Upload
annizuka
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
1/34
TAHUN TIGA
(SUAIAN)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN JASMANI
(MASALAH PENGLIHATAN)
DRAF
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
2/34
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
3/34
TIGATAHUN
PENGLIHATAN
PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS
MASALAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
4/34
Cetakan Pertama 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
5/34
9
Pentaksiran
21
6
4
4
4
3
2
2
1
1
v
Kata Pengantar
iii
K A N D U N G A N
Rukun Negara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendahuluan
Matlamat
Objektif
Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Fokus
Mata Pelajaran
Objektif Mata Pelajaran
Organisasi Kandungan
Pelaksanaan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
-
vi
vii
7
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
6/34
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
7/34
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satucara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
8/34
vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
9/34
vii
KATA PENGANTAR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta
berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-
21.
Dokumen KSSR Pendidikan Khas disediakan bagi merealisasikan
tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan khas. Keberkesanan
pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan
semangat pendidikan khas seperti mana yang tersurat dalam
dokumen KSSR. Pelaksanaan kurikulum ini diharap dapat
menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan
yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta
kesejahteraan negara.
Dokumen ini menyatakan aras penguasaan yang paling minima
yang perlu murid kuasai di akhir pembelajaran. Oleh itu, guru
haruslah merancang aktiviti dan pedagogi yang sesuai bagi tujuan
ini, selaras dengan tahap kebolehan murid dan keadaan
persekitaran.
Dalam proses penyediaan dokumen KSSR Pendidikan Khas,
banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang
telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga hingga
terhasilnya dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi
mata pelajaran Pendidikan Khas ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih.
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
10/34
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
11/34
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan
Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah
selaras dengan KSSR Kebangsaan dengan penambahan dan
pengubahsuaian mata pelajaran. Mata pelajaran baru yang
diperkenalkan adalah Kemahiran Asas Individu Masalah
Penglihatan (KAIMaL), manakala mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Seni Visual diubahsuai dan untuk lain-lain
mata pelajaran lain menggunakan KSSR Kebangsaan.
Penambahan dan pengubahsuaian mata pelajaran ini
adalah berdasarkan keperluan murid bermasalah penglihatan
dalam memperoleh pendidikan yang relevan dan bersesuaian
dengan keperluan semasa mereka.
Proses pelaksanaan kurikulum perlu mengambil kira
kepelbagaian kebolehan dan keupayaan individu. Pengajaran dan
pembelajaran adalah menggunakan pendekatan yang fleksibel dan
selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai
kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi
aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan
Khas.
Mata pelajaran baru dan pengubahsuaian dalam KSSR
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran
yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dan
menjadi pendokong kepada hasrat pelaksanaan mata pelajaran lain
dalam KSSR Kebangsaan yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Masalah Penglihatan bermatlamat untuk menyuburkan potensi
kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif dan seterusnya
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan bersesuaian untuk
memenuhi keperluan individu selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
12/34
2
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang
saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
13/34
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
3
Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Pendidikan
Khas Masalah Penglihatan digubal dalam bentuk pernyataan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
5.1 Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..
5.2 Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard
Kandungan.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
14/34
3Suaian Tahun
Sekolah Rendah Tahun 3
Tahun Tiga
4
FOKUS MATA PELAJARAN
Fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian
ialah membina kemahiran asas pergerakan dan
kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan
berdasarkan kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan,
tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan
aktiviti fizikal.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian sekolah rendah bertujuan
membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:
i. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul
mengikut konsep pergerakan;
ii. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan
kemahiran motor;
iii. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul
semasa melakukan pergerakan;
iv. mengenal pasti aktiviti meningkatkan kecergasan;
v. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara
berkala;
vi. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan
aktiviti fizikal;
vii. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok
dan selamat;
viii. mematuhiperaturan dan mengamalkan langkah
keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
ix. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
ORGANISASI KANDUNGAN
Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian
merupakan dokumen pembelajaran untuk
satu tahun persekolahan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
dibina berasaskan lima aspek iaitu:-
Aspek 1 : Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor
yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
1. Konsep pergerakan;
2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan
lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan
pergerakan berirama;
3. Gimnastik asas;
4. Akuatik Asas;
5. Rekreasi dan kesenggangan.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
15/34
5
Aspek 2 : Apl ikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui aspek 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam
pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam
melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
1. Konsep pergerakan;
2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan
lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan
pergerakan berirama;
