Upload
dominh
View
231
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
e-FM J A B ATA N S A I N S M AT E M AT I K U T M
e-FM18.08
S h a z i r a w a t i
T o k I t a m
S i s K e k w a t
H a z z i r a h
H a n g S e e P h e n g
Z a r i n a
Fauzi
Sekiranya anda
mempunyai artikel
menarik yang ingin
dikongsikan, sila emel-
kan kepada:
SIDANG
REDAKSI
e-FM
e-ISSN No: 2636-9753
Sekalung Tahniah
diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Khairil Anuar Arshad yang telah dilantik
sebagai Timbalan Pengerusi Kursus Ko-Kurikulum & Pembelajaran
Servis (CCSL) berkuat kuasa 1 Oktober 2018 hingga 12 Mei 2021.
Selamat maju jaya diucapkan.
Graduan Pertama Program UTM-Kent
BERITA DAN MAKLUMAN Staf Menghadiri Seminar/Bengkel/Kursus.
International Seminar on Mathematics in Industry & Interna-
tional Conference on Theoretical and Applied Statistics 2018
(ISMI-ICTAS 2018) 4-6 September 2018, UTMKL. Staf yang
membentangkan kertas kerja:
- PM Dr Sharidan Shafie, Dr Zaiton Mat Isa (g–Jitter Induced
Mixed Convection Flow of Casson Fluid with the Presence of
Metallic Nanoparticles)
- Dr Nur Arina Bazilah Aziz (Genetic Algorithm for Inventory
Routing Problem with Carbon Emission Consideration).
- Pn Wan Rukaida Abdullah, PM Dr Sharidan Shafie (Mixed
Convection Boundary Layer Flow of Viscoelastic Nanofluid
Past a Sphere with Constant Wall Temperature)
- Dr Muhammad Fauzee Hamdan, Dr Shariffah Suhaila
Syed Jamaludin (Estimation of Rainfall Curve by using
Functional Data Analysis and Ordinary Kriging Approach)
- Dr Fuaada Mohd Siam (Mechanistic Model of Radiation-
Induced Bystander Effects Using Structured Cells Population
Approach)
- Dr Syarifah Zyurina Nordin, Dr Rashidah Ahmad (Giffler and
Thompson Algorithm and Disjunctive Programming as Initial
Solution for TABU search in Solving Job Shop Scheduling
Problem)
Workshop on Teaching Mathematics
with Mathematical Thinking.
26-27 September 2018, bertempat di
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Staf terlibat: PM Dr Yudariah Mohammad
Yusof (sebagai Penceramah). Bengkel ini
merupakan bengkel pemantapan pedagogi matematik meli-
batkn 25 org pensyarah di UTP.
Lantikan Penasihat Akademik Baharu.
Tahniah atas pelantikan tiga orang lagi Penasihat Akademik Ta-
hun 1 yang baharu iaitu Dr Yeak Su Hoe, Dr Faridah Mustapha
serta Dr Nur Arina Bazilah Aziz.
Data Penerbitan e-LPPT.
Tarikh akhir kemasukan data penerbitan e-LPPT bagi Januari
hingga November 2018 ialah pada 30 November 2018. Oleh yang
demikian, semua staf diminta membuat kemasukan segera ke
sistem RADIS bagi melancarkan urusan pengesahan. Hanya artikel
yang diterbitkan pada bulan Disember 2018 sahaja yang layak
dimasukkan selepas 30 November 2018 dan akan diterima untuk
pengesahan pada bulan Januari 2019.
Pelajar Foo Weoi Ming telah berjaya menjadi graduan pertama
menamatkan pengajian di bawah program Ijazah Berkembar UTM-
Kent. Melalui program ini, beliau telah berjaya dianugerahkan Ijazah
Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) dari UTM serta Ijazah Sarjana
Muda Sains Aktuari dari University of Kent. Beliau telah bergraduasi di
University of Kent pada Julai 2018 dan akan bergraduasi di Majlis
Konvokesyen UTM pada November 2018. Tahniah!
1/3
25 Oktober 2018
Tarikh akhir penghantaran proposal PSM 1
18 Disember 2018
Tarikh akhir penghantaran laporan PSM1 & buku log
TARIKH
PENTING
PSM I
2/3
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Wujudkah teori kimia yang boleh menerangkan perubahan tanah pejal kepada bentuk cecair atau pun teori ma-tematik yang dapat menerangkan fenomena ini? Inilah fenomena yang berlaku di Palu dan Donggala, Sulawesi dalam kejadian gem-pa bumi dan tsunami pada 28 September 2018 yang lalu. Dalam satu video yang tular, fenomena tanah yang dipijak dan didiami ini mencair, bergerak seperti sungai yang berombak, digulung dan diterbalikkan; melenyapkan seluruh kampung. Sudah tentu ada pula kuasa yang menggulung tanah ini dan menterbalikkannya yang mungkin boleh diterangkan oleh bidang fizik. Apakah sifat-sifat tanah ini yang membolehkannya mencair? Adakah semua jenis tanah boleh mencair? Tentu banyak lagi soalan yang boleh ditim-bulkan. Soalan yang berkait dengan sains. Bagi yang berminat melihat fenomena ini boleh membuka pautan https://www.youtube.com/watch?v=lf2BGWT3Y38. Bagi umat Islam sudah tentu mengaitkan kejadian ini dengan Allah SWT, Tuhan semesta alam yang Maha Berkuasa dan sudah tentu juga mengimbau bala yang diturunkan Allah SWT kepada Qarun, Firaun, Haman, kaum ‘Aad, kaum Thamud, kaum Luth dan banyak lagi yang dikisahkan dalam Al-Quran. Bala yang diturunkan ini bersebab; sebab keingkaran dan keangkuhan mereka lalu Allah SWT menurunkan bala kepada mereka. Seorang penulis menceritakan pengalaman beliau sebelum beliau memeluk Islam bagaimana kawannya seorang bukan Islam membuat kesimpulan bahawa setelah beliau membaca Al-Quran, beliau berpendapat Tuhan itu penuh dengan dendam kesumat namun penulis mempertahankanNya dengan mengingatkan beliau Tuhan juga selalu menyebut Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. ‘Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kasihanilah saudara-saudara kami di Palu dan Donggala, jauhilah kami da-ripada kemurkaanMu dan jauhilah kami daripada mala petaka’.
