Upload
nguyenliem
View
252
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
POLISI OPERASI
FARMASI AMBULATORI (HOSPITAL & KLINIK KESIHATAN)
EDISI 1 : 2011
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 1
KANDUNGAN
i Senarai Kandungan 1
ii Penghargaan 3
iii Prakata Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM 4
iv Prakata Pengarah Amalan & Perkembangan Farmasi 5
1 Pengenalan 6
2 Terminologi 7
3 Struktur Organisasi dan Fungsi Amalan Farmasi Ambulatori 11
4 Organisasi dan Pentadbiran 12
5 Akta dan Peraturan 13
6 Sumber Manusia 14
7 Kursus, Latihan dan Pembelajaran Berterusan (CPD) 14
8 Orientasi Anggota 15
9 Jadual Giliran & Deployment 15
10 Komunikasi Anggota 15
11 Disiplin Anggota 16
12 Pencapaian Anggota (Staff Perfomance) 16
13 Fasiliti,Peralatan dan Lain-Lain Sumber 17
14 Penyelenggaraan dan Pembaikan (Repair and
Maintenance)
18
15 Hubungan dan Komunikasi Inter & Intra -Jabatan 19
16 Keselamatan 20
17 Bekalan Kontigensi Bencana 21
18 Kebersihan & Housekeeping 22
19 Waktu Operasi 22
20 Preskripsi 23
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 2
21 Penulisan Preskripsi 24
22 Pindaan dan Pembatalan Atas Preskripsi 25
23 Pengendalian Preskripsi 25
24 Formulari 26
25 Pendispensan Ubat 27
26 Kaunseling Ubat-ubatan dan Pendidikan Pesakit 29
27 Pengurusan Penggunaan Ubat-Ubatan 30
28 Pengurusan Sumber Kewangan/Peruntukan 31
29 Perolehan, Penyimpanan, Distribusi dan Kawalan Ubat-Ubatan 31
30 Pelupusan dan Hapuskira 34
31 Initiatif, Kreativiti dan Inovasi & Penambahbaikan Perkhidmatan 35
32 Promosi Perkhidmatan dan Aktiviti Farmasi 35
33 Lain-lain 35
34
35
Rujukan
Lampiran 1
36
37
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 3
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli Jawatankuasa Farmasi Ambulatori (Hospital dan
Kesihatan Primer) serta anggota farmasi lain yang terlibat dalam penghasilan Polisi
Operasi Farmasi Ambulatori, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 4
PRAKATA
PENGARAH KANAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Perkembangan Perkhidmatan dan Amalan Farmasi adalah selari dengan hasrat
Kerajaan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Amalan Farmasi
Ambulatori (Hospital dan Kesihatan) yang utama adalah memastikan kebolehcapaian
farmakoterapi oleh pesakit dan penggunaan ubat-ubatan yang berkualiti serta selamat.
Peranan pegawai farmasi juga telah berevolusi dari penyediaan dan pembekalan
produk farmaseutikal/ ubat kepada pemberi perkhidmatan dan informasi. Penjagaan
Farmaseutikal (Pharmaceutical Care Services, PCS) adalah menjadi fokus utama dalam
penyampaian perkhidmatan farmasi ambulatori. Sumbangan perkhidmatan farmasi dalam
Penjagaan Farmaseutikal yang berkualiti diharap dapat membantu meningkatkan kualiti
hidup (QoL) rakyat sepanjang hayat.
Melalui kreativiti dan inovasi, penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan telah
dapat diperbaiki melalui perkhidmatan tambah-nilai (value-added service) yang dihasilkan.
Oleh itu, polisi operasi yang jelas dan kemaskini amat perlu bagi mencetus kreativiti dan
inovasi yang mampu menjana transformasi perkhidmatan untuk terus unggul dan
bersesuaian dengan peredaran masa. Saya berharap dokumen ini dapat dijadikan rujukan
dan panduan kepada semua anggota farmasi ambulatori dalam usaha menyampaikan
perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan di hospital dan kesihatan.
Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh anggota Jawatankuasa
Farmasi Ambulatori atas inisiatif mereka menghasilkan dokumen ini.
DATO’ EISAH BINTI A. RAHMAN
PENGARAH KANAN PERKHIDMATAN FARMASI
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 5
PRAKATA
PENGARAH AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Amalan Farmasi Baik atau Good Pharmacy Practice (GPP) memerlukan pegawai
farmasi yang berkebolehan dalam pelbagai bidang perkhidmatan. Pegawai farmasi mampu
berperanan sebagai pemberi perkhidmatan (care-giver), pegawai perhubungan
(communicator), pembuat keputusan (decision maker), pengajar/ guru, life-long learner,
penyelidik, pengurus dan pemimpin. Bagi memantapkan peranan tersebut, ia perlu
berpandukan kepada dasar dan polisi yang ditetapkan.
Dasar dan polisi yang berlandaskan Akta dan Peraturan ini perlu diterjemahkan
kepada garis panduan dan dijadikan piawaian rujukan amalan farmasi. Seterusnya,
protokol atau prosedur dapat dihasilkan bagi membentuk proses kerja yang efektif bagi
menghasilkan perkhidmatan farmasi yang cekap dan berkualiti.
Pengurusan farmasi di semua peringkat perkhidmatan perlu kompeten, berdaya
kreatif, berinovatif serta berupaya menjana transformasi perkhidmatan yang besesuaian
dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa. Oleh yang demikian, diharapkan
Polisi Operasi ini dapat dijadikan rujukan bagi Perkhidmatan Farmasi Ambulatori di hospital
dan klinik kesihatan.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat
dalam penerbitan dokumen ini. Semoga dokumen ini dapat membantu pencapaian
matlamat yang disasarkan untuk perkhidmatan farmasi.
DR SALMAH BINTI BAHRI
PENGARAH AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 6
1) PENGENALAN
Farmasi Ambulatori memberikan perkhidmatan farmasi yang komprehensif kepada
pelanggan yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di fasiliti Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
Farmasi Ambulatori komited dalam memberikan perkhidmatan penjagaan
farmaseutikal yang berkesan, selamat dan berkualiti dalam pelbagai bidang farmakoterapi
yang pelbagai seperti Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC), Rawatan Terapi
Gantian (RTG) Methadone dan Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART). Farmasi
Ambulatori akan terus melaksanakan transformasi dalam sistem penyampaian
perkhidmatan melalui cetusan idea kreatif dan inovatif bagi memudahkan akses pesakit
kepada pengubatan. Di antara inovasi bagi kemudahan pesakit ialah Sistem SMS dan
Ambil, Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M) dan Farmasi Pandu Lalu (Drive-thru
Pharmacy).
Pencapaian objektif farmakoterapi adalah berkait rapat dengan penggunaan ubat
secara berkesan, selamat dan berkualiti. Pesakit perlu diberi penghakupayaan
(empowerment) terhadap terapi pengubatan mereka. Objektif ini boleh dicapai melalui
pendidikan pesakit dan promosi penggunaan ubat berkualiti-konsumer (QUM-C). Farmasi
Ambulatori juga perlu mempunyai sistem pengurusan dan penyampaian maklumat ubat-
ubatan kepada pesakit dan juga anggota kesihatan.
Bagi memastikan akses pesakit kepada pengubatan mereka, Farmasi Ambulatori
perlu memastikan ketersediaan (availability) ubat-ubatan secara optima berdasarkan
formulari fasiliti masing-masing. Di samping itu juga, pengurusan inventori ubat-ubatan di
Farmasi Ambulatori perlu dibuat secara efisien bagi memastikan stok ubat mencukupi
untuk dibekalkan kepada pesakit.
Skop amalan Farmasi Ambulatori adalah selaras dengan halatuju yang digariskan
oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM. Rujukan utama amalan Farmasi Ambulatori
adalah Dasar Ubat Nasional (DUNAS), Akta dan Peraturan, Kawalan, Arahan Pentadbiran,
Dasar dan Polisi Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Kementerian Kesihatan.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 7
2) TERMINOLOGI 2.1 Amalan 5S (Budaya Kaizen): Adalah sistem housekeeping berdasarkan konsep
kerja orang Jepun yang sentiasa mengamal ”strategy for perfomance excellence”
bagi memastikan penambahbaikan berterusan kepada semua proses, sistem
dan sumber manusia dalam organisasi bagi menghasilkan produk dan
perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan.