3. Gimnastik asas;
4. Akuatik Asas;
5. Rekreasi dan kesenggangan.
Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Melalui aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan
mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal
yang melibatkan:-
1. Konsep kecergasan;
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti
aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan
komposisi badan;
3. Pentaksiran Kecergasan;
Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan.
Melalui aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan
untuk kesihatan dan prestasi f izikal yang melibatkan:
1. Konsep kecergasan;
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti
aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan
komposisi badan.
Aspek 5: Kesukanan.
Melalui aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan
Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep,
sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti
fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1. Keselamatan dan pengurusan;
2. Tanggungjawab kendiri;
3. Interaksi sosial;
4. Kumpulan dinamik.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
16/34
3
3
6
Susunan aspek-aspek ini adalah bertujuan memudahkan
kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap aspek dalam
dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun
yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur pertama iaitu Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard
Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh
murid. Manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa
yang murid perlu kuasai dan capai.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
Suaian Tahun adalah setara dengan pencapaian objektif
psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan jasmani. Bagi tujuan pengajaran Modul 1: Kemahiran,
guru menggunakan Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara
serentak. Manakala untuk pengajaran Modul 2: Kecergasan, guru
menggunakan Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak.
Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiranatau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan
aspek yang telah ditetapkan. Dalam Aspek 1, guru boleh memilih
antara akuatik asas atau rekreasi dan kesenggangan dalam
pengajaran PJ Suaian. Bagi yang memilih akuatik asas,
persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru
yang berkelayakan.
Ringkasannya adalah seperti berikut:-
Modul 1:Kemahiran
Aspek 1Kecekapan Kemahiran
Pergerakan
Aspek 2 Aplikasi Pengetahuan
dalam Pergerakan
Aspek 5 Kesukanan
Modul 2:
Kecergasan
Aspek 3
Kecergasan
Meningkatkan
Kesihatan
Aspek 4
Aplikasi Pengetahuan
Meningkatkan
Kecergasan
Aspek 5 Kesukanan
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
17/34
7
Pentaksiran
Pentaksiran di dalam mata pelajaran ini penting bagi mengetahui
tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah
dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif.
Maklumat yang diperolehi akan membantu guru untuk
menambahbaik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran dalam
aktiviti yang dijalankan juga dapat memberi maklum balas awalkepada guru untuk merancang tindakan susulan bagi meningkatkan
lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah
pentaksiran yang lazim bagi mata pelajaran ini adalah:
i. Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari
aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara
pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.
ii. Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan
individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran serta
sikap dan nilai murni.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
18/34
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
19/34
9
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Gimnastik Asas1.1 Berkebolehan melakukan kemahiran
hambur dan pendaratan dengan lakuanyang betul.
1.1.1
1.1.2
Melakukan hambur dari aras tinggi dan mendarat ke aras rendah.
Melakukan hambur dari aras rendah dan mendarat ke aras tinggi.
1.2 Berkebolehan melakukan pergerakan yangmemerlukan kawalan badan dan sokongan.
1.2.1
1.2.2
1.2.3
1.2.4
Melakukan imbangan di atas bangku gimnastik.
Melakukan rangkaian imbangan di atas bangku gimnastik.
Mengimbang badan sebelum dan selepas melakukan guling depandan guling sisi.
Melakukan imbangan secara berkumpulan.
1.3 Berkebolehan melakukan kemahiran gayutdan ayun dengan lakuan yang betul.
1.3.1
1.3.2
Bergayut pada palang dengan kedua-dua belah tanganmenggunakan genggaman atas pada posisi badan lurus.
