6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST MARK JALAN BAGAN AJAM 13000 BUTTERWORTH DOKUMENTASI LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL) TARIKH: 16 APRIL 2015

Dokumentasi Fire Drill

  • Upload
    rubiah

  • View
    250

  • Download
    42

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dokumentasi

Citation preview

Page 1: Dokumentasi Fire Drill

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST MARKJALAN BAGAN AJAM

13000 BUTTERWORTH

DOKUMENTASI

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN(FIRE DRILL)

TARIKH: 16 APRIL 2015

Page 2: Dokumentasi Fire Drill

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST MARK

LAPORAN KAWAT PENGUNGSIAN BANGUNAN (LATIHAN KEBAKARAN)TAHUN 2015

Tujuan:Sekolah Menengah Kebangsaan St Mark telah mengadakan latihan pengungsian bangunan pada 16 April 2015 bersamaan hari Khamis. Sesi pagi diadakan pada jam 9.40 pagi hingga 10.30 pagi manakala sesi petang telah diadakan pada jam 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Tujuan diadakan Latihan Pengungsian Bangunan ialah untuk membiasakan diri pengguna dan penghuni bangunan (murid-murid, guru dan para pekerja) dengan jalan-jalan keluar keselamatan, memahami panduan jalan keluar supaya jika berlaku kebakaran setiap individu dapat keluar dengan selamat dan bersistematik dan mengurangkan panik.

Keperluan Sebelum Mengadakan Latihan Pengungsian :1. Melantik AJK Keselamatan (Kebakaran).2. Mengadakan Pelan laluan kebakaran dan panduan mengosongkan bangunan. Pelan

Kebakaran dan risalah panduan ini ditampal pada setiap kelas, makmal, pejabat, bilik jahitan, bilik masakan, bilik computer dan bengkel.

3. Membuat tunjuk arah laluan kebakaran pada setiap blok bangunan untuk menunjukkan arah laluan keluar.

4. Memberi taklimat Pelan laluan kebakaran dan latihan kebakaran.5. Membuat pengagihan tugas (AJK latihan kebakaran).

Semasa Latihan Dijalankan:1. Membuat pengawasan di tempat berkumpul yang telah ditetapkan.2. Membuat pemerhatian laluan keluar dan memeriksa persekitaran bangunan.3. Merekodkan kesalahan perilaku yang terdapat semasa latihan kebakaran.4. Membuat pemeriksaan bilik darjah dan bilik-bilik khas sama ada lampu, kipas dan suis

elektrik ditutup.5. Membuat panggilan telefon kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam cawangan

Butterworth menyatakan ada kebakaran berlaku di SMK St Mark

Selepas Latihan:1. Para pelajar, guru-guru dan para pekerja berkumpul di tempat parkir kereta di hadapan

kantin..2. Guru kelas mengambil kehadiran para pelajar dengan mengisi borang kehadiran yang telah

disediakan.3. Masa yang diambil untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan ialah 2 minit 11 saat.

Masa yang ditetapkan untuk pelajar keluar dari bangunan ialah 3 minit. Borang kehadiran tadi diserahkan kepada penyelaras tingkatan untuk dibuat semakan dan analisis.

4. AJK Pemeriksaan Bangunan menyerahkan borang pemeriksaan bangunan kepada Setiausaha untuk tindakan lanjut. Kebanyakan pelajar yang tiada dalam barisan berada di padang sekolah untuk latihan kawad kaki unit beruniform.

Page 3: Dokumentasi Fire Drill

5. Tuan Pengetua, En. Murugan memberi ucapan dan komen latihan kebakaran yang telah dijalankan. Teguran dibuat kerana pelajar berlari dan guru-guru tidak mengiringi (membawa keluar) pelajar bersama-sama.

6. Semua kelas dan bilik-bilik khas menutup suis lampu dan kipas.7. Jabatan Pertahanan Awam cawangan Butterworth iaitu Encik Mohd Zul Izzi b. Zulkifli

memberi komen latihan kebakaran dan memberi sedikit ceramah berkaitan pencegahan kebakaran dan cara-cara menyelamatkan diri sewaktu kebakaran kepada warga sekolah.

8. Cara-cara memadam api telah ditunjukkan.9. Satu demonstrasi penyelamatan telah dijalankan.

Komen Kawat Pegungsian Bangunan daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam

1. Pelajar menjalankan latihan dengan agak memuaskan.2. Pelajar tidak beratur dan berlari untuk turun daripada bangunan.3. Persediaan untuk latihan adalah baik.4. Keseluruhan kawat pengungsian bangunan ini berjaya dilaksanakan.

Kesimpulan

Latihan pengungsian bangunan ini perlu dijalankan setiap tahun untuk memberi kesedaran dan panduan kepada para penghuni dan pengguna bangunan tentang tatacara yang betul dan selamat untuk keluar apabila berlakunya kebakaran. Hal ini penting untuk mengurangkan panik seterusnya dapat menyelamatkan nyawa. Kesimpulannya, latihan pengungsian bangunan yang dijalankan telah berjaya mencapai objektif kerana pelajar dapat mengikuti laluan yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

_________________________(PN. RUBIAH BASRI & PN. HARN SIANG FOONG)AJK DokumentasiJK Latihan Kebakaran

Page 4: Dokumentasi Fire Drill

GAMBAR FOTO LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN

Page 5: Dokumentasi Fire Drill

GAMBAR FOTOLATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (FIRE DRILL)

Page 6: Dokumentasi Fire Drill