8
1 eBULETIN NRE www.nre.gov.my Percuma Edisi Jan-Feb 2010 KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR WARISAN SUMBER ASLI UNTUK KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR Kuala Gandah, 11 FebYB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Institut Biodiversiti (IBD) di Pahang. Lawatan kerja sehari beliau ini turut ditemani oleh isteri beliau, Datin Sri Doreen Mayang; Ketua Setiausaha NRE, Dato Zoal Azha Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Datuk Aziyah Mohamed; Ketua Pengarah Perhilitan, Dato Abdul Rasid Samsuddin serta Pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Antara aktiviti yang diadakan dalam lawatan tersebut ialah sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan iaitu Nasharuddin Othman, manakala taklimat berhubung Institut Biodiversiti telah disampaikan oleh Pengarah IBD iaitu Fakhrul Hatta. Selain itu, YB Menteri juga turut berkesempatan membuat lawatan di sekitar kawasan pusat konservasi dan IBD . PAPARAN MENARIK DI DALAM

eBuletin NRE Bil 12010

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: eBuletin NRE Bil 12010

1

eBULETIN NRE

www.nre.gov.my

Percuma Edisi Jan-Feb 2010

K E M E N T E R I A N S U M B E R A S L I D A N A L A M S E K I T A R

WARISAN SUMBER ASLI UNTUK KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR

Kuala Gandah, 11 Feb— YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Institut Biodiversiti (IBD) di Pahang. Lawatan kerja sehari beliau ini turut ditemani oleh isteri beliau, Datin Sri Doreen Mayang; Ketua Setiausaha NRE, Dato Zoal Azha Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Datuk Aziyah Mohamed; Ketua Pengarah Perhilitan, Dato Abdul Rasid Samsuddin serta Pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Antara aktiviti yang diadakan dalam lawatan tersebut ialah sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan iaitu Nasharuddin Othman, manakala taklimat berhubung Institut Biodiversiti telah disampaikan oleh Pengarah IBD iaitu Fakhrul Hatta. Selain itu, YB Menteri juga turut berkesempatan membuat lawatan di sekitar kawasan pusat konservasi dan IBD .

PAPARAN MENARIK DI DALAM

Page 2: eBuletin NRE Bil 12010

2

Renungan …

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

Tinta Editor

Salam 1 Malaysia, Mulai 2010, Buletin NRE mula diterbitkan secara online bagi memastikan maklumat dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun dapat dihebahkan kepada warga NRE dan masyarakat dengan lebih cepat, tepat dan terkini.

Pertamanya, Selamat Tahun Baru 2010 diucapkan kepada semua pembaca e-Buletin NRE . Sesungguhnya NRE telah merintis dan mencapai kejayaan di sepanjang 2009. Antaranya ialah pengisytiharan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak, di Persidangan Iklim di Copenhangen pada 7 Disember 2009 bahawa Malaysia akan mengurangkan in-tensiti karbon sehingga 40% secara sukarela daripada paras tahun 2005 hingga 2020. Buat pertama kalinya Malaysia telah menetapkan sasaran bagi membantu usaha-usaha global dalam menangani isu fenomena pema-nasan global dan perubahan iklim. Justeru, bagi menyasarkan matlamat ini, Dasar Perubahan Iklim telah digubal.

Selain itu, di peringkat nasional pula, NRE telah melancarkan Rakan Alam Sekitar yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Jun 2009 di Muar, Johor. Program ini merupakan usaha yang diilham-kan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sum-ber Asli dan Alam Sekitar sebagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar dengan penglibatan masyarakat di per-ingkat akar umbi.

Cabaran yang hadir pada tahun 2010 ternyata lebih mencabar terutamanya dalam memberikan komitmen se-penuhnya kepada pencapaian Ministerial Key Results Ares -MKRA yang meliputi antaranya Rancangan Tebatan Banjir, udara yang bersih dan pengurusan harta pusaka.

Justeru, Kementerian ini akan terus berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik bertaraf dunia selaras dengan konsep Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang cemerlang buat semua.

Sekian ..

Kandungan

Lawatan YB Menteri Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Pelancaran Marine Park : Beauty Beyond The Land

Lawatan Program Work Camp Strategic ke Sg Kiulu

Sambutan Setahun Kepimpinan KSU NRE

Lensa NRE Jan hingga Feb 2010

Info : Oceans Wildlife

Page 3: eBuletin NRE Bil 12010

3

Kuala Lumpur, 26 Januari - Sebagai usaha untuk memupuk kesedaran berhubung kepentingan khazanah laut , Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) telah menerbitkan buku Marine Parks Of Malaysia : Beauty Beyond The Land. Majlis pelancaran Coffee Table Book ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bertempat di Ibunda Fine Dining, Kuala Lumpur. Antara yang turut hadir memeriahkan majlis ini antaranya ialah Ketua Pengarah JTLM, Tn Hj. Jamal Mydin, Pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Chef Selebriti Malaysia, Chef Ismail. Penerbitan buku ini merupakan hasil terbitan pertama Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) sebagai salah satu langkah mempromosikan produk pelancongan tempatan disamping memperkenalkan keindahan pulau-pulau taman laut yang berada di Malaysia.

