EDISI KHAS 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EDISI KHAS 2015

Citation preview

  • Assalamualaikum dan salam kebahagiaan kepada para pembaca Majalah Niaga mengucapkan selamat membuka lembaran baru bagi tahun 2015.Kami mendoakan apa juga yang anda rancang dan impikan pada tahun 2014 dan 2015 dimakbulkan. Dan segala isu di tahun 2014 dapat dibaiki dan menjadi bertambah baik pada tahun 2015. Insya-Allah.

    Selari dengan kedatangan tahun baru ini, Majalah Niaga turut melaku-kan transformasi baru. Bermula tahun 2015, edisi Majalah Niaga dan Komik Niaga akan digabungkan. Komik Niaga akan menjadi sisipan untuk setiap edisi Majalah Niaga.

    Edisi bagi transformasi ini dimulakan dengan ikon motivasi yang di-kasihi ramai, iaitu Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Beliau akan berkongsi bagaimana beliau membangunkan jenama dan perniagaan sebagai seorang pakar motivasi dan pakar mata.

    Di samping itu Prof. juga akan turut berkongsi cara menjadi mukmin produktif yang disayang Tuhan. Supaya kita sentiasa memanfaatkan masa kita selama ada di dunia.

    Edisi Khas pada kali ini akan menjadi edisi yang menarik dan sesuai dibaca oleh individu yang bergelar doktor, kerana prof akan berkongsi bagaimana beliau menggabungkan kerjaya doktor dan dalam masa yang sama menjadi seorang pakar motivasi.

    Dan sememangnya dakwah itu penting dipraktikkan dalam mana-mana kerjaya. Cuma yang mungkin berubah adalah cara kita menyuntiknya dalam kerjaya kita. Kami mendoakan ia bermanfaat dan meluaskan minda para pembaca untuk diadaptasi ke dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi.

    SALAM SYUKUR,

    INSYIRAH AZHAREDITOR MAJALAH NIAGA

    NOTA EDITOREmail: [email protected]

    Prof Dr MuhayaPakar Mata & Pencetus Inspirasi

    PENASIHAT

    CEO

    EDITOR

    PENULIS

    PEREKA GRAFIK

    PENGURUS WEB

    EKSEKUTIF PENGIKLANAN

    EKSEKUTIF PEMASARAN

    DITERBITKAN OLEH

    Idris Husin, Hasbul Ariff

    Hasbul Aqill Hasan Zaki

    Insyirah Azhar

    Ahmad Fahmi Ishak, Hasbul Ariff,Hazlam Anuar, Shah Othman, Hasbul Aqill, Aqif Azizan, Nik Wafdi

    Marlia Muhamad

    Hasbul Aqill

    Hasbul Aqill

    Hasbul Aqill & Hasbul Ariff

    INOVATTIC SOLUTION16-3-2 Jalan Semarak Api 3,Dimond Square Business Centre,53000 Setapak Kuala Lumpur.Tel: +603-4021 3344Email: majalahniaga.com www.facebook.com/MajalahNiaga www.twitter.com/majalahniaga

    Hak Cipta Terpelihara:Dilarang sama sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu, anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

    1 Majalah Niaga Edisi Khas

    Insyirah

  • ISI KANDUNGANEDISI KHAS

    Tip PengurusanKewanganPelaburan Jangka Panjang-Amalan Sedekah

    Dekorasi BisnesPermainan Meningkatkan Produktiviti Syarikat

    Tip PemasaranPemasaran AlternatifSelain Facebook Ads

    Motivasi BisnesPersediaan SebelumMemulakan Perniagaan

    Tip BloggingTabiat Blogger Kaya DanBerjaya

    Tip PenjenamaanPetua Efektif Menjenamakan Bisnes Secara Online

    Cerpen BisnesHijrah

    Sisipan KhasBiografi Prof Dr Muhaya

    10

    17

    14

    19

    21

    24

    2730

    ARTIKEL WAWANCARA

    4EKSKLUSIF

    2 Majalah Niaga Edisi Khas

  • 4 Majalah Niaga Edisi 30

    Get it right the first time. Apa yang kita

    buat dan segala persediaan

    adalah penting. Dontsimply jump

  • 5 Majalah Niaga Edisi Khas

    oleh Prof. ceritakan caba-ran ketika memulakan perni-agaan?

    Cabaran ketika saya memulakan perniagaan adalah mencari orang yang tepat. Ketika mula-mula, kami dapat pelbagai orang yang bekerja dengan saya. Kadang-kadang kita ambil saudara sendiri.

    Apa yang saya belajar adalah ketika kita nak mulakan syarikat atau perni-agaan adalah, penting mencari orang yang tepat. Andai mendapat pekerja yang tidak tepat, memang kita akan jadi sangat penat. Sebab itu saya percaya pada prinsip, Get it right the first time.

    Apa-apa yang kita buat dan segala persediaan adalah penting. Dont simply jump. Cuma apabila pada mulanya saya tersilap, saya tidak salah-kan keadaan. Dengan bersusah-susah di awal perniagaan, kita akan faham dan mengenal manusia, yang akan menyebabkan masa hadapan kita jadi lebih baik. Oleh sebab itu saya kata, Tidak pernah ada kegagalan, semuan-ya pelajaran.

    Mengapa Prof. memilih bi-dang motivasi sedangkan ada banyak lagi bidang di luar sana?

    Sejak daripada zaman persekolahan, saya memang berminat memberi in-spirasi dan semangat kepada orang. Ketika menjadi ketua pelajar di sekolah, saya suka memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di sekolah.

    Begitu juga ketika di universiti. Saya selalu berpesan kepada junior supaya rajin belajar. Semasa saya menjadi pensyarah pula, saya sering kali mem-beri motivasi kepada pelajar-pelajar perubatan.

    Sekarang, saya seorang doktor. Di saat saya merawat mata pesakit, saya bukansahaja merawat mata mereka, se-baliknya saya turut memotivasikan

    mereka dengan cara mendidik mereka untuk hidup dengan betul.

    Dalam bidang motivasi, saya men-gajar manusia untuk hidup dengan betul. Saya percaya dapat memberi impak yang lebih besar, jika saya fokus dalam pembangunan insan. Apabila saya memberi motivasi dan mengubah dunia dalaman ataupun sistem pemiki-ran seseorang, tindakan mereka pada setiap saat akan menjadi lebih berke-san.

    Boleh kongsikan kegagalan yang pernah Prof. alami dalam kehidupan dan bagaimana Prof. bangkit semula?

    Pada saya tiada erti kegagalan. Semuan-ya adalah feedback. Kerana apa sahaja yang berlaku pada kita adalah cermi-nan jiwa kita. Contoh, andai kita nak pergi mengembara, kita akan nam-pak lampu isyarat, jalan lopak-lopak. Namun, yang penting adalah, apabila

    kita nampak semua itu, kita perlahan dan sesuaikan diri. Jadi, tiada kega-galan bagi saya. Semuanya adalah feedback. Apabila sesuatu yang tidak baik berlaku pada saya, saya akan per-baiki untuk jadi lebih baik. Jadi, setiap kegagalan, membawa lebih kejayaan.

    Perancangan masa panjang (3-5 tahun) bagi memantapkan branding Prof. Muhaya dalam bidang motivasi.

    Perancangan saya adalah untuk reset minda setiap golongan masyarakat. Saya sangat passionate untuk ber-cakap tentangnya. Seperti program Reset Minda di Astro Oasis, saya ba-hagikan kepada beberapa bahagian. Reset minda ibu bapa, anak, guru.

    Saya bahagikan manusia kepada peranan masing-masing. Supaya kita tahu kita bermula sebagai individu, dan tiap individu itu peranannya banyak. Dari situ, saya mahu mendidik semua

    B

    Di World Muslimah ForumKlinik Mata & Lasik Prof Muhaya Prof Dr Muhaya di klinik beliau

    KL International Hijab Fair 2014Program Butik Modest Culture

  • 6 Majalah Niaga Edisi Khas

    orang dengan isu-isu berkaitan. Bagi memantapkan lagi, saya nak supaya orang faham bahawa branding saya, adalah bukan menyelesaikan masalah tetapi branding saya adalah mencegah masalah.