Tok Itam
AKTIVITI BERGAMBAR Majlis Persaraan Staf JSM, 25 September 2018, Bilik Aktiviti JSM
Selamat bersara diucapkan kepada Tn.
Hj. Che Lokman Jaafar, PM Dr Ismail
Mohamad dan juga PM Dr Munira Is-
mail (Dr Munira akan bersara pada 14
Oktober 2018). Ketiga-tiga ‘YB’ telah
diraikan dalam satu majlis makan ten-
gahari anjuran JK Kebajikan JSM.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik pasti disanjung.
Kejohanan Olahraga UTM Staff Game (USG Bakes), 29 September 2018, UTMJB
Tahniah diucapkan kepada Pn Zarina Mohamed yang
telah memenangi pingat gangsa dalam acara lontar
peluru di Kejohanan Olahraga UTM Staff Games.
Turut terlibat ialah PM Dr Nor Muhainiah Mohd Ali.
Tahniah diucapkan.
e-FM diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM
Peranan Kita Sebagai Warga Kampus
Dalam keadaan ekonomi yang kurang mem-
berangsangkan ini, banyak pihak terjejas
sebenarnya. Iyelah tanpa duit, apa pun tak
boleh. Walaupun sebenarnya duit bukan segalanya. Sis bukan
apa, kesannya bukan di atas atau di bawah sahaja, tetapi me-
mang menyeluruh.
Terlalu banyak komplen juga tidak menyelesaikan masalah. Biar-
lah masing-masing melakukan peranan masing-masing. Akibat
dari ekonomi yang kurang menggalakkan ini, apa yang boleh kita
lakukan adalah membiasakan diri dengan segala kekurangan. Jika
kita mengharapkan yang terbaik dari atasan, kita juga perlu cuba
menjadi yang terbaik di peringkat bawahan.
Isu yang Sis nak timbulkan di sini hanyalah isu biasa. Hasil
pemerhatian Sis sendiri, tetapi ianya cukup merimaskan. Kita
semua tahu cleaner sudah dikurangkan bilangannya. Maka, men-
jaga kebersihan sepenuhnya atas tanggungjawab sendiri. Da-
ripada menjaga kebersihan tandas, sehinggalah membuang sam-
pah di kawasan kita berada. Semua pihak perlu prihatin akan
masalah ini dan sama-sama bertanggungjawab dengan kawasan
sekitaran di mana kita berada. Bukan apa, persekitaran yang ber-
sih membuatkan kita rasa lebih selesa biarpun tanpa cleaner.
Antara yang Sis perhatikan adalah bilik kuliah. Pernah seketika Sis
masuk dengan bakul sampah yang penuh dengan sampah.
Pemandangan yang sangat menganggu mata. Cumanya keadaan
sekarang sedikit baik apabila setiap orang cuba melakukan yang
terbaik. Walaupun masih ada segelintir yang masih mementing-
kan diri sendiri. Botol-botol air dibiarkan bersepah begitu sahaja.
Jika kita tidak kutip sampah orang lain pun, memadai kita pasti-
kan sampah kita sendiri diuruskan. Kita sebagai pensyarah pun
perlulah selalu mengingatkan pelajar agar mengutip segala sam-
pah yang berada di sekeliling tempat duduk mereka sebelum
keluar dari bilik kuliah. Jika amalan ingat mengingati ini selalu
diucapkan, Sis pasti kita semua akan terbiasa membuat benda
yang betul.
Satu lagi yang Sis boleh perhatikan, adalah di kawasan tangga di
sekolah kejuruteraan di mana Sis mengajar. Tangga di bahagian
tersorok, penuh dengan putung rokok.
Bukan kah semua institusi pengajian tinggi sudah diwartakan
sebagai kawasan larangan merokok? Sudahlah merokok, dibuang
pula merata. Di mana sikap kita yang sepatutnya prihatin dengan
sekeliling demi keselesaan bersama? Sikap begini saling tak
tumpah macam kucing yang meninggalkan najisnya. Menjaga
kebersihan bersama walau di mana jua kita berada itu penting
demi keselesaan bersama. Pemandangan yang cacat ni membu-
atkan kita hilang ‘mood’ sebenarnya. Walaupun masih ada ku-
rangnya sana dan sini, sekurang-kurangnya kita cuba memini-
mumkan tahap kotor kawasan sekitar kita.
Apapun, mari kita tanya diri kita, apa yang kita buat untuk orang-
orang di sekeliling kita. Selama ini kita hanya sibuk fikir apa yang
orang perlu buat kepada kita. Sekali lagi, Sis merasakan peranan
ini kecil sahaja tetapi memberi impak yang besar jika semua
orang melakukan perkara yang betul. Iya kan?
3/3