26
Draf DSP Sejarah Tingkatan 2 20 Sept 2012 (Puteri Garden Hotel) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEJARAH TINGKATAN 2

Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

Draf

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 Sept 2012 (Puteri Garden Hotel)

STANDARD PRESTASIMATEMATIK TAHUN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI

SEJARAH

TINGKATAN 2

Page 2: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

2

Page 3: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan

untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai

perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

3

Page 4: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

TAFSIRAN

o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.

Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

4

Page 5: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD

1 Tahu

2 Tahu dan Faham

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

5

Page 6: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

1 TAHUMurid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.

2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.

4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

6

Page 7: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan

sepanjang hayat serta mampu berdikari.OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan

negara dan mempertahankan maruah bangsa.OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat

antarabangsa.OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni.OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

7

Page 8: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BAND PERNYATAAN STANDARD

1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .

4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.

5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

8

Page 9: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

1

TAHU

B1Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

B1D1Mengetahui kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah

Bab 1B1D1E1Menyatakan wilayah yang dikuasai oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)

B1D1E2Melorek peta lokasi Negeri-Negeri Selat dalam peta Tanah Melayu

B1D1E3Menyenaraikan pemimpin Kedah dan Johor yang mempertahankan kedaulatan negeri (UP)

Bab 2B1D1E4Menamakan Negeri-Negeri Melayu yang mengalami ketidakstabilan politik B1D1E5Melorek lokasi Negeri-Negeri Melayu yang dikuasai British dalam peta Tanah Melayu

Bab 3B1D1E6Menyenaraikan kuasa besar yang berusaha untuk bertapak di Asia

3 wilayah

Melorek ketiga-tiga Negeri-Negeri Selat

Minimum 2 pemimpin dari mana-mana negeri

4 buah negeri

Melorek 4 buah negeri-negeri Melayu

Minimum 2 kuasa besar

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

9

Page 10: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

Tenggara pada awal kurun ke-20

B1D1E7Melorek lokasi Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor dalam peta Tanah Melayu

B1D1E8Menyenaraikan pemimpin Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor yang mempertahankan kedaulatan negeri (UP)

Bab 4B1D1E9Melorek awasan Sarawak pada tahun 1841 dalam peta

B1D1E10Menyenaraikan kekayaan hasil bumi Sarawak (UP)

Bab 5B1D1E11Melorek kawasan Sabah pada tahun 1877 dalam peta

B1D1E12Menyenaraikan kekayaan hasil bumi Sabah (UP)

Bab 6B1D1E13

Melorek semua negeri

Minimum 2 pemimpin mana-mana negeri

Melorek kawasan Sarawak 1841

Minimum 2 hasil

Melorek kawasan Sabah antara Kimanis dan Sibuku – muka surat 102

Minimum 2 hasil

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

10

Page 11: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

B1D2Mengetahui tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British

Memerihalkan pertanian dagangan

B1D1E14Menyenaraikan kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu (UP)

B1D1E15Melorek kawasan tanaman getah dan perlombongan bijih timah pada kurun ke-20 dalam peta Tanah Melayu

Bab 7B1D2E1Menyenaraikan pemimpin setempat yang berjuang untuk kedaulatan bangsa

B1D2E2Melabel lokasi kebangkitan pemimpin setempat menentang British dalam peta Malaysia

B1D2E3Menyenaraikan ciri patriotik pemimpin setempat yang menentang British (UP)

Bab 8B1D2E4Menyatakan maksud semangat kebangsaan

Minimum 2 hasil/ maklumat tentang pertanian dagangan

Minimum 2 hasil

Minimum 1 kawasan penanaman getah dan 1 kawasan perlombongan bijih timah

Minimum 2 pemimpin

Minimum 4 lokasi

Minimum 2 ciri patriotik

Minimum 1 isi

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

11

Page 12: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

2

TAHU DAN FAHAM

B2Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme

B2D1Memahami kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah

B1D2E5Melabel lokasi gerakan kebangsaan di negara luar yang mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di negara kita dalam peta dunia

B1D2E6Menyenarai tokoh nasionalis di negara kita sebelum Perang Dunia Ke-2 (UP)

Bab 1B2D1E1Menjelaskan faktor pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura

B2D1E2Menjelaskan pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Negeri-Negeri Selat secara kronologi

B2D1E3Menjelaskan tindakan pemimpin Kedah untuk mempertahankan kedaulatan negeri (UP)

Bab 2B2D1E4Menjelaskan faktor campur tangan

Minimum 2 gerakan dilabel

Minimum 2 tokoh nasionalis

Minimum 2 faktor + 2 huraian setiap faktor

Mengikut urutan negeri

Minimum 1 pemimpin disertai 2 huraian

Minimum 2 faktor + 2 huraian

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

12

Page 13: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

British di Negeri-Negeri Melayu

B2D1E5Menjelaskan keadaan di Negeri-Negeri Melayu yang menyebabkan campur tangan British

