8
DOKUMENTASI HARI KOMUNITI SEKOLAH SK PADANG MENGKUANG 25 MEI 2014

Dokumentasi Hari Komuniti

  • Upload
    isma

  • View
    36

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hari komuniti

Citation preview

Page 1: Dokumentasi Hari Komuniti

DOKUMENTASI

SK PADANG MENGKUANG 25 MEI 2014

Page 2: Dokumentasi Hari Komuniti

25 MEI 2014 – Program Hari Komuniti anjuran unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dijalankan pada hari Ahad yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang itu mendapat sambutan yang meriah di kalangan guru, murid, ibu bapa dan juga komuniti setempat.

Matlamat program Hari Komuniti ini adalah mewujudkan perhubungan yang akrab di antara guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan penjaga serta komuniti setempat di samping memberi kefahaman kepada mereka akan peranan sekolah sebagai sumber maklumat untuk kecemerlangan murid.

Antara objektif pelaksanaan program Hari Komuniti ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti setempat untuk bersama warga sekolah dalam mewujudkan hubungan yang lebih harmoni dan mesra, menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan dan memberi info yang berguna kepada murid-murid dan para pengunjung melalui pameran yang diadakan oleh agensi kerajaan.

Program dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh beberapa orang guru SK Padang Mengkuang dengan penyertaan guru-guru dan semua murid SK Padang Mengkuang. Selain itu, senamrobik itu juga turut disertai oleh kanak-kanak dari tadika yang berhampiran yang menerima undangan daripada SK Padang Mengkuang.

Guru-guru yang terlibat dengan gerai jualan pula sibuk menyediakan gerai masing-masing seperti Gerai Kelab Guru, Gerai Panitia dan terdapat juga gerai yang diuruskan oleh guru secara persendirian atau perkongsian beberapa orang guru. Terdapat beberapa orang murid yang dilantik untuk membantu guru-guru menguruskan setiap gerai jualan. Kebanyakan gerai jualan pada hari tersebut merupakan makanan dan minuman selain terdapat beberapa buah gerai yang menjual barangan lain. Antara juadah yang dijual pada hari tersebut termasuklah nasi lemak, nasi kerabu, roti Maryam, mee goreng, nugget, mee jawa, puding-puding, sate ikan dan sebagainya. Minuman seperti air batu cendol, air nanas, air sirap, air kotak, ais blended dan minuman bergas turut dijual. Terdapat juga gerai yang menjual haiwan hiasan dan juga gerai pakaian.

Page 3: Dokumentasi Hari Komuniti

Selain gerai jualan, terdapat juga pameran yang diadakan pada hari tersebut iaitu pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pameran ini bertujuan memberikan info yang berguna kepada semua warga SKPM dan juga masyarakat setempat.

Sambutan amat menggalakkan daripada murid-murid, guru-guru dan warga penduduk kampung yang telah datang beramai-ramai menjayakan program ini. Kupon-kupon bayaran telah dibeli lebih awal oleh murid-murid melalui guru kelas masing-masing manakala pengunjung yang baru berkunjung mendapatkan kupon tersebut di kaunter kupon yang telah disediakan.

Sesungguhnya program ini dapat memberi pengalaman sebenar kepada murid-murid dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang di samping memberi sedikit dana kepada kelab-kelab yang mengambil bahagian. Sebarang kekurangan dan kelemahan akan sentiasa diberi perhatian dan langkah-langkah penambahbaikan semestinya akan dibuat untuk program yang akan datang.

Page 4: Dokumentasi Hari Komuniti

ALBUM SEPANJANG HARI KOMUNITI

PERSIAPAN GERAI

SENAMROBIK

SENAMROBIK

Page 5: Dokumentasi Hari Komuniti

GERAI-GERAI JUALAN

GERAI-GERAI JUALAN

JUADAH JUALAN

Page 6: Dokumentasi Hari Komuniti

GERAI PAMERAN

GERAI PAMERAN

KAUNTER KUPON