Upload
ds-media-event
View
240
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Majalah elektronik edisi 15 Disember 2011
Citation preview
SIDANG REDAKSI
Penasihat :
Ahmad Feisal
Editor : Fadzlie Ahmad
Webmaster : Denny Arf
Grafik :
Altra Et Cetera Enterprise Switchimage Project
Jurugambar :
Joe Pengkalan Azhari Mohd Yusof
Rubiq Radi Shazli Shamsuddin
Nazri Hashim Ahmad Ridhuan
Faiz Azizan Aiok Canonfreak Norazmi Ibrahim Afif Mohd Halim
Anas Toha
Wartawan : Faliq Firdaus
Al Zaem Arzaman
Kartunis : Ahm Ahmad
Diterbitkan oleh :
DS MEDIA & EVENT No.8, Mezzanine Floor
Jalan Tengku Ampuan Zabedah J Seksyen 9, 40000 Shah Alam
Email : [email protected],
Dengan kerjasama : Altra Et Cetera Enterprise
| mukasurat 2
Dari Meja Sidang Redaksi
Ian William Reclaimed The World Match Racing Tour Trophy
Sekitar Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011
Harimau Muda Melawan Sebelum Tumbang
Sekitar Anugerah AFC 2011
Lima Terbaik Sukan SEA 2011
Autawan
Juara Liga Super Buat Persediaan Awal
Selangor Dahagakan Kejuaraan
Ramez Tolak Lamaran Gergasi Asia
Perak Sasar Satu Piala
Zamir Pilih Johor FC
Rangkuman XC Race Putrajaya
Futsal PKNS Sudah Bersedia
Cici Minat Nazmi Faiz
MENARIK EDISI INI 3
4
7
12
16
18
20
22
24
26
29
32
34
36
38
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian ini tidak boleh diulang cetak, disiarkan
dalam apa jua bentuk sebelum mendapat kebenaran bertulis dari pihak penerbit.
Nurshahrul Idlan Talaha
Wan Zack Hiakal Wan Nor
Nazmi Faiz Mansor
Skuad Olimpik Malaysia 2011
Muhammed Ghaddar
Ramez Dyoub
Failee Ghazali
Muhammad Zamir Selamat
8
11
14
17
22
26
28
31
POSTER MENARIK
| mukasurat 3
Alhamdulillah, berkat kesabaran serta
dedikasi sidang redaksi yang menyumbang
kepada kejayaan kecil Dunia Sukan selama
ini, Dunia sukan telah maju setapak lagi
dalam memberikan berita dan isu menarik
dalam arena sukan tempatan. Pada 15
November 2011 yang lalu, majalah
elektronik Dunia Sukan edisi pertama telah
dilancarkan.
Walaupun medium ini boleh dikatakan agak
eksperimental, namun majalah elektronik
Dunia Sukan edisi pertama tersebut telah
mendapat sambutan di luar jangkaan.
Perasaan teruja bukan sahaja dapat dilihat
daripada kalangan pembaca setia Dunia
Sukan, malahan projek ini telah menjadi
sebutan banyak pihak di dalam komuniti
media sukan tempatan juga.
Yang lebih luar biasa, majalah elektronik ini
bukan sahaja dapat ditatapi oleh pembaca
di internet dengan menyelak satu halaman
ke halaman yang lain seperti membaca
majalah biasa, ia juga boleh dimuat turun
secara percuma dari laman web Dunia
Sukan.
Berkat sokongan dan sambutan yang luar
biasa ini, kami akan sedaya upaya untuk
mempertingkatkan kualiti penerbitan
majalah elektronik ini dari masa ke semasa
dalam menepati citarasa pembaca-
pembaca yang setia. Jika dapat dilihat,
kandungan edisi kedua kali ini telah
dipertingkatkan dari 28 mukasurat ke 42
mukasurat. Edisi kedua ini juga
memfokuskan kepada persiapan pra-musim
Liga Super 2012 dan memuatkan poster-
poster yang menarik untuk simpanan dan
muat turun oleh peminat-peminat.
Diharapkan pembaca terhibur dan lebih
berpuashati dengan keluaran kali ini. Kami
mengalukan sebarang maklumbalas yang
boleh dihantar ke e-mel kami di
DARI MEJA SIDANG REDAKSI
IAN WILLIAM
Story & Photo by Ahmad Ridhuan
RECLAIMED THE WORLD MATCH RACING TOUR TROPHY
| mukasurat 4
British skipper Ian William re-claimed the World
Match Racing Tour trophy he last won in 2008
after winning the season ending Monsoon Cup
held in Pulau Duyong, Kuala Terengganu from
22-27 November 2011. It was his third world title
having become the first British tour champions in
2007.
Williams skippering the Team GAC Pindar came
to Pulau Duyong with just a six points lead over
closest challengers, Francesco Bruni (Bruni
Racing) and Torvar Mirsky (The Wave Muscat).
During the qualifying round however, they and
other seasoned campaigners were outshone by
the Asian Match Racing Champions, William
Tiller (Full Metal Jacket Racing) of New Zealand
who finished at the top of the pile with eight wins.
Another young Kiwi skipper, Phil Robertson
(WAKA Sailing Team) also finished the qualifying
round with eight victories but his defeat against
Tiller put him in second place. Swedish skipper
Bjorn Hansen (Mekonomen Sailing) finished third
on the board while fourth spot was occupied by
four times tour winner, Peter Gilmour (YANMAR
Racing).