    Ia adalah kerana, orang yang bijak dan genius mencegah masalah. Orang yang pandai menyelesaikan masalah. Branding saya mengambil pendekatan, kita reset minda orang. Buang file lama, masuk program baru. Maksudnya kita fokus pada pembinaan kuasa minda.

    Yang kedua kita nak celik mata hati. Maksudnya apabila sesuatu berlaku (dunia luaran), kita akan ingat Allah. Pada setiap yang berlaku melalui makhluk, saya impikan, kita akan ingat Allah dengan memikirkan kenapa ini boleh berlaku, dan apakah pengajaran daripada perkara ini.

    Dengan branding yang mempunyai matlamat seperti ini, apa yang saya sangat harapkan adalah, setiap manusia men-gatakan. Walauapapun yang berlaku, walau macam mana pun saya protes, saya mengambil tanggungjawab, atas apa yang berlaku kepada saya.

    Keutamaan saya adalah mahu mereka mengambil tanggung-jawab atas kehidupan mereka, Keutamaan saya adalah mahu mereka mengambil tanggungjawab atas kehidupan mereka,

    dan hentikan menyalahkan, mengata orang, mengumpat dansegala sifat mazmumah (sifat tercela). Semua penyakit hati itu dibuang. Kita praktikkan sifat mahmudah sikap yang baik-baik sahaja.

    Sejak bilakah Prof. memasuki bidang motivasi?

    Saya terlibat secara serius dlm bidang motivasi pada tahun 2007. Rancangan TV pertama saya adalah Dari Mata Ke Hati yang disiarkan di Astro.

    Bagaimana Prof. bahagikan masa antara tanggungjawab sebagai doktor dan motivator?Sebenarnya ketika saya berperanan sebagai doktor pun, saya

    turut menjadi pakar motivasi dengan memotivasikan orang lain. Contohnya seperti di pusat mata Laser-Assisted In Situ Keratomileusis (LASIK), sebelum memulakan pembedahan, saya akan nasihatkan pesakit untuk betulkan niat.

    Andai orang muda, saya akan nasihatkan seperti, jangan hanya main futsal. Andai pesakit yang sudah 40 tahun dan ke atas, saya sarankan niat supaya matanya untuk lihat Kaabah, baca Al Quran, maksudnya saya sudah beri motive to action dan inspirasi - apa-apa yang kita lakukan di dunia ini, hujung-nya adalah untuk Allah.

    Prof Dr Muhaya bersama Imam Muda Gaza -Imam Raid untuk membuat rawatan mata.

    Pelancaran BOOKAZINE Life by Design Solat Ready di MPH Bookstore Alamanda, Putrajaya

    Program Celik Hati Prof Muhaya di TV9

    Kanta Prof Muhaya di TV2

    Prof Dr Muhaya semasa di Stesen Radio Ikim.fm Membuat rawatan untuk pesakit

    Promosi Pelancaran Butik Modest Culture

    Program Siri Jelajah Celik Famili

  • 7 Majalah Niaga Edisi Khas

    ... apabila kita buat sesuatu, bersihkan niat danperbetulkan niat mesti kerana Allah SWT.

    Secara formal, saya adalah seorang doktor, dan secara tidak langsung, saya juga adalah seorang motivator. Saya juga ada pembantu di klinik dan syarikat yang membantu menjaga urusan dan menga-tur waktu saya.

    Pada saya, orang yang kata tiada masa, adalah tidak pandai menggunakan masa. Jadi, kita tidak boleh kata tiada masa. Mesti mencari masa. Saya mencari masa itu kerana keutamaan.

    Mungkin ada orang yang tersinggung dengan saya, kerana menolak tawaran untuk berceramah di masjid atau mana-mana tempat secara am. Ia adalah kerana saya berpendapat, jika saya pergi ceramah-ceramah di beberapa tempat, masa yang saya ambil mungkin dua atau tiga jam, yang mungkin akan membuat saya perlu meninggalkan pesakit saya.

    Berbanding masa yang sama, saya boleh gunakan untuk media, di mana coverage yang lebih luas. Dan lebih tahan lama secara digital.

    Oleh sebab itu, saya lebih utamakan perkara itu. Begitulah cara bagaimana saya bahagikan masa. Saya meletakkan keutamaan, keberkesanan, dan impak.

    Nasihat Prof. kepada bakal motivator dan motivator sedia ada.

    Banyak kali saya diminta menjadi juri rancangan realiti, tetapi saya tolak. Kerana saya kurang selesa mengkomen cara orang dan sebagainya. Saya sangat menghormati cara masing-masing.

    Cuma nasihat saya, apabila kita buat sesuatu, bersihkan niat dan perbetulkan niat mesti kerana Allah SWT. Mungkin urusan dunia kelihatan seperti orang bayar kita dan sebagainya tetapi tujuan kita biarlah kerana Allah.

    Bagi motivator, sebaiknya tidak mengam-

    bil. motivator sebagai kerjaya sahaja, yang mana kita baca buku, tengok teori, buat powerpoint, buat presentation, tetapi kita tidak mengamalkannya.

    Pada saya untuk kita memberi sesuatu yang memberi kesan, adalah bukan seb-agai motivator tetapi sebagai pendakwah. Pada saya, dakwah adalah tanggung-jawab semua orang. Dakwah hak semua orang, ilmu hak para ulama.

    Jadi, andai para motivator merasakan dirinya sebagai pendakwah, maka mereka akan menentukan ciri-ciri mereka sebagai pendakwah. Andai sebagai seorang umat Islam, antara ciri-cirinya adalah menjadi seseorang yang bertaqwa, menjadi orang yang baik, membuat sesuatu untuk memberi faedah bukan untuk mendapat faedah.

    Satu lagi, penting untuk kita dakwah diri kita dahulu sebelum kita dakwah orang lain. Amalkan apa yang kita cakap.

    Bagaimana Prof. menggunakan medium internet untuk mema-sarkan produk dan servis Prof.?

    Setakat ini saya mempunyai Facebook fanpage yang hampir mencapai 1 juta pengikut. Saya juga mempunyai akaun Twitter dan Instagram.

    Kebanyakan status saya dikemaskini adalah untuk tujuan dakwah sahaja. Bagi pemasaran produk, ia kebanyakannya diuruskan oleh pekerja syarikat saya. Saya benarkan mereka guna FB saya untuk tujuan pemasaran.

    Strategi pemasaran yang Prof. gunakan untuk meningkatkan jualan produk.

    Saya suka pada prinsip AIDA. Ia adalah prinsip dalam Bahasa Inggeris. Iaitu Attention, Interest, Desire dan Action. Untuk kita dapatkan pelanggan untuk produk kita, pertama penting kita dapatkan perhatian (attention) dia. Itulah pentingnya iklan.

    Kedua, interest. Kita akan berjaya men-arik minat orang lain apabila produk kita menunjukkan keberkesanan atau bagus-nya produk itu. Jadi kadang-kadang saya akan buat rakaman cara menggunakan buku jurnal saya, supaya orang berminat mendapatkan buku jurnal.

    Ketiga adalah Desire iaitu kemahuan yang kuat. Dalam fasa ini, medium seperti Youtube, temuramah dengan saya digunakan.

    Akhir sekali adalah Action iaitu tindakan untuk mendapatkan jualan. Seperti arahan untuk mendapatkan produk. Pada saya, ia adalah pendeka-tan yang penting untuk dipraktikkan oleh semua pemilik bisnes.

    Apakah saranan Prof. un-tuk menjalankan hidup yang produktif sebagai seorang umat Islam?

