Upload
phamthuan
View
346
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
EDISI JAN - MAC 2017
"Air dan Persekitarannya, Warisan Kita"
Laman Web Jabatan : jps.penang.gov.my Emel: [email protected] Facebook: www.facebook.com/jpsmutiara
IBU PEJABATJabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau PinangParas 55, KOMTAR, 10000, Jalan PenangPulau Pinang, Malaysia
Tel : 04 650 5280Fax : 04 261 3435
2 RENCAH MUTIARA
KANDUNGAN
3 Sekapur Sirih
4-5 Bahagian Korporat
6 - 9 Bahagian Pengairan dan Saliran
10-12 Bahagian Sumber Air dan Hidrologi
13 - 19 Bahagian Khidmat Pengurusan
20 Kelab Sukan dan Kebajikan
21 - 24 Daerah Seberang Perai Utara
25 - 28 Daerah Seberang Perai Selatan
29 - 33 Daerah Timur Laut
34- 38 Daerah Barat Daya
39 Laman Puisi
40 Sidang Redaksi
3 RENCAH MUTIARA
“Pulau Bangka penghasil timahUntuk di eksport ke negara barat
Di tahun baru kita bersedekahJadi bekalan kelak di akhirat”
“Bunga mawar kembang mewangiIngin dipetik si anak daraBuat semua pembaca yang disayangiSelamat datang ke Rencah Mutiara”
“Buah setoi lazat rasanyaSedap di makan berulang ulangMulut berdoa memohon dari NyaSemoga JPS terus cemerlang”
4 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KORPORAT
MAJLIS PERASMIAN PROJEK PEMULIHARAAN PANTAI DAN PEMBAIKAN KUALITI AIR LAUT
DI PANTAI BATU FERINGGHI, DAERAH TIMUR LAUT
Pada 12 Januari 2017 (Khamis) telah diadakan Majlis Perasmian Projek Pemuliharaan
Pantai Dan Pembaikan Kualiti Air Laut Di Pantai Batu Feringghi. Majlis dirasmikan oleh
YB Datuk Ir Dr Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
bertempat di Muara Sungai Batu Feringghi.
Nama Kontraktor : CARTA INDAH SDN BHD
Tarikh Mula : 12 OGOS 2014
Tarikh Siap : 22 DIS 2016
Harga Kontrak : RM 10,850,000.00
INFO
PRO
JEK
Tetamu kenamaan terdiri daripada Timbalan Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Ketua Pengarah JPS
Malaysia Dato’ Sri Ir Haji Zulkifli bin Hassan , Pengarah
Jabatan Perdana Menteri Caw Pulau Pinang Dato’ Syed
Shaari bin Syed Abdullah
Sekitar majlis perasmian
Gimik perasmian
Banyaknya belon…..
5 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KORPORAT
MAJLIS PERASMIAN PROJEK RUMAH PAM PERMATANG TINGGI,
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
Pada 31 Mac 2017(Jumaat) yang lalu, telah berlangsung Majlis Perasmian Projek Rumah
Pam Permatang Tinggi, Daerah Seberang Perai Tengah. Majlis telah disempurnakan oleh
YAB Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Turut serta dalam majlis tersebut ialah YB Chan Kon
Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, (Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan
Tebatan Banjir), Pengarah JPS Pulau Pinang, Ir Sabri Bin Abdul Mulok, Pegawai dan
kakitangan JPS Pulau Pinang, kontraktor serta jemputan terlibat.
Ir Sabri beramah mesra dengan YAB Ketua Menteri
Sebelum majlis bermula
YAB Ketua Menteri mendengar penerangan
mengenai fungsi rumah pam
Nama Kontraktor : SAGAMUDA
CIVIL SDN BHD
Tarikh Mula : 02 SEPT 2014
Tarikh Siap : 16 MAC 2017
Harga Kontrak : RM 6,687,136.70
INFO PROJEK
Yeah…projek dah siap…..
6 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK PEMANTAUAN PERLAKSANAAN OPS LUMPUR DAN PERMATUHAN
KEPADA PELAN KAWALAN HAKISAN DAN KELODAK (ESCP) TAHUN 2017
Pada 16 dan 17 Februari 2017(Khamis dan Jumaat) yang lalu, satu kursus berkaitan
Taklimat Pelan Kawalan Hakisan Dan Kelodak (ESCP) dan OPS LUMPUR telah
diadakan di Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang. Kursus ini dihadiri oleh
Jurutera Daerah dan Penolong Jurutera yang terlibat secara langsung dalam ulasan
permohonan pembangunan bagi setiap daerah. Objektif utama kursus ini diadakan
adalah bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan ESCP dan berkongsi pengalaman
bersama JPS Selangor berhubung perlaksanaan OPS LUMPUR. Penceramah bagi
kursus ini didatangkan khas dari JPS Selangor iaitu Ir. Ganesan a/l Balakrisnan.
Sesi taklimat disampaikan oleh
Ir. Ganesan a/l Balakrishnan
Sesi penerangan dan semakan pelan kawalan
hakisan dan kelodak di tapak
Panaih lit lit. Mai tangkap gambaq lekaih.
