7
22 APRIL 2013 / 11 JAMADILAKHIR 1434 EDISI KHAS / PERCUMA Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004 Bagi mendapatkan maklumat Sidang Kemuncak ASEAN 2013, sila layari www.asean2013.gov.bn

EDISI KHAS / PERCUMA Dokumen/2013/April/ASEAN_220413.… · serantau dan antarabangsa sememangnya amat berfaedah. Apatah lagi ASEAN dalam mana Negara Brunei Darussalam secara rasmi

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: EDISI KHAS / PERCUMA Dokumen/2013/April/ASEAN_220413.… · serantau dan antarabangsa sememangnya amat berfaedah. Apatah lagi ASEAN dalam mana Negara Brunei Darussalam secara rasmi

22 APRIL 2013 / 11 JAMADILAKHIR 1434EDISI KHAS / PERCUMA

Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004 Bagi mendapatkan maklumat Sidang Kemuncak ASEAN 2013, sila layari www.asean2013.gov.bn

Page 2: EDISI KHAS / PERCUMA Dokumen/2013/April/ASEAN_220413.… · serantau dan antarabangsa sememangnya amat berfaedah. Apatah lagi ASEAN dalam mana Negara Brunei Darussalam secara rasmi

LAPORAN KHAS SEMPENA PERSIDANGAN MAJLIS MESYUARAT NEGARA 2011II EDISI KHAS SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN 2013II

GILIRAN MENJADITUAN RUMAH

MELANGKAH ke tahunbaru 2013 membawabersama satu cabaran

yang amat penting terhadaprakyat dan penduduk NegaraBrunei Darussalam. Cabarantersebut tidak lain dan tidakbukan ialah pengendalianMesyuarat PertubuhanNegara-Negara Asia Tenggara(ASEAN) atau ASEAN Summit2013. Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar‘Ali Saifuddien Sa’adul KhairiWaddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei

Brunei Darussalam. Rakyat danpenduduk perlu membantunegara dan kerajaan denganberusaha menonjolkan imejbaik sebagai satu masyarakatyang benar-benar menikmatikehidupan yang bersatu padu,aman damai dan bahagia sepertimana bangsa luar pernahdengar tentang Negara BruneiDarussalam.

Saiz bukanlah ukuran. Begitujuga dengan jumlah pendudukyang ramai atau sebaliknya.Negara Brunei Darussalamtidak seharusnya mudah berasarendah diri dengan kedudukan-nya dan jumlah penduduknyayang kecil. Yang penting ialahsudah tiba giliran bagi negarakecil tetapi berwibawa ini untukmengendalikan ASEAN Summitsetelah sekian lama merelakanperanan tersebut dijalankan olehnegara-negara ASEAN yang

lain mengikut giliran. Sepatutnyarakyat dan penduduk NegaraBrunei Darussalam berbanggamalah bersyukur apabila gilirantersebut tiba jua akhirnya.

Menjadi tuan rumah kepadasesuatu acara peringkatserantau dan antarabangsasememangnya amat berfaedah.Apatah lagi ASEAN dalam manaNegara Brunei Darussalamsecara rasmi menjadi ahlinyapada tahun 1984. Sebagai tuanrumah sememangnya banyakcabaran kerana banyak perkaraperlu perhatian atau dikalinga.Pengubahsuaian dan pembaikandibuat di sana sini, malahsejumlah besar peruntukankadangkala diperlukan bagimembiayai pembinaanbangunan baru sempenamesyuarat-mesyuarat pentingtersebut, bukan sahaja bertujuanbagi mengambil sukut baik ianyaberlangsung bahkan sebagaimercu tanda dan pencapaianterbaik rakyat dan penduduk didalamnya sendiri. Berjayanyamesyuarat berkenaan jugabermakna kejayaan masyarakatdi dalamnya.

PENGHORMATANPALING BERMAKNA

Maka kerana itu, kesempatanmenjadi tuan rumah ASEANSummit 2013 tidak bolehdipersiakan. Ianya bukan sajasatu tanggungjawab bahkanjuga berupa penghormatan.Makanya semua pihak perlulahmenampakkan kesungguhanuntuk menjadikannya satu acarayang berjaya, penuh gemilangdan membawa hasil sepertimana diharapkan. Rakyat danpenduduk Negara BruneiDarussalam perlu menanamkandalam hati sanubari bahawa

masyarakat ASEAN yang akanmenjadi satu komunitimenjelang tahun 2015. Kalaubahagian lain di dunia inimampu bersatu padu menjadipersekutuan dan pertubuhan kearah menjadikan negara-negaraahlinya makmur dan sejahteraserta kukuh dan kuat, mengapapenduduk dalam rantau sebelahini tidak berfikiran sedemikian.Sewajarnya disedari bahawatidak seorang pun ataumana-mana pihak mampu hidupberseorangan di atas muka bumiini. Dalam susah atau senang,semuanya memerlukan temanuntuk bersama-sama maju dalamkehidupan.

Misalnya, dalam soal ekonomisaja, sesebuah negaramemerlukan negara lain untukmembeli barangan pengeluaran-nya bagi mendapatkanpendapatan negara. Belum lagisoal pertahanan bersama danlain-lain lagi yang menjuruskepada kebahagiaan dankesejahteraan bersama. Duniasebenarnya sentiasa bergolaktetapi dengan adanyapersefahaman yang dijalin dankerjasama dalam pelbagaibidang, perbalahan yangmembawa kemusnahan dankehancuran sekurang-kurangnya dapat diredakandan diselesaikan melaluiperundingan.

Bersama-samalah memikultanggungjawab dan perananpenting selaku tuan rumahASEAN Summit 2013. Jagalahnama baik negara dan pemimpindikasihi yang telah menunjukkankesungguhan dalam memikulgiliran sebagai PengerusiASEAN.

Oleh :Azman Haji Abdul Rahim

MAKA kerana itu, kesempatan menjadi tuan rumah ASEANSummit 2013 tidak boleh dipersiakan. Ianya bukan saja satutanggungjawab bahkan juga berupa penghormatan. Makanya

semua pihak perlulah menampakkan kesungguhan untukmenjadikannya satu acara yang berjaya, penuh gemilang dan

membawa hasil sepertimana diharapkan. Rakyat dan pendudukNegara Brunei Darussalam perlu menanamkan dalam hati

sanubari bahawa masyarakat ASEAN yang akan menjadi satukomuniti menjelang tahun 2015. Kalau bahagian lain di dunia ini

mampu bersatu padu menjadi persekutuan danpertubuhan ke arah menjadikan negara-negara ahlinya makmurdan sejahtera serta kukuh dan kuat, mengapa penduduk dalam

rantau sebelah ini tidak berfikiran sedemikian. Sewajarnyadisedari bahawa tidak seorang pun atau mana-mana pihak

mampu hidup berseorangan di atas muka bumi ini.Dalam susah atau senang, semuanya memerlukan teman untuk

bersama-sama maju dalam kehidupan.

IMBASAN 2001. Negara kita telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN buat pertama kali pada tahun2001.

SETELAH menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2001,negara kita sekali lagi menjadi tuan rumah pada tahun 2013. Oleh itu bersama-samalahkita membantu negara dengan berusaha menonjolkan imej baik negara.

Darussalam telah berkenanmenjawat peranan dantanggungjawab sebagaiPengerusi pertubuhan 10buah negara itu di ASEANSummit di Phnom Penh padabulan November tahun lalu.

Hakikatnya bukan KebawahDYMM dan kerajaan bagindasahaja yang harus memikulperanan dan tanggungjawabyang penuh bermakna itu. Selakurakyat dan penduduk khususnyadan masyarakat umum yangbermastautin di bumi BruneiDarussalam amnya jugabersama-sama memainkanperanan dan tanggungjawabpada peringkat masing-masingdalam memastikan ASEANSummit 2013 berjayadiungkayahkan.

BERSAMAMENJAYAKANNYA

Antara yang boleh dilakukanpada peringkat permulaanialah cuba untuk memahamisecara lebih mendalam akankepentingan ASEAN Summit itudan kesan positif yang bolehdiraih daripadanya oleh Negara

Page 3: EDISI KHAS / PERCUMA Dokumen/2013/April/ASEAN_220413.… · serantau dan antarabangsa sememangnya amat berfaedah. Apatah lagi ASEAN dalam mana Negara Brunei Darussalam secara rasmi

III

Ke-9 yang diadakan di BandarSeri Begawan juga menyaksikanpara menteri bertukar-tukarpandangan dan mengambilmaklum tentang perkembangan-perkembangan terkini KerjasamaEkonomi Komprehensif Serantau(RCEP), terutama sekali mengenaipersediaan kerja substansial yangberpotensi menghasilkan satuKawasan Bebas Perdaganganterbesar di dunia.

Dengan tercapainya AECsetentunya ia akan membawafaedah terhadap ASEAN denganintegrasi ekonomi ASEAN yanglebih kukuh dan mantap serta ber-upaya menjadi destinasipelaburan perdagangan yang he-bat di rantau ini. Pencapaian inisecara tidak langsung akanmemberi faedah kepada 600 jutapenduduk ASEAN tanpa mengiranegara maju, negara memba-ngun dan sedang membangun.Secara tidak langsung ini jugaakan dapat menyumbang padakelangsungan ekonomi negaradengan pencapaian ekonomiyang memberangsangkan dandapat memberi peluang padapengusaha-pengusaha kecil dansederhana (PKS)

KERJASAMA EKONOMIKOMPREHENSIF

SERANTAU (RCEP)Kerjasama Ekonomi Kompre-

hensif Serantau (RCEP) pertamakali dicadangkan dalam SidangMenteri Ekonomi ASEAN Ke-18yang diadakan pada 26 Februari2011, dan kemudiannya RCEP di-tubuhkan pada pertemuan ASE-AN + 6 di Bali, Indonesia. RCEPbakal muncul sebagaisebuah pasaran yang menawar-kan lebih tiga bilion pendudukdengan gabungan KeluaranDalam Negara Kasar berjumlahUSD17 trilion dan sekali gusmenjadikannya blok ekonomiterbesar dunia.

RCEP itu nanti dipercayai akanmenjadi perjanjian perdaganganbebas yang terbesar di dunia yangakan menghubungkan 10 nega-ra-negara anggota ASEAN de-ngan Republik Rakyat China, Je-pun, Korea, India, Australia dan

New Zealand.Pembentukan rangka kerjasama

RCEP yang kompetitif,berkualiti tetapi mengutamakanprinsip kerjasama ekonomi yangsaling menguntungkan untuk me-wujudkan kawasan ekonomi ma-sa depan yang mempumenjana perekonomian dunia.RCEP dilihat mempunyai asasyang lebih kukuh, denganprospek yang lebih cerah sertamenjanjikan hak yang lebih samarata dan kepentingan yang lebihbesar berbanding denganPerkongsian Trans-Pasifik (TPP)yang diterajui oleh AmerikaSyarikat.

Melihat pertarungan kepenti-ngan negara-negara maju terha-dap ASEAN, bermakna RCEPmerupakan strategik atau peluangbagi negara-negara maju untukmengukuhkan kepentingannyauntuk menguasai kekuasaan di ka-wasan Asia-Pasifik. PenjelmaanASEAN Economic Community2015 di bawah konsep singlemarket & production base seten-tunya hanya akan menjadikan ne-gara-negara anggota ASEAN se-bagai sebahagian daripada tem-pat perdagangan yang menjadirebutan, di mana pelaburan asingbersaing untuk menguasai rawmaterial dan juga di sektor-sektoryang strategik.

RCEP telah dimulakan secararasmi oleh 10 negara anggotaASEAN serta Republik RakyatChina, Jepun, Republik Korea,India dan Australia pada 20November di Phnom Penh,Kemboja. Rundingan RCEPdijadualkan bakal selesaimenjelang akhir tahun 2015.Sekiranya dapat diselesaikanmengikut jadual, RCEP akanmenjadi kawasan perdaganganbebas yang terbesar di dunia.

RCEP yang melibatkan kira-kira50 peratus penduduk di duniadengan kapasiti ekonomi yangmencatat USD20 trilion, akan me-mangkinkan proses integrasi eko-nomi di Asia Timur serta mem-berikan pengaruh yang menda-lam terhadap situasi ekonomi danperdagangan di dunia. Ia

melibatkan bidang perdagangankomoditi, perkhidmatan sertakewangan dan pelaburan. Misiutama ASEAN pada masa ini ialahmengecilkan jurang perbezaanpembangunan antara pelbagainegara anggota ASEAN melaluiRCEP. Kerana itu, negara-negarayang berkaitan bersetuju untukmenurunkan tarif perdaganganbarangan ke paras yang lebihrendah pada tahun 2018.

Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah, Sultandan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam dalam titahbaginda pada Sesi PlenariForum BOAO Bagi Asia yangberlangsung di Pusat PersidanganAntarabangsa BFA, BandarayaSanya, Wilayah Hainan, RepublikRakyat China menyatakan ASEANakan terus berusaha bagipenubuhan satu pasaran serantaupada tahun 2015, di sampingakan mewujudkan kawasanperdagangan bebas yang terbesardi dunia melalui RCEP.

Negara Brunei Darussalamjuga menyaksikan Menteri-Menteri kewangan ASEANbermesyuarat di negara ini bagimembincangkan inisiatif kewa-ngan dan monetari sertakerjasama dalam membangunkanAEC. AFMM Ke-17 yang dihadirioleh para Menteri Kewangan ASE-AN, Troika Gabenor-GabenorBank Pusat dari Negara BruneiDarussalam, Kemboja dan Myan-mar, Setiausaha Agung ASEANdan perwakilan dari institusi-ins-titusi kewangan antarabangsa je-las menunjukkan negara sudahbersedia bagi era baru ekonominegara.

Tinggal dua tahun sahaja lagibagi negara ASEAN sebelumtarikh akhir untuk menubuhkankomuniti ASEAN dan dalamtempoh tersebut banyak perkaralagi boleh dibincangkan,dikukuhkan malah diperbaikiuntuk mengintegrasikan pasaranserta memperkukuhkan hubu-ngan ASEAN denganmasyarakat antarabangsa.

Oleh :Hajah Rosidah Haji Ismail

EDISI KHAS SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN 2013

KESALINGHUBUNGAN

ADALAH penting bagiASEAN untuk melaksana-kan inisiatif-inisiatif yang

telah dipersetujui berdasarkanPiagam ASEAN dan PelanHalatuju Komuniti ASEAN. Danini terbukti dengan kejayaanbagi pelaksanaan menyeluruhPelan Induk Kesalinghubunganbagi mewujudkan KomunitiEkonomi ASEAN (AEC)menjelang penghujung tahun2015.

Pelan Induk Kesalinghubunganyang diluluskan oleh parapemimpin ASEAN dalam SidangKemuncak ASEAN Ke-17 padaOktober 2010, merupakanpanduan bagi negara-negaraASEAN untuk mewujudkankomuniti ekonomi, keselamatanpolitik dan sosiobudayamenjelang tahun 2015. Iamerangkumi lebih 700 projekdan cadangan yang melibatkanbidang ekonomi dan sosiobuda-ya. Antaranya, jumlah peruntukanbagi pembinaan infrastrukturmencatat USD60 bilion.

Setakat ini, integrasi ekonomiASEAN berjalan dengan lancar. 75peratus daripada rangka utamatelah siap dibina, manakala 25peratus yang lain telah memasukifasa akhir. Ternyata ASEANmencapai kejayaan awal yangcemerlang dalam projek kesaling-hubungannya. Pujian harusdiberikan kerana komitmen yangdiberikan oleh para pemimpinASEAN yang menunjukkanperpaduan.

Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal BolkiahMu’izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar‘Ali Saifuddien Sa’adul KhairiWaddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darus-salam dalam titah bagindadi Phnom Penh memberi soko-ngan kepada Statement ofConnectivity yang mana interaksidan pertukaran antara belia perludigalakkan bagi meningkatkanhubungan sesama penduduk.

Contoh terbaik yang dapatdilihat dalam kesalinghubunganyang melibatkan belia negaradan ASEAN ialah MusabaqahTilawatil Qur'an Belia AsiaTenggara

Tidak ketinggalan juga Ranca-ngan Kapal Belia Asia Tenggaraiaitu program pertukaran beliaantarabangsa yang dilaksanakankhusus untuk para belia dinegara-negara ASEAN danJepun.

Piala Hassanal Bolkiah jugasecara tidak langsung mengerat-kan hubungan rakyat di negara inidan juga Asia Tenggara dalambidang sukan yang berprestij.Titah Kebawah Duli Yang MahaMulia pada 27 Ogos 1997,“Kedua, menurut beta sukandapat menjangkau ke segenaplapisan masyarakat. Denganmempunyai sebuah liga bolasepak ASEAN atau ASIATENGGARA akan memperluaskanlagi kesedaran orang-orangbiasa di Negara-negara ASEAN.”Sukan ini merupakan hasil ideaKebawah Duli Yang Maha Muliayang mahukan perpaduan, ker-jasama dan keutuhan wargaASEAN dalam sama-sama memu-puk semangat kesukanan dansetia kawan walaupun berbezanegara.

Tidak dinafikan kesaling-hubungan merupakan kejayaancemerlang yang dicapai olehASEAN pada tahun 2012, sekaligus menjadi sektor utama bagikerjasama dan pembangunanekonomi rantau Asia Tenggaradalam tempoh dua tahun yangakan datang. Kesalinghubunganmemberikan jaminan asas bagimewujudkan AEC menjelangtahun 2015 dan juga membe-rikan asas yang kukuh bagimewujudkan kawasan perdaga-ngan bebas yang terbesardi dunia, iaitu HubunganRakan kerjasama EkonomiKomprehensif Serantau (RCEP) diAsia kelak.

KOMUNITI EKONOMI ASEAN(AEC) 2015

Dengan tema SidangKemuncak Ke-22 iaitu ‘RakyatKita Masa Depan Kita Bersama’Negara Brunei Darussalamakan menjadi tuan rumah danPengerusi Sidang KemuncakASEAN yang akan diadakan pada24 -25 April 2013.

Sebelum Sidang Kemuncakdiadakan, beberapa mesyuarattelah diadakan sebagai persedia-an bagi Sidang Kemuncak ASEANtersebut. Salah satu daripadanyaialah Mesyuarat AEC Ke-9 telahberlangsung pada 10 - 11 April2013.