    Saranan saya yang pertama adalah menjaga solat. Contoh, sebelum masuk waktu kita sudah bersedia. Bagi muslimah, penting memakai pakaian yang menutup aurat, yang boleh digu-nakan terus untuk menunaikan solat,

    Prof Dr Muhaya Mohamad

  • 8 Majalah Niaga Edisi Khas

    seperti produk terkini yang saya keluarkan yang dipanggil baju solat-ready. Dalam apa juga aktiviti, sentiasa pentingkan waktu solat. Jangan tinggalkan waktu solat. Itu adalah perkara yang saya praktikkan.

    Oleh sebab saya sudah nampak impak lambatkan solat ketika saya muda. Sekarang ini andai saya ada pembedahan pun, 15 minit sebelum azan, saya akan mengambil wuduk. Pesakit juga, saya sarankan solat dulu, kemudian baru saya sambung.

    Kedua, bagi peniaga, penting meletakkan niat berniaga untuk apa. Antaranya niatkan berbisnes untuk mengamalkan sunnah. Seperti saranan dalam Hadis Riwayat Tarmizi, yang biasa kita baca iaitu 9/10 rezeki daripada perniagaan.

    Ketiga, dalam perniagaan, apabila kita dapat rezeki lebih, tetapkan niat untuk membayar zakat, memberi sedekah dan bantu orang susah. Elakkan berniat menjadi kaya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

    Sebaliknya, tetapkan niat, kita mahu membantu orang lain untuk mencari rezeki. Memberi peluang kepada mereka menyokong ahli keluarga yang lain. Apabila semakin besar perniagaan kita, semakin ramai pekerja yang kita dapat ambil. Secara tidak langsung, semakin banyak keluarga yang kita dapat bantu.

    Apakah yang Prof. lakukan untuk meningkatkan ilmu dan pengalaman?

    Antara ilmu yang saya suka cari adalah ilmu agama dan ilmu kejayaan yang lain. Sumber bagi ilmu agama adalah melalui rancangan TV yang bagus.

    Saya ada Astro B.yond PVR, yang saya akan gunakan untuk rekod semua rancangan agama. Dengan itu, saya akan tengok TV pada waktu yang saya tentukan. Pada waktu-waktu yang terluang, saya akan luangkan masa dengan menonton rakaman itu.

    Saya juga ada iPod, audio book yang saya sentiasa dengar. Andai saya travel pun, dalam iPod saya ada beratus-ratus au-dio berbahasa Inggeris yang saya dengar, rancangan agama, dan juga sumber-sumber Youtube.

    Buku-buku, saya jarang baca, sebab adakalanya mata saya tidak begitu jelas membacanya. Saya rasa penat apabila mem-baca. Jadi, saya banyak mendengar. Cara lain adalah dengan saya pergi kuliah di masjid, dan berdekatan dengan rumah saya.

    Saya juga sebenarnya belajar daripada pesakit-pesakit yang saya jumpa. Saya akan tengok apa yang saya boleh belajar daripada mereka. Kita dapat belajar sesuatu daripada semua orang, sama ada baik atau buruk. Sesiapa sahaja boleh jadi guru kita.

    Siapakah idola Prof. dalam bidang motivasi?

    Sebenarnya idola saya lebih kepada luar negara iaitu Wayne Dyer. Dalam Malaysia orang yang mula-mula yang membuat saya banyak belajar adalah Dr. Fadzilah Kamsah. Saya men-ganggap beliau guru saya, hatta pada waktu pagi ketika anak-anak saya sarapan, mereka menonton motivasi beliau.

    Antara buku-buku penulisan Prof Dr Muhaya.

    Semasa Pelancaran Buku Biografi Prof Dr Muhaya di Hotel Shangri-La, Putrajaya.

    Prof Dr Muhaya di pejabat beliau.Merupakan pemilik Pusat Mata & Lasik.

  • TIp pengurusan KEWANGANAhmad Fahmi Ishak Usahawan Barangan Keperluan Muslim

    10 Majalah Niaga Edisi Khas

    UNTUNG BERPANJANGANApakah yang diingini oleh seorang peniaga selain daripada mendapat keuntungan perniagaan, dapat membayar hutang pinjaman bank dan berkongsi rezeki bersama kawan-kawan serta ahli keluarga? Dalam hal ini, kita memerlukan suatu sumber kewangan kukuh yang dapat kita salurkan kepada yang berhak melalui sedekah.

    Kita amat beruntung kerana melalui perniagaanlah kita dapat belajar hidup susah dan dari situ kita akan belajar pula apa erti bersyukur kepada yang Maha Memberi. Selain itu kita akan belajar tentang karakter orang. Setelah itu, apa yang harus kita laku-kan dengan limpahan rezeki yang ada? Inilah poin yang ingin penulis tegaskan iaitu dengan memberi kepada yang berhak atau bersedekah.

    Hari ini kita berada pada zaman teknologi yang serba canggih, di mana segala keperluan hidup dapat kita kecapi tanpa susah payah tidak seperti zaman dahulu. Dalam mengharungi kehidupan di dunia, kita senantiasa bersedia dengan keperluan yang dapat memberi manfaat kepada diri kita khususnya dan kepada komuniti masyarakat umumnya.

    Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah Taala, seharusnya kita berdoa dan berusaha agar kita dapat keuntungan di dunia dan akhirat. Pada kali ini, suka penulis berkongsi secebis ilmu tentang amalan yang di sukai Rasullah s.a.w iaitu amalan sedekah. Amalan yang menjadi tauladan sejak zaman nabi Adam sehinggalah di tiup sangkakala (hari akhirat).

    PELABURAN JANGKA PANJANGAMALAN SEDEKAH

  • Amalan sedekah ini merupakan sunnah Rasullah s.a.w yang menjadi ikutan para sahabat baginda dalam membantu umat Islam khususnya bagi menjamin kehidupan yang lebih baik. Jangan letakkan amalan sedekah ini melalui wang ringgit semata-mata akan tetapi ia lebih luas bahkan kepada haiwan dan tumbuhan turut mendapat manfaatnya.

    Para sahabat Khulafa ar-Rasyidin serta alim ulama menjadikan sedekah sebagai medan untuk mendekatkan diri kepada Allah taala serta masyarakat. Hal ini kerana mereka terdiri daripada peniaga yang menjalankan perniagaan di merata tanah Arab dengan membawa barang dagangan untuk dipasarkan.

    Secara tidak langsung ia memberi contoh tauladan kepada bukan Islam melalui amalan yang dilihat ringan tetapi berat timbangan mizan di akhirat kelak.

    Kejayaan seseorang itu bukanlah terletak kepada usaha sahaja malahan ia merangkumi semua aspek termasuklah sedekah. Hanya melalui pintu sedekah kita akan terhindar daripada sifat bakhil, tamak, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.

    Bukankah itu merupakan kejayaan juga? Kita berjaya mengikis sifat mazmumah yang ada pada diri kita dan kita berjaya juga membentuk hati kita supaya tidak menjadi hamba duit.

    Benarlah hadis Rasullah s.a.w bersabda;Harta kekayaan adalah sebaik-baik penolong bagi memelihara ketakwaan kepada Allah taala, hadis riwayat ad-Dailani.

    Inilah pelaburan yang menjamin kehidupan di dunia dan akhirat, apatah lagi jika kita berniaga mengikut lunas-lunas syariat, mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

    Lebih baik lagi apabila kita berbelanja untuk dunia dan akhirat, di dunia kita dapat membantu orang yang memerlu-kan manakala di akhirat kelak ia sebagai imbalan (balasan) ke-pada diri kita sendiri. Perniagaan dan amalan sedekah sudah sinonim dalam kehidupan kita. Di mana sahaja kedengaran orang yang susah, pasti pertolongan dihulurkan selagi mana ada hebahan mengenai kekurangan atau kesusahan dalam komuniti masyarakat.

    Tegak kukuhnya kehidupan dunia ini kerana 4 perkara iaitu:

    Lihatlah dengan mata hati bahawa kehidupan di dunia ini ada hubung kait antara yang kaya dan miskin, antara alim ulama dan umara. Begitu cantik susunan ajaran Islam dalam mendidik manusia supaya berfikir dan mengkaji melalui pancaindera yang diamanahkan sebelum dipersoalkan di akh-irat kelak. Justeru, amalan sedekah ini harus menjadi kuriku-lum wajib kepada diri sendiri sebagai asas didikan supaya kita lebih bersyukur atas kurniaan yang Maha Memberi Rezeki.

