36

e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni
Page 2: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

2

Cetakan Pertama 2013

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

Hakcipta Terpelihara © November 2013

Kolej Komuniti Jempol

Kementerian Pedidikan Malaysia

Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian e-buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan

dalam sistem yang boleh diperbaiki atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau dengan mana-mana

alat elektronik, mekanikal fotokopi, perakaman atau yang sebaliknya, tanpa keizinan dari Kolej Komunti

Jempol, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diterbit dan Diedar Oleh: Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan

Page 3: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

3

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, pertamanya kami ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Taala

kerana dengan limpah dan kurniaNya kami dapat menjayakan penerbitan e-buku ini. Kami percaya

dengan adanya bahan ilmiah seperti ini ia dapat menambahkan pengetahuan pembaca mengenai

identiti Taman Malaysia. Kekurangan sumber bacaan mengenai landskap Malaysia membuatkan kami

terlintas untuk menghasilkan sebuah bacaan berbentuk ilmiah yang dapat digunapakai oleh setiap

lapisan masyarakat yang ingi mengetahui atau mencari identiti taman Malaysia terutamanya di kalangan

pelajar.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Jempol

Kementerian Pendidikan Malaysia di atas kerjasama menerbitkan e-buku ini. Tidak lupa juga kepada

sahabat handai dan ahli keluarga yang banyak membantu dari segi sokongan dan kata-kata semangat.

Besar harapan kami agar e-buku ini dapat dijadikan panduan kepada pembaca sekaligus memberi kami

semangat untuk meneruskan lagi penulisan ilmiah sebegini di masa akan datang.

Naeemah Binti Yusof

Shahida Binti Sharuddin

Page 4: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

4

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 5

2. Era Perkembangan 16

a. Kerajaan Melayu Lama 16

b. Kerajaan Melayu Melaka 17

c. Pengaruh Penjajah 23

d. Evolusi Landskap Malaysia Kini 24

3. Faktor-Faktor Penghalang Kewujudan Taman Malaysia 25

4. Usaha-usaha Merungkai Identiti Malaysia 25

a. Tujuan Pembentukan Taman Malaysia 26

b. Prinsip-Prinsip Pembentukan Taman Malaysia 26

c. Asas-Asas Pembentukan Taman Malaysia 30

d. Kepentingan 32

5. Kesimpulan 33

6. Rujukan 35

Page 5: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

5

PENGENALAN

Buku ini membincangkan mengenai isu merungkai identiti landskap Malaysia dan juga mencari

jawapan kearah pembentukan Taman Malaysia. Bermula dengan mengimbas kembali era

perkembangan tanah melayu, bermula dengan Kerajaan Malayu Lama seperti Kerajaan Funan,

Langkasuka, Champa dan sebagainya, Kewujudan semua kerajaan-kerajaan ini adalah

berlandaskan pengaruh ajaran agama Hindu pada waktu itu.

Kerajaan Tahun Nota

1 Funan Kurun 1 • Terletak di Kampuchea sekarang

• Dipengaruhi agama Hindu Kedah Tua

• Kpg. Sg. Emas, Pengkalan Bujang

2 Langkasuka,

Patani

Kurun 2 • Pusat perdagangan penting

• Dipengaruhi agama Hindu dan Buddha

• Hikayat Merong Mahawangsa

3 Tun Sun,

Segenting Kra

Kurun 3 • Pusat perdagangan penting diantara India dan China

• Pengaruh Hindu & India dalam pemerintahan

4 Kedah Tua Kurun 5 • Sistem pemerintahan beraja

• Kedudukan strategik – pelabuhan entreport yang penting

• Dipengaruhi Hindu dan Buddha

5 Gangga

Negara, Perak

Kurun 5 • Pusat perdagangan dan pelabuhan

6 Chih-Tu,

Kelantan

Kurun 6 • Dipengaruhi agama Buddha

• Pemerintahan dipengaruhi kebudayaan India

• Hubungan persahabatan dengan China

7 Tan-Tan,

Terengganu

Kurun 6 • Pemerintahan dipengaruhi sistem pemerintahan India

• Menjalin hubungan dengan China

8 Srivijaya,

Sumatera

Kurun 7 • Pusat perdaganan terkenal

• Menjalin hubungan dengan India dan China

• Pusat agama Buddha dan Bhasa Sanskrit

• Tanah jajahan yang luas

9 Mataram,

Jawa

Kurun 8 • Pusat pemerintahan

• Pengaruh Hindu

10 Majapahit,

Jawa

Kurun

13

• Pusat Perdagangan

• Mempunyai hubungan dengan China, India, Timur Tengah

• Tanah jajahan yang luas

Page 6: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

6

Berdasarkan bahan-bahan tinggalan sejarah seperti candi dan sebagainya, kemungkinan besar

identiti landskap pada waktu ini adalah berasakan kepada ajaran dan amalan agama Hindu dan

Budhha. Tetapi, sejak Tanah Melayu mula menerima ajaran Islam pada zaman kegemilangan

Kerajaan Melayu pada tahun 1403 masihi, segala pengaruh dan elemen-elemen Hindu telah

dihapuskan sama sekali kerana ianya adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Candi yang terdapat di lembah Bujang, Kedah (sumber: Abdul Halim Nasir, 1997)

Pada andaian penulis, sekiranya tanah melayu tidak menerima kehadiran ajaran Islam pada

ketika ini, adalah menjadi sesuatu yang pasti bahawa kemungkinan landskap kita akan kekal

sama dengan landskap Thailand atau Bali seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Islam

mempercayai kewujudan tuhan yang esa, bermakna satu, tetapi agama Hindu mempercayai

kewujudan tuhan yang lebih dari satu. Maka, elemen-elemen patung yang menyerupai fauna

atau manusia telah dimansuhkan dan menjadikan tanah melayu pada waktu itu berpegang

teguh pada ajaran agama Islam. Menurut ajaran Islam, hidup yang sederhana adalah lebih baik

berbanding hidup dalam kemewahan dan kepura-puraan. Istana-istana dan rumah-rumah

melayu dulu tidak menyerupai Taj Mahal, Pyramid Giza, Villa ‘de’ Lante dan sebagainya adalah

kerana pegangan ini.