7 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENGINDAHAN REZAB SUNGAI PERTAMA, DAERAH SEBERANG PERAI
TENGAH, PULAU PINANG - ANJURAN JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN PULAU PINANG
Pada 20 Februari 2017(Isnin) telah diadakan Majlis Perasmian Program Pengindahan
Rezab Sungai Pertama, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Pelancaran ini
telah dirasmikan oleh YB Phee Boon Poh - EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang
dan Alam Sekitar.
Objektif program ini diadakan adalah
bagi memberi kesedaran kepada
orang awam tentang pentingnya
memelihara sungai. Penanaman 100
batang anak pokok jenis Tecoma di
persisir Sungai Pertama telah
berlangsung dengan jayanya.
Turut hadir sama adalah YB Afif Bin Bahardin –
EXCO Pertanian & Industri Asas Tani,
Pembangunan Desa dan Kesihatan (ADUN
Seberang Jaya), YBHG. Dato’ Maimunah Bt.
Mohd Shariff – YDP Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP) dan wakil Jabatan
Perancang Bandar dan Desa, Jabatan
Perhutanan, MPSP, JKKK sekitar Seberang
Perai Tengah, Jurutera Daerah dan Penolong
Jurutera yang terlibat.
8 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
MESYUARAT DAN PELANCARAN JAWATANKUASA DAN PETUGAS KHAS KAWALAN HAKISAN DAN
KELODAK NEGERI PULAU PINANG (JAWATANKUASA OPS LUMPUR) BIL. 1/2017
Pada 20 Mac 2017(Isnin) telah diadakan Mesyuarat dan Pelancaran Jawatankuasa
dan Petugas Khas Kawalan Hakisan & Kelodak Negeri Pulau Pinang
(Jawatankuasa OPS Lumpur) Bil. 1/2017 di bilik mesyuarat JPS Negeri Pulau
Pinang, Tingkat 55, Bangunan KOMTAR, Pulau Pinang.
Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada “Jom kita pakat-pakat semak minit dulu”.
ahli jawatankuasa yang hadir.
Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Y.B Chow Kon Yeow Exco Kerajaan Tempatan,
Lalulintas dan Tebatan Banjir (Pengerusi Jawatankuasa OPS LUMPUR), turut hadir
sama adalah Y.B Lim Hock Seng Exco Kerjaraya, Utiliti dan Pengangkutan
(Timbalan Pengerusi Jawatankuasa OPS LUMPUR), Ir. Sabri Bin Abdul Mulok -
Pengarah JPSNPP, Ir. Ratna Rajah a/l Sivapiragasam – Timbalan Pengarah
(Pengairan & Saliran), Wakil MBPP, MPSP, Pej. Daerah & Tanah, Jab Alam Sekitar
(JAS), Jurutera Daerah dan Penolong Jurutera yang terlibat.
9 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
MESYUARAT DAN PELANCARAN JAWATANKUASA DAN PETUGAS KHAS KAWALAN HAKISAN DAN
KELODAK NEGERI PULAU PINANG (JAWATANKUASA OPS LUMPUR) BIL. 1/2017
Jawatankuasa ini berperanan menjalankan operasi pemeriksaan dan pemantauan ke
atas tapak-tapak pemajuan bagi Pematuhan Syarat-Syarat Kelulusan Pelan Kawalan
Hakisan Dan Kelodak (ESCP). Pemantauan dijalankan secara bersepadu ini dijalankan
bersama pihak PBT (Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang
Perai), Pejabat Daerah dan Tanah(PDT), Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang
(JAS).
Ahli jawatankuasa memberi tumpuan mendengar taklimat dan ulasan dari
wakil jawatankuasa lain.
“Ok semua ahli jawatankuasa, peruntukan dari Kerajaan Negeri telah diberi, jadi jangan tak pakai pulak baju
keselamatan ini di tapak semasa bertugas dan lawatan tapak ye.”
10 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
AKTIVITI SUKAT LUAH DI SUNGAI KULIM @ ARA KUDA
Pada tarikh 28 Februari 2017(Selasa) lalu, Bahagian Sumber Air dan Hidrologi
(BSAH) telah mengadakan aktiviti sukat luah atau gauging yang bertempat di
Sungai Kulim @ Ara Kuda, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang.
Penolong Jurutera Hj. Mohamed Shukri Bin Abdullah sedang memerhatikan kakitangan
Bahagian Sumber Air dan Hidrologi memasang ‘Gauging’ (Sukat Luah) jenis ‘A-Frame’.
Salah seorang Pekerja Awam Bahagian Sumber Air dan Hidrologi iaitu En. Ze’mi Bin
Ghazali sedang memasang tali pita.
11 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI
JPS PULAU PINANG – Bertempat di Sungai Kulim @ Ara Kuda, Seberang Perai Tengah
telah dijalankan ‘Gauging’ (Sukat Luah) menggunakan peralatan ‘A-Frame’. Secara
umumnya operasi ‘Gauging’ (sukat luah) boleh dilakukan dalam berbagai kaedah seperti
Meter Arus (mengharung, A-Frame dan Cableway) dan menggunakan Float (pelampung).