Bergayut pada palang dengan kedua-dua belah tangan lurusmenggunakan genggaman atas dan lutut difleksikan.
1.4 Berkebolehan melakukan kemahiranputaran dengan lakuan yang betul.
1.4.1 Melakukan guling belakang
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
20/34
10
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Pergerakan Berirama1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai corak
pergerakan mengikut irama1.5.1
1.5.2
Melakukan pelbagai jenis langkah lurus mengikut tempo sepertistep-close, schottische, polka dan grapevine.
Melakukan satu rangkaian pergerakan menggunakan pelbagai jenislangkah mengikut tempo.
Kemahiran Asas Permainan1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran asas
permainan kategori serangan denganlakuan yang betul.
1.6.1
1.6.2
1.6.3
1.6.4
1.6.5
1.6.6
Menghantar bola berbunyi menggunakan tangan, kaki dan alatan.
Menerima bola berbunyi menggunakan tangan, kaki dan alatan.
Mengelecek bola berbunyi menggunakan tangan, kaki dan alatan.
Melakukan kemahiran mengadang.
Memintas hantaran bola pemain lawan.
Menjaring menggunakan tangan, kaki dan alatan.
1.7 Berkebolehan melakukan kemahiran asas
permainan kategori jaring dengan lakuanyang betul.
1.7.1
1.7.2
1.7.3
1.7.4
Melakukan servis menggunakan tangan, kaki dan alatan.
Menerima dan menghantar bola berbunyi menggunakan tangandan kaki.
Melakukan pukulan pepat menggunakan alatan.
Melakukan pukulan kilas menggunakan alatan.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
21/34
11
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran asaspermainan kategori memadang denganlakuan yang betul.
1.8.1
1.8.2
1.8.3
1.8.4
1.8.5
Melakukan balingan bola berbunyi atas bahu.
Memukul bola berbunyi yang pegun menggunakan alatan pemukul
Menangkap bola berbunyi pada pelbagai arah.
Melakukan balingan tangan lurus mengikut arah pusingan jam.
Melakukan balingan tangan lurus melawan arah pusingan jam.
Olahraga1.9 Berkebolehan melakukan kemahiran asas
berlari dengan lakuan yang betul.1.9.1
1.9.2
Berlari dalam pelbagai kelajuan.
Berlari dalam pelbagai jarak.
1.10 Berkebolehan melakukan kemahiran asaslompatan dengan lakuan yang betul.
1.10.1
1.10.2
1.10.3
1.10.4
Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat dengankedua-dua belah kaki.
Melompat menggunakan sebelah kaki dan mendarat menggunakankaki yang sama.
Melompat menggunakan kaki kanan dan mendarat menggunakankaki kiri dan sebaliknya.
Melompat melepasi halangan pada pelbagai aras.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
22/34
12
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1.11 Berkebolehan melakukan kemahiran asasbalingan dengan lakuan yang betul.
1.11.1
1.11.2
1.11.3
Melontar objek sfera pada pelbagai jarak.
Merejam objek panjang pada pelbagai jarak.
Melempar objek leper pada pelbagai jarak.
Akuat ik Asas1.12 Berkebolehan melakukan kemahiran
keyakinan dan keselamatan di air.1.12.1 Mengawal pernafasan untuk satu jangkamasa semasa di bawah
permukaan air.
1.13 Berkebolehan melakukan kemahiran renangdengan lakuan yang betul.
1.13.1
1.13.2
Melakukan tendangankeribas (flutter kick) dalam posisi meniarapuntuk satu jarak dengan bantuan alat apungan.
Melakukan tendangan keribas (flutter kick) dalam posisi terlentanguntuk satu jarak dengan bantuan alat apungan.
Rekreasi dan Kesenggangan1.14 Berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi
dan kesenggangan.1.14.1
1.14.2
Bermain permainan strategi yang melibatkan kemahiran motorhalus seperti karom, dam, congkak dan catur.