    Firman Allah Taala dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud;Dan ingatlah Tuhan kamu sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat kepada kamu dan sesungguhnya jika kamu kufur, azab-Ku amatlah pedih.

    Inilah sifir kehidupan kita yang menjadi adab sopan kepada si penerima (hamba). Sering kali kita terfikir apa yang aku dapat andai aku bersedekah? Adakah hanya mendapat pahala semata-mata atau sekadar memenuhi keperluan masyara-kat di luar sana? Di sinilah titik noktah kita dalam memaha-mi sedekah hanya berdasarkan pahala di akhirat tanpa kita memikirkan keajaibannya.

    SEDEKAH AMALAN SUNNAH

    Ilmu para ulama.

    Derma orang kaya.

    Derma orang fakir.

    Keadilan para pemerintah(maksud hadis Sunan al-Tirmizi)

    1234

    11 Majalah Niaga Edisi Khas

  • KEAJAIBAN BERSEDEKAH

    Sedekah mendatangkan rezekiIni merupakan peluang yang terhi-dang luas buat kita sebagai orang Islam supaya melipat gandakan usaha amalan ini. Harta yang kita sedekahkan mendekat lagi rezeki yang tidak disangka-sangka.

    Sedekah dapat memanjang-kan umurDi sini dapat difahami bahawa umur yang dimaksudkan ialah keberkatan dalam hidup. Peluang kehidupan yang diberi oleh Allah digunakan dengan perkara yang manfaat.

    Sedekah dapat menyembuh-kan penyakitIni seperti yang sedia maklum bahawa penyakit cinta dunia, harta, bakhil dan tamak haloba harus dirawat dengan amalan sedekah. Dengan kaedah ini sistem ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan hadis dapat memberi penawar kepada gejala yang kronik ini.

    Keluarkanlah harta. BersedekahlahSeruan yang biasa kita dengar dan acap kali disebut oleh ulama dan orang tua kita supaya rajin-rajin bersedekah. Selagi berkemampuan untuk memberi, lakukanlah kerana ia menjadi kredit buat diri kita.

    Firman Allah Taala dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud; Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurni akan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagia- an di hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia.

    Inilah kehebatan ajaran syariah Islam, dalam kita belajar tentang bab halal haram mahupun syubhah, kita masih lagi boleh belajar tentang amalan sedekah, infak, zakat dan sebagainya.

    Ilmu yang dipraktikkan dalam alam perniagaan sebenarnya menjadi asas dalam mendalami ilmu akhirat secara tidak langsung. Sebab itulah amalan berniaga ini merupakan asas pekerjaan nabi dan para rasul.

    Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itu sudah menjadi sunnatullah kehidupan manusia. Segala perbuatan dan amalan akan diperlihatkan melalui buku catatan amalan kita sama ada yang baik atau sebaliknya.

    Dalam sepotong hadis, Rasullah s.a.w ada bersabda Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua-dua orang tuanya.

    Perhatikanlah amalan sedekah menjadi pelaburan atau simpanan yang menjamin kehidupan di akhirat kelak. Amalan yang menjadi ibadah dan seterusnya menjadi kebiasaan melahirkan seorang individu yang matangdan berilmu kerana kita sedia maklum akhiratmerupakan matlamat utama(pegangan orang Islam).

    Bersama-sama kita jadikan amalan sedekahini sebagai habit sihat dalam pembinaanrohani dan karakter yang cinta agama. Biarlahkita menjadi juara dalam segala aspekkehidupan supaya dengan itu ajaran Islam sesuai diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat.

    Jadilah kamu orang yang

    berilmu atau mem-pelajari ilmu atau yang

    mendengar ilmu atau suka kepada ilmu itu sendiri maka janganlah kamu jadi pihak yang kelima

    (iaitu tidak suka akan ilmu).

    12 Majalah Niaga Edisi Khas

  • 14 Majalah Niaga Edisi Khas

    TIp PEMASARANHasbul Ariff Penasihat Majalah Niaga

    5 PEMASARANALTERNATIF SELAIN

    PEMASARANFACEBOOK ADS

    Sekarang jika kita perhatikan, ramai usahawan yang berniaga di Facebook mengeluh, disebabkan beberapa perubahan yang dilakukan oleh pihak Facebook. Perubahan yang dimaksud adalah dari segi algorithm Facebook, dan juga beberapa polisi yang menyusahkan para peniaga Facabook.

    Antara masalah yang dihadapi adalah seperti kos pengiklanan Facebook Ads semakin mahal, Reach di Facebook wall dan juga Facebook Fanpage semakin berkurangan. Perubahan yang berlaku ini menyebabkan jualan sesetengah peniaga Facebook semakin merudum. Perkara ini sudah tentu menyusahkan perniaga Facebook sendiri, kerana tidak dapat mencapai sasaran jualan yang ditetapkan setiap bulan.

    Sebagai pengguna dan usahawan Facebook, kita tidak boleh menyalahkan pihak Facebook. Ini kerana polisi dari syarikat Facebook akan sentiasa berubah mengikut kehendak (requirement) pengguna Facebook itu sendiri. Oleh yang demikian, kita tidak boleh berdiam diri. Kita perlu mencari pemasaran Alternatif dan tidak sepenuhnya bergantung harap kepada satu jenis pemasaran sahaja seperti pemasaran Facebook Ads untuk kita menghasilkan jualan yang banyak.

    Guru saya juga pernah berpesan:Untuk menjadi seorang marketer yang hebat. Kita tidak boleh duduk diam. Kita perlu agresif. Sentiasa cari jalan lain sekiranya kita tidak mencapai target. Barulah kita boleh berjaya.

  • 1 - BLOG

    2 - YOUTUBE

    3 - INSTAGRAM

    4 - PEMASARAN EMEL

    5 - GOOGLE ADWORDS

    Sekiranya anda serius dan ingin kekal lama dalam perniagaan internet, pemasaran emel adalah salah satu pemasaran yang anda tidak patut abaikan. Ada sesetengah pihak mengatakan, pemasaran email adalah pemasaran Old School atau keting-galan zaman.

    Tapi percayalah, pemasaran ini masih lagi berkesan dan pemasaran ini mampu membuatkan kita mendapat jualan dari pelanggan yang pernah membeli dengan kita berulang-ulang kali.

    Ini kerana, pemasaran ini, membolehkan kita untuk menyimpan database pelanggan yang pernah membeli produk dengan kita. Database yang biasa kita simpan adalah seperti nama dan juga emel. Dengan cara ini, kita boleh melakukan follow up kepada pelanggan kita sedia ada untuk menawarkan produk terbaru kepada mereka.

    Pemasaran emel juga membolehkan kita berhubung dengan pelanggan kita. Dengan berhubung dengan pelanggan kita dengan lebih kerap, kita akan lebih dekat dengan pelanggan dan tahu apa masalah mereka.

    Bila kita dekat dengan pelanggan, pelanggan akan rasa percaya dengan kita. Apabila mereka per-caya dengan kita, maka ini akan menjadi semakin mudah untuk kita menjual produk terbaru kepada mereka.

    Untuk menggunakan pemasaran emel, anda memerlukan satu software khas yang dipanggil sebagai Autoresponder. Antara Autoresponder yang disarankan oleh semua Internet Marketer dunia adalah GetResponse dan juga Aweber.

    Satu lagi pemasaran yang perlu diberi perhatian oleh usahawan facebook adalah pemasaran Google Adwords. Ia adalah salah satu pemasaran yang berbayar.

    Pemasaran Google Adwords juga adalah pema-saran enjin carian. Bezanya, anda tidak perlu menguasai sepenuhnya Ilmu SEO dengan untuk pemasaran ini.