Williams and Bruni finished in fifth and sixth
respectively in the qualifying round with
Scandinavian skippers, Jesper Radich (Adrian
Lee & Partners) and Johnie Berntsson
(Berntsson Sailing Team) taking up the last two
spots in the Monsoon Cup quarters-finals. All
skippers posted an identical 6-5 scores but were
separated when head-to-head records were
taken into account. | mukasurat 5
Perhaps the biggest name missing from the last
eight was of Mirsky who were devastated when
his dreams of becoming the World Champions
were blown away by a gust of wind that pushed
Bruni ahead of him in the last match which gave
the Italian victory and a place in the knock-out
stage.
For the knock-out stage, the higher ranked
skipper was allowed to choose his opponent and
the two young Kiwi skippers opted to pit youth
against experience. Tiller chose to face the
lowest ranking Berntsson while Gilmour was a
surprise choice by Robertson.
Hansen who on day one led the standings picked
fellow Scandinavian Radich as his opponent,
leaving Williams and Bruni as the last pair for the
quarter-finals. The Brit said it would have been
his choice too as a win for him over the Italian
skipper would seal the world title early on.
In the battle between youth and experience in
quarter-finals 1 and 2, it was the latter who
emerged victorious. Both went all the way to the
rubber match with Berntsson and Gilmour using
their experience to defeat Tiller and Robertson
respectively.
Radich won 3-1 in quarter-final 3 against Hansen
but the big news of the day was when Williams
secured the WMRT title after easily overcoming
Bruni 3-1 in their match. However, Williams did
not really celebrate as he remained focused on
winning the double.
In the last four Berntsson once again upset the
odds and after trailing 1-0 to Gilmour raced to a
2-1 lead before the Aussie drew level to force the
rubber. This time the Swede managed to outfox
Gilmour to go through to his first Monsson Cup
final. In the other semi-final Williams cruised to a
3-1 win over Radich to set up a final date against
the likeable Swede.
Gilmour's bad run continued in the Petit Final
when he was defeated by Radich 2-0, costing
him a podium finish in both the WMRT and also
the Monsoon Cup.
In the final, Williams who held a better head to
head record against Berntsson during the
season, stayed true to form and raced to a 2-0
lead. But Berntsson rallied to force a penalty
against Williams which saw the lead reduced to
2-1.
However, Williams and his crew were not to be
denied in the fourth race with a perfect start,
giving him a significant lead throughout the race
and with it the Monsoon Cup title when they
crossed the finish line well ahead of Berntsson.
Final WMRT standings:
1 - Ian Williams, Team GAC Pindar (Britain)
2 - Francesco Bruni, Bruni Racing (Italy)
3 - Johnie Berntsson, Berntsson Sailing Team
(Sweden)
4 - Torvar Mirsky, The Wave Muscat (Australia)
5 - Peter Gilmour, YANMAR Racing (Australia)
Final Monsson Cup standings:
1 - Ian Williams, Team GAC Pindar (Britain)
2 - Johnie Berntsson, Berntsson Sailing Team
(Sweden)
3 - Jesper Radich, Adrian Lee & Partners
(Denmark)
4 - Peter Gilmour, YANMAR Racing (Australia)
| mukasurat 6
| mukasurat 7
Nu
rsh
ah
rul Id
lan
Ta
lah
a
An
ug
era
h S
up
erm
ok
h
Pe
ma
in P
alin
g B
ern
ilai 2
011
Foto : Anas Toha Nurshahrul Idlan Talaha dari pasukan Kelantan mengesahkan dirinya pemain terbaik Liga Malaysia apabila merangkul Anugerah Supermokh Pemain Paling Bernilai untuk tahun kedua berturut-turut dalam 100 Plus-Astro Arena- FAM Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011. Nurshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo menewaskan pencabar lain iaitu Safiq Rahim dari Selangor dan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat. Mat Yo turut merangkul Anugerah Penyerang Terbaik, juga buat tahun kedua berturut-turut dengan menewaskan Abdul Hadi Yahya (Terengganu) dan Hairuddin Omar (Negeri Sembilan) Pemain tengah terbaik dimenangi oleh Safiq Rahim dari Selangor namun tidak dapat hadir kerana sedang menjalani ujian percubaan bersama Cardiff City. Pemilihan Norhafiz Zamani Misbah sebagai pemain pertahanan terbaik agak kontroversi kerana beliau sahaja baru bermain selepas berehat panjang akibat kecederaan. Marzuki Yusof dari Terengganu dilihat lebih bertepatan berbanding Norhafiz dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak.
Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menepati ramalan apabila memenangi anugerah penjaga gol terbaik untuk tahun kedua di atas tugasan cemerlangnya di Kelantan dan negara. Membawa Terengganu ke pentas akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pemilihan Irfan Bakti Mohd Salim sebagai Jurulatih Terbaik menepati ramalan apabila menewaskan Norizan Bakar dari Perak dan Dato' M. Karathu (Kelantan) Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2011 : PERSATUAN BOLASEPAK TERBAIK : PB Selangor KELAB TERBAIK : PKNS JURULATIH TERBAIK : Irfan Bakti Mohd Salim (Terengganu) PENJAGA GOL TERBAIK : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) PERTAHANAN TERBAIK : Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan) PEMAIN TENGAH TERBAIK : Safiq Rahim (Selangor) PENYERANG TERBAIK : Nurshahrul Idlan Talaha (Kelantan) PEMAIN MUDA HARAPAN : Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A) ANUGERAH SUPERMOKH PEMAIN PALING BERNILAI : Nurshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
| mukasurat 9
Persatuan Terbaik-Selangor FA
Norhafiz Zamani mengejutkan ramai pihak
apabila menggondol Pertahanan Terbaik
Wan Zack dinobat Pemain Harapan
Apek menepati satus Penjaga Gol Terbaik
Irfan Bakti layak dinobat Jurulatih Terbaik
| mukasurat 10
Wa
n Z
ac
k H
aik
al W
an
No
r
Sk
ua
d O
limp
ik M
ala
ys
ia 2
011
Artikel : Al Zaem Arzaman
Foto : Nazri Hashim, Azhari Mohd Yusof, Joe
Pengkalan dan Rubiq Radi
Kepenatan jelas menghantui beberapa tonggak
utama skuad Olimpik kebangsaan ketika melayan
kunjungan skuad Olimpik Syria untuk perlawanan
kedua Kumpulan C, Kelayakan Sukan Olimpik
2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Walaupun cuma berehat tak sampai 48 jam
selepas menempuhi perlawanan akhir Sukan SEA
yang berlanjutan hingga ke sepakan penalti, skuad
Harimau Muda tetap memberikan cabaran yang
boleh dipuji kepada Syria sebelum tumbang
dengan keputusan 0-2.