2.2 Clinical Care Plan & Pengurusan Ubat (Medication Management): Penglibatan
pegawai farmasi dalam pembentukan dan pelaksanaan perancangan klinikal
berkaitan terapi ubat-ubatan dan protokol rawatan yang melibatkan pengiraan dos,
kesan advers ubat-ubatan dan kesilapan pengubatan (medication errors).
2.3 Farmasi Ambulatori (Ambulatory Pharmacy): Fasiliti farmasi menyediakan
perkhidmatan penjagaan farmasi kepada pesakit luar di hospital dan kesihatan.
2.4 Fasiliti KKM: Hospital, Klinik Kesihatan, Institusi Kesihatan di bawah Kementerian
Kesihatan Malaysia sahaja
2.5 Full Time Equivalent (FTE): Nisbah bilangan keseluruhan masa berbayar untuk
satu tempoh (sepenuh masa, separuh masa) berbanding dengan bilangan jam
bekerja bagi tempoh waktu pejabat (Isnin- Jumaat /Ahad-Khamis = 40 Jam) . FTE
adalah nombor dipakai bagi menunjukan bilangan anggota sepenuh masa bagi
satu tugas/aktivi/tempat kerja. Nombor ini tidak menggambarkan bilangan orang
sebenar, tetapi adalah bilangan masa kerja bagi pekerja sepenuh masa dan
separuh masa atau kontrak.
2.6 Formulari Ubat-ubatan KKM (FUKKM) : Senarai ubat yang lengkap dengan
maklumat ubat seperti dos, kumpulan ubat, kategori preskriber dan lain-lain yang
digunapakai dalam fasiliti KKM. FUKKM ini dikeluarkan oleh Bahagian
Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia setelah dipersetujui dan
diluluskan melalui Mesyuarat Kajisemula Senarai Ubat KKM.
2.7 Intervensi: Aktiviti yang dilaksanakan oleh Pegawai Farmasi bagi menyelesaikan
isu-isu yang berbangkit semasa saringan preskripsi.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 8
2.8 Island Dispensing: Sistem pengurusan preskripsi dalam proses aliran kerja
pendispensan di mana tugas pengisian-penglabelan dilaksanakan oleh seorang
anggota farmasi dan hasilnya perlu disemak semula/semak silang oleh Pegawai
Farmasi / anggota farmasi yang lain sebelum didispens atau dibekalkan kepada
pengguna.
2.9 Kesihatan Awam (Public Health): Sebuah institusi, disiplin atau amalan sosial /
kebajikan di mana aktiviti meliputi usaha sosial bagi melindungi, mempromosi dan
mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
2.10 Kaunter Terbuka: Merupakan sistem perkhidmatan kaunter berkonsepkan mesra
pelanggan di mana tiada pemisah/pengadang antara anggota farmasi dan pesakit
semasa urusan pendispensan dilakukan.
2.11 Koordinator / Runner: Anggota farmasi yang dijadual untuk mengganti atau
membantu tugasan anggota sedia ada diperlukan bagi memastikan perkhidmatan
kepada pelanggan tidak terjejas
2.12 Luar Waktu Bekerja : Aktiviti farmasi yang dilaksanakan diluar waktu bekerja
biasa berdasarkan Perintah-Perintah Am Bab G.
2.13 MTAC (Medication Therapy Adherence Clinic): Pengurusan terapi ubat-ubatan
oleh pegawai farmasi bertauliah dan terlatih bagi pesakit dengan pelbagai jenis
penyakit yang mengambil/menggunakan pelbagai jenis ubat. Pesakit akan
diberikan informasi dan khidmat nasihat bagi mengurus terapi ubat-ubatan mereka
supaya taraf kesihatan dapat dikekalkan atau ditingkatkan serta mengelakkan
atau mengurangkan masalah berhubungkait dengan ubat-ubatan (drug-related
problems).
2.14 Maklumat Ubat (Drug Information): Maklumat yang diberikan kepada pesakit
dan anggota keluarga pesakit dari segi penjagaan farmaseutikal.
2.15 Perkhidmatan Farmasi Ambulatori (Ambulatory Pharmacy Services):
perkhidmatan yang komprehensif yang disumbangkan oleh pegawai farmasi
bertauliah atau anggota farmasi terlatih. Perkhidmatan meliputi pengurusan
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 9
farmasi (Pharmacy Management) dan penjagaan farmasi (Pharmacy Care) di
sektor farmasi ambulatori.
2.16 Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services, VAS): Aktiviti amalan
farmasi yang dicetuskan hasil kreativiti dan inovasi anggota farmasi dalam
meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pelanggan.
Contoh, Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB), Sistem Temujanji (SMS
&Take, Drive Thru, UMP 1 Malaysia) dalam aktiviti pendispensan ubat yang
melibatkan preskripsi bekalan separa. VAS adalah perkhidmatan pilihan kepada
pesakit berdasarkan kriteria yang ditetapkan sebelum perkhidmatan diberikan.
2.17 Penjagaan Farmaseutikal (Pharmaceutical Care): Peranan komprehensif dan
proaktif pegawai farmasi dalam pengurusan rawatan dalam usaha membantu
pesakit memaksimakan objektif pengubatan mereka. Juga meyelaras dan
membantu dalam usaha meningkatkan komplian pesakit terhadap farmakoterapi,
mengehakupayaan penggunaan ubat berkualiti kepada masyarakat melalui
program wellness. Pegawai farmasi juga terlibat secara terus dalam pengurusan
dan pemonitoran penyakit bagi melestarikan kualiti hidup pesakit yang dirawat
(Improve on Quality of Life,QoL).
2.18 Penjagaan Ambulatori (Ambulatory Care): Rawatan perubatan yang diberikan
kepada pelanggan sebagai pesakit luar (non-hospitalized) seperti
di klinik pesakit luar hospital (hospital outpatient clinic), jabatan atau bilik
kecemasan (ER/ Department), klinik pakar hospital, klinik kesihatan dan rawatan
ke rumah (Home Medication Review)
2.19 Preskripsi: Satu arahan bertulis di atas slip (Perubatan 6A Pindaan 3/96) yang
sah dan lengkap daripada preskriber kepada pesakit untuk mendapat bekalan
ubat-ubatan dari unit farmasi atau dokumen permintaan atas talian (online
prescription).
2.20 Preskriber: Pegawai bertauliah yang diberi kuasa menulis preskripsi secara biasa
atau online. Kelayakan preskriber untuk menulis atau memohon bagi setiap
kategori ubat adalah seperti yang tersenarai dalam Formulari Ubat-ubatan KKM.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 10
2.21 Pesakit Discaj untuk Meneruskan Rawatan di fasiliti KKM lain: Perkhidmatan
ini adalah merujuk kepada pesakit yang telah stabil yang dirujuk ke Hospital
Daerah atau Klinik Kesihatan bagi meneruskan rawatan susulan.
2.22 Polisi Penggunaan Ubat: Keputusan penggunaan ubat oleh jawatankuasa yang
dilantik. Keputusan dibuat berdasarkan faktor klinikal, QoL dan farmakoekonomik
yang bertujuan menghasil keputusan optima dalam rawatan pesakit (contoh-
melalui Jawatankuasa Ubat & Terapeutik di hospital atau kesihatan,
Jawantankuasa Kawalan Infeksi).
2.23 Rawatan Terapi Gantian (RTG): Aktiviti klinikal yang diberikan oleh pegawai
farmasi bertauliah dan terlatih kepada pesakit yang disahkan memerlukan RTG di
bawah program Harm-Reduction.
2.24 Saringan: Penelitian yang dibuat oleh pegawai farmasi keatas preskripsi/
permohonan dari preskriber bagi memastikan semua ubat yang ditulis adalah
menepati indikasi dan keperluan farmakoterapi pesakit preskripsi tersebut.