Bermain permainan tradisional yang melibatkan daya tahan dankekuatan otot seperti tarik upih dan batik lampung.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
23/34
13
Aspek 2 : Apl ikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Gimnastik Asas2.1 Memahami konsep hambur dan
pendaratan.2.1.1 Menyatakan perbezaan lakuan semasa melakukan hambur dari
pelbagai aras.
2.2 Memahami konsep kawalan badan dansokongan dalam pergerakan.
2.2.1
2.2.2
Menyatakan lakuan mengekalkan imbangan di atas bangkugimnastik.
Membezakan luas tapak sokongan semasa melakukan bentuk-bentuk imbangan dalam kumpulan.
2.3 Memahami konsep gayut dan ayun dalampergerakan.
2.3.1 Mengenal pasti posisi bergayut dengan genggam atas yang stabil.
2.4 Memahami konsep putaran dalampergerakan.
2.4.1 Mengenal pasti kedudukan badan semasa melakukan gulingbelakang.
Pergerakan Berirama2.5 Memahami konsep gerak edar mengikut
irama.2.5.1 Mengenal pasti pelbagai jenis langkah pergerakan mengikut tempo.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
24/34
14
Aspek 2 : Apl ikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Kemahiran Asas Permainan2.6 Mengaplikasi konsep dan prinsip dalam
kemahiran asas permainan kategoriserangan.
2.6.1
2.6.2
2.6.3
2.6.4
Mengenal pasti lakuan semasa menghantar dan menerima bolaberbunyi.
Mengenal pasti lakuan semasa menggelecek dengan tangan, kakidan alatan.
Menyatakan keadaan yang sesuai untuk mengadang danmemintas.
Mengenal pasti kemahiran dalam kategori serangan.
2.7 Mengaplikasi konsep dan prinsip dalamkemahiran asas permainan kategori jaring.
2.7.1
2.7.2
2.7.3
2.7.4
2.7.5
Mengenal pasti lakuan servis menggunakan tangan, kaki, danalatan.
Mengenal pasti lakuan menerima dan menghantar bola berbunyi.
Membezakan lakuan pukulan pepat dengan pukulan kilasmenggunakan alatan.
Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dihantar.
Mengenal pasti kemahiran dalam kategori jaring.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
25/34
15
Aspek 2 : Apl ikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2.8 Mengaplikasi konsep dan prinsip dalamkemahiran asas permainan kategorimemadang.
2.8.1
2.8.2
2.8.3
2.8.4
Menyatakan kedudukan tangan yang paling sesuai (angle ofrelease) semasa melepaskan bola berbunyi dalam kemahiranbalingan.
Mengenal pasti titik kontak pada bola dan alat pemukul semasamemukul bola berbunyi.
Mengenal pasti kedudukan tangan semasa menangkap bolaberbunyi pada pelbagai aras.
Mengenal pasti kemahiran dalam kategori memadang.
Olahraga Asas2.9 Mengaplikasi konsep dan prinsip
pergerakan dalam kemahiran asas berlari.
2.9.1
2.9.2
Mengenal pasti postur badan yang betul semasa berlari.
Mengenal pasti koordinasi tangan dan kaki semasa berlari.
2.10 Mengaplikasi konsep dan prinsippergerakan dalam kemahiran asaslompatan.
2.10.1
2.10.2
Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melompat.
Mengenal pasti kaki yang digunakan untuk melonjak.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
26/34
16
Aspek 2 : Apl ikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2.11 Mengaplikasi konsep dan prinsippergerakan dalam kemahiran asasbalingan.
2.11.1
2.11.2
2.11.3
Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukanlontaran.
Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukanrejaman.
Mengenal pasti postur badan yang betul semasa melakukan
lemparan.
Akuat ik Asas2.12 Mengaplikasi konsep keyakinan dan
keselamatan di air.2.12.1 Mengenal pasti cara mengawal pernafasan di bawah permukaan
air.