Ong Kim Swee menurunkan beberapa tonggak
utama yang telah mengharungi hampir semua
perlawanan dalam tempoh dua minggu di Jakarta
tempohari. Hanya dua tonggak baru disenaraikan
iaitu Amer Saidin di pertahanan tengah dan Wan
Zack Haikal Wan Nor di bahagian sayap.
Aksi babak pertama, Malaysia mempamerkan aksi
baik dengan menyekat beberapa serangan
merbahaya Syria malah ada ketika menyerang ke
kubu lawan. Benteng yang dikawal Muslim
Ahmad, Amer Saidin, Mahali Jasuli dan Zubir
Azmi dilihat berjaya menyerap asakan lawan
dengan baik.
Namun, ketumpulan jentera hadapan yang terus
menghantui pasukan ini walaupun semua
bahagian telah memberikan aksi yang baik.
Malah Fakri Saarani dan Thamil Arasu dilihat tidak
melaksanakan fungsi sebenar mereka sebagai
penyerang walaupun bahagian tengah yang
dikemudi bintang muda, Nazmi Faiz bersama K.
Gurusamy, Fandi Othman dan Wan Zack Haikal
kerap mencipta sesuatu ke kubu lawan.
Khairul Fahmi yang diberikan tugas kapten dilihat
beberapa kali terpaksa melayangkan badannya
untuk menyelamatkan gawang Malaysia dari
dibolosi, malah benteng pertahanan juga terpaksa
bekerja keras menyekat serangan bahaya Syria
dari pelbagai sudut.
| mukasurat 12
HARIMAU
MUDA
Gol Malaysia akhirnya dibolosi lawan seawal
babak kedua bermula iaitu pada minit ke 51,
berpunca dari lontaran masuk di sebelah kanan
gol. Solaiman Solaiman yang tidak dikawal baik
berjaya menanduk masuk bola yang terlebih
dahulu ditanduk rakan sepasukan kepadanya
yang berada di depan gol.
Syria menggandakan asakan namun
kecemerlangan Khairul Fahmi terus
menyelamatkan keadaan kucar-kacir skuad
Malaysia yang kelihatan mula hilang fokus. Faktor
penat mula memainkan peranan apabila Syria
kerap kali berjaya merampas bola dari kaki
pemain Malaysia dengan mudah.
Dan akhirnya pada minit ke 87, berpunca dari
kesilapan Muslim Ahmad yang memberikan bola
pada penyerang lawan telah menghasilkan gol
kedua Syria hasil jaringan Nassouh Nakkdahli,
penyerang gantian yang baru masuk.
Pujian harus diberikan walaupun Harimau Muda
gagal menyekat Syria meraih kemenangan kedua
semalam dan terus menguasai tempat pertama
Kumpulan C dengan 6 mata bersama Jepun.
Mereka telah memberikan cabaran buat Syria
sebelum tumbang.
Sementara itu, Jepun turut mencatatkan
kemenangan 2-0 ke atas Bahrain dalam satu lagi
perlawanan pada hari Selasa lalu. Malaysia akan
bertemu pasukan tercorot kumpulan Ahad ini iaitu
Bahrain di laman sendiri, manakala Jepun pula
akan melayan kunjungan Syria.
Statistik : Malaysia/Syria
GOL : 0/2
PERCUBAAN TEPAT : 5/9
PERCUBAAN TERSASAR : 6/6
TENDANGAN SUDUT : 1/9
OFSAID : 1/2
KAD KUNING : 3/2
KAD MERAH : 0/0
MELAWAN
SEBELUM
TUMBANG
| mukasurat 13
Na
zm
i F
aiz
Ma
ns
or
Sk
ua
d O
limp
ik M
ala
ys
ia 2
011
| mukasurat 15
| mukasurat 16
AFC Youth Player of the Year
2011 - Hideki Ishige
AFC National Team of the Year
2011 - Men (JAPAN)
AFC Club of the Year 2011 - Al
Sadd (QATAR)
Fifa President - YBhg Dato Sepp
Blatter
Sk
ua
d O
limp
ik M
ala
ys
ia 2
011
Oleh : Al Zaem Arzaman
Skuad bawah 23 tahun (B23) kebangsaan
berjaya mempertahankan pingat emas Sukan
SEA yang dimiliki pada edisi lepas di
Vientiane, Laos. Kali ini, di Jakarta,
Indonesia, skuad B23 kebangsaan
mempamerkan kematangan beraksi di
hadapan ratusan ribu penyokong tuan rumah
dan memenangi perlawanan akhir dalam
penentuan sepakan penalti selepas
perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat masa
tambahan.