    Dengan menggunakan pemasaran Google Adwords, keyword yang anda target akan berada di halaman yang pertama google sekiranya kurang persaingan untuk sesuatu keyword yang anda target.

    Pemasaran blog juga sinonim dengan pemasaran carian atau dipanggil sebagai Pemasaran SEO (Search Engine Optimization). Untuk melakukan pemasaran ini sudah tentu kita perlu mempunyai blog sendiri. Seeloknya kita menggunakan blog Self-host seperti Blog wordpress dan bukan-nya blogspot.com. Ini bagi mengelakkan risiko artikel kita dipadam oleh pihak Google (blogspot.com milik Google) atau blog kita diban oleh pihak Google.

    Sekiranya kita tidak mahu menulis di blog sendiri, kita boleh menulis di blog yang bertrafik tinggi. Blog seperti ini biasanya sudah mendapat kedudukan yang tinggi di dalam carian Google, dan ini membolehkan artikel yang kita hasilkan mudah dibaca oleh pelawat yang membuat suatu cari keyword menggunakan Google Search Engine.

    Strategi lain yang anda boleh gunakan untuk melakukan pemasaran blog, adalah dengan menempah slot pengiklanan banner di blog yang bertrafik tinggi. Apa yang anda perlu buat adalah menghubungi pihak blog terse-but, dan meminta mereka memberikan screeshot, jumlah trafik yang dihasilkan setiap minggu, bulan dan tahunan. Sekiranya trafik agak tinggi, anda boleh menempah slot pengiklanan banner di blog tersebut.

    Pernahkah anda menonton video di Youtube? Tahukah anda pemasaran Youtube sangat popular di luar negara? Ini kerana ramai Affiliater di luar negara menggunakan pemasaran Youtube untuk memasarkan produk seperti ebook, audio dan juga software.

    Anda juga boleh gunakan pemasaran Youtube untuk pasarkan produk anda. Salah satu strategi yang anda boleh gunakan untuk memasarkan produk anda menggunakan Youtube, adalah dengan menghasilkan video yang membuatkan orang suka share video tersebut di laman sosial seperti Facebook. Strategi pemasaran ini juga dipanggil sebagai pemasaran Viral. Apabila semakin ramai video dikongsi, semakin ramai yang akan melihat video yang kita hasilkan. Apabila semakin ramai yang melihat video kita, semakin tinggi potensi untuk produk kita dijual dengan banyak.

    Strategi pemasaran video di Youtube juga sangat sesuai sekiranya kita mahu mendapat pelanggan yang membeli di Google, ini kerana Youtube sangat mesra SEO, dan video yang kita hasilkan mudah untuk mendapat ranking pertama di carian Google.

    Pemasaran Instagram adalah pemasaran yang masih lagi baru di Malaysia. Pemasaran Instagram membolehkan kita untuk upload gam-bar, dan juga video singkat ke dalam akaun instagram kita.

    Kita boleh menggunakan pemasaran Instagram untuk upload produk terbaru kita. Untuk menggunakan pemasaran ini, adalah disarankan untuk kita menggunakan gambar yang berkualiti tinggi. Ini kerana ia dapat menarik minat prospek untuk membeli produk dari kita.

    Kebanyakan pengguna Instagram adalah daripada golongan muda. Dan kebanyakan dari mereka adalah mereka yang berada di bandar. Ini menjadikan pasaran yang ada pada instagram adalah pasaran urban.

    15 Majalah Niaga Edisi Khas

  • DEKORASI BISNESHazlam Anuar Perunding Reka Bentuk Hiasan Dalaman

    17 Majalah Niaga Edisi Khas

    PERMAINAN-MENINGKATKAN

    PRODUKTIVITI SYARIKATKenapa syarikat besar popular di dunia seperti Google, Pixar, Apple atau Facebook mempunyai ruang aktiviti dan permainan untuk pekerja mereka? Tokoh falsafah daripada Plato sehingga kepada Sartre memerhatikan kebanyakannya manusia, keseluruhannya, bebas dan kreatif apabila mereka bermain. Dengan melakukan sedikit aktiviti riadah akan menambah stamina bekerja dan meningkat produktiviti. Membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan cepat. Selain itu, ia bagi mengelakkan pekerja berasa mengantuk di waktu petang.

    Dengan adanya permainan di pejabat, kos klaim perubatan, pekerja yang mengambil MC (medical checkup) dan tekanan pekerja dapat dikurangkan. Pakar kesihatan mental, Martin Seligman dan Lenore Terr, menunjukkan tiga tunjang utama kesihatan mental adalah cinta, bekerja dan bermain. Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof ada mengatakan dalam buku 55 Petua Seronok Bekerja, kita berhak seronok di tempat kerja dan apabila seronok, kerja bukan satu beban.

    Kerja yangterbaik muncul

    daripada semangat ketika bermain.

    -GEORGE DAVISONPengasas Inventionland

    FAEDAH POSITIF MEWUJUDKANPERMAINAN DI PEJABAT1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pekerja dan majikan.

    2. Mengadakan pertandingan antara pekerja. Menjimatkan kos daripada mengadakan aktiviti sukan di luar.3. Wujudnya semangat kesukanan seperti semangat berpasukan yang boleh diaplikasikan dalam diri staf untuk kejayaan syarikat.

  • MOTIVASI BISNESShah Othman Usahawan Kuasa Bisnes

    19 Majalah Niaga Edisi Khas

    PERSEDIAANSEBELUMMEMULAKANPERNIAGAAN

    Bekerja Bersama Usahawan Lain DahuluMatlamat sebenar untuk bekerja dengan syarikat atau perni-agaan orang lain adalah untuk menimba ilmu dan bukan se-mata-mata hanya mahukan gaji bulanan yang dijanjikan oleh majikan. Bekerja kerana ingin belajar, bukan kerana wang. Ilmu yang diperolehi lebih mudah diterima kerana anda melakukan pelbagai tugasan dari awal sehingga akhir proses kerja anda. Pengalaman ini mampu menjadikan perniagaan anda berjalan dengan lebih sistematik lagi pada masa depan.

    Mulakan Perniagaan Secara Kecil-KecilanRobert Kiyosaki dalam bukunya, Cashflow Quadrant ada menyebut bahawa langkah pertama kita dimulakan sejak masih bayi lagi (baby step). Kita belajar berusaha untuk berjalan bukanlah pada langkah pertama kita, sebaliknya dari bayi tatkala kaki kita masih menerawang kesana-ke-mari. Bak kata Jutawan Senyap, Chef Li, Biar Kecil Asalkan Berhasil, jadi, mulakan perniagaan anda secara kecil-keci-lan dahulu, kemudian baru besarkannya.

    Uji Ketahanan Mental & Fizikal AndaBagi pekerja yang masih bekerja dan menjalankan perniagaan secara sambilan, anda boleh menguji daya tahan diri anda (mental & fizikal) dalam bidang perniagaan dengan mengambil cuti tanpa gaji dan menjalankan aktiviti perniagaan tersebut untuk satu tempoh tertentu. Daya tahan setiap orang berbeza. Ada yang takut untuk menjadi usaha-wan sepenuh masa kerana tiada jaminan kewangan seperti semasa menjadi pekerja sebelumnya. Tidak semua mahu keluar dari comfort zone masing-masing.

    Membina Rangkaian Networking SendiriJika pekerjaan yang anda ceburi sama dengan bidang perniagaan anda, cuba dapatkan sebanyak mungkin jaringan persahabatan dengan pelbagai peringkat orang. Ini termasuk para usahawan dan pembekal-pembekal yang terlibat. Jangan ketinggalan untuk merapatkan diri dengan wakil-wakil perbankan kerana anda mungkin memerlukan-nya suatu hari nanti. Walaupun begitu, jangan memburuk-kan imej syarikat yang anda bernaung sekarang. Tonjolkan imej yang baik sebagai pekerja. Imej adalah segala-galanya dalam perniagaan dan jaringan persahabatan.