2.13 Mengaplikasi konsep dan prinsippergerakan dalam kemahiran renang.
2.13.1 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendangankeribas (flutter kick) dalam posisi tiarap dan telentang.
Rekreasi dan kesenggangan.2.14 Mengaplikasi pengetahuan dan strategi
dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan.2.14.1
2.14.2
Mengenal pasti strategi dalam permainan seperti karom, dam,congkak dan catur.
Mengenal pasti cara permainan tradisional yang melibatkan dayatahan dan kekuatan otot seperti tarik upih dan batik lampung.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
27/34
17
Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Konsep Kecergasan3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal
berpandukan konsep kecergasan.3.1.1
3.1.2
3.1.3
Melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan suhu badan, kadarpernafasan, kadar nadi dan keanjalan otot.
Melakukan aktiviti menyejukkan badan.
Mengira kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
Komponen Kecergasan3.2 Berkebolehan melakukan senaman yang
meningkatkan kapasiti aerobik.3.2.1 Melakukan senaman yang dapat meningkatkan kapasiti aerobik
dalam jangkamasa yang ditetapkan.
3.3 Berkebolehan melakukan senaman
meningkatkan kelenturan.
3.3.1 Melakukan senaman regangan dinamik dan regangan statik pada
otot-otot utama dengan lakuan yang betul.
3.4 Berkebolehan melakukan meningkatkandaya tahan dan kekuatan otot.
3.4.1 Melakukan senaman seperti separa cangkung, ringkuk tubi separa,jengkit kaki setempat, lentik belakang ubah suai, hamstring curldan tekan tubi ubah suai seberapa banyak ulangan dalamjangkamasa 10 hingga 15 saat.
3.5 Berkebolehan mengenal pasti komposisibadan.
3.5.1
3.5.2
Mengukur ketinggian dan menimbang berat badan.
Merekod pertumbuhan diri dari segi ketinggian dan berat badan.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
28/34
18
Aspek 4 : Apl ikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Konsep Kecergasan4.1 Menguasai konsep kecergasan yang
diaplikasikan semasa melakukan aktivitifizikal.
4.1.1
4.1.2
4.1.3
Membezakan tujuan memanaskan badan dan menyejukkan badan.
Membezakan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktivitifizikal.
Mengenal pasti kuantiti air yang perlu diminum semasa dan
selepas aktiviti fizikal.
Komponen Kecergasan4.2 Menguasai konsep asas kapasiti aerobik. 4.2.1
4.2.2
Mengenal pasti kesan senaman terhadap jantung.
Mengenal pasti peranan jantung dan paru-paru semasa melakukansenaman.
4.3 Menguasai konsep asas kelenturan 4.3.1
4.3.2
Mengenal pasti senaman yang meningkatkan kelenturan.
Menyatakan tujuan senaman regangan statik dengan regangandinamik.
4.4 Menguasai konsep asas kekuatan dan dayatahan otot. 4.4.1
4.4.2
Mengenal pasti otot-otot besar yang terlibat semasa senaman dayatahan dan kekuatan otot..
Menerangkan kepentingan senaman daya tahan dan kekuatan otot.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
29/34
19
Aspek 4 : Apl ikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
4.5 Menguasai komposisi badan. 4.5.1
4.5.2
4.5.3
Membanding berat dan tinggi sendiri dengan rakan dan cartapertumbuhan normal.
Menyatakan nutrien makanan yang memberi tenaga danmembantu tumbesaran.
Mengenal pasti perkaitan antara senaman dengan berat badan.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
30/34
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
31/34
21
Aspek 5 : Kesukanan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Dinamika Kumpulan5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan
bekerjasama dalam kumpulan.5.4.1
5.4.2
5.4.3
Melakukan aktiviti secara berpasangan.
Membentuk kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti.
Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
32/34
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
33/34
7/27/2019 Dokumen Standard Pendidikan Jasmani
34/34
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAAras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk