyak 2.5% bagi kontrak bernilai RM200,000.00 hingga

RM500,000.00 dan 5% bagi kontrak melebihi RM500,000.00 daripada

jumlah kontrak setahun.

2.3.2 Bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk jaminan bank dari bank

berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Bagi kontrak yang tidak melebihi

RM500,000.00, jaminan insurans dari syarikat-syarikat insurans yang

berdaftar di Malaysia yang diluluskan boleh diterima selain jaminan

bank. Bon pelaksanaan hendaklah sahlaku tidak kurang dari 12 bulan

selepas tempoh jaminan.

2.4 Pembayaran

2.4.1 Semua pembayaran adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM).

2.4.2 Pembayaran hanya akan dibuat setelah kontrak ditandatangani oleh

penyebut harga yang ana pa dan pihak LPPSA.

2.4.3 Pembayaran akan dibuat oleh LPPSA dalam tempoh empat belas (14)

hari setelah invois dikemukakan.

Page 16: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

13

2.4.4 Sekiranya LPPSA tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang

diberikan, LPPSA berhak untuk tidak membuat sebarang pembayaran.

2.5 Dokumen Kontrak

2.5.1 Dokumen ini adalah dianggap sebagai kontrak dengan LPPSA dan

Penyebut harga sehingga Dokumen Kontrak penuh dimeterai oleh

kedua-dua pihak. Perkara-perkara di dalam dokumen ini (mana-mana

berkaitan) akan dijadikan sebagai asas kontrak yang akan

dimuktamadkan kelak.

2.5.2 Semua syarat yang terkandung di dalam dokumen Sebut Harga atau di

mana-mana jadual yang terdahulu adalah merupakan sebahagian

daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara LPPSA dan

Penyebut harga ana pa.

2.5.3 Penyebut harga yang ana pa dikehendaki menandatangani kontrak

dengan pihak LPPSA dan membayar segala ganti rugi jika tidak

memenuhi syarat-syarat kontrak.

2.5.4 Dokumen kontrak yang lengkap akan disediakan selepas Sebut Harga

ditawarkan kepada Penyebut harga yang ana pa.

2.5.5 Surat Setuju Terima Sebut Harga (SST) yang dihantar oleh LPPSA

kepada Penyebut harga yang ana pa dan Surat Perakuan Penyebut

harga ke atas Surat Setuju Terima Sebut Harga itu akan dianggap

sebagai Kontrak yang mengikat di antara LPPSA dan Penyebut harga

tanpa mengambil kira sama ada kontrak sebenar akan disempurnakan

atau tidak.

Page 17: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

14

2.6 Penalti

2.6.1 LPPSA berhak menamatkan perkhidmatan dengan Penyebut harga

yang gagal mematuhi syarat-syarat perjanjian.

2.6.2 Bagi perkhidmatan dan penyelenggaraan yang tidak dapat

dilaksanakan oleh Penyebut harga, LPPSA berhak untuk mengupah

kontraktor lain yang berkelayakan dan semua kos akan ditolak dari kos

yang sepatutnya dibayar kepada Penyebut harga.

2.7 Hak LPPSA Untuk Menerima / Menolak Sebut Harga

2.7.1 LPPSA adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah

atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas

penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut

Harga adalah muktamad.

2.8 Perbelanjaan Penyediaan Sebut Harga

2.8.1 Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah

ditanggung oleh Penyebut harga sendiri.

2.9 Tempoh Sah Laku Sebut Harga

2.9.1 Sebut harga ini sah selama Sembilan puluh (90) hari daripada tarikh

tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut

harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib

akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya

sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

Page 18: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

15

2.10 Penyediaan Sebut Harga

2.10.1 Penyebutharga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut

dengan sepenuhnya :

i. Harga dan tandatangan penyebut harga di Ringkasan Sebut

Harga;

ii. Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut Harga;

iii. Senarai Kerja Dalam Tangan;

iv. Jadual Kadar Harga; dan

v. Butir-butir Spesifikasi.

2.10.2 Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas,

Penyebut harga hendaklah menandatangani ringkas semua

pembetulan.

2.11 Keperluan dan Spesifikasi

2.11.1 Keperluan dan spesifikasi bagi skop perkhidmatan ini adalah

dinyatakan dalam Spesifikasi Sebut Harga seperti di Lampiran C.