    Mengumpul Modal Yang MencukupiSebelum anda berhenti kerja, sila pastikan terlebih dahulu bahawa wang modal untuk perniagaan anda men-cukupi untuk tempoh 6 hingga ke 12 bulan yang pertama. Kesemua modal ini termasuklah wang modal pusingan, wang gaji pekerja, bil-bil utiliti serta beberapa bahagian untuk waktu kecemasan. Persiapan yang rapi mampu membantu anda pada masa hadapan.

    Sebagai seorang usahawan, kita bukan sahaja perlu bijak dalam mentadbir syarikat serta para pekerja sahaja, kita juga perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang diceburi.

    Contohnya jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan bengkel membaiki kenderaan, anda bukan hanya sekadar perlu menggaji beberapa pekerja atau foremen untuk membaiki kenderaan, anda sebagai pemilik juga perlu memiliki ilmu dan kemahiran khusus dalam bidang ini untuk walaupun sedikit.

    Sama juga halnya dalam menguruskan sebuah perni-agaan restoran. Jika anda memiliki kemahiran mema-sak yang hebat, anda bukan sekadar dihormati mereka, malahan anda juga bakal dijadikan rujukan untuk setiap masakan mereka dan bukan hanya pandai mengarah atau memerhati semata.

    Anda bukan sahaja dapat memastikan para pekerja anda menjalankan urusan perniagaan anda dengan lebih baik, anda juga mampu merapatkan jurang yang dimiliki anda sebagai seorang bos dan mereka sebagai pekerja. Ia dapat meningkatkan lagi produktiviti dalam sesebuah urusan syarikat.

    Jadi, sebelum anda memulakan perniagaan dan menggaji pekerja, pastikan anda mempunyai ilmu dan kemahiran mengenai bidang perniagaan anda terlebih dahulu. Ia penting bagi memastikan anda benar-benar tahu apa yang para pekerja anda sedang lakukan dan dapat membantu jika mereka melakukann sebarang kesilapan.

  • 21 Majalah Niaga Edisi Khas

    TIp BLOGGINGHasbul Aqill CEO Majalah Niaga & Komik Niaga

    TABIAT BLOGGERKAYA DAN BERJAYA

    Ciri-ciri atau tabiat dalam diri seorang blogger, bagi meningkatkan peluang mereka untuk menjadikan blogging itu sebagai satu kerjaya. Tabiat ini disusun secara rawak, dan kita bebas untuk mengikuti mana-mana yang kita rasa selesa. Namun begitu, proses kejayaan masih bergantung pada visi dan kepercayaan dalam diri seorang manusia. Kerana kajian Napoleon Hill mendapati, individu yang cenderung untuk berjaya adalah mereka yang memiliki daya kepercayaan diri yang tinggi. Tabiat ini adalah tenaga tambahan bagi meningkatkan peluang untuk kita untuk menjadi blogger sepenuh masa.

    Mempunyai minat terhadap blogging semata-mata tidak bermakna kita mu-dah mencapai matlamat yang diinginkan. Situasi ini juga sama seperti seorang penyanyi yang minat menyanyi, tetapi tidak mempunyai suara yang merdu.

    Apabila mereka cuba menyanyi dan gagal berkali-kali, maka motivasi mereka sema-kin merudum. Lalu membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjuangan. Ia juga berlaku dalam kes blogging. Ramai yang minat untuk melakukan aktiviti blog-ging, tetapi hanya segelintir sahaja blog-ger yang mampu bertahan.

    Ini kerana mereka bukan sekadar mem-punyai minat. Tetapi mereka turut mem-punyai bakat dalam blogging, khususnya bakat yang berkaitan dengan penulisan. Bakat pula hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu. Tidak semua manusia mempunyai bakat dalam blogging.

    Namun begitu, sekiranya bakat tidak di-asah secara konsisten, maka ia tetap sia-sia. Apabila bakat dan minat bergabung, maka ia akan memudahkan seorang itu untuk menjadikan blogger sebagai kerja-ya, yakni memperoleh sumber pendapa-tan menerusi medium ini.

    Manusia hanya cenderung mempelajari sesuatu apabila mereka mempunyai minat. Meskipun gabungan bakat adalah faktor kejayaan seorang blogger, minat tetap dapat membantu seseorang itu dalam mempelajari sesuatu secara mendalam.

    Sebagai contoh, Ali meminati topik pengurusan kewangan be-rasaskan hukum Islam. Walaupun beliau tidak pernah belajar secara formal mengenai topik ini di sekolah atau universiti, rasa minat yang mendalam terhadap topik ini membantu beliau un-tuk melakukan penyelidikan dan mencatat ilmunya dalam blog.

    Rasa minat ini akan membuatkan Ali menjadi pakar bidang. Kerana beliau cenderung untuk berkongsi topik yang fokus bidangnya secara konsisten. Justeru itu, blogger yang mem-punyai minat untuk mempelajari sesuatu isu atau topik, adalah blogger yang akan menjadi pakar bidang.

    Apabila kita menjadi pakar bidang, maka peluang untuk kita buat duit dari blog lebih banyak. Contohnya, kita boleh menga-dakan seminar, bengkel atau personal coaching. Atau menjual buku dan ebook.

    MEMPUNYAI BAKAT DALAM PENULISAN

    MINAT UNTUK BELAJAR

  • 22 Majalah Niaga Edisi Khas

    Kami pernah berjumpa dengan seorang blogger tempatan yang sudah menjadikan aktiviti blogging sebagai kerjaya selama 3 tahun berturut-turut. Menurut beliau, kerjaya sebagai blogging jauh lebih sukar daripada apa yang difikirkan oleh orang ramai.

    Menurut beliau, disiplin memainkan peranan penting dalam proses kejayaan sesebuah blog. Kerana blogging adalah aktiviti yang melibatkan konsistensi. Ia merangkumi penerbitan entri, penambahan jumlah pelawat setiap bulan dan sebagainya.

    Tambahnya lagi, apabila blogging sudah bertukar menjadi satu kerjaya, kita perlu ambil kira beberapa faktor lain. Antaranya adalah cara untuk menjana wang dari blog setiap bulan secara konsisten.

    Ini bermakna, mempunyai pelan perlaksanaan blogging dan disiplin untuk melakukannya setiap hari adalah tabiat seorang blogger kaya dan berjaya.

    Percaya atau tidak, blogger yang boleh hidup selesa dengan blognya adalah blogger yang mempunyai jumlah komuniti yang ramai. Komuniti ini bermaksud jumlah pembaca blog yang setia dan percaya terhadap kita.

    Ini kerana, setiap produk yang kita jual di blog seperti ruang pengiklanan, ebook dan sebagainya akan dibeli oleh individu yang pernah melawat blog kita. Justeru itu, blogger-blogger baru wajar memfokuskan diri untuk membina komuniti yang berpengaruh pada peringkat awal.

    Pembinaan komuniti boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Mulakan dengan menulis dalam ruangan komen di blog orang lain. Kemudian ambil masa untuk berhubung dengan pemilik blog lain secara peribadi, menerusi emel, Facebook dan sebagainya. Atau kita boleh hadirkan diri ke perjumpaan-perjumpaan tidak rasmi di antara blogger.

    Untuk berjaya dalam dunia blogging, dan menjadikan ia seb-agai mesin untuk kita menjana pendapatan di internet secara sepenuh masa, meniru perbuatan individu yang sudah berjaya adalah jalan terbaik.

    Kita boleh bermula dengan membaca blog-blog blogger sepenuh masa yang lain. Lihat bagaimana blog mereka ber-fungsi, apa aktiviti harian mereka, dan bagaimana mereka merangka pelan perancangan blogging mereka untuk jangka masa panjang.

    Bagi memudahkan lagi peniruan, setiap kali mereka mengan-jurkan seminar, bengkel atau perjumpaan, hadirkan diri tanpa sebarang alasan. Kemudian berkomunikasi dengan mereka supaya mereka boleh berkongsi lebih banyak tip-tip kejayaan seorang blogger dengan kita.