Page 7: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

7

Lakaran Hotel Empire Muzaffar yang bercirikan seni istana Kesultanan Melayu Melaka

Raja-raja Melayu yang berperanan sebagai ulama’ dan ketua agama harus menunjukkan contoh

yang baik kepada rakyat-rakyatnya. Istana mereka tidak dibina berasaskan barangan import

tetapi hanya menggunakan kayu-kayan tempatan seperti chengal dan jati.

Replika Istana Kesultanan Melaka (sumber: Abdul Halim Nasir, 1997)

Page 8: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

8

Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang tersendiri. Pada zaman

Kerajaan Melayu Melaka, taman istana berperanan sebagai tempat berburu, beristirehat,

bermain dan bertemasya diraja. Ianya dikelilingi oleh tembok tinggi yang penting untuk

menjaga keselamatan dan hak persendirian diraja. Elemen air seperti kolam juga turut

digambarkan. Berbanding dengan halaman rumah melayu, ianya didefinasikan sebagai kawasan

luas yang berumput yang berada disekeliling rumah. Halaman turut dikaitkan sebagai kawasan

tambahan sekiranya pemilik rumah ingin membesarkan rumahnya di masa akan datang.

Lakaran Kompleks Istana Sultan Mansur Terengganu pada abad ke-18. (sumber: Abdul Halim

Nasir, 1997)

Bahagian halaman terbahagi kepada 3 zon utama iaitu zon hadapan, sisi dan belakang. Zon

hadapan berperanan sebagai kawasan menyambut tetamu dan ibarat pintu masuk bagi

sesebuah rumah.

Page 9: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

9

Keratan dan Zon Rumah Melayu Tradisional (sumber: KALAM)

Biasanya, pokok kelapa mudah didapati di bahagian ini. Selain daripada penggunaannya yang

maksimum, pokok kelapa mempunyai criteria yang tinggi dan melambai-lambai seolah-olah

mengalu-alukan kehadiran tetamu untuk datang ke rumah. Susunatur dan pembinaan rumah

melayu juga adalah merupakan contoh terbaik bagi menunjukkan bagaimana masyarakat

melayu pada waktu itu memahami, meneliti, mendalami dan mengadaptasi ekologi dan

persekitaran mereka (landskap kebudayaan).

Pandangan hadapan dan bahagian Istana Balai di Kelantan (sumber: KALAM)

Page 10: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

10

Ciri-ciri rumah yang bertiang, mempunyai bukaan tingkap yang luas, bumbung berbentuk tirus,

rekaan cucur atap yang luas serta susunatur yang mengikut Taj-ul-Mulk menjadikan rumah

melayu tradisional istimewa dimata masyarakat pada ketika itu.

Tiang-tiang tinggi yang dapat menyelamatkan kemusnahan harta benda apabila berlaku banjir

(sumber: Abdul Halim Nasir, 1997)

Page 11: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

11

Penyusunan gelegar dari buku Tajul Muluk (sumber: KALAM)

Namun, setelah keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511, pengaruh dari kesan

penjajahan telah menyelubungi tanah melayu. Dari segi senibina dan senibina landskap negara,

kesan pengaruh penjajah yang sangat jelas kelihatan adalah kesan jajahan pihak Inggeris.

Contoh utama adalah Taman Tasek Perdana yang seolah-olah adalah merupakan sebuah model

taman inggeris yang diadaptasikan di sini.

‘Taman Tasek Perdana (The Lake Garden)’

Page 12: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

12

Pengaruh Inggeris ini adalah merupakan salah satu faktor mengapa sehingga kini Malaysia

masih lagi belum menemui identiti taman landskapnya yang tersendiri. Keadaan negara kekal

begitu sehinggalah pada tahun 1990-an dimana evolusi taman landskap Malaysia telah mula

berkembang.

Evolusi Taman Malaysia

Pada awalnya, masyarakat Malaysia telah cuba mengadaptasi landskap bali di negara kita. Sikap

masyarakat yang mudah menerima sesuatu tanpa berfikir panjang telah merumitkan lagi jalan

untuk menemui identiti landskap negara yang dicari-cari. Mereka mula mengambil rekaan

taman bali sebagai penghias kepada halaman rumah-rumah mereka.

Page 13: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

13

Landskap Bali : Elemen-elemen lampu (lantern) dalam Taman Bali

Kemudian dengan kehadiran konsep neo-nusantara yang boleh dikatakan lebih ke arah

komersil telah mula berkembang.

Lakaran konsep yang cuba diketengahkan oleh Neo-Nusantara

Page 14: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

14

Dan kini wujud konsep ‘rojak’ yang dikatakan adalah merupakan identiti sebenar negara kita.

Malaysia kita mempunyai pelbagai kaum, bangsa, agama, adat, budaya, makanan, fesyen,

muzik, seni dan sebagainya.

Antara usaha-usaha ke arah mencari identiti Malaysia.

Ada juga ura-ura yang mengatakan taman Malaysia di masa akan datang akan bertemakan

tanaman-tanaman yang boleh dimakan seperti ulam-ulaman, sayuran, herba, ubat-ubatan serta

buah-buahan.