Semua pemain mempamerkan permainan
yang cemerlang dalam merealisasikan
kejayaan ini. Walaupun adakalanya mereka
beraksi di bawah tahap sebenar, tapi
mungkin dipengaruhi faktor keletihan,
tekanan dan sebagainya. Lebih manis,
mereka menumpaskan Indonesia dua kali,
sekali di dalam peringkat kumpulan dalam
suasana yang penuh tegang dari penyokong
tuan rumah. Berikut adalah lima pemain
yang berjaya mencuri tumpuan dan wajar
diberikan kredit atas keberkesanan mereka
sepanjang aksi mereka di Sukan SEA 2011.
Tidak dinafikan ada beberapa lagi pemain
yang boleh tersenarai dalam kalangan
pemain terbaik skuad emas Sukan SEA 2011
ini, namun mereka adakalanya mungkin
dilihat gagal berfungsi dalam perlawanan-
perlawanan lain. Penilaian ini adalah
berdasarkan persembahan keseluruhan
pasukan ini di Jakarta tempohari. Sekali lagi,
sekalung tahniah buat anak-anak muda
negara yang berjaya mempertahankan emas
acara bolasepak Sukan SEA serta tahniah
juga buat barisan kejurulatihan dan staf yang
diketuai oleh jurulatih Ong Kim Swee.
BADDROL BAKHTIAR (23 tahun)
Pergerakkan Malaysia banyak
bergantung pada Baddrol selain
daripada mempunyai sepakan jauh
yang baik dan pakar sepakan
percuma. Mempamerkan kematangan
dalam mengetuai skuad muda ini
malah turut sama menjaringkan tiga
gol dalam membantu pasukannya.
Kerap kali merampas bola dari kaki
lawan disamping pantas membantu
rakan-rakan pertahanan sekiranya
diperlukan. Penalti terakhir yang
diambilnya memberikan kejayaan
manis buat skuad muda kebangsaan
dengan keputusan 4-3 selepas
sepakan Ferdinand Sinaga
diselamatkan penjaga gol Malaysia,
Khairul Fahmi.
Rating: 7.8/10
MOHD NAZMI FAIZ MANSOR (17
tahun)
Tenang di tengah padang, bertahan
dengan baik dan adakala memulakan
gerakkan dalam menyerang kubu
lawan. Mempunyai hantaran tepat dan
bijak dalam membuat sebarang
hantaran serta memiliki kawalan bola
yang baik. Impaknya dalam skuad ini
amat bernilai walaupun dipanggil saat-
saat akhir.
Rating: 7.5/10
KHAIRUL FAHMI CHE MAT (22
tahun)
Memiliki kehebatannya yang tersendiri,
memukau dengan aksi tangkasnya di
gawang dan kerap menyelamatkan
gawangnya dari mudah dibolosi lawan.
Khairul Fahmi juga sentiasa waspada
dengan keadaan kawasan golnya dan
akan keluar sekiranya keadaan
memaksa. Aksinya ketika perlawanan
akhir menentang Indonesia patut
diberikan pujian serta mampu
menyelamatkan penalti terakhir
Indonesia dalam memberikan
kemenangan berharga skuad B23
negara dalam mempertahankan emas
Sukan SEA kali ini. Walaupun dibebani
dengan pelbagai masalah luar padang,
dia tetap tenang mengawal gawang
pasukan.
Rating: 7.3/10
| mukasurat 18
5 TERBAIK
SUKAN
SEA
MOHD MUSLIM AHMAD (22 tahun)
Kental dan penuh pengalaman samaada di peringkat
kebangsaan mahupun B23. Dua kali bersama Harimau Muda A
di Slovakia iaitu di bawah kedalian jurulatih Azraai Khor Abdullah
(Feb 2010) dan Ong Kim Swee (Ogos 2010). Jelas serasi
berpasangan dengan Mohd Fadhli Shas, kemas mengawal
benteng pertahanan. Mereka juga antara tunjang pertahanan
skuad kebangsaan yang meraih Piala AFF Suzuki 2010. Aksi
baiknya ketika perlawanan akhir membolehkannya disenaraikan
antara pemain terbaik skuad Sukan SEA kali ini berbanding
Fadhli Shas.
Rating: 7.3/10
MOHD FANDI OTHMAN (19 tahun)
Serba boleh samaada berkasi pertahanan kanan atau kiri,
serta sayap kiri. Memiliki kepantasan, kawalan bola dan
hantaran lintang yang baik. Aksi lincahnya ketika menentang
Thailand adalah antara yang terbaik kerana kerap kali
mengundang masalah pada pertahanan lawan dengan
hantaran-hantaran lintangnya ke kawasan gol lawan
disamping berjaya melepasi kawalan pemain lawan. Dalam
usianya yang baru mencecah 19 tahun, dia masih boleh
tersenarai dalam dua edisi Sukan SEA yang akan datang.
Rating: 7.1/10
| mukasurat 20
| mukasurat 21
Mu
ha
mm
ed
Gh
ad
da
r
Ke
lan
tan
| L
iga
Su
pe
r 2
012
Kelantan menghadapi musim baru 2012 dengan
membuat persiapan yang rapi apabila memuktamadkan
pengambilan pemain serta mengadakan perlawanan pra
musim.
Bakal bersaing dalam Piala AFC buat kali pertama,
skuad The Red Warriors mengekalkan 16 pemain lama
dan membawa masuk kembali trio dari T-Team iaitu
Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi
Che Ros.
Ketika pasukan lain masih terkial-kial menguji pemain
import, Kelantan yang dibimbing Peter James Butler
telah siap menandatangani empat pemain import. Danny
Antwi dan Emmanuel Okine dari Ghana serta
Muhammed Ghaddar dari Lubnan dipilih untuk
menggalas cabaran liga tempatan manakala Zacharia
Charara (Lubnan) untuk saingan Piala AFC.