Jambatan jalanraya biasa dibuat untuk sukat luah sungai dilakukan dengan
menggantungkan meter arus pada pemberat pada ‘winch’ di kren sukat luah, biasanya
dipanggil sebagai ‘A-Frame’. Dijalankan secara manual, direkabentuk untuk kegunaan rel
jambatan sebagai sokongan untuk kren segitiga. Bahagian tapak ‘A-Frame’ tersebut
dipasang dengan tayar getah, ini untuk memudahkan pergerakan kren tersebut. Setelah
siap kerja ‘Gauging’ (Sukat Luah) ditapak, kerja seterusnya ialah memasukkan data-data ke
dalam komputer dibuat di Pejabat Bahagian Sumber Air dan Hidrologi (BSAH), Kepala
Batas Pulau Pinang. Semua maklumat akan dihantar ke alamat Pengarah Bahagian
Pengurusan Sumber dan Hidrologi JPS Malaysia.
Gambarajah hasil kerja ‘Gauging’ (Sukat Luah)
13 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
MAJLIS KESYUKURAN DAN AMANAT PENGARAH PENGAIRAN DAN SALIRAN
Majlis Kesyukuran dan Amanat Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang
(PPSNPP) Tahun 2017 telah diadakan pada 26 Januari 2017 (Khamis) di Bilik Mesyuarat
JPSPP Tingkat 55 KOMTAR. Majlis bermula jam 12.45 tengahari dan dimulai dengan ucapan
Pengarah, Ir. Sabri Bin Abdul Mulok. Majlis diteruskan dengan penyampaian insentif
pencapaian Akauntabiliti Indeks 2016 kepada JPS Daerah dan diakhiri dengan ucapan
daripada pegawai yang bertukar serta penyampaian hadiah kepada pegawai yang bertukar.
Majlis yang dihadiri seramai 64 orang pegawai dan kakitangan ini berakhir jam 3.30 petang.
Pemberian cenderahati
kenang-kenangan dari JPS
Pulau Pinang yang
disampaikan oleh Pengarah
kepada mantan Penolong
Pengarah Korporat ( Cik
Vinotha a/p Punudorai ) yang
bertukar ke Pejabat Projek
IADA Kerian, Perak.
Turut menerima pemberian
cenderahati kenang-kenangan
dari JPS Pulau Pinang iaitu
Puan Amira Bt. Abdullah
(Pembantu Tadbir Perkeranian
Operasi Kontrak) bertukar ke
Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang yang telah dilantik tetap.
Hj. Isa Bin Arshad, Penolong
Jurutera Daerah Timur Laut
menerima cenderahati kenang-
kenangan dari JPS Pulau Pinang
oleh Pengarah kerana bertukar
ke IADA Seberang Jaya pada
1 Januari 2017.
14 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Jurutera Daerah Timur Laut, En. Zahid bin
Zainal Abidin menerima penyampaian
Insentif Pencapaian Akauntabiliti Indeks
2016 dari Pengarah Pengairan Saliran
Negeri.
Pn. Norlinee Bt. Md. Rawi (Pembantu
Tadbir N19) wakil Jurutera Daerah
Barat Daya menerima Insentif
Pencapaian Akauntabiliti Indeks 2016.
Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah,
Ir. Mohamad Adhar bin Yahaya menerima
penyampaian Insentif Pencapaian
Akauntabiliti Indeks 2016 dari Pengarah
Pengairan Saliran Negeri.
Jurutera Daerah Seberang Perai Utara,
En. Saiful Rizan bin Sanusi menerima
Insentif Pencapaian Akauntabiliti Indeks
2016.
14
15 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan, En.
Mohd. Fadhil Bin Ahmad menerima
penyampaian Insentif Pencapaian Akauntabiliti
Indeks 2016.
Pn. Nurliza Bt. Othman, Pekerja Awam H11 dari
Bahagian Sumber Air dan Hidrologi JPS Pulau
Pinang mewakili Penolong Jurutera Tertinggi
(BSAH) menerima penyampaian Insentif
Pencapaian Akauntabiliti Indeks 2016.
15
16 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEGAWAI YANG BERTUKAR KE JABATAN LAIN
Pertukaran Pegawai / Kakitangan JPS (Januari – Mac 2017)
Pegawai yang bertukar ke Jabatan lain
2.Cik Vinotha A/P Punudorai - Penolong
Pengarah, Bahagian Korporat &
Pengurusan Maklumat (J41) ditukarkan ke
IADA Kerian berkuatkuasa mulai 9.1.2017.
1. Ir. Mohd Shahman Bin Shaari – Jurutera
Daerah Barat Daya (J41) ditukarkan ke
Jabatan Pengairan dan Saliran Jajahan
Bachok, Kelantan berkuatkuasa mulai
1.1.2017.
3. En. Isa Bin Arshad – Penolong Jurutera
(Awam) JA29 ditukarkan ke IADA Pulau
Pinang dan ditempatkan di RTB Tasek
Gelugor berkuatkuasa mulai 1.1.2017.
4. Pn. Amira Binti Abdullah – Pembantu
Tadbir (P/O) N19 (Kontrak) telah
ditawarkan ke jawatan tetap Pembantu
Tadbir (Kewangan) W19 dan ditempatkan
di JHAIPP pada 1.3.2017.
17 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
6. Pn. Nor Aziah binti Md Desa – Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M44
ditukarkan ke Pejabat Tanah dan Galian
Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa mulai
1.3.2017.
7. En. Mohd Farizuan bin Md Noor –
Penolong Jurutera (JA29) dari JPS Daerah
Barat Daya ditukarkan ke Jabatan Kerja
Raya Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa
mulai 15.3.2017.