Nama Saintifik Nama Tempatan Kegunaan Catatan

Labisia pumila Kacip Fatimah,

Selusoh Fatimah,

Rumput Fatimah,

Akar fatimah, Tadah

Matahari

Bahan perubatan

tradisional

Curora meomosa Manjakani, Buah

Ajaib

Perubatan kesihatan

dalaman

Page 15: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

15

Vitex trifolia Pokok Barito, Pokok

Telinga Kera, Pokok

Serapat

Raja Segala Ubat

Kayu cinta Perubatan kesihatan

dalaman dan luaran bagi

wanita

Orang asli dan tempatan terutama

penduduk pantai timur semenanjung

Disonia stylosum Nenas Batu, Bunga

Kembang Setahun

Herba turun temurun

(Catatan perubatan-

Naskah Khoja Muhamad

Turki)

• Tidak layu atau rosak

• Menjadi amalan Permaisuri

Firaun-Mesir Purba

• Rahsia kecantikan Ratu

Shah Jehan (Mustaz)

Pati Madu Asli

Nigella sativa Jintan Hitam,

Habbatul Saudah

Ubat segala penyakit

berdasarkan sebuah

hadith, ia mengandungi

ubat segala penyakit

kecuali mati.

Perubatan Islam

Adakah dengan mengambil susur jalur dari situasi ini kita akan dapat menemui identiti landskap

kita yang tersendiri? Inilah yang menjadi persoalan sebenar. Adakah ini identiti taman Malaysia

yang dicari-cari?

Berdasarkan pendapat penulis, identiti Landskap Malaysia adalah berbeza dengan identiti

Taman Malaysia. Landskap Malaysia terhasil daripada adaptasi dan pemahaman masyarakat

terhadap alam sedangkan Taman Malaysia adalah merupakan satu lambang yang mewakili

kebudayaan dan identiti bangsa dan negara. Seperti yang telah diperbincangkan, andainya kita

dapat menjawab persoalan apa itu bahasa Malaysia, maka kita akan dapat menemui

Page 16: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

16

jawapannya terhadap apa yang dimaksudkan dengan taman Malaysia. Sebagai sebuah negara

demokrasi, perpaduan bangsa adalah menjadi satu isu yang utama walaupun pada asalnya,

penduduk asal dan majoriti tanah melayu adalah merupakan masyarakat melayu dan sehingga

kini hak bumiputra masih lagi kekal terpelihara. Sekiranya kita ingin mewujudkan taman

Malaysia, kita perlu mengambil kira majoriti dalam mencipta identiti. Tetapi, adalah perlu

diingat bahawa kekuatan identiti itu akan hanya bergantung kepada kepada ketamadunan dan

pencapaian sesebuah bangsa tersebut. Maka, penerimaan dan persediaan bangsa dari segi

mental dan fizikal adalah penting dalam mewujudkan sebuah identiti negara yang kuat.

Oleh kerana ini, penulis berpendapat bahawa dalam pencarian identiti taman Malaysia ini, kita

tidak perlu terlalu terburu-buru. Ianya akan lahir tanpa apa-apa paksaan kerana segalanya

bergantung kepada kehendak dan keinginan masyarakat atau bangsa. Ianya tidak akan berjaya

tanpa sokongan yang berpanjangan dari semua pihak yang. Maka, apa yang dapat dilakukan

kini adalah memberikan sebanyak mungkin kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat

mengenai betapa pentingnya identiti landskap kepada negara melalui seminar-seminar dan

sebagainya. Mungkin garis panduan itu juga penting dalam mencapai pembentukan taman

Malaysia, tetapi ianya perlulah dilakukan secara halus, tanpa sebarang paksaan. Selanjutnya

adalah penjelasan lanjut kepada apa yang penulis telah cuba untuk huraikan disini. Sekian,

terima kasih.

1. ERA PERKEMBANGAN

a. Kerajaan Melayu Lama

� Malaysia telah melalui zaman paleolitik, mesolitik, neolitik dan logam

� Selepas tahun masihi, wujudnya kerajaan : Kedah, Langkasuka, Srivijaya dan Majapahit.

Page 17: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

17

� Penduduk asal gugusan kepulauan Melayu : Orang Melayu Asli yang berhijrah dari

Yunan iaitu di selatan China (Pengajian Malaysia, 2001)

� Terletak diantara jalan perdagangan China, Arab dan India

� Kuala Selinsing(Perak), Sungai Emas & Pengkalan Bujang(Kedah),Jenderam Hilir(Selangor

dan Santubung(Sarawak)

� Semenanjung Tanah Melayu: terkenal sebagai Suvarnabumi (bumi emas) atau Golden

Khersonese (semenanjung emas)

Pengaruh Hindu dan Buddha

� Agama Hindu dan Buddha telah wujud di tanah melayu sejak abad ke-7

� Kerajaan Sri Wijaya

� Kerajaan Temasik Lama

� Kerajaan Gangga Negara (Perak)

� Kerajaan Hindu-Buddha (Lembah Bujang)

� Agama Buddha lebih mudah diterima kerana tiada sistem kasta seperti yang diamalkan

oleh agama Hindu

� Mempengaruhi masyarakat dari aspek kepercayaan, cara hidup, budaya serta

memperkenalkan tulisan kawi

b. Kerajaan Melayu Melaka

� Dibuka oleh Parameswara pada tahun 1403 m

� Mencapai zaman kegemilangan: Zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477)

� Terdapat 82 bahasa pertuturan, tetapi Bahasa Melayu menjadi bahasa utama (lingua

franca)

� Istana: Pusat Penyebaran Agama Islam dan Ilmu

� Terkenal sebagai:

� pusat perdagangan utama

� pusat perkembangan agama Islam

Page 18: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

18

� tanah jajahan yang luas

� Menjalin hubungan dengan China & India

� Faktor kegemilangan:

� Hubungan diplomatik dengan negara luar (China, India, Jawa, Siam)

� Sistem pentadbiran yang cekap

� Sistem pungutan cukai yang berpatutan

� Penggunaan sistem matawang

“Empayar Melaka adalah cukup berertian dan berfaedah untuk dikaji dengan lebih mendalam

lagi.”

