Upload
rohani-binti-haji-ahmad
View
221
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
1/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
2/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara."
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
3/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
3
MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU
Matlamat Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.
OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat:
i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkanhubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untukmemperoleh ilmu dan maklumat;
iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkanmaklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;
iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;
v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan
vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
4/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
4
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan
untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara
yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaanyang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
5/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
5
TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuanpelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikangambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard danmenunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagikepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskandengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier )menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkanstandard hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yangdapat ditaksir dan dicapai.
o Evidens :
Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasaiberdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasandalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis,
ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
6/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
6
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB MISALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyaikeupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan
mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATMurid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pada sesuatu situasi.
2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau
menterjemahkan serta menjelaskan perkara yang telah dipelajari.
1 TAHU
Murid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas
ataupun memberikan respons terhadap perkara yang asas.
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
7/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
7
BAND PERNYATAAN STANDARD
6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
4 Membuat penjelasan terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
3 Memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
1 Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
8/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
8
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu
B1:
Mengetahui perkara yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.
B1 DL1 :
Bersoal jawab dan menyambung bicaratentang sesuatu isu
B1 DB1:
Membaca petikan daripada pelbagaibahan dengan sebutan dan intonasiyang sesuai
B1 DT1:
Menulis ayat yang gramatis
B1 DL1 E1:
Menyambung bicara tentang sesuatu isu
dengan menggunakan bahasa yang sesuai
B1 DB1 E1:
Membaca petikan prosa atau puisi dengansebutan dan intonasi yang sesuai
B1 DT1 E1:
Mengenal pasti ayat-ayat majmuk (AyatMajmuk Gabungan, Ayat MajmukPancangan, Ayat Majmuk Campuran)
B1 DT1 E2
Menulis pelbagai jenis ayat majmuk yanggramatis
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
9/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
9
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan
Faham
B2:
Mengetahui dan memahami
perkara yang didengar-dituturkan,
dibaca dan ditulis
B2 DL1:
Mendengar dan memberikan pendapattentang sesuatu isu
B2 DB1:
Membaca dan memahami maklumatyang terdapat dalam petikan
B2 DT1:
Menulis ayat-ayat dalam perenggan
B2 DL1 E1:
Memberikan pendapat yang logik secara
spontan tentang sesuatu isu yang didengar
B2 DB1 E1:
Menyatakan maklumat yang pentingdaripada petikan yang dibaca
B2 DT1 E1:
Mengenal pasti serta menyusun ayat topikdan ayat huraian bagi membentukperenggan yang lengkap
B2 DT1 E2:
Menulis ayat-ayat yang telah disusun dalamperenggan yang lengkap
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
10/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
10
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham
dan boleh
buat
B3:
Memahami dan memberikan
respons terhadap maklumat yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis
B3 DL1:
Berbincang untuk menerima ataumenolak pendapat pihak lain
B3 DB1:
Membaca dan menghubungkaitkanfakta dengan pandangan sendiri
B3 DT1:
Membina kerangka penulisan bukankreatif
B3 DT2:
Memetakan jalan cerita bagi penulisankreatif
B3 DL1 E1:
Mengemukakan pendapat yang rasionaluntuk menerima atau menolak pendapatpihak lain
B3 DB1 E1:
Menyatakan fakta daripada bahan yangdibaca
B3 DB1 E2:
Mengemukakan pandangan sendiri untukdihubungkaitkan dengan fakta yang
diperoleh
B3 DT1 E1:
Membina kerangka penulisan bukan kreatifyang lengkap
B3 DT2 E1:Memetakan jalan cerita (membina plot)bagi penulisan kreatif yang lengkap
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
11/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
11
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab
B4:
Membuat penjelasan terhadap
maklumat yang didengar-dituturkan,
dibaca dan ditulis.
B4 DL1:
Berunding tentang sesuatu perkarasecara rasional
B4 DB1:
Membaca dan mentafsirkan maklumatuntuk membuat inferens
B4 DT1:
Menulis karya bukan kreatif yanglengkap
B4 DT2:Menulis karya kreatif yang lengkap
B4 DL1 E1:
Menjelaskan pendapat yang rasional secaraberhemah ketika berunding
B4 DB1 E1:
Membuat tafsiran terhadap bahan grafikuntuk mendapatkan beberapa maklumat
B4 DB1 E2
Membuat inferens yang relevan tentangmaklumat yang telah diperoleh
B4 DT1 E1:
Menulis karangan berformat atau tidakberformat dengan laras bahasa yang betul
B4 DT2 E1:Menulis cerita atau cerpen dengan
menggunakan plot yang lengkap
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
12/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
12
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab
terpuji
B5:
Memproses maklumat yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.
B5 DL1:
Meneliti pelbagai pendapat danmembuat inferens yang sesuai denganmengemukakan alasan yang rasional
B5 DB1:Membaca pelbagai bahan danmembuat ulasan dengan alasan yangkukuh
B5 DL1 E1
Membuat inferens yang sesuai terhadappelbagai pendapat yang dikemukakan
B5 DL1 E2
Menjelaskan alasan yang munasabahterhadap inferens yang telah dibuat secarabertatasusila
B5 DB 1 E1:
Membuat ulasan secara umum (idea,bahasa dan pengolahan) tentang karyabukan kreatif yang dibaca denganmengemukakan contoh yang relevan
B5 DB 1 E2:
Membuat ulasan tentang aspek kajiansastera dalam karya kreatif yang dibacadengan mengemukakan contoh yang
relevan
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
13/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
13
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B5 DT1:
Menghasilkan pelbagai jenis karyakreatif dan bukan kreatif yang baik danmenarik
B5 DT1 E1:
Menghasilkan dua jenis puisi yang
mempunyai ciri-ciri puisi yang menarik
(tema, nilai, gaya bahasa)
B5 DT1 E2
Menghasilkan karangan berformat dan tidakberformat dengan gaya penulisan yangbaik (idea relevan, pengolahan menarik,bahasa lancar)
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
14/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
14
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab
misali.
B6:
Menilai sesuatu perkara yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.
B6 DL1:
Menilai kekuatan dan kelemahan ideayang dikemukakan
B6 DB1:Membaca dan menilai keseluruhanbahan kreatif dan bukan kreatif
B6 DL1 E1:
Menilai kekuatan dan kelemahan idea yangdikemukakan dengan alasan yang kukuh
B6 DL1 E2:
Menggunakan ungkapan dan gayapengucapan (sebutan, kefasihan, intonasidan nada) yang betul dan dapatmeyakinkan pihak lain
B6 DB 1 E1:
Menilai aspek kekuatan dan kelemahan(aspek kajian sastera) dua bahan kreatifyang dibaca dengan mengemukakanalasan yang munasabah
B6 DB 1 E2:
Menilai aspek kekuatan dan kelemahan(idea, bahasa dan pengolahan) dua bahanbukan kreatif yang dibaca denganmengemukakan alasan yang munasabah
8/13/2019 DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3
15/15
DRAF
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 3 (November 2013)
15
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B6 DT1:
Memurnikan karya kreatif dan bukankreatif
B6 DT1 E1:Memurnikan penulisan kreatif dari aspekciri-ciri dan gaya bahasa sehingga bolehdijadikan contoh
B6 DT1 E2:
Memurnikan penulisan bukan kreatif dariaspek idea dan tatabahasa sehingga bolehdijadikan contoh