8. Pn. Norhafizah binti Mohd Hussain –
Penolong Jurutera (JA29) dari JPS
Daerah Barat Daya ditukarkan ke Pejabat
Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya
berkuatkuasa mulai 15.3.2017.
9. Cik Noraini binti Shari – Penolong
Jurutera (JA29) dari Bahagian Korporat &
Pengurusan Maklumat ditukarkan ke
Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang
berkuatkuasa mulai 15.3.2017.
5. En. Aziz bin Sa’ad – Penolong Jurutera
(JA29) dari Bahagian Mekanikal &
Elektrikal ditukarkan ke Jabatan Kerja
Raya Negeri Pulau Pinang berkuatkuasa
mulai 15.3.2017.
18 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEGAWAI YANG BERTUKAR DALAMAN JPS PULAU PINANG
1. Pn. Nooraini binti Mohd Yusoff – Penolong Jurutera
(JA29) dari Bahagian Pengairan dan Saliran, Ibu Pejabat
ditukarkan ke JPS Daerah Barat Daya berkuatkuasa mulai
20.2.2017.
2. En. Mohd Johan bin Md Yusof – Penolong
Jurutera (JA29) dari JPS Daerah Seberang Perai
Utara ditukarkan ke JPS Daerah Seberang Perai
Selatan berkuatkuasa mulai 20.2.2017.
3. En. Hasrulnizar bin Abdullah – Penolong Jurutera (JA29)
dari JPS Daerah Seberang Perai Utara ditukarkan ke JPS
Daerah Barat Daya berkuatkuasa mulai 20.2.2017.
4. En. Saadi bin Bassi – Penolong Jurutera (JA29)
dari JPS Daerah Seberang Perai Tengah ditukarkan
ke JPS Daerah Seberang Perai Utara berkuatkuasa
mulai 20.2.2017.
5. En. Rozali bin Saad – Penolong Jurutera (JA29) dari
JPS Daerah Seberang Perai Selatan ditukarkan ke JPS
Daerah Seberang Perai Tengah berkuatkuasa mulai
20.2.2017.
19 RENCAH MUTIARA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
PEGAWAI BAHARU YANG MELAPOR DIRI DI JPS PULAU PINANG
NAMA JAWATAN PENEMPATAN TARIKH KUATKUASA
En. Mohd Fadhil Bin Ahmad Jurutera Awam J41 JPS SPS 1.1.2017
Ir Lee Liang Wang Jurutera Awam J44 JPS Ibu Pejabat 9.1.2017
Pn. Hafizah Binti Ahmad
Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PTD)
M48
JPS Ibu Pejabat 1.3.2017
En. Muhamad Azman Bin
Hussani @ Hussain
Penolong Jurutera
JA29
JPS Ibu Pejabat 15.3.2017
Pn. Nur Salbiah Binti
Abdullah
Penolong Jurutera
JA29
JPS Ibu Pejabat 15.3.2017
Pn. Normariani Binti Mohd
Zebidin
Penolong Jurutera
JA29
JPS Ibu Pejabat 15.3.2017
Pn. Roshidah Binti Ismail Penolong Jurutera
JA29
JPS Ibu Pejabat 15.3.2017
Senarai maklumat pegawai baharu yang melapor diri di JPS Pulau Pinang
20 RENCAH MUTIARA
KEJOHANAN DART PERINGKAT MAKSAK
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
Pada 4 hingga 5 Februari 2017, jam 9.00 pagi, telah berlangsung Kejohanan Dart
Peringkat MAKSAK Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan JKR Daerah Timur Laut,
Sungai Pinang. Pasukan dart JPS Pulau Pinang telah menghantar wakil bagi kategori lelaki
dan wanita bagi kejohanan tersebut. Objektif Kejohanan Dart MAKSAK Negeri Pulau
Pinang diadakan adalah untuk memilih pemain yang berkelayakan bagi mewakili Negeri
Pulau Pinang ke peringkat MAKSAK Kebangsaan. Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan
menarik minat lebih ramai kakitangan negeri untuk menyertai sukan dart. Dalam kejohanan
tersebut pemain lelaki JPS mendapat tempat ketiga dan pemain wanita mendapat johan
dan melayakkan diri mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan MAKSAK Kebangsaan yang
diadakan di Labuan, Sabah.
“Kebas tangan, kebas kaki dok tumpu ni .”
“Pengadil tepi sikit jangan kira lagi, saya belum baling
lagi ni.”
“Kebas tangan kebas kaki tak pa, janji menang.”
“Kecik sangat nombor dia, kalau teropong nampak la.”
“Berbaloi mai jauh ni, menang kot atas pulak.”
21 RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
LAWATAN YB DATUK MOHD ZAIN BIN AHMAD(ADUN PENAGA)
Lawatan bersama YB Datuk Mohd Zain bin Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Penaga ke projek muara Sg Muda, Seberang Perai Utara (SPU) telah diadakan pada
18 Januari 2017 (Rabu). Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran SPU telah menerima
peruntukan mengorek muara Sg Muda dengan kos sebanyak RM 450,000.
Sebelum kerja-kerja tersebut diadakan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah
Seberang Perai Utara (JPS SPU) telah memanggil ketua-ketua unit nelayan daerah Kuala
Muda dan SPU sebagai ‘Public Engagement’ pada bulan September 2016 bagi
memaklumkan projek berkenaan akan dimulakan dan memohon kerjasama daripada pihak
nelayan yang terlibat.