Page 4: eBuletin NRE Bil 12010

4

Page 5: eBuletin NRE Bil 12010

5

Ke arah ‘first classs public sector organisation’.

Putrajaya, 11 Januari - Perhimpunan Bulanan Bersama Y.Bhg Dato Zoal Azha Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diadakan serentak dengan tarikh beliau menerajui NRE selama setahun. Sambutan yang diadakan di Dewan Baiduri NRE ini telah dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga NRE berserta Jabatan dan Agensi. Antara amanat yang disampaikan oleh beliau pada perhimpunan ini ialah hasrat beliau untuk menjadikan NRE sebagai kementerian yang cemerlang dan gemilang sehinggan mencapai tahap ‘a first classs public sector organisation’. Ujar beliau, perkara ini akan dapat dilaksanakan melalui perancangan yang rapi dan teliti melalui pemikiran kreatif dan inovatif dalam melakukan penambahbaikan dan membuat pembaharuan serta mencari kelainan dan merealisasikan `best practice NRE’ boleh dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan yang lain dan memberi manfaat kepada negara. Perhimpunan Bulanan pada kali ini diserikan dengan bacaan ikrar perkhidmatan awam oleh Pengerusi Kumpulan Pengurus Muda NRE, nyanyian koir daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, sumbangan kepada warga NRE yang menyumbangkan idea dalam sistem CIA (Complaint In Idea An Actions) serta penyerahan buku Koleksi Ucapan Y.Bhg Dato KSU kepada Ketua-Ketua Jabatan.

Hendak belayar ke teluk betong

Sambil mencuba labuhkan pukat

Bulat air kerana pembetung

Bulat NRE kerana muafakat

Page 6: eBuletin NRE Bil 12010

6

LENSA NRE JAN & FEB

Lawatan kerja YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke Tapak Projek Sungai Pahang, pada 3 Januari 2010.

Lawatan Kerja YB Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ke Australian Gold Mining, Raub dan Penjom Gold Mines Kuala Lipis, pada 13 Januari 2010.

Lawatan kerja DYMM Raja Perlis Tunku Syed ke Empangan Timah Tasoh pada pada 9 Januari 2010, bertempat di Empangan Timah Tasoh, Perlis.

Taklimat Isu-isu pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muda Kepada YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 8 Januari 2010, RTB Sungai Muda, Kedah.

Lawatan YB Timbalan Menteri NRE ke pameran Jabatan Taman Laut Malaysia, sempena Program Jabatan tersebut bersama Media pada 11 Januari 2010 bertem-pat di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur.

Page 7: eBuletin NRE Bil 12010

7

LENSA NRE JAN & FEB

YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melancarkan Program Ke Arah Amalan Persekitaran Berkualiti NRE , bersempena Perhimpunan Bulanan Bersama YB Menteri NRE pada 8 Februari 2010, bertempat di Dewan Baiduri, NRE , Putrajaya.

Kunjungan hormat HE Masahiko Horie dari Kedutaan Jepun ke atas YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 27 Februari 2010 bertempat di Aras 17, Wisma Sumber Asli.

Seminar Kebangsaan Pengurusan Tasik dan Lembangan Kearah Penggunaan berkekalan status semasa Tasik-tasik terpilih di Malaysia pada 22 Februari 2010, bertempat di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Putrajaya.

Aktiviti riadah memancing anjuran Biro Rekreasi Kelab Alam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, pada 27 Februari 2010 pada 20 Februari 2010 bertempat di Kolam Takungan Taman Desa, Sri Petaling.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Voluntary Carbon Offset Scheme (VCOS)di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan Kerajaan Negeri Pahang pada 19 Februari 2010, bertempat di Dewan Baiduri, NRE Putrajaya .

Page 8: eBuletin NRE Bil 12010

8

DO YOU KNOW ABOUT

OCEAN WILDLIFE ?

Source : http://ocean.nationalgeographic.com/ocean/photos/ocean-wildlife

Needlefish Photograph by David Doubilet A school of tiny fish swims past a brain coral formation in the waters around the Seychelles. More than 90 percent of all ma-rine life inhabits the shallow waters sur-

Nudibranch on Ocean Floor Photograph by David Doubilet A dazzling pattern of spots and stripes decorates this nudibranch photographed in the Seychelles. Nudibranchs are soft-bodied sea slugs that often wear wildly colorful designs for camouflage and

Portuguese Man-of-War Photograph by Raul Touzon

A Portuguese man-of-war lies on the shore of Miami, Florida. Man-of-war stings can be extremely painful, but are rarely deadly. Their sting is still potent even after

Brittlestar Photograph by Wolcott Henry

A bright red brittlestar clings to a coral head in the Flower Gardens National Marine Sanctuary in the Gulf of Mexico. Sea stars get their name from the five-armed varieties, but species exist that have 10, 20, and even 40 arms.