2.25 Semak silang: Proses semakan semula ubat-ubatan yang diisi berbanding
preskripsi (cross checking) oleh pegawai farmasi atau penolong pegawai farmasi
bagi memastikan pengisian dan pelabelan yang tepat dan betul.
2.26 Sistem Temujanji: Kaedah penetapan tarikh pengambilan ubat susulan
menggunakan kad temujanji, SMS, telefon, faks, e-mel dan sebagainya. Bekalan
ubat tersebut telah tersedia untuk kutipan pada tarikh yang telah dipersetujui pihak
farmasi dan pesakit. Struktur ini mempunyai lapisan carta yang pendek di mana
anggota akan melapor terus kepada ketua Jabatan.
2.27 Struktur (Organisasi) Horizontal: Struktur Organisasi adalah petunjuk hiraki
konstitusi di mana setiap pekerja/anggota mempunyai hubungan dan tanggung
jawab (whom he/she must report to). Organisasi kecil seperti hospital, klinik
kesihatan, sekolah, hotel selalunya akan adopt struktur ini.
2.28 Ubat Psikotropik: Ubat-ubat yang tersenarai di dalam Jadual Ketiga Akta Racun
1952 (disemak 1989).
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 11
3) STRUKTUR ORGANISASI DAN FUNGSI FARMASI AMBULATORI
3.1 OBJEKTIF
Farmasi Ambulatori perlu menyediakan perkhidmatan penjagaan
farmaseutikal yang optimum melalui pemberian ubat yang tepat, betul, efektif,
selamat dalam masa yang ditetapkan dengan kuantiti yang mencukupi. Ianya
termasuk penyaringan preskripsi, membuat intervensi terhadap sebarang masalah
preskripsi dengan preskriber bila perlu, pengisian ubat yang betul, semak silang
ubat dan pendispensan.
Memberikan maklumat berkaitan ubat melalui perkhidmatan kaunseling
ubat-ubatan dan pendidikan kesihatan kepada pelanggan dan penjaga untuk
meningkatkan keberkesanan rawatan dalam meningkatkan kualiti penggunaan
ubat.
3.2 FUNGSI / SKOP PERKHIDMATAN
3.2.1 Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal kepada
pelanggan ambulatori :
3.2.1.1 Jabatan Kecemasan
3.2.1.2 Klinik - Klinik Pakar
3.2.1.3 Jabatan Pesakit Luar Hospital
3.2.1.4 Klinik Kesihatan
3.2.1.5 Pesakit Discaj dari Wad (polisi setempat)
3.2.1.6 Pesakit Rawatan Harian (Day Care Patient / ACC)
3.2.2 Perkhidmatan Farmasi Ambulatori :
3.2.2.1 Pendispensan Ubat
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 12
3.2.2.2 Pendispensan Dadah Merbahaya (Dangerous Drug, DD) –contoh
Sediaan sirup/larutan Morfin.
3.2.2.3 Pendispensan Bahan Psikotropik ( Psychotropic Substances)
3.2.2.4 Sediaan Ekstemporanus
3.2.2.5 Rekonstitusi/ Pencampuran Aseptik (di ACC)
3.2.2.6 Pra-pembungkusan (pre-packing) ke bentuk pek pengguna (consumer
pack)
3.2.2.7 Kaunseling Ubat-ubatan
3.2.2.8 Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)
3.2.2.9 Perkhidmatan Maklumat Ubat (Drug Information Service)
3.2.2.10 Promosi Kesihatan dan Pendidikan Pesakit
3.2.2.11 Pemantauan Kesan Advers Ubat (ADR)
3.2.2.12 Perkhidmatan Tambah Nilai (Bagi Pendispensan) :
Sistem Pendispensan Secara Temujanji (Pharmacy Appointment
Service, PhAS) seperti Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB),
SMS & Ambil, Pandu Lalu, UMP 1 Malaysia dan lain-lain)
3.2.3 Piawaian Perkhidmatan Farmasi Ambulatori
Semua farmasi ambulatori perlu melaksanakan perkhidmatan di atas berdasarkan
akta, peraturan, polisi, garispanduan atau protokol yang ditetapkan.
4) ORGANISASI DAN PENTADBIRAN
4.1 Carta organisasi ambulatori perlu berbentuk struktur melintang (horizontal) dan
menerangkan aliran hubungan serta tanggungjawab setiap anggota, dipamerkan
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 13
serta dikemaskini.
4.2 Tugas dan tanggungjawab setiap anggota perlu dijelaskan dan didokumenkan
dalam Fail Meja.
4.3 Mekanisma komunikasi perlu diwujudkan bagi penyampaian maklumat serta
penyelesaian isu dalam dan luar jabatan.
5) AKTA DAN PERATURAN
Perkhidmatan Farmasi Ambulatori perlu memastikan semua akta, peraturan,
kawalan, arahan pentadbiran, polisi, garispanduan dan protokol dipatuhi.
5.1 Akta Racun 1952 & Peraturan-Peraturan
5.2 Akta Dadah Merbahaya 1952 & Peraturan-Peraturan
5.3 Akta Jualan Dadah 1952 & Peraturan-Peraturan
5.4 Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 & Peraturan-Peraturan
5.5 Akta Ubat (Iklan & Jualan) 1956 & Peraturan-Peraturan
5.6 Arahan Pentadbiran, Polisi & Garispanduan seperti :
5.6.1 Arahan Pentadbiran dan Surat-Surat Pekeliling KKM.
5.6.2 Polisi Ubat Kebangsaan (National Medicines Policy)
5.6.3 Senarai Ubat Asas Kebangsaan (National Essential Drug List)
5.6.4 Formulari Ubat KKM (MOH Drug Formulary)
5.6.5 Kod Ubat Malaysia (Malaysian Drug Codes)
5.6.6 Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu ( SPUB)
5.6.7 Lain-lain garispanduan, prosedur dan protokol Perkhidmatan Farmasi dan
Kementerian Kesihatan Malaysia
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 14
6) SUMBER MANUSIA
6.1 Keperluan Anggota
6.1.1 Agihan keperluan sumber manusia hendaklah berdasarkan kepada
Full Time-Equivalent (FTE).
6.1.2 Seorang pegawai farmasi bertindak sebagai ketua bagi setiap
perkhidmatan farmasi ambulatori
6.1.3 Bilangan anggota farmasi mestilah mencukupi sepanjang masa
beroperasi
6.1.4 Seorang ’runner’ perlu diwujudkan mengikut keperluan fasiliti pada
setiap masa.
6.1.5 Anggota farmasi yang bertugas di farmasi ambulatori mestilah
mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Anggota pelatih mesti bekerja
di bawah penyeliaan anggota terlatih.
6.1.6 Anggota farmasi perlu mematuhi Perintah Am dan Pekeliling
Perkhidmatan terkini serta Akta dan Peraturan.
7) KURSUS, LATIHAN DAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN (CPD)
7.1
Semua pegawai farmasi perlu mencapai mata CPD minimum sebanyak 40 dan
penolong pegawai farmasi sebanyak 30. Semua anggota perlu mencapai
tempoh latihan berstruktur berjumlah 7 hari.
7.2 Semua anggota perlu diberi peluang untuk menghadiri kursus atau latihan
berkaitan kompetensi / penambahbaikan dalam bidang tugas yang dilaksanakan
7.3 Semua anggota perlu digalakkan menghadiri program atau aktiviti pembelajaran
berterusan yang dianjurkan oleh fasiliti atau agensi masing-masing.
7.4 Latihan adalah diperlukan bagi anggota yang akan melaksanakan perkhidmatan
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 15
khusus seperti MTAC, Rawatan Gantian Methadone dan Smoking Cessation.
7.5 Semua latihan perlu direkodkan dan dikemaskini
8) ORIENTASI ANGGOTA
8.1 Semua anggota baru farmasi ambulatori perlu menghadiri program
orientasi yang diuruskan oleh institusi masing-masing.