“O.. Disini tapak projek JD Saiful, luas kawasannya no.”
22 RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
CERAMAH AGAMA BERSAMA USTAZ SOBRI
Ustaz Sobri Md Arshad sedang menyampaikan ceramah beliau
Pada 10 Mac 2017 bersamaan dengan hari Jumaat, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah
Seberang Perai Utara (JPS SPU) telah menjemput Ustaz Sobri Md Arshad (Penceramah
Bebas) untuk memberi ceramah agama di Dewan Kecemerlangan JPS SPU.
“Hampa sedih ka hampa tidoq tu?”
Kira-kira 82 orang kakitangan JPS SPU
telah hadir pada ceramah tersebut. Ustaz
Sobri telah membincangkan tajuk ‘Jiwa
Yang Tenang' pada ceramah kali ini.
Ternyata ceramah yang diberikan oleh
Ustaz Sobri ternyata berjaya memberikan
impak yang positif kepada para hadirin
khususnya dalam aspek memiliki jiwa
yang tenang.
“Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi
diredhai-Nya. Maka masuklah
ke dalam jama’ah hamba-
hamba-Ku, masuklah ke
dalam syurga-Ku.”
(QS. Al-Fajr: 27-30)
23 RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
LATIHAN MENYELAMAT DI AIR BERSAMA JPAM
Kursus menyelamat di air telah diadakan di Kolam Renang Stadium Majlis Perbandaran
Seberang Perai, Jalan Betek Bukit Mertajam pada 29 Mac 2017. Ianya dihadiri oleh
50 orang peserta dari Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Seberang Perai Utara
(JPS SPU) dan beberapa peserta dari JPS Daerah Seberang Perai Selatan (JPS SPS),
Seberang Perai Tengah (JPS SPT), Barat Daya (JPS DBD), Timur Laut (JPS DTL) dan JPS
(Ibu Pejabat). 5 orang jurulatih dari Jabatan Pertahanan Awam (JPA) Kepala Batas telah
memberi tunjuk ajar sepanjang latihan ini dijalankan. Dua sesi telah diadakan iaitu pagi
untuk kaum lelaki dan petang untuk kaum wanita.
Para peserta melakukan senaman regangan (warming up) sebelum turun ke dalam kolam
24 RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Kaum Wanita juga tidak ketinggalan menyertai latihan ini. Wanita Boleh!
Dalam latihan itu peserta telah diajar teknik menyelamat menggunakan peralatan dan
teknik menyelamat tanpa peralatan. Peserta juga telah mempelajari teknik berenang
seperti bumble, free style, kuak dada dan floating.
“Kemahiran menyelamat bukan bermaksud belajar
untuk menyelamatkan orang semata-mata, tetapi apa
yang lebih penting adalah tahu bagaimana untuk
menyelamatkan diri sendiri dan pertahanan diri di dalam
air sebelum tahu bagaimana untuk menyelamatkan
orang tidak kira dari darat ataupun di dalam air.”
© Utusan Melayu (M) Bhd (4/11/14)
25 RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
MAJLIS PERPISAHAN MANTAN JURUTERA DAERAH SPS
Jabatan Pengairan dan Saliran, Seberang Perai Selatan (JPS SPS) telah menganjurkan
Majlis Perpisahan Mantan Jurutera Daerah SPS iaitu En Zahid Bin Zainal Abidin pada
19 Januari 2017 iaitu pada hari Khamis. Majlis ini turut disertai oleh Jurutera Daerah SPS
yang baharu iaitu En Mohd Fadhil Bin Ahmad serta kakitangan JPS SPS Pulau Pinang.
Restoran Nasi Arab Rizq Arabic Café yang terkenal dengan masakan Arab yang
menyelerakan menjadi lokasi pilihan majlis kali ini. Ucapan ribuan terima kasih kepada
En Zahid Bin Zainal Abidin dan dalam ucapan beliau juga mengucapkan terima kasih
kepada semua warga JPS SPS yang selama ini yang menyokong beliau dalam
memajukan jabatan.
Majlis berlangsung meriah dengan penampilan sedondon oleh kakitangan wanita.
Macam nak pi kenduri kahwin..
26 RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Ucapan ribuan terima kasih kepada beliau
selama berada di JPS SPS. Kata-kata
untuk En Rozali, Jasamu di kenang,
budimu terbilang, semangatmu dijulang,
kepimpinanmu gemilang. Selamat maju
jaya apabila anda bertugas di tempat
baharu kelak.
Selain itu, pada waktu yang sama,
majlis perpisahan buat En Rozali bin
Saad ,Penolong Jurutera (JA29) dari
JPS Daerah Seberang Perai (SPS)
yang ditukarkan ke JPS Daerah
Seberang Perai Tengah (SPT)
berkuatkuasa mulai 20.2.2017 turut
diadakan.
Jasamu Dikenang..
“Peewwiitt, abang sado dapat bunga.”
Encik Rozali bergambar bersama JD Fadhil
27 RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
LAWATAN BIRO KEBAJIKAN
Dengan penuh rasa kesyukuran En Helmi telah kembali pulih dari kecederaan yang dialami.