2.12 Liquidated and Ascertained Damages

2.12.1 Penyebut harga yang ana pa dan telah mengikat kontrak dengan

LPPSA akan dikenakan Liquidated and Ascertained Damages

sebanyak satu peratus (1%) setiap satu (1) minggu sehingga

maksimum dua belas peratus (12%) daripada bon pelaksanaan

sekiranya :

2.12.1.1 Gagal membekalkan perkakasan.

2.12.1.2 Gagal menyempurnakan skop kerja.

2.12.1.3 Melebihi Servis Level Agreement yang telah dipersetujui.

Page 19: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

16

2.12.1.4 Melebihi tempoh masa yang dicadangkan seperti di Pelan

Pelaksanaan Projek di Lampiran F.

2.12.2 Sekiranya penyebut harga masih gagal untuk memulakan projek

selepas dua belas (12) minggu, LPPSA berhak untuk sama ada

meneruskan atau membatalkan projek ini.

2.12.3 Sekiranya berlaku kelewatan yang disebabkan oleh keadaan yang

tidak boleh dikawal, penyebut harga boleh meminta tempoh pindaan

ke atas pelan pelaksanaan skop kerja di atas sebab atau keadaan

yang di luar jangka. Berikutan keadaan tersebut, kerja-kerja boleh

dijadualkan semula mengikut persetujuan LPPSA.

2.12.4 Penyebut harga dikehendaki memberi satu (1) notis bertulis serta

merta kepada LPPSA bermula daripada tarikh disebabkan

penangguhan dan permohonan untuk pindaan jadual perlaksanaan.

2.13 Pindaan Dokumen Sebut Harga

2.13.1 Pihak LPPSA berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup

penghantaran Sebut Harga meminda Dokumen Sebut Harga dengan

menyediakan Addendum. LPPSA akan memberikan notis secara

bertulis kepada Penyebut harga bagi pindaan yang dibuat.

2.14 Bayaran Dokumen Sebut Harga

2.14.1 Tiada bayaran dikenakan bagi dokumen sebut harga ini.

2.15 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

2.15.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah

Page 20: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

17

kepada dan/daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini

merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (2009).

2.15.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa

suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak

yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan

segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang

berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu

kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(2009).

2.15.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib

terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan

kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat

dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (2009).

2.15.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan

dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan

diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam mengesahkan

tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2009).

2.16 Syarat Am Sebut Harga

2.16.1 Syarat Am Sebut Harga hendaklah dibaca bersekali untuk sebut harga

ini di Seksyen 4.0.

Page 21: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

18

3.0 SKOP PEROLEHAN, TEMPOH, TATACARA

PELAKSANAAN DAN JAMINAN

Page 22: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

19

3.0 SKOP PEROLEHAN, TEMPOH, TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN 3.1 Skop Perolehan

3.1.1 Membekalkan Uninterruptible Power Supply (UPS) bagi Floor Switch di

Aras G sehingga Aras 7 di LPPSA untuk tempoh satu (1) tahun seperti

berikut :

BIL PERKARA KUANTITI CATATAN

1. UPS 3000VA 14

2. Service Bypass Panel 14

3. Perkhidmatan Profesional

- Instalasi dan konfigurasi - Penyelenggaraan Pencegahan

1 lot

3.1.2 Penyebut Harga yang ana pa mestilah mematuhi skop kerja yang

merangkumi perkara berikut:

3.1.2.1 Membekal kesemua perkakasan seperti di Para 3.1.1.

3.1.2.2 Melakukan kerja-kerja pemasangan, pengkabelan,

konfigurasi ke atas kesemua perkakasan yang dibekalkan.

3.1.2.3 Melakukan pengujian kesemua perkakasan dan

konfigurasi yang telah dibuat.

3.1.2.4 Menyerahkan ana p User Acceptance Form dan Final

Acceptance Form setelah pembekalan dan kerja-kerja

pemasangan selesai.