(Zainal Abidin, 1971)

“Negeri Melaka tersangat masyhor dan berfaedah sehingga pada pendapat saya tidak ada

bandingnya di dalam dunia…Ia adalah sebuah bandar raya tempat memasarkan barang-barang

dagangan yang lebih sesuai daripada bandar raya yang lain di dunia.”

(Tome Pires, Kurun ke-16)

Istana Melayu

� Berfungsi sebagai pusat tumpuan segala aktiviti

� Raja: Ahli ulama’ dan berperanan dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Melayu

� Dilengkapai dengan kota dan kubu bagi tujuan keselamatan

� Ruangan: Tempat bersemayam raja, balairung seni, balai mengadap, balai menunggu,

balai penghadapan, balai singgahsana, balai santapan, bilik beradu raja, bilik putera

puteri, bilik dayang, bilik pembantu istana dan bilik pengawal

Page 19: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

19

Taman Istana

� Kawasan berburu

� Padang yang luas untuk kegunaan temasya dan bermain

� Kawasan beristirehat yang dikekelilingi oleh dinding (berdasarkan adaptasi tayangan

cerita lama)

� Kawasan persendirian

� Tujuan keselamatan

� Elemen air: kolam

‘…Maka dilihat oleh baginda sebuah kolam terlalu indah-indah perbuatan, diikat dengan

permata pancawarna, berkeliling kolam itu pelbagai bunga yang indah-indah dengan

jambangnya. Maka Sang Sapurba pun berkeliling pada tepi kolam itu melihat kekayaan Allah

Subhanahuwa Taala.’

Petikan dari Hikayat Hang Tuah, DBP, 1997

Rumah Tradisional Melayu

� Rumah bertiang (banjir, binaan buas)

� Bukaan tingkap luas (sistem pengudaraan)

� Bumbung berbentuk tirus (hujan lebat)

� Cucur atap yang lebar (hujan lebat)

� Susunatur mengikut ‘tajul muluk’

Feng Shui Taj-al-Mulk Vashtu Sastra

Kedudukan rumah Menghadap ke arah sungai & berlatar belakangkan gunung

Rumah dibina menghadap arah matahari naik

Posisti terbaik dalam pembinaan rumah adalah menghadap ke arah northeast

Susunatur elemen rumah Seboleh-bolehnya mempunyai gunung disebelah kanan dan kiri rumah

Tangga utama naik ke rumah seharusnya menghadap ke arah hilir sungai

Page 20: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

20

‘Samaada ianya feng shui, taj-al-mulk atau vashtu sastra, kesemuanya adalah merupakan suatu

sistem yang mengatur tempat tinggal dan kehidupan seharian manusia agar mereka saling

kenal antara satu sama lain serta mengamalkan kemudahan dan undang-undang yang mudah

tanpa memusnahkan persekitaran mereka.’

(Professor Mohd Tajuddin Mohamad Rasdi)

Halaman Rumah Melayu Tradisional

� HALAMAN : ruang terbuka yang tidak berumput dan perlu dibersihkan setiap hari. Ia

terbahagi kepada tiga zon iaitu zon hadapan, sisi dan belakang (Kamisah Shaari,2000).

� Elemen-Elemen Lanskap : pangkin, wakaf, buaian, tempayan, perigi

� Kebiasaannya tumbuhan yang ditanam dapat memberi manfaat dari segi sumber

makanan, ubatan, binaan, haruman dan kosmetik.

� Zon hadapan:

� luas bagi akitiviti-aktiviti keramaian, berehat, bermain

� Umpama pintu masuk – menyambut tetamu

� Pohon-pohon teduhan, tinggi, wangian (kebahagiaan) : pokok kelapa, pokok

jambu penawar, pokok buaya, pokok bunga tanjung & cempaka

� Tanaman yang perlu dielakkan ( kecelakaan) : pokok ubi kanji, jambu bol, pokok

manggis

� Zon belakang:

� Bahagian kebun dapur

� Tanaman: pokok kayu, kelapa, renek, herba (kegunaan masakan dan ubatan)

� Cth: pokok kari, limau kasturi, kaduk, sireh, cekur manis

� Perigi untuk kegunaan harian (masak, mandi, minum dsb)

Page 21: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

21

Landskap Kebudayaan

� Pemahaman terhadap alam dan ekologi setempat contohnya : sawah padi, tepi laut,

tepi sungai, kaki bukit, tanah delta

� Susunatur kampung : Berselerak dan tidak terancang

� Menghormati keadaan alam – jalan dibentuk tanpa menebang pokok, memotong bukit

dsb.