Biro Kebajikan JPS SPS juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pihhak yang meluangkan masa melawat En Helmi dan yang turut mendoakan yang
terbaik untuknya. Jazāk Allāhu Khayran.
Pada tarikh 2 Februari 2017 (Khamis), telah diadakan satu lawatan oleh Biro Kebajikan
Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Selatan (JPS SPS) bertempat di Hospital
Sungai Petani Kedah Darul Aman.
Lawatan ini disertai oleh Jurutera Daerah
SPS, En Mohd Fadhil Bin Ahmad
bersama kakitangan JPS SPS yang
melawat En Helmi Bin Ishak , Penolong
Jurutera (JA29) yang terlibat dalam satu
kemalangan sewaktu pulang dari
menghadiri Mesyuarat One Stop Center
(OSC).
Alhamdulillah..
Encik Rozali Bin Saad dari JPS SPS meluangkan masa melawat En. Helmi
“Terima kasih la hampa mai melawat aku kat rumah”
Semoga cepat sembuh buat En. Helmi
28 RENCAH MUTIARA
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
MAJLIS BACAAN YASIN
Sehubungan dengan itu, matlamat majlis
tersebut juga dapat mengeratkan ikatan
siraturahim antara Jurutera Daerah iaitu
En Mohd Fadhil Bin Ahmad dan
kakitangan JPS SPS. Sedikit tazkirah
juga turut disampaikan oleh Jurutera
Daerah buat pedoman dan motivasi buat
semua kakitangan.
Bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengairan dan Saliran, Seberang Perai Selatan
(JPS SPS), telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin yang disertai oleh Kakitangan
JPS SPS pada tarikh 20 Februari 2017 (Isnin).
Tahukah Anda?
(Sumber : Buku Dzikir For Usaha)
Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al – Quran ialah Surah Yasin. (HR At-Tarmizi dari Anas r.a)
29 RENCAH MUTIARA
DAERAH TIMUR LAUT
BENGKEL SASARAN KERJA TAHUNAN
SKT merupakan singkatan kepada Sasaran Kerja Tahunan yang telah dimulakan pada
tahun 2011. SKT merupakan elemen penting dalam sistem penilaian prestasi
perkhidmatan awam.
Bengkel SKT 2017 yang dianjurkan
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran
Daerah Timur Laut (JPS DTL) telah
diadakan pada 6 Februari 2017 (Isnin)
bertempat di Bilik Millenium, Tingkat
24, Menara KOMTAR Pulau Pinang.
Kursus ini dihadiri seramai 26 orang
peserta terdiri daripada kalangan
warga JPS DTL. Bengkel ini disampai
kan oleh Puan Nurjulia Binti Azami,
Penolong Jurutera Awam JA36 JPS
DTL.
Aktiviti penting proses penyediaan SKT:-
Perancangan Tahunan Jabatan.
Penetapan Rancangan Kerja di Bahagian / Unit / Cawangan.
Seramai 26 orang peserta menghadiri Bengkel SKT pada kali ini.
30 RENCAH MUTIARA
DAERAH TIMUR LAUT
KURSUS LATIHAN SISTEM PENGURUSAN DOKUMEN DAN FAIL (iDOF)
Kursus Latihan Sistem Pengurusan Dokumen
dan Fail (i-DOF) telah dianjurkan oleh
Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur
Laut (JPS DTL) pada 6 Mac 2017 (Isnin) di
Bilik Siber ,Tingkat 24, KOMTAR.
Kursus ini juga telah dihadiri seramai 14 orang peserta terdiri daripada JPS DTL, DBD,
SPU, SPT, SPS dan JPS (Ibu Pejabat). Penceramah bagi latihan kali ini ialah Puan Noor
Hayani Binti Saad @ Othman dari Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri
(PTMKN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP).
Sistem iDOF merupakan sistem Pengurusan Dokumendan Fail untuk mencari surat yang telah difailkan,mengenalpasti tajuk fail hanya dengan menggunakannombor rujukan fail dan nombor rujukan surat di dalamfail supaya lebih teratur dan efisyen
Contoh carian fail menggunakan no rujukan fail dan no rujukan surat
Puan Hayani tekun memberi tunjuk ajar
31 RENCAH MUTIARA
DAERAH TIMUR LAUT
KURSUS PENGENALAN DAN CARA PENGENDALIAN BAHAN KIMIA
Kursus Pengenalan Dan Cara Pengendalian Bahan Kimia yang dianjurkan oleh Jabatan
Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut (JPS DTL) telah diadakan pada 15 Mac 2017
(Rabu) bertempat di Kolam Takungan S18, Lebuh Macallum. Kursus yang dihadiri
seramai 50 orang peserta terdiri daripada JPS DTL, DBD, SPU, SPT, SPS.
Aktiviti yang dapat dirumuskan
daripada kursus tersebut ialah:-
Pengesanan jenis bakteria dalam
makanan.
Bahan beracun perlu diletak di
tempat yang selamat dan dilabel
Peralatan perlindungan diri semasa
meracun.
Penceramah yang dijemput ialah
Encik Nor Shifa Bin Shuib Dan Encik
Sukhairi Bin Samsudin dari Jabatan
Kimia Malaysia.