3.1.2.5 Memberikan khidmat sokongan teknikal yang meliputi

penyelenggaraan proaktif mengikut keperluan dan

penyelenggaraan pencegahan secara berkala sebanyak

Page 23: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

20

dua (2) kali setahun bagi Sistem E-mel LPPSA seperti

berikut:

3.2 Tempoh Kontrak

3.2.1 Penyebut harga yang ana pa dikehendaki menandatangani Kontrak

dengan LPPSA dan tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun iaitu

bermula dari tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani oleh penyebut

harga. Walaubagaimanapun LPPSA adalah berhak menentukan

tempoh kontrak yang sebenar.

3.2.2 Tempoh Perjanjian ini boleh dilanjutkan kepada satu (1) tahun lagi dan

menurut syarat-syarat dan terma-terma sebagaimana yang akan

dipersetujui oleh pihak-pihak secara bertulis. Permohonan bagi

melanjutkan Perjanjian ini boleh dibuat oleh mana-mana pihak sama

ada pihak LPPSA dengan memberikan notis tiga (3) bulan sebelum

tamatnya Tempoh Kontrak.

3.3 Tatacara Pelaksanaan

3.3.1 Penyebutharga yang ana pa akan dikehendaki memaklumkan dan

mengemukakan satu format ana p penghantaran apabila pembekalan

telah dibuat; dan

3.3.2 Borang penghantaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh wakil

LPPSA yang dikenal pasti di setiap lokasi yang ditetapkan.

3.4 Jaminan

3.4.1 Semua perkakasan yang ditawarkan dijamin untuk tempoh tidak

kurang dua belas (12) bulan dari tarikh pembekalan. Dalam tempoh

Page 24: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

21

jaminan ini, semua khidmat baikpulih, penyelenggaraan dan

penggantian perkakasan hendaklah diberikan tanpa dikenakan

sebarang kos kepada LPPSA.

3.4.2 Penyebut Harga hendaklah memberi maklumbalas dalam masa dua

(2) jam selepas menerima notis pemberitahuan samada melalui

telefon, faks, e-mel atau secara lisan. Penyelenggaran pembaikan

ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh empat (4) jam selepas

menerima notis pemberitahuan.

Page 25: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

22

4.0 SYARAT-SYARAT AM SEBUTHARGA

Page 26: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

23

4.0 SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA 4.1 Skop Perolehan

4.1.1 Membekalkan Uninterruptible Power Supply (UPS) bagi Floor Switch di

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam seperti berikut :

i. Keadaan Barang

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

ii. Harga

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk GST serta

semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan dan sah laku

selama 90 hari dari tarikh tutup sebut harga.

iii. Sebut Harga Sebahagian

Sebut harga hendaklah ditawarkan bagi semua bilangan item.

iv. Barang-Barang Setara

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang

sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

v. Persetujuan

LPPSA tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah

atau mana-mana sebut harga.

vi. Pemeriksaan

a. LPPSA adalah sentiasa berhak mengkehendaki barang-barang

itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik

olehnya dalam masa pembuatan atau bila-bila masa lain

sebelum penyerahan.

Page 27: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

24

b. Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan

atau pengujian apabila dikehendaki.

vii. Perakuan Menyatakan Penentuan Telah Dipatuhi

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa barang-barang

atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut

penentuan atau syarat (jika ada) yang dinyatakan di dalam

pelawaan ini.

viii. Penolakan

a. Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan

daripada barang-barang yang dipersetujui sebut harganya

boleh ditolak.

b. Barang-barang yang ditolak akan menjadi tanggungan kepada

penyebut harga, dan ia hendaklah membayar balik kepada

LPPSA segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai

barang-barang yang ditolak itu.

c. Bagi perkara (i) dan (ii) di bawah syarat-syarat am sebut harga,

membenarkan LPPSA berhak mendapat ganti rugi jika berlaku

perlanggaran kontrak.

ix. Pengiklanan

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana

tersebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah

atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif

LPPSA terlebih dahulu.

x. Tafsiran

Sebut harga ini ana pa-apa kontrak yang timbul daripadanya

hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang

Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada

Page 28: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

25

bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian

atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut

harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

xi. Insurans

Tiada apa-apa insurans atau barang-barang dalam perjalanan

daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki

dimasukkan ke dalam sebut harga.

xii. Cukai

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai,

unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

xiii. Mata Wang

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN 5.1 Penyebut harga adalah tertakluk kepada Surat Arahan Perbendaharan (SAP)

mengenai pelaksanaan Integrity Pact bagi mengukuhkan usaha ana pa

meningkatkan integrity dan ketelusan dalam perolehan LPPSA. Sehubungan

dengan itu, penyebut harga DIWAJIBKAN mengisi Integrity Pact seperti di

LAMPIRAN D dan Surat Akuan Pembida seperti di LAMPIRAN D1.