� Cth: jalan-jalan di kawasan kampung

Pengaruh Islam

� Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui pengislaman raja-raja, pembesar-

pembesar serta rakyat jelata:

� Mempengaruhi sosial, politik dan ekonomi Melaka

� Amalan-amalan ajaran Islam:

� Kebersihan, keindahan,kecantikan

� Adat istana, nilai hidup dan kesenian

� Menghapuskan semua elemen fauna dan kepercayaan ritual – mempengaruhi

elemen senibina dan motif dalam seni pertukangan

� Motif keindahan alam, tumbuh-tumbuhan dan khat di atas kayu, tembaga &

emas

Sayyidina Umar RA pernah menangis melihat Rasulullah SAW yang hidup serba miskin,

lantas bersuara, “Orang-orang Parsi dan Romawi yang tidak menyembah Allah mempunyai raja

yang hidup mewah. Mereka hidup di taman-taman yang di tengah-tengahnya mengalir anak-

anak sungai sedangkan pesuruh Allah hidup miskin” .

Rasulullah S.A.W yang sedang berbaring semasa diajukan persoalan ini lantas bingkas bangun

dan bersabda:

Page 22: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

22

“Wahai Umar, nampaknya kamu masih dalam keraguan. Kesenangan dan keselesaan hidup

yang bakal kita perolehi di akhirat nanti sudah tentu lebih baik dari apa yang terdapat di dunia

ini. Kalau di dunia ini, mereka (Romawi dan Parsi) hidup mewah, keadaan akan berubah di

akhirat kelak. Di sana kita yang akan menikmati segala-galanya!”

� Dalam konteks ini adalah menarik untuk diperhatikan bahawa jika dibandingkan dengan

kehidupan kebanyakan khalifah dari Dinasti-Dinasti Arab selepas berakhirnya

pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyideen dan Sayyidina Al-Hassan, ataupun Maharaja-

Maharaja Islam di India, bahkan juga raja-raja yang bukan Islam lainnya, hampir

keseluruhan Raja-Raja Melayu lama kehidupannya terlalu amat sederhana dan tidak

bermewah-mewah.

� Istana mereka hanya sekadar bangunan papan dari kayu cengal atau jati yang diukir

penuh kesenian, tidak ada bahan-bahan binaan yang diimpot dari Iran atau Persia

seperti yang dilakukan oleh sebahagian besar raja-raja lainnya di dunia ini.

� Raja-Raja Melayu tidak meninggalkan monuman-monumen peringatan yang gagah dan

mempesonakan seperti Tajmahal, Piramid. Spinx dan sebagainya, tetapi apa yang

menjadi pusaka peninggalan mereka ialah kata-kata nasihat serta pesanan-pesanan

agama yang luhur dari hati mereka, yang dapat dimenafaatkan oleh bangsa Melayu

sehingga hari kiamat melalui pengabadian kata-kata hikmat tersebut didalam cerita-

cerita sejarah Melayu lama.

� Hikayat-hikayat Melayu tidak ada yang menyebut mengenai kemewahan materi yang

menyelubungi Raja-Raja Melayu. Yang sering diceritakan hanyalah bagaimana akrabnya

mereka dengan para pembesar, hulubalang dan rakyat jelata. Ini mungkin ada kaitan

dengan hakikat bahawa Raja-Raja Melayu dahulu kala lebih dekat dengan agama

sehingga sebilangan mereka diketahui menjadi ulamak, para pendeta dan pejuang-

pejuang Islam.

Page 23: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

23

c. Zaman Pengaruh Penjajah

PENJAJAH TEMPOH CATATAN

1 Portugis 1511 – 1641

(130 tahun)

• Tertumpu di Melaka

• Mendapat tentangan daripada orang Melayu Melaka

dengan bantuan Acheh

• Tidak banyak meninggalkan kesan kepada negara, kecuali

dari segi bahasa (pinjaman kata) dan tarian

2 Belanda 1641 – 1824

(183 tahun)

• Tertumpu di Melaka

• Tidak banyak meninggalkan kesan; tumpuan

penjajahannya adalah di Indonesia

• Mendapat tentangan daripada orang Melayu yang sering

mendapat bantuan Bugis

3 Inggeris 1824 – 1942

1945 – 1957

(130 tahun)

• Manjajah keseluruhan tanah Melayu; dua tahap

• Banyak meninggalkan kesan dalam kebanyakan sistem

kehidupan masyarakat (politik, ekonomi, sosial)

• Banyak mendapat tentangan daripada penduduk negara ini

4 Siam 1821 – 1909

(88 tahun)

• Telah lama menaungi negeri-negeri di utara Semenanjung

Tanah Melayu tetapi dari segi sejarah ianya dicatatkan

bermula pada tahun 1821

• Tertumpu kepada negeri Perlis, Kedah dan Kelantan

• Kesannya agak jelas khususnya dari segi agama (Buddha)

dan kesenian

5 Jepun 1942 – 1945

(3 1/2 tahun)

• Menjajah keseluruhan negeri Tanah Melayu

• Banyak meninggalkan kesan, terutamanya dalam

kehidupan masyarakat (hubungan sesama kaum)

• Mendapat tentangan daripada penduduk negara ini

Pengaruh Inggeris

� Paling meninggalkan kesan yang dalam terhadap senibina dan senibina landskap

Malaysia.

� Contoh : Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Taiping

Page 24: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

24

d. Evolusi Landskap Taman Malaysia Kini

Landskap Bali

� Pengaruh ritual, spiritual dan keagamaan hindu – penggunaan patung

� Kefahaman kepada alam

Neo - Nusantara

� Neo-Nusantara adalah merupakan tema rekabentuk taman yang dihasilkan oleh

kumpulan Terra Garden.

� Bertujuan untuk membentuk sebuah konsep taman yang terkenal berasaskan kepada

seni dan kraf Malaysia.

� Rekabentuk Neo-Nusantara adalah berasakan kepada 5 elemen rasa iaitu:

� Sentuh (tekstur), Bau (wangian, herba), Lihat (warna, bentuk), Dengar (air,

angin), Rasa (manis, masam, pahit)

‘Rojak’

� Sama seperti konsep budaya, makanan, muzik, pakaian dan senibina

� Konsep ‘semua dalam satu’

� Pengambilan konsep bali, jepun dan inggeris dalam landskap rumah persendirian.