Persiapan pra-musim fasa pertama skuad Kelantan
diakhiri dengan cemerlang apabila mencatatkan
keputusan memberangsangkan hasil empat
kemenangan daripada lima perlawanan yang diadakan.
Butler telah mencuba dan mengenalpasti beberapa
pemain muda untuk menggalas cabaran musim liga yang
panjang dan perlawanan yang banyak.
Manakala fasa kedua latihan pula diatur untuk
membentuk adunan yang mantap antara pemain import,
pemain baru dan lama dengan mengadakan perlawanan
persahabatan dengan pasukan Liga Super seperti
Terengganu dan T-Team.
Dengan persiapan yang rapi dan teratur, pasukan
Kelantan dijangka siap sepenuhnya untuk membuka tirai
musim baru dengan menentang Negeri Sembilan dalam
aksi perlawanan Sumbangsih pada 7 Januari nanti.
JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN
PERSAHABATAN:
18 November 2011 : Kelantan menang 2-1 dengan
skuad kebangsaan Maldives
23 November 2011 : Kelantan menang 3-0 dengan
Baliestier Khalsa
27 November 2011 : Kelantan menang 4-2 dengan ATM
29 November 2011 : Kelantan tewas 2-4 dengan Negeri
Sembilan
01 Disember 2011 : Kelantan menang 3-1 dengan Perak
10 Disember 2011 : Kelantan menang 2-0 dengan T-
Team
23 Disember 2011 : Kelantan menentang Persebaya
(Piala PERMAI)
28 Disember 2011 : Persebaya menentang Kelantan
(Piala PERMAI)
31 Disember 2011 : Kelantan menentang Terengganu
| mukasurat 23
Selangor Dahagakan Kejuaraan Artikel : Fadzlie Ahmad
Foto : Shazli Shamsuddin
Lelo Mbele dari Congo akhirnya telah
dipilih sebagai pemain import kedua
walaupun masih dibelenggu kecederaan
seterusnya melengkapkan senarai 24
pemain skuad Red Giants yang
didaftarkan untuk menghadapi musim
2012.
Dengan mengekalkan 12 pemain lama
dan membawa masuk 9 pemain baru,
Selangor hanya memburu 1 slot
penyerang import sahaja lagi.
Penjaga gol pinjaman, G Jeevananthan
dari USM ditawarkan kontrak tetap
setelah beraksi cemerlang semasa
kempen Piala Malaysia baru-baru ini.
Pelatih skuad kebangsaan, Norazlan
Razali dari Kuala Lumpur turut dibawa
masuk bagi merebut posisi utama
penjaga gol bersama-sama
Jeevananthan dan Mohd Fairul Azwan
Shahrullail yang dikekalkan.
Md Hasmarul Fadzir Hassan (Felda
United) dan pemain import dari Lubnan,
Ramez Dayoub diantara muka baru
untuk melengkapkan bahagian
pertahanan bersama-sama pemain
lama seperti Mohd Razman Roslan,
Mohd Nasriq Baharom, Asraruddin
Putra Omar dan P. Gunalan.
Di bahagian tengah, Selangor
membawa masuk Solihin Kanasian
Abdullah dari Kelantan, Wan Mohd
Hoesne Wan Hussain (Johor FC), Adib
Aizuddin Ab Latif (Johor) serta bekas
pemain Harimau Muda yang dilepaskan
iaitu K Gurusamy.
Dengan adunan pemain lama yang
berpengalaman seperti Safiq Rahim
yang baru-baru ini dinobatkan Pemain
Tengah Terbaik 2011, Amirulhadi
Zainal, Azidan Sarudin, Bunyamin
Omar, Fitri Shazwan Raduwan serta
Fazilidin Khalid, jentera tengah Selangor
boleh dikatakan mantap dan mampu
merencanakan serangan dengan berkesan.
| mukasurat 24
Untuk mengatasi kelemahan jentera
serangan yang tidak bernafsu selepas
pemergian Safee Sali ke Pelita Jaya pada
awal musim 2010, Selangor mengikat
kontrak dengan Famirul Asyraf Sayuti dan
R Surendren, keduanya dari Pahang bagi
menggantikan Fadzli Shaari dan Rudie
Ramli.
Kemasukan 2 penyerang baru ini dilihat
tidak banyak memberi impak kerana
prestasi musim 2010 mereka yang agak
hambar. R Surendren lebih banyak
memanaskan bangku simpanan Pahang
akibat masalah kecederaan yang
berpanjangan manakala Famirul Asyraf
hanya mampu mencatatkan 4 gol
sepanjang kempen Liga Super dan
prestasi beliau sering turun naik. Apa yang
pasti peminat Selangor mengharapkan
sentuhan jurulatih terbaik 2011, Irfan Bakti
Mohd Salim untuk menukar mereka ini dari
tiada apa-apa kepada penyerang yang
berbisa atau prolifik.
Kehadiran Irfan yang mempunyai
kepakaran taktikal diharap mampu
mengubah nasib pasukan Red Giants
yang sudah lama dahagakan kejuaraan.
Kita tunggu Misi 33 untuk tahun 2012.