AEC 2015, dengan sasaranintegrasi ekonomi serantau oleh10 negara anggota menjelang2015, bersedia untuk menempakejayaan berdasarkan komitmenyang diberikan pemimpinserantau. Negara anggotaberkenaan ialah Negara BruneiDarussalam, Malaysia, Republik In-donesia, Republik Filipina, Repub-lik Singapura, Thailand, Myanmar,Republik Demokratik Rakyat Lao,Kemboja dan Republik Sosialis VietNam.

AEC merupakan matlamatintegrasi ekonomi serantau yangmempunyai matlamat denganciri-ciri pencapaian satu pasarantunggal dan asas pengeluaran,satu rantau ekonomi yangkompetitif, satu rantau yangmenyaksikan pembangunanekonomi sama rata tanpa jurangperbezaan yang jauh sertasatu rantau yang diintegrasikanmenjadi satu ekonomi global.

Dalam Mesyuarat Majlis AEC

Page 4: EDISI KHAS / PERCUMA Dokumen/2013/April/ASEAN_220413.… · serantau dan antarabangsa sememangnya amat berfaedah. Apatah lagi ASEAN dalam mana Negara Brunei Darussalam secara rasmi

PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 APRIL 2012 PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 APRIL 20124 13IV

Editor: SAHLaporan : Khartini HamirFoto : Mohd. Zul- Izzi Haji Duraman

Foto :Pg. Haji Waliyuddin Pg. Haji Ahmad,

Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said

EDISI KHAS SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN 2013 EDISI KHAS SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN 2013 V

Page 5: EDISI KHAS / PERCUMA Dokumen/2013/April/ASEAN_220413.… · serantau dan antarabangsa sememangnya amat berfaedah. Apatah lagi ASEAN dalam mana Negara Brunei Darussalam secara rasmi

VI

Ke muka VII

SEBAGAI tuan rumah SidangKemuncak ASEAN pada tahun ini,Negara Brunei Darussalam bersedia

untuk memperluaskan hubungandengan negara-negara di seluruh dunia,terutama di Asia Tenggara.

Sidang Kemuncak itu akan membawabersama-sama para pemimpin ASEANyang dijangka akan membuat keputusanyang akan menyumbang kepada perkem-bangan ekonomi di rantau ini, kemajuansosial dan pembangunan kebudayaan.

Negara Brunei Darussalam pertama kalimenjadi tuan rumah Sidang KemuncakASEAN pada tahun 2001.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar ‘Ali SaifuddienSa’adul Khairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei berkenanmenerima Pengerusi ASEAN dari Kembojapada tahun 2012 semasa Sidang Kemun-cak Ke-21 di Phnom Penh.

Sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun2013, Negara Brunei Darussalam telahmemilih tema 'Rakyat Kita, Masa DepanKita Bersama' ('Our People, Our FutureTogether').

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalamtitah baginda menegaskan, "2013,negara ini mengambil alih selaku Penge-rusi ASEAN dan menjadi tuan rumahkepada mesyuarat-mesyuarat yangdi antara lainnya termasuk SidangKemuncak ASEAN bersama Ketua-KetuaKerajaan ASEAN dan Persidangan ASEANbersama rakan dialognya.

“Insya-Allah, kita akan menggunakanpeluang terbaik ini untuk memanfaatkanperanan kita dari segi menyumbangkankedamaian dan kesejahteraan serantaudan global. Di samping itu sebagai tuanrumah, ia adalah peluang kita untukmenunjukkan kepada dunia keupayaankita dalam mencapai perkembangan,kedamaian dan keharmonian bermasya-rakat, termasuk menerima para tetamudengan mesra dan hormat."

Pada Sidang Kemuncak ASEAN + 3Ke-15 tahun lalu, baginda bertitahmelahirkan penghargaan ke ataskejayaan yang dicapai selama ini,terutamanya dalam bidang kewangandan keselamatan makanan.

Baginda bertitah bahawa ia adalahpenting untuk terus mengukuhkan semuabidang kerjasama seperti keamanan,keselamatan dan kestabilan adalah asasbagi negara-negara.

Baginda menambah titah bahawaoleh kerana dunia kini saling berkaitan,kejayaan Asia akan memberikansumbangan yang lebih besar di arenaglobal. Oleh itu, negara-negara Asia perluberkongsi tanggungjawab secara kolektifdalam membentuk masa depan yangberjaya.

Baginda menjelaskan bahawa dalammasa negara-negara berusaha untukberkembang bersama, mereka mungkinsaja menghadapi kepentingan politik dan

Oleh :Pg. Haji Fatimah Pg. Haji Md. Noor

ekonomi yang saling bertentangan dan iniakan menguji kecekalan negara-negarauntuk berkongsi sama dan hidup dalamharmoni.

Baginda juga mengongsikan bahawaantara isu-isu yang dihadapi oleh Asia dandunia adalah perubahan iklim, kesihatanglobal dan pembasmian kemiskinan yangmenghendaki tindakan bersepadu.