� Terbentuk akibat perbezaan adat, budaya dan agama.

‘Eatable’

� Ulam-Ulam dan Sayuran

� Herba dan Ubat-Ubatan Tradisional

� Buah-Buahan

Page 25: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

25

2. FAKTOR –FAKTOR PENGHALANG KEWUJUDAN TAMAN MALAYSIA

� Pengaruh penjajah: Inggeris, Belanda, Portugis

� Sekadar gaya bahasa yang puitis dan berbunga-bunga - hikayat

� Kekayaan dan kekuasaan belum sampai ke tahap ‘extra’

� Sekadar menerima alam seadanya untuk kegunaan harian (cultural landscape)

� Kepelbagaian bangsa dan kebebasan hak beragama yang diamalkan di Malaysia

� Rojak – dari segi makanan, musik, senibina, budaya, adat

� Sikap masyarakat yang mudah menerima sesuatu tanpa sebarang penjelasan dan

penelitian yang lebih lanjut

3. USAHA-USAHA MERUNGKAI IDENTITI MALAYSIA

� Istilah Taman Malaysia adalah merupakan satu pencarian yang masih lagi menjadi

kajian kebanyakan para professional landskap tanah air di kala ini.

“ Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Datuk Ismail Ngah dalam kenyataannya dalam

akhbar Berita Harian (2002) ada menyatakan bahawa proses pembentukan identiti landskap

negara akan mengambil jangka masa yang agak lama dan ianya memerlukan satu garis panduan

yang khusus”.

“ Ng Sek San (2007),seorang arkitek landskap negara juga turut menyatakan pendapatnya

dalam sesi temubual bahawa proses pembentukan taman Malaysia akan mengambil masa 100

tahun dan ianya tidak memerlukan apa-apa paksaan”.

Page 26: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

26

a. Tujuan Pembentukan Taman Malaysia

1. Memaparkan kualiti kehidupan masyarakat yang tinggi dan mencerminkan kemajuan

bangsa

2. Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia mengenai kekayaan budaya

dan warisan negara

3. Menyemai rasa kecintaan dan kebanggaan masyarakat Malaysia

4. Memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui persetujuan satu

identiti yang dicerminkan melalui Taman Malaysia

b. Prinsip-Prinsip Pembentukan Taman Malaysia

1. Keagungan Tuhan

� Prinsip keagungan tuhan dapat diaplikasikan dalam rekaan taman yang lebih banyak

menggunakan elemen-elemen menegak yang mana dapat menghadirkan perasaan

kagum dan kerdil diri bagi setiap pengunjung taman tersebut.

� Tumbuhan seperti pokok kapur (Dryobabalanops aromatic) dan pokok tualang

(Koompassia excels) dengan ketinggian boleh mencecah sehingga 81 meter sudah

semestinya akan dapat menimbulkan rasa keagungan terhadap pencipta alam sejagat.

� Konsep ini diadaptasi daripada konsep binaan bangunan keagamaan yang mana lebih

tinggi dan besar ruang sesebuah tempat ibadat, ianya akan dapat melahirkan rasa

rendah diri terhadap penciptanya.

Page 27: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

27

2. Ketinggian Ilmu

� Keunikan sesebuah rekaan taman akan dapat membuktikan ketinggian ilmu yang

dikuasai oleh arkiteknya.

� Rekaan taman yang dapat mengambil kira aspek fungsi tanaman, ekologi alam,budaya

dan nilai estatika akan dapat menunjukkan arkiteknya telah berjaya menggabungkan

elemen-elemen penting dalam rekaan tamannya.

� Penggunaan teknologi yang progresif, rekaan yang dinamik serta rekaan berasaskan

ilmu.

3. Keharmonian Persekitaran

� Prinsip keharmonian persekitaran akan dapat dicapai melalui pengekalan alam

semulajadi.

� Sebagai contoh, rekaan sebuah taman yang mengambil kira keadaan bentuk semulajadi

dan penggunaan bahan dari sumber semulajadi seperti kayu akan dapat melahirkan

keserasian diantara rekaan senibina dan alam semulajadi di sekitarnya.

4. Keutuhan budaya dan sejarah

� Budaya dan sejarah adalah simbol kepada ketamadunan sesebuah negara.

� Taman Tasek Perdana atau dahulunya dikenali sebagai ‘The Lake Garden’ telah dibina di

sekitar tahun 1889 dan merupakan salah satu tilik tolak kepada Malaysia dalam

menghasilkan taman terbuka di tengah-tengah kemajuan bandar pada ketika itu.

Page 28: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

28

5. Kesatuan

� Dengan mempunyai 3 bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India, prinsip pembentukan

taman Malaysia juga perlu mengambil kira aspek penyatuan diantara budaya dan

elemen semulajadi dalam menyediakan kelesaan kepada pengunjung serta membentuk

identiti taman Malaysia itu sendiri.

� Seni bina dan reka bentuk tradisi sesuatu kaum bercambah bukan kerana faktor

komersial, sebaliknya terbentuk dari keperluan harian yang dituntut dalam budaya dan

agama.

� Aplikasi terhadap tanaman herba dan rempah yang biasa digunakan oleh bangsa

melayu, india dan cina boleh disatukan dalam satu rekaan taman Malaysia.

6. Keunikan Tersendiri

� Bagi mewujudkan karektor yang menggambarkan nilai dan jati diri masyarakat, pelbagai

jenis motif ukiran melayu, cina dan india dapat diterapkan dalam pembentukan taman

Malaysia.