JADUAL DAN KEPUTUSAN
PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA
MUSIM
7 Disember 2011 : Sime Darby (0)
menentang Selangor (2) di Stadium UPM,
14 Disember 2011 : Selangor menentang
MP Muar di Stadium MPPJ, 5 petang
17 Disember 2011 : Selangor menentang
Sabah di Stadium MPSJ
20 Disember 2011 : MP Muar menentang
Selangor di Stadium MP Muar
22 Disember 2011 : Johor menentang
Selangor diStadium Pasir Gudang
23 Disember 2011 : Johor FC menentang
Selangor di Stadium Pasir Gudang
27 Disember 2011 : Selangor menentang
UITM di Stadium UITM, Shah Alam
30 Disember 2011 : Selangor menentang
Pahang di Stadium UITM, Shah Alam
3 Januari 2012 : Selangor menentang Pos
Malaysia di Stadium MPPJ
| mukasurat 25
Ra
me
z D
yo
ub
Se
lan
go
r | L
iga
Su
pe
r 2
012
Beliau dipetik berkata,"Sejujurnya, dengan
reputasi kelab yang besar, telah membuatkan
saya untuk melipatgandakan usaha ketika sesi
latihan dan perlawanan sebenar. Pada musim
pertama saya di sini, saya jangkakan akan
menjadi musim yang mencabar. Untuk
memenuhi kehendak reputasi pasukan itu
sendiri telah menjadi satu cabaran yang besar
bagi saya. Melihat kepada prestasi pasukan
kebelakangan ini, kami perlu habiskan
keseluruhan musim dengan kejuaraan. Itu yang
paling penting."
Dyoub, merupakan pemain pertahanan kelab
Myanmar, Magway FC sebelum berhijrah ke
pasukan Gergasi Merah, baru-baru ini. Rakan
senegara beliau, Mohammed Ghaddar, yang
merupakan seorang penyerang juga akan
beraksi di dalam kancah bola sepak tempatan,
untuk pasukan Kelantan. Dyoub juga mengakui
bahawa beliau mengenali secara peribadi
bekas pemain Selangor yang juga berasal dari
Lebanon, iaitu Buddy Farah.
Ramez Dyoub dan Mohammed Ghaddar,
merupakan pemain-pemain utama pasukan
kebangsaan Lebanon yang berjaya
menewaskan pasukan
Korea Selatan dengan jaringan 2-1 dalam
perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil,
baru-baru ini.
Ramez Dyoub juga merupakan antara pemain
yang sering diberi tanggungjawab sebagai
ketua pasukan kebangsaan, sekiranya pemain
Shandong Luneng, Roda Antar tidak
disenaraikan.
Oleh : Faliq Firdaus
Foto : Shazli Shamsuddin dan Fadzlie Ahmad
Pemain pertahanan antarabangsa Lebanon,
Ramez Dyoub mendedahkan bahawa beliau
telah diintai oleh pasukan-pasukan gergasi Asia
sebelum memutuskan untuk bermain bersama
pasukan Selangor.
Menurut beliau, reputasi pasukan Selangor
Selangor sebagai pasukan terbesar di Malaysia
telah menjadi pendorong buat dirinya untuk
berhijrah ke sini dengan kontrak selama 1
tahun.
"Selangor merupakan kelab terbesar di
Malaysia yang mempunyai reputasi tersendiri,
dengan 32 kejuaraan Piala Malaysia. Mereka
mempunyai kumpulan pemain yang baik, serta
staf sokongan yang baik. Sebahagian pemain di
sini merupakan pemain kebangsaan Malaysia
dan juga jurulatih, Irfan(Bakti) yang juga saya
lihat merupakan seorang jurulatih yang
berkaliber.
Selain Selangor, saya juga telah dipancing oleh
pasukan-pasukan gergasi Asia seperti kelab
dari negara Kuwait dan Iran. Pasukan-pasukan
ini bermain di dalam pertandingan kelab
peringkat Asia. Namun begitu, kerana reputasi
Selangor yang besar serta negara Malaysia
yang aman damai, saya memilih untuk ke
Selangor. Ini bukan kali pertama saya di sini,
kerana sebelum ini saya telah ke sini bersama
pasukan kebangsaan Lebanon pada tahun
2006, kalau tidak silap saya. Atas semua faktor
inilah saya memilih untuk beraksi bersama
pasukan Selangor." ujar pemain berumur 27
tahun ini.
Menurut Dyoub, tugasan beliau pada musim
yang akan datang ini bukanlah tugasan yang
mudah. Hadir sebagai pasukan terbesar di
Malaysia, pasukan Gergasi Merah sinonim
dengan kejuaraan tempatan.
Ramez Tolak
Tawaran
Pasukan
Gergasi Asia
| mukasurat 27
Fa
ilee
Gh
az
ali
Pe
rak
| L
iga
Su
pe
r 2
012
Perak membuat persiapan pasukan dengan
mengadakan tiga perlawanan persahabatan pra
musim di sekitar Lembah Klang menentang
Kelantan, PKNS dan Sime Darby FC baru-baru ini
bagi menguji keserasian muka baru dan lama
serta medan ujian pemilihan untuk pemain import.
Apabila tarikh pendaftaran pemain ditutup pada 8
Disember lalu, pemburuan pemain import akhirnya
tamat apabila Perak mendaftarkan pemain tengah
dari Slovakia, Michal Kubala dan penyerang
Serbia, Lazar Popovic.
Sementara itu, sebahagian besar pemain musim
lepas masih diberi kepercayaan oleh pihak
pengurusan dalam misi memburu sekurang-
kurangnya satu piala untuk pasukan musim
depan. Di posisi penjaga gol, tiada perubahan
pemain menyaksikan Mohd Nasril Nourdin,
Kamarul Effandi dan Khairul Amri Salehuddin
bersaing merebut tempat.
Pertahanan berpengalaman, Khairi Zainuddin
bersama Chan Wing Hoong, Mohd Syazwan
Roslan, Mohd Nor Hazrul Mustafa dan Mohd
Hisyamuddin Shaari dikekalkan di pertahanan dan
diperkuatkan lagi dengan kehadiran pemain yang
pernah beraksi bersama skuad kebangsaan, Mohd
Shahrom Abdul Kalam dari Kuala Lumpur.