6.0 KESIMPULAN 6.1 Penyebut harga adalah dinasihat berhati-hati di dalam penyediaan semua

maklumat dan memastikan maklumat yang perlu diisi di semua jadual adalah

dipatuhi.

Page 29: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

26

7.0 MAKLUMAT LATAR BELAKANG SYARIKAT

Page 30: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

27

MAKLUMAT LATAR BELAKANG SYARIKAT

(Arahan kepada Syarikat : semua maklumat-maklumat di dalam ana p ini hendaklah diisikan oleh

Syarikat dengan betul dan lengkap dan dikembalikan bersama-sama dengan Borang Sebutharga.

Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan Sebutharga ini ditolak atau/dan mengakibatkan

tindakan tatatertib diambil ke atas Syarikat berkenaan)

BAHAGIAN A : MAKLUMAT ASAS

1. Nama Syarikat : …………………………………………………………………….

2. Alamat Syarikat :

…………………………………………………...........................

…………………………………………………………………….

…………………………………………………………………….

3. No. Telefon Pejabat : …………………………………………………………………….

4. No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan : ……………………………………..

5. Tarikh Didaftarkan : …………………………………………………………………….

6. Tempoh Sah Pendaftaran : Dari : ……………… Hingga : …………………………..

7. (i) Taraf Bumiputra : YA / TIDAK *

(ii) Tarikh Kuatkuasa : …………………………………………………………………….

(iii) Tarikh Tamat : …………………………………………………………………….

8. Bagi Syarikat Sdn Bhd, nyatakan :

a) Modal Dibenarkan : …………………………………………………………………….

b) Modal Berbayar : …………………………………………………………………….

*potong mana yang tidak berkenaan

Page 31: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

28

AHLI – AHLI SYARIKAT / PEMILIK

i) Ahli Lembaga Pengarah

Bil Nama Jawatan Saham Modal

Dipegang

ii) Ahli – Ahli Pengurusan

Bil Nama Jawatan

Kelulusan

Akademik /

Ikhtisas

Page 32: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

29

8.0 SURAT AKUAN PEMBIDA

Page 33: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

30

1. Sila sertakan dokumen berikut: a. Salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Sebutharga b. Sebutharga yang tidak disertakan dengan salah satu dokumen di atas akan DITOLAK

9.0 KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT

Page 34: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

31

1. Sila sertakan SALINAN SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN SIJIL AKUAN BUMIPUTRA (jika ada) 2. Sila sertakan SALINAN SIJIL SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) 3. Sila sertakan SURAT PENDAFTARAN PELAKSANAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) (jika berdaftar) 4. Sila sertakan LAIN-LAIN SIJIL YANG BERKAITAN (jika ada)

10.0 SALINAN SIJIL-SIJIL KEMENTERIAN

KEWANGAN DAN SIJIL – SIJIL BERKAITAN

Page 35: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

32

11.0 SENARAI KERJA SEMASA

Page 36: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

33

SENARAI KERJA SEMASA (Senarai semua kontrak di dalam tangan / sedang berjalan dan belum selesai termasuk kontrak yang baru

ditawarkan)

Bil Nama Kontrak Pelanggan

(Kementerian / Agensi )

Nilai Kontrak Tempoh Kontrak

Nota : Sila Sertakan Bukti

Page 37: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

34

12.0 REKOD PENGALAMAN KERJA

Page 38: Dokumen Sebut Harga SEBUT HARGA PEMBEKALAN … · UNINTERRUPTIBLE POWER SUPPLY (UPS) ... TATACARA PELAKSANAAN DAN JAMINAN ... surat yang lebih besar dan catatkan …

35

REKOD PENGALAMAN KERJA (Senarai semua rekod pengalaman dalam 3 tahun lepas)

Bil Nama Kontrak Pelanggan

(Kementerian / Agensi )

Nilai Kontrak Tempoh Kontrak