8.2 Semua pegawai penyelia farmasi ambulatori perlu memastikan
anggota baru termasuk pegawai farmasi provisional (PRP) diberikan orientasi
tentang perkhidmatan ambulatory, akta dan peraturan serta Pekeliling
Perkhidmatan terkini.
8.3 Catatan dan tandatangan penyelia perlu direkodkan dalam buku
log atau diberikan surat/ sijil pengesahan perlaksanaan dan kehadiran
bagi program orientasi
9) JADUAL GILIRAN & DEPLOYMENT
9.1 Sistem giliran perlu diwujud dan didokumentasikan bagi semua
anggota Farmasi Ambulatori berdasarkan persetujuan KPF atau pegawai
penyelia.
9.2 Sistem backup/ pooling atau deployment perlu dijadual dan dilaksanakan
secara sistematik bagi menangani situasi bottle neck dan down time.
10) KOMUNIKASI ANGGOTA
10.1 Mesyuarat Farmasi Ambulatori perlu diadakan secara berjadual dan
didokumentasikan.
10.2 Mesyuarat secara ad-hoc diadakan bagi menangani isu-isu yang memerlukan
tindakan segera.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 16
10.3 Aktiviti-aktiviti berkaitan kekeluargaan dan kerja berpasukan di farmasi ambulatori
amat digalakkan seperti perlaksanaan hari keluarga, Team Building dan gotong-
royong.
10.4 Pegawai y/m farmasi ambulatori perlu dari masa ke masa memberi penerangan
(Convey all relevant messages) kepada semua anggota dibawah seliaannya.
11) DISIPLIN ANGGOTA
11.1 Semua anggota Farmasi Ambulatori perlu mematuhi etika berpakaian penjawat
awam dan mempraktikan nilai-nilai murni perkhidmatan awam.
12) PENCAPAIAN ANGGOTA (STAFF PERFORMANCE)
12.1 Setiap anggota perlu memiliki “Fail Meja” yang lengkap dan terkini.
12.2 Setiap kerja perlu mempunyai dokumen Standard Operating Procedure (SOP) /
protokol atau arahan kerja yang lengkap dan terkini.
12.3 Setiap Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua
(PPK ) perlu memastikan Pegawai Yang Dinilai (PYD) menyediakan Sasaran
Kerja Tahunan (SKT) dan persetujuan dibuat ke atas SKT berdasarkan
sasaran umum dan sasaran spesifik. Semakan (review) perlu dibuat dalam
tempoh 6 bulan jika ada perubahan SKT.
12.4 Penilaian pencapaian SKT perlu dilaksanakan berdasarkan sasaran dan
pemarkahan yang dipersetujui antara PPP dan PYD.
12.5 Pengiktirafan kepada anggota perlu berdasarkan objektif dan polisi yang jelas dan
saksama.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 17
13) FASILITI, PERALATAN DAN LAIN-LAIN SUMBER
13.1 Infrastruktur yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi
kemudahan:
13.1.1 Pelanggan
13.1.2 Perlaksanaan Perkhidmatan 13.1.3 Anggota 13.2 Bagi memastikan pencapaian optima dan penjagaan pesakit yang berkualiti,
ruang, peralatan dan lain-lain sumber perlu bersesuaian, memenuhi skop
perkhidmatan serta menepati keperluan aktiviti farmasi ambulatori.
13.3 Lokasi farmasi ambulatori perlu berhampiran klinik bagi memudahkan pesakit
berurusan.
13.5 Fasiliti yang dilengkapi Teknologi Maklumat (ICT) perlu menggunakan
kemudahan ini secara optima, contohnya aplikasi PHIS, HIS dan TPC.
13.6 Pusat Maklumat Ubat perlu kemudahan komputer yang dilengkapi dengan
internet serta perisian maklumat seperti Micromedex®, Lexicomp® dan sentiasa
dikemas kini.
13.7 Penyediaan ubat perlu mematuhi Good Preparation Practice (GPP). Penstoran
dan edaran (distribution) ubat perlu mematuhi Good Distribution Practice (GDP).
Pemantauan berkala perlu dilakukan ke atas semua lokasi penyimpanan
termasuk luar kawasan farmasi (unit pengguna).
13.8 Kaunter pendispensan hendaklah berkonsepkan kaunter terbuka (open counter).
Perkhidmatan kaunter khas seperti kaunter ekspres (item mudah), kaunter untuk
pesakit kurang upaya, kanak- kanak dan ibu mengandung serta kaunter untuk
warga emas perlu diadakan.
13.9 Ruang yang sesuai, bersih, kemas dan bersistematik bagi aktiviti penyebatian /
pencampuran (compounding) dan pra- pembungkusan perlu diadakan. Fasiliti
dan peralatan perlu penyenggaraan berjadual dan direkodkan.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 18
13.10 Kemudahan Ruang Penilaian Pesakit, Khidmat Nasihat (Kaunseling), MTAC dan
RTG perlu disediakan bagi pegawai farmasi membuat penilaian, memberikan
kaunseling ubat-ubatan dan pendispensan kepada pesakit bagi
mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman serta kepatuhan kepada rancangan
pemonitoran dan regimen pengubatan mereka.
13.11 Perlu ada polisi dan prosedur bagi penilaian, pemilihan, penggunaan, kalibrasi,
pengawasan dan penyenggaraan sistem automasi farmasi.
13.12
Penyenggaraan peralatan dan rekod kemudahan yang bersesuaian diperlukan
bagi pengawasan dan penyimpanan rekod-rekod berdasarkan keperluan undang-
undang dan peraturan yang berkaitan secara berintegriti.
13.13 Kemudahan ruang pejabat dan mesyuarat yang bersesuaian adalah diperlukan
bagi pengurusan, pembelajaran dan latihan anggota.
13.14 Maklumat lanjut berkaitan keperluan fasiliti boleh didapati daripada `Requirement
For The Development Of Pharmacy Facilities In Hospitals, Health Clinics And
Other Health Facilities, Ministry Of Health Malaysia, Edisi 3, 2009’.
14) PENYENGGARAAN DAN PEMBAIKAN ( REPAIR AND MAINTENANCE)
14.1 Pegawai Farmasi y/m atau anggota yang diberi kuasa perlu memastikan
penyenggaraan dilaksanakan melalui syarikat konsesi yang dilantik oleh KKM
mengikut jadual yang ditetapkan.
14.2 Penyenggaraan fasiliti dan peralatan termasuk validasi dan kalibrasi perlu dibuat
oleh vendor yang bertauliah dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan
dalam manual pengendalian fasiliti atau peralatan tersebut.
14.3 Anggota yang diberi kuasa dan tanggung jawab perlu memastikan semua aset
yang disenaraikan di bawah farmasi ambulatori sentiasa dikemaskini dan
disenggara berterusan mengikut jadual.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 19
15) HUBUNGAN & KOMUNIKASI INTER- DAN INTRA- JABATAN
15.1 Farmasi Ambulatori hendaklah memupuk hubungan harmoni inter- dan intra-
jabatan di mana perkhidmatan ini ditempatkan.
15.2 Kerjasama dengan semua ketua jabatan klinikal perlu diwujudkan bagi
memastikan perolehan ubat dapat dibuat secara kos-efektif dan penggunaan ubat
secara rasional dan berkualiti dapat direalisasikan berdasarkan keputusan yang
dibuat melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Ubat danTerapeutik yang efisien dan
efektif.
15.3 Bekerjasama dengan Jabatan Patologi serta CSSD bagi membantu melicinkan
aktiviti farmakokinetik klinikal serta penyebatian /pencampuran aseptik (aseptic
compounding).
15.4 Bekerjasama dengan pihak pentadbiran dan kewangan untuk perkhidmatan dan
pengurusan seperti perolehan, latihan dan pembangunan.
15.5 Melibatkan diri dalam jawatankuasa yang ada kepentingan kepada aktiviti dan
perkhidmatan farmasi.