Kepulangan Badrul Azam Mohd Zamri dari
pinjaman ke Felda United dan kemasukan pemain
Harimau Muda A, Mohd Rafiuddin Roddin bakal
memperkemaskan lagi bahagian tengah pasukan
Perak yang bakal dikemudi kapten, Shahrulnizam
Mustafa.
Perak turut berjaya memancing pemain tengah
baru iaitu Fahrul Razi Kamaruddin dari Kuala
Lumpur, selain mengekalkan K. Nanthakumar,
Mohd Nazri Mohd Kamal, Wan Hossen Wan Abd
Ghani, Mohd Fazrul Hazli Kadri, Isma Alif Mohd
Salim, Mohd Nurridzuan Abu Hassan dan Mohd
Shazuan Ashraf Mathews.
Penjaring terbanyak Perak musim lalu, Akmal
Rizal Ahmad Rakhli dan Shafiq Jamal turut
dikekalkan di bahagian serangan skuad Seladang.
Ketajaman Mohd Failee Ghazali semasa tempoh
pinjaman Piala Malaysia lalu memberikan beliau
kontrak tetap bersama skuad Seladang. Dengan
kemasukan bekas penyerang FK Zeljeznicar di
Liga Bosnia, Lazar Popovic, jentera serangan
pasukan Perak bakal menghadirkan gerun kepada
pihak lawan.
Selepas ini pasukan Perak akan berangkat ke
Medan, Indonesia untuk tiga siri perlawanan
persahabatan di sana dan majlis perlancaran jersi
baru pula dijadualkan berlangsung pada hujung
bulan ini.
| mukasurat 29
JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN
PERSAHABATAN PRA MUSIM
28 November 2011 : Kelantan (3) menentang
Perak (1)
28 November 2011 : ATM (2) menentang Perak
(4)
14 Disember 2011 : PKNS (3) menentang Perak
(1)
17 Disember 2011 : Sime Darby FC (1)
menentang Perak (2)
16 Disember 2011 : Perak menentang Sime Darby
FC di Stadium Ipoh
17 Disember 2011 : Perak menentang Pos
Malaysia di Stadium Ipoh
| mukasurat 30
Joh
or
FC
| L
iga
Su
pe
r 2
012
Mu
ha
mm
ad
Za
mir S
ela
ma
t
Oleh : Fadzlie Ahmad
Penjaga gol, Muhammad Zamir
Selamat akhirnya memilih
pasukan Johor FC sebagai
pasukan baru berbanding negeri
kelahiran, Kuala Lumpur apabila
dilepaskan oleh pasukan
Harimau Muda A.
Bakal bersaing dengan Mohd
Anis Faron yang lebih
berpengalaman, Zamir bertekad
untuk membuktikannya dirinya
masih terbaik dan cuba
mengetuk kembali pintu skuad
kebangsaan.
"Saya akan menggunakan segala
pengalaman yang ada semasa
bersama Harimau Muda sejak
dari tahun 2007 untuk membantu
Johor FC mencapai sasaran
yang ditetapkan," kata Zamir.
Menolak dirinya lupa daratan
apabila tidak beraksi dengan
Kuala Lumpur, Zamir memilih
Johor FC kerana tertarik dengan
misi dan persiapan pasukan
untuk musim akan datang.
Johor FC telah diperkuatkan
dengan beberapa muka baru
seperti Harris Safwan Kamal dari
T-Team, Khaironnisam
Sahabudin (Felda United), Fauzi
Shaari (Kedah), Shafizan Hashim
(Kedah), Farid Idris (Sabah),
Ismail Suboh (Johor) dan
Syazwan Zainon (Felda United).
Dengan kemasukan pemain-
pemain baru ini, Zamir percaya
Johor FC mampu menjadi antara
pasukan mencabar dalam Liga
Super musim 2012 nanti.
| mukasurat 32
Ini mungkin iklan bisnes
anda...
Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut:
| mukasurat 33
RANGKUMAN XC RACE PUTRAJAYA
| mukasurat 34
SHAHRIN
AMIR UNGGULI XC
RACE
PUTRAJAYA
Foto/Artikel : Fadzlie Ahmad
Shahrin Amir dari Amaniz
Racing Team mengungguli
Kategori Lelaki Terbuka
Cabaran XC Race Putrajaya
2011 apabila menamatkan
saingan dengan catatan
masa 1 jam 35 minit dan 19
saat dengan menewaskan
pencabar lain.
Ketinggalan di tangga kedua,
Mohd Razif Salleh dari S2H
Muar seterusnya Zamzi
Mohamad dari Arus Racing
Team untuk menduduki
tangga ketiga.
Bagi kategori veteran,
pelumba terkenal, Nur
Effendy Rosli muncul juara
apabila mencatat masa 1
jam 1 minit untuk
meninggalkan Pierre Yves
Catri di tangga kedua.
Tempat ketiga dimenangi
Mohd Razali dari Amaniz
Racing dengan ketinggalan
10 minit kepada Nur Effendy.
| mukasurat 35
Oleh : Fadzlie Ahmad
Pasukan futsal lelaki dan wanita
Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) kini berada di fasa
terakhir dalam membuat persiapan
untuk menghadapi cabaran Liga
Futsal Kebangsaan FELDA-FAM
2011/2012 yang akan bermula pada
pertengahan Disember ini.
Sepanjang persiapan PKNS untuk
liga kebangsaan ini, beberapa
percubaan dan perancangan taktikal
baru telah dicuba dengan harapan
cabaran PKNS kali ini lebih berdaya
saing serta mampu memberi
tentangan sengit kepada pasukan
lawan yang lebih berpengalaman
seperti Selangor.