Bab 3B2D1E6Menjelaskan tindakan British untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor secara kronologi

Bab 4B2D1E7Menjelaskan tindakan James Brooke untuk menguasai Sarawak

Bab 5B2D1E8Menjelaskan usaha syarikat asing untuk bertapak di Sabah

Bab 6B2D1E9Menjelaskan ciri ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan

B2D1E10Menjelaskan perkembangan

setiap faktor

Minimum 2 negeri + 2 huraian peristiwa setiap negeri

Minimum 3 negeri + 2 huraian setiap negeri

Minimum 2 tindakan + 2 huraian setiap tindakan

Minimum 2 syarikat/ pelabur asing + 2 huraian setiap syarikat/ pelabur asing

Minimum 2 ciri ekonomi tradisional + 2 ciri ekonomi dagangan

Minimum 3 perkembangan +

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

13

Page 14: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

B2D2Memahami tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British

perlombongan bijih timah di Tanah Melayu

B2D1E11Menjelaskan unsur patriotisme yang mesti diamalkan hasil daripada kekayaan khazanah negara kita (UP)

Bab 7B2D2E1Menjelaskan sebab kebangkitan pemimpin setempat menentang British

B2D2E2Menjelaskan peristiwa perjuangan pemimpin setempat menentang British

B2D2E3Menjelaskan iktibar daripada perjuangan pemimpin setempat menentang British (UP)

Bab 8B2D2E4Menjelaskan faktor yang menyemarakkan kesedaran kebangsaan di negara kita

2 huraian setiap perkembangan

Minimum 2 UP + 2 huraian setiap UP

Minimum 4 tokoh + 1 faktor + 1 huraian

Minimum 4 tokoh + 1 peristiwa + 1 huraian

Minimum 2 iktibar + 1 huraian setiap iktibar

Minimum 4 faktor + 1 huraian setiap faktor

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

14

Page 15: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

3

TAHU, FAHAM DAN

BOLEH BUAT

B3Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme

B3D1Menerangkan kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah

Bab 1B3D1E1Menerangkan cara Syarikat Hindia Timur Inggeris bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

B3D1E2Melakar dan melorek peta pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu pada tahun 1824

Bab 2B3D1E3Menerangkan peranan Residen dan kesan pelaksanaan Sistem Residen di Negeri-Negeri Melayu

B3D1E4Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Bab 3B3D1E5Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor

Minimum 3 negeri + 3 huraian setiap negeri

Lakar dan lorek pembahagian kawasan

Minimum 1 peranan + 1 huraian + 3 kesan + 1 huraian setiap kesan

Lakar dan lorek dengan betul

Lakar dan lorek dengan betul

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

15

Page 16: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

B3D2Menerangkan tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British

Bab 4B3D1E6Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial semasa pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak

B3D1E7Melakar dan melorek peta wilayah Sarawak yang dikuasai oleh keluarga Brooke

Bab 5B3D1E8Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial di Sabah semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara British

Bab 6B3D1E9Menerangkan perubahan sosial di Tanah Melayu kesan daripada perkembangan ekonomi semasa pentadbiran British

Bab 7B3D2E1Menerangkan kesan perjuangan pemimpin setempat menentang British

B3D2E2Membuat garis masa perjuangan

Minimum 3 perubahan yang merangkumi ekonomi dan sosial + 3 isi setiap perubahan

Peta Sarawak 1905

Minimum 3 perubahan yang merangkumi ekonomi dan sosial + 3 huraian setiap perubahan

Minimum 3 perubahan sosial + 3 huraian setiap perubahan

Minimum 5 tokoh + 2 kesan setiap perjuangan tokoh

Minimum 4 susunan secara

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

16

Page 17: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

4

TAHU, FAHAM DAN

BOLEH BUAT

DENGAN BERADAB

B4Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme

B4D1Menganalisis kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah

pemimpin setempat menentang British

Bab 8B3D2E3Menerangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran kebangsaan di negara kita

B3D2E4Mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

Bab 1B4D1E1Membandingkan cara Syarikat Hindia Timur Inggeris mengambil Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

Bab 2B4D1E2Menganalisis campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu daripada aspek sebab, tokoh dan kesan

B4D1E3Menganalisis penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896 daripada aspek faktor dan kesan

Bab 3B4D1E4

kronologi

3 golongan + 3 peranan setiap golongan

Senarai semak

Minimum 3 cara + 3 huraian + 2 kesan

Minimum 3 negeri merangkumi aspek sebab, pemimpin dan kesan

Minimum 3 faktor + 3 huraian setiap faktor + 2 kesan setiap faktor (kesan boleh diperolehi melalui buku teks)

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

17

Page 18: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

B4D2Menganalisis tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajahan British