15.6 Ketua Pegawai Farmasi / Pegawai yang diberi kuasa penyeliaan perlu
bekerjasama atau berkolaborasi dengan bahagian / sekyen / cawangan farmasi,
agensi kerajaan dan fasiliti kesihatan yang lain di peringkat daerah, negeri dan
nasional seperti Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan Pusat
Racun Negara (PRN).
15.7 Berurusan dengan syarikat pengedar, pembekal, konsesi atau agensi yang
mengendalikan produk farmaseutikal bagi mendapatkan informasi terkini
berkaitan produk yang digunakan di fasiliti masing-masing. Urusan ini perlu
dilaksanakan dengan penuh berintegriti dan beretika.
15.8
Berurusan dengan semua jabatan/agensi yang berkaitan bagi melaksanakan
program perkhidmatan farmasi.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 20
16) KESELAMATAN
16.1 Langkah - langkah yang bersesuaian perlu diambil bagi menjamin keselamatan
pesakit, anggota farmasi dan ubat-ubatan.
16.2 Akses ke farmasi hanya untuk anggota farmasi dan akses adalah terhad kepada
anggota lain yang berurusan rasmi dengan farmasi sahaja.
16.3 Semua pintu ke farmasi perlu dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan yang
bersesuaian dengan situasi dan teknologi semasa.
16.4 Hanya pegawai farmasi/anggota farmasi yang diberi kuasa boleh memiliki kunci
ke farmasi. Sistem pengurusan kunci jabatan farmasi perlu dilaksanakan.
16.5 Akses kepada ubat terkawal, psikotropik dan DD perlu dihadkan kepada anggota
yang diberi kuasa oleh KPF/pegawai y/m farmasi.
16.6 Akses ke Stor UniT perlu dihadkan dalam waktu pejabat sahaja atau polisi bagi
keperluan kecemasan.
16.7 Hanya anggota yang diberi kuasa boleh mengeluarkan stok dari stor unit atau
membuat pesanan bekalan ke stor utama.
16.8 CCTV perlu dipasang di stor unit farmasi ambulatori dan diaktifkan selepas waktu
pejabat, hujung minggu dan cuti umum. Setiap “triggered alarm” perlu disiasat
dan dilaporkan dalam tempoh yang ditetapkan.
16.9 Semua anggota farmasi hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan
semasa menjalankan tugas. Semua anggota farmasi perlu menghayati General
Safety Rules yang dipamerkan oleh institusi atau fasiliti yang menempatkan
farmasi. Polisi keselamatan yang berkaitan farmasi perlu diberi perhatian
sewajarnya.
16.10 Semua anggota terutama anggota baru farmasi perlu diberi pendedahan atau
orientasi berkaitan polisi keselamatan. Setiap anggota perlu memahami ciri-ciri
keselamatan yang berkait rapat dengan tugasan mereka.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 21
16.11 Semua anggota yang terlibat dalam sediaan dan bekalan Aseptic seperti CDR di
ACC/ Day Care Pharmacy perlu memahami dan mematuhi polisi mengendali
fasiliti dan peralatan bilik bersih serta produk yang dihasilkan.
16.12 Semua peralatan kecemasan seperti pemadam api dan Spill Kits mestilah
dikedudukan yang mudah dicapai, tiada halangan dan dalam keadaan sedia
diguna. Semua anggota perlu dilatih cara penggunaannya.
16.13 Semua anggota perlu dilatih berkaitan keselamatan dan pencegahan kebakaran
dan kesiapsiagaan menghadapi malapetaka (Disaster Preparedness) dan
bersedia dengan plan kontigensi.
16.14 Pelan tindakan kebakaran Fasiliti perlu dipamirkan dan dipatuhi oleh farmasi
semasa kebakaran berlaku.
16.15 Pastikan ada prosedur keselamatan kebakaran dari Jabatan Bomba &
Penyelamat dan pastikan prosedur dipatuhi bila berlaku kebakaran
16.16 Semua stor kimia, mudah terbakar atau corrosive jika ada perlu dilabelkan
dengan sempurna. Kawasan pengendalian bahan ini perlu dilengkapi bekalan
air. Kit pembersih atau Spill Kits perlu ditempatkan di mana bahan ini dikendali.
Begitu juga ruang dimana ubat sitotoksik dikendalikan
16.17 Semua anggota farmasi yang mengendali bahan ini perlu dilatih teknik
menangani situasi kecemasan dengan betul. Semua anggota farmasi yang
mengendalikan bahan kimia perlu diberi latihan penggunan PPE.
16.18 Bahan-bahan mudah terbakar perlu ditempatkan dalam stor atau ruang khas
bersesuaian dengan spesifikasi penyimpanannya. Fume cabinet atau chemical
hoods perlu digunakan jika mengendali bahan mudah meruap.
17) BEKALAN KONTIGENSI BENCANA
17.1 Farmasi Ambulatori perlu melaksanakan pengurusan bekalan, distribusi ubat dan
bekerjasama dengan semua pihak berdasarkan polisi pentadbiran setempat
ketika berlaku bencana.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 22
17.2 Pegawai Farmasi /anggota farmasi yang diarah melaksanakan tugas oleh KPF/
PF y/m perlu memastikan peranan farmasi dijalankan secara berintergriti.
17.3 Memastikan senarai ubat-ubatan yang dipersetujui untuk kegunaan semasa
bencana dalam kedudukan siap siaga dan sedia dibekal seperti yang
dirancangkan.
18) KEBERSIHAN &HOUSEKEEPING
18.1 Persekitaran farmasi ambulatori perlu sentiasa bersih, tersusun, kemas dan
kondusif bagi memastikan perkhidmatan dapat diberikan secara efektif, berkualiti
serta selamat.
18.2 KPF/ Pegawai Farmasi y/m atau anggota farmasi yang diberi amanah perlu
mempunyai inisiatif dalam membudayakan konsep 5S/ konsep Kaizen di semua
fasiliti farmasi ambulatori di bawah seliaan. Rujuk garis panduan 5S di fasiliti
Farmasi KKM Edisi Pertama, Oktober 2010.
18.2 Memastikan pelan pencegahan makhluk perosak dilaksanakan berdasarkan
jadual yang ditetapkan.
18.3 Memastikan pematuhan kepada Amalan Farmasi Baik (GPP) semasa membuat
penyediaan, distribusi dan penggunaan inventori / produk farmaseutikal.
19) WAKTU OPERASI
19.1 Perkhidmatan Farmasi Ambulatori hendaklah dilaksanakan seiring dengan
waktu perkhidmatan perubatan lain.
19.2 Operasi semua perkhidmatan farmasi ambulatori di luar waktu kerja perlu
merujuk kepada’Garis Panduan Perkhidmatan Farmasi Selepas Waktu Pejabat
Di Klinik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia’.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 23
20) PRESKRIPSI
20.1 Permohonan Ubat / Penulisan Preskripsi (Prescribing / Ordering
Medication)
20.1.1 Senarai ubat-ubatan atau formulari setempat perlu disediakan dan
dirujuk bagi memastikan penggunaan ubat secara berhemah dan
berkualiti. Pemilihan ubat-ubatan untuk formulari perlu dibuat
berdasarkan analisis ABC dan VEN dari senarai Formulari Ubat
Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM).
20.1.2 Semua preskripsi ubat secara manual atau atas talian (computerized)
perlumenggunakan senarai/formulari ubat di institusi masing-masing.
20.1.3 Abbreviation- Penulisan preskripsi ubat perlu menggunakan nama
generik sahaja. Penggunaan singkatan/ abbreviation yang tidak
diluluskan perlu dielakkan.
20.1.4 Unit ukuran metrik – Permohonan dan penulisan preskripsi perlulah
menggunakan unit metrik dan leading decimal serta trailing zero perlu
dielakkan bagi mengatasi risiko kesilapan pengubatan.
20.1.5 PRN – Semua permohonan dan penulisan preskripsi untuk ubat “bila
perlu @ PRN” hendaklah menyatakan indikasi/ tujuan, dos dan
frekuensi maksima penggunaan/pengambilan.
20.1.6 Prinsip 5B penggunaan ubat berkualiti perlu diterapkan bagi semua
proses pengendalian preskripsi.