Ketua jurulatih, Chiew Chun Yong
yang mensasarkan kedudukan
empat terbaik di pusingan akhir
mampu direalisasikan berdasarkan
persiapan pasukan yang telah
dibuat sejak bulan Mac lagi.
Beliau menambah pasukan kini
sedang dalam fasa terakhir latihan
dan sangat berpuashati dengan
komitmen pemain serta majikan.
Sementara itu, ketua pasukan futsal
wanita, Farhana tampak yakin untuk
menghadapi saingan lawan dalam
Kumpulan A berdasarkan
persefahaman yang telah dibentuk
selama ini.
Mengganggap Selangor dan Felda
United sebagai pencabar terkuat,
Farhana juga tidak sesekali
memandang rendah kemampuan
pasukan lain seperti MPSJ, Sabah,
Johor SAJ, Unimap dan Kedah.
"Kami tidak tahu kemampuan
pasukan lain kerana tidak pernah
bertemu tapi kami akan turun
memberikan aksi terbaik." tambah
Farhana.
| mukasurat 37
Yong
Sasar
Empat
Terbaik
CICI MINAT NAZMI FAIZ
Nama: Fathin Nur Syafika Mustaffa
Nama Komersil: Cici Mustaffa
Umur: 19
Status : Bujang
Tempat Lahir: Hospital Kajang, Selangor
Tempat Tinggal : Seri Kembangan,
Selangor
Kerjaya: Model sambilan
Hobi : Karaoke, Berenang, Membeli-belah
Cita-cita : Model sepenuh masa/pramugari
Gaya fesyen yang diminati : Korea
Tokoh yang diminati: Tun Dr Mahathir
Idola : Nasha Aziz dan Zahnita Wilson
Jenama Pilihan : Topshop, Kitschen
Famili : Anak ke 10 daripada 11 adik
beradik
Daya penarik yang ada pada diri anda :
Personaliti yang unik
1) Ceritakan sedikit tentang diri anda.
Saya merupakan seorang yang peramah,
dan mudah untuk berkomunikasi dengan
orang. Lebih-lebih lagi, jika seseorang itu
rapat dengan saya. Tetapi, saya bukanlah
seorang yang suka bersosial sehingga
tiada batasan. "Clubbing" dan merokok
bukan sebahagian daripada cara saya
bersosial.
2) Bagaimana anda boleh meminati sukan
bola sepak?
Pada mulanya, saya tidak minat langsung
dan tidak ambil tahu tentang sukan bola
sepak ini. Orang di sekeliling saya
sering mengatakan bahawa sukan bola
sepak bukanlah satu sukan yang "bijak"
untuk dimainkan kerana cara
permainannya
yang kurang menarik perhatian saya.
Walau bagaimanapun, selepas menonton
perlawanan kelayakan Olimpik 2012, di
antara
pasukan Malaysia dan Syria, saya mula
tertarik dengan sukan ini. Lebih-lebih lagi
setelah melihat pemain muda, Nazmi Faiz
beraksi. Aksinya di atas padang cukup
memikat hati saya.
| mukasurat 38
3) Wajarkah para pemain bola sepak
tempatan diberi pendedahan oleh pihak
media dengan dunia hiburan yang penuh
kemahsyuran dan gosip?
Mengapa tidak, mereka merupakan
harapan negara yang telah mengharumkan
nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Sudah pasti
mereka telah menjadi idola yang dikenali di
seluruh negara. Secara tidak langsung, hal
ini telah menjadikan mereka seperti
seorang selebriti. Walau bagaimanapun,
pihak media tidak seharusnya memberikan
pendedahan yang lebih terhadap perihal
peribadi mereka dengan cerita-cerita yang
kurang enak, kerana hal ini akan hanya
mencemarkan nama baik pemain bola
sepak
itu sendiri.
4) Pada pendapat anda, apakah peranan
seorang teman wanita/isteri dalam
kehidupan seseorang pemain bola sepak?
Peranannya, pasangan kepada pemain
bola sepak ini harus menyokong pemain
dalam kerjaya bola sepak ini. Selain itu,
nilai
kasih sayang, saling mempercayai,
bersikap terbuka juga harus ada pada
setiap teman wanita/isteri kepada seorang
pemain
bola sepak. Maklumlah, setiap pemain bola
sepak sudah tentu ada peminatnya sendiri
terutamanya yang memiliki paras rupa
yang menarik, seperti Nazmi Faiz.
Hehehehe..
| mukasurat 39
| mukasurat 40
5) Definisi "lelaki seksi" bagi anda dan senaraikan 5 lelaki
terseksi di Malaysia.
Ramai orang yang kata botak itu seksi, tetapi bagi saya
botak itu menggelikan. Hehehehe. Pada saya, seorang
lelaki seksi
adalah lelaki yang berpenampilan menarik, dan mempunyai
tubuh badan yang mantap. Siapakah lelakinya? Sudah
tentu Nazmi
Faiz sebagai pilihan yang pertama, diikuti oleh Aaron Aziz,
Adi Putra, dan pemain bola sepak "kembar seiras" iaitu
Aidil Zafuan dan Zaquan Adha. Kalau diberi peluang, ingin
juga saya berjumpa dengan Nazmi Faiz.
6) Jejaka idaman anda.
Kalau boleh, saya inginkan seorang lelaki yang tinggi,
comel, dan ada "korean look" kerana saya sendiri minat
dengan
perkara yang berkaitan dengan "Korean style". Lelaki itu
juga perlu pandai menari.
7) 3 destinasi pilihan ketika ingin menghabiskan masa
lapang.
- Rumah (Seri Kembangan)
- The Curve, Mutiara Damansara, Selangor
- Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
| mukasurat 41