En Sukhairi tekun menyampaikan maklumat kepada para peserta
32 RENCAH MUTIARA
DAERAH TIMUR LAUT
TAKLIMAT APLIKASI MUDAH ALIH MyJPS-INFOMECH BAGI SISTEM SCADA
Taklimat Apllikasi Mudah Alih MyJPS-INFOMECH bagi Sistem Supervisory Control And
Data Acquisition (SCADA) yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah
Timur Laut (JPS DTL) telah diadakan pada 22 Mac 2017(Rabu) di Rumah Takungan
S18, Lebuh Macallum Pulau Pinang.
Kursus yang dihadiri seramai 50 orang
peserta terdiri daripada kalangan warga
JPS DTL dan JPS Daerah Barat Daya.
Penceramah yang dijemput sepanjang
taklimat ini berlangsung ialah Encik Aziz Bin
Saad Penolong Jurutera JA29 dari Jabatan
Pegairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang.
Penerangan MyJPS-INFOMECH sedang dimulakan
“Apa yang aku nk terang ni?”
Secara keseluruhannyam, objektif taklimat
ini telah berjaya dicapai berikutan rata –rata
peserta yang hadir Berjaya memahami
tentang bagaimana aplikasi MyJPS-
INFOMECH ini berfungsi. Sesi soal jawab
antara panel penyampai dan peserta juga
turut dijalankan bagi memastikan sebarang
keraguan dan pertanyaan dapat dijawab
secara terus kepada para perserta yang
hadir.
33 RENCAH MUTIARA
DAERAH TIMUR LAUT
Antara inti pati yang dapat dirumuskan daripada kursus tersebut ialah:-
Penggunaan Sistem Aplikasi yang canggih semasa banjir.
Merupakan singkatan dari Supervisory Control And Data Acquisition iaitu pengawasan,
pemantauan, pengumpulan data.
Majunya teknologi internet, konsep SCADA di atas berubah menjadi lebih sederhana
dan pantas
MyJPS-INFOMECH adalah aplikasi mudah alih yang
dibangunkan untuk membantu para jurutera bagi
mendapatkan maklumat ringkasan penggera di laman
web INFOMECH menerusi aplikasi mudah alih.
Permohonan ini dimiliki oleh Bahagian Perkhidmatan
Mekanikal Dan Elektrikal (BPME), Jabatan Pengairan Dan
Saliran (JPS) Malaysia.
https://play.google.com/store/search?q=MyJPS-INFOMECH
34 RENCAH MUTIARA
DAERAH BARAT DAYA
MAJLIS PERPISAHAN EN MOHD FARIZUAN BIN MD NOOR DAN PUAN NORHAFIZAH BINTI MOHD HUSSAIN
Pada 16 Februari 2017(Khamis) telah diadakan Majlis Perpisahan Penolong Jurutera
bersama kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya (JPS DBD).
Majlis ini telah dihadiri oleh semua kakitangan JPS DBD. Tujuan majlis ini diadakan
adalah untuk meraikan Penolong Jurutera yang akan bertukar iaitu En. Mohd Farizuan
B. Md Noor ke JPS Seberang Perai Utara (SPU) dan Puan Norhafizah Bt. Mohd Hussain
ke JPSPP (Ibu Pejabat) Bahagian Pengairan dan Saliran.
Boss tak mai lagi, jom kita
‘selfie’ satu kali.
Jurutera Daerah (JD) Azlinda
bersama sama para
kakitangan JPS Daerah Barat
Daya
35 RENCAH MUTIARA
DAERAH BARAT DAYA
SEKALUNG BUDI..
RANTAIAN KASIH..
MENJALINKAN KEMESRAAN.
En. Mohd Farizuan B. Mohd Noor
Puan Norhafizah Bin Mohd Hussain
SELAMAT MAJU JAYA..
36 RENCAH MUTIARA
DAERAH BARAT DAYA
LAWATAN KERJA TUAN PENGARAH JPSPP KE JPSDBD DAN KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PARLIMEN
BALIK PULAU
Pada 10 Mac 2017(Jumaat) telah diadakan kunjungan hormat Tuan Pengarah Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang, Ir Sabri B. Abdul Mulok bersama Jurutera
Daerah JPS Barat Daya (BD) dan Penolong Jurutera JPSDBD ke Pejabat Parlimen Balik
Pulau. Kunjungan ini bertujuan bagi beramah mesra bersama YB Dato Seri Dr. Hilmi Bin
Yahaya dengan warga kerja JPSPP.
Pengarah JPSPP dan JD
JPSDBD bersama YB Dato Seri
Dr. Hilmi Bin Yahaya semasa
memberi penerangan dan
taklimat
Pandangan cantik sangat memikat,
Dari siang ke malam terus berangan,
Tangan bersalaman tanda muafakat,
Semoga berterusan menjadi kenangan
37 RENCAH MUTIARA
DAERAH BARAT DAYA
LAWATAN TAPAK KE SUNGAI RELAU BAGI TUJUAN PERMOHONAN TAPAK RIBI
Pada 13 Mac 2017(Isnin) telah diadakan lawatan tapak ke Sungai Relau bagi tujuan
permohonan tapak RIBI. Lawatan ini telah disertai oleh Jurutera Daerah Barat Daya
(DBD) bersama sama Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan
Ketua Menteri l Pulau Pinang dan Yang Berhormat Prof. Dr P. Ramasamy a/l Palanisamy,
Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang.