20.2 Keperluan Maklumat Atas Preskripsi
20.2.1 Adalah menjadi keperluan anggota farmasi untuk memastikan setiap
preskripsi yang dibawa/ permohonan atas talian (computerized)
dilengkapi dengan maklumat berikut sebelum ubat disediakan dan
didispen. Ini bagi memastikan keselamatan pesakit dan keberkesanan
ubat-ubat yang diberikan.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 24
20.2.1.1 Biodata Pesakit ( seperti nama, umur, jantina, berat, nombor
pendaftaran /Kad Pengenalan)
20.2.1.2 Diagnosis 20.2.1.3 Nama generik ubat 20.2.1.4 Dos yang dipreskrib/pohon 20.2.1.5 Frekuensi 20.2.1.6 Tempoh preskripsi 20.2.1.7 Route 20.2.1.8 Sejarah Alahan dan ADR 20.2.1.9 Sejarah Pengubatan
20.1.10 Nama, tandatangan dan cop bagi preskripsi manual atau pengesahan
preskriber bagi preskripsi atas talian (computerized).
20.1.11 Tarikh preskripsi dikeluarkan / permohonan dibuat (atas talian/ online)
21) PENULISAN PRESKRIPSI (AUTHORIZATION OF PRESCRIBING)
21.1 Semua preskripsi Farmasi Ambulatori perlu ditulis/dimohon dan ditandatangani /
diverifikasi oleh pakar/pegawai perubatan / anggota perubatan yang diberi kuasa
sebagaimana termaktub dalam FUKKM.
21.2 Anggota farmasi perlu memastikan kesahihan preskriber melalui contoh
tandatangan / verifikasi (atas talian) sebelum meneruskan proses pendispensan.
21.3 Ubat-ubatan pakar (kategori A*, A dan A/KK) hanya boleh dimulakan oleh pakar
berkaitan seperti dinyatakan dalam FUKKM. Pegawai perubatan hanya boleh
meneruskan rawatan sahaja dan sebarang perubahan perlu dirujuk kepada pakar
berkaitan.
21.4 Tempoh Sah Preskripsi (Validity of prescription) bagi preskripsi ambulatori adalah
untuk tempoh bermula dari tarikh preskripsi dimohon/ditulis.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 25
22) PINDAAN DAN PEMBATALAN ATAS PRESKRIPSI (MODIFICATION/ CHANGING /
CANCELLATION OF MEDICATION ORDERS) OLEH PEGAWAI FARMASI
22.1 Pegawai farmasi boleh membuat pindaan ke atas preskripsi selepas mendapat
persetujuan preskriber dan membuat verifikasi terhadap pindaan tersebut dengan
jelas.
23) PENGENDALIAN PRESKRIPSI
23.1 Semua preskripsi yang melebihi tempoh satu (1) bulan akan dibekalkan secara
separa dan bekalan susulan akan diberikan sehingga tempoh preskripsi tamat.
23.2 Bekalan susulan perlu diberikan melalui SPUB atau PerkhidmatanTambah Nilai
Pendispensan (Value Added Service) iaitu melalui pelbagai Sistem Temu Janji
Farmasi (PhAS) seperti SPUB, SMS & Ambil, Kad Temu Janji, Farmasi Pandu
Lalu& UMP 1 Malaysia. Maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PhAS boleh
merujuk kepada garis panduan berkaitan.
23.3 Seiring dengan konsep “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan” setiap fasiliti ambulatori perlu menawarkan PhAS berdasarkan
keperluan pelanggan dan kemudahan setempat.
23.4 PhAS juga adalah KPI YBMK yang perlu dilaksanakan dan dipantau secara
berkala. 23.5 Pengendalian preskripsi ubat psikotropik dan DD hendaklah mematuhi akta dan
peraturan yang berkaitan.
23.6 Semua preskripsi bagi pesakit discaj untuk rujukan rawatan lanjut di fasiliti KKM
lain perlu dikendali dan diurus mengikut Garispanduan Pengendalian Surat
Rujukan (Salinan Kedua).
23.7 Pengendalian preskripsi KKM Tanpa Rujukan SPUB (Walk-in) perlu dibuat
berdasarkan justifikasi profesional dan polisi setempat. Kesahihan preskriber
perlu ditentukan.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 26
23.8 Preskripsi selain dari KKM hendaklah dirujuk dan disahkan oleh pegawai
perubatan.
23.9 Preskripsi yang telah habis dibekal hendaklah disimpan secara sistematik untuk
memudahkan pengesanan. Preskripsi dan salinannya perlu disimpan mengikut
tempoh yang ditetapkan dalam Jadual Pelupusan oleh pihak Arkib Negara
sebelum dilupuskan mengikut tatacara pelupusan.
24) FORMULARI
24.1 Senarai formulari ubat perlu disediakan dan dipersetujui dalam mesyuarat JKTU
institusi atau jabatan masing-masing
24.2 Senarai ini perlu dikaji secara berkala bagi memastikan penggunaan ubat secara
rasional dan kos efektif berdasarkan pola keperluan semasa.
24.3 Formulari untuk semua kategori perlu berasaskan FUKKM. Penyenaraian semua
ubat dalam formulari institusi perlu mengikut keperluan setempat berdasarkan
analisis ABC dan VEN.
24.4 Ubat yang digunapakai oleh semua aktiviti dalam rawatan perubatan dan
kesihatan perlu didasarkan kepada senarai NEDL dan keperluan setempat.
24.5 Penggunaan Ubat Kepakaran yang tiada dalam formulari setempat, namun
terdapat dalam senarai FUKKM dan berada dalam pasaran Malaysia untuk rawatan/
indikasi spesifik perlu dipohon secara bertulis dan disahkan oleh ketua jabatan
kepakaran berkaitan. Permohonan tersebut perlu dibentangkan dalam mesyuarat
JKTU dan disenaraikan sebagai Ubat Formulari Khas/ Kawalan jika mesyuarat
meluluskannya. Ubat-ubat ini hanya boleh dimulakan penggunaan oleh pakar
/konsultan yang memohon sahaja. Ubat ini perlu dipantau bagi memastikan tidak
luput dalam simpanan.
24.6 KPF / Pegawai Farmasi y/m perlu memastikan peruntukan mencukupi bagi
penambahan dan pembelian sebarang ubat-ubat baru ke dalam formulari di
institusi masing-masing.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 27
24.7 Ubat di luar FUKKM dan tidak disimpan untuk penggunaan harian (not
available for regular use) perlu diperolehi secara case-to-case basis melalui
prosedur perolehan seperti ubat-ubat kepakaran. Ubat-ubat ini tidak disenaraikan
dalam formulari institusi. Pembelian adalah berdasarkan setiap kes yang
dipohon.
24.8 Ubat yang tidak terdapat dalam senarai FUKKM perlu mendapatkan
kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan berdasarkan prosedur yang ditetapkan di
dalam FUKKM.
24.9 Ubat yang tiada dalam Farmakopeia Piawai (Non-Establish Formulation)
Bagi sediaan ekstemporaneous yang tiada dalam mana-mana farmakopeia
piawai seperti BP, penyediaan dan penggunaannya adalah berdasarkan polisi
setempat dan justifikasi profesional dari pegawai farmasi adalah diperlukan.
24.10 Penggunaan untuk indikasi yang tidak didaftarkan atau tidak tersenarai dalam
FUKKM (“Off label” Drug Indication & Not Listed in FUKKM) perlu mendapat
kelulusan KPK.
24.11 Permohonan untuk menyenaraikan ubat baru/ indikasi baru yang diluluskan Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) atau pemansuhan ubat dari senarai FUKKM
perlu dibuat melalui proforma yang telah ditetapkan.