Menganalisis kewibawaan pemimpin setempat di Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor dalam mempertahankan kedaulatan negeri daripada aspek tindakan dan kesan (UP)

Bab 4B4D1E5Menganalisis tindakan keluarga Brooke memantapkan pentadbiran untuk menguasai Sarawak

Bab 5B4D1E6Menganalisis tindakan Syarikat Borneo Utara British memantapkan pentadbiran untuk menguasai Sabah

Bab 6B4D1E7Membandingkan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu

Bab 7B4D2E1Mengelaskan perjuangan pemimpin setempat menentang British mengikut tokoh, lokasi, sebab dan cara berjuang

Minimum 1 pemimpin dari 3 negeri + 2 tindakan setiap pemimpin + 2 kesan setiap tindakan

Minimum 4 tindakan + 2 huraian setiap tindakan + 1 kesan setiap tindakan

Minimum 4 tindakan + 1 huraian setiap tindakan + 1 kesan setiap tindakan

Minimum 3 jenis sekolah + 4 aspek + 1 huraian setiap aspek setiap sekolah

Minimum 4 tokoh + 1 lokasi + 1 sebab + 1 cara berjuang setiap tokoh

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

18

Page 19: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

5

TAHU, FAHAM DAN

BOLEH BUAT

DENGAN BERADAB TERPUJI

B5Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah

B5D1Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan sejarah dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah

Bab 8B4D2E2Mengelaskan perjuangan pertubuhan dalam gerakan kesedaran kebangsaan berdasarkan pemimpin, matlamat, bentuk dan kesan perjuangan

B4D2E3Selalu mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)Bab 1B5D1E1Menilai keistimewaan Negeri-Negeri Selat yang menarik campur tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris

Bab 2B5D1E2Menilai tindakan pemimpin Negeri-Negeri Melayu menghadapi peluasan kuasa British

Bab 4B5D1E3Menilai perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial semasa pentadbiran Brooke terhadap penduduk tempatan di Sarawak (UP)

Bab 5B5D1E4Menilai perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial Syarikat Borneo

Minimum 3 badan +1 pemimpin + 1 matlamat + 1 bentuk + 1 kesan

Senarai semak

Minimum 3 keistimewaan + 1 huraian setiap keistimewaan + 2 kesan setiap keistimewaan ( KBAT)

Minimum 1 tindakan + 1 huraian setiap tindakan + 2 kesan setiap tindakan (KBAT)

Minimum 3 perubahan (1p, 1e, 1s) + 3 huraian setiap perubahan (1p, 1e, 1s) + 2 kesan perubahan (KBAT)

Minimum 3 perubahan (1p, 1e, 1s) + 3 huraian setiap

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

19

Page 20: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

Utara British terhadap penduduk tempatan di Sabah (UP)

Bab 6B5D1E5Menilai perubahan ekonomi dan sosial terhadap penduduk tempatan semasa pentadbiran British di Tanah Melayu (UP)

Bab 7B5D1E6Menilai keberkesanan perjuangan pemimpin tempatan dalam mempertahankan kedaulatan negeri daripada ancaman kuasa luar

Bab 8B5D1E7Menilai keberkesanan cara perjuangan kesedaran kebangsaan di negara kita pada awal kurun ke-20

B5D1E8Mengambil iktibar daripada kegigihan perjuangan nasionalis mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

B5D1E9Sentiasa mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik (UP)

perubahan (1p, 1e, 1s) + 2 kesan perubahan (KBAT)

Minimum 3 perubahan merangkumi ekonomi dan sosial + 3 huraian setiap perubahan + 2 kesan (KBAT)

Minimum 4 tokoh + 2 tindakan setiap tokoh + 2 kesan setiap tindakan (KBAT)

Minimum 3 cara perjuangan + 2 huraian setiap cara + 2 kesan setiap cara (KBAT)

Pelbagai bentuk instrumen seperti mencipta sajak, syarahan, lakonan, drama, power point, situasi atau lain-lain instrumen yang sesuai

Senarai semak

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

20

Page 21: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

BANDPERNYATAAN

STANDARDDESKRIPTOR EVIDENS

CATATAN

6

TAHU, FAHAM DAN

BOLEH BUAT

DENGAN BERADAB MITHALI

B6Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia

B6D1Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab

B6D1E1Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (UP)

B6D1E2Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP):

Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Bersemangat setia negara Bersemangat kekitaan Berdisiplin Berusaha dan produktif

Tugasan, jana idea, persembahan, produk (sajak, pantun, folio, esei, syarahan, choral speaking)

Senarai semak

Nota :

KPS - Kemahiran Pemikiran Sejarah

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

21

Page 22: Dokumen Standard Prestasi Sejarah Tingkatan 2

UP - Unsur Patriotisme

DSP Sejarah Tingkatan 2 20 September 2012 (Puteri Garden Hotel)

22