    BLOGGER KAYA ITU BERDISPLIN

    RAJIN MEMBINA KOMUNITI

    MENIRU BLOGGER YANGSUDAH BERJAYA

  • PETUA EFEKTIFMENJENAMAKAN BISNESSECARA ONLINESetiap pemilik bisnes mahu jenama syarikatnya dikenali di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya, satu Malaysia sedar akan kewujudan jenama mereka. Dengan kewujudan internet dan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, pendedahan kepada jenama syarikat kita menjadi sema-kin mudah. Menerusi laman web sosial, ia juga menjadikan pemilik bisnes lebih mudah untuk mencari prospek, klien baru, dan penaja. Tidak perlu kos yang tinggi, hanya perlukan strategi yang betul. Dalam artikel yang ditulis oleh Benjamin Lang, pengasas Epic Launch, beliau memberikan 7 tip efektif untuk meningkatkan jenama bisnes kita dengan menggunak-an medium online.

    24 Majalah Niaga Edisi Khas

    TIP PENJENAMAANAqif Azizan CIA (Central Intelligence Agency) Write to Wealth

    1 Blog dan Q&A (Question and Answer)

    Memiliki blog adalah satu kewajipan bagi semua pemilik bisnes, khususnya yang berada dalam kategori bisnes-bisnes kecil. Meskipun ramai pemilik bisnes kini memilik blog, tetapi hanya segelintir sahaja yang tahu untuk memaksimakannya, bagi meningkatkan jenama dan jualan.

    Antara kaedah yang berkesan menggunakan blog adalah menyediakan ruangan Q&A, iaitu soalan dan jawapan yang bermain dalam minda prospek kita.

    Menurut Lang, kaedah ini berkesan dengan pantas untuk menjadikan jenama bisnes kita sebagai autoriti. Contoh syarikat dan laman web yang mengamalkan kaedah ini adalah Quora. Di mana laman web itu menyediakan jawapan bagi setiap persoalan, dan dalam masa yang singkat, laman web ini telah menarik 22,000 pengguna.

    2 Laman Sosial dan Profil Profesional

    Menurut statistik, jumlah pengguna Facebook di Malaysia sudah mencecah hampir 8.15 juta. Malaysia juga berada di tangga ke 16 dalam carta pengguna tertinggi di Facebook.

    Bagi pemilik bisnes, ini merupakan satu peluang keemasan untuk menjenamakan diri dalam laman web sosial. Cara terbaik untuk memaksimakan sepenuhnya profil bisnes kita di Facebook adalah: Mencipta Facebook Pages. Hias Facebook Pages dengan elemen profesionalisme (warna, desain gambar dan sebagainya). Cipta kalendar editorial untuk berinteraksi dengan pengguna lain. Jelas dengan matlamat asal Membina jenama.

    3 Guest Posting

    Jika bisnes kita mempunyai seorang penulis (penulis blog, buku), maka gunakan kaedah ini. Dengan kaedah guest post-ing, kita lebih mudah untuk mencapai prospek baru. Apabila artikel kita diletakkan dalam blog-blog yang berautoriti dan tinggi trafiknya, sekaligus ia membuatkan jenama bisnes kita lebih dikenali dan lebih dipercayai.

    Kehadiran laman sosial dan internet ini banyak membantu bisnes daripada pelbagai aspek, khususnya penjenamaan. Tetapi kita perlu mempunyai strategi yang betul, agar kita tidak melakukan kesilapan kecil yang dapat membunuh bisnes kita.

  • 4 Mewujudkan Blog Bisnes

    Seth Godin, pakar pemasaran dan pengasas Squidoo. Beliau memberitahu dalam blognya jenama bisnes boleh dikukuh-kan secara online, sekiranya pemilik bisnes memiliki blog. Ini kerana blog dapat membantu daripada segi.

    Menyalurkan informasi berkaitan produk Lebih banyak maklumat, lebih tinggi kepercayaan pembeli. Mewujudkan komuniti Apabila pembaca blog kita berhimpun di blog bisnes, maka kita sudah berjaya mencipta komuniti. Berkongsi social proof Setiap pengguna yang gembira menggunakan produk kita, maklumat berita itu boleh dikhabarkan menerusi blog kita. Dengan kata lain, blog kita adalah media bisnes kita. Memperkukuhkan jenama Apabila kepercayaan itu wujud, maka jenama bisnes secara online akan wujud serta merta.

    5 Bina Rangkaian Bisnes Di Forum

    Meskipun kewujudan ruangan media socail seperti Facebook seakan-akan membunuh ruangan komuniti forum, namun ia tidak bermakna forum menjadi satu platfom yang tidak aktif. Kenyataan ini adalah mitos semata-mata. Ruangan forum masih ada penggunanya sendiri. Malah ia masih lagi diikti-raf ruangan yang terbaik, untuk mewujudkan sebarang dis-kusi. Lihat bagaimana forum Lowyat.net terus menjadi medan perbincangan mengenai hal gajet dan teknologi sehingga hari ini.

    Untuk membina rangkaian bisnes dengan cara yang betul, berikut adalah elemen-elemen yang mesti dipatuhi ketika berforum.

    Gunakan nama sebenar. Kongsikan maklumat berkaitan dengan bisnes kita (tip, trik dan tutorial). Buka thread khas untuk berkongsi pengalaman setiap hari kita menjalankan bisnes. Maksimakan ruangan signature, yakni ruangan untuk meletakkan pautan promosi.

    6 Aktif dan Konsisten

    Apa yang buat aku berjaya hari ini? Aku lakukannya setiap hari, dengan cara yang seronok, tanpa kenal erti mengaku kalah. Fehzan Ali, pengasas Adscend Media.

    Menjenamakan diri dalam dunia online tidak mudah. Kita akan mempunyai ratusan pesaing yang akan meniru konsep dan cara kita menjenamakan bisnes. Kunci untuk mengatasi para pesaing kita adalah dengan terus kekal aktif, di dunia online dan juga sentiasa konsisten untuk mengamalkan strate-gi yang dikongsikan.

    7 Cipta Mesej Jenama

    Apabila menyebut tentang jenama.Pelanggan akan ingat mesej bisnes kita.-Seth Godin

    Konsep syarikat penerbitan PTS yang menggunakan mesej Ini Baru Buku seringkali terngiang-ngiang dalam fikiran kami. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan itu? Tetapi secara tidak langsung, mesej itu telah melekat dalam fikiran kita.

    Dalam mencipta mesej jenama, kita perlu berfikiran kreatif untuk menghasilkan mesej yang dapat dilekatkan dalam minda pelanggan. Ia perlu dilakukan secara berkala kerana teknik ini adalah subjektif, untuk dipertikaikan.

    25 Majalah Niaga Edisi Khas

  • CERPEN BISNESNik Wafdi Kartunis Majalah Ujang

    27 Majalah Niaga Edisi Khas

    Boss, saya rasa macam nak berhenti kerja lah. Kamu nak kerja apa? Di mana? Dengan siapa? Wallahua'lam. Belum

    pasti lagi. Itulah masalah orang kita. Orang hijrah dia pun nak hijrah tapi tak tahu nak hijrah ke mana, nak buat

    apa, nak bersama siapa.

    Apakah kerja di sini belum cukup baik?

    Alhamdulillah baik En. Boss, cumanya nak mencari yang lebih baik. Itu sahaja.

    Jangan nanti apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

    Insya-Allah apa yang saya sedang kejarkan tidak akan mencicirkan apa yang saya kendongkan selama ini. Masih dalam bidang sama cuma konsep yang sedikit berbeza.

    Apa yang kamu kejarkan sebenarnya ni? Cuba terang-kan pada saya. Pangkat? Gaji yang lebih tinggi? Kemewahan? Nama? Bisnes sendiri? Cuba ceritakan pada saya.

    Itu semua saya boleh dapat di sini. Saya mencari sesuatu yang kekal untuk selamanya En. Boss. Sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit mahupun dollar.

    Kalau dah semuanya ada di sini, kenapa perlu cari di tempat lain? Bersyukurlah, bukankah syarikat kita ini aman dan makmur. Jangan kufur nikmat. Tuhan tak suka orang yang tak tahu bersyukur.