Dalam hubungan ini, ASEANmempunyai peranan untuk mempromo-sikan keamanan dan kerjasama yanglebih erat dalam kalangan negara ahli.Dengan memilih tema 'Our People, OurFuture Together' mencerminkan wawasanpengasas ASEAN yang memahamibahawa konflik terbuka (open conflict)hanya akan menjejaskan prospek-prospekpembangunan negara dan kerana ituhendaklah komited dalam mengelakdaripada menggunakan apa jua bentukkekerasan.

Baginda juga bertitah bahawakomitmen ini kekal menjadi asas interaksisesama ahli ASEAN. Ini telah terbukti sejak45 tahun kewujudannya, perselisihannyatidak pernah meningkat ke tahap per-sengketaan.

Pendekatan ASEAN dalam kerjasamadan diplomasi dikukuhkan denganusaha-usaha membina masyarakatyang dinamik dan inklusif. Ini jelasdilihat dalam usaha-usahanya bersamadengan rakan-rakan dialog di ForumSerantau ASEAN, Rangka Kerja ASEAN +3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Baginda juga bertitah bahawa pen-dekatan inklusif ini juga meliputi pe-ngembangan dan pengukuhan kerja-sama dengan forum-forum yang lain.Sebagai contoh, baginda mengongsi-kan bahawa bulan Jun tahun ini,Negara Brunei Darussalam akan men-jadi tuan rumah kepada latihan bersamadalam bantuan kemanusiaan danperubatan ketenteraan di antaranegara-negara ASEAN dan rakan-rakantermasuk Republik Rakyat China, Jepundan Amerika Syarikat.

Ini akan meningkatkan keupayaanmasing-masing dalam masa-masa krisisdan juga dapat membina keyakinan danpersefahaman antara perkhidmatananggota tentera.

EDISI KHAS SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN 2013

Page 6: EDISI KHAS / PERCUMA Dokumen/2013/April/ASEAN_220413.… · serantau dan antarabangsa sememangnya amat berfaedah. Apatah lagi ASEAN dalam mana Negara Brunei Darussalam secara rasmi

BERITA DAERAH

Dalam bidang kewangan antarabangsa,baginda bertitah bahawa selepas krisiskewangan 1997, ASEAN bersama-samadengan Republik Rakyat China, Jepun danKorea Selatan telah berusaha bersamamembangun arkitektur kewangan seran-tau yang lebih kukuh untuk memastikankestabilan yang lebih berdaya tahan.Usaha ini adalah satu gambaran komitmenantara satu sama lain dan kefahamanbahawa masa depan adalah salingberkaitan.

Semasa bertitah pada Sesi PlenariForum BOAO Bagi Asia yang diadakandi Bandaraya Sanya, Wilayah Hainan,Republik Rakyat China pada 7 April lepas,baginda bertitah dalam perdaganganantarabangsa, ASEAN terus bekerja untukmenubuhkan satu pasaran serantaumenjelang 2015. Ianya juga akanmewujudkan kawasan perdaganganbebas yang terbesar di dunia, melalui'Regional Comprehensive EconomicPartnership' (RCEP) dengan rakan-rakandialog.

Baginda juga menekankan bahawausaha-usaha kerjasama ini seharusnyajuga merancang untuk masa depan yanglebih jauh demi kepentingan belia yangbakal mewarisi dunia yang dibina.

Titah baginda lagi, tanggungjawabdalam menangani cabaran-cabaran duniatidak boleh diserahkan bulat-bulat kepadapihak kerajaan. Pihak-pihak berkepenti-ngan dalam sektor swasta dan jugamasyarakat sivil mestilah terlibat sama.

Ke arah ini, baginda juga menyatakansokongan kepada Statement on Connec-tivity yang mana interaksi dan pertukaranantara belia perlu digalakkan untuk me-ningkatkan hubungan people-to-people.

Baru-baru ini, baginda menyampaikantitah pada Sesi Plenari Sidang KemuncakASEAN-India 2012, baginda menekankankepentingan peningkatan berterusandalam kerja-kerja mengenai isu-isu stra-tegik, terutama dalam bidang memerangikeganasan, memerangi jenayah merentassempadan dan keselamatan maritim,untuk memastikan dan merealisasikanwawasan masa depan bersama aman,maju dan makmur.

Baginda juga mengesahkan komitmenBrunei sebagai penyelaras negara untukDialog Perkongsian ASEAN dengan India

dan berkata Brunei berminat untukmengukuhkan kerjasama, bersama-samadengan sokongan ASEAN dan yakinbahawa kedua-dua dapat membinakemajuan yang telah dicapai dan me-mastikan bahawa perkongsian strategik itumembawa manfaat kepada semua orang.