Jurutera Daerah JPSDBD Bersama TKM I dan TKM II semasa memberi penerangan dan taklimat
38 RENCAH MUTIARA
DAERAH BARAT DAYA
LAWATAN TAPAK KE RUMAH PAM TELUK KUMBAR
Pada 15 Mac 2017(Rabu) telah diadakan lawatan tapak ke Rumah Pam Teluk Kumbar
oleh Bahagian Rekabentuk Dan Empangan JPS Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan
Mekanikal dan Elektrikal (BPME). Tetamu khas yang menyertai lawatan tapak pada kali
ini adalah Timbalan Pengarah Bahagian Rekabentuk dan Empangan JPS Malaysia,
Encik Ferdaos Bin Mohamed.
Encik Ferdaos memberikan
taklimat kepada para tetamu.
“Hampa jangan dok nganga
saja, tolong faham sama na”.
39 RENCAH MUTIARA
LAMAN PUISI
Kilauan Cahaya BiruKarya: Rayhandi (Acheh)
Biru kulihat sejauh mata merangkakAngin dan dinginnya membelai kulitkuTerasa dingin dan tenang hati iniIngin rasanya ku tinggal di pantai
Laut kita kayaBiru bercahayaKadang tak bersahajaNamun pasti tak sengaja
Aku ingin terbangMelayang bersama burung mengitari laut biruIngin rasanyaIngin angin laut menerbangkan susahku
Laut tampak begitu indah di siniDi bawah pantai yang teduhDi sini ku dudukTak hanya aku namun juga banyakSemuanya untuk menikmati karya tuhan semesta
Ku pandang langitAtap di mana laut berteduh dan bergaduhSemua yang kulihat hanya safirMembawaku berteduh ke tempat rindangMelanjutkan menikmati indah laut.
Pilu Wajah TuaKarya: Abdul Latiff (DBP Utara)
Kerut wajah tua itu piluTermenung sendirianDi beranda kesunyianBerteman rasa dan lakaran alamKembara fikirnya terimbau bayang silam.
Bahagia dulu telah hilangTeman kasih di sisiKini telah bersemadiAnak-anak hanya menghiris piluRantauan ke mana terus sepiDia kini sendirianMelangkah lesu asfal usia.
Ke mana handal duluHilang bila diri tak berertiErti nilaian manusiawiErti yang dibentuk khayalan duniawiKini tangisnya bisuPilunya sembiluKasihan wajah tua ituSisa usia sendirianDi alam perjalananRumah usang nan ditinggalkanKepingan papan kecil ditempati kemudianMeninggalkan keresahan semalamJenderanya kini lena sekaliSendirian di barzakhHanya nisan lidah bisuMelakar kewujudan kisah semalam.
39
40 RENCAH MUTIARA
PENASIHATIr. Sabri Bin Abdul Mulok
KETUA EDITORMohd Nazaruddin Bin Ghazali
PEREKA GRAFIKHasnal Bin Md Rouse
Mohd Syazmie Bin Mohd Kassim
JURUFOTOMohamad Nakhaie Bin Rashid
AHLI JAWATANKUASA BAHAGIANMohd Fairuz Haji Abdul Wahab (BPSP & BSMA)
Nur Salbiah Binti Abdullah (KORPORAT) Asarinah Binti Redzal Goval (KHIDMAT PENGURUSAN) Muhammad Hakim Bin Abdul Manaff (SUNGAI & PANTAI)
Hj. Md. Zahari Bin Hassan (HIDROLOGI)Haslizam Bin Ali(UKUR BAHAN)
Roshidah Binti Ismail(MEKANIKAL)Nur Julia Binti Azami (Kelab Sukan & Kebajikan)
AHLI JAWATANKUASA DAERAHSiti Zawani Binti Noordin (JPSDBD)
Saripah Binti Yaakub (JPSDTL) Khadijah Binti Mohamed(JPSSPU)
Mohd Zaki Bin Jamaluddin (JPSSPT)Muhammad Helmi Bin Ishak(JPSSPS)
EDISIJAN – MAC
2017
41 RENCAH MUTIARA
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANGTINGKAT 55, BANGUNAN KOMTAR JALAN PENANG
10000 PULAU PINANG
Seberang PeraiUtaraJabatan Pengairan dan Saliran
Seberang Perai UtaraLahar Ikan Mati 13200 Kepala Batas
Pulau Pinang Malaysia
Tel : 04 5751 223Fax: 04 5754 622
Seberang Perai TengahJabatan Pengairan dan Saliran
Seberang Perai TengahKompleks JPSSPT, 14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04 5075 525Fax: 04 5075536
Seberang Perai SelatanJabatan Pengairan dan Saliran
Seberang Perai SelatanKompleks Pejabat Kerajaan 14200
Jawi Pulau Pinang Malaysia
Tel : 04 5826554Fax: 04 5826542
Timur LautJabatan Pengairan dan Saliran
Timur LautParas 29, KOMTAR 10000 Jalan Penang
Pulau Pinang Malaysia
Tel : 04 6505145Fax: 04 2628452
Barat DayaJabatan Pengairan dan Saliran
Barat DayaPejabat Jurutera Daerah Barat Daya
Jalan Sungai Burong 11000 Balik PulauPulau Pinang Malaysia
Tel : 04 8666700Fax: 04 8660337
41