� Ukiran Melayu direka bentuk dan dibina tukang kayu terdiri daripada penduduk

kampung dan dimanifestasi dengan begitu halus, asli dari segi kreativiti dan kepakaran

estetika orang Melayu.

� Binaannya direka dengan bentuk rumah yang sempurna, mengambil kira tradisi, adat

dan kepercayaan, disesuaikan kepada keadaan cuaca panas lembap mengguna bahan

semula jadi serta penggunaan yang optimum.

� Nilai yang menggunakan ukuran tradisi adalah tepat dan sempurna serta perancangan

ruang diambil kira membenarkan rumah boleh diperbesarkan apabila diperlukan pada

masa depan.

� Semua yang dijelaskan menggambarkan kesempurnaan ciri-ciri reka bentuk tradisi

tempatan yang bersandarkan kehendak fungsi dan praktikal tanpa mengabaikan nilai

budaya dan kecantikan estetika.

Page 29: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

29

� Nilai budaya tradisi masyarakat kita dari segi reka bentuk perlu ditonjolkan dan

disesuaikan dengan teknik atau pembinaan kontemporari kerana pelancong luar negara

yang berkunjung akan mencari keaslian reka bentuk kita dan tertarik pada seni bina

tempatan.

7. Kemapan

� Prinsip pembentukan taman Malaysia juga turut menerapkan kemapan atau

‘sustainability’ sebagai salah satu aspek penting yang mana ianya akan menentukan

kestabilan ekologi di sesebuah kawasan.

� Kemapan ini penting dalam memelihara dan memulihara alam semulajadi kita sebagai

warisan untuk generasi yang akan datang.

� Pembentukan taman Malaysia akan lebih berupa pengekalan atau lanjutan kepada

landskap semulajadi seperti landskap di kawasan tanah paya bakau.

� Bayan Lepas International Airport, Penang

� Kuala Selangor Nature Park

� Matang mangrove, Perak

� Merbok mangrove, Kedah

� Wetland, Putrajaya

8. Berguna dan Bermanfaat

� Tumbuhan yang dapat memberikan 1001 manfaat, bukan sekadar tumbuhan yang

menepati ciri-ciri aesthethik atau aktiviti-aktiviti ritual, tapi boleh digunakan

semaksimum nya dalam kehidupan harian.

� Contoh:

� Ulam-Ulaman & Sayur-Sayuran

� Herba dan Rempah-Ratus

Page 30: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

30

� Buah-Buahan

� Ubatan Tradisional

� Pokok Kelapa

c. Asas-Asas Pembentukan Taman Malaysia

1. Persekitaran Semulajadi

� Pelbagai jenis spesis tanaman berdasarkan iklim negara iaitu tropika.

� Dengan beriklimkan tropika, Malaysia adalah merupakan salah sebuah negara yang

bertuah kerana mempunyai lebih daripada 15 jenis hutan hujan tropika dan di setiap

hutan tersebut telah ditemui lebih 12,500 jenis spesis tumbuhan yang hidup subur di

dalamnya.

2. Landskap Semulajadi

� Landskap semulajadi ini bermaksud masyarakat Malaysia lebih mempercayai dan menghargai

segala yang ada disekelilingi mereka.

� Ini juga mungkin adalah kerana keadaan Malaysia itu sendiri yang kaya dengan tumbuhan

semulajadi ekoran daripada iklim tropika tadi.

� Masyarakat Melayu contohnya, lebih suka menanam tanaman yang dapat memberikan manfaat

kepada kehidupan harian mereka.

3. Budaya

� Kedatangan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu

Page 31: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

31

� Masyarakat Cina : Taman courtyard

� Ketidakstabilan politik

Pada kurun ke-19, pemberontakan anti Macau berlaku di Cina iaitu wilayah

Kwantung dan Kwangsi. Pada tahun 1850, Pemberontakan Taiping tercetus di

selatan Cina

� Faktor ekonomi

Contohnya Imigran Cina singgah di Pulau Pinang atau Singapura sebelum pergi

ke Johor Bahru, kemudian mereka membuka 99 kawasan pertanian. Manakala di

negeri-negeri lain mereka bekerja di lombong bijih timah.

� Masyarakat India : Kebun dapur, pisang dan tebu

Kemasukan imgran India pula melalui Sistem Kangani. Kangani ialah seorang

ketua yang dihantar oleh pengusaha ladang getah ke India untuk mengambil

Buruh.

4. Sejarah Awal Senibina landskap

� Secara ringkasnya, senibina landskap di Malaysia awalnya adalah merupakan ‘cultural

landscape’ dimana setiap bangsa menghargai landskap daripada sudut-sudut yang

berbeza. Masyarakat melayu menghargai landskap sebagai pelengkap kehidupan harian

mereka, masyarakat Cina menghargai landskap berdasarkan feng shui dan masyarakat

India lebih banyak menghargai landskap dalam upacara keagamaan mereka.

5. Sosial

� Taman Malaysia dibentuk bagi menggalakkan aktiviti-aktiviti sosial dikalangan masyarakat

Malaysia.

� Berdasarkan kenyataan Siri Neng Buah, Ketua Pegawai Warisan, Jabatan Warisan Negara dalam

akhbar KOSMO (2007, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang terletak di simpang Jalan Sultan

Page 32: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

32

Hishamuddin dan Jalan Raja itu sendiri pada asalnya adalah merupakan kawasan berpaya yang

dijadikan sebagai tempat rekreasi di sekitar tahun 1970-an.

� Ianya ibarat taman rekreasi di KLCC yang meriah dengan orang ramai yang bersiar-siar pada

sebelah petang.

6. Kestabilan Ekonomi

� Setiap rekabentuk landskap memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan yang tinggi.

� Tambahan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun, landskap negara perlu

disisram pada kadar yang kerap dan ini mengakibatkan kadar penggunaan air yang tinggi

� Contoh: Landskap Putrajaya

� Maka, selain kestabilan ekonomi, pemahaman terhadap rekabentuk penanaman juga adalah

penting dalam mewujudkan Taman Malaysia yang berkekalan dan berkesan.

d. Kepentingan Pembentukan Taman Malaysia

1. Nilai sejarah dan budaya

2. Mempertingkatkan ekonomi dan sektor pelancongan

3. Mencerminkan ketamadunan dan identiti bangsa

4. Menyediakan sumber pembelajaran

5. Mengiktirafkan kepentingan profesionalisme

Page 33: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

33

4. KESIMPULAN

1) Sekiranya tanah melayu tidak menerima pengaruh ajaran agama Islam, kemungkinan

landskap bali atau thailand akan menjadi landskap identiti kita kerana dibawah

pengaruh ajaran hindu dan Buddha.

2) Kekuatan identiti itu akan bergantung kepada ketamadunan dan pencapaian sesuatu

bangsa itu. Kekuatan, penerimaan dan persediaan dari segi mental dan fizikal sesebuah

bangsa itu akan menentukan kejayaan dan kemajuan negaranya. Ini jelas menunjukkan

dalam mencapai ketamadunan negara, setiap pihak perlu memainkan peranan. Ia tidak

akan menghasilkan apa-apa sekiranya ianya adalah usaha dari segelintir pihak sahaja.

Begitu juga konsepnya dalam mencari dan menghasilkan identiti Taman Malaysia.

3) Sebagai sebuah negara demokrasi, kata majoriti akan menentukan sesuatu keputusan

itu boleh dibuat atau tidak. Sebagai penduduk asal tanah melayu ini, adalah wajar

sekiranya Taman Malaysia itu dibentuk berlandaskan budaya masyarakat majoriti di

tanah melayu ini. Dan sebagai sebuah negara yang majmuk, elemen-elemen kecil

seperti ukiran, motif-motif dan jenis-jenis tanaman pilihan masyarakat Cina dan India

boleh diserapkan juga ke dalam Taman Malaysia kita nanti.

4) Bagi mewujudkan identiti, kita perlu mengambil kira majoriti.

5) Satu lagi aspek yang penting adalah dari segi kekuatan ekonomi. Sejak dulu, Malaysia

masih dalam usaha membangun dan banyak masalah lain yang perlu ditangani selain

daripada memberikan sepenuh perhatian hanya kepada mencari identiti. Saya bersetuju

bahawa identiti itu akan terbentuk dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa

paksaan. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Mohamad Tajuddin Mohamad

Rasdi, 2005, bahawa pada masa akan datang, beliau mengharapkan identiti paksaan

Page 34: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

34

dalam senibina akan berubah menjadi identiti semulajadi dengan mengambil kira aspek

sosio-budaya dan cuaca setempat.

6) Hardscape adalah merupakan elemen yang lebih penting berbanding softscape. Ianya

lebih memberikan impak yang besar dalam menghuraikan identiti Taman Malaysia yang

sebenarnya. Sebagai contoh: lampu (lantern) dari Taman Bali yang lebih menonjol dan

menghasilkan impak yang besar dari elemen-elemen yang lainnya.

Page 35: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

35

RUJUKAN

Dr. E. Soepadmo, 1998, The Encyclopedia of Malaysia – The Plants. Singapore: Editions Didier

Millet Pte. Ltd.

Chen Voon Fee, 1998, The Encyclopedia of Malaysia – Architecture. Singapore: Editions Didier

Millet Pte. Ltd.

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj. Mohd Rashid,

2001, Pengajian Malaysia; Kenegaraan dan Kewarganegaraan – Edisi Kedua. Malaysia: Prentice

Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Asso. Prof Dr. Mustafa Kamal bin Mohd. Shariff, 2004, Reading Materials for LAR 5310 History

of Landscape Architecture. UPM: FRSB.

Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan The,1997, Warisan Senibina Melayu. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Mubin Sheppard, 1972, Taman Indera – A Royal Pleasure Ground. Ely House, London: Oxford

University Press.

Kassim Ahmad & Noriah Mohamed, 1997, Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur : Yayasan

Karyawan & Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamad Tajuddin Mohammad Rasdi, Kamaruddin Mohd. Ali, Sted Ahmad Iskandar Syed

Ariffin, Ra’alah Mohamad & Gurupiah Mursib, 2004, Warisan Seni Bina Dunia Melayu – Rumah-

Rumah Tradisional. Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Page 36: e-book MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA - … Identiti Taman... · Halaman istana dan rumah melayu juga mempunyai fungsinya yang ... adat, budaya, makanan, fesyen, muzik, seni

MENCARI IDENTITI TAMAN MALAYSIA

36

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2005, Malaysian Architecture – Crisis Within. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributiors Sdn Bhd.

Mohd Khairul Azhar M. S., (2002). Motif Flora di dalam Ukiran Rumah Melayu Tradisional

Kelantan dan Terengganu, Unpublished Thesis, UTM Skudai, Johor.

Othman Mohd. Yatim, 1995, Islamic Arts. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akhbar KOSMO, 10 Ogos 2007, The Padang Lahir Jaguh Sukan, m/s 12.

Akhbar Berita Harian , 7 Oktober 2002, Dasar Landskap Kebangsaan Diwujudkan, m/s 7.