Sementara itu, Duli Yang Teramat MuliaPaduka Seri Pengiran Muda MahkotaPengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah,Menteri Kanan di Jabatan PerdanaMenteri, sebagai wakil peribadi KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam, dalam sabdamenekankan usaha-usaha ASEAN dalammembina masyarakat yang aman dansaling menghormati negara-negara di AsiaTenggara.

"Ia adalah semangat di sebalik tumpuansekarang ASEAN membina masyarakatyang aman dan saling menghormatinegara-negara tanpa mengira sumberekonomi latar belakang negara. Ia adalahmengapa kita amat menghargai sokonganyang kuat dan niat baik yang sentiasaditunjukkan kepada kita oleh ramairakan-rakan kami dari luar rantau ini.

“Ia juga mengapa kita di Negara BruneiDarussalam yang paling kecil daripadasemua ahli berasa bangga dan istimewauntuk menjadi Pengerusi ASEAN tahundepan,” sabda Duli Yang Teramat Mulia.

Ia adalah satu persatuan negara-negarajiran yang telah mempertimbangkanuntuk memilih bagi adjust identiti rantaumereka sebelumnya, sabdanya semasaPerbahasan Umum Sesi PerhimpunanAgung Ke-67 diadakan di Ibu PejabatPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun

lepas yang bertemakan 'Bringing AboutAdjustment or Settlement of InternationalDisputes or Situations by Peaceful Means'.

Sementara itu pada 11 April lepas, DuliYang Teramat Mulia Paduka SeriPengiran Perdana Wazir Sahibul HimmahWal-Waqar Pengiran Muda MohamedBolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeridan Perdagangan, selaku PengerusiMesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEANtelah mempengerusikan beberapamesyuarat termasuk ASEAN ForeignMinisters' Retreat, Mesyuarat Majlis Politikdan Keselamatan Masyarakat ASEANKe-9 (APSC) dan Mesyuarat Ke-12 MajlisPenyelarasan ASEAN (12th ASEANCoordinating Council-ACC).

Mesyuarat-mesyuarat tersebut merupa-kan persediaan kepada Sidang KemuncakASEAN yang akan diadakan pada 24 hing-ga 25 April ini di Bandar Seri Begawan.

Mesyuarat-mesyuarat juga membin-cangkan perkembangan ASEAN sejakSidang Kemuncak ASEAN Ke-21 yangdiadakan pada November 2012, termasukkerjasama politik dan keselamatan;Perjanjian Persahabatan dan KerjasamaDi Asia Tenggara; usaha-usaha dalammenerbitkan 'ASEAN Security Outlook';di samping menerima beberapa laporanuntuk dihadapkan kepada ketua-ketuanegara/kerajaan ASEAN. Selain itu,mesyuarat juga bertukar pandanganmengenai pelbagai isu serantau danantarabangsa yang mempunyai kepen-tingan bersama.

Dalam mesyuarat ini, para Menteri Luarmenekankan kepentingan untuk menge-kalkan keamanan, kestabilan, saling

kepercayaan dan kerjasama bagi mening-katkan keselamatan maritim sertamemastikan penyelesaian secara amanpertikaian Laut China Selatan mengikutprinsip-prinsip perundangan antarabang-sa, termasuk Konvensyen Bangsa-BangsaBersatu mengenai Undang-Undang Laut1982 (United Nations Convention on theLaw of the Sea - UNCLOS).

Mesyuarat juga menekankan penting-nya semua pihak untuk menahan diridaripada mengambil tindakan yang dapatmeningkatkan pertelingkahan, di sampingmenekankan kepentingan kenyataanenam perkara dasar mengenai Laut ChinaSelatan serta kepentingan untuk mengekaldialog dan perundingan berikutankeputusan positif Mesyuarat Ke-19 Perun-dingan Pegawai-Pegawai KananASEAN-China. Menteri-menteri Luarmengarahkan pegawai-pegawai kananuntuk bekerja secara aktif dengan pihakRepublik Rakyat China menyelesaikan awalsecara konsensus Kod Etika.

Negara Brunei Darussalam sebagai ahlimasyarakat serantau dan pihak yangmempunyai kepentingan langsungterhadap keseluruhan keamanan dankestabilan rantau akan berusaha sepenuh-nya bagi memastikan bahawa ASEANakan sentiasa dihormati.

Dalam kata lain Negara BruneiDarussalam dalam menjaga kepentinganbersama akan mengangkat serta menanaitanggungjawab bagi memastikan SidangKemuncak ASEAN 2013 berjalan denganjayanya.