    Benar tu En. Boss. Namun semua yang di sini sifatnya sementara. Sampai masa semuanya akan berakhir dan hilang serta binasa juga. Alam fana cintaku, dan karierku.

    Yelah. Mana ada benda yang bersifat forever and ever. Sekarang kita makan, kejap lagi lapar balik. Sedap sekejap kat tekak, masuk perut jadi sisa kumbuhan juga akhirnya. Atas dunia ni mana ada syarikat yang simpan pekerja sampai mati, cukup masa kena berhenti, atau pencen, mana satu sampai dahululah. Kita kena terima hakikat hidup ini. Dah termaktub macam tu. Terima sajalah.

    Sebab itulah saya nak cari sesuatu yang sifatnya kekal selamanya, biarlah apa yang zahirnya saya dapat tak banyak tapi faedahnya di sana saya akan raih tanpa had waktu dan insya-Allah lebih jauh berganda-ganda dari apa yang saya dapat di sini.

    Kamu ni merepeklah. Kalau dah zahirnya tak banyak, nampak benarlah sikitnya. Buat apa susah-susah nak ke tempat lain untuk cari yang sedikit. Saya boleh potongkan gaji kamu jika kamu mahu. Berapa sedikit yang kamu mahu saya tak kesah. Pekerja yang macam inilah yang kami mahu.

    Bukanlah saya tak ada perancangan En. Boss, cuma saya belum ada keputusan yang pasti lagi. Masih dalam peringkat istikarah.

    Kita kalau nak buat apa-apa kena yakin, ingat tu. Tak boleh main terpa ikut sedap hati aje. Pasti-kan dulu mana nak melangkah baru menapak berhijrah.Harapnya kamu hijrah kepada yang lebih baik bukannya kepada yang lebih buruk.

    Insya-Allah saya mahu berhijrah ke arah yang lebih baik.

  • En. Boss ni buat lawaklah pulak. Kalau tidak keterlaluan, saya juga mahu ajak En. Boss ikut hijrah sama. Kita mulakan bisnes baru. Bisnes yang mampu bertahan bukan saha-ja sampai ke anak cucu, malah melewati usia alam ini, hingga ke alam yang satu lagi.

    Hahaha...Ini baru betul-betul lawak namanya. Kamu nak ber-henti kerja entah kenapa dan tak pasti nak kemana, lepas tu nak ajak saya ikut sama? Nak ajak saya terjun gaung sama-sama? Kamu dah gila? Terima kasih ajelah.

    Bagi setengah-setengah manu-sia memang kerja ini nampak macam kerja gila, malah orang-orang yang berjaya dari zaman dahulu kala pun telah dilabelkan sebagai orang gila.

    Apa yang nak dihairankan. Tak semua orang mampu faham akan kebaikan kerja ini tapi percayalah, ini adalah yang ter-baik buat kita semua jika kita mengerti rahsia sebenarnya.

    Rahsia apa pulak ni... Kamu nak terjun longkang mana kamu terjunlah, usah ajak saya terjun sama. Saya ok-ok saja kat sini. Kamu itu aje yang saya nampak macam tak ok. Kamu sihat ke ni? Nak ambil m.c.? Atau nak cuti rehat tanpa gaji? Kamu pergi bercuti dulu, tenangkan fikiran,

    bila dah waras kembali, kita bincang semula hajat kamu tu. Pergilah, saya izinkan. Kalau boleh cepat sikit. Semak kepala saya melayan kerenah kamu. Banyak lagi kerja lain yang perlu saya fikirkan.

    Begitulah al-kisahnya pertemuan terakhir antara saya dan maji-kan lama saya. Bermula dari situ, saya habiskan cuti tahunan saya yang masih berbaki dan seter-usnya saya berhenti.

    Kini saya telah bekerja sendiri, berhijrah dari bekerja makan gaji, berhijrah dari bekerja siang malam tanpa henti demi menge-jar dunia yang tiada penghujun-gnya, berhijrah dari perlumbaan duniawi kepada pengembaraan ukhrawi, berhijrah dari dike-jar usia kepada mengejar masa yang berbaki untuk berkhidmat sebaik-baiknya untuk manusia dan Pemilik manusia, berhijrah dari mengharapkan perhatian manusia kepada mengharapkan hanya redha dan rahmat Yang Maha Esa.

    Satu perkara yang saya boleh kongsikan di sini ialah, hambatan untuk kita berhijrah sentiasa tersemat dilubuk hati kita, cumanya sebelum ini kita tega menelan segala kepahitan untuk terus kekal berada di takuk lama kerana lemahnya keper-cayaan kita kepada Allah Yang Maha Merancang, seolah-olah-rancangan kitalah yang terbaik tanpa membenarkan rancangan Allah Yang Maha Menentukan.

    Kita sering menuturkan bahawa rezeki itu telah ditetapkan untuk kita tapi kita tidak benar-benar yakin bahawa Allah Yang Maha Mengatur lebih tahu apakah yang lebih baik untuk kita dan Allah Yang Maha Pengasih serta Maha Penyayang sentiasa ada rancangan yang terbaik untuk kita semua.

    Jika kita yakin dan percaya padaNya, dan berserah sepenuh jiwa padaNya, segala apa yang kita ada, urusan kita, ibadat kita, hidup kita dan mati kita hanya padaNya, Penguasa sekelian alam yang berkuasa menentu-kan segalanya menurut apa yang dikehendakiNya. Wallahualam.

    Akhir kalam, selamat berhijrah ke alam baru, biarlah alam itu sebuah alam yang mana kita be-nar-benar bertonggakkan syariat Islam, benar-benar memper-juangkan nilai-nilai Islam dalam hidup kita dan dalam hidup in-san-insan di sekeliling kita.

    Sebelum kita berhijrah ke alam yang seterusnya, alam yang mana di dalamnya tiada lagi amal untuk kita kerjakan, alam yang mana kita pula yang akan dikerjakan mengikut apa amal yang telah kita kerjakan di alam sebelumnya

    Lagi sekali saya ingin mengajak anda semua

    Jom hijrah!

    28 Majalah Niaga Edisi Khas

    Kita sering menuturkan bahawa rezeki itu telah

    ditetapkan untuk kita tapi kita tidak benar- benar

    yakin bahawa Allah Yang Maha Mengatur lebih tahu

    apakah yang lebih baik untuk kita.

  • Boleh

    Bagus!nampak

    Bermakna iklan di sini berkesan!Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran,

    Hasbul Aqill di 016 2025437 atau layari www.MajalahNiaga.com

    saya ke?

  • NIAGA

    KHAS2015Edisi

    E-MAJALAH

    INI DI

    BERIK

    AN PE

    RCUM

    A

    HAK C

    IPTA T

    ERPE

    LIHAR

    A OLE

    H MAJ

    ALAH

    NIAGA

    .COM.

    DILAR

    ANG S

    AMA S

    EKAL

    I MEN

    ERBIT

    SEMU

    LA DA

    LAM

    LAIN-

    LAIN

    BENT

    UK AT

    AU

    MEMP

    ERGU

    NAKA

    N E-M

    AJAL

    AH IN

    I UNT

    UK TU

    JUAN

    KEUN

    TUNG

    AN

    KECU

    ALI D

    ENGA

    N KEB

    ENAR

    AN BE

    RTUL

    IS DA

    RI PIH

    AK M

    AJAL

    AH NI

    AGA.

    NAMU

    N BEG

    ITU AN

    DA DI

    BENA

    RKAN

    , BAH

    KAN D

    IGALA

    KKAN

    MENY

    EBAR

    E-MA

    JALA

    H INI

    UNTU

    K TUJ

    UAN K

    EBAIK

    AN,

    TETA

    PI HA

    RUSL

    AH DI

    KEKA

    LKAN

    SIFA

    TNYA

    TANP

    A SAB

    ARAN

    G UBA

    HAN.

    MAJALAH