25) PENDISPENSAN UBAT
25.1 Proses pendispensan
25.1.1 Penerimaan Preskripsi 25.1.2 Penyaringan / Allocation Quantity Supply (online prescription)
25.1.3 Pelabelan/Print label (online prescription)
25.1.4 Pengisian 25.1.5 Semak silang/Counter Checking
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 28
25.1.6 Beri dan jelaskan kaedah pengambilan ubat secara secara selamat
dan berkualiti kepada pesakit
25.2 Polisi Pendispensan
25.2.1 Pendispensan ubat kepada pesakit / proksi perlu dilaksanakan
dalam tempoh 30 minit dari masa penerimaan preskripsi.
25.2.2 Semua Preskripsi perlu disaring dan diverifikasi oleh
Pegawai Farmasi.
25.2.3 Pendispensan DD (contuh- Larutan/Sirup morfin) dan Psikotropik perlu
mematuhi akta, peraturan dan protokol yang ditetapkan
25.2.4 Penyedian dan pendispensan ubat-ubat ekstemporanus perlu
mematuhi Amalan Penyediaan Baik dan Amalan Farmasi Baik.
25.2.5 Melaksanakan sistem island dispensing dengan penyaringan
sebelum pengisian dan semak silang sebelum pendispensan.
25.2.6 Semua ubat perlu disemak silang dan diverifikasi oleh Pegawai
Farmasi sebelum didispen.
25.2.7 Pendispensan dibuat oleh Pegawai Farmasi atau oleh anggota yang
diberi kuasa melaksana pendispendan.
25.2.8 Permohonan untuk privilege Penolong Pegawai Farmasi bagi
Pendispensan methadone perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.
25.2.9 Ubat yang tidak dituntut hendaklah dikendalikan berdasarkan
prosedur yang ditetapkan.
25.2.10 Pemulangan ubat oleh pelanggan perlu dilaksanakan secara
Bersistematik mengikut prosedur yang ditetapkan. Rujuk Garis
Panduan Pemulangan Ubat.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 29
25.2.11 Semua proses pendispensan perlu mematuhi prosedur dan
protokol yang ditetapkan.
26) KAUNSELING UBAT-UBATAN DAN PENDIDIKAN KEPADA PESAKIT
26.1 Kaunseling Ubat-Ubatan Dan Pendidikan Kepada Pesakit adalah komponen
utama penjagaan farmaseutikal yang perlu diberi penekanan oleh semua
Pegawai Farmasi Ambulatori.
26.2 Pegawai Farmasi bertanggungjawab menyampaikan perkhidmatan penjagaan
farmaseutikal yang berkesan serta penggunaan ubat berkualiti melalui
perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan dan pendidikan pesakit.
26.3 Pegawai farmasi ambulatori perlu memastikan informasi tambahan secara
bertulis perlu disertakan bagi memperkukuhkan lagi komunikasi secara lisan
(oral communication)
26.4 Pegawai Farmasi Ambulatori perlu memastikan pesakit atau penjaga benar-benar
memahami
26.4.2 Mengapa ubat tersebut perlu diambil 26.4.3 Bagaimana kaedah penggunaan/pengambilannya
26.4.4 Apa faedah atau kesan pengubatan yang di harapkan dari ubat tersebut
26.4.5 Apa kesan sampingan atau kesan advers yang perlu diperhatikan 26.4.6 Apakah tindakan yang perlu dibuat jika berlaku kesan sampingan/advers
(ADR) 26.5 Pegawai Farmasi Ambulatori perlu melaksanakan pengehakupayaan
(empowerment) pesakit bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman
terhadap keperluan mematuhi (adherence) regimen pengubatan. Membuat
pemantauan outcomes melalui perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan, kaunseling
MTAC dan kaunseling Rawatan Gantian Metadon.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 30
26.6 Kaunseling, MTAC dan Rawatan Gantian Metadon perlu dikendalikan oleh
Pegawai Farmasi dengan merujuk kepada prosedur dan protokol yang berkaitan.
26.7 Semua pegawai farmasi perlu menjalani latihan program MTAC dan Rawatan
Terapi Gantian berdasarkan modul latihan sebelum menawarkan perkhidmatan
tersebut.
26.8 Pegawai farmasi ambulatori perlu melibatkan diri menghasilkan polisi dan
prosedur administrasi ubat dalam Ambulatory Care Setting dari masa ke semasa.
27) PENGURUSAN PENGGUNAAN UBAT-UBATAN
27.1 Rasional penggunaan ubat dalam Farmasi Ambulatori perlu berdasarkan
justifikasi faktor klinikal, Kualiti Sepanjang Hayat (Quality of Life) dan
farmakoekonomik bagi menghasilkan kesan rawatan optima.
27.2 Pegawai Farmasi ambulatori perlu terlibat secara aktif dalam jawatankuasa yang
membuat keputusan berkaitan penggunaan ubat serta membentangkan laporan
penilaian produk yang menekankan aspek keselamatan, keberkesanan dan kos.
27.3 Pegawai Farmasi Ambulatori perlu terlibat bersama disiplin Ambulatori lain dalam
membentuk dan melaksanakan pelan penjagaan klinikal (clinical care plan) yang
melibatkan penggunaan terapi ubat-ubatan.
27.4 Pegawai farmasi perlu menyediakan Perkhidmatan Maklumat Ubat dengan
sumber yang bersesuaian serta memberikan maklumat yang tepat, komprehensif
dan terkini kepada pesakit dan semua pemberi perkhidmatan iaitu care-givers
termasuk pegawai perubatan, pegawai farmasi dan lain lain anggota kesihatan
dalam tempoh yang bersesuaian.
27.5 Pegawai Farmasi Ambulatori perlu terlibat secara aktif dalam program
pencegahan dan pasca-pendedahan (post exposure) yang melibatkan
penggunaan ubat-ubatan seperti Program Imunisasi (Vaksin), HIV (HAART),
Perancang Keluarga (OCP), Program Berhenti Merokok (Champix® dan NRT)
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 31
dan ”substance abuse / harm reduction(Methadone)
Pegawai Farmasi Y/M Farmasi Ambulatori bertanggungjawab ke atas
pengurusan stok dan memastikan ianya mematuhi Tatacara Pengurusan Stor
dan Arahan Perbendaharaan. Rujuk Garis Panduan Pengurusan Stor Farmasi
Hospital & Kesihatan.
28) PENGURUSAN SUMBER KEWANGAN /PERUNTUKAN
28.1 Pegawai Farmasi Ambulatori perlu pastikan peruntukan mencukupi selaras
dengan skop perkhidmatan dan aktiviti yang ditawarkan.
28.2 Dalam pengurusan farmasi ambulatori, pegawai farmasi perlu terlibat dalam
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan, Sumber Manusia, Pembangunan,
Peralatan, Aset dan Inventori Farmasi.
28.3 Pastikan perkhidmatan seperti rawatan pengubatan, Perkhidmatan Farmasi
klinikal dan lain-lain perkhidmatan yang diberi mempunyai parameter penilaian
kos dan justifikasi impak .
29) PEROLEHAN, PENYIMPANAN, DISTRIBUSI DAN KAWALAN UBAT-UBATAN
29.1 Perolehan & Kebolehsediaan Ubat (purchasing and maintaining
the availability of pharmaceutical products)
29.1.1 Prosedur perolehan ubat-ubatan perlu berdasarkan kepada pola
penggunaan semasa (Uitization review), pengurusan inventori (ABC
dan VEN Analysis) dan kos efektif kepada pesakit.
29.1.2 Kebolehsediaan Ubat: Pegawai farmasi y/m bertanggung jawab
memastikan ubat tersenarai dalam formulari setempat diperolehi,
disimpan, dipantau dan sentiasa tersedia untuk memenuhi keperluan
rawatan pesakit ambulatori.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 32
29.1.3 Perolehan & penggunaan ubat-ubatan bukan FUKKM jika tidak dapat
dielakkan perlu dibuat berdasarkan polisi dan prosedur yang telah
ditetapkan.
29.1.4 Pembungkusan dan pelabelan ubat perlu mengambil kira ciri
keselamatan bagi mengurangkan risiko kesilapan pengubatan
(Medication Error).
29.1.5 Prosedur berkaitan aktiviti syarikat pengeluar produk farmaseutikal
ambulatori perlu diwujudkan. Aktiviti dan bahan promosi dari syarikat
perlu dikaji, diulas dan diluluskan oleh pegawai farmasi terlebih dahulu.