Dari muka VI

EDISI KHAS SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN 2013 ���VII

Page 7: EDISI KHAS / PERCUMA Dokumen/2013/April/ASEAN_220413.… · serantau dan antarabangsa sememangnya amat berfaedah. Apatah lagi ASEAN dalam mana Negara Brunei Darussalam secara rasmi

RENCANAVIII

“MEMANDANGKAN negara kitapernah mengendalikan persi-dangan yang lebih berprestijdan besar serta lebih ramai de-legasinya iaitu PersidanganAPEC pada tahun 2000, denganpencapaian sedemikian telahmengangkat nama negara kitake persada dunia lagi. Sehubu-ngan itu, tidak dinafikan lagibahawa Negara Brunei Darus-salam yakin boleh, berkemam-puan dan bersedia untuk me-ngendalikan Persidangan Ke-muncak ASEAN pada tahun ini,insya-Allah.”

“NEGARA Brunei Darussalamsememangnya berwibawa un-tuk menjadi tuan rumah kepa-da Persidangan KemuncakASEAN Ke-22 memandangkankita mempunyai seorang pe-mimpin yang berkobolehan,berkemampuan dan berilmu un-tuk mengendalikan acara se-begini.

Bukan itu saja, kita jugamempunyai sebuah masyara-kat peramah yang selalu meng-hormati dan mengalu-alukankedatangan orang luar teruta-manya para pemimpin luar ne-gara untuk datang ke BruneiDarussalam, sekali gus meya-kinkan mereka bahawa negarakita adalah sebuah negarayang aman damai, dan senti-asa bersedia untuk menjadi tu-an rumah kepada mana-manapersidangan, terutamanyaASEAN Summit 2013.”

“NEGARA Brunei Darussalammempunyai pengalaman,pengajaran dan panduan diatas kejayaannya mengenda-likan persidangan-persida-ngan yang lalu seperti APEC2000 dan ASEAN Summit2001, oleh itu tidak mustahilbagi negara kita untukmengendalikan sekali lagiPersidangan KemuncakASEAN Ke-22, di mana negarakita mampu menyediakanperkhidmatan logistik sepertiinfrastruktur-infrastrukturyang lengkap seperti tempattinggal, tempat persidangan,telekomunikasi, pengang-kutan dan lain-lain.”

“DIBERI kepercayaan untukmemimpin persidangankemuncak ASEAN Summit 2013merupakan pembuktian akanpengiktirafan luar terhadapkemampuan Negara BruneiDarussalam dalam sama- samamemantapkan dan meningkat-kan prestasi pertubuhanASEAN di arena antarabangsa.Negara Brunei Darussalamyang terkenal dengankeamanan, sentiasa menerimapersahabatan dan giatmeningkatkan usaha untukmemajukan rakyatnya, sangatbertepatan dengan visi ASEAN,'Our People, Our FutureTogether'.

DATO Paduka Awang HajiMohammad Alimin bin

Haji Abdul Wahab

“PADA tahun ini, fokus ASEANsebahagian besarnya tertumpukepada Brunei dan kepimpinan-nya. Dengan sendirinya segalahal ehwal Negara BruneiDarussalam terpapar untukdipandang dan dinilai sertaakan kita dengar dan lihatwalaupun segala 'event' inibelum selesai. Saat-saatseperti ini harus dirancangdengan teliti kerana ianyadilihat sebagai peluang untuk'showcasing' Brunei. Segalayang baik dan buruk akanmenarik perhatian mediamassa yang berkumpul dinegara ini. Kita di BruneiDarussalam seharusnya akanmendapat manfaat yang besardari segala usaha kerajaanmembangunkan prasarana danpembisaian alam sekitar. 'Kemana tumpahnya kuah kalautidak ke nasi'. Di sini kitaharus menghargai usahapihak-pihak yang berwajibdengan kebijaksanaannya.Kemanfaatannya dari segipembangunan kapasiti dancompetency adalah satu yangdapat dibawa ke bidang-bidangyang berkaitan. Mungkinsecara tidak bersengaja, kitamenyediakan diri kita kepadasatu peringkat penyertaanglobalisasi yang lebih tinggi.”

AWANG Haji Mohd Daini @ Lainibin Haji Majid

- Setiausaha Persatuan BasmiDadah Brunei (BASMIDA)

PENGIRAN Haji Hamzahbin Pengiran Haji Mohamad(Kementerian Pendidikan)

PENGIRAN Haji Ahmad binPengiran Haji Jaya (SetiausahaMajlis Perundingan Kampung

Kawasan 1 Rancangan PerumahanNegara Kampung Rimba)

DAYANGKU Siti Katijah bintiPengiran Sulaiman - Mahasiswi

Univeriti Brunei Darussalam dalamjurusan Master in Southeast

Asian Studies

Temu Bual dan Foto :Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Pg. Haji Waliyuddin Pg. Haji Ahmad

EDISI KHAS SEMPENA SIDANG KEMUNCAK ASEAN 2013

PANDANGAN... PANDANGAN... PANDANGAN...