Wakil syarikat/pengeluar tidak boleh memasuki ruang penyimpanan dan
kawasan penjagaan pesakit (Patient care area).
29.1.6 Penggunaan sampel ubat di luar formulari perlu dielakkan.
29.2 Pemeriksaan Ruang / Kawasan Penyimpanan Ubat
29.2.1 Stok ubat di semua lokasi (di dalam/ luar kawasan farmasi) perlu
diperiksa secara berkala. Pemeriksaan hendaklah dilaksanakan oleh
pihak farmasi dan pemilik lokasi di mana ubat-ubat ditempatkan bagi
memastikan:-
tiada ubat luput,
tiada lambat bergerak
tiada produk panggil balik (recalled products)
tiada label tidak bersesuaian (mislabelled).
keadaan penyimpanan mematuhi GSP
Juga memastikan susunan ubat yang sistematik (5S) bagi mengatasi
kesilapan pengubatan. Sistem keselamatan perlu memastikan anggota
yang tidak berkaitan (non-authorized) dan lain-lain (pesakit, care-givers,
housekeeping, other healthcare providers) TIDAK dapat mengakses
stok/ simpanan ubat-ubatan.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 33
29.2.2 Pegawai farmasi perlu membuat penilaian, laporan serta cadangan
penambahbaikan dan tindakan susulan 29.2.3 Pegawai farmasi perlu memastikan polisi penyusunan dibuat secara
sistematik dengan melaksanakan sistem 5S dalam usaha menangani isu
kesilapan pengubatan.
29.3 Stok/ Penyimpanan Ubat Di Kawasan Penjagaan Pesaki (Patient Care Area
Stock)
29.3.1 Stok ubat yang disimpan di luar farmasi untuk kegunaan terus kepada
pesakit hendaklah disimpan dalam kuantiti minima mengikut senarai dan
kuantiti yang dipersetujui (contoh klinik dan bilik rawatan).
29.3.2 Antara ubat yang perlu disimpan ialah Ubat kategori kecemasan,
antidote-antivenom dan rawatan rutin sahaja.
29.3.3 Pertimbangan sewajarnya perlu dibuat terhadap kemungkinan berlakunya
kesilapan pengubatan dan kesan advers bagi ubat yang disimpan di luar
farmasi.
29.3.4 Pemantauan ke atas stok ubat-ubatan di luar premis farmasi perlu dibuat
secara berkala bagi memastikan penggunaan ubat berintegriti serta
menghindari berlakunya pemesongan dan kehilangan.
29.3.5 Sekiranya bekalan ubat terputus, tindakan yang sewajarnya perlulah
diambil untuk memastikan bekalan ubat pesakit tidak terputus (continuous
supply).
29.4 Ubat Kecemasan (Life Saving Drug)
31.4.1 Pegawai Farmasi perlu memastikan keselamatan dan ketersediaan bagi
ubat kategori kecemasan. Pegawai farmasi ambulatori perlu memainkan
peranan dalam pengubatan kes kecemasan.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 34
29.5 Informasi Ubat Terkini dan Panggil Balik Ubat
29.5.1 Mekanisme atau program secara berterusan (ongoing) perlu tersedia bagi
keperluan intervensi dan penyebaran maklumat berkaitan ubat panggil
balik, ubat keluaran baru dan kesan advers ubat
29.5.2 Farmasi Ambulatori perlu mempunyai prosedur tersedia (contoh
identifikasi pengguna, preskriber dan kaedah intervensi) bagi
mengurangkan risiko kesan advers.
29.5.3 Farmasi Ambulatori perlu ada prosedur atau protokol yang jelas dalam
menguruskan produk panggil balik dan juga pesakit.
29.6 Pemantauan Kesan Advers Ubat
29.6.1 Semua kes Adverse Drug Reaction (ADR) termasuk vaksin (AEFI)
mestilah disiasat, dilapor dan didokumentasikan oleh Pegawai Farmasi
dengan menggunakan Borang Laporan Kesan Advers Ubat atau secara
online. Semua laporan hendaklah dikompilasi dan dilaporkan kepada
Malaysian Adverse Drug Reaction Committee (MADRAC)
29.7 Keselamatan Pengubatan
29.7.1 Pegawai farmasi ambulatori perlu memastikan semua kesilapan
pengubatan perlu dilaporkan berdasarkan garispanduan Medication Error
Reporting Guideline, Kementerian Kesihatan Malaysia.
30) PELUPUSAN & HAPUSKIRA
30.1 Semua ubat /peralatan yang luput dan rosak di farmasi ambulatori perlu dilupuskan
dengan kadar segera.
30.2 Pegawai Farmasi y/m perlu memastikan semua prosedur pelupusan ubat/
peralatan di farmasi ambulatori dilaksanakan mengikut Tatacara Pengurusan Stor.
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 35
30.3 KPF/ Pegawai Farmasi y/m perlu pastikan semua prosedur hapus kira
dilaksanakan mengikut Arahan Pembendaharaan.
31) INISIATIF, KREATIVITI, INOVASI SERTA PENAMBAHBAIKAN KUALITI
PERKHIDMATAN.
31.1 Semua anggota Farmasi Ambulatori perlu bersedia menerima, melaksana dan
merentasi perubahan (transformasi) bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan
menepati keperluan pelanggan dan perkhidmatan yang disediakan sentiasa
relevan.
31.2 Semua anggota Farmasi Ambulatori perlu secara berterusan meningkatkan kualiti
perkhidmatan dengan mengamalkan pelbagai kaedah pengurusan kualiti seperti
5S, KIK, Failure Mode and Cause Effects Analysis dan lain-lain.
31.3 Semua anggota Ambulatori Farmasi perlu memastikan Perkhidmatan Farmasi
yang diberikan mencapai piawaian yang ditetapkan. Pemantauan pencapaian
dibuat berdasarkan indikator (QAP Indikator) dan pencapaian perkhidmatan
dilaporkan melalui borang PF mengikut jadual yang ditetapkan.
32) PROMOSI PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI FARMASI
Pegawai farmasi ambulatori perlu mengambil langkah proaktif bagi
mempromosikan perkhidmatan baru atau tambah nilai kepada pelanggan serta
membuat pemantauan kepuasan pelanggan.
33) LAIN-LAIN
Maklumat lanjut yang diperlukan oleh pegawai farmasi ambulatori berkaitan
Amalan & Perkembangan Farmasi serta Cawangan Perkhidmatan Farmasi yang
lain boleh dirujuk kepada cawangan berkaitan (Lampiran 1- Carta Organisasi
Amalan dan Perkembangan Farmasi, BPF KKM)
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 36
34) RUJUKAN
1 Akta Racun 1952 (disemak 1989) 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 (disemak 1980). 3 Peraturan-peraturan Racun (Bahan-bahan Psikotropik)1989 4 Garis Panduan Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu (SPUB), Bahagian
Perkhidmatan Farmasi, KKM
5 Polisi dan Prosedur Farmasi, KKM 6 Perintah-perintah Am dan Arahan Pentadbiran -2004 7 Prosedur Operasi Piawai Farmasi Kesihatan 2005. 8 Dasar Operasi dan Polisi untuk Hospital Farmasi di Malaysia oleh Bahagian
Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia
9 Buku Panduan Kaunseling Ubat-ubatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia. 10 National Medicines Policy of Malaysia 11 Framework For Good Governance In the Public Sectors MOH 12 World Report on Knowledge for Better Health, Strengthening Health System-WHO
Geneve. 13 Occupational Safety & Health Management in Hospitals 14 Primary Healthcare- Introduction & Overview Report 2008-Now More Than Ever
15 Developing Pharmacy Practice- A focus on Patient Care (Draft for field testing
2006 Edition)-WHO
16 Remington The Science and Practice of Pharmacy 21st Edition- Ambulatory Patient
Care 17 Pharmacy Management Essential for All Practice Setting
POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 